RAKYAT MALAYSIA : LIHAT LAH DATA INI . NAMUN ...RAKYAT BOLEH MEMBERI PANDANGAN TERBAIK.

Rakyat Malaysia...

Ketahuilah bahawa Rakyat di Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand telah mendoakan agar parti-parti dlm Pakatan Harapan iaitu (PKR + BERSATU + AMANAH + DAP) dapat menumbangkan BN pada PRU ke - 14 ini dan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yg baru di Malaysia.

Satu analisa yg menyeluruh telah pun dibuat tentang kecenderungan pengundi mengikut setiap negeri dan dijangka keputusan kecenderungan ini boleh sampai hingga tarikh pengundian sebenar iaitu 09hb Mei 2018 nanti. Malah Sofia dmaklumkan maklumat yg sama ini juga telah sampai ketangan MO1 oleh Unit Khas PRU ke - 14 pada tarikh 01.05.2018. Berikut adalah kajian statistik yg bermula dari 01.01.2018 dan berakhir 30.04.2018 terhadap kaum melayu, cina dan india adalah seperti berikut:-
Hasil pemantauan yang berterusan selama 4 bulan ini terhadap 100 000 ribu pengundi-pengundi yg layak mengundi di seluruh negara dan akan keluar mengundi pada 09hb Mei 2018 ini.

👦(1) Peratusan Pengundi Melayu :-
Kaum Melayu yg sokong PH : 47%
Kaum Melayu yg sokong BN : 32%
Kaum Melayu yg sokong PAS : 15%
Kaum Melayu yg atas PAGAR : 16%

👨(2) Peratusan Pengundi Cina :-
Kaum Cina yg sokong PH : 80%
Kaum Cina yg sokong BN : 14%
Kaum Cina yg sokong PAS : 5%
Kaum Cina yg atas PAGAR : 1%

👳(3) Peratusan Pengundi India :-
Kaum India yg sokong PH : 33%
Kaum India yg sokong BN : 24%
Kaum India yg sokong PAS : 15%
Kaum India yg atas PAGAR : 28%



🍎 Berikut adalah bayangan keputusan awal yg dijangka akan berlaku pada 9hb Mei 2018 nanti :
👉 3 PARLIMEN DI NEGERI PERLIS :-
(1) P.001 PADANG BESAR : Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin (BN) 🤓
(2) P.002 KANGAR : Ramli Shariff (BN) 🤓
(3) P.003 ARAU : Shahidan Bin Kassim (BN) 🤓
BN : 3
PKR : 0
PAS : 0
* Negeri Perlis kekal milik BN dulu, kini dan selamanya 🤓
👉 15 PARLIMEN DI NEGERI KEDAH :
(1) P.004 LANGKAWI : Dr. Mahathir Bin Mohamad (PKR) 💖
(2) P.005 JERLUN : Mukhriz Mahathir (PKR) 💖
(3) P.006 KUBANG PASU : Dato Amiruddin Hamzah (PKR) 💖
(4) P.007 PADANG TERAP : Khairizal Khazali (PKR) 💖
(5) P.008 POKOK SENA : Dato Hj. Mahfuz Omar (PKR) 💖
(6) P.009 ALOR STAR : Chan Ming Kai (PKR) 💖
(7) P.010 KUALA KEDAH : Dr. Azman Ismail (PKR) 💖
(8) P.011 PENDANG : Wan Saiful Wan Jan (PKR) 💖
(9) P.012 JERAI : Akhramsyah Bin Sanusi Junid (PKR) 💖
(10) P.013 SIK : Dr. Mansor Bin Abd Rahman (BN) 🤓
(11) P.014 MERBOK : Dato Tajul Urus Hj. Mat Zain (BN) 🤓
(12) P.015 SG. PETANI : Dato Johari Abdul (PKR) 💖
(13) P.016 BALING : Dato Azeez Rahim (BN) 🤓
(14) P.017 PADANG SERAI : Karupaiya Mutusami (PKR) 💖
(15) P.018 KULIM BANDAR BARU : Dato' Saifuddin Nasution Ismail (PKR) 💖
PKR : 12
BN. : 3
PAS : 0
# Negeri Kedah bertukar pemerintahan dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri yg baru 💖
👉 13 PARLIMEN DI NEGERI PULAU PINANG :
(1) P.O41 KEPALA BATAS : Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican (BN) 🤓
(2) P.042 TASEK GELUGOR : Hj. Marzuki Bin Yahya (PKR) 💖
(3) P.043 BAGAN : Lim Guan Eng (PKR) 💖
(4) P.044 PERMATANG PAUH : Nurul Izzah Anwar (PKR) 💖
(5) P.045 BUKIT MERTAJAM : Sim Chee Keong (PKR) 💖
(6) P.046 BATU KAWAN : Kasthuriraani Patto (PKR) 💖
(7) P.047 NIBONG TEBAL : Dato Mansor Othman (PKR) 💖
(8) P.048 BUKIT BENDERA : Wong Hon Wai (PKR) 💖
(9) P.049 TANJONG : Chow Kon Yeow (PKR) 💖
(10) P.050 JELUTONG : Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji (PKR) 💖
(11) P.051 BUKIT GELUGOR : Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (PKR) 💖
(12) P.052 BAYAN BARU : Sim Tze Tzin (PKR 💖
(13) P.053 BALIK PULAU : Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahya (BN) 🤓
PKR : 11
BN. : 2
PAS : 0
# Negeri Pulau Pinang kekal milik Pakatan Harapan 💖
👉 24 PARLIMEN DI NEGERI PERAK
(1) P.054 GERIK : Dato Hasbullah Osman (BN) 🤓
(2) P.055 LENGGONG : Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN) 🤓
(3) P.056 LARUT : Dato Seri Hamzah Zainudin (BN) 🤓
(4) P.057 PARIT BUNTAR : Dato Dr. Mujahid Yusof Rawa (PKR) 💖
(5) P.078 BAGAN SERAI : Dato Dr. Noor Azmi Bin Ghazali (BN) 🤓
(6) P.059 BUKIT GANTANG : Dato Hj. Khadri Khalid (PKR) 💖
(7) P.060 TAIPING : TEH KOK LIM (PKR) 💖
(8) P.061 PADANG RENGAS : Dato Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz (BN) 🤓
(9) P.062 SUNGAI SIPUT : S.Kesavan (PKR) 💖
(10) P.063 TAMBUN : Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN) 🤓
(11) P.064 IPOH TIMUR : Wong Kah Woh (PKR) 💖
(12) P.065 IPOH BARAT : M.KULA (PKR) 💖
(13) P.066 BATU GAJAH : V.Sivakumar (PKR) 💖
(14) P.067 KUALA KANGSAR : Dr. Ahmad Termizi Ramli (PKR) 💖
(15) P.068 BERUAS : Dato Ngeh Khoo Ham (PKR) 💖
(16) P.069 PARIT : Tarmizi Mohd Jam (PKR) 💖
(17) P.070 KAMPAR : Su Keong Siong (PKR) 💖
(18) P.071 GOPENG : Dr. Lee Boon Chye (PKR) 💖
(19) P.072 TAPAH : Dato Seri M.Saravanan (BN) 🤓
(20) P.073 PASIR SALAK : Dato Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN) 🤓
(21) P.074 LUMUT : Dr. Hatta Ramli (PKR) 💖
(22) P.075 BAGAN DATUK : Ahmad Zahid Bin Hamidi (BN) 🤓
(23) P.076 TELUK INTAN : Ngo Kho Ming (PKR) 💖
(24) P.077 TANJONG MALIM : Chang Lil Kang (PKR) 💖
PKR : 16
BN : 8
PAS : 0
# Negeri Perak bertukar pemerintahan dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri yg baru 💖
👉 22 PARLIMEN DI NEGERI SELANGOR
(1) P.092 SABAK BERNAM : Dato' Fasiah (BN) 🤓
(2) P.093 SUNGAI BESAR : Budiman Bin Mohd Zohdi (BN) 🤓
(3) P.094 HULU SELANGOR : P.Kamalanathan (BN) 🤓
(4) P.095 TANJONG KARANG : Tan Sri Noh Bin Haji Omar (BN) 🤓
(5) P.096 KUALA SELANGOR : Dr Hj Dzulkefly Ahmad (PKR) 💖
(6) P.097 SELAYANG : William Leong Jee Keen (PKR) 💖
(7) P.098 GOMBAK : Dato' Seri Azmin Ali (PKR) 💖
(8) P.099 AMPANG : Zuraida Kamaruddin (PKR) 💖
(9) P.100 PANDAN : Dr. Wan Azizah (PKR) 💖
(10) P.101 HULU LANGAT : Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (PKR) 💖
(11) P.102 BANGI : Dr. Ong Kian Ming (PKR) 💖
(12) P.103 PUCHONG : Gobind Singh Deo (PKR) 💖
(13) P.104 SUBANG : Wong Chen (PKR) 💖
(14) P.105 PETALING JAYA : Maria Chin Abdullah (PKR) 💖
(15) P.106 DAMANSARA : Tony Phua (PKR) 💖
(16) P.107 SUNGAI BULOH : Sivarasa Rasiah (PKR) 💖
(17) P.108 SHAH ALAM : Khalid Abd Samad (PKR) 💖
(18) P.109 KAPAR : Abdullah Sani (PKR) 💖
(19) P.110 KLANG : Charles Santiago (PKR) 💖
(20) P.111 KOTA RAJA : Mohamad Sabu (PKR) 💖
(21) P.112 KUALA LANGAT : Dr. Xavier Jayakumar (PKR) 💖
(22) P.113 SEPANG : Dato Haji Marsum Bin Paing (BN) 🤓
PKR : 17
BN. : 5
PAS : 0
# Negeri Selangor Kekal Milik Pakatan Harapan 💖
👉 11 PARLIMEN DI W.P. KUALA LUMPUR
(1) P.114 KEPONG : LIM LIP ENG (PKR) 💖
(2) P.115 BATU : Dr. Dominic Lau Hoe Chai (BN) 🤓
(3) P.116 WANGSA MAJU : Dr. Tan Yee Kew (PKR) 💖
(4) P.117 SEGAMBUT : HANNAH YEOH (PKR) 💖
(5) P.118 SETIAWANGSA : Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (PKR) 💖
(6) P.119 TITIWANGSA : Rina Mohd Harun (PKR) 💖
(7) P.120 BUKIT BINTANG : Fong Kui Lun (PKR) 💖
(8) P.121 LEMBAH PANTAI : Raja Nong Chik (BN) 🤓
(9) P.122 SEPUTEH : Teresa Kok (PKR) 💖
(10) P.123 CHERAS : Tan Kok Wai (PKR) 💖
(11) P.124 BANDAR TUN RAZAK : Dato' Kamarudin Jaffar (PKR) 💖
PKR : 9
BN : 2
PAS : 0
# Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kekal kubu kuat Pakatan Harapan 💖
👉 W.P. PUTRAJAYA
(1) P.125 PUTRAJAYA : Tengku Adnan Bin Tengku Mansor (BN) 🤓
👉 W.P. LABUAN
(1) P.166 LABUAN : Rosman Bin Isli (BN) 🤓
👉 8 PARLIMEN DI NEGERI SEMBILAN
(1) P.126 JELEBU : IR Mustafar Kadir (PKR) 💖
(2) P.127 JEMPOL : Dato Hj. Salim Sarif (BN) 🤓
(3) P.128 SEREMBAN : Loke Siew Fook (PKR) 💖
(4) P.129 KUALA PILAH : Hasan Bin Malek (BN) 🤓
(5) P.130 RASAH : Cha Kee Chin (PKR) 💖
(6) P.131 REMBAU : Khairy Jamaluddin (BN) 🤓
(7) P.132 PORT DICKSON : Dato Danyal (PKR) 💖
(8) P.133 TAMPIN : Shaziman Bin Abu Mansor (BN) 🤓
# Negeri Sembilan bertukar pemerintahan dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri yg baru 💖
PKR : 4
BN : 4
PAS : 0
👉 6 PARLIMEN DI NEGERI MELAKA
(1) P.134 MASJID TANAH : Mas Ermieyati (BN) 🤓
(2) P.135 ALOR GAJAH : Mohd Redzuan Yusof (Pak Wan) (PKR) 💖
(3) P.136 TANGGA BATU : Dato Zali Mat Yasin (BN) 🤓
(4) P.137 HANG TUAH JAYA : Shamsul Iskandar Haji Mohd Akil (PKR) 💖
(5) P.138 KOTA MELAKA : Khoo Poay Tiong (PKR) 💖
(6) P.139 JASIN : Khairuddin Abu Hassan (PKR) 💖
PKR : 4
BN. : 2
PAS : 0
# Negeri Melaka bertukar pemerintahan dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri yang baru 💖
👉 26 PARLIMEN DI NEGERI JOHOR
(1) P.140 SEGAMAT : Dato Seri Dr. Santhara (PKR) 💖
(2) P.141 SEKIJANG : Natrah Ismail (PKR) 💖
(3) P.142 LABIS : Pang Hok Liong (PKR) 💖
(4) P.143 PAGOH : Tan Sri Muhyiddin Yassin (PKR) 💖
(5) P.144 LEDANG : Syed Ibrahim Bin Syed Noh (PKR) 💖
(6) P.145 BAKRI : Yeo Bee Yin (PKR) 💖
(7) P.146 MUAR : Syed Saddiq (PKR) 💖
(8) P.147 PARIT SULONG : Dato' Dr. Noraini Ahmad (BN) 🤓
(9) P.148 AYER HITAM : Liew Chin Tong (PKR) 💖
(10) P.149 SRI GADING : Datuk Aziz Kaprawi (BN) 🤓
(11) P.150 BATU PAHAT : Mohd Rashid (PKR) 💖
(12) P.151 SIMPANG RENGGAM : Dr. Maszlee Malek (PKR) 💖
(13) P.152 KLUANG : Wong Shu Qi (PKR) 💖
(14) P.153 SEMBRONG : Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein (BN) 🤓
(15) P.154 MERSING : Dr. Abd Latiff (BN) 🤓
(16) P.155 TENGGARA : Datuk Seri Dr. Adham Bin Baba (BN) 🤓
(17) P.156 KOTA TINGGI : Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique (BN) 🤓
(18) P.157 PENGERANG : Azalina Othman Said (BN) 🤓
(19) P.158 TEBRAU : Steven Choong (PKR) 💖
(20) P.159 PASIR GUDANG : Hassan Bin Abdul Karim (PKR) 💖
(21) P.160 JOHOR BAHRU : Akmal Nasir (PKR) 💖
(22) P.161 PULAI : Salahuddin Ayub (PKR) 💖
(23) P.162 ISKANDAR PUTERI : Lim Kit Siang (PKR) 💖
(24) P.163 KULAI : Teo Nie Ching (PKR) 💖
(25) P.164 PONTIAN : Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan (BN) 🤓
(26) P.165 TANJONG PIAI : Md Farid (PKR) 💖
PKR : 18
BN. : 8
PAS : 0
# Negeri Johor bertukar pemerintahan dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri yang baru 💖
👉 14 PARLIMEN DI NEGERI PAHANG
(1) P.078 CAMERON HIGHLAND : Manogaran (PKR) 💖
(2) P.079 LIPIS : Dato Badarudin Abd Rahaman (PKR) 💖
(3) P.080 RAUB : Tengku Zulpuri Shah (PKR) 💖
(4) P.081 JERANTUT : Dato Ahmad Nazlan (BN) 🤓
(5) P.082 INDERA MAHKOTA : Dato' Saifuddin Abdullah (PKR) 💖
(6) P.083 KUANTAN : Fuziah Salleh (PKR) 💖
(7) P.084 PAYA BESAR : Mohd Shahar Bin Abdullah (BN) 🤓
(8) P.085 PEKAN : Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (BN) 🤓
(9) P.086 MARAN : Dato' Seri Dr. Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib (BN) 🤓
(10) P.087 KUALA KRAU : Dato' Seri Hj Ismail Bin Hj Mohamed Said (BN) 🤓
(11) P.088 TEMERLOH : Haji Anuar Tahir (PKR) 💖
(12) P.089 BENTONG : Wong Tack (PKR) 💖
(13) P.090 BERA : Ismail Sabri Yaakob (BN) 🤓
(14) P.091 ROMPIN : Dato' Sri Hasan Bin Arifin (BN) 🤓
PKR : 7
BN : 7
PAS : 0
# Negeri Pahang bertukar pemerintahan dan Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri yang baru 💖
👉 8 PARLIMEN DI NEGERI TERENGGANU
(1) P.033 BESUT : Idris Jusoh (BN)
(2) P.034 SETIU : Dato' Haji Mohd Jidin Bin Shafee (BN) 🤓
(3) P.035 KUALA NERUS : Dr. Tengku Asmadi (BN) 🤓
(4) P.036 KUALA TERENGGANU : Wan Nawawi Bin Haji Wan Ismail (BN) 🤓
(5) P.037 MARANG : Mohamad Nor Bin Endot (BN) 🤓
(6) P.038 HULU TERENGGANU : Dato Rosol Bin Wahid (BN) 🤓
(7) P.039 DUNGUN : Dato Din (BN) 🤓
(8) P.040 KEMAMAN : Ahmad Shabery Cheek (BN) 🤓
BN : 8
PKR : 0
PAS : 0
# Negeri Terengganu kekal milik BN 🤓
14 PARLIMEN DI NEGERI KELANTAN
(1) P.019 TUMPAT : Datuk Nordin Bin Salleh (PKR) 💖
(2) P.020 PENGKALAN CHEPA : Mejar Mat (PKR) 💖
(3) P.021 KOTA BHARU : Husam Musa (PKR) 💖
(4) P.022 PASIR MAS : Nor Azmawi @ BAWI (BN) 🤓
(5) P.023 RANTAU PANJANG : Abdullah Bin Mat Yasim (BN) 🤓
(6) P.024 KUBANG KERIAN : Dato Dr. Halim (PKR) 💖
(7) P.025 BACHOK : Datuk Awang (BN) 🤓
(8) P.026 KETEREH : Tan Sri Annuar Musa (BN) 🤓
(9) P.027 TANAH MERAH : Dato' Sri Hj Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz (BN) 🤓
(10) P.028 PASIR PUTEH : DATUK KAMARUDIN (ABE DIN) (PKR) 💖
(11) P.029 MACHANG : Datuk Jazlan (BN) 🤓
(12) P.030 JELI : Dato Pa' (BN) 🤓
(13) P.031 KUALA KRAI : Dato Ramzi (BN) 🤓
(14) P.032 GUA MUSANG : Tengku Razaleigh Hamzah (BN) 🤓
BN : 9
PKR : 5
PAS : 0
# Kerajaan PAS Kelantan TUMBANG dan BN berjaya menjadi kerajaan negeri yg baru 🤓
👉 25 PARLIMEN DI SABAH :
(1) P.167 KUDAT : Shariff Azman Sh Along (WARISAN) 💖
(2) P.168 KOTA MARUDU : Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (BN) 🤓
(3) P.169 KOTA BELUD : Salleh Said Keruak (BN) 🤓
(4) P.170 TUARAN : Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (BN) 🤓
(5) P.171 SEPANGGAR : Abd Rahman Bin Dahlan (BN) 🤓
(6) P.172 KOTA KINABALU : Chan Foong Hin (DAP) 💖
(7) P.173 PUTATAN : Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh (BN) 🤓
(8) P.174 PENAMPANG : Darell Leiking (WARISAN) 💖
(9) P.175 PAPAR : Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin (BN) 🤓
(10) P.176 KIMANIS : Anifah Aman (BN) 🤓
(11) P.177 BEAUFORT : Datuk John Ot Ghani (PKR) 💖
(12) P.178 SIPITANG : Noor Hayaty Binti Mustapha (WARISAN) 💖
(13) P.179 RANAU : Datuk Dr. Ewon Ebin (WARISAN) 💖
(14) P.180 KENINGAU : Datuk Daniel Kinsik (BN) 🤓
(15) P.181 TENOM : Rubin Bin Balang (BN) 🤓
(16) P.182 PENSIANGAN : Arthur Joseph Kurup (BN) 🤓
(17) P.183 BELURAN : Datuk Ronald Kiandee (BN) 🤓
(18) P.184 LIBARAN : Irwanshah Bin Mustapa (WARISAN) 💖
(19) P.185 BATU SAPI : Linda Tsen Thau Lin (BN) 🤓
(20) P.186 SANDAKAN : Stephen Wong Tien Fatt (DAP) 💖
(21) P.187 KINABATANGAN : Bung Moktar Radin (BN) 🤓
(22) P.188 SILAM : Datu Nasrun Bin Datu Mansur (BN) 🤓
(23) P.189 SEMPORNA : Mohd Shafie Apdal (WARISAN) 💖
(24) P.190 TAWAU : Mary Yap Kain Ching (BN) 🤓
(25) P.191 KALABAKAN : Abdul Ghapur Salleh (BN) 🤓
BN : 16
WARISAN : 6
DAP : 2
PKR : 1
AMANAH : 0
PAS : 0
SAPP : 0
HR : 0
PPRS : 0
PCS : 0
BEBAS - BUKU : 0
PEEPADUAN : 0
BEBAS - RUMAH : 0
SOLIDARITI : 0
ANAK NEGERI : 0
PPRS : 0
# Sabah kekal milik BN dulu, kini dan selamanya 🤓
👉 31 PARLIMEN DI SARAWAK
(1) P.192 MAS GADING : Nogeh anak Gumbek (BN) 🤓
(2) P.193 SANTUBONG : Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (BN) 🤓
(3) P.194 PETRA JAYA : Fadillah Hj. Yusof (BN) 🤓
(4) P.195 BANDAR KUCHING : Kelvin Yii Lee Wuen (DAP) 💖
(5) P.196 STAMPIN : Chong Chieng Jen (DAP) 💖
(6) P.197 KOTA SAMARAHAN : Rubiah Awang (BN) 🤓
(7) P.198 MAMBONG : Jeannoth Sinel (BN) 🤓
(8) P.199 SERIAN : Dato Sri Richard Riot Anak Jaem (BN) 🤓
(9) P.200 BATANG SADONG : Dato' Sri Nancy Shukri (BN) 🤓
(10) P.201 BATANG LUPAR : Rohani Karim (BN) 🤓
(11) P.202 SRI AMAN : Masir Kujat (BN) 🤓
(12) P.203 LUBOK ANTU : Robert Pasang Alam (BN) 🤓
(13) P.204 BETONG : Robert Lawson Chuat (BN) 🤓
(14) P.205 SARATOK : Ali Biju (PKR) 🤓
(15) P.206 TANJONG MANIS : Yusuf Bin Abd Wahab (BN) 🤓
(16) P.207 IGAN : Ahmad Johnie Bin Zawawi (BN) 🤓
(17) P.208 SARIKEI : Wong Ling Biu (DAP) 💖
(18) P.209 JULAU : Joseph Salang Anak Gandum (BN) 🤓
(19) P.210 KANOWIT : Ago Anak Dagang (BN) 🤓
(20) P.211 LANANG : Alice Lau Kiong Yieng ((DAP) 💖
(21) P.212 SIBU : Oscar Ling Chai Yew (DAP) 💖
(22) P.213 MUKAH : Hanifah Hajar Taib (BN) 🤓
(23) P.214 SELANGAU : BARU BIAN (PKR) 💖
(24) P.215 KAPIT : Datuk Alexander Nanta Linggi (BN) 🤓
(25) P.216 HULU RAJANG : Wilson Ugak Anak Kumbong (BN) 🤓
(26) P.217 BINTULU : Dato' Seri Tiong King Sing (BN) 🤓
(27) P.218 SIBUTI : Lukanisma Bin Awang Sauni (BN) 🤓
(28) P.219 MIRI : Michael Teo Yu Keng (PKR) 💖
(29) P.220 BARAM : Ronald Engan (PKR) 💖
(30) P.221 LIMBANG : Hasbi Bin Habibollah (BN) 🤓
(31) P.222 LAWAS : Henry Sum Agong (BN) 🤓
BN : 22
DAP : 5
PKR : 3
PAS : 0
# Sarawak kekal milik BN dulu, kini dan selamanya 🤓
👉 JUMLAH PARLIMEN KESELURUHANNYA:
PAKATAN HARAPAN : 114
WARISAN : 6
PH + WARISAN. : 120 💖
BN : 102 🤓
PAS. : 0 😂
🏛 InsyaAllah pada 10hb Mei 2018 (Khamis). PH membentuk Kerajaan Persekutuan yg baru menggantikah BN. Manakala Tun Mahathir akan mengangkat sumpah dihadapan Yang Dipertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia yg ke - 7.
🏚 Minta semua bekerja keras pertahankan kerusi-kerusi-kerusi parlimen yg telah disebutkan disetiap negeri di atas. PH berjaya menawan 5 parlimen di Kelantan kerana hasil gerak kerja yg terancang dan senarai calon yg boleh menang dan ada integriti yang telah disusun rapi oleh Dato Hj. Husam Musa. InsyaAllah dengan perkembangan terkini dan ditambah aura anak almarhum TGNA iaitu Ustaz Nik Omar. Kita masih mampu menambah 3 ke 4 kerusi parlimen lagi dan mengubah keputusan ini dgn PH berjaya memerintah negeri Kelantan.
🏪 Keputusan Dun disetiap negeri memang sengaja tidak disiarkan kerana negeri-negeri yg jatuh ke tangan PH. Dun memihak kepada PH sehingga boleh menubuhkan kerajaan negeri.
🏭 Hanya Keputusan Parlimen disetiap negeri disiarkan sebagai gambaran awal parti mana yang akan menjadi Kerajaan Persekutuan yg baru selepas PRU ke - 14 nanti.
🕌 Kajian jangkaan keputusan PH menang sehingga membolehkan membentuk Kerajaan Persekutuan ini dibuat atas kapasiti 85% peratusan pengundi keluar mengundi.
🏘 Manakala aura Dato Shafie Apdal belum cukup kuat untuk menawan negeri Sabah. Salah satu faktor yg paling besar ialah tiada kesatuan yg kuat parti-parti pembangkang di Sabah sehingga wujud 16 parti yg bertanding. Walaubagaimanapun parti WARISAN berjaya menawan 6 parlimen untuk diberikan kepada PH utk menguatkan lagi menjadi Kerajaan Persekutuan yg baru.
🏚 Tahniah kepada semua pengundi di negeri Kedah, Perak, N.Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang kerana berani mengambil keputusan untuk menukar kerajaan negeri yg ditadbir oleh BN sebelum ini kepada Pakatan Harapan.
🏠 Teristimewa tahniah pada rakyat Selangor dan Pulau Pinang kerana berjaya mengekalkan kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan.
🏥 Tahniah juga kepada Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak kerana berjaya menjadi Ketua Pembangkang.
🏨 Takziah buat PAS diatas kejatuhan sebuah kerajaan PAS yg takfiri dan khawarij di Kelantan. Surah Al-Fatihah disedekahkan kepada parti PAS yang bercita-cita besar untuk menjadi King Maker kerana tidak berjaya menang 1 parlimen pada PRU ke - 14




APAKAH PERASAAN ANDA JIKA SITUASI INI BERLAKU?

*2 senario*

10 Mei 2018 _ scenario A atau scenario B..


*Scenario A:*

1. Pada malam 9 Mei 2018 SPR telah mengumumkan kemenangan BN.
2. DSN sekali lagi dijulang sebagai hero dan tersenyum lebar kerana mendapat mandat semula untuk memerintah dan mentadbir Malaysia.
3. Kabinet Malaysia pun tiada banyak perubahan. Menteri-menteri lama termasuk yang bermasalah dilantik semula memegang portfolio baru.
3. GLC-GLC dan institusi berkaitan kerajaaan menjadi tempat orang politik.
4. Kes-kes kontroversi berkubur,
5. GST kekal malah barangkali dinaikkan, 1MDB mungkin ditutup.
6. Pemerintah sekali lg menjanjikan pelbagai slogan transformasi tetapi ia terus bermusim dan ia akan dicanangkan semula selepas lima tahun.
7. BN terus selesa menerajui negara sejak merdeka. Kakitgn awam mcm biasa, berpuashati shj dgn bonus rm500, berhari raya dgn membayar tol.
8. Media perdana terus ekslusif untuk parti pemerintah.
9. PH terus menjadi pembangkang dan terus berharap untuk memenangi PRU15.
10. Tarikh PRU15 hanya diketahui oleh pemimpin utama BN dan jika dirasakan perlu persempadanan semula juga akan berlaku.
*11. Tiada apa yang menerujakan politik di Malaysia, hari-hari yang dilalui adalah seperti biasa.*


*Scenario B :_*
1. Pada malam 9 Mei 2018 SPR mengumumkan kemenangan kepada PH.
2. Tun DM bersama pakatan Harapan menyambut kemenangan dengan penuh semangat dan rasa debaran kerana mendapat mandat baru dan memegang amanah dan harapan besar rakyat.
3. Buat pertama kali rakyat berpeluang menyaksikan kabinet baru dan ramai menteri-menteri yang baru.
4. Macam tak percaya media perdana TV3 TV1 TV2 Utusan Malaysia Berita Harian NST dan lain-lain saluran membuat laporan lintas langsung untuk PH bukan lagi BN.
5. DSAI pula akan keluar dari penjara dan bersedia bergandingan memimpin negara.
6. Pemerintah baru PH ini merasa tertekan untuk menampilkan kepimpinan terbaik kerana rakyat akan melihat dan memberikan peluang hanya dalam masa lima tahun untuk membuktikan prestasi membela rakyat.
7. PH pasti faham bahawa mereka hanya ada satu peluang dan peluang ini tidak akan lagi diberikan rakyat sekiranya mereka khianat pada mandat yang diberikan.
8. GST tiada lg, harga minyak stabil, tol di plus tiada, gembira anak anak pulang berhari raya, bonus kakitangan awam berbaloi.
9. Lebih menerujakan ialah melihat kali pertama BN menjadi pembangkang.
10. Bayangkan senario di Parlimen dengan Ketua Pembangkang baru daripada BN.
11. Politik di Malaysia lebih menarik dan menghiburkan.
*12. Hari-hari yang dilalui pasti lebih menerujakan dengan senario politik baru ini di Malaysia.*
*ini kalilah* atau *dulu, kini dan selamanya.*
Scenario A atau scenario B
Berani berubah wahai rakyat malaysia..


JANJI PALSU ZAHID HAMIDI?




Apabila Zahid Hamidi menjanjikan untuk melantik Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil sebagai menteri penuh dengan syarat BN dapat menang cemerlang dengan majoriti dua pertiga dalam pilihanraya kali ini, ia sebenarnya bolehlah dikira  sebagai janji palsu belaka.

Janji itu bukan saja suatu janji palsu kepada Shahrizat, tetapi juga kepada Wanita UMNO serta seluruh ahli pergerakan itu.

Kenapa ia dikata sebagai janji palsu?

Pertama, kuasa melantik seseorang sebagai menteri adalah kuasa dan hak mutlak perdana menteri, bukannya timbalan perdana menteri.

Dengan itu, atas asas apa Zahid Hamidi boleh berjanji untuk melantik Shahrizat sebagai menteri?

Adakah Zahidi Hamidi sudah mula berangan-angan bahawa kerusi perdana menteri bakal jadi miliknya selepas 9 Mei ini?

Jika BN masih boleh menang lagi dalam pilihanraya kali ini, lebih-lebih lagi dengan majoriti dua pertiga, sudah tentu Najib Razak akan terus kekal sebagai perdana menteri, jadi bagaimanakah Zahid Hamidi boleh membuat janji sedemikian rupa kepada Shahrizat?

Lim Guan Eng pernah dikecam oleh beberapa pemimpin UMNO sebelum ini apabila beliau berjanji untuk meletakkan nama Liew Chin Tong yang bertanding di Ayer Hitam dan Nga Kor Ming di Teluk Intan  sebagai menteri penuh mewakili DAP sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pentadbiran negara selepas 9 Mei ini.

Kata mereka, Guan Eng tidak berhak menjanjikan demikian kerana kuasa dan hak melantik seseorang sebagai menteri adalah milik Tun Mahathir Mohamad yang telah dinamakan oleh gabungan itu sebagai calon perdana menteri.

Jika Guan Eng boleh dikecam, mengapakah Zahid Hamidi juga memandai-mandai menamakan Shahrizat sebagai menteri, sedangkan bukan kuasanya untuk berbuat demikian?

Kedua, adakah BN mampu mencapai kemenangan dengan majoriti dua pertiga dalam pilihanraya yang paling getir ini?

Kalau dalam dua kali pilihanraya sebelum ini BN sudah pun hilang majoriti dua pertiga, apakah dengan Pakatan Harapan yang semakin kuat dan diterima rakyat sekarang serta Tun Mahathir sebagai penerajunya, selain beberapa bekas menteri seperti Tun Daim Zainuddin, Rais Yatim dan Rafidah Aziz turut bersamanya dan di samping Najib sendiri sarat dengan pelbagai isu, masalah serta skandal, kemenangan dua pertiga itu mampu diperolehi kembali oleh BN?

Apakah Zahid Hamidi sebenarnya berani menjanjikan kerusi menteri kepada Shahrizat dengan syarat BN mencapai kemenangan dua pertiga kerana beliau tahu dan sedar ia adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai?

Kenapa Zahid Hamidi tidak menjanjikan sesuatu yang dibawah bidang kuasanya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri?

Sekiranya membuat janji palsu termasuk dalam kategori berita palsu - tidak perlu pihak lain - sebaliknya Shahrizat dan Wanita UMNO sendiri wajar membuat laporan polis mengenai perbuatan Zahid Hamidi itu. 

Adakah patut, sudahlah tidak diberi kerusi untuk bertanding, walaupun terkait dengan skandal lembu NFC, Shahrizat kini diberikan pula janji palsu oleh Zahid Hamidi? (ShahbudinHusin 06/05/2018)
Anda mungkin juga meminati:

UMNO TIADA LOCUS STANDI PECAT, PARTI ITU SUDAH MATI – RAIS

PERANGAI PAS YANG MEMBUATKAN ORANG MELUAT SAMA MACAM UMNO

Image may contain: one or more people, glasses and text
Image may contain: one or more people and text


Hamid Mat Piah is with Usin and 11 others.
3 mins
Darah yg mengalir dalam dlm nik omar adalah darah ATGNA....sekali dia buat keputusan dia takkan berpatah balik itu prinsip ATGNA...pernah tak dgr ATGNA nak berpaduang dgn umno....???itulah prinsip ATGNA yg akan di bawa sampai ke mati...bkn mcm hadi wang ringgit tu... Kejap nk kawan umno... Kejap tak nak... Kejap umno kafir.. Kejap pulak umno tak kafir...manusia xde prinsip mcm hadi wang mmg sgt2 layak jadi baruah umno....
Image may contain: 1 person, text


TSUNAMI RAKYAT KIAN PASTI, NAJIB SUDAH BOLEH BERKEMAS-KEMAS UNTUK TINGGALKAN SERI PERDANA




Kebangkitan rakyat berterusan lagi.  Setiap program ceramah atau jelajah Pakatan Harapan, dengan yang terbaru di Melaka malam tadi, terus mendapat limpahan kehadiran daripada rakyat pelbagai kaum.

Sebenarnya, bukan majlis yang dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad saja yang mendapat sambutan yang luar biasa, bahkan di beberapa tempat yang tiada kehadiran beliau juga turut menunjukkan sokongan  yang hangat daripada rakyat.

Lantaran sambutan hangat daripada rakyat kepada program jelajah dan majlis ceramah Pakatan Harapan di seluruh negara setakat ini, sukar untuk menolak bahawa tsunami rakyat tidak  berlaku pada 9 Mei ini.

Tsunami rakyat kian pasti akan berlaku. Rakyat kini ternyata telah bangkit untuk menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan dan ingin melihat tumbangnya UMNO serta BN.

Sudah tentu, berdasarkan semangat rakyat yang sedang meluap-luap ketika ini, program dan majlis seterusnys menjelang 9 Mei nanti akan terus mendapat sambutan yang luar biasa daripada rakyat di seluruh negara. Sekali rakyat bangkit, mereka akan terus bangkit dan bangkit sehingga berjaya.

Dengan hakikat ini, mahu tidak mahu, Najib Razak harus mengakui masa depannya semakin sukar dan kekalahan semakin menghampirinya.

Apa pilihan yang sebaiknya buat Najib?

Apakah beliau perlu terus berjuang sehingga ke hari pengundian dan kemudian menerima berita kekalahan itu dengan linangan airmata?

Sebagai seorang penulis yang turut menghadiri beberapa majlis jelajah Pakatan Harapan dan melihat sendiri sambutan serta aura kebangkitan rakyat, jika tidak menjadi kesalahan, saya ingin menasihati Najib bahawa sekiranya mulai hari ini keghairahan rakyat kepada perubahan tidak juga surut, bahkan tambah memuncak, adalah lebih baik beliau segera mengangkat bendera putih, mengaku kalah dan cepat-cepat meninggalkan negara ini.

Tidak guna lagi Najib terus bertahan, menabur pelbagai janji dan habuan kerana rata-rata rakyat tidak percaya lagi kepada semua pemberian itu.

Sebaliknya, mulalah daripada sekarang mengemas barang-barang dan mengumpul beg untuk keluar daripada Seri Perdana dan juga meninggalkan negara ini.

Rakyat kini terlalu inginkan perubahan. Rakyat mahu hidup tanpa GST, rakyat mahu harga minyak yang stabil, rakyat tidak mahu pemimpin yang ada skandal, rakyat sudah letih dengan kos sara hidup yang tinggi, sedangkan pemimpin ada wang beribu juta ringgit dalam bank dan memiliki perhiasan yang mahal-mahal.

Najib sudah tentu ada pelbagai laporan risikan mengenai tahap sokongan rakyat terhadapnya. Apa yang penting, dapatkan laporan yang betul dan bukan daripada pihak yang bertujuan hanya untuk menggembirakan hatinya.

Laporan itu, jika pihak berkaitan bersikap jujur dan berterus-terang, pasti akan menyerlahkan hakikat bahawa rakyat tidak lagi memihak kepada UMNO dan BN.

Untuk itu, pilihan yang terbaik bagi Najib tidak lain ialah segera meninggalkan negara ini sebelum hari pengundian dan carilah mana-mana negara di dunia ini untuk mendapatkan perlindungan. Ini satu-satunya pilihan baginya.

Terus menunggu sehingga hari pengundian dan kemudian menyaksikan kekalahan serta penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN di depan mata, hanya menjanjikan keadaan yang lebih buruk bagi kehidupan beliau yang seterusnya.

Harus disedari bahawa antara komitmen Tun Mahathir dan Pakatan Harapan ialah untuk menangkap dan menyiasat Najib berhubung skandal 1MDB dan kewujudan wang sebanyak RM2,600 juta yang ada dalam akaunnya dalam tempoh 100 hari selepas mengambil alih kerajaan.

Situasi itu sangat-sangat mungkin membawa pengakhiran suatu kehidupan yang panjang di penjara kepada beliau akhirnya.

Sedia dan sanggupkah Najib menghadapi semua kemungkinan itu?

Selain itu, selepas kekalahan UMNO dan BN nanti, percayalah juga bahawa majoriti pimpinan UMNO yang ada hari ini akan segera menyalahkan Najib sebagai punca utama kehilangan kuasa yang dipegang sejak lebih 60 tahun selama ini.

Tidak ada sesiapa yang akan membela dan mempertahankan Najib lagi ketika itu. Semua orang UMNO akan mengutuk dan menghentamnya, malah tidak mustahil beberapa pemimpin seperti Tengku Adnan Tengku Mansor, Annuar Musa dan ramai yang lain sudah pun berpeluk dan mencium tangan Tun Mahathir sambil menangis dengan cucuran air mata tanda penyesalan.

Majoriti pemimpin UMNO adalah jenis "cari makan". Di mana ada kuasa, ke situlah kiblat mereka. Setelah UMNO dan BN hilang kuasa di peringkat Pusat, tiada sebab lagi untuk mereka bertahan dengan parti itu.

Kekalahan UMNO dan BN hanya akan menyebabkan Najib menanggung pedih dan kesakitannya secara bersendirian. Tun Mahathir dan Pakatan Harapan pasti mengotakan segala janji dan kata-katanya kerana itulah juga kehendak rakyat sebenarnya.

Oleh itu, jalan yang selamat bagi Najib hanyalah dengan segera meninggalkan negara ini sebelum hari pengundian dan carilah tempat yang selamat untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan selepas itu.

Najib, ini nasihat ikhlas daripada saya!! (ShahbudinHusin 05/05/2018).

Surat terbuka Tun Dr Mahathir buat ahli UMNO seluruh Malaysia


“Sokongan saudara-saudari kepada Najib akan memburukkan lagi keadaan negara tercinta ini. Takkanlah saudara-saudari tidak sedar bahawa dari sebuah negara yang dikagumi dunia, Malaysia sudah jadi negara rasuah pimpinan penjenayah yang diketawakan dunia.”
Demikian petikan surat terbukan Pengerusi Pakatan Harapan, merangkap mantan perdana menteri keempat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ahli-ahli UMNO seluruh Malaysia.
Baca dan sebarkan kepada rakan-rakan yang masih tegar menyokong kepimpinan kleptokratik UMNO-BN.

Kalau gempa tak terasa di kaki, apakan daya mengelak tsunami


Bodoh lah kalau kita percaya bahawa Barisan Nasional dan United Malays National Organisation pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak menjangka bahawa satu lagi ombak besar akan membadai lanskap politik negara kurang seminggu sahaja lagi.
Naif benarlah kita kalau ikut percaya bahawa Najib Razak itu berkeyakinan tinggi untuk menang majoriti besar sehingga dua-pertiga, sekaligus memperkukuh cengkamannya ke atas aparat kerajaan untuk sekurang-kurangnya lima atau sepuluh tahun lagi.
Kalau begitu tinggi sekali keyakinannya, bulan November tahun lepas kita sudah selesai mengundi, dan UMNO-BN akan menang besar. Tidak perlu berlengah sehingga sekarang ini.
Tuan-tuan dan puan-puan, ilusi bahawa Najib Razak itu yakin menang adalah propaganda yang dibikin untuk membuatkan kita semua teragak-agak untuk menukar parti pemerintah.
Tsunami yang disebut-sebut orang adalah perkara yang paling ‘real’ pada saat dan ketika ini. Kerana itu kita kerap mendengar Najib Razak menafikannya. Sudah memang hobi Najib Razak menafikan hakikat yang nyata, dan berdalih bertimpa-timpa.
‘Tsunami Melayu’ yang lambat sepuluh tahun itu akan membadai Najib Razak dan aparat kempennya dalam keadaan ia langsung tidak sedar dari celah mana datangnya ombak perubahan itu.
Jangan tersilap. UMNO dan BN boleh dikalahkan, dan akan pasti dikalahkan. Rakyat Malaysia akan berada di pihak yang menang setelah UMNO ditumbangkan.
Kita boleh senaraikan beberapa petunjuk dan isyarat yang membuktikan bahawa United Malays National Organisation langsung tidak yakin ia akan menang dalam PRU ke-14 ini.
Pertamanya dengan proses persempadanan semula kawasan pilihanraya. Ya memang proses diperuntukkan oleh undang-undang supaya dilaksanakan setiap lapan tahun sekali. Apa yang menimbulkan keraguan kita ialah pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain, selain perubahan sempadan yang berat sebelah, menumpukan suatu kaum di kawasan tertentu, dan kaum lain di kawasan yang sebaliknya.
Kalau BN yakin menang besar, ia tidak perlu beriya menunggu untuk sempadan pilihanraya dilukis semula.
Kedua ialah penggubalan Akta Antiberita Tidak Benar. Akta ini menerima kritikan hebat pengamal media, bukan sahaja aktivis politik pembangkang yang bergantung kepada maklumat-maklumat yang disembunyikan kebenarannya oleh kerajaan.
Ia antara lain digubal supaya kita semua takut-takut untuk menyebar maklumat yang tidak sehaluan dengan agenda parti kerajaan. Tetapi mereka yang menyebar propaganda bagi memberi kelebihan kepada kempen UMNO, tidak mengapa pula.
Kalau BN yakin menang besar, ia tidak perlu menggubal akta aneh ini yang bertindan dengan beberapa akta sedia ada. Bukankah media tradisional habis semua dikawalnya? Kalau UMNO yakin boleh menang besar, ia tidak perlu runsing dengan sebaran maklumat parti pembangkang.
Ketiga pula, adalah cubaan jahat membubarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dalam rangka besar untuk menggagalkan pendaftaran Pakatan Harapan sebagai sebuah parti politik.
Begitu banyak birokrasi untuk menyusahkan pendaftaran parti lawan, yang bukan baru sekali ini dilakukan oleh UMNO-BN, bahkan pada PRU13 lalu, ia telah dilakukan terhadap DAP.
Cumanya untung kerana Jabatan Pendaftar Pertubuhan itu bukanlah organisasi yang bijak politik, lalu boleh dikilas dan dikunci pergerakannya di mahkamah.
Kalau BN yakin boleh menang, ia tidak perlu main bangsat dan cuba membatalkan pendaftaran parti lawan. Parti keris boleh berkeris secara jantan dan lawan secara berdepan.
Keempat ialah langkah Suruhanjaya Pilihanraya menyusahkan rakyat keluar mengundi, selain merumitkan usaha kempen Pakatan Harapan.
Sudahlah disuruhnya kita mengundi tengah minggu di hari Rabu, disuruhnya pula jangan meletakkan gambar selain calon dan presiden parti politik yang bertanding. Peraturan baru ini jelas sekali bertujuan menghalang poster-poster calon di seluruh negara daripada memaparkan gambar calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir.
Hakikatnya sepanjang tempoh kempen setakat ini, sudah berkali-kali kita temukan kejadian memotong atau memadam wajah mantan perdana menteri itu dari poster dan kain rentang kempen.
Kalau BN yakin boleh menang besar, apa yang ditakutkan sangat dengan wajah orang tua 92 tahun usia itu? Biar sahaja lah wajahnya tersengih dilihat pengundi. Bukankah beliau hanya seorang tua yang tidak punya karisma tinggi jika dibanding dengan ketokohan Perdana Menteri Najib Razak?
Kelima, pastinya politik wang dan politik makan percuma yang telah menjadi amalan zaman berzaman Barisan Nasional demi memujuk undi orang ramai.
Foto Malaysiakini
Bukan sekali dua kita melihat di media sosial bagaimana operator politik BN menghulurkan ‘dedak’ kepada pengundi, bahkan sekarang secara tidak berselindung lagi. Tak cukup sampul barangkali.
Kalau UMNO yakin boleh menang dua pertiga, pemberian wang tunai dan amalan memberi makan percuma ini boleh sahaja dihentikan. Tidak cukupkah pemberian BR1M bertahun-tahun untuk membeli kesetiaan dan sokongan rakyat?
Sebenarnya kalau UMNO dan BN yakin betul akan menang besar dalam PRU14 ini, perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak boleh sahaja mengajak calon perdana menteri HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat di kaca televisyen. Biar satu Malaysia saksikan kehebatan hujah dan fakta oleh Panglima Bugis yang menjadi idola mereka.
Kalau UMNO dan BN yakin betul boleh menang dua-pertiga Dewan Rakyat, ia tidak perlu takut-takut untuk memberi ruang menjawab kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang menjadi mangsa serangan kempen jahat di media-media massa.
Tetapi sebenarnya UMNO tidak yakin ia boleh menang.
UMNO dapat merasakan gerak gempa rakyat Malaysia di peringkat akar rumput, dan mereka tahu bahawa tsunami yang bakal melanda sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi.
Hari demi hari kita disajikan dengan paparan ceramah umum Pakatan Harapan yang dibanjiri orang ramai. Kalau di tahun 2013 ini terjadi, kita boleh faham; media sosial di waktu itu, tidak begitu canggih.
Namun di zaman Facebook Live dan kempen-Whatsapp, orang ramai masih sanggup bersusah payah turun ke lapangan, berjalan jauh dan berasak-asak untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan menunggu – Pakatan Harapan.
Beberapa  hari lepas  Merdeka Center muncul dengan angka-angka terbaru bacaan politik mereka yang memperlihatkan peratusan sokongan terhadap Pakatan Harapan semakin meningkat tinggi.
Maka sekarang kita hanya perlu tunggu keputusan rakyat Malaysia. Tidak lama, hanya kurang seminggu lagi. 

SIA-SIA UNDI PAS, KALAH SEMUA KERUSI DI SELANGOR – KAJIAN IDE