KLIK MENGKLIK PULA DI KELANTAN


 KLIK MENGKLIK PULA DI KELANTAN

MSO

Ada terdengar benda tak molek dari Kelantan petang ini, harap ia bukan betul sebaliknya remous saja. Kononnya ada klik mengklik pula dalam Pas Kelantan ketika ini, yang dibentuk mengikut latar belakang pendidikan dan negara tempat mereka belajar.


Klik ini diwujudkan kerana ada yang cuba hendak ganggu Nasaruddin Daud sebagai MB Kelantan. Kenapa gaduh sangat nak ganggu Nasaruddin. Dia sedang tunjukkan kemampuannya jadi MB ketika ini yang ramai disenangi orang. Tak baik cara klik mengklik ini.


Saya tidak nak sebut dan dedah kumpulan atau klik ini dulu kerana tidak mahu mengeruhkan suasana. Cuma apa saya nak kata semua pihak di Kelantan perlu beri sokongan dan semangat kepada Nasaruddin tadbir negeri. Jika dia ada kelemahan, bantu dia tunjuk ajar dan bekerjasama.


Tidak guna buat klik itu dan klik ini, yang penting tumpukan untuk bangun Kelantan dan ambil kesempatan atas sikap demokratik dan keadilan yang ditunjukan oleh Perdana Menteri untuk Kelantan kini.


Mereka yang nak main klik mengklik ini kita anggap mereka yang tidak bersemangat patriotik dan pengacau di Kelantan. Cukuplah kacau negeri sendiri yang sudah lama terabai itu. Klik mengklik ini tidak bawa laba melainkan akan mengecewakan. Trims.



No comments: