W. FAUDZIN
Ada segelintir penjawat awam di kalangan walaun yg masih sinis dgn pengumuman PMX berkaitan kenaikan gaji. Alaahh..bajet tak umum lagi, kenapa PMX bagitahu awal? Parlimen pun tak bahas dan lulus lagi. Belum tentu dapat ke tak tu...(Mereka ini anak murid Jargon). Veteren tentera yg sewaktu pakai uniform dulu tak pernah ambil tahu tentang politik, bila dah pencen, bercakap seolah2 dia paling politik. Mereka pun berbunyi sambil dabik dada, *" Mana pelarasan pencen kami? Berapa lama kami tunggu? PMX kencing...'.*. Veteren yang tidak berpencen pun sama naik, maki PMX.
Ye lah, penjawat awam dan pesara tentera boleh bising sekarang sebab bonus RM 2 ribu yang diberikan oleh kerajaan madani telah lama jadi tahi, kan? Veteren tentera berpencen ke tidak berpencen ke, mereka pun sama, bonus RM 1 Ribu yang kerajaan madani beri itu telah lama habis di kedai Toto no ekor (segelintir la).
PMX beri pula duit raya RM 500. RM 2 Ribu + RM 500 dalam masa setahun, belum kira STR lagi bagi yang layak, semua tu bila kali terakhir kita nikmati? Bila ?
Kali ni, PMX umum kenaikan gaji pula. Ada dengar ucapan terima kasih? Yang kita dengar setiap hari adalah maki hamun, PMX dajjal, PMX B4B1. Alhamdulillah, PMX tidak pernah terasa hati dan dia terus bekerja.
Terima kasih sahabatku Mawardy, seorang bekas tentera yang juga bekas anak buah aku yang aku didik dalam politik sewaktu beliau mula2 berkhidmat dengan aku dlm tentera dahulu. Aku sertakan penulisan beliau bagi menjawab semua persoalan yang aku tulis di atas tadi.
*MENJAWAB ISU KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM DAN PELARASAN PENCEN TENTERA**
1. Kita hidup ni biar tahu erti bersyukur dan berterima kasih dgn nikmat yg ada. sesuatu berita gembira yg kita terima adalah lebih baik terlebih dahulu mengucapkan *ALHAMDULILLAH* di susuli dengan *DOA* semoga ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan tersebut.
2. Apatah lagi sebuah *Penantian Suatu Penyiksaan* khusus selama *12 tahun* 1.6 juta penjawat awam menunggu berita gembira seperti ini. Apabila ada pemimpin dan yang berkenaan bertungkus lumus sedaya upaya mengusahakannya yang akan memberi manfaat kepada 1.6 Juta penjawat awam termasuk Tentera dan polis. Apatah lagi Pelarasan Pencen untuk 930,000 Pesara Kerajaan Juga Akan Dilaksanakan Seiring Dengan Semakan Gaji Baru Penjawat Awam. Skim Gaji Progresif Untuk Pekerja Swasta Juga Akan Di Muktamatkan pada Bulan September 2024 dan juga Skim Gaji Penjawat Awam setiap negeri juga akan dilaksanakan yang akan dibantu oleh Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya kita lebih rasa bersyukur dan berterima kasih atas segala usaha keras tersebut. bukannya terus memperlekehkan serta mempersendakan penat lelah usaha yang telah dilakukan.
3. Dalam Siaran Langsung Himpunan Hari Pekerja pada 1/5/24 PMX dah bgthu pada asalnya pelaksaan Gaji Baru SSPA ini berkuatkuasa Bulan Januari 2025 tetapi di awalkan pada Bulan Disember 2024. Untuk Kertas Kerja SSPA Kenaikan Gaji Penjawat Awam (JPA) Telah Selesai Sepenuhnya pada Jun 2024. pada 16 Ogos 2024 PMX akan umumkn secara Kaedah Kasar Peratus Kenaikan bermula 15% hingga 42.7% iaitu kenaikan paling tinggi dalam sejarah negara. pada 18 Okt 2024 dalam Belanjawan Negara Tahun 2025 PMX akan bentangkan secara terperinci dan akan diluluskan sebulat suara lebih dari 2/3 majoriti oleh 153 Ahli Parlimen Kerajaan. Pada 19 Dis 2024 mula pembayaran.
4. Sebagai contoh paling mudah untuk difahami. Bagi setiap pasangan yang berkahwin pasti berkehendakkan cahayamata untuk melengkapkan sebuah kehidupan dalam keluarga. Apatah lagi sebuah penantian cahayamata selama *12 Perkahwinan* Apabila mendapat berita gembira isteri mengandung, sudah pasti ucapan pertama adalah *ALHAMDULILLAH* di iringi *DOA* siap buat tahlil doa selamat lagi somaga ALLAH SWT permudahkan segala urusan tersebut. Bukan setakat itu sahaja siap dah beli pakaian dan peralatan baby lg. Betapa kita nak menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga seolah2 esok sudah genap 9 bulan untuk bersalin.
5. Nak tanya juga..Ada ka manusia *???* apabila menerima berita gembira setelah 12 tahun penantian seperti itu mereka akan mengeluarkan ucapan *Ala Baru Mengandung 2 Bulan Lambat Lagi Nak Bersalin Buat Apa Nak Berangan Lebih2, Benda Tak Tahu Apa Lagi Macam2 Perkara Boleh berlaku Silap2 Gugur, Silap2 Meninggal Dunia Dalam Perut, Silap2 Meninggal Dunia Lepas Bersalin* ????
6. Soal perbezaan pendapat @ pandangan politik itu hak masing2. Tapi jangan la sampai sesuatu perkara dasar yang baik dan memberi manfaat untuk kita, kita nak nafikan secara total dengan pantas memperlekehkan, mempersendakan dan menghina mereka kononnya seolah2 kitalah yang Terpaling Terbaik, Terpaling Islam dan Terpaling Syurga.
7. Akhir Kata. Saya Mohon Maaf Sekiranya Luahan saya ini ada menyinggung hati dan perasaan Encik2 Semua. Nasihat ini Khusus untuk diri saya sendiri. Segala Yang Baik Itu Dari ALLAH SWT. Segala Yang Tidak Baik Itu Dari Diri Saya Sendiri. Sama2 Kita Renung2kan lah, Selamat Beramal. In Shaa Allah. Aamiin 🤲
Yang Penting Hubungan Silaturrahim Kita Semua Terus Berkekalan. In Shaa Allah. Aamiin 🤲
*SAYAP MANTERA*
MAWARDY