PRN SARAWAK: PAKATAN HARAPAN BERI AUTONOMI RUNDING KERUSI

KETUANAN MELAYU ADALAH KHURAFAT, UMNO BN PERLU DIGANTI – FAIZ

PH PERLU KEMUKA DASAR EKONOMI GANTI DEB UNTUK TARIK UNDI MELAYU

PAKATAN HARAPAN TANDATANGANI PERJANJIAN BERSEJARAH ESOK – SAIFUDDIN

AMANAH TAK REBUT JAWATAN, PUAS HATI DAPAT 8 KERUSI – KHALID

TWEET NAJIB ARAH KABINET BELANJA BERHEMAH DIHENTAM NITIZEN

PAS TIDAK BOLEH BERSENDIRIAN, WAJAR KERJASAMA DENGAN PH – NIK OMAR

Anak Nik Aziz sertai Amanah



Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diisytiharkan pada satu majlis malam ini sebagai salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.
Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan diumumkan menyertai parti serpihan PAS itu pada majlis makan malam Amanah negeri itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.



Sebelum ini wujud desas-desus mengatakan Nik Omar akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun lalu. 

GHB yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan kemudiannya membentuk Amanah yang dilancarkan secara rasmi pada hujung Ogos lalu.

Pada majlis malam ini, lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya.
Ekoran itu, mereka terpaksa menambah meja dan kerusi bagi menampung jumlah kehadiran yang besar itu sehingga mengganggu persiapan makanan untuk mereka yang hadir.

Antara tetamu majlis makan malam itu ialah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.
"Kedatangan yang tidak dijangka pihak penganjur ini membayangkan sokongan khasnya orang Melayu kepada Amanah di Kelantan," kata seorang pemerhati politik yang turut menyertai majlis itu bagi melihat sendiri sambutan yang diterima parti pimpinan Mohamad Sabu itu.

"Mat Sabu yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah sudah tentu gembira dengan sambutan ini," katanya kepada The Malaysia Insider sambil mendengar alunan dikir barat yang dipersembahkan pendikir dari Kelantan.

"Saya mohon maaf atas segala kekurangan majlis malam ini," kata Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyedari masalah yang dihadapi ekoran kedatangan di luar jangkaan itu. – 1 Januari, 2016. - 

Catatan pengalaman sukarelawan bantu kanak-kanak di Kelantan



IMG-20151223-WA0019
KALA insan lain nyenyak menikmati malam, enam sukarelawan dari Pulau Pinang bersiap sedia meneruskan kesinambungan misi bantuan banjir di Kelantan sejak bah kuning melanda negeri itu, tahun lalu.
Misi kali ini lebih untuk berdialog dengan penduduk dan memberi bantuan membeli kelengkapan persekolahan kepada anak-anak penduduk kampung.
Antara yang terlibat ialah aktivis dari Pakatan Harapan iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), Turut membantu, mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
IMG-20151223-WA0023Tepat jam 1 pagi pada 22 Disember lalu, destinasi perjalanan ke Kelantan bermula dari Pulau Pinang. Satu lagi rombongan turut bertolak dari Kuala Lumpur untuk misi sama.
Setelah mengharungi perjalanan penuh mencabar dengan kabus tebal, gajah di tengah-tengah jalan raya, akhirnya kira-kira jam 6 pagi kami tiba di Tanah Merah dan mencari masjid untuk menunaikan solat Subuh.
Ketika itu, salah seorang sukarelawan bukan Islam iaitu Joshua turut sama memasuki masjid untuk menikmati suasana dalam masjid pada waktu Subuh. Kelihatan Joshua agak aneh dengan keadaan ini.
Seraya meluahkan bisik hati beliau kepada kami: “Awalnya mereka bangun dan datang ke masjid?”
Saya menjawab: “Kami umat Islam menunaikan solat Subuh pada awal pagi. Itulah rutin harian kami.”
Joshua mengangguk faham.
Setelah masing-masing selesai mengambil wuduk, kamipun menunaikan solat Subuh berjemaah sambil meninggalkan Joshua di saf belakang di masjid itu. Setelah selesai bersolat, kelihatan sekumpulan jemaah masjid berkumpul mengelilingi Joshua.
Keadaan itu membuatkan kami gelisah kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku. Kami bingkas ke arah Joshua untuk mengetahui apakah yang berlaku?
Namun, kami lega apabila memerhati sekumpulan jemaah masjid hanya bertanya Joshua kerana berasa pelik mengapa seseorang berketurunan Cina berada di masjid itu.
IMG-20151223-WA0017Ini bermain di benak saya – walaupun orang bukan Islam sudah lama menetap di negara ini, namun mereka masih berasa aneh melihat orang Islam bangun awal pagi manakala orang Islam pula pelik melihat kaum lain menyaksikan orang Islam menunaikan solat.
Sejauh mana dakwah kita dalam memberi kefahaman kepada orang bukan Islam akan cara hidup Islam walaupun sudah berpuluh-puluh tahun kita hidup dalam suasana kepelbagaian?
Kami kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi iaitu Kampung Kedai Geting untuk memulakan misi bantuan. Setelah bersarapan, kami bersiap di sebuah homestay yang menjadi penempatan sementara.
Turut bersama kami Young Syefura Othman yang juga aktivis DAP, baru tiba dari Kuala Lumpur dan Naib Ketua Pemuda Amanah Pulau Pinang, Saiful Azwan yang turut serta menjayakan misi ini.
Apabila tiba bertemu, kami diberi layanan sangat istimewa oleh penduduk kampung. Kami dijamu makan tengah hari dengan pelbagai jenis juadah. Setelah selesai menjamu selera, tiba slot dialog bersama penduduk setempat.
Pelbagai persoalan dikemukakan penduduk termasuk isu senstiviti yang sering dimainkan media arus perdana seperti isu pengharaman azan di Pulau Pinang, isu bantuan kepada sekolah agama, kebajikan orang Melayu di Pulau Pinang dan beberapa isu lain.
Semua isu dijawab Joshua, Young Syefura dan Saiful Azwan. Jelas jawapan yang diberi memuaskan hati penduduk.
Pada waktu malam pula, sekali lagi kami diberi layanan cukup baik oleh penduduk selain tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bertukar-tukar fikiran. Kami juga dijamu hidangan kambing golek dan ayam panggang.
IMG-20151223-WA0016Keesokannya, aktivis berkumpul dan membawa kanak-kanak kampung untuk membeli-belah kelengkapan dan pakaian sekolah sempena musim persekolahan yang bakal berkunjung tiba.
Kelihatan kanak-kanak yang mendapat kelengkapan sekolah yang baharu sangat gembira. Kali ini, Young Syefura memainkan peranan membantu kanak-kanak memilih kelengkapan sekolah dan mereka sangat mesra terhadap Young Syefura.
Dari raut wajah mereka yang kebanyakan berasal dari keluarga nelayan miskin, riak kegembiraan mereka sedikit sebanyak mengubati rasa penat kami yang mengharungi perjalanan tujuh jam ke kampung itu.
Selesai semua aktiviti, sukarelawan pulang dengan perasaan gembira kerana dapat menukil nostalgia indah bersama-sama membantu penduduk kampung itu.

TAHNIAH NAJIB: SELESAI HUTANG 1MDB DENGAN JUAL TANAH KE CHINA

HADIAH AKHIR TAHUN UNTUK MALAYSIA


Tidak ada perkara yang lebih "membanggakan"  yang boleh dianggap sebagai "hadiah berharga" di hujung tahun kepada negara apabila Malaysia diumumkan memenangi tempat ketiga dalam kategori "skandal rasuah paling teruk"  di dunia bagi 2015.

Barangkali inilah pertama kali Malaysia berada di kedudukan "terbaik" itu dan sekaligus menjadikan tahun 2015 meninggalkan memori paling hitam bagi kita semua.

Ini juga membuatkan kedatangan tahun 2016 sebagai penuh cabaran sama ada kita mampu memulihkannya atau menjadikan tahun-tahun mendatang lebih teruk lagi keadaannya.

Dalam penilaian yang dilakukan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company, Malaysia dinilai berada di tempat ketiga di belakang FIFA, persatuan bolasepak dunia yang banyak terpalit dengan rasuah dan sebuah negara di benua Afrika iaitu Nigeria.

Seterusnya Honduras dan Guatemala berada di kedudukan keempat manakala hakim-hakim di Ghana dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB berada di kedudukan kelima dan keenam.

Menurut laporan itu, Presiden AS Barack Obama berada dalam kedudukan amat janggal apabila melawat Malaysia baru-baru ini berikutan laporan yang mengaitkan Najib dengan kemasukan wang berjumlah RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya.

Dengan itu, bolehlah  difahami bahawa meskipun wang tersebut ditakrifkan sebagai derma oleh SPRM, tetapi masyarakat antarabangsa tetap sukar menerimanya.

Mereka lebih cenderung melihatnya sebagai satu bentuk rasuah yang  akhirnya menyumbang kepada "markah yang lumayan"  sehingga Malaysia berjaya memperolehi tempat ketiga sebagai negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk"  di dunia.

Dalam persidangan anti rasuah antabangsa atau IACC di Kuala Lumpur, September lalu yang enggan dihadiri oleh Najib kerana takut berdepan dengan pertanyaan antarabangsa mengenai wang tersebut, beberapa wakil yang hadir secara terbuka mengatakan duit sebanyak RM2,600 juta itu mempunyai semua ciri-ciri yang boleh dikaitkan dengan rasuah.

Dengan kejayaan meraih tempat ketiga itu, ia bukan saja suatu sejarah kerana negara tidak pernah mendapat "tempat sebaik"  itu sebelum ini atau dalam mana-mana kepimpinan terdahulu, malah barangkali menjadikan Malaysia negara Islam pertama disenaraikan  sebagai antara "pemenang teratas"  yang mengaibkan itu.

Mujurlah foreignpolicy.com tidak membuat penilaian berdasarkan kategori individu, sekiranya ada, siapakah agaknya antara pemenangnya?

Apakah sekali lagi  Malaysia ada wakilnya juga? (SH 31/12/2015).

MANTAN KETUA DEWAN ULAMAK PULAU PINANG MENYERTAI AMANAH

Alhamdulillah...ya Allah kami bersyukur kepada mu ya Allah,parti Amanah telah mendapat tempat dihati ulamak yang iklas dalam perjuangannya..

Ustaz Shuaib Mohd Amin Mantan Ketua Dewan Ulama Pas Pulau Pinang kini bersama AMANAH

"Masaalah ummat ini apabila menjadikan Al Quran hanya sebagai hiasan, bukan pedoman...."


"Hiasan yang abstrak, lalu ummat tidak dapat menyelami maksud dan murad ayat yang dibaca oleh mereka, tugas antum sekelian untuk faham dan memahamkan ummat tentang fungsi sebenar al Quran"

~Kuliah Ustaz 
Shuaib Mohd Amin satu ketika dahulu di Ma'had Azhar, Pokok Sena, Pulau Pinang.

Ustaz Shuaib Mohd Amin Mantan Ketua Dewan Ulama Pas Pulau Pinang (dalam gambar dua dari kanan), seorang yang alim-terutama dari sudut bahasa Arab- , zahid, pencinta kebenaran نحسبه هكذا ولا نزكي على الله أحد telah turut menyertai Parti Amanah Negara.

Tentu ada sebabnya......

Ridzwan Abu bakar
~Pengarah Media dan Komunikasi
Amanah Negeri Kedah

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA

PERUTUSAN TAHUN BARU PRESIDEN KEADILAN
2015 sudahpun tiba ke hari terakhirnya. Sepanjang tahun ini, rakyat Malaysia telah disajikan pelbagai kejadian, insiden, malah skandal yang mungkin sukar untuk kita lupakan, termasuklah:

• Pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum KEADILAN - perlu kita ingat pemenjaraan beliau ini berniat politik jahat, malah hal ini telah dibangkit dan diiktiraf pelbagai pihak termasuklah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Parlimen Eropah;

• skandal "derma politik" RM2.6 bilion Dato' Sri Najib Razak - hingga ke hari ini beliau masih belum memberikan penjelasan yang memuaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, malah mereka yang berani membangkitkan isu ini didiamkan atau dibuang dari kerajaan;

• skandal 1MDB - hutang berpuluh bilion syarikat ini yang dimiliki penuh Kementerian Kewangan ini telah menjadi antara skandal paling besar dalam sejarah negara, dan telah mengakibatkan pelbagai aset negara terpaksa dijual kepada syarikat-syarikat luar negara (malah hari ini juga kita disajikan penjualan 60% saham Bandar Malaysia bernilai RM7.41 bilion kepada konsortium termasuk sebuah syarikat luar negara);

• Akta Majlis Keselamatan Negara - yang telah diluluskan dengan cukup pantas di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, yang mengundang pelbagai kritikan dari parti politik dan badan-badan bukan kerajaan; dan macam-macam lagi.
Oleh itu, untuk 2016, saya yakin dan percaya kita semua perlu banyak berdoa dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan melawan kezaliman di bumi Malaysia.

Pada masa yang sama, saya menggesa semua pihak, tidak kira parti politik mana sekalipun, yang masih sayang dan cintakan negara serta mengidamkan sebuah Malaysia yang lebih adil dan baik untuk semua, untuk bersama-sama dalam gagasan besar membawa perubahan.

InshaAllah dalam masa terdekat Pakatan Harapan akan membuat pengumuman besar tentang dokumen yang akan merapatkan saf kepimpinan dan usaha menumbangkan UMNO-Barisan Nasional melalui jalan pilihanraya. Saya percaya dokumen ini bakal menjadi asas penting yang sekali lagi membuktikan KEADILAN serta parti-parti komponen Pakatan Harapan bersedia untuk menggalas tanggungjawab menerajui kerajaan di Putrajaya.

Ayuh, bersiap kita untuk bekerja lebih kuat pada tahun baru ini!

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
1 Januari 2016