PEMIMPIN PH PERLU KORBANKAN KEPENTINGAN DIRI UNTUK MENANG

PAS – UMNO TERENGGANU GENCATAN SENJATA TUNGGU ARAHAN NAJIB

SIRI PENDEDAHAN RAFIZI : INI ADALAH SENARAI NAMA BEBERAPA PIMPINAN YANG PRO DAN KONTRA BERGABUNG BERSAMA PAS

Walau pun tanpa pendedahan Rafizi mengenai kewujudan kem dalam PKR, namun ramai dikalangan hali PKR telah mengetahuinya dan demi menjaga parti, ramai yang diam sebenarnya..Tetapi apabila perkara berbincang dengan Pas didedahkan dan sikap Pas sendiri yang tidak mahu berunding, nampaknya maruah PKR tercalar..wajah parti perjuangan tercalar..




Berikut adalah senarai nama yang didedahkan sendiri oleh YB Rafizi; 

a) Team Pro PAS 
Timbalan Presiden PKR: YAB Dato’ Seri Azmin Ali 
Naib-Naib Presiden PKR: 
YB Tian Chua
YB Shamsul Iskandar 
YB Xavier Jeyakumar 
Dr Shaharuddin Badaruddin
Ketua Wanita PKR: YB Zuraida Kamaruddin

Ahli-ahli Biro Politik PKR: 
YB Sivarasa Rasiah
Dato’ Saifuddin Abdullah (Ketua Setiausaha PH)
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar
Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi PKR)
YB Surendren

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP PKR): 
YB Elizabeth Wong
YB Hee Loy Sian
YB Senator Siti Aishah Shaik Ismail
YB Senator Dr Mohamad Nur Manuty
YB Dr Afif Baharuddin
YB Haniza Talha
Latheefa Koya

b) Team Pro PH
Naib Presiden PKR: YB Rafizi Ramli
Setiausaha Agung PKR: Dato’ Saifuddin Nasution Ismail 
Bendahari PKR: Datin Paduka Dr Tan Yew Kew 
Ketua AMK PKR: YB Nik Nazmi 
Ketua Whip PKR: YB Dato’ Johari Abdul
Ketua Penerangan PKR: Syed Ibrahim Syed Noh 
Pengarah Strategi PKR: YB Sim Tze Tzin 
Ketua Setiausaha Pengelola PKR: Fariz Musa 
Pengerusi Lembaga Disiplin: Jeneral (B) Dato’ Hadi Sdr 
Pengerusi PKR Sabah: YB Christina Liew 
Ahli Biro Politik PKR: YB William Leong (letak jawatan)

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP PKR): 
YB Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid
YB Wong Chen
YB Rodziah Ismail
YB Fuziah Salleh
YB Manivanan
YB Gooi Hsiao Loong
YB Azan Ismail
YB Dr Idris Ahmad
YB Dr Azman Ismail
YB Aminuddin Haron
Hassan Karim 

Cuma, kelihatannya ada nama yang tercicir dalam senarai tersebut, mereka bertiga sekeluarga iaitu;
Ketua Umum PKR: Datuk Seri Anwar Ibrahim 
Presiden PKR: YB Datuk Seri Dr Wan Azizah 
Naib Presiden PKR: YB Nurul Izzah Anwar


KREDIT INFO  RAFIZI RAMLI

GST adalah cukai regresif, bebankan golongan berpendapatan rendah




Image result for liew chin tong
Perdebatan tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan terus mendominasi topik perbincangan awam kerana kesan negatifnya sangat dirasakan oleh keluarga berpendapatan rendah selain yang dicerminkan pada kebekuan ekonomi sektor-sektor penggunaan domestik.
Saya sering kecewa apabila ahli-ahli politik berpengalaman atau pemikir-pemikir polisi awam mempunyai pemahaman yang dangkal dalam asas ekonomi dan kesannya terhadap kehidupan harian masyarakat. Seringkali, ramai antara mereka menerima idea-idea neoliberal tanpa banyak soal.
Kita sedia maklum bahawa Barisan Nasional akan terus mencari alasan pelaksanaan GST, maka saya tidak harap mereka untuk jujur secara intelektual.
Di kalangan masyarakat, terutama pemikir polisi awam dan pakar ekonomi, kita setidaknya harus berkongsi pemahaman sama tentang cukai progresif dan cukai yang regresif.
Cukai yang progresif adalah cukai yang kadarnya meningkat mengikut pertambahan jumlah boleh-cukai. Lebih banyak pendapatan yang diperoleh seseorang (jumlah boleh-cukai lebih tinggi) lebih tinggi kadar cukai yang dikenakan.
Cukai progresif dilaksanakan sebagai percubaan untuk megurangkan beban cukai golongan yang kurang berkemampuan untuk membayar cukai, kerana cukai ini mengagihkan beban itu kepada mereka yang lebih berkemampuan membayar cukai.
Asas falsafah cukai progresif adalah seperti berikut:
a) Seseorang dengan pendapatan lebih tinggi memperoleh hasil bukan saja daripada usaha sendiri tapi juga daripada manfaat-manfaat awam seperti keselamatan awam, perlindungan undang-undang, pendidikan, dan seumpanya yang disediakan oleh masyarakat, justeru mereka harus menyumbang untuk mengekalkan manfaat-manfaat itu;
b) Atas semangat solidariti, golongan berpendapatan lebih tinggi menyumbang jumlah lebih banyak untuk mengurangkan beban cukai golongan berpendapatan lebih rendah; dan
c) Jurang pendapatan yang besar mengancam kesatuan antara komuniti; maka masyarakat membuat pilihan politik melalui percukaian dan kaedah-kaedah lain untuk memastikan satu tingkat keadilan yang dapat diagih dan dirasakan oleh semua.
Berbeza dengan cukai regresif, di mana beban cukai semakin rendah apabila kemampuan membayar cukai seseorang meningkat. GST atau cukai nilai tambah (VAT) dikenakan pada satu kadar yang sama kepada baik golongan kaya mahupun golongan miskin. Namun pengagihan beban dengan pelaksanaan cukai regresif seperti ini memberi kesan yang sangat berbeza antara golongan kaya dan golongan miskin.
Sebagai contoh, golongan kaya dan miskin masing-masing memerlukan makanan dan keperluan asas lain. Keanjalan permintaan pendapatan untuk makanan selalunya kurang daripada 1 (atau dalam istilah ekonominya “tidak anjal”), yang bererti makanan adalah barangan keperluan wajib. Justeru peningkatan pendapatan satu isi rumah hampir tidak mengubah jumlah cukai makanan yang dikenakan. Ini juga bererti, dengan kewujudan perbelanjaan yang lain, beban cukai relatif dirasakan lebih berat oleh isi rumah dengan pendapatan lebih rendah.
Hujah bahawa GST adalah cukai yang “adil” hanya kerana seseorang dikenakan cukai mengikut jumlah perbelanjaannya tidak boleh digunapakai. Ini kerana hujah itu tidak mengambil kira bahawa golongan kaya mempunyai pendapatan yang lebih banyak untuk disimpan sedangkan golongan miskin dibebankan hasil pendapatan mereka ke tahap maksimum. Dalam situasi ini, GST memberi kesan regresif dalam pengagihan pendapatan.
GST semestinya memberi manfaat besar kepada kerajaan Barisan Nasional apabila harga minyak jatuh merudum sejak Oktober 2014, mengisi jurang pendapatan dengan mudah tanpa memerlukan kerajaan melakukan penyelarasan akibat kejatuhan harga minyak secara mendadak.
Hasil dari sektor berkaitan minyak menjangkau lebih 41.3% jumlah keseluruhan pendapatan negara pada 2009 dan 30% pada 2014, tapi ia hanya dianggarkan 13.8% apabila dibentangkan dalam Bajet 2017.
Namun kepada golongan biasa yang tidak pernah merasai peningkatan dalam pendapatan mereka, GST kini turut menjejaskan pendapatan boleh-guna mereka. Pendapatan golongan biasa tidak jauh beza sejak beberapa tahun kebelakangan, malah sesetengah bakal merasakan penurunan akibat pertumbuhan perlahan atau kejatuhan prospek sektor tertentu seperti minyak dan gas. Dan kini terpaksa pula membayar GST yang sebelum ini tidak wujud. Akibatnya, pendapatan boleh-guna mereka mengalami penurunan yang serius.
Kerajaan mengutip RM41 bilion melalui GST pada 2016. Berbanding cukai jualan dan perkhimatan (SST) lama yang cuma mengumpulkan RM18 bilion setahun, ini bererti GST mengutip RM23 bilion daripada rakyat biasa Malaysia. Sepatutnya RM23 bilion itu dibelanjakan secara langsung oleh rakyat untuk barangan dan perkhidmatan keperluan mereka.
Apabila hampir semua orang mengurangkan perbelanjaan, perniagaan terjejas akibat kekurangan hasil jualan barangan dan perkhidmatan, yang mengakibatkan pertumbuhan perlahan dalam sektor runcit dan domestik. Dan apabila perniagaan terjejas, sampai satu tahap sesetengah syarikat terpaksa mengurangkan pekerja, yang menjejaskan lagi ekonomi secara keseluruhan.
Dengan anggapan bahawa kepenggunaan domestik sebagai pelincir ekonomi, terutama ketika sektor eksport tidak stabil ekoran situasi tidak menentu dunia, GST menjadi ‘pembunuh’ utama sumber pendapatan.
Pentadbiran Najib dan sesetengah pakar ekonomi sepatutnya faham kenapa GST begitu dibenci oleh rakyat Malaysia. Sekarang bukan masanya untuk bermain-main dengan agenda ekonomi neoliberal.
Malaysia memerlukan agenda ekonomi yang berkesan untuk jutaan rakyat biasa, yang akan menghasilkan pertumbuhan mampan ketika ini. GST sama sekali bukan penyelesaian kepada krisis ekonomi Malaysia. – Roketkini.com
*Liew Chin Tong adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Ahli Parlimen Kluang

SEMUANYA TAK BOLEH PAKAI!!




Satu pihak bercakap tiada lagi sebarang rundingan, tetapi satu pihak yang lain seolah-olah merasakan mereka sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor.

Mana satu nak diikut?

Atau adakah Pas sekarang sudah terbelah dua?

Untuk kesekian kalinya, diingatkan kepada PKR khususnya dan Pakatan Harapan amnya, mereka tidak perlu lagi membuang masa  terus melayan karenah dan telatah Pas dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
Baik yang mengatakan sedia berunding, pintu rundingan telah tertutup atau memberi gambaran sama-sama ingin mempertahankan Selangor atau apa saja kenyataan lainnya, semuanya tak boleh pakai. Ia palsu belaka.

Selalunya begitulah, setiap kali ada kenyataan daripada pemimpin tertentu Pas bahawa mereka sedia berunding, ia kemudian akan dibalas oleh satu pihak lagi yang mengatakan tiada lagi kerjasama perlu diadakan.

Bila satu pihak mengatakan tiada lagi rundingan, muncullah pula kenyataan lain yang seolah-olah Pas tetap ingin bersama, terbuka kepada perundingan atau setidak-tidaknya mahu bersama dalam mempertahankan kerajaan negeri Selangor.

Sebenarnya, semua itu adalah wayang belaka.
Ia hanyalah kenyataan yang mahu melengah-lengahkan kesepakatan dan menjadikan Pakatan Harapan tidak bersedia sepenuhnya menghadapi PRU 14.

Kalau pun ada yang berbeza pandangan, selagi Hadi Awang lebih cintakan Najib Razak daripada kebenaran, tiada apa yang dapat pemimpin Pas lain lakukan. Mereka pula tentu saja tidak sedia meninggalkan Pas.

Jadi, akhirnya mereka akhirnya akan tetap wala' kepada Hadi dan Pas. Buang masa saja melayan mereka.

Lebih penting bagi PKR dan Pakatan Harapan ialah terus bergerak ke hadapan dan meyakinkan pengundi bahawa UMNO dan Pas atau Pas dan UMNO adalah gabungan yang satu.

Mengundi atau memilih salah satu daripadanya, yang kekal berkuasa nanti tetap seorang kleptokrat yang akan memusnahkan segala impian rakyat Malaysia untuk membina kehidupan masa depan yang lebih baik lagi. (ShahbudinHusin 27/08/2017)

PAS TIDAK RELEVAN, UNTUK APA TERUS BERUNDING?

AZMIN KUASAI BIRO POLITIK PKR, SALAHKAN MALAYSIAKINI?

TUDUH CAMPUR TANGAN ASING TAPI NAJIB SERONOK JUMPA TRUMP?

PILIH ANTARA PH DAN BN, PAS TIDAK RELEVAN – HUSAM MUSA

SEPATUTNYA HADI DITAHAN ISA SELEPAS TRAGEDI MEMALI – TUN M