KEPADA PENIAGA CINA.. KITA MEMEELUKAN KESTABILAN POLITIK.


 Sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KE-78 Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), saya tekankan bahawa semua kaum perlu ⁠bekerjasama dalam mengukuhkan perpaduan dan pembangunan negara. 







Ini penting agar kita berjaya sebagai sebuah negara dan bukan hanya bagi segelintir kumpulan masyarakat. 


Dalam konteks ini, ACCCIM telah menjadi rakan strategik Kerajaan MADANI terkait sektor ekonomi dimana peranan ini jelas dapat dilihat melalui kejayaan penganjuran Kongres Usahawan Cina Sedunia (WCEC) 2024 di Kuala Lumpur pada bulan lalu.


Saya juga jelaskan bahawa dasar Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka adalah bagi membina hubungan baik dengan pelbagai negara tanpa mengikut telunjuk mana-mana negara. 


Selain itu, saya singgung tekad Kerajaan MADANI bagi mempertingkat kualiti perkhidmatan awam. Ini termasuklah tahap kecekapan, kepantasan kelulusan, perbelanjaan berhemah dan memperkemas tatakelola. Untuk berjaya, tekad ini turut perlu mendapat sokongan daripada sektor swasta.


-


During the opening of the 78th Annual General Meeting of the Association of Malaysian Chinese Chambers of Commerce and Industry (ACCCIM), I underscored the significance of collaborative efforts among all ethnicities in fostering national unity and progress. 


This collective endeavor is crucial for our country's overall success and prosperity, transcending the interests of specific community groups.


#MalaysiaMADANI