KERAJAAN PAS TERENGGANU KHIANATI RASA BANGGA RAKYAT DUNGUN SAMBUT ULANGTAHUN PEMASYHURAN MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN (MPD)


Abu Mishkat


Bila menang besar 32-0, lupa diri. Rakyat pula jangan lupa untuk ajar pemimpin yang mudah lupa diri. 


Nenggiri satu pelajaran yang bererti.





Mohd Syuza Amsyari

AL-HAMDULILLAH hari ini 20 Ogos 2024 adalah genap ulangtahun kali ke-16 pemasyhuran Majlis Perbandaran Dungun (MPD).. 


Kite semua masih ingat pada tanggal 20 Ogos 2008 (16 tahun lepas), rakyat daerah Dungun amat merasai suasana kegembiraan & 'gah'nya apabila pengisytiharan ini diumumkan sebagai daerah ke-3 yg dinaik tarafkan drp Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran.. Kite rasa bangga dengan sambutan tepukan gemuruh kegembiraan kerana drp sebuah pekan kecil nelayan bertukar status, apabila diberi taraf majlis perbandaran ini.. Rasa gembira ini juga bercampur bangga & bersemangat kerana rakyat Dungun mula merasai BERDIRI SAMA TINGGI & DUDUK SAMA RENDAH untuk terus menanam tekad untuk terus bersaing secara sihat dengan warga daerah² lain yg ada khususnya dinegeri Terengganu & amnya dinegara Malaysia jua.. Kami tidak rasai tertinggal lagi & tidak segan untuk nyatakan kami rakyat Dungun.. Itulah gambaran perasaan warga Dungun ketika itu..


Majlis gilang-gemilang bagi meraikan perjuangan kental dibawah program DUNGUN MEMBANGUN yg dimulai oleh Datuk Wira Pok Lie (Ahli Parlimen BN Dungun 2004) & diteruskan pula oleh Allahyarham Datuk Hj Matulidi (Ahli Parlimen BN Dungun 2008) mampu diterjemahkan.. Majlis disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja Negeri Terengganu & turut dihadiri oleh YAB MB Terengganu ketika itu Dato' Seri Hj Ahmad Said di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, Terengganu..


Hari ini 20 Ogos 2024 selepas 16 tahun MPD dimasyhurkan & kerajaan pimpinan negeri juga sudah bertukar kepada pimpinan PAS drp pimpinan BN..


SOALNYA SEKARANG??

Kenapa Kerajaan PAS Terengganu bersetuju melantik & menerima 2 orang ahli MPD yg sepatut TIDAK LAYAK menduduki kerusi Ahli Majlis MPD ini.. 1 orang mempunyai REKOD JENAYAH & 1 orang lagi TIDAK CUKUP PENARAFAN PENDIDIKAN?? 


Ini adalah berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Terengganu (Mesyuarat Exco Kerajaan Terengganu) kali ke-17/2024 pada 21 Mei 2024 BERSETUJU memberi PENGECUALIAN TAPISAN KESELAMATAN POLIS & PENDIDIKAN bagi membolehkan 2 individu ini dilantik sama dalam jemaah Ahli Majlis MPD bagi penggal 2024-2026 atau lebih tepat lagi untuk tempoh 2 tahun iaitu 1 Jun 2024 hingga 31 Mei 2026..


KEKECEWAAN dengan keputusan ini mula dilihat bertentangan dengan slogan yg dilaungkan oleh Kerajaan PAS Terengganu iaitu TERENGGANU MAJU, BERKAT SEJAHTERA.. Adakah YAB MB & Exco kerajaan PAS Terengganu fahami & hadam dengan antara keputusan yg telah dibuat dengan slogan ini?? Jika berbicara mudah, macamana nak MAJU kalau lantik orang yg dilhat tidak punyai taraf pendidikan?? Macamana nak SEJAHTERA jika lantik individu yg punyai rekod jenayah??


NASIHAT saya sebagai warga Dungun & rakyat Terengganu kepada YAB Dr Sam & barisan pimpinan Kerajaan PAS Terengganu, JANGAN KHIANATI MANDAT 42-0 yg telah rakyat berikan.. Laksanakan AMANAH RAKYAT Terengganu ini dengan penuh bertanggungjawab.. Dan kepada rakyat Terengganu, inilah hasilnya apabila sesebuah kerajaan tidak punyai SEMAK & IMBANG dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).. Mereka (kerajaan PAS Terengganu) lakukan sesuka hati & ketepikan segala syarat ketetapan yg telah dibuat oleh kerajaan yg juga adalah pembuat dasar kepada sebuah kerajaan itu..


Waallahualam & sama² kite renungkan DEMI GANU.. Terima kasih!!!


#demiganu



No comments: