KUMPULAN TEGAR MESYUARAT MERENCANAKAN SESUATU SIRI 4 -SILA BACA.APA RANCANGAN SIDEK BABA

Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi

Senarai Kehadiran

  1. Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
  2. Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
  3. Abdul Rahman Karimun
  4. Raja Arif Kamaruddin
  5. Osman Abdul Majid
  6. Rahiman Salleh
  7. Majid Hj Daud
  8. Syed Abul Hussin Syed Kismas
  9. Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha

1.Ucapan Pengerusi

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.
Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.
Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.

2. Perkara-perkara berbangkit.

Datuk Dr Sidek Baba

    1. Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan. Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan. Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog. Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti. Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.

    1. Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

    1. Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

    1. Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

En Osman Abdul Majid

    1. En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.

    1. En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.

    1. En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukkan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat.

    1. En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas dinegeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.


Syed Abul Hussin Syed Kismas

    1. Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.

    1. Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam. Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah: 1) Lawatan ke Palestin 2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan 3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand  4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.

Raja Ariff Kamaruddin

    1. YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar dimedia ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan keatas mereka.

    1. YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.

    1. YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.






3. Lain-lain hal

Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang.

    1. Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013

    1. Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januaridan Februari 2013.

    1. Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim,keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.

    1. Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.

    1. Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk haling dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita.

Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiketkapal terbang dari Zaleha setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.

Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.

Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As.

SIAPA SEBENARNYA SIDEK BABA

SIDEK BABA PEJUANG ISLAM: ORANG KESAYANGAN ANWAR IBRAHIM

  1. Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM. Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.
  2. Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
  3. Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.
  4. Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.
  5. Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.
  6. Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.
  7. Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah.  Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan.  Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.
  8. Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.
  9. Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.
  10. Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.
  11. Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.
  12. Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.
  13. Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.
  14. Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.
  15. Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik  yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.
  16. Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable academic paper’ dan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.
  17. Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.
  18. Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.
  19. Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.
  20. Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
  21. Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.
  22. Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.
  23. Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.
  24. Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.


Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.
1 April 2013

RIBUAN PEKERJA BANK BERPIKET HARI INI

Thousands of bank employees have staged a large protest near outlets of leading banks along Jalan Tun Perak in KL today.
The picket, organised by the National Union of Bank Employees, targeted government-linked banks, Maybank and CIMB, as the workers’ placards complained of exploitation. In February, CIMB Group Holdings Berhad reported a record net profit of RM4.4bn for its 2012 financial year. Malayan Banking Bhd (Maybank), for its part, posted a higher pre-tax profit of RM7.9bn for its 2012 financial year (RM6.9bn in 2011).
The relationship between CIMB CEO Nazir Razak and his brother, Prime Minister Najib, was also highlighted by the bank employees.





 Beribu-ribu pekerja bank telah mengadakan bantahan besar berhampiran cawangan bank-bank utama di sepanjang Jalan Tun Perak di KL hari ini.













Piket yang dianjurkan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank, yang disasarkan berkaitan bank kerajaan , Maybank dan CIMB, pekerja mengadu eksploitasi. Pada bulan Februari, CIMB Group Holdings Berhad mencatatkan keuntungan bersih rekod RM4.4bn bagi tahun kewangan 2012. Malayan Banking Bhd (Maybank), bagi pihaknya, mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi RM7.9bn bagi tahun kewangan 2012 yang (RM6.9bn pada tahun 2011).










Hubungan antara Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Nazir Razak dan adiknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib, juga diketengahkan oleh pekerja-pekerja bank.CIMB adalah bank GLC.











Undurkan Taib Mahmud atau mansuh SPRM

Undurkan Taib Mahmud atau mansuh SPRM

KUALA LUMPUR 6 Mac: Perdana menteri patut menggesa Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur kerana enggan memberi kerjasama kepada SPRM bagi menyiasat penyalahgunaan lesen pembalakan anggota keluarga ketua menteri Sarawak itu.
Jika tidak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Datuk Seri Najib Razak lebih baik memansuhkan sahaja suruhanjaya itu kerana gagal menjalankan tugasnya.
Taib Mahmud“Bukan sahaja tidak bekerjasama dan menjawab dakwaan itu, Taib sebaliknya pilih menyerang SPRM,”

“Jika Taib tidak berundur, Najib patut mansuhkan sahaja SPRM, ekoran SPRM bukan ditubuhkan untuk menentang rasuah tetapi melindungi rasuah,” kata Lim dalam kenyataannya.

Taib pada Khamis lalu berkata, beliau “tidak akan bekerjasama” dengan SPRM berhubung satu video yang didedah NGO antarabangsa, Global Witness.

Rakaman video itu Mac lalu membongkar skandal pembalakan melibatkan keluarganya yang merampas tanah pedalaman didiami rakyat miskin Sarawak.

Berkongsi pendapat sama, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar  turut meminta Najib membubarkan SPRM jika tidak berani mengambil tindakan.

“Adakah Najib lebih mementingkan 27 kerusi Parlimen di Sarawak sehingga Taib Mahmud tidak boleh disentuh? Bukankah seorang PM itu bersumpah untuk menegakkan kedaulatan undang-undang,” tegasnya.

Di bawah Seksyen 47 dan 48 Akta SPRM 2009, keengganan untuk bekerjasama dengan SPRM boleh dihukum denda maksima RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua pula berkata, Taib cuba mengatasi undang-undang hingga Najib tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya.

“Tindakan transformasi Najib untuk membanteras rasuah juga adalah satu lakonan semata-mata,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.

SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan siasatan dijalankan ke atas video tersebut yang antara lain merakam percakapan ahli keluarga Taib dan rakan perniagaannya yang menyalahgunakan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri.

SPRM dilapor turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu.


Bentang manifesto: Pakatan Rakyat 10 minit, BN siaran langsung

Bentang manifesto: Pakatan Rakyat 10 minit, BN siaran langsung

Aku nak tergelak pun ya juga macam la rakyat di dibahlolkan oleh umno dan menteri penerangan.Tak bagi pun tak apa,.Kita rakyat Malaysia ni nak lihat siri berdebat banyak kali sangat dah.Sampai la ni diam bisu.Buat la siaran langsung.Rakyat nak dengar apa perancangan Najib.

KUALA LUMPUR 6 APRIL: Ketika Pakatan Rakyat bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentang manifesto kepada rakyat, Umno Bn mendapat siaran langsung di media arus perdana.
“Agak lucu kerana Umno tawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
mANIFESTO RAKYATManifesto BN akan dilancarkan Datuk Seri Najib Razak di Stadium Bukit Jalil malam ini, disiar RTM secara langsung sedangkan Menteri Penerangan, Daruk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya memberi 10 minit untuk Pakatan Rakyat membentang manifesto.
Johari mempersoal kewajaran siaran langsung itu kerana kerajaan sedia ada bersifat kerajaan sementara sekali gus bermakna Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan untuk kerja parti.
“Adakah Umno BN bayar atau tidak kepada RTM kerana guna fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, Umno BN tidak boleh menggunakannya tujuan kerja parti,” katanya dipetik TV Selangor.

Rosmah jadi bibik besan tengok cincin (LM)


Semakin menarik nampaknya cerita cincin permata RM24juta. Isu cincin ni sebenarnya dah pun agak tenggelam dengan pelbagai isu dan skandal yang membabitkan keluarga Rosmah dan isterunya, Najib sibibir merah.

Tiba-tiba muncul Philip Nassimi (gambar bawah) Pengarah Barang Kemas Jacob & Co membuat penjelasan, "Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring" 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan. 

Anwar ajak debat manifesto selepas Najib lancar ‘aku janji BN’ hari ini

Anwar ajak debat manifesto selepas Najib lancar ‘aku janji BN’ hari ini

PENANTI 6 APRIL: Menjelang pelancaran manifesto BN yang bakal diumum Datuk Seri Najib Razak hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ajakan debat.

Ketua Umum KEADILAN itu menyatakan kesediaan berbuat demikian pada bila-bila masa sebelum PRU 13 dengan kandungan manifesto sebagai topik.


SONY DSC“Saya pelawa debat dengan Najib dengan tertib dan sopan sepertimana debat saya bersama Datuk Shabery Chik suatu ketika dahulu.
“Hujah perlu dilawan dengan hujah bagi membuktikan kerasionalan dan fakta. Bukan dengan gangsterisme dan vandalisme yang kini jadi amalan Umno BN.


“Pakatan Rakyat akan tunjukkan cara terbaik bagaimana untuk berakhlak mulia dan mentadbir negara,” katanya pada program ramah mesra dengan penduduk Kubang Semang di sini, semalam,.
Mengikut laporan media kawalan Umno, Najib dijadual melancarkan manifesto BN di Stadium Putra, Bukit Jalil yang didakwanya sebagai aku janji.


Ajakan debat sudah dilakukan Anwar banyak kali atas pelbagai isu dasar tetapi Pengerusi BN itu sentiasa mengelak, malah membisu sekalipun pelawaan rasmi dibuat.

SONY DSCPada tazkirah Jumaat di Masjid Sama Gagah, Permatang Pauh semalam pula, Anwar meminta rakyat menolak parti dan pemimpin yang mengamal rasuah dan fitnah.

“Mereka yang korup, sombong serta menjadikan fitnah sebagai rutin tidak layak jadi pemimpin masyarakat atau negara. Sebagai pemimpin, mesti tunjukkan adab dan akhlak baik untuk dicontohi rakyat.


“Amalan akhlak buruk seperti merosakkan harta benda dan mencerca bukan suruhan agama. Jadi, mereka yang memimpin dengan cara itu, tidak harus dipilih,” katanya.

Beliau kesal kerana tiada tindakan diambil pihak berkuasa walaupun aduan terhadap pelakuan ganas dan merosakkan harta benda orang lain, sudah dibuat.

“Jika mereka dibiar terus berkuasa, lambakan akhlak buruk di kalangan masyarakat akan menjadi perkara biasa. Lebih berbahaya jika anak muda jadikan amalan itu lumrah kehidupan mereka sehari-hari,” katanya.



(FZL)

Jerantut: Kekalkan Tengku Azlan atau tidak?


Jerantut: Kekalkan Tengku Azlan atau tidak?

Anis Nazri


Sesiapa sahaja yang ingin berkunjung ke Taman Negara, Pahang, Jerantut merupakan pintu masuk utama ke hutan rekreasi tersebut.

Selain terkenal dengan Taman Negara, di Jerantut juga terdapat satu gua yang merupakan tapak arkeologi yang dibuka kepada orang awam, iaitu Gua Kota Gelanggi yang terletak kira-kira 25 kilometer dari timur Jerantut.

Berkeluasan 755,771.93 hektar, Jerantut juga merupakan daerah terbesar di negeri kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Parlimen Jerantut P81 diwakili wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN), Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar.

Memperoleh 19,543 undi, beliau menewaskan calon PAS, Dr. Hamzah Jaafar yang mendapat undi sebanyak 17 597 undi dengan majoriti sebanyak 1946 undi.

Bagaimanapun, ketika kunjungan Harakahdaily ke parlimen berkenaan baru-baru ini, terdapat pihak yang mengatakan para pengundi di parlimen itu tidak menyenangi sikap wakil rakyat mereka yang tidak turun padang.

Biarpun Tengku Azlan berdarah raja, status tersebut tidak menjadikan para pengundi Jerantut senang dengan sikap wakil rakyat itu.

Namun, ketika pengundi dikatakan tidak bersedia untuk mengundi Tengku Azlan pada pilihan raya umum ke-13 jika dicalonkan semula, lain pula kisahnya di Umno bahagian tersebut.

Dikhabarkan Umno bahagian sedar rasa tidak senang pengundi kepada Tengku Azlan jika dicalonkan semula, namun terpaksa berbuat demikian bagi menyatu-padukan jentera parti.

Terdapat beberapa pihak di kalangan Umno yang dikatakan berhajat untuk mengisi kerusi tersebut pada pru13 ini, namun ia dikatakan hanya bakal mengundang padah kepada BN.

Tengku Azlan sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya untuk tidak bertanding lagi kali ini.

Beliau mahu terlibat aktif dengan NGO yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah, Amanah.

"Jika nama lain dipilih selain Tengku Azlan, kemungkinan berlaku perpecahan di kalangan jentera parti kerana masing-masing mempunyai 'team' tersendiri.

"Pihak yang tidak berpuas hati akan memprotes, jadi besar kemungkinan mereka akan meletakkan juga Tengku Azlan bagi menyatu-padukan jentera parti terlebih dahulu," dakwa Penolong Setiausaha PAS Jerantut, Che' Mat Yunus Ismail.

Bagaimanapun, bagi PAS Jerantut, sekiranya Tengku Azlan dicalonkan semula, ia tidak menggugat kemantapan jentera parti dalam persiapan menghadapi pilihan raya.

Lebih-lebih lagi, calon PAS bagi parlimen Jerantut pada pru12 lalu, Dr. Hamzah Jaafar hanya tewas dengan majoriti sebanyak 1946 undi.


(Dr Hamzah dengan Tengku Azlan...Apakah mereka berdua akan bertembung lagi kali ini?)

Mengikut perkiraan pelbagai pihak, Jerantut tersenarai sebagai kawasan Parlimen yang boleh dimenangi PAS dalam pilihan raya kali ini.

Namun jentera PAS nampaknya sangat berhati-hati dengan maklumat ini kerana bimbang ia akan menyebabkan jentera bawahan mereka berada dalam zon selesa.

Dr. Hamzah, anak kelahiran Batu Balai, Jerantut pernah mewakili PAS sebagai calon di kerusi tersebut pada pru11, pru12 dan dijangkakan sekali lagi pada pru13 ini.

Biarpun kalah dengan hanya majoriti 1946, Dr. Hamzah memenangi majoriti sebanyak 2000 di Dun Damak - salah satu Dun yang berada di bawh parlimen Jerantut.

Bagaimanapun, kebanjiran majoriti undi Dun Pulau Tawar dan Dun Tahan mencairkan kelebihan Dr. Hamzah di Dun Damak.

Dun Damak merupakan kawasan campuran yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru di kerusi tersebut pada beberapa siri pilihan raya umum lalu antara calon DAP dan PKR melawan BN.

Selain Damak, dua lagi Dun yang berada di bawah parlimen Jerantut ialah Dun Pulau Tawar dan Dun Tahan yang merupakan kawasan pengundi Melayu.

Jika kena dengan percaturannya, PAS boleh menawan kerusi parlimen Jerantut, lebih-lebih lagi dengan perpecahan jentera Umno, selain terdapat ura-ura yang mengatakan Umno Jerantut berhasrat untuk 'menggugurkan' MCA di kerusi Dun Damak untuk digantikan dengan Umno.

Tinggal lagi, Pakatan Rakyat Jerantut perlu berkerja keras bagi memenangi hati pengundi Jerantut, termasuk 17 Felda yang berada di bawah parlimen Jerantut.

ABU beri amaran kepada pengundi asing

ABU beri amaran kepada pengundi asing

(Oleh: Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 4 MAc: Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) menubuhkan Skuad Team Abu Halang Asing Ngundi (TAHAN) bagi menghalang undi dari warga asing dalam pilihan raya umum ke 13.

Jurucakapnya, Haris Ibrahim berkata, ia bertujuan membantu proses pengundian berjalan lancar tanpa berlaku sebarang penipuan.
“Sejak 2 bulan lalu, skuad TAHAN telah bergerak di merata tempat untuk mengedar risalah kepada warga asing agar mereka tidak turun mengundi.

“Tujuan kami adalah untuk menghalang mereka dari memberi undi pada PRU atau berdepan dengan kemarahan rakyat.


“Amaran kami ini tidak boleh dipandang mudah. Skuad TAHAN telah diatur di seluruh negara demi mempertahankan kesucian proses PRU kita,” katanya ketika sidang media di Pejabat ABU, Jalan Klang Lama, tengah hari tadi.

Dalam pada itu katanya, beberapa insiden keganasan dilakukan Umno BN ketika ceramah Pakatan Rakyat bertujuan menakut-nakutkan orang ramai.
Katanya, ABU juga mendapat maklumat rancangan pihak tertentu menimbulkan semula isu perkauman dan insiden 13 Mei 1969.

“Kemungkinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh undi pada 11 Mei dan tujuan penetapan tarikh ini adalah untuk menakutkan rakyat sekali lagi seperti mana yang terjadi pada 13 Mei 1969.


“Apabila taktik menakutkan ini berjaya, maka rakyat akan akan memberi undi kepada mereka.
“ABU ingin membuat seruan kepada rakyat, agar tidak tertipu dengan taktik ini dan jangan takut dengan taktik kotor ini. Rakyat bukan mudah untuk ditipu lagi, kali ini kita mesti mengundi untuk perubahan,” tegasnya.


Justeru beliau menyeru seluruh rakyat agar menolak politik perkauman yang dibawa Umno BN dan bersatu hati mengundi untuk  perubahan dalam PRU ini- RM


Pulang kenderaan rasmi bukti Pakatan telus urus k’jaan sementara

Pulang kenderaan rasmi bukti Pakatan telus urus k’jaan sementara

(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 5 APRIL: Pakatan Rakyat komited menguruskan kerajaan sementara secara telus selepas pembubaran Parlimen diumumkan Perdana Menteri Rabu lalu.
Azmin menunjukkan surat pekeliling kerajaan sementara Selangor.
Azmin menunjukkan surat pekeliling kerajaan sementara Selangor.


Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, komitmen itu dibuktikan melalui tindakan Selangor yang mendahului mengeluarkan surat pekeliling berhubung peraturan tegas kerajaan sementara.

“Selepas Parlimen dibubarkan, Selangor dan Kelantan turut dibubarkan pada 4 April diikuti Kedah dan Pulau Pinang hari ini. Semua pimpinan negeri dengan jelas memberi komitmen untuk menguruskan kerajaan sementara dengan telus.

“Kita juga mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Selangor yang mengemukakan peraturan tegas berhubung pengurusan kerajaan sementara awal sebelum Parlimen dibubarkan,” kata Pengerusi KEADILAN Selangor itu.

Azmin berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. Hadir sama, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Surat pekeliling Selangor yang dikeluarkan pada 19 Februari lalu menggariskan agar tiada polisi baru, kontrak, projek pembangunan mahupun perlantikan jawatan dibuat semasa menjadi kerajaan sementara.

Selain itu, semua pegawai kerajaan mesti memulangkan kemudahan milik kerajaan negeri melainkan untuk tujuan rasmi.

Ia termasuk semua kenderaan rasmi dan aset kerajaan negeri.

“Sebagai menghormati semangat kerajaan sementara, pagi tadi saya sebagai Pengerusi Exco PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) telah memulangkan kenderaan rasmi kerajaan negeri,” kata Azmin.

“Justeru, kita menggesa agar (Datuk Seri) Najib (Razak) dan seluruh pimpinan BN mengambil langkah sama memulangkan segala harta milik Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan jangan gunakan untuk tujuan kempen,” katanya.


Tegas Azmin, konsep kerajaan sementara sebagai ujian untuk menilai parti mana yang bersikap adil dan menjunjung semangat demokrasi. – NS




Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49343

Aishah selebriti yg jempol di Jempol, yes! (LM)

Rakan artis mahu pasti Aishah menang di Jempol

KUALA LUMPUR: Penulis lirik dan pelakon Bob Lokman menyokong penuh keputusan PAS meletakkan penyanyi Aishah untuk bertanding di Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Beliau berkata, Aishah (gambar) sangat sesuai dicalonkan kerana beliau seorang yang berpelajaran tinggi ditambah pula faktor beliau sebagai selebriti yang dikenali ramai. 

Papa Gomo akan bertanding PRU 13 melawan Anwar?

KUALA LUMPUR, 5 April — Penulis blog pro Umno, Papa Gomo hari ini mengesahkan akan bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Melalui kenyataan di laman mikro blog Twitter blogger terbabit, beliau berkata akan melawan ketua pembangkang itu walaupun sedar akan kekalahan yang bakal dilaluinya.

“Aku dah ambik keputusan akan bertanding PRU13 ni lawan Anwar Ibrahim. Lawan tetap lawan. Kalah sudah pasti tapi biar Anwar senak,” kata blogger berkenaan melalui akaun @papagomo.

Blogger berkenaan sebelum ini telah disaman RM 100 juta oleh Anwar apabila didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan ketua pembangkang itu dalam video seks dengan seorang lelaki di laman berkenaan.

PKR juga turut mendakwa nama sebenar blogger tersebut adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30 dan merupakan pengundi hantu.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh Mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.

OLEH MOHD FARHAN DARWIS - The Malaysian Insider

PAS & DAP naik kuda, Umno naik angin (LM)

DAP naik kuda PAS, PAS naik kuda DAP, UMNO pula naik angin

BILA PAS berkawan dengan DAP, UMNO tuduh parti Islam itu diperkudakan. Bila PKR bekerjasama dengan DAP, dituduh pula PKR pengkhianati Melayu.

Bila wujud Pakatan Rakyat (PR), dituduhnya pula PR ini boleh lingkupkan negara, cetuskan huru-hara. 

PRU: Peluang guru kurangkan bebanan... (LM)

Sistem mengarut bebankan guru

Sebelum ini kerajaan telah menguar-uarkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji bebanan tugas guru. Sejak tahun 2010 sehingga 2013, jawatankuasa ini masih belum mengemukakan apa-apa penyelesaian bagi isu ini.

Belum pun kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk bebanan yang disebutkan sebelum ini, timbul pula bebanan-bebanan baru.