Dewan Rakyat : Anwar Dan Rakan Kembali
Anwar : Penggantungan Kami Tidak Ikut Peraturan Parlimen
"Kami masih berpendirian bahawa penggantungan itu tidak adil dan tidak menepati peraturan parlimen kerana tidak memberi ruang kepada saya dan rakan-rakan dalam memberi penjelasan mempertahan dan membela diri kami dan ini satu perkara yang tidak adil dalam parlimen Malaysia,"ujar Anwar pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Anwar digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendedahkan campur tangan Apco, sebuah agensi perhubungan yang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi dalam idea 1 Malaysia, Najib Razak.
Manakala ahli parlimen lain seperti Karpal Singh, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah pula diarah keluar Dewan kerana menyokong Anwar dan menuntut Speaker membenarkan pemimpin utama pembangkang diberi hak mempertahankan dirinya.
Kini setelah tempoh enam bulan berlalu, Anwar dan rakan-rakannya yang kembali menjalankan amanah rakyat dan menegaskan tindakan menggantung mereka tanpa memberikan ruang membela diri bertentangan dengan peraturan parlimen.
Sementara itu, ahli parlimen Gombak, Azmin Ali menyifatkan tindakan menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan mudah menggambarkan amalan demokrasi yang semakin terhakis dalam parlimen Malaysia.
"Penggantungan ahli parlimen ini tidak sah dan tidak mematuhi undang-undang yang sedia ada dan kita dapat melihat bahawa pimpinan hari ini (BN) tidak lagi berpegang kepada prinsip dan juga peraturan dan masih menggunakan kuasa majoriti mudah dalam Dewan untuk menafikan kesemua hak-hak yang telah dijamin dalam perlembagaan Dewan Rakyat ini,"katanya.
Namun katanya, walaupun prinsip demokrasi tulen semakin terhapus dek sikap pemimpin-pemimpin kerajaan, ahli parlimen Pakatan Rakyat katanya akan terus berusaha keras demi mempertahankan suara rakyat marhaen.
Anwar bersama Karpal Singh, Azmin dan Sivarasa tiba di Parlimen sekitar jam 10 pagi tadi yang disambut meriah oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Pada sidang media yang sama, Anwar memberitahu beliau bersama-sama ahli parlimen Pakatan Rakyat lain akan membangkitkan isu peruntukkan tambahan sebanyak RM 13 billion yang dikemukakan oleh kerajaan Pusat pada minggu hadapan di Dewan Rakyat.
"Tatkala membahaskan perkara ini, harga barang naik dan perbelanjaan suku tahun pertama sudah mencapai RM 13 billion, ini tidak pernah berlaku, ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku dalam pentadbiran kewangan negara kita dan kita akan meneliti perkara ini untuk dibahaskan dalam parlimen minggu depan,"ujar Anwar.
Felda Pinjam RM6 Bilion Tapi Nafi "Bermasalah"
| KUALA LUMPUR 16 JUN : Felda hari ini mengaku membuat pinjaman RM6bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja namun menegaskan agensi itu tidak bermasalah membayar semula pinjaman itu. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan memberitahu Parlimen, Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion tahun lalu dan dan nilai keseluruhan syarikat itu adalah RM19.18 bilion. Bagaimanapun Ahmad Maslan tidak dapat memberi penjelasan kenapa, Felda perlu membuat pinjaman RM6bilion jika kedudukan kewangannya kukuh. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing. Pelaburan itu, menurut Anwar, menyebabkan Felda menanggung kerugian berkumpul RM500 juta dari tahun 1997 hingga tahun lalu. Malah katanya hal ini mengakibatkan timbul pelbagai persoalan mengenai kelemahan dalam pengurusan dana Felda dan apakah pinjaman yang dibuat bertujuan untuk menampung kerugian agensi terbabit. "Siapa yang beri kebenaran? Adakah Menteri Kewangan dirujuk dan apa jadi dengan pemimpin-pemimpin korporat yang terlibat dalam kes ini? "Kalau anda terus bergolak dengan undang-undang dan secara berterusan membuat keputusan bertanggungjawab, Felda akan diterima. "Dan saya persoalkan keputusan untuk mengambil kerja konsultant. Tidak ada rekod dari segi pengalaman atau kepakaran dalam pelaburan dan teknologi urus niaga perindustrian," ujar beliau. Ahmad sebelum ini gagal untuk memberikan jawapan kepada Anwar kerana tidak mempunyai maklumat penuh mengenainya. Pinjaman RM6 bilion oleh Felda itu didedahkan oleh Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman pada bulan lalu, namun ia tidak disahkan oleh Felda sehingga kenyataan Ahmad hari ini. Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion tahun 2009. Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah. Tahun lalu, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diharamkan dan disaman kerana mendakwa Felda mungkin bangkrap jika terus menanggung kerugian akibat pemborosan dan pelaburan yang tersasar. Sementara itu, Anwar turut menyangkal keterangan Ahmad kononnya Felda mencatatkan keuntungan tinggi, sebaliknya ujar beliau, agensi itu mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus. Ini kerana menurutnya, peneroka berhak untuk menikmati lebih banyak keuntungan memandangkan harga kepala sawit dan getah dunia melambung tinggi. Jelas beliau, aset dan keuntungan Felda keseluruhan perlu dibandingkan dengan pencapaian anak syarikat agensi kerajaan itu. "Untung yang sepatutnya RM5 bilion jadi RM1 bilion, itu harus dipertanggungjawabkan. Yang kita bangkitkan mengapa pilih syarikat Amerika (Syarikat) yang dipertikai. Mengapa terima mudah kerugian RM500 juta? Jawab menteri, "peneroka tidak dibebankan". Ini jawapan tidak tepat. "Keuntungan itu pulangnya kepada peneroka. Kalau untung RM5 bilion maknanya untung peneroka. Kalau untung RM5 bilion jadi RM1 bilion kena persoalkan kerana itu hak peneroka yang patut mendapat keuntungan sebegitu rupa. Tetapi (menteri) boleh jawab dengan begitu yakin dan boleh beritahu kepada kampung di Felda yang kita untung," katanya lagi. | |
| Felda Pinjam RM6 Bilion Tapi Nafi "Bermasalah" 16/06/2011 KUALA LUMPUR 16 JUN : Felda hari ini mengaku membuat pinjaman RM6bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja namun menegaskan agensi itu tidak bermasalah membayar semula pinjaman itu. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan memberitahu Parlimen, Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion tahun lalu dan dan nilai keseluruhan syarikat itu adalah RM19.18 bilion. Bagaimanapun Ahmad Maslan tidak dapat memberi penjelasan kenapa, Felda perlu membuat pinjaman RM6bilion jika kedudukan kewangannya kukuh. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing. Pelaburan itu, menurut Anwar, menyebabkan Felda menanggung kerugian berkumpul RM500 juta dari tahun 1997 hingga tahun lalu. Malah katanya hal ini mengakibatkan timbul pelbagai persoalan mengenai kelemahan dalam pengurusan dana Felda dan apakah pinjaman yang dibuat bertujuan untuk menampung kerugian agensi terbabit. "Siapa yang beri kebenaran? Adakah Menteri Kewangan dirujuk dan apa jadi dengan pemimpin-pemimpin korporat yang terlibat dalam kes ini? "Kalau anda terus bergolak dengan undang-undang dan secara berterusan membuat keputusan bertanggungjawab, Felda akan diterima. "Dan saya persoalkan keputusan untuk mengambil kerja konsultant. Tidak ada rekod dari segi pengalaman atau kepakaran dalam pelaburan dan teknologi urus niaga perindustrian," ujar beliau. Ahmad sebelum ini gagal untuk memberikan jawapan kepada Anwar kerana tidak mempunyai maklumat penuh mengenainya. Pinjaman RM6 bilion oleh Felda itu didedahkan oleh Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman pada bulan lalu, namun ia tidak disahkan oleh Felda sehingga kenyataan Ahmad hari ini. Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion tahun 2009. Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah. Tahun lalu, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diharamkan dan disaman kerana mendakwa Felda mungkin bangkrap jika terus menanggung kerugian akibat pemborosan dan pelaburan yang tersasar. Sementara itu, Anwar turut menyangkal keterangan Ahmad kononnya Felda mencatatkan keuntungan tinggi, sebaliknya ujar beliau, agensi itu mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus. Ini kerana menurutnya, peneroka berhak untuk menikmati lebih banyak keuntungan memandangkan harga kepala sawit dan getah dunia melambung tinggi. Jelas beliau, aset dan keuntungan Felda keseluruhan perlu dibandingkan dengan pencapaian anak syarikat agensi kerajaan itu. "Untung yang sepatutnya RM5 bilion jadi RM1 bilion, itu harus dipertanggungjawabkan. Yang kita bangkitkan mengapa pilih syarikat Amerika (Syarikat) yang dipertikai. Mengapa terima mudah kerugian RM500 juta? Jawab menteri, "peneroka tidak dibebankan". Ini jawapan tidak tepat. "Keuntungan itu pulangnya kepada peneroka. Kalau untung RM5 bilion maknanya untung peneroka. Kalau untung RM5 bilion jadi RM1 bilion kena persoalkan kerana itu hak peneroka yang patut mendapat keuntungan sebegitu rupa. Tetapi (menteri) boleh jawab dengan begitu yakin dan boleh beritahu kepada kampung di Felda yang kita untung," katanya lagi. | |
51 Laman Web Kerajaan Digodam
BERSIH 2.0 Mampu Jana Ekonomi Peniaga
Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, Dakwa Hina Islam
KUALA LUMPUR 15 JUN : Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.
Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.
Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.
Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.
Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.
Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.
“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.
“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.
“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.
“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.
“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.
Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.
“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.
“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.
Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.
“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.
“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga mengecam sekeras-kerasnya Utusan Malaysia.
“Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan empat orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan.
Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.
“Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT,” katanya.
Tambah beliau, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina dan rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.
Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya.
“Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini,” katanya.
Majlis Perkahwinan ADUN Teja jadikan Melayu sebagai balaci?HAMIDAH OSMAN
Ia mungkin di luar dugaan ADUN Teja, Chang Lih Kang ketika merancang untuk menjalankan majlis perkahwinannya mengikut dua adat tradisional, iaitu Cina dan Melayu. Gambar pemimpin muda PKR bersama isterinya dalam pakaian tradisional Melayu, disambut dengan paluan kompang - dikritik "menjadikan Melayu sebagai balaci".
Kritikan ini dimuatkan di blog Sungai Rapat Online, dengan tulisan:-
"Sejak perjuangan Islam telah digugurkan oleh parti PAS kerana menyahut seruan Karpal Singh umat Islam tidak langsung terkejut jika perkara sebegini dan lebih teruk dari ini akan berlaku dalam masyarakat Islam hari ini. Orang Melayu khasnya dijadikan balaci kekal bagi melaksanakan apa sahaja arahan yang diarahkan oleh DAP atau PKR. Begitulah yang berlaku di rumah Anak yatim berdekatan Gopeng apabila Chang Lih Kang dan pasangan kafirnya berjaya menjadikan anak yatim darul Hikmah sebagai taruhan. Pengerusi Darul Hikmah adalah penganut PAS.
Dua Melayu yang memainkan peranan dalam perkara ini adalah Ostat Jamal (PAS) dan Cikgu Hamdan (PKR).
Ini kelebihan ADUN PR, yang berjaya menjadikan orang Melayu sebagai balacinya bagaimana pula apabila mereka memerintah."
Demikianlah ulasan terhadap majlis perkahwinan Chang Lih Kang, pada blog Sungai Rapat Online, kawasan DUN Hamidah Osman (gambar kanan). Bagaimanapun, EXCO kerajaan negeri Perak yang pernah mencungkil pertikaian dengan kenyataan "jumpa ular dan orang India, pukul orang India?" ini menafikan bahawa blog ini milikannya.
Hamidah ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 7.40 semalam, menafikan bahawa dirinya adalah pengendali blog tersebut, sebaliknya mendakwa bahawa blog itu dikendalikan penyokongnya. Beliau meminta agar wartawan menghubungi pengendali blog tersebut, tetapi menamatkan panggilan apabila wartawan bertanyakan nombor telefon pengendali itu.
Sebelum ini, Hamidah Osman didapati memuatkan gambar majlis perkahwinan Chang Lih Kang ke twitternya, dengan ulasan "demi undi, rakyat jangan dipedaya".
Chang Lih Kang: Hamidah rasis
Sementara itu, Chang Lih Kang ketika dihubungi MerdekaReview menjelaskan bahawa beliau mempunyai ramai kawan keturunan Melayu, dan beliau ingin berkongsi kegembiraannya bersama kawannya. Maka beliau mengadakan majlis perkahwinannya mengikut adat tradisional Melayu di sebuah rumah anak yatim dalam kampung Melayu.
Beliau menambah, adat tradisional Melayu hanya salah satu daripada pelbagai adat yang sedia ada, malah pemimpin Barisan Nasional pernah memuji apabila orang asing menjalankan majlis perkahwinan mengikut adat Melayu. Malah, pada tahun 2007, satu jawatankuasa kampung di Pulau Pinang yang mengadakan majlis perkahwinan adat Melayu untuk orang asing mendapat sokongan daripada jabatan pelancongan.
Chang Lih Kang (gambar kiri) menganggap kenyataan Hamidah adalah cetek, untuk menyerang musuh politik semata-mata dengan satu majlis perkahwinan yang biasa. Malah, kenyataan sedemikian memperlihatkan Hamidah seorang yang rasis, katanya.
"Beliau menyifatkan Melayu yang membantu saya untuk menjayakan majlis ini sebagai balaci, ini adalah kenyataan yang menghasut sentimen bermusuhan terhadap kaum lain. Kenyataan yang rendah darjatnya ini tidak harus keluar dari mulut seorang EXCO kanan," kata Chang Lih Kang.
Bagaimanapun, Chang Lih Kang berkata mereka yang mempunyai minda ini hanya terbatas kepada pimpinan atasan UMNO, ramai kawan Melayunya tidak berpandangan sedemikian.
Kira-kira seribu orang tetamu Melayu hadir ke Majlis Perkahwinan Chang Lih Kang pada 12 Jun 2011, di rumah anak yatim Darul Hikmah Kampung Pintu Padang Gopeng. Pasangan Chang Lih Kang telah menderma RM1000 kepada rumah anak yatim tersebut.
Rakyat Prihatin Wujudkan Facebook Curi- curi Wang Malaysia
Zunar Saman Kerajaan, Tuntut Karyanya Dikembalikan

MB : Task Force Felda Selangor Bantu Kerajaan Negeri
NKRA Dan ETP: Rakyat Dicandui Mimpi Muluk Umno-BN lagi
KOMENTAR - Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklan-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.
Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.
Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janjil sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat “yang bakal” dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.
Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.
Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuhraya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak .
Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan dalam tong-tong sampah.
Saya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.
Utusan Malaysia melaporkan gabungan kesemua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan baharu.
Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Najib Tun Razak.
Mungkinkah ini satu hakikat? Atau , ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?
Kita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakannya adalah rakyat asing; buat masa ini.
Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.
Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.
Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.
“Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara,” kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain.
Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.
Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!
Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.
Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Letrik Bebas di kekalkan?
Kenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?
Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?
Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?
Jawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.
Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.
Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?
Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.
Segelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.
Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional kepada rakyat negara ini.
Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.
Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.
Hasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.
Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.
Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.
Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca “kebesaran ETP dan NKRA” di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.
Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN.
Parlimen Tolak Usul Kecam BERSIH 2.0
Zuraida : Yayasan Selangor Poket Umno-BN
Bagaimana kerajaan BN membelanjakan wang kita?
Bagaimana kerajaan BN membelanjakan wang kita?
15 June 2011
Komentar Roketkini
15 JUN – Subsidi petrol, diesel dan gas serta gula telah dikurangkan. Kadar tariff elektrik dinaikkan. Cukai GST sedang dipertimbang untuk dilaksanakan. Semuanya kerana kerajaan mendakwa kononnya mahu menjimatkan perbelanjaan.
Tetapi mengapa ini pula yang dilakukan?
- Satu laman rangkaian sosial Facebook untuk Kementerian Pelancongan dibina dan diselenggara dengan belanja RM1.8 juta;
- Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta; dan
- Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.
Tidak diketahui pula bagaimana kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain membelanjakan wang hasil sumber negara dan wang pembayar cukai negara untuk laman-laman internet yang amat murah penyelenggaraannya.
Rakyat mengharapkan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta kerajaan menjelaskan dengan terperinci perbelanjaan masing-masing dalam usaha mereka menyertai perlumbaan membina dan menyelenggara laman-laman web dan rangkaian sosial.
Semalam, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke merangkap Ahli Parlimen Rasah telah mempertikaikan langkah Kementerian Pelancongan yang membazirkan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebook kementerian tersebut.
“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian.
“Secara bandingan laman Facebook ‘Visit Penang’, yang mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” katanya dalam siding Dewan Rakyat.
Beliau berkata tidak munasabah jika tidak ada seorang pun di kementerian itu yang mampu mengemas kini akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberi kontrak kepada pihak ketiga.
Dalam jawapan kepada persoalan itu, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit hanya menjelaskan bahawa kontrak RM1.8 juta itu diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.
Awal bulan Jun ini, portal 1pengguna milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dikatakan kena godam.
Mudah sekali digodam laman itu yang bernilai RM1.4 juta yang bertujuan mempamer maklumat harga barangan pengguna.
Pada April lalu pula, kerajaan mempromosikan e-mel 1Malaysia yang dikatakan milik swasta Tricubes Bhd yang mengendalikannya dengan kos RM50 juta bagi perkhidmatan selama 10 tahun.
Walau pun ia dikatakan perkhidmatan percuma, sama seperti e-mel Yahoo atau Google, jabatan atau agensi kerajaan yang menggunakan khidmat itu perlu membayar 50 sen bagi setiap e-mel yang dihantar.
Bayangkan berapa ribu e-mel dihantar oleh jabatan dan agensi kerajaan setiap hari?
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara telah mengkritik projek itu yang akan merugikan rakyat melalui perbelanjaan jabatan dan agensi kerajaan menggunakan e-mel berkenaan.
Tentunya rakyat ingin tahu dengan jelas dan telus belanja setiap jabatan dan agensi kerajaan yang membina dan menyelenggara laman-laman internet mereka.
Ini hanya belanja kerja-kerja internet. Berapa banyak pula pembaziran dan ketirisan pentadbiran kewangan dalam hal-hal “pembangunan”, “projek” dan banyak lagi program-program yang tidak menjadi keperluan atau keutamaan rakyat. – Roketkini.com
Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai – oleh Liew Chin Tong
Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai – oleh Liew Chin Tong
7 June 2011
7 JUN – Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.
Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan “resah” dengan konsep negara Islam parti itu.
Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21.
Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002.
Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar.
Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan” yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan.
Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:
● Masyarakat madani
● Hak saksama (al-musaawah)
● Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya
● Keadilan (al-‘adalah)
● Meritokrasi (as-solahiyah)
● Negara berkebajikan
● Pentadbiran dinamik dan inovatif
Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS.
Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang.
Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas nama Dokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS.
Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi.
Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah:
● Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law
● Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah
● Takwa
● Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)
● Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)
● Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’
● Ketuanan mutlak (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.
Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana.
Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya.
Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua.
Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat.
Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil.
Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia.
Memetik kata-kata Hadi, “Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”, ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS.
Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu.
Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN. – Roketkini.com
Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera
Anonymous Ancam Godam Laman Web Kerajaan Malaysia Khamis Ini
Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok).
Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png.
Mikko Hypponen, ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation, sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki, Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4.42 pagi tadi (waktu Malaysia).
Tiada butiran lain diperoleh ketika ini, kata laporan itu.
Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia.
RM1.8 Juta Bina Facebook Kem. Pelancongan ?
MP Pembangkang Mahu Malaysia Halang Mugabe, Bashir Masuk Malaysia
Gesaan itu dibuat oleh ahli parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran kepada Kerajaan Persekutuan berikutan rekod buruk dan kejam kedua-dua pemimpin Afrika itu yang menyebabkan banyak pembunuhan dan kematian berlaku di negara mereka.
Katanya, Mugabe memiliki rekod yang buruk di mana mengikut laporan beratus-ratus aktivis pembangkang di Zimbabwe telah diseksa dan dibunuh oleh regimnya.
Beliau seterusnya berkata, lebih dari 300,000 orang telah mati di Sudan sejak perang saudara tercetus pada 2003 dan Mahkamah Kriminal Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan sapina untuk menahan Bashir.
“Malaysia telah mengumumkan pada Mac lalu akan menyertai ICC iaitu satu pertubuhan bagi mengelak dan mencegah pembunuhan beramai-ramai, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan kejahatan pencerobohan.
“Maka dengan ini Malaysia sepatutnya menghalang kemasukan kedua-dua pemimpin itu ke negara kita berdasarkan latarbelakang mereka,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Beliau berkata,tujuan utama menjadi ahli ICC adalah supaya imej Malaysia serta kedudukan kita dalam dunia antarabangsa dari segi kedaulatan undang-undang serta hak asasi manusia dapat dipulihkan.
Katanya, mengikut Undang-Undang Rom, sebagai negara anggota ICC, Malaysia bertanggungjawab untuk menahan mana-mana pihak yang telah dikenakan waran taqngkap oleh pihak ICC.
Justeru beliau mempersoalkan apakah Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab dengan menahan Bashir dan menghantarnya ke ICC atau Malaysia akan menganggap penyelewengan hak asasi manusia hanya isu dalaman di Sudan.
Katanya lagi, jemputan ke atas Mugabe melanggar nilai murni dalam sebuah negara demokrasi iaitu seorang yang jelas ganas terhadap rakyatnya dan seharusnya dihalang daripada memasuki negara ini.
“Penahanan ke atas mereka ini harus menjadi ujian dan menerusi tindakan ini barulah kita boleh berbangga sebagai salah sebuah negara yang dikatakan mematuhi perjanjian dan bertanggungjawab
terhadap masyarakat antarabangsa di mana kita bertindak tanpa rasa takut atau berat sebelah,” katanya.
Tegasnya,pembatalan jemputan ke atas Mugabe dan Bashir perlu dilakukan serta mengambil segala tindakan yang dikira wajar bagi membantu ICC menahan Bashir.
PAS Tidak Sekali-Kali Akan Bekerjasama Dengan Umno-Mat Sabu 14/06/2011
ALOR SETAR 14 JUN : Pas tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Umno walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan parti itu, kata timbalan presidennya Mohamad Sabu.
"Kita tidak mahu kejadian tahun 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu.
"Pemimpin Umno sekarang cuba berbaik dengan Pas...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks Pas Kedah di sini malam tadi.
Mohamad turut melancarkan kempen perhimpunan BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil BERSIH 2.0) peringkat negeri Kedah.
Mengenai BERSIH 2.0 beliau berkata Pas akan menggerakkan seramai mungkin ahlinya menyertai perhimpunan itu bersama penganjur dan badan-badan bukan kerajaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
"Saya mahukan perhimpunan ini bersih...kita tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda awam," katanya.-BERNAMA
Belanjawan Tambahan Bukti BN Salah Urus Negara
KUALA LUMPUR 14 JUN : Tindakan Kerajaan Umno-BN memohon belanjawan tambahan RM13 bilion akan memburukkan lagi defisit negara disamping mencerminkan kerapuhan rancangan-rancangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail peruntukan tambahan itu adalah “luar biasa” kerana ia menunjukkan belanjawan yang dibentang oleh Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini hanya bertahan dua bulan.
“Cadangan untuk tambahan belanjawan 2011 ini sudah diura-urakan sejak empat bulan yang lalu. Maknanya belanjawan 2011 hanya boleh bertahan dua bulan saja, Ini fenomena yang pelik , agak luar biasa, ” kata Azan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin hari ini membentangkan rang undang-undang itu selepas sesi soalan dan memohon wang tambahan sebanyak RM13,186,713,000.
Terdahulu, Perdana Menteri yang juga menteri kewangan, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2011 telah memohon RM162,805,323,000.
Azan berkata permohonan untuk peruntukan tambahan begitu besar juga menunjukkan pakej-pakej ekonomi kerajaan tidak disokong oleh belanjawan yang betul, sehingga memerlukan lagi suntikan dana baru dalam tempoh singkat.
“Ramai ahli ekonomi berpendapat rancangan-rancangan kerajaan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri sebenarnya tanpa mengambil kira keupayaan belanjawan, maksudnya program-program di bawah ETP, NKRA. Tidak ada kombinasi yang kukuh di antara pengumuman dan keupayaan belanjawan,” kata beliau.
“Maknanya kepincangan sudah nampak dengan jelas. Bulan dua sudah ada keperluan peruntukan tambahan sehingga ia perlu dibentangkan sekarang,” tambah beliau.
Beliau juga menegaskan kerajaan terpaksa memohon peruntukan tambahan itu kerana meluluskan terlampau banyak projek-projek untuk disogokkan kepada kroni yang memohon.
Azan mempersoalkan keperluan peruntukan tambahan itu jika benar dakwaan Perdana Menteri bahawa Malaysia mendapat suntikan pelaburan luar RM20 bilion yang berupaya menghasilkan RM60 bilion.
Beliau juga melahirkan kebimbangan belanjawan tambahan itu akan digunakan untuk “projek-projek mee segera” yang menguntungkan kroni Umno-BN sahaja.
“Kerajaan sudah memberikan beban kepada rakyat dengan menarik balik sejumlah subsidi, nampaknya ada lain-lain tempat mereka membelanjakan lebih banyak untuk menguntungkan kroni sehingga defisit negara perlu ditambah,” kata Azan.
Beliau berkata peruntukan tambahan RM13 bilion akan memburukan defisit yang sudah pun amat serius, bermakna Malaysia akan terus mengalami masalah imbangan kewangan untuk jangka masa yang lama jika dasar-dasar BN dikekalkan.
Azan berkata kerajaan persekutuan sepatutnya meneladani kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang dalam menguruskan wang rakyat.
“Saya rasa Barisan Nasional menunjukkan ia tidak mampu merancang bajet dengan baik seperti yang dirancang oleh Pakatan Rakyat seperti di Selangor dan Pulau Pinang di mana kita boleh merancang perbelanjaan sehinggakan kita ada baki setiap kali perbelanjaan. Ini kerana kita tidak boros dan tidak ada ketirisan,” kata beliau.
PKR Lancar Konvensyen Pilihan Raya Ahad Ini
PETALING JAYA 14 JUN : Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat julung kalinya akan menganjurkan konvensyen khusus sempena Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan di Pusat Konvesnyen Shah Alam (SACC), hujung minggu ini.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali berkata, konvensyen ini diadakan untuk melancarkan kempen dan tema kempen PKR untuk pilihan raya umum yang dijangka berlangsung dalam masa terhampir.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Azmin memberitahu tema kempen PKR untuk pilihan raya kali ini ialah "Demi Rakyat".
" Kita berharap konvensyen kali ini akan memberi penekanan kepada penjenamaan kempen yang lebih kuat sebagai tanda perancangan dan pelaksaan kempen Keadilan yang lebih bersedia berbanding parti-parti lawan kita," ujar beliau.
Konvensyen yang bakal menghimpunkan perwakilan dari seluruh negara itu dijangka dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan.
Kehadiran mereka adalah untuk sama-sama melancarkan kempen dan tema kempen Keadilan untuk pilihan raya umum.
Dalam pada itu menurut Azmin, logo tangan masih dikekalkan sebagai simbol untuk rakyat menggunakan tangan mereka membawa perubahan dalam PRU akan datang.
Manakala kempen secara online juga telah dimulakan bermula hari ini di www.demirakyat.org.
" Akhinya Keadilan akan menghadapi pilihan raya ini dengan rasa tawaduk, semangat yang kental kerana kita sedar impak besarnya kepada negara di mana rakyat meletakkan harapan yang cukup besar supaya satu perubahan secara total dapat disempurnakan melalui pilihan raya akan datang,"kata Azmin lagi.