PH JANGAN IKUT RENTAK NAJIB – DAIM

SKANDAL ‘LAND SWAP’ MENGEJUTKAN, GESAAN SIASAT KEMENANGAN ZAHID HAMIDI ADA ASASNYA


Pendedahan berkenaan skandal “land swap” yang melibatkan Kementerian Pertahanan ternyata amat mengejutkan sekali.

Skandal yang melibatkan pembinaan kem tentera melalui pertukaran tanah itu bukan saja menyebabkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit, tetapi juga merupakan suatu penyelewengan kerana telah digunakan untuk kepentingan memenangi pilihanraya.

Laporan yang disediakan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan berhubung pembinaan kem tentera di Hutan Melintang, Bagan Datuk antara lain mendapati:-

⁃ Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu pernah memberi amaran dalam suatu mesyuarat bahawa tindakan undang-undang akan diambil jika kem gagal disiapkan sebelum Ogos 2017.

⁃ Wakil SPR didapati turut hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan Zahid Hamidi itu.
⁃ Wakil SPR juga didapati melawat tapak projek sebanyak tiga kali.

⁃ Wakil SPR turut memaklumkan pendaftaran pengundi hanya dapat dilakukan pada Ogos atau September 2017 iaitu tarikh akhir sebelum pengundian pada PRU14 dengan syarat beberapa kriteria perlu dipenuhi terlebih dahulu seperti penyempurnaan kem, infrastruktur, pagar, dapur dan stor senjata.

Laporan seterusnya mendapati penglibatan langsung SPR dalam memindahkan 1,563 pengundi – 935 anggota tentera dan pasangan mereka dari Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu di kem Tambun, 628 tentera dan pasangan mereka dari Batalion ke-3 Rejimen Artileri Diraja kem Kamunting ke kem Hutan Melintang itu.

Pembinaan kem Hutan Melintang itu adalah atas inisiatif pihak swasta dan sebagai balasannya, pemaju diberikan tanah seluas 18.6 hektar di Pahat, Perak dan Rasah, Negeri Sembilan.

Berdasarkan laporan tersebut, bukan saja pegawai SPR berkenaan wajar diambil tindakan kerana melangkaui tugasnya yang sebenar sebagai kakitangan badan pengendali pilihanraya yang sepatutnya adil dan bebas, tetapi sangat wajar sebagaimana desakan Lim Kit Siang agar kemenangan Zahid Hamidi di Bagan Datuk itu disiasat untuk menentukan kesahihannya.

Tidak itu saja, kemenangan BN di Sembrong dan Bera juga wajar disiasat sama kerana dibimbangi elemen penyelewengan yang hampir serupa dalam pembinaan kem tentera di kedua-dua kawasan tersebut mungkin juga berlaku.

Dalam hal ini, Malaysia Baru mesti menunjukkan ia benar-benar berbeza dengan Malaysia Lama. (Shahbudindotcom 16/05/2019)

PTPTN jangan tekan peminjam belum bekerja, kata Anwar


BANGI - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) harus memberi kelonggaran sebelum memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam-peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar PTPTN tidak membuat keputusan yang menekan peminjam.
“Beri sedikit kelonggaran kepada peminjam yang belum dapat pekerjaan, beri mereka sedikit ruang.
“Saya akan sokong kehendak rakyat, dan saya rasa rakyat tidak akan bersetuju dengan apa-apa tindakan yang agak keras, terutamanya dalam kalangan mereka yang belum bekerja.
"Mereka pinjam tetapi tidak ada kerja, nak tekan lagi sebab apa. Itu pandangan saya,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis iftar perdana sempena setahun pembebasannya dari penjara, di sini hari ini.
Terdahulu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, cadangan supaya PTPTN menguatkuasakan semula sekatan terhadap peminjam culas merupakan antara idea yang dikemukan pihak berkaitan hasil daripada sesi libat urus yang dijalankan.
Menurutnya, alasan bagi cadangan tersebut kerana ia berkesan ke atas peminjam PTPTN yang culas tidak membayar pinjaman bertujuan untuk mendisiplinkan mereka.

WARGA NETIZEN KEMPEN AGAR WAN SAIFUL LEPASKAN JAWATAN KERANA IDEA BODOH

Kami,rakyat Malaysia mahu Pengerusi PTPTN,Wan Saiful Wan Jan DITUKAR dengan pengerusi yang ADA OTAK dan ADA AKAL..Tak guna melantik seorang pengerusi Ptptn yang bakal menimbulkan kemarahan mahasiswa-mahasiswa dan ibubapa  terhadap PH..Kami tak memerlukan seorang pengerusi PTPTN seorg yang selalu berfikir dan membuat cadangan dengan menggunakan otak yg selapis..

-Kami mahu RAFIZI RAMLI dilantik sebagai PENGERUSI PTPTN YANG BARU dan tendang keluar pengerusi ptptn yang tak mampu menggunakan otak secara bernas..Kami mahu Pengerusi Ptptn yang mesra mahasiswa dan bukan seorang pengerusi Ptptn yang menjadikan mahasiswa sebagai seorang musuh..itu permohonan kami..NOTED!!!!



Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks


SELAMAT HARI GURU DARI ANWAR IBRAHIM

Guru adalah mutiara rakyat dan masyarakat, dan pembimbing umat yang hidup bagai lilin yang membakar diri menerangi ruang-ruang gelap. Semoga jasa dan jerit payah mereka dalam membangun bangsa mempunyai ruang khas dalam hati dan ingatan kita semua. Selamat Hari Guru kepada semua tokoh dan warga pendidik.

PENGARAH YAPEIM MASIH BOSS SELEPAS UGUT KAKITANGAN JANGAN UNNDI PH


MASIH RAMAI KAKITANGAN KERAJAAN TERUTAMANYA DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN DI PPD DAN JUGA JPN.ADAKAH PENYOKONG SENDIRI TIDAK MAMPU DUDUK DIKERUSI YANG ADA?MEREKA DURI DALAM DAGING BAGI PH.



Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan teks

Imej mungkin mengandungi: 1 orangImej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum

TAK KENA SIASAT KA DIA NI?

Tugas Ketua Pengarah kempen untuk Barisan Nasional ke?
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) berdepan satu lagi kontroversi apabila muncul satu video menunjukkan kakitangannya diugut agar tidak menyokong Pakatan Harapan (PH).

Video yang berlegar di media sosial semalam menunjukkan seorang individu didakwa sebagai seorang pemimpin kanan Yapeim berucap kepada kakitangan dalam satu acara di sebuah hotel.

📹 Yang bercakap ini masih lagi menduduki jawatan itu walaupun kerajaan telah bertukar. Baik sungguh PH ni pun!
Inilah manusia pengkhianat dan duri dalam daging kepada PH. PM, TPM dan seluruh Menteri Kabinet....kenapa masih menyimpan manusia yang boleh di umpamakan sebagai GUNTING DALAM LIPATAN ini?.

Semasa PRU ke-14, Dato' Abibullah ini lah yang mengugut serta telah memaksa seluruh warga Yapeim untuk menyokong BN jika tidak mahu di tamatkan perkhidmatan sepertimana link video yang saya sertakan: https://www.facebook.com/hafiz.alrabi/videos/10217135091582562/?t=50.

Pindah pengundi tentera secara haram: 3 kerusi UMNO goyang?


Beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini didakwa memindahkan pengundi tentera ke empat kawasan Parlimen bagi memberi kelebihan kepada calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) lalu.

Empat kerusi Parlimen berkenaan disandang pemimpin BN iaitu Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Hishammuddin Hussein (Sembrong), Dr S Subramaniam (Segamat) dan Ismail Sabri Yaakob (Bera). Hanya Subramaniam tewas pada PRU lepas.

Dakwaan itu timbul berdasarkan laporan audit khas oleh mantan Ketua Audit Negara, Ambrin Buang yang ditugaskan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk menyiasat urusan niaga meragukan di bawah pentadbiran sebelum ini, bermula dengan Kementerian Pertahanan.

Pengerusi SPR baharu, Azhar Azizan Harun seperti dilapor media pada Rabu minggu lalu berkata, beliau mengambil maklum mengenai dakwaan itu dan akan menunggu laporan lengkap sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Mengulas mengenai pendedahan itu, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam kenyataan hari ini menyifatkan ia sebagai penyalahgunaan kuasa dan pencabulan proses demokrasi yang serius oleh pentadbiran mantan Perdana Menteri Najib Razak.

Pemimpin DAP itu justeru menggesa agar SPR melakukan inkuari berhubung pendedahan berkenaan bagi menentukan sama ada kemenangan yang diraih Zahid, Hishammuddin dan Ismail pada PRU14 lalu perlu diisytihar batal.

“Zahid, Hishammuddin dan Ismail (juga) perlu menyatakan sama ada mereka mengalu-alukan inkuiri untuk (memutuskan) sama ada pilihan raya mereka tidak demokratik dan maka perlu diisytihar tidak sah dan batal,” katanya.

Sebelum PRU14, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapati ribuan pengundi tentera dipindahkan dan keluar dari tiga kawasan pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman berkata seramai 1,079 pengundi tentera dipindahkan ke kem Segamat di Johor, 1,234 ke kem Bera di Pahang dan 1,411 ke kem Hutan Melintang di Perak. 

MALAYSIA DIKELUARKAN DARI STATUT ROM

RM42 JUTA DIPINDAH KE NAJIB ATAS TUJUAN CSR

KARTEL DEDAK: PAS PERLU BERI PENJELASAN KEPADA RAKYAT

Program Sesi Bantuan dan Nasihat Guaman Percuma di Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson. Jom sertai!

[ADMIN]
Program Sesi Bantuan dan Nasihat Guaman Percuma di Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson. Jom sertai!
Mohon like page Ahli Parlimen Port Dickson - YB Anwar Ibrahim untuk maklumat dan jadual terkini Ahli Parlimen Port Dickson

SETIAUSAHA AGUNG PKR MENYANGGAH DAKWAAN SETIAUSAHA AGUNG PAS

Image result for saifuddin nasution

1. Kenyataan Setiausaha Agung PAS yang menggelarkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai “bekas banduan” dalam ceramah kempen beliau di Pilihanraya Kecil (PRK) Sandakan baru-baru ini adalah berpunca daripada tidak memahami asas undang-undang dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong yang telah memberikan pengampunan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018.
2. Perkara 42(1) seperti diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan, menunda hukuman dan melegakan hukuman. Segala proses dan prosiding untuk memberikan pengampunan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diikuti dan dipatuhi oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
3. Isu sama ada Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang “bekas banduan” tidak lagi timbul kerana beliau telah mendapat pengampunan penuh dan dibenarkan bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Port Dickson tanpa sebarang pertikaian undang-undang berkenaan status kelayakan beliau.
4. Kenyataan Setiausaha Agung PAS itu jelas meremehkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan satu usaha memperlekeh integriti proses dan prosiding Lembaga Pengampunan apabila pengampunan penuh itu diberikan kerana telah berlakunya ketidakadilan (“miscarriage of justice”) dalam keseluruhan proses pendakwaan dan pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Pendirian yang diambil oleh Setiausaha Agung PAS tersebut bercanggah dengan pendirian PAS yang pada suatu ketika dahulu sentiasa konsisten daripada awal bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapi dan wujud konspirasi di sebalik pemenjaraannya. PAS atas pendirian yang sama turut bersama gerakan rakyat yang diwakili Pakatan Rakyat ketika itu yang menuntut reformasi sistem kehakiman negara.
6. Sudah tentu kenyataan “bekas banduan” oleh Setiausaha Agung PAS tersebut mengundang perbandingan nyata antara Mursyidul Am PAS terdahulu yang cukup disegani dan dihormati, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang mendokong kuat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengkritik pemenjaraan beliau sebagai satu fitnah politik.
7. Ternyata kemesraan PAS bersama UMNO sebagai rakan politik baru mengubah nada dan pendirian PAS dalam berdepan isu-isu penting negara termasuklah isu pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah dikritik oleh masyarakat perundangan antarabangsa sebagai satu konspirasi politik.
8. Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin dunia dan tokoh-tokoh Islam yang tersohor seperti Nelson Mandela, Imam Hanafi dan Recep Tayyip Erdogan yang pernah dipenjarakan akhirnya tetap dipilih menjadi pemimpin kerana integriti dan kemampuan mereka untuk memimpin dan bukan dengan label ataupun gelaran yang diberi.
9. Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang layak untuk dicalon dan dilantik sebagai Perdana Menteri sesuai kedudukannya sebagai Ahli Parlimen yang telah dipilih secara sah. Pada masa yang sama, Pakatan Harapan yang menguasai majoriti juga telah mencapai muafakat pada Januari 2018 menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri ke-8.
10. Tumpuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN sekarang ialah memelihara muafakat Pakatan Harapan, mendokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan berusaha menterjemahkan agenda rakyat dan reformasi dalam pentadbiran kerajaan.
DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
14 Mei 2019.

TERLALU KERAS MELAWAN AKHIRNYA PAS BERGABUNG DENGAN UMNO