KERANA SANTAN PULUT BINASA
Mahiddin rosakkan diri sendiri.
MSO
Pepatah berbunyi kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa, tampaknya tertimpa ke atas pengerusi PN Mahiaddin Yassin alias Udin anak Yassin.
Bicara kempennya di Nenggiri untuk meraih sokongan sehingga mengungkitkan cerita lama tidak membawa untung laba kepadanya.
Pada suatu kempen Mahiaddin di hadapan masyarakat Orang Asli beliau mendakwa yang dia berhak untuk dilantik jadi PM, kerana sudah mencukupi jumlah 115. Malang katanya dia tidak dijemput oleh Agong. Udin anak Yassin menyalahkan kepada Yang diPertuan Agong.
Cerita Mahiddin itu cerita basi yang membohongi berfakta dan menyembunyikan kebenaran. Beliau telah pun ke Istana Negara pada hari tersebut membawa sejumlah SD untuk menyokongnya jadi PM. Namun Al Sultan Abdullah yang menjadi Agong ketika itu bertindak waras dan saksama meneliti SD berkenaan.
Setelah diteliti ternyata SD yang dibawa si Udin itu tidak sahih atau diraguinya.
Adalah bijaksana bagi Yang diPertuasn Agong ketika itu Sultan Abdullah untuk tidak melantiknya sebagai Perdana Menteri kerana tidak mendapat sokongan mutlak, baginda tidak boleh bertindak atas SD yang meragui.
Apakah dia berharap Agong akan berpihak kepadanya dan mencerobohi undang-undang? Sorrylah Din Tuanku tidak boleh dipajak gandai seperti sesetengah orang politik.
Sebenarnya perkara itu telah dijelas maklumkan oleh Yang diPertuan Agong. Bahkan Yang diPertuan Agong memberi peluang agar dibentuk kerajaan Perpaduan, setelah semua parti tidak mempunyai bilangan cukup, namun dengan angkuh dan sombong ditolak oleh Mahiaddin dan juga Tok Dor kok..kok.
Penolakan titah Tuanku itulah merupakan kecelakaan besar buat Mahiddin dan Tok Dor kok..kok sehingga mereka sasau dan meroyan sampai kini, termimpi-mimpi untuk angkat sumpah jadi PM sehingga dalam tidur pun tangan kanan terletak di telinga.
Apabila ia diungkit dan sengaja mengeliru fakta serta mencarikkan sejarah, maka perbuatan Mahiaddinn itu sangatlah biadap. Tepatlah kalau Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah murka atas kejadian itu.
Sekarang ini tidak fasal-fasal episod itu meletakkan Udin anak Yassin dalam kehinaan dan dibenci seluruh rakyat negara ini. Kerana tidak dapat menerima hakikat dan tergila untuk jadi perdana menteri, sampai terbakar rentung maruah diri.
“Sedih saya tak nampak, sedih tuan dilingungi;
Harap untung secupak, rupanya rugi seguni.”
Bukan itu saja apa dihadapi Mahiaddin kini dia ikut sama mencalarkan parti Bersatu dan juga PN. Pas yang bersekongkol juga ikut sama tercalar. Tidak fasal-fasal Tok Dor kok.. kok kena hidu kentut masam Mahiaddin.
Orang akan melihat apa diperjuangkan PN itu bohong dan tipu. Cakap berdegar-dengar perjuangan PN menentang PH konon kerana PH tidak perjuangkan Melayu, tidak memertabatkan agama Islam, tetapi PN sendiri telah menderhaka terang-terangan kepada raja. Gelagat Mahiddin itu menyebabkan para rakan dan sobatnya menilai balik kerasionalan parti itu.
Tindakan tegas terhadap Mahiaddin perlu dikenakan. Bukan saja itu, partinya juga Bersatu wajar diharamkan kerana tidak ada faedah sedikit pun parti itu wujud di negara ini kalau kehadirannya menimbulkan perpecahan, menghakiskan ketaatan kepada Raja dan negara. Harap jangan ada maaf kepada manusia yang degil kerana ia menjadi masalah kepada negara tercinta. #Merdeka 67. Trims.