DAP anjur rumah terbuka Aidilfitri raikan penggiat seni dan sastera tanah air



DAP sentiasa menghargai sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan penggiat seni dan sastera tanah air dalam memangkin pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia. 
Ini dibuktikan dengan penganjuran majlis “Rumah Terbuka Aidilfitri Meraikan Penggiat Seni dan Sastera” bertempat di Rumah Tamu Datin Halijah, Kuala Lumpur, semalam. 

Majlis yang julung kalinya diadakan DAP itu berlangsung sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para sasterawan, penggiat seni dan pemimpin parti.
Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said berbual dengan pemimin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Ia dimulakan dengan ucapan oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang merupakan penganjur majlis bersama Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said.
Kit Siang dalam kata aluannya menekankan tentang kepentingan seni dan sastera dalam mengangkat martabat sesebuah bahasa.
“Mana-mana bahasa, tanpa sastera dan seni, akan menjadi bahasa yang layu dan lama-lama mati. Sastera dan seni menjadikan sesuatu bahasa itu indah dan kaya.

“Keindahan dan kekayaan bahasa Melayu terbit daripada karya-karya yang dihasilkan sejak zaman-berzaman.

“Kita rakyat Malaysia perlu memberi sokongan kepada sastera dan seni untuk memastikan ia terus mekar,” katanya yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri. 

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan mendeklamasikan sebuah sajak pada majlis Rumah Terbuka Meraikan Penggiat Seni dan Sastera.

Selain A. Samad Said, Sasterawan Negara lain yang turut menyerikan majlis adalah Datuk Dr. Ahmad Khamal Abdullah, Datuk Dr. Zurinah Hasan dan Profesor Emeritus Dr. Mohd Haji Salleh.
Majlis turut diserikan dengan persembahan muzik tradisional Melayu dan sesi deklamasi sajak oleh para Sasterawan Negara serta pemimpin DAP antaranya, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim dan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan.

Turut hadir adalah Exco Johor, Sheikh Omar Ali, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qui, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong; Adun Dusun Tua, Edry Faizal; Adun Kampung Tunku, Lim Yi Wei; Adun Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid; dan Adun Ketari, Young Syefura Othman.

LAGI VIDEO BABITKAN AZMIN TERSEBAR


Satu lagi klip video membabitkan Azmin Ali yang didakwa mempunyai hubungan seks sejenis dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz, kini tersebar di laman youtube.
Kali ini klip video itu menunjukkan rakaman CCTV di ruang menunggu di depan lift dan menuju bilik 2015 hotel Four Points, Sandakan, Sabah pada 11 Mei 2019.
11 Mei 2019 adalah tarikh yang disebut oleh Haziq dalam pengakuannya sebagai waktu berlakunya hubungan intim antara beliau dengan Azmin di Hotel Four Points, Sandakan.
Klip video berkenaan boleh ditonton di sini – https://m.youtube.com/watch?v=63sUAp4wKTk
Dalam paparan rakaman tanpa suara itu, selain Azmin dan Haziq, turut dilihat ialah wajah seseorang yang didakwa sebagai Hilman Idham, Setiausaha Politik Azmin sendiri.
Berdasarkan video itu, ketiga-tiga mereka dipercayai tinggal di tingkat sama di Hotel Four Points pada tarikh berkenaan.
Dikatakan klip video kali ini hanyalah “teaser” saja dan akan muncul video lain selepas ini menampakkan dengan lebih jelas wajah mereka yang terlibat.
Tunggguuuu….
Apakah ini bermakna selagi hasil siasatan polis tidak diumumkan, akan muncul lebih banyak klip video tidak lama lagi? (Shahbudindotcom 03/07/2019)

MP Labis kesal soalan lisan jadi modal politik jijik UMNO


Tindakan UMNO memutar belit soalan lisan saya di Parlimen berkenaan sepasang nombor pendaftaran kenderaan pada 1 Julai 2019, secara penuh muslihat sehingga menjadi suatu isu perkauman dan seolah-olah wujud ‘peperangan’ dengan pihak Istana Johor adalah amat dikesali. Sejak UMNO kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ia telah secara berterusan dan tanpa rasa segan silu menampakkan rupa buruknya dengan siri perang psikologi secara sistematik terhadap DAP dan pemimpin-pemimpinnya, dengan apa jua cara.
Terbaru adalah cubaan membawa usul tergempar ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, berkenaan soalan saya. Tujuan UMNO mengemukakan usul itu adalah tidak lain untuk mewujudkan permusuhan antara saya dan Istana Johor. Usul tersebut adalah suatu serangan tersirat terhadap saya secara peribadi, dan DAP secara amnya. UMNO cuba menjadikan Keluarga Diraja Johor mangsa kolateral untuk memperkukuh tapak sokongannya yang semakin merudum, dan mengalihkan perhatian orang ramai daripada perbicaraan rasuah pemimpin-pemimpinnya di mahkamah. Saya justeru amat berharap agar Keluarga Diraja Johor tidak terjerumus ke dalam perangkap licik yang dipasang oleh UMNO ini. Usul tersebut hanyalah jerangkap samar untuk tujuan tersembunyi mereka.
Saya memuji dan berterima kasih kepada Speaker DUN Johor yang tegas menolak usul perangkap ini, yang dibuat dengan sentimen perkauman.  
Malangnya, seperti yang dijangka, setelah gagal mengemukakan usul ini, “cybertroopers” UMNO tidak membuang masa dan segera melancarkan serangan berita palsu melalui laman Facebook mereka, Segamat Today, dengan mendakwa saya telah membuat kenyataan kononnya mendesak Kerabat Diraja Johor untuk tidak menggunakan nombor plat ‘TMJ’ dan ‘RZ’.
Untuk rekod, saya tidak pernah menyatakan demikian. Saya akan membuat laporan polis berkenaan berita palsu yang sengaja direka oleh Segamat Today dan saya menggesa pihak polis dan pihak-pihak berkuasa yang lain untuk mengambil tindakan segera bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Insiden terbaru ini tambah mengesahkan akibat buruk yang menanti seorang Ahli Parlimen apabila sesuatu isu dibangkitkan di Parlimen, tidak kiralah betapa baikpun niat untuk membangkitkan isu itu; dan ia dengan mudah diputar belit sehingga menjadi kontroversi dengan akibat-akibat yang serius, oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Saya ingin menyatakan untuk rekod bahawa saya tidak mempunyai sebarang prasangka buruk terhadap Keluarga Diraja Johor. Hal sedemikian tidak akan pernah terlintas di fikiran saya, dan saya amat kesal sekiranya soalan tersebut telah mengguris perasaan Keluar Diraja Johor. Saya tidak berniat untuk berbuat demikian. – Roketkini.com
*Pang Hok Liong adalah Ahli Parlimen Labis

BENARKAH ISLAM TIDAK BENAR KITA ISYTIHAR HARTA?


Beberapa wartawan, rakyat Malaysia; muslim dan non-muslim bertanya saya apakah benar dakwaan yang menyatakan Nabi s.a.w tidak membenarkan orang politik mengistiharkan harta? Bagi yang non-muslim mereka nampak semacam begitu kecewa jika demikian ajaran Islam.
Saya rasa saya perlu berikan penjelasan tentang hal ini agar agama Islam tidak disalahfahami sehingga memberikan imej yang salah terhadap Islam. Di sini saya ingin jelaskan hal ini pada nota-nota;
1. Nabi s.a.w sendiri dalam pentadbiran kerajaan baginda memastikan para petugas atau pegawai yang dilantik tidak memiliki harta atas salahguna kedudukan. Baginda menegur harta yang dimiliki oleh para petugas yang diperolehi dengan cara yang tidak betul. Ertinya, baginda memeriksa dakwaan harta yang mereka miliki. Sabda Nabi s.a.w:
فَمَا بَالُ العَامِلِ نَسْتَعْمِلُهُ، فَيَأْتِينَا فَيَقُولُ: هَذَا مِنْ عَمَلِكُمْ، وَهَذَا أُهْدِيَ لِي، أَفَلاَ قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَنَظَرَ: هَلْ يُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ يَغُلُّ أَحَدُكُمْ مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ
“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).
2. Dalam Islam, muslim diwajibkan membayar zakat. Zakat yang wajib dibayarkan oleh muslim membabitkan pelbagai harta; tanaman, ternakan, emas (wang) dan selainnya. Jumlah zakat wajib seseorang berdasarkan kadar harta yang dimiliki. Bagi ternakan ada kiraannya, bagi emas ada kiraannya, bagi tanaman ada kiraannya, bagi galian ada kiraannya dan seterusnya. Lebih banyak harta, pasti lebih banyak kadar yang wajib dibayar. Ulul Amri (Pemerintah) merupakan ‘amil zakat yang berkewajipan memastikan mereka yang wajib membayar zakat, menunaikan tanggungjawab mereka. Jika agama melarang muslim mengistiharkan harta, pastilah muslim tidak boleh membayar zakat kepada ‘amil zakat kerana itu menyebabkan jumlah hartanya diketahui. Maka, dakwaan bahawa Islam tidak membenarkan jumlah harta seseorang dimaklumkan kepada pihak pemerintah adalah batil dan tidak berasas.
3. Antara pendekatan memastikan intigriti urustadbir pemerintahan Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ialah memeriksa harta pegawai-pegawai yang dilantik dan mencatatkannya. Ini bagi mengawal supaya mereka tidak mengambil kesempatan mengumpul harta dengan cara yang salah melalui jawatan yang dipegang. Polisi ini telah lama dijalankan oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab dalam pentadbirannya. Dalam al-Tabaqat al-Kubra oleh al-Imam Ibn Sa’d (meninggal 230H) dan juga dipetik oleh al-Imam al-Sayuti (meninggal 911H) dalam Tarikh al-Khulafa:
أَنَّ عُمَرَ كَانَ إِذَا اسْتَعْمَلَ عَامِلًا كَتَبَ مَالَهُ
“Sesungguhnya ‘Umar apabila melantik pegawai, beliau mencatatkan hartanya” (Tabaqat Ibn Sa’d 3/307 Beirut: Dar Sadir)
4. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) menyebut dalam karyanya tentang polisi ‘Umar tersebut dengan berkata: “‘Umar memeriksa harta para pegawainya. Dia mengambil separuh harta mereka jika itu mereka perolehi melalui jawatan mereka yang bercampur dengan kedudukan istimewa mereka. ‘Umar membahagikan harta itu kepada dua bahagian, separuh untuk mereka, separuh untuk kaum muslimin (rakyat)” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah, m.s 17)
Justeru itu al-Syeikh Dr ‘Ali Muhammad al-Sallabi menyebut dalam karyanya “‘Umar bin al-Khattab: “Umar itu menghitung (jumlah) harta para pegawai dan gabenor sebelum perlantikan. Ini bertujuan untuk mengira harta mereka yang bertambah selepas perlantikan yang tidak termasuk dalam penambahan yang munasabah” (‘Ali Muhammad al-Sallabi, ‘Umar bin al-Khattab, m.s 356)
5. Kemudian, kita hendaklah faham bahawa dalam soal pentadbiran, Islam itu sifatnya begitu luas. Apa sahaja yang membawa kemaslahatan kepada rakyat, diiktiraf sebagai politik atau urustadbir yang selaras dengan syarak. Ini termasuklah soal pengistiharan harta. Pemerintah berhak menentukan kaedah yang diyakini terbaik dalam memastikan intigriti dan urustadbir yang baik. Jangan kita jumud dan mempergunakan dalil-dalil agama sehingga menyempitkan ruang politik yang diluaskan oleh syarak.
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam hal ini: “Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu “Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak” iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga bererti menyalahkan para sahabah…apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun, maka di situlah syariat Allah dan agamaNYA. Allah S.W.T itu lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu perkara (sahaja) kemudian menafikan (kewujudan keadilan) yang lebih nyata daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih jelas tandanya dan (mustahil) Allah tidak menerima dan mengambil kira kewujudannya serta menegakkan tuntutannya. Bahkan Allah S.W.T telah menjelaskan bahawa tujuan DIA mensyariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) ialah untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNYA dan membolehkan manusia (hamba-hambaNYA) menegakkan keadilan. Apa sahaja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu daripada (ajaran) agama ini, dan ia tidak menyanggahinya. Maka tidak boleh untuk dikatakan bahawa siyasah yang adil itu menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak. Sebaliknya ia (siyasah yang adil) itu menepati syarak. Bahkan siyasah yang adil itu satu juzuk dari syarak. Kita menamakannya siyasah (politik) mengikut istilah mereka, padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasulNYA yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti” (Ibn Qaiyim al-Jauziyah, al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah, 19-20. Beirut: Dar Ihya al-‘Ulum (t.t).
6. Adapun hadis yang digunakan oleh pihak berkaitan:
اسْتَعِينُوا عَلَى نَجَاحِ الْحَوَائِجِ بِالْكِتْمَانِ لَهَا فَإِنَّ كُلَّ ذِي نِعْمَةٍ مَحْسُودٌ
“Bantulah menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikan (hajat-hajat tersebut) kerana setiap yang mempunyai nikmat itu didengki”
Dari kedudukan hadis, secara paling ringkas hadis ini diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal, ‘Ali bin Abi Talib, Ibn ‘Abbas, Abi Burdah dan Abu Hurairah. Hampir keseluruhan jalur periwayatan mempunyai ‘illah (penyakit yang mencacatkan kekuatan riwayat). Al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 567H) menghukumnya sebagai palsu. Demikian al-Imam Ahmad (meninggal 241H) dan Yahya bin Ma’in (meninggal 233H). Al-Hafiz al-‘Iraqi (meninggal 806H) ketika mentakhrij hadis-hadis Ihya ‘Ulum al-Din mendaifkan sanad hadis ini.
Namun al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah telah menilai SAHIH sanad yang datang melalui Sahl bin ‘Abd al-Rahman al-Jurjani daripada Muhammad bin Mutarrif daripada Muhammad bin Munkadir daripada ‘Urwah bin al-Zubair daripada Abu Hurairah. (lihat: al-Silsilah al-Sahihah hadis 1453)
Dari segi maksud, hadis tersebut bukan seperti yang difahami oleh pihak berkaitan. Hadis ini menggalakkan menyembunyi perkara-perkara yang membawa kepada hasad dengki. Namun, jika ada keperluan maka hajat serta nikmat boleh bahkan mungkin wajib didedahkan. Ini terutama kepada pihak yang mempunyai kepentingan. Jika tidak, maka pasti orangramai akan mengelakkan membayar zakat harta atas alasan hadis ini. Demikian juga, akan ada yang menyembunyikan perkahwinan kerana bimbang orang lain dengki. Sedangkan Nabi s.a.w suruh mengiklankan nikah. Demikian juga mungkin ada yang tidak mahu membayar cukai pendapatan, cukai jalanraya dan lain-lain kepada pemerintah atas alasan bimbang pihak lain tahu harta mereka. Ini semua tafsiran yang salah.
7. Diharapkan semua pihak tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama Nabi s.a.w dalam mencapaikan hasrat mereka. Islam akan disalahfahami jika tidak berhati-hati menyandarkan hal-hal yang tidak tepat kepada Nabi s.a.w.
PROF MADYA DATO’ DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Mufti Perlis.

TUAN IBRAHIM GUNA HADIS PALSU TOLAK ISYTIHAR HARTA?

ANWAR ZIARAH AKTIVIS REORMASI YANG MENINGGAL DUNIA

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan dalaman

Menerima berita sedih pagi ini (2 hari lepas) saudara Rahman Ibrahim telah pulang ke rahmatullah.

Allahyarham merupakan kenalan saya serta merupakan salah seorang aktivis Reformasi 1998.

Saya sempat ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana sebentar tadi bersama YB Syed Ibrahim, YB William Leong, Saudara Zahir Hassan, Ustaz Syamsul dan sahabat yang lain.

Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Diharap mereka tabah dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.


ZAHID KEMBALI UMNO TERTIMBUS?

UMNO BERGOLAK ?ZAHID MAHU KEMBALI RELEVAN TAPI UMNO DIPERTARUHKAN

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks


Usaha untuk menyingkir team Najib nampaknya berjalan separuh jalan. Pada mulanya Mat Hassan dan Khaled Nordin cuba untuk menyingkirkan mereka melalui usul menghalang ahli Umno yang dituduh bersalah supaya dipecat.


VIDEO : DULU SOKONG ISTIHAR HARTA, TAPI SEKARANG TAKUT ORANG DENGKI PULAK



 TAK MAHU JADI MACAM Umno, SEKARANG PELUK Umno. Sokong istihar harta,sekarang takut orang dengki. Saksikan video ini. Ini bukan fitnah tapi keluar dari mulut pemimpin Pas sendiri.




Dulu, Hadi Awang paling kuat sokong istihar harta ni. Macam-macam  dalil dia bawa untuk menyatakan hujahnya. Tapi dizaman rejim umno jadi kerajaan, tidak dibuat kerana mustahil perompak mahu istihar harta mereka.

Bila kerajaan diambil alih oleh PH, kita mahu buat undang-undang istihar harta terhadap semua wakil rakyat. Baru bawa masuk parlimen je hari ini, pak-pak  lebai bangkit tidak bersetuju dan bawa macam-macam helah termasuk alasan bodoh iaitu takut orang dengki.
Waktu kamu tayang kereta mewah dan no plet kereta mewah, tidak fikir pulak tentang orang dengki atau tidak? Kerajaan PH cuma suruh istihar harta je, bukan suruh istihar berapa ramai bini-bini kamu, takut apa? Takut walaun di bawah tahu kamu ini banyak harta tetapi mengapa asyik kutip derma tin milo? Begitu?
Atau, adakah "fatwa" Hadi tentang istihar harta dulu itu telah dimansuhkan sekarang seperti "fatwa" Amanat Hadi dulu?


ISLAM LARANG ISYTIHAR HARTA?

"WAJIB JATUHKAN KERAJAAN PH"- CABARAN ULAMAK PAS DISAHUT BAHKAN RAMAI YANG BERMINAT


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks

ANALISIS TV-ALHIJRAH :

DIALOG ‘FATWA WAJIB’ KINI TERBENTANG LUAS

Saya tertarik dengan kesudian YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh selaku Ketua Dewan Ulama PAS yang baharu untuk berdialog dengan sesiapa sahaja tentang isu kenyataan beliau “Wajib menjatuhkan Pakatan Harapan dalam PRU 15”. Namun beliau meletakkan syarat agar siaran secara langsung diadakan.

Rentetan daripada itu, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dengan ini membuka ruang kepada beliau untuk berdialog di dalam slot rancangan Analisis TV Hijrah pada minggu ini - secara langsung.

Saya mengambil maklum bahawa Ustaz Wan Ji Wan Husin (KEADILAN) dan Ustaz Abu Hafiz Salahudin (BERSATU) telah menyatakan kesediaan untuk berdialog secara bersemuka dengan beliau.

Saya juga dimaklumkan bahawa YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi telah menyatakan persetujuan namun meletakkan ‘syarat tambahan’ agar ‘regu dialognya’ nanti adalah setaraf (keilmuan agamanya, mungkin – ini memandangkan pandangan “Wajib” yang beliau telah keluarkan sebelum ini atas kapasiti beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia) dan wakil dari Pakatan Harapan (PH) yang boleh membuahkan hasil untuk rakyat dan dasar negara.

Oleh yang demikian, suka saya maklumkan di sini bahawa bagi mewakili PH, Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Hafiz selaku Pengarah Syariah Nasional Parti Amanah Negara yang jawatannya setara jika dibandingkan dari sudut hierarki parti dengan Ketua Dewan Ulama akan menjadi regu kepada YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi di dalam dialog itu nanti. 
Ustaz Zolkharnain juga di dalam agensi di bawah Pejabat Menteri Agama adalah Timbalan Yang Di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mempunyai akses di dalam kerajaan pada hari ini. Maka dengan itu, kesemua syarat dan ‘syarat tambahan’ yang dipanjangkan telahpun dipenuhi.

Gelanggang telah kami buka, suburkan budaya berhujah menerusi ruang dialog demi kepentingan ummah.
Sekian, harap maklum.

Abang Ahmad Kerdee
Setiausaha Politik kepada
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
1 Julai 2019


AMANAH JGN LEPASKAN ANJING TERSEPIT

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

Imbass kembaliii penghinaannn Jeminn kepadaa Amanahh terutamaa di Selangorrr...
Bagaimanaa Pak Abu yangg merupakann ADUN dalamm parlimenn dia sendirii diaibkannsebegituu rupaaa dahulu...
Masa nii Jeminn pelahapp kasihh sayangg PAS di Selangorr...
Orangg macamm ni nakkk bercitaa2 jadii PM???
Allah Maha Adil...





OLEH : TULANG BESI

Semalam ntah apa mimpi Azmin ntah dia datang ke Majlis Rumah Terbuka Amanah di Setapak.
Bukan main baik dan halus lenggang lenggok Azmin Ali di hadapan Abang MAt Sabu semalam.
Seolah2 Azmin ingat Amanah dah lupa apa yg dia buat pada Amanah sebelum PRU2018.
Bagaimana Azmin mengiktiraf PAS dlm kerajaan Selangor dan membelakangkan wakil2 Amanah sbg Ahli Majlis, Ketua Kampung dan JKKK seluruh Selangor.
Dia mengekalkan PAS dalam kerajaan Selangor dan dalam Exco dan membuang dua wakil Amanah dalam DUN Selangor dari menganggotai Jemaah Exco.
Itu satu penghinaan yg amat besar bagi Amanah.
BAgaimana Azmin merampas kerusi Gombak Setia, Lembah Jaya, Paya Jaras, Dusun Tua, Selat Klang, Sijangkang dsbnya. Tujuan dirampas supaya dapat ditawarkan kpd PAS dgn harapan berlaku one-to-one melalui political-pact.
Bagaimana Azmin dan kuncu2 nya istiqamah meminta hubungan dgn Amanah dikerat krn lebih untung bekerjasama dgn PAS, kononnya. Berhujjah dgn kajian2 sonsang dari Merdeka Center dan IDE mrk mahukan PKR putus hubungan dgn Amanah utk menjaga hati PAS.
Hanya Rafizi dan Anwar dan kumpulan mrk yg mempertahankan Amanah dari dibuang dalam tong sampah.
Berjela2 perkara buruk yg dilakukan Azmin Ali dan kuncu2nya dlm sabotaj mereka kpd Amanah sebelum PRU yg lepas.
NAmun, skrg ni bila Azmin Ali tgh tersepit, adakah Amanah akan melupakan track record Azmin Ali dan membantu melepaskan beliau dari kesempitan beliau?
Bagi Amanah, membantu Azmin Ali adalah umpama melepaskan anjing tersepit.
Apabila Azmin dapat melepaskan diri nya kelak, dia akan menggigit Amanah semula. Percayalah.
Rekodnya kpd Amanah hanya rekod buruk dan tidak harus dilupakan oleh Amanah dgn mudah. Tiada rekod baik Azmin Ali kpd Amanah sama sekali. Hanya rekod buruk dan menyedihkan.
Sepatutnya pemimpin2 Amanah harus berasa hairan mengapa Haji Hadi Awang dan PAS bermatian2 mempertahankan Azmin Ali dlm kes video homoseks terbaru ini padahal dahulu PAS menolak Anwar sbg calon PM 2013 hanya kerana video "China Doll" yg hitam putih kabur dan tidak berwarna.
TULANG BESI




BETUL, BUKAN ANWAR YANG KEMARUK TAPI PIHAK YANG MENOLAKNYA ITULAH YANG KEMARUK


Anwar Ibrahim semalam mengatakan beliau tidaklah begitu kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri seperti yang dituduh oleh beberapa pihak terhadapnya.
Katanya, perkara itu bukan suatu perkara yang perlu dimasalahkan kerana kedudukan beliau sebagai pengganti kepada Tun Mahathir Mohamad adalah suatu perkara yang sudah ditetapkan oleh PH.
Sebagai makluman, ketetapan untuk menjadikan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir telah dimuktamadkan secara konsensus dalam Kongres Pakatan Harapan yang diadakan pada 7 Januari 2018 iaitu kira-kira empat bulan sebelum PRU14 diadakan.
Hakikatnya, oleh sebab sudah ada persetujuan mengenai kedudukan beliau itu, ia jelas menunjukkan Anwar tidak kemaruk hendak jadi PM, biar pun beliau kerap bercakap mengenainya.
Jadi, apa masalahnya?
Masalahnya ialah media selalu bertanya kepada beliau mengenai perkara itu dan jawapan Anwar hanyalah semata-mata sebagai respon kepada soalan yang ditanyakan kepadanya.
Sebagai pemimpin yang mesra media, Anwar memang perlu menjawab apa juga pertanyaan berkaitan peralihan kuasa itu.
Kenapa pula media suka bertanya kepada Anwar?
Media suka bertanya kerana pendirian Tun Mahathir tidak pernah konsisten dan selalu berubah-ubah berhubung penyerahan jawatan kepada Anwar itu.
Mula-mula Tun Mahathir sendiri mengatakan beliau memerlukan tempoh dua tahun sebagai Perdana Menteri bagi memulihkan ekonomi, membetulkan semula keadaan dan memulihkan negara ini setelah berjaya PH berjaya menumbangkan BN.
Kata-kata itu diucapkan sendiri oleh Tun Mahathir sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri.
Tetapi, tidak lama selepas menduduki kerusi empuk Perdana Menteri, nada Tun Mahathir mula berubah dengan mengatakan tempohnya sebagai Perdana Menteri, “mungkin dua tahun, mungkin lebih dan mungkin juga kurang”.
Beberapa ketika kemudian pula, Tun Mahathir pernah berkata, “kalau Anwar beri izin dapatlah saya jadi Perdana Menteri selama dua tahun setengah.”
Baru-baru ini, Tun Mahathir menyebut beliau memerlukan tempoh tiga tahun bagi menyelesailan pelbagai masalah dalam negara ini.
Mengapakah Tun Mahathir selalu berubah-ubah cakap?
Kenapa tidak konsisten dengan pendirian asal mahu memegang jawatan selama dua tahun saja?
Bersama dengan berubah-ubah dan tidak konsistennya pendirian Tun Mahathir itu, muncul pula golongan “hantu raya” yang kerjanya saban hari meratib agar Anwar ditolak sebagai Perdana Menteri ke-8.
Mereka bukan saja tidak segan-segan menamakan pemimpin lain sebagai Perdana Menteri ke-8, malahan sanggup meminta Tun Mahathir berkhidmat sehingga ke hujung penggal iaitu tahun 2023 akan datang.
Sedarkah mereka berapa usia Tun Mahathir pada tahun 2023 nanti dan apakah keupayaannya ketika itu?
Sehingga sekarang ini pun , meski diketahui umum bahawa sudah ada persetujuan dan ketetapan oleh parti-parti dalam PH berhubung kedudukan pengganti Perdana Menteri itu, masih tidak henti-henti munculnya suara-suara “hantu raya” yang mahu calon lain dipilih sebagai Perdana Menteri ke-8 dan bukannya Anwar.
Sehingga yang tidak tahu hujung pangkal dan baru masuk Bersatu pun sanggup menjadi “hantu raya” dengan berkata, tiada perjanjian hitam putih untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Jadi siapa yang kemaruk sebenarnya?
Anwar yang sudah ada perjanjian, ketetapan dan dipersetujui sebagai Perdana Menteri seterusnya atau mereka yang tidak henti-henti mahu menolaknya itu sebetulnya yang jauh lebih kemaruk lagi? (Shahbudindotcom 01/07/2019)