Mahkamah malukan Shafee Abdullah apabila diarah tanggal jubah


 Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir di mahkamah untuk merayu bagi keputusan kesalahan melanggar peranan publisiti mengikut Akta Profesion Perundangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Julai, 2014. 

Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir di mahkamah untuk merayu bagi keputusan kesalahan melanggar peranan publisiti mengikut Akta Profesion Perundangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Julai, 2014.

 Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dimalukan di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini apabila diarah menanggalkan jubah peguamnya ketika sesi mahkamah bersidang.

Shafee hadir atas kapasiti peribadi untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi awal tahun ini yang membawa denda RM5,000 kerana melanggar peranan publisiti mengikut Akta Profesion Perundangan.

Peguam yang mewakili dirinya dikehendaki oleh tradisi guaman menanggalkan jubahnya.


Insiden itu berlaku selepas Shafee menyerahkan permohonan meminta Datuk Mah Weng Kwai, salah satu tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diijadualkan mendengar kes itu menarik diri.
  Ini kerana Mah merupakan bekas presiden Majlis Peguam dan anggota Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara.

Dua lagi hakim adalah Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

"Adakah anda berjubah?" soal Mah kepada Shafee, yang tidak sedar beliau memakai jubah meneruskan hujahnya.

Shafee berkata, beliau meminta Mahn mengundurkan diri kerana Majlis Peguam dituduh melakukan "pendakwaan terpilih" terhadap peguam yang dikenakan tindakan tatatertib.

"Yang Arif, mungkin tidak selesa mendengar rayuan ini kerana pernah menjadi pengerusi Majlis Peguam dan anggota lembaga," katanya.

Mah kemudiannya bersetuju mengundurkan diri daripada mendengar kes Shafee.

Rayuan itu akan didengar pada 14 Oktober oleh satu panel baru.

Pada 10 Januari, Shafee gagal mengetepikan keputusan lembaga yang mengenakan denda terhadapnya berhubung salah laku profesion.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof menolak rayuan beliau setelah mendapati mahkamah itu tidak patut campur tangan dalam keputusan lembaga berkenaan berkaitan wawancaranya dengan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris.

Zaleha berkata, mahkamah bersetuju dengan responden (Majlis Peguam) artikel berkenaan mengandungi kata-kata dan kenyataan berbentuk memuji Shafee dan firmanya, yang melampaui skop atau maklumat dibenarkan Akta Profesion Guaman.

"Pada pendapat saya, apa yang penting di sini ialah pandangan Majlis Peguam tentang yang diperuntukkan di bawah Peraturan 15(1)(b) Peraturan-peraturan Publisiti dalam Profesion Guaman 2001.

"Saya berpendapat mahkamah tidak patut campur tangan dalam keputusan Majlis Peguam itu. Oleh itu, saya menolak rayuan ini tanpa perintah membayar kos," katanya.

Shafee memfailkan rayuan terhadap keputusan lembaga itu pada 5 Oktober 2012 yang mendapatinya melanggar Akta Profesion Guaman dan mengenakan denda RM5,000.

Dalam saman pemula yang difailkannya pada 16 November 2012, Shafee mendakwa lembaga itu mendendanya RM5,000 berikutan aduan yang dibuat presiden Majlis Peguam ketika itu K. Ragunath pada 23 September 2010 bahawa beliau membuat publisiti tentang diri dan firmanya dalam satu temu bual dengan The Star.

Dua artikel berkenaan yang bertajuk “Counsel rests his case” dan “Keeping within the letter of the law”, tersiar pada 27 September 2009.


Lembaga itu mendapati beliau membuat publisiti tentang diri dan firma peguam caranya dengan cara yang melanggar Peraturan Publisiti Dalam Profesion Guaman 2001. – 14 Julai, 2014.



Rara, Ikon Baru Wanita Melayu Sertai DAP Selepas Dyana !


Populasi ‘awek cun’ di Parti Tindakan Demokratik nampaknya kian meningkat. Pasca pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang akhirnya maju ke depan dan dengan berani mengisi borang keahlian sebuah parti yang telah sekian lama difitnah sebagai parti ‘komunis’ dan ‘cauvinis cina’.
Terbaru, DAP menerima permohonan keahlian daripada seorang ikon anak muda yang boleh tahan popular sejak ditemui hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0. Young Syefura Othman, atau lebih mesra dipanggil Rara, mengisi borang keahlian DAP setelah menghadiri sesi dialog bersama pimpinan muda parti di ibu kota.
Anak gadis berusia 25 tahun ini merupakan anak perempuan tunggal daripada tujuh orang adik-beradik. Dia mendapat inspirasi politiknya daripada sang ibu yang merupakan seorang aktivis PAS.
“Kami turun perhimpunan Bersih satu keluarga,” ujarnya berkisah tentang pengalaman pertama kali menyertai perhimpunan aman membantah penipuan pilihanraya itu.
Rara bernasib baik kerana datang awal dan pulang awal, lalu tidak terkena asap gas pemedih mata atau ditembak air gatal. Beliau malah menjadi bualan anak-anak muda Malaysia setelah fotonya tersebar luas dan disebut-sebut sebagai salah satu ikon perhimpunan tersebut.
Kemasukan Rara ke dalam DAP disambut dengan reaksi bercampur-campur daripada berbagai pihak. Antara yang paling pantas memberi reaksi negatif pastinya pihak musuh yang dengan cepat melabel beliau, selain memuatnaik grafik kononnya Rara seorang pakar urut batin. Siap dengan alamat dan nombor telefonnya sekali.
“Saya menyertai DAP kerana ia menyediakan ruang untuk wanita muda Melayu terutamanya,” kata beliau memberi penjelasan.
“Kita kekurangan pimpinan wanita muda. Kita mungkin ada Nurul Izzah dalam PKR, kalau PAS saya tidak pasti siapa. Kalau kenal pun Kak Aiman (Athirah)” tambahnya, sambil berkata kemasukannya ke dalam DAP adalah dengan cita-cita untuk mengajak lebih ramai wanita untuk turut ke depan dalam perjuangan mengembalikan demokrasi dan keadilan.
Minat beliau terhadap DAP bertambah rancak pasca fenomena Dyanamania yang melanda seluruh negara, di samping dasar parti yang menolak politik perkauman dan terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang apa pun.
“Semua kawan-kawan terkejut bila saya masuk DAP, semua orang asyik tanya, kenapa DAP?” tambahnya sambil memberitahu bahawa keluarganya menerima keputusan beliau dan faham benar dengan kiprah politik Rara serta memberikan beliau sokongan terus-menerus.
Hentaman dan serangan terhadapnya dianggap hal biasa. Poster dan grafik di laman-laman sosial memfitnah kononnya Rara mendaftar sebagai ahli seumur hidup DAP dan kononnya berhasrat menghapuskan hak-hak orang Melayu. Padahal Deklarasi Shah Alam yang dibuat pada 8 Januari 2012 jelas mempertuntukkan bahawa DAP “Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.”
“Tapi disebabkan saya macam dah terbiasa, saya biarkan sahaja,” ujarnya yang sebelum ini sudah pun pernah difitnah dengan pelbagai tuduhan pasca perhimpunan Bersih 3.0. “Bila saya kena sekali lagi waktu masuk DAP, saya sudah boleh bersedia. Saya ketawakan saja,” ujarnya menguntum senyuman.
Tidak kalah hebat ialah tuduhan bertalu-talu daripada pihak musuh kononnya DAP mempergunakan gadis-gadis cantik jelita untuk menarik kemasukan orang Melayu. Rara melihat tuduhan itu sebagai sesuatu yang positif kerana baginya pihak musuh sudah ketandusan ide untuk mencari kesalahan. Tetapi, hakikatnya, memang benar sudah ramai yang berminat untuk menyertai DAP.
Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Setelah sekian lama DAP dimomok-momok sebagai parti cauvinis Cina, kehadiran ‘awek-awek cun’ secara tiba-tiba meleburkan persepsi negatif tersebut, dan secara tidak langsung menarik minat orang ramai untuk mendekati parti yang dijaja-jaja musuhnya dengan pelbagai cerita karut.
Kekurangan wanita muda dalam aktivisme politik Malaysia bagi Rara adalah akibat daripada kerunsingan dan ketakutan untuk terlibat, selain disibukkan dengan urusan harian serta kurangnya sistem sokongan bagi mereka. Tambah-tambah pula yang bekerja dengan kerajaan.
“Mereka memang tidak berani menonjol, takut kalau apa-apa berlaku terhadap mereka,” jelasnya lagi, sambil berkata bahawa ketakutan kaum wanita yang meminggir daripada aktivisme mendorong beliau untuk lebih ke hadapan.
“Kita perlukan seseorang untuk ke depan dan menjadi contoh, pemimpin dan pembuka jalan.”
“Sekali kita maju setapak, orang yang di belakang akan ikut kita,” tambah beliau.
Ikuti bahagian kedua, kerunsingan anak muda, dan apa yang mereka boleh lakukan demi menyongsong perubahan. #sumber

Hari-hari terakhir seorang MB


Dengan komen terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, maka dengan rasminya juga Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjalani hari-hari terakhir beliau sebagai menteri besar (MB).

Kata-kata ketua umum parti itu dibaca sebagai 'pengakuan' meminta Khalid mengosongkan kerusi dan ia permintaan partinya dan Pakatan Rakyat sendiri.

Khalid yang dilihat berseorangan dalam hal ini langsung tidak boleh mengharapkan sokongan dari parti beliau sendiri untuk terus menduduki kerusi yang diterajui selama enam tahun itu.

Bagaimanapun isu penukaran MB sebenarnya bukan merupakan perkara pelik kerana ia kelaziman dan pregoratif parti politik masing-masing

Baru-baru ini di Terengganu, MB turut ditukar, dan ia 'prosedur biasa' yang digunakan BN sekiranya merasakan penyandang jawatan itu kurang 'kena' dengan pimpinan peringkat tertinggi.

Tetapi jika dilihat dari sudut 'ketelusan' dan 'kebertanggunjawaban' yang sentiasa dikumat-kamitkan PKR, adakah alasan menukar Khalid merupakan langkah dari segi politik semata tanpa sebarang input daripada 'rakyat'?

Terbaru, dengan jaminan Anwar bahawa isu itu akan diselesaikan secara tertib, teratur dan di “balik pintu yang tertutup”, serangan halus, licik dan ancaman politik menggunakan media massa dan sosial ini akan berterusan?

Ini kerana sama ada Khalid ditukar atau tidak, persepsi yang tercetus hasil polemik dan caturan kelompok politik langkah ini amatlah tidak baik untuk PKR dan juga Pakatan secara umum.

'Langkah 28'

Dengan pemilihan isu pemilihan parti yang masih tidak selesai, timbul pula isu 'Langkah 28' apabila kelab penyokong kerajaan (BBC) DUN Selangor dilaporkan membincangkan isu ini.

Sumber dari DUN Selangor menyatakan 28 dari 31 ADUN PKR, PAS dan DAP telah pun bersetuju untuk mengusulkan usul undi tidak percaya terhadap Khalid.

Ketua BBC Azmin Ali dilaporkan memanggil mesyuarat khas BBC buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun di Shah Alam Selasa lalu

"Hanya dua ADUN PAS iaitu Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya) dan Saari Sungib (Ulu Klang) hadir pada mesyuarat tersebut," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

ADUN DAP dan PKR difahamkan sudah sepakat untuk menguatkan desakan terhadap Khalid bagi meletakkan jawatan beliau.

Hanya PAS dilihat masih tidak memberi jawapan lagi terhadap hal ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad tidak mahu memberi sebarang komen sama ada menyokong atau menolak Khalid.

Bagaimanapun sumber daripada PAS Selangor menyatakan ada arahan 'tertinggi' parti yang meminta mereka agar tidak menurut desakan oleh PKR dan DAP.

Azmin sendiri tidak mahu mengakui atau menafikan rancangan sedemikian berlaku.

"Tolong jangan buat spekulasi," kata beliau kepada wartawan yang menyerbu beliau sebaik mesyuarat itu tamat, Selasa lalu.

Bagaimanapun sumber dari PKR mengakui perbincangan isu undi tidak percayai tidak dapat dilakukan kerana PAS "belum mendapat wahyu" dari kepimpinan tertinggi mereka.

Perang saraf

Peperangan kedua pihak pro dan anti Khalid kini makin sengit di media massa dan sosial dengan serangan, kritikan serta kempen halus digerakkan oleh kedua pihak.

DAP dengan lantang membariskan pimpinan Selangornya 'menembak' pentadbiran Khalid secara terbuka dalam beberapa isu seperti penstrukturan dan catuan air, pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu Bible.

PKR Selangor pula difahamkan menggunakan pemilihan sebagai kempen anti-Khalid dan dilihat berjaya apabila Khalid tewas dalam pemilihan peringkat cabang dan jurang undi semakin jauh berbanding Azmin dalam pemilihan timbalan presiden.

"Khalid akan lebih tertekan sekiranya kalah dalam pemilihan nanti, dia dah tak ada apa-apa," kata sumber dari PKR Selangor kepada Malaysiakini.

Di pihak Khalid, gerakan NGO Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) mula aktif memberi komen dan membuat laporan polis terhadap beberapa pemimpin tertinggi PKR yang dipercayai mempunyai kaitan dalam penyebaran berita palsu peletakan jawatan beliau minggu lalu.

Satu laporan polis dibuat semalam di Klang sementara satu lagi bakal dibuat hari ini.

Pengumuman Khalid bahawa audit dalaman akan dibuat terhadap pusat khidmat DUN yang mengambil geran dan peruntukan negeri serta penilaian semula syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilihat sebagai tekanan kepada pimpinan PKR Selangor lain dan 'mendedahkan' tingkah laku sebahagian dari mereka.

Pakatan hilang Selangor PRU depan?

Lebih hebat lagi kedua-dua kumpulan kini menggunakan hujah Pakatan akan kalah pada pilihan raya umum (PRU) depan sekiranya agenda mereka tidak diteruskan.

Sumber dari Pejabat MB menyatakan kebimbangan, dengan pemergian Khalid, rizab lebih RM 3 bilion dalam simpanan negeri akan 'diutamakan' untuk tujuan politik partisan dan tidak semestinya untuk rakyat.

Bahkan beliau yang bersama Khalid sejak 2008 mendakwa beberapa program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' yang dipelopori Khalid bakal dibatalkan atau diubah.

"Apa rakyat akan kata kalau ada pihak sama ada dari PKR dan Pakatan guna duit untuk rakyat sesuka hati mereka," kata beliau.

Malah beliau menyifatkan pemergian Khalid akan 'menyenangkan' kerja BN untuk merampas semula negeri itu.

Ini kerana, kata sumber, pengganti Khalid mungkin tidak mampu membuat keputusan drastik untuk mengatasi kepentingan politik sebagaimana yang diamalkan bekas ketua pegawai eksetutif Guthrie itu.

Sementara itu, dari sudut berbeza, sekiranya Khalid berdegil untuk kekal, pergolakan Pakatan akan membawa kepada kehilangan undi kepada negeri itu dan mudah dieksplotasi oleh BN.

"Jadi kalau Khalid tak letak jawatan, memang Pakatan hilang Selangor selepas ini," kata sumber PKR Selangor.

Rakyat akan melihat perbezaan 'cara' Pakatan dan BN menukar MB di negeri masing-masing dan persepsi politik baik merupakan kelebihan yang amat besar dalam mencongak undi.

Justeru itu hemah kepimpinan Pakatan dalam menangani perkara ini amat penting agar tidak dilihat sebagai parti yang hanya mahu berpakat sesama politikus dan mengabaikan kehendak, suara dan pandangan 'rakyat.'

Bagaimana agaknya PKR akan menarik rambut dalam tepung di negeri itu?
 

[LIVE]Tazkirah Zohor Khas - Ustaz Fawwaz Md Jan


Khalid Ibrahim akan ditukar sebelum Anwar dipenjarakan? – Shahbudin Husin


Nampaknya pertukaran jawatan menteri besar Selangor sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ia hanya bergantung kepada masa saja.

Mungkin cepat, mungkin juga lambat. Penegasan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenainya amat jelas membawa maksud bahawa Khalid Ibrahim pasti akan ditukarkan.

Dalam reaksi terbarunya mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim, terutamanya selepas Menteri Besar Selangor itu menghadiri majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Anwar berkata PR tidak akan tergesa-gesa melakukan pertukaran itu dan sedang berunding untuk mencari penyelesaiannya.


"Perbincangan ini dibuat secara tertutup, lebih baik kita tanganinya dengan tertib dan teratur. Persefahaman sudah ada, tetapi saya tidak fikir kita perlu tergesa-gesa," tegas Anwar lagi.
  Dalam masa yang sama, Anwar juga memberitahu bahawa Khalid memaklumkan kepadanya dan juga Dr Wan Azizah selaku Presiden PKR mengenai kehadirannya di majlis berbuka puasa bersama perdana menteri dua hari lalu dan beliau jelas tidak bimbang mengenainya.

Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Anwar ini ialah Khalid tetap akan ditukarkan apabila tiba waktun yang sesuai, dan Langkah Kajang yang digerakkan beberapa bulan lalu tetap akan dilaksanakan.
Yang kedua, pertukaran itu tetap akan dilakukan kerana sudah ada persefahaman mengenainya.
Apakah persefahaman itu? Adakah persefahaman itu bermaksud sudah ada persetujuan antara parti dalam PR untuk menukar Khalid dengan calon lain atau ianya bermaksud Khalid juga sudah bersetuju untuk ditukarkan?

Jika parti-parti dalam PR sudah bersetuju untuk menggantikan Khalid, mungkinkah tuan punya tubuh bersetuju dengannya? Dan bagaimana pula jika beliau tidak bersetuju?

Bagaimana pula jika Khalid sudah ada pengakuan bersetuju dengan pertukarannya sebelum ini, tetapi tiba-tiba berubah fikiran pula?

Atau mungkin Khalid hanya bersetuju jika tempatnya digantikan oleh Anwar sahaja sebagaimana yang dihasratkan melalui Langkah Kajang dan bukannya dengan calon lain seperti Dr Wan Azizah ataupun Azmin Ali?

Meskipun dalam kemelut jawatan menteri besar Selangor ini, Khalid seakan bakal dimangsakan, bukan saja melalui jawatannya dalam kerajaan tetapi juga dalam PKR, namun beliau terlihat masih lagi mempunyai rasa hormat terhadap Anwar dan Dr Wan Azizah apabila masih sudi menjelaskan mengenai kehadirannya berbuka puasa bersama Najib yang menimbulkan banyak spekulasi sebelum itu.

Jika Khalid mahu menunjuk degil, beliau boleh saja tidak bercakap apa-apa mengenai kehadirannya bersama Najib itu.

Tetapi Khalid tentulah juga mengenang persahabatannya yang lama dengan Anwar dan kerana Anwarlah, beliau dapat menjadi menteri besar Selangor.

Namun kenyataan terbaru Anwar ini turut juga dilihat sebagai asakan terbaru Anwar dan PR untuk memastikan pertukaran jawatan menteri besar Selangor tetap menjadi kenyataan.

Ia dilihat seolah-olah ada tempoh masa tertentu untuk melakukan pertukaran itu dan Khalid sedang cuba diingatkan mengenainya.

Pertukaran Khalid dilihat penting untuk memastikan kebangkitan dan penolakan rakyat yang lebih berganda kiranya Anwar terpaksa dimasukkan ke penjara sekali lagi memandangkan pengurusan kes rayuannya terhadap hukuman lima tahun penjara atas dakwaan liwatnya di Mahkamah Persekutuan sudah pun ditetapkan pada 8 Ogos depan.

Jika tidak banyak halangan, Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan sama ada Anwar akan bebas atau ke penjara sekali lagi, dijangka bakal bersidang sebelum berakhirnya tahun 2014 ini.

Kebarangkalian Anwar akan menghuni penjara sekali lagi adalah amat tinggi berdasarkan perkembangan politik yang berlaku kebelakangan kni.

Di sinilah pentingnya orang yang benar-benar rapat dengan Anwar untuk mengisi kerusi menteri besar Selangor itu bagi menggerakkan kebangkitan rakyat menolak penganiyaan dan kezaliman terhadap ketua pembangkang itu.

Berbanding jika Khalid yang kurang aura politik terus kekal sebagai menteri besar, gerakan politik yang boleh dilakukan ketika Anwar menuju ke penjara tentulah jauh lebih besar kiranya Dr Wan Azizah yang duduk di kerusi itu dan Azmin Ali sebagai Timbalan Menteri Besar atau Exco Kanannya.

Dr Wan Azizah akan berperanan menaikkan simpati, manakala Azmin sebagai penggerak mobilisasi.
Dengan menggerakkan kebangkitan rakyat yang lebih menyeluruh, meskipun Anwar akan di penjara tetapi ia juga akan menjadikan laluan yang sukar untuk Najib dan BN menghadapi PRU 14 nanti.

Oleh itu, meskipun Anwar dilihat boleh bersabar dan tidak mahu tergesa-gesa menukar Khalid tetapi pertukaran itu tidak akan melangkaui tarikh bersidangnya Mahkamah Persekutuan nanti. – shahbudindotcom.blogspot.com, 13 Julai, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Bubarkan saja DUN untuk selesaikan krisis Selangor

Bubarkan saja DUN untuk selesaikan krisis Selangor

Persoalan sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus terus memimpin Selangor perlu diselesaikan segera oleh Pakatan Rakyat (PR) sebelum negeri terkaya Malaysia itu mengulangi sejarah Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Belum terlalu lama untuk kita lupa tentang krisis kepimpinan di negeri jelapang padi itu sebelum PRU13.
Kegagalan PR, khususnya PAS, dalam menyelesaikan masalah di negeri Kedah menyebabkan harga mahal dibayar dalam PRU13.


Akhirnya Kedah yang PR menangi buat pertama kali pada 2008 kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) apabila pengundi menghukum melalui kertas undi.
  Selain kehilangan negeri Kedah, PR juga kehilangan beberapa kerusi Parlimen yang mereka menangi pada 2008.

Tidak mustahil sejarah ini akan berulang di Selangor. Rata-rata pengundi atas pagar yang saya temui meluahkan rasa meluat mereka dengan “pergaduhan” pemimpin-pemimpin PR Selangor tentang siapa yang harus berkuasa.

PR silap jika menjangkakan pengundi di Selangor akan terus menyokong mereka secara membuta tuli dalam pilihan raya umum akan datang tanpa menyelesaikan permasalahan di negeri yang seharusnya menjadi contoh kepada kepimpinan gabungan pembangkang di Malaysia.

Dalam suasana sebegini, pemimpin tertinggi PR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang harus menunjukkan “kepimpinan” mereka, bukan hanya tahu mengutuk Umno dan BN sahaja.

Krisis Selangor yang berlarutan menunjukkan betapa tidak sepakatnya pimpinan PR, sehingga menyebabkan ramai yang tertanya, jika masalah Selangor tidak dapat diselesaikan, bagaimana mahu memimpin Malaysia?
Bagaimanapun caranya, Umno berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan di negeri Terengganu walaupun Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said sempat “berdrama.”

Selemah-lemah Datuk Seri Najib Razak, beliau berjaya menyelesaikan masalah di negeri yang kaya dengan minyak itu, tanpa sebarang masalah secara zahirnya.

Secara batinnya, hanya Umno dan BN yang tahu dan tidak penting bagi rakyat, kerana mereka hanya melihat secara zahirnya sahaja.

Jika PR tidak berjaya mencapai kata sepakat sama ada mahu mengekalkan Khalid atau menggantikannya dengan yang lain agar negeri dapat terus ditadbir, lebih baiklah mandat diserahkan kembali kepada rakyat.
Itulah yang sebaik-sebaiknya kerana lebih setahun selepas PRU13, masalah kepimpinan Selangor masih belum selesai.

Hampir setiap hari kita membaca berita tentang PR mahu menukar menteri besar dan Khalid pula mahu terus kekal.

Sekurang-kurangnya apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan, rakyat Selangor boleh memilih kerajaan yang mampu membuatkan hidup mereka sejahtera.

Soal pilihan raya negeri merupakan pembaziran bukanlah satu masalah, kerana itulah harga sebuah demokrasi. Sekurang-kurangnya aktiviti ekonomi di Selangor akan rancak semasa musim pilihan raya.
Semasa tempoh berkempen dapatlah rakyat Selangor berdialog dengan calon yang bertanding tentang pendirian mereka berhubung isu-isu di negeri Selangor seperti Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), catuan air, masalah sampah tidak berkutip dan banyak lagi.

Rakyat juga berhak menentukan ke mana wang rizab berbilion ringgit simpanan kerajaan negeri Selangor dibelanjakan.

Paling penting sekali, rakyat Selangor dapat hidup dengan sejahtera selepas pilihan raya tanpa perlu melayan “politicking” yang tidak berkesudahan.

PR bernasib baik kini kerana BN Selangor masih belum mampu menawarkan barisan kepimpinan yang lebih baik daripada mereka.

Namun itu bukan alasan untuk terus bersikap sambil lewa.

Pengundi di Selangor adalah yang paling terdedah dengan maklumat, retorik tidak mampu membeli undi mereka.

Sudah tentu lebih sukar untuk memuaskan hati pengundi di Selangor berbanding negeri-negeri lain.
Kepimpinan PR harus ingat, dalam politik yang paling penting adalah “zahir” dan bukannya “batin.” – 13 Julai, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Bincang singkir Khalid secara tertutup, tidak tergesa-gesa, kata Anwar


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama anak yatim selepas majlis menyampaikan sumbangan di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Julai, 2014.Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama anak yatim selepas majlis menyampaikan sumbangan di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Julai, 2014.




















Perbincangan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dilakukan secara dalaman dan usaha berkenaan tidak dilakukan secara tergesa-gesa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua umum PKR itu berkata, Khalid setakat ini menjalankan tugasnya dengan baik terutama dalam urus tadbir kewangan negeri.

"Saya tidak fikir kita perlu tergesa-gesa. Ia perbincangan dalaman dan baik bagi kami uruskannya dalam keadaan yang baik.


"Saya selalu berpendapat beliau lakukan tugasnya dengan baik dalam hal kewangan," katanya kepada pemberita selepas memberikan sumbangan kepada anak yatim di kediamannya di Bukit Segambut. Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa pemimpin tertinggi PKR yang dipercayai mempunyai kaitan dalam penyebaran berita palsu peletakan jawatan Khalid minggu lalu.

Ahli Jawatankuasa Pasmeb Wan Adnan W Ab Rahman berkata beliau menamakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Seri Muda Shuhami Shafie sebagai dalang di sebalik penyebaran berita palsu itu.
Anwar berkata, kemelut menteri besar di Selangor tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana ia akan mencemarkan imej Pakatan Rakyat (PR) di mata rakyat.

Katanya, terdapat badan bukan kerajaan (NGO) tertentu yang sudah mula mendesak parti reformasi itu untuk membuktikan prestasi mereka berbeza dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dulu.
"Ini kerana jangkaan mereka tinggi dan ramai yang mahu tahu terutama komen NGO yang tidak berpuas hati dengan apa berlaku.

"Mereka mahu prestasi berlainan di antara kami dan BN untuk prestasi lebih baik," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan Khalid bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada satu majlis berbuka puasa pada Khamis, Anwar berkata ia pertemuan biasa.

Katanya, Khalid sudah pun memberikan penjelasan kepadanya dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung perkara berkenaan.

"Kami ada sesi bersama MB dan Azizah. Ia jemputan biasa oleh jawatankuasa masjid dan saya fikir ia bukan perjumpaan peribadi.

"Segalanya sudah diluahkan dan baik baginya menghadiri majlis itu untuk Selangor. Saya tidak fikir ia jadi isu.
"Kami bertemunya malam semalam dan beliau melawak tentang perkara itu," katanya.

Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam berkata pertemuannya bersama Khalid pada Khamis tidak membincangkan isu luar biasa.

Katanya, perjumpaan itu tidak lebih didasari atas rasa hormat dengan kapasiti kepimpinan masing-masing di peringkat negara dan negeri.

"Tidaklah. Dia kata dia hadir menghormati saya sebagai ketua kerajaan peringkat pusat dan saya hormati dia sebagai ketua kerajaan peringkat negeri.

"Tiada apalah. Saya tidak pelawa dia masuk Umno," katanya pada satu sidang media di Menara Dato Onn semalam. – 12 Julai, 2014.


Najib selamatkan Khalid Ibrahim?


Ketika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ditekan rakannya dalam Pakatan Rakyat, beliau mendapat mendapat suntikan moral daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengakui boleh berkerjasama dengannya walaupun berbeza fahaman politik.

Menurut laman Mstar, Najib berkata:"Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal."

Najib berkata demikian ketika mengucapkan terima kasih kepada Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di Shah Alam, petang semalam.

Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan terawih.

"(Kehadiran Khalid) ini satu petanda baik, saya kira," kata Najib sebagaimana dilaporkan laman web itu.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Sejak beberapa bulan lalu, Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin PKR supaya melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Hasrat 'Langkah Kajang' yang dilihat gagal menjatuhkan Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Khalid dilantik sebagai menteri besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu

Pensyarah: Ramai 'pengampu' di sekeliling PM, menteri


WAJAH RASIS BERTOPENGKAN AGAMA


Pengurusan kes rayuan sabitan kesalahan liwat Anwar pada 8 Ogos


kes liwat 2 anwar

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi tiga rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kerana meliwat.


Rayuan berkenaan adalah rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman terhadapnya bagi tuduhan meliwat, rayuan Anwar dalam usaha ketiganya untuk mengetepikan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai ketua timbalan pendakwa raya dan rayuan balas pendakwa agar Anwar dikenakan hukuman penjara lebih lama.

Pada 3 Mac lepas, Anwar, 67, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan ketiganya untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa raya.

Perkara itu dikemukakan kepada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Izzudin Mohamad di dalam kamarnya hari ini, yang kemudian menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes.

Anwar diwakili peguam Ram Karpal Singh, N. Surendran dan Latheefa Koya, manakala timbalan pendakwa raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mewakili pendakwa.

Sementara itu, Ram Karpal Singh berkata tarikh yang ditetapkan itu adalah untuk mengisih tiga rayuan berkenaan.

Katanya pihak pembela memaklumkan kepada pendaftar bahawa terdapat isu tertentu yang perlu diselesaikan sebelum tarikh pendengaran rayuan berkenaan ditetapkan.

Sementara itu, Surendran memberitahu media bahawa ada tanda-tanda mahkamah ingin menetapkan rayuan itu didengar pada September.

“Tak perlulah tergesa-gesa secara luar biasa untuk mendengar rayuan ini,” katanya.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengubah keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit pangsapuri Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, tetapi membenarkan

beliau menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Anwar juga dibenar diikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin. – Bernama / Foto Malaysian Insider

Perbuatan Bung Mokhtar memalukan

Dalam Parlimen pun lihat la macamana kelaku dia menjawab dan berbahas.Macam ini saja kah standard yang Umno Bn nak kekalkan lagi.

KUALA LUMPUR 10 JULAI – Datuk Bung Mokhtar Radin menonjolkan kebodohan sendiri apabila memuji fahaman Nazi ketika perlawanan Jerman dan Brazil Selasa lalu, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Katanya, perbuatan itu bukan sahaja memalukan, bahkan boleh mengeruhkan hubungan antara Jerman dan Malaysia.

“Kenyataan Bung Mokhtar itu tidak berapa bijak. Kita boleh nampak pemerintahan Najib Razak ini lemah apabila ahli parlimen, atau menteri membuat perkara yang memalukan dan tidak sepatutnya,” ujar Fahmi.
Ahli Parlimen Kinabantangan itu baru-baru ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendoakan pemimpin diktator Jerman yang telah mati, Adolf Hitler ‘panjang umur’ di laman Twitternya.

Ia susulan kemenangan pasukan Jerman yang membelasah pasukan tuan rumah, Brazil 7-1 pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia Selasa lalu.

Menurut Fahmi, tindakan serius perlu diambil terhadap perilaku buruk Bung Mokhtar supaya hubungan antara kedua-dua negara tidak terjejas.

Tambahnya lagi, ini bukan kali pertama Bung Mokhtar mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak berakal seperti itu dan ia turut dilakukan di dalam parlimen.

“Beliau mempunyai kekebalan kerana banyak buat kenyataan sebelum ini, tetapi tindakan disiplin tidak pernah diambil terhadapnya,”

“Dia juga seorang “attention seeker” dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya memberi beliau terlalu banyak perhatian sebab orang macam ini tidak sedar (perbuatannya),” katanya.

Najib atau Khalid yang terdesak? – Shahbudin Husin


Kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Umno Selangor semalam menimbulkan banyak persepsi dan tafsiran.

Sejak menjadi Menteri Besar Selangor, inilah kali pertama Khalid hadir di majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh parti dan pihak yang bermusuh dengannya.

Walaupun ada yang berhujah bahawa kehadiran itu adalah perkara biasa, mungkin kerana adanya jemputan daripada Majlis Tindakan Negeri Selangor yang diketuai oleh Datuk Seri Noh Omar atau daripada Najib sendiri.


Malah dikatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah minum teh tarik bersama Perdana Menteri sebelum ini, tetapi kehadiran Khalid ini tentulah berbeza sama-sekali.
  Ini kerana Khalid hadir di majlis berbuka puasa itu di ketika kedudukannya sedang tergugat dan kepimpinannya semakin ditolak oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), tetapi ketika kedudukannya tidak dipertikaikan, tidak pula beliau mahu hadir di majlis-majlis seumpama itu.

Apakah Khalid sekarang ingin menunjukkan beliau sudah ada tauke baru sebagai tempat pergantungannya? Apakah Khalid begitu terdesak untuk menyelamatkan kedudukannya?

Di sisi yang lain, Umno memang mengetahui kedudukan Khalid sedang terancam sejak wujudnya apa yang dipanggil “Kajang Move” lagi.

Dengan serangan, kecaman dan desakan bertali arus agar Khalid segera diundurkan serta Khalid pula enggan mengalah, mungkinkah Umno sekarang cuba menunjuk baik dengan menghukurkan dahan untuk bergantung kepadanya?

Sekali imbas, kehadiran Khalid di majlis berbuka puasa itu sambil bergurau senda dan gelak ketawa dengan lain-lain para pemimpin Umno yang tahun-tahun sebelumnya mengutuk dan mencercanya, manakala pemimpin Umno yang berada di situ juga seakan terlupa mereka pernah mengata macam-macam kepadanya, ianya seolah-olah mereka sama-sama mendapat manfaat daripadanya.

Mungkin dengan berbaik dengan Umno, Khalid dapat bertahan lebih lama lagi di kerusi empuk Menteri Besarnya.

Khalid juga mungkin beranggapan dengan menunjuk beliau boleh berbaik-baik dengan Umno dan Najib, serangan dan kecaman terhadapnya bakal berkurangan kerana ia memberi gambaran jika beliau ditukarkan, tentulah beliau akan bekerjasama dengan Umno dan menelanjangkan semua kepincangan PR selama ini.
Kiranya PR bimbang dengan kemungkinan itu, tidak mustahil Khalid akan dikekalkan sehingga pilihan raya akan datang.

Dan jika itu yang berkaku, maka tercapailah hasrat Khalid untuk kekal menjadi Menteri Besar sehingga habis penggal ini sebagaimana yang selalu disebutnya selama ini.

Selain itu, hubungan Khalid dengan Sultan Selangor juga secara tidak langsung menjadi lebih kukuh apabila beliau mula berbaik-baik dengan Umno dan Najib.

Ada kemungkinan juga akhirnya Sultan Selangor akan menolak sebarang pertukaran jawatan Menteri Besar yang mahu dicadangkan oleh PR, sebaliknya mahukan Khalid terus kekal sehingga akhir penggalnya.
Umno pula, dengan hanya 12 kerusi yang dimilikinya, ia tentulah sedar peralihan Menteri Besar daripada PR kepada BN mustahil boleh berlaku.

Walaupun PKR mempunyai 14 kerusi, tetapi berapa sangatlah yang boleh ditarik oleh Khalid jika beliau memutuskan untuk menjadi Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN) kerana kuasa politik parti itu di Selangor lebih ditentukan oleh pengaruh Anwar dan Azmin Ali selaku Pengerusi PKR negeri.

Untuk menukar Menteri Besar pula, kerusi PAS dan DAP yang berjumlah 30 adalah halangan paling besar.
Oleh itu, berbaik-baik dengan Khalid yang hatinya sudah tiada lagi dengan PR, adalah satu-satunya jalan yang menguntungkannya Umno. Bagi Umno, biarlah Khalid terus kekal asalkan hatinya sudah berada dalam genggaman Putrajaya.

Melalui berbaik-baik dengan Khalid, Umno dapatlah menunjukkan kepada rakyat Selangor bahawa mereka adalah parti yang baik dan budiman serta sedia berbaik dengan sesiapa saja, tidak seperti PR yang sentiasa bergolak dan berbalah.

Jika pengundi Selangor melihat ini sebagai suatu kelebihan, ia mungkin memberi lebih peluang kepada BN untuk menawan kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.
Tetapi dengan berjaya Khalid kekal sehingga habis penggal ini, yang pasti untung ialah Umno dan kerajaan pusat.

Jika sebelum ini ia sudah pun berjaya memujuk Khalid untuk bersetuju dslam isu air dan peneruskan projek Langat 2 serta pembinaan Lebuh Raya Kidex yang dianggap projek kepada kroni Umno, dengan kekalnya lebih lama Khalid sebagai Menteri Besar tentulah lebih banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh Umno dan kerajaan pusat.

Sebab itu, tidak menghairankan apabila Najib sendiri dilihat amat berbesar hati dengan kehadiran Khalid di majlis berbuka puasa semalam dah mengatakan, walaupun mereka berbeza dari segi politik tetapi boleh menjalinkan kerjasama dalam banyak segi.

Tidak mustahil selepas ini, dengan hubungan Khalid yang semakin renggang dengan rakan-rakan dalam PR sendiri, beliau akan terus dipergunakan, bukan saja untuk melaksanakan beberapa projek yang memberi keuntungan dan nilai tambah kepada Umno tetapi juga untuk memberi gambaran bahawa PR bukanlah sebuah parti yang boleh mentadbir negeri dan negara dengan sebaik-baiknya.

Jika pun Umno terdesak untuk berbaik-baik dengan Khalid, hanya itulah tujuannya.

Dengan Khalid sudah menunjukkan secara terbuka warna dirinya sekarang ini, jalan terbaik bagi PR ialah segera menukarkan beliau tetapi mestilah dengan cara yang paling berhemah dan berhati-hati.

Menyimpan Khalid lebih lama mendatangkan lebih bahaya kepada cita-cita untuk kekal di Selangor dan juga membawa perubahan kepada negara. – shahbudindotcom.blogspot.com, 12 Julai, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Jangan ulangi peristiwa 1977 menimpa Kelantan di Selangor - MSO

MENYELAMI SEJARAH                                                                  

Entah azimat dan takar apa yang Abdul Khalid Ibrahim pakai untuk mengemaskan kedudukannya sebagai MB Selangor tidak diketahui. Mungkin takar Jawa atau Banjar? Tampaknya beliau liat dan leet macam "tahi beruk" untuk berundur walaupun ada tekanan berterusan. Bahkan dia kelihatan confident dengan sokongan yang diterimanya. Mungkin juga ada sokongan atau kata-kata jaminan secara senyap daripada pihak lebih berkuasa?

Khalid dalam satu majlis dengan Umno.
Dengan cara yang diambil sekarang oleh mereka yang mahu menurunkannya tidak mungkin Khalid bermurah hati untuk meninggalkan Bangunan Sultan Abdul Aziz. Kerusi MB bukan banyak, hanya 13 buah sahaja, termasuk kerusi Ketua Menteri Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Jadi adalah "kuliha"nya untuk Khalid merasa sayang dan terus berbulan madu dengan kerusi berkenaan tanpa mempedulikan hiruk pikok di luar. Jawatan MB juga boleh menjadi pelindung atau insuran kepada hutangnya sebanyak RM70 juta?



Tekanan dalaman baik secara terbuka dan dalam mesyuarat sudah tidak didengar langsung. Khalid semacam sudah berikrar dengan diri dan tekad bersama penyokongnya untuk tidak berundur. Slogan Anwar Ibrahim, "lawan tetap lawan" telah dirampas dan digunakan sepenuhnya.

Jadi apakah pilihan yang ada kini bagi memastikan beliau turun daripada kerusi MB. Hanya ada dua sahaja, pertama keberanian Anwar Ibrahim untuk meminta Khalid meletak jawatan secara diplomasi, kedua dengan mengadakan undi tidak percaya. Cara pertama adalah lebih lendik dan teratur kerana ia tidak membabitkan pihak lain.

Walaupun selama ini Anwar sudah memberi isyarat kepada Khalid agar berundur, tetapi ia tidak dipedulikan Khalid. Mungkin Anwar perlu bertegas. Anwar perlu bertanggungjawab untuk memecat Khalid kalau dia sudah tidak layak kerana Anwar bertanggungjawab mengambilnya untuk jadi MB. Khalid jadi MB adalah kerana Anwar.

Mohammad Nasir
Tetapi apakah Khalid akan akur? Dalam politik orang sanggup bukan sahaja setakat baling kerusi, bertumbuk sampai pecah pipi dan patah hidung tetapi berbunuhan pun orang sedia dan tergamak. Tidak ada yang tidak sampai hati dalam politik. Kalau diambil sifir itu, maka tidak mudah untuk Khalid berundur kandati dipaksa macam mana sekali pun. Diplomasi sudah tak berhasil.

Dalam politik juga nilai dan erti sahabat tidak berpanjangan, ia berlaku dalam keadaan tertentu sahaja. Begitu juga dengan budi dan jasa, atau pengorbanan bukan nilaian mutlak. Selalu yang menang dalam politik mereka yang tidak ada air muka dan membuang moral sebagai manusia normal. Yang tutup mata, pekuk telinga dan pecet hidung.

Makanya jalan kedua lebih berkesan, iaitu usul undi tidak percaya dalam DUN Selangor. Tetapi cara ini berisiko besar berbanding dengan cara pertama tadi. Kalau jalan kedua ini hendak diambil PKR atau Anwar kena yakinkan rakan-rakan dalam PKR terutamanya Pas. Tanpa mendapat persetujuan hitam putih dan bertulis daripada Pas, jangan sesekali cuba hendak bawa usul undi tidak percaya. Pas boleh tungging belakang begitu sahaja, yang malu dan rugi PKR juga.

PKR terutamanya Anwar sudah banyak pengalaman dengan Pas sebelum ini, yang mana tidak manis kalau disebut di sini nanti ada orang marah. Pa walaupun parti Islam tetapi ada segelintir pemimpinnya bermulut manis jubur masam.

Jalan kedua itu juga tidak mudah. Sudah ada belang yang Pas tidak akan bersetuju dengan pelan berkenaan. Kenyataan daripada pemimpin Pas soal MB adalah keputusan rakyat nyata bagaikan dibaris. Penolakan Pas terhadap pelan Kajang Move menjelaskan apa yang akan berlaku. Pas juga adalah rakan politik kepada PR atau Anwar Ibrahim. Sebagai sifat rakan politik Pas tidak dapat memastikan dia jujur dan ikhlas.

Sebagai parti yang menganuti sama fahaman sekular Machiavellianisme Pas bukan rakan yang boleh dipercayai seperti juga DAP. Demikian sebaliknya.

Sama ada pelan kedua itu jalan atau tidak, suka saya nak ingatkan di sini mengenai peristiwa yang berlaku pada tahun 1977 di Kelantan. Pada masa itu Pas Kelantan sedang menghadapi kerumitan untuk membuang MB mereka, Mohamad Nasir. Keadaannya samalah seperti apa berlaku di Selangor yang dihadapi PKR kini.

Untuk tujuan itu berbagai usaha dilakukan termasuk nasihat dan sebagainya. Parti juga memberi beberapa pandangan kepada Mohamad Nasir. Adapun sebab kenapa Mohamad Nasir hendak dipecat ialah kerana beliau dilihat tidak memberi keuntungan kepada parti sebaliknya berpihak kepada Umno. Pentadbirannya menyebabkan Umno untung. Walaupun diberi nasihat secara baik, tetapi Mohamad Nasir tetap berdegil untuk tidak melepaskan jawatan. Mulanya dia berjanji untuk berundur dengan baik, tetapi janji itu dimungkiri begitu sahaja.

Jalan terakhir diambil oleh Pas Kelantan dengan mengusulkan undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Usul itu dibawa oleh kumpulan 20 para Adun Pas yang tidak bersetuju dengan Mohamad Nasir. Usul berkenaan berjaya diluslukan dengan 20 undi menyokong 12 undi daripada Umno dan 1 MCA menentang. Kalau mengikut keputusan DUN itu Mohamad sudah hilang hak menjadi MB.

Tetapi usul undi tidak percaya itu tidak membawa apa-apa perubahan. Ia tidak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Keengganan Mohamad Nasir menyebabkan ia tidak menamatkan krisis. Mohamad Nasir bukan sahaja dikenakan undi tidak percaya, sebaliknya ikut dipecat daripada PAS. Pemecatan itu juga tidak menghasilkan apa-apa.

Mohamad Nasir sebaliknya menajdi makin "manggak" apabila ada golongan yang menyokongnya di belakangnya. Kumpulan 12 orang Adun Umno bersamanya. Mereka ini memberi sokongan dan semangat kepada Mohamad Nasir agar tidak tunduk kepada desakan Pas serta tidak keluar dari pejabat SUK. Untuk menunjukkan Mohamad Nasir mendapat sokongan rakyat, Umno menggerakkan himpunan di beberapa jajahan bagi menyatakan sokongan kepada Mohamad Nasir.

Rengkas cerita, usul undi tidak percaya dan pemecatan Mohamad Nasir tidak kesampaian tujuannya. Sebaliknya ia memarahkan lagi keadaan. Himpunan rakyat membela Mohamad Nasir yang ditaja Umno berlaku dimana-mana sahaja. Ia berakhir dengan tunjuk perasaan yang mengakibatkan Kelantan diletak dibawah MAGERAN dan kuasa kerajaan Pas dibekukan.

Jadi tragedi yang menimpa Kelantan 37 tahun lalu perlu diingat dan diambil iktibar sebelum ada cadangan hendak mengusulkan undi tidak percaya kepada Khalid Ibrahim. Saya dapat gambarkan macam mana kalau DUN Selangor sedia menerima usul berkenaan untuk diundi, ribuan orang akan ke Shah Alam dengan pelbagai sepanduk. Dan sesungguhnya pihak musuh PR hanya sedang menanti detik-detik berkenaan saja untuk bertindak dan mengganas.

NGO-NGO yang makan upah, perut buncit dan misai melekong macam tanduk seladang, berasa seronok dan mereka akan mendapat peluang mengisi tembolok dengan kejadian itu nanti. Mereka inilah yang akan mendolor punggung Khalid ke langit dan menggelarkan Khalid "Pejuang Rakyat", "Pembela Rakyat" dan sebagainya seperti mana dilakukan kepada Mohamamd Nasir yang digelar sebagai "Datuk Jujur".

Janganlah peristiwa itu berulang di Selangor kerana ia sangat-sangat memeritkan sekali. [wm.kl.2:22 pm 11/07/14]

Anwar Ibrahim: For Selangor, We Have Come To A Stage Where We Have To Give A Final Decision


YA KA NAJIB...DULU MAT SAID PUN CAKAP CAM TU JUGA....

Saya tidak pelawa Khalid Ibrahim masuk Umno, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan khabar angin beliau menawarkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai Umno semasa majlis berbuka puasa semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Julai, 2014. 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan khabar angin beliau menawarkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai Umno semasa majlis berbuka puasa semalam. – Gambar 
 fail The Malaysian Insider, 11 Julai, 2014.


Pertemuan dalam satu majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam tidak membincangkan isu luar biasa, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata, perjumpaan itu tidak lebih didasari atas rasa hormat dengan kapasiti kepimpinan masing-masing di peringkat negara dan negeri.

"Tidaklah. Dia kata dia hadir menghormati saya sebagai ketua kerajaan peringkat pusat dan saya hormati dia sebagai ketua kerajaan peringkat negeri.


"Tiada apalah. Saya tak pelawa dia masuk Umno," katanya pada satu sidang media di Menara Dato Onn hari ini.
  Najib semalam mengakui boleh berkerjasama dengan Khalid walaupun berbeza fahaman politik.
Menurut laporan media, Najib berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal."

Najib berkata demikian ketika mengucapkan terima kasih kepada Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan

Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam, petang semalam.
Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan terawih.
Najib berkata pertemuannya bersama Khalid bukanlah satu pertemuan tertutup dan khas malah ramai lagi umat Islam yang menyertai majlis berbuka puasa berkenaan.

"Empat mata? Ribuan orang ada situ. Tidak. Ribu mata adalah,” katanya berseloroh kepada wartawan.
Sejak beberapa bulan lalu, Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin PKR supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat “Langkah Kajang” yang dilihat gagal menjatuhkan Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu. – 11 Julai, 2014.


Selangor kritikal, hanya kesudian kerjasama Khalid jalan penyelesaian


Kemelut menyelubungi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan selesai jika beliau letak jawatan secara sukarela atau tukar cara pentadbiran. Gambar fail The Malaysian Insider.Kemelut menyelubungi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan selesai jika beliau letak jawatan secara sukarela atau tukar cara pentadbiran. Gambar fail The Malaysian Insider.
























Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sedang menghadapi tempoh yang sangat kritikal dan jika tidak diuruskan dengan baik bakal jatuh dan hilang terus daripada genggaman tiga parti komponennya.
Masalahnya sekarang ialah Pakatan Rakyat memerlukan kerjasama daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri, sama ada beliau berundur dengan sukarela atau menukar gaya pentadbirannya.

Ini berikutan keputusan ramai pemimpinnya yang berhasrat menamatkan Khalid sebagai menteri besar sedangkan Istana Selangor dilihat memberikan sokongan penuh kepadanya.


Kekecohan bermula secara rasmi melalui Langkah Kajang yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim namun gagal mencapai sasaran apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepada Anwar.
  "Ada seseorang di dalam PAS yang mampu memujuk Tan Sri sekarang untuk berundur dengan baik dan digantikan calon lain," kata satu sumber yang sangat rapat dengan pucuk pimpinan Pakatan.
Ketika ditanya siapakah orang itu, sumber berkata dia adalah antara pemimpin tertinggi parti yang paling dihormati Khalid.

Ini kerana, jika Khalid berkeras tidak mahu berundur, beliau boleh membuat pelbagai perkara menggunakan sokongan istana.

Khalid juga boleh menasihatkan istana agar membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor untuk membolehkan satu pilihan raya semula diadakan di negeri ini.

"Berdasarkan pengalaman kita, jika ini berlaku Pakatan akan kehilangan Selangor," kata sumber itu.
Usul undi tidak percaya dalam DUN Selangor terhadap Khalid juga bakal menyukarkan lagi keadaan kerana apabila mahu melantik MB baru, pihak berkepentingan boleh mengambil kesempatan memecahkan Pakatan, sesuatu yang sangat dikehendaki musuh mereka, Umno yang mentadbir Putrajaya.

"Katakanlah usul ini berjaya, istana akan meminta calon nama MB baru untuk dilantik. Kalau kita hantar satu, mungkin istana minta dua untuk pilihan, sebagaimana yang banyak berlaku sebelum ini.

"Bagaimana kalau nama pertama ditolak, nama kedua dipilih. Semua perkara perlu diambil kira," kata sumber itu ketika ada khabar angin kononnya istana tidak mahu mencatatkan sejarah di negeri itu apabila MBnya seorang wanita.

Ini berikutan nama Adun Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disebut-sebut dipilih sebagai pengganti Khalid.

Semalam, Khalid mengalu-alukan usul undi tidak percaya dikemukakan kepadanya.

Khalid tidak bimbang jika wujud usul undi tidak percaya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sendiri.

Khalid berkata, tindakan itu juga dibenarkan mengikut peruntukan dalam enakmen negeri Selangor.
"Tak apa, itu dah ada peruntukan dalam enakmen negeri Selangor.

"Apa pun boleh dibuat mengikut peruntukan," katanya kepada pemberita semasa majlis berbuka puasa di Subang Jaya, semalam, mengulas mengenai spekulasi berhubung kedudukannya sebagai menteri besar Selangor.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut spekulasi jika ada Adun yang akan memberikan sokongan secara terbuka supaya usul itu dibentang dalam DUN.

Spekulasi timbul apabila Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor yang terdiri daripada semua Adun PR di Selangor mengadakan mesyuarat tergempar di Dewan Annexe di Shah Alam, pagi kelmarin untuk membawa cadangan supaya usul undi tidak percaya terhadap Khalid dibawa ke persidangan DUN akan datang.

Namun tidak seorang pun daripada 15 Adun PAS menyertai pertemuan yang diaturkan oleh Adun Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali itu. Ia hanya disertai oleh Adun PKR dan DAP.

PAS Selangor tetap dengan keputusan sebelum ini Khalid adalah MB Selangor.

"Sehinggalah keputusan baru dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan kita akan tukar MB, kita akan tetap dengan keputusan sebelum ini," kata Ketua Penerangan PAS Selangor Zaidy Abdul Talib kepada The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider difahamkan belum ada sebarang perbincangan rasmi di kalangan pimpinan Pakatan tentang kedudukan Khalid.

Pejabat MB Selangor ketika dihubungi pula menegaskan Khalid akan menghabiskan penggalnya sebagai MB Selangor.

"Tan Sri Khalid akan kekal sehingga habis penggal, insya-Allah," kata pegawai pejabat MB Selangor kepada The Malaysian Insider.

Minggu lalu, seluruh ahli Perhubungan PAS Selangor bertemu dengan Ahli Dewan Harian PAS Pusat bagi membincangkan isu Selangor namun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat menyertainya kerana masih berehat di Terengganu.

Mesyuarat yang disertai oleh semua yang dipertua PAS kawasan seluruh Selangor itu dipengerusikan oleh Mohamad Sabu selaku timbalan presiden.

Dewan Harian PAS adalah badan pengurusan parti tertinggi dalam PAS. Ia terdiri daripada pucuk pimpinan utama PAS iaitu presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden, ketua dewan, setiausaha agung, bendahari, ketua penerangan dan ketua pengarah pilihan raya.

Mesyuarat itu bertujuan mendengar pandangan semua pemimpin PAS Selangor berkaitan dengan kedudukan Khalid selaku MB, namun tidak ada sebarang keputusan diambil.

Dewan Harian PAS memberikan taklimat kepada Hadi yang masih uzur mengenainya. Menurut sumber, perkara itu akan dibincangkan lagi di mesyuarat PAS pusat yang dijadualkan Sabtu ini.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan berdasarkan sumber, Hadi adalah penghalang kepada penukaran Khalid selaku MB di Selangor.

"Sebenarnya dia bukan penghalang cuma beliau tidak nampak siapa calon pengganti yang sesuai yang boleh diterima semua pihak termasuk istana dan tidak memberikan nama buruk kepada Pakatan di mata umum,"  kata satu sumber yang rapat dengan Hadi.

Pimpinan PAS juga berkongsi pandangan calon MB Selangor yang baru tidak boleh daripada PAS kerana ia akan merosakkan persepsi umum kepada parti Islam itu.

"Calon itu tidak boleh daripada PAS kerana ia akan memberikan nama buruk kepada PAS walaupun PAS ada kerusi yang lebih banyak berbanding PKR. Ini kerana PAS akan dilihat sebagai tamak selepas mempunyai kerajaan di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam satu pertemuan dengannya tidak lama dulu.

Sebelum ini, bekas Pesuruhajaya PAS Selangor Dr Rani Osman pernah berkata, Khalid akan mencalonkan MB daripada PAS jika dia terpaksa meletakkan jawatan.
 

Selepas pertemuan dengan PAS Selangor baru-baru ini, pucuk pimpinan PAS nampaknya tidak ada jalan lain melainkan berusaha menyelesaikan isu Khalid dan menghentikan segala kekecohan dengan baik.
Kini tugas berat itu terletak di atas bahu PAS Pusat, untuk mencari penyelesaian terbaik untuk Selangor dengan syarat Khalid sudi bekerjasama dengan keputusan yang dibawa bersama PAS, PKR dan DAP. – 11 Julai, 2014.

SENDIKET CURI KERETA NI..TENGOK VIDEO NI



LIHAT VIDEO INI



AWAT KHALID TAK AJAK HANG IKUT SAMA NIK

Anwar juga pernah minum teh tarik dengan Najib, kata Nik Nazmi

 1. Baguih la boleh ke program umno soqang soqang.Mcamana tak boleh nak bekerjasama bila dah lulus Langat 2.

2. Baguih juga bila ada cerita penyelesaian hutang dengan bank Islam

3. Banyak la tauke tauke Umno yang dapat projek sampaikan projek lupus sampah pun dapat pada orang Umno.Orang Pakatan tak ada ka?

4. Selain kidex ada lagi yang menunggu untuk rakyat Selangor bayar tol...

5. Selama ini banyak kontraktor orang orang Pakatan banyak yang kantoi tak dapat nak cari makan.

6. Tak kan lah Nik Nazmi tak tahu keadaan di Selangor.

 

 


Perkara biasa untuk mereka yang berbeza parti politik minum dan menghadiri majlis yang sama, kata Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad. Gambar fail The Malaysian Insider.Perkara biasa untuk mereka yang berbeza parti politik minum dan menghadiri majlis yang sama, kata Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad. Gambar fail The Malaysian Insider.
























Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad bersikap terbuka dengan sokongan moral yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, sokongan Najib kepada Khalid itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana mereka berdua sering bertemu dalam majlis rasmi.

"Takkan semua benda kita nak tengok daripada lensa parti. Kalau Majlis Raja-Raja pun, perdana menteri hadir bersama Agong dan menteri besar hadir bersama Sultan.


"Dulu, Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selepas angkat sumpah pun pernah minum teh tarik dengan  Najib.
  "Jadi, saya tidak nampak apa-apa isu yang besar, saya pun baik dengan kawan-kawan Umno juga," katanya kepada pemberita di Dewan Annexe di Shah Alam, hari ini.

Najib pada majlis berbuka puasa di Bukit Jelutong, Shah Alam semalam secara terbuka mengakui boleh bekerjasama dengan Khalid dalam pelbagai isu walaupun berbeza politik.

Khalid yang kini menerima tekanan dalaman daripada Pakatan Rakyat supaya berundur dari kedudukannya semalam dilihat hadir ke majlis anjuran Pembangunan Persekutuan Selangor - sebuah agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) - seorang diri tanpa ditemani exco Selangor atau pemimpin Pakatan lain.

Duduk makan semeja dengan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar serta pemimpin Umno lain, kehadiran Khalid disambut baik Najib dan menganggapnya sebagai satu petanda baik.

Sementara itu, Nik Nazmi menafikan cadangan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Khalid dibangkitkan Adun dalam mesyuarat Kelab Penyokong Kerajaan Selangor pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, katanya, tidak salah jika isu itu dibangkitkan kerana ia wujud dalam peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

"Di mana-mana Dewan Undangan Negeri di Malaysia ini termasuk Parlimen, semua prosedur itu memang ada. Atau di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, peruntukan itu ada.

"Jadi, bagi saya isu mengenai undang-undang undi tidak percaya ini bukan perkara yang baru timbul," katanya.

Spekulasi pengunduran Khalid bertiup kencang pada Isnin lalu apabila SMS palsu menyatakan beliau akan menghadap Sultan Selangor di Istana Shah Alam untuk menyerahkan surat peletakan jawatan dan akan digantikan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad.

Khalid bagaimanapun menafikan menerima tekanan sebaliknya berkata, masih menjalankan tugasnya seperti biasa. – 11 Julai, 2014.



A JOB WAN AZIZAH WELL-DESERVES & CAN PERFORM! A first for M'sia - a woman menteri besar?

A JOB WAN AZIZAH WELL-DESERVES & CAN PERFORM! A first for M'sia - a woman menteri besar?


With calls for Abdul Khalid Ibrahim to quit echoing louder by the day, political observers and party leaders are already pondering on the possible candidates to replace the embattled Selangor menteri besar.

The heat is on Abdul Khalid especially after he lost the bid for the Kuala Selangor PKR division head's post with the state Pakatan Rakyat members PAS and DAP also joining the tirade against the menteri besar.

PKR Youth Chief and Bukit Katil Parliament member Shamsul Iskandar Mohd Akin is reported to have said that Abdul Khalid's loss in Kuala Selangor is a testimony that the grassroots have indicated that its time for him to go.

His party compatriot, the Kuala Langat Parliament Member Abdullah Sani Abdul Hamid had requested the menteri besar to heed to the voice of the grassroots for the sake of the party.

And on Sunday night, rumours went viral through numerous mediums that Abdul Khalid would meet Selangor's Sultan Sharafuddin Idris Shah at the palace on Monday morning to hand over his resignation letter.

Who would replace Khalid?

Now the question is, who could replace Abdul Khalid as the menteri besar?

Among the names that political observers do not rule out are PKR President Dr Wan Azizah Wan Ismail, who is also the Kajang state assemblywoman, and PKR's Deputy President Mohamed Azmin Ali who is the state assemblyman for Bukit Antarabangsa?

Political observers see that in the event Abdul Khalid falls out of favour and Mohamed Azmin fails to muster strong support within Pakatan Rakyat, then Dr Wan Azizah is set to become the new menteri besar.

However, Malaysia has yet to see a state headed by a woman and therefore is there really a chance for Dr Wan Azizah to become the menteri besar?

Commenting on this, the head of the Politics, Security and International Relations Cluster of the National professor Council (MPN) prof Mohamed Mustafa Ishak said there is nothing to stop a woman from being appointed as the menteri besar.

"The laws of setting up the Selangor state government does not mention in detail on the gender of the person appointed as the menteri besar, except that the person has to be a Malay and a Muslim.
"The menteri besar has to be someone of integrity, has the command of the majority in the state assembly and the appointment consented by the Sultan," he said.

MB traditionally for men?

A law lecturer with Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Associate professor Shamrahayu Abdul Aziz, who concurred with Mohamed Mustafa, said though gender is not a criteria in selecting a menteri besar, the post has traditionally been held by men.


Wan Azizah

"There is nothing wrong from the legal viewpoint, but it breaks the tradition of men holding the menteri besar's post. And there is nothing wrong for a woman to take up the post of menteri besar, all that matters is their merit and ability to administer the state.

"Though there is no legal restrictions, when things become difficult and complicated, that is when it is important to have a man to lead a state," she said.

Limitations

And in the event a woman is chosen as the menteri besar, will there be any restrictions in her role especially in advising the sultan and in officiating religious events?

Mohamed Mustafa explained that there has yet to be any precedence on the matter and it was difficult to see of the problems ahead when a woman takes over the post of menteri besar.

"A woman menteri besar will have to sit away from the sultan, and during religious events including the launching of mosques and religious function the woman menteri besar may have to delegate a male exco member.

"This are among the complications that a women MB is set to face but in advising the Sultan, I believe it should not be a problem," he said.

Shamrahayu said her personal views were that this is not something that suits the Muslim norm where leadership positions were the men's domain.

"It is undeniable that a woman can take on the role of a menteri besar, only that it is not a norm for a woman to be in that position and there can be some limitations on the nature of work she can undertake," she said.

In the 13th general election in May 2013, the Pakatan Rakyat won 44 of the 56 Selangor state assembly seats compared with 36 in 2008 with PKR winning 14 seats, while PAS and DAP 15 seats each. BN won the remaining 12 seats.

Meanwhile, a Social Science lecturer with Universiti Sains Malaysia (USM), prof Ahmad Atory Hussain noted that whether it is Dr Wan Azizah or Mohamed Azmin, it all depends on the sultan of Selangor.

Also the sultan may want Abdul Khalid to continue.

"If the sultan wants Abdul Khalid to continue, he will only hold the menteri besar's post for a while and the sultan will see if he could command support in the state assembly. If Abdul Khalid loses support, it will lead to a crisis and his highness will intervene," he said to Bernama.

Ahmad Atory said however, the sultan's consent is not an absolute guarantee for any leader to hold on to their position as what is more pertinent is the support of the people that would decide the leader's fate.
- Bernama

Decide on Khalid quickly, PKR told

Decide on Khalid quickly, PKR told

 | July 10, 2014
Ex-assemblyman Jason Ong worries that the public may see the party as lacking in professionalism.
khalid ibrahim300x200GEORGE TOWN: PKR was today urged to make a speedy decision on whether it wants Khalid Ibrahim to continue serving as the Selangor Menteri Besar.

Jason Ong, a party member and a former state assemblyman, said the issue had dragged on for too long and was exposing PKR as a party that lacked professionalism.

“People are getting fed up with PKR,” he told FMT. “Why can’t we resolve the status of Khalid within the PKR structure?

“Khalid was appointed to the post based on the consensus of Pakatan Rakyat, particularly from within PKR. If there are reasons to remove him, it should likewise be done within the same internal structure and not in full view of the public.

“We need to be professional. The rakyat are watching us.”

Some Pakatan leaders are unhappy over Khalid’s handling of the water supply issue and the controversial Kidex highway project as well as his perceived reluctance to rein in the increasingly overzealous state religious authorities.

However, Khalid remains resolute in defending his administration of Selangor, citing impressive revenue collection and an overall improvement in the delivery systems.

A former Penang PKR leader, who asked to remain anonymous, suggested that PKR seek a public referendum on the issue.

“Allow the rakyat to decide if Khalid should stay or go,” he said.

Tukar MB perkara biasa


ADA YANG NAK MEROYAN KHALID NAK KENA TUKAR. SUKA PULA UMNO SOKONG KHALID.PROJEK. BANYAK PULA TAUKE UMNO YANG DAPAT . NAK LEBIH LEBUHRAYA,LANGAT 2, KIDEX, BLA..BLA..BLA... BAYAK LA.....

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu dari Umno turut meletakkan jawatannya.
mahfuz_omarKUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar menyatakan bahawa pertukaran Menteri Besar adalah perkara biasa.

Menurutnya, sebelum ini pertukaran Menteri Besar turut berlaku di negeri-negeri lain.
“Sebelum ini, Menteri Besar di Terengganu yang dijawat oleh ahli Umno turut meletakkan jawatannya,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, hari ini.

Walaubagaimanapun , Mahfuz mejelaskan beliau tidak mengetahui bahawa adanya satu perjumpaan antara PAS Pusat dan PAS Selangor bagi membincangkan mengenai pertukaran kerusi Menteri Besar.
“Saya tidak terlibat dalam perjumpaan tersebut kerana saya menghadiri program lain,” katanya.

Dalam masa yang sama, Mahfuz turut menjelaskan sehingga kini PAS tidak mengetahui adanya sebarang calon dan nama bagi menggantikan kerusi Menteri Besar Selangor.

“PAS tidak tahu mengenai perkara ini. Kita akan berbincang dengan ahli Pakatan Rakyat lain dan pihak PAS sendiri akan memantau perkembangan pertukaran kerusi ini.

Model, kekasih kerabat Johor dibunuh


Tewas pemilihan PKR, Saifuddin akur kehendak akar umbi

Tewas pemilihan PKR, bukan kerana tidak punya kemampuan dan kesetiaan...tetapi ahli telah mula suka makan makan dihotel dan tempat eksklusif.

al maklum bukan lagi parti reformasi..tetapi parti yang dekat dekat nak sama cam Umno gak kot?...... kalau Anwar Ibrahim pencetus gerakan reformasi dulu pun ahli tibai bagai...inikan pula bila gerakan asalnya tidak lagi dikenang dan dihargai....

Nasib Anwar kena pecat...kalau tidak lagi banyak Melayu bodoh dok lam Umno.....kesdaran inilah membangkitkan gerakan reformasi.....kalau dulu Umno senang senang nak menang...sekarang Umno kena lihat lihat jika nak bertanding...

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akur dengan kekalahannya dalam pemilihan parti 2014 dan menganggapnya sebagai kehendak akar umbi walaupun menawarkan pengalamannya, rekod kerja serta kesetiaan kepada parti sejak 15 tahun lalu.








Saifuddin (gambar) berkata, ternyata bukan itu yang ahli parti mahukan dan menghormati keputusan mereka sebahagian daripada lumrah politik.

"Kempen saya cukup minima. Isi borang pencalonan, hubungi dan jumpa kawan-kawan parti di semua peringkat... nasional, negeri dan cabang, terangkan misi dan rancangan saya kiranya terpilih dan selebihnya terserah mereka membuat pilihan.


"Mereka telah buat pilihan dan saya hormati.
  “Oleh demikian saya tidak begitu terkesan dengan kekalahan saya.
"Saya tetap kekal dan berjuang terus dalam PKR," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau tidak menjangka keputusannya untuk bertanding menyebabkannya sering diserang dan difitnah.

"Kawan-kawan dekat menjauh kerana lebih awal menyokong calon lain.

"Kawan-kawan jauh yang memang selama ini tidak sukakan saya semakin kencang menyerang," katanya.

Tegasnya, jawatan parti sepatutnya dijadikan ruang untuk memberi khidmat dan bukannya mengharapkan habuan atau menganggapnya sebagai milik peribadi mahu pun untuk membina empayar diri.

Katanya, kepimpinan yang terpilih kali ini akan memikul tugas berat bagi mempersiapkan parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Saifuddin membentuk kem “Masa Depan Bersama” dengan dua calon naib presiden PKR iaitu Mohd Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.

Keputusan terkini pemilihan PKR 2014 menunjukkan penyandang Mohamed Azmin Ali jauh mendahului dua pesaingnya dengan 21,066 undi sekaligus hampir pasti mengekalkan kerusinya sejak 13 tahun lalu.

Jumlah undian yang disiarkan dalam laman web rasmi PKR semalam menunjukkan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima 17,608 undi manakala Saifuddin hanya mendapat 9,944 undi sahaja.

Sementara itu, beliau turut menyatakan sokongan terbuka terhadap Rafizi dan berharap Ahli Parlimen Pandan itu menang dalam pusingan akhir di cabang Kelana Jaya dan Puchong 10 Ogos ini.

"Rafizi satu-satunya pemimpin dalam PKR yang mewujudkan program latihan dengan biaya sendiri sebagai kaedah recruitment anak-anak muda profesional menyertai parti.

"Harapan saya adik saya Rafizi yang saya kenal sejak zaman pelajarnya, yang saya lantik sebagai Exco Pemuda PKR semasa saya memimpin pemuda (Ezam Mohd Nor dalam Kamunting), yang saya pujuk tinggalkan Petronas untuk sepenuh masa dengan parti... dapat terpilih sebagai salah seorang naib presiden," katanya. – 10 Julai, 2014.




KHALID TIDAK KISAH....

Khalid Ibrahim tidak bimbang jika Adun Pakatan lakukan undi tidak percaya

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid bercakap kepada hadirin yang hadir di majlis berbuka puasa bersama media di Subang Jaya, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee, 8 Julai, 2014.  


 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid bercakap kepada hadirin yang hadir di majlis berbuka puasa bersama media di Subang Jaya, Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee, 8 Julai, 2014. 

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bimbang jika wujud usul undi tidak percaya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sendiri.

Khalid berkata, tindakan itu juga dibenarkan mengikut peruntukan dalam enakmen negeri Selangor.
"Tak apa, itu dah ada peruntukan dalam enakmen negeri Selangor.


"Apa pun boleh dibuat mengikut peruntukan," katanya kepada pemberita semasa majlis berbuka puasa di Subang Jaya, hari ini, mengulas mengenai spekulasi berhubung kedudukannya sebagai menteri besar Selangor. – 8 Julai, 2014.
 
  MENYUSUL LAGI


PAS JUGA MINAT....

Abdul Khalid kekal MB sehingga Oktober

Akhbar Cina


Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mengekalkan kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor selewat-lewatnya sehingga Oktober.
 
Sinchew Daily melaporkan, pengganti Abdul Khalid hanya akan diumumkan selepas pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dimuktamadkan pada 10 Ogos nanti.
 
Akhbar itu juga melaporkan kemungkinan wujud perebutan untuk jawatan Menteri Besar Selangor kerana PKR dan DAP berniat mencalonkan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sementara Pas mahu Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad memegang jawatan tersebut.
 
Sumber turut memberitahu, DAP yang pasa asalnya dilihat menyokong Abdul Khalid kini sudah berubah arah.
 
"Barisan pemimpin DAP tidak berpuas hati dengan cara Abdul Khalid ketika mengendalikan beberapa isu berhubung bekalan air, catuan air dan Bible bahasa Melayu.
 
"Mereka berpendapat prestasi Abdul Samad sebagai lemah dan sudah sampai masa untuk beliau meninggalkan jawatan sedia ada," kata sumber itu.
 
Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad memberitahu Sinchew Daily bahawa partinya mungkin menyerahkan nama calon Menteri Besar Selangor supaya keputusan boleh dibuat oleh Pakatan Rakyat.
 
Namun beliau tidak mendedahkan nama yang akan diserahkan untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor.
 
"Walaupun Pas mempunyai calon tersendiri, namun ia mesti dipersetujui oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
 
Difahamkan, seawal 29 Januari lalu, Pas Selangor telah mencapai kata sepakat untuk meminta Abdul Khalid digantikan sementara mahu jawatan itu diisi Iskandar.