Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO
Strategi terakhir UMNO dan BN untuk
memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah
saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang
mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum
Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti
Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.
Tetapi cara ini tidak berkesan lagi
kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan
mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan
menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk
bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang
mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata
yang sebenarnya.
Matlamat BN untuk memecahkan DAP
dangan PAS itu adalah satu tektik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya
yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula
telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang
menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu.
DAP pula merupakan parti yang
diminati oleh orang Cina dan kaum-kaum
lain kerana sifatnya sebagai parti berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun jika DAP
memenangi semua kerusi pun ia tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan
sendirian seperti yang dimomokkan oleh BN dalam siri kempennya keseluruh negara.
DAP tetap mengakui bahawa orang Melayu merupakan kaum yang terbesar dan perlu
mendapatkan sokongan kaum Melayu untuk menjadi parti yang berkesan di dalam
kerajaan setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya nanti.
Itulah sebabnya urusan untuk
mendapatkan pembaharuan politik hanya boleh dilakukan oleh kedua parti ini
dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini merupakan premis
terbaik bagi rakyat bersatu dengan kuat kerana kegagalan UMNO membina budaya
hidup bersama dalam sebuah negara yang majmuk seperti negara ini. BN telah gagal
kerana sifat parti-parti di dalamnya yang merupakan parti-parti yang
berdasarkan kepada keahlian mereka mengikut kaum dan bangsa.
Masa berubah dan pemikiran rakyat
turut berubah mengikut masa dan zamannya. Pemikiran yang betul tidak datang
dengan cepat tetapi apa yang berlaku dalam BN hari ini membuatkan rakyat
berfikir dan melakukan tehakik yang jelas diantara rakyat untuk memberikan
persepsi buruk yang sedang di alami oleh BN sekarang ini. BN sebenarnya
bermusuhan dengan rakyat yang berfikir. BN lebih suka kepada rakyat yang
tumpul pemikiran mereka kerana ketumpulan pemikiran itu memudahkan UMNO untuk
mengelirukan pemikiran rakyat dan itulah sebenarnya cara BN selamat selama ini.
Dalam usaha lain, BN khususnya
Perdana Menteri berkata yang BN akan memperbetulkan apa yang telah salah dilakukan
oleh BN serta semua kelemahan BN semasa mentadbir negara kita. Tetapi mereka
lupa yang BN telah diberikan mandat itu setiap pilihanraya sebalum ini. Kenapa
tidak juga berlaku apa yang mereka janjikan sekarang ini. Sedar kah atau tidak
janji BN sekarang ini merupakan janji-janji yang telah di buat sejak puluhan
tahun dahulu. Jika selama ini BN tidak berjaya melakukannya malahan menjadi
penyebab pula kepada masalah yang kita hadapi hari ini, apa yang boleh
meyakinkan kita yang BN tidak akan gagal seperti dahulu lagi?
Sesungguhnya UMNO dan pimpinannya
tidak akan dapat lagi menghilangkan persepsi rasuah sebagai isu yang terbesar
dalam pilihanraya kali ini. Isu ini sememangnya isu dan stigma yang melekat
kuat terhadap UMNO dan rasuah itu merupakan isu sinonim dengan UMNO. Rakyat
tahu rasuah itu adalah faktor terbesar yang menyebabkan rakyat terutamanya yang
masih berada diatas pagar dalam pilihanraya kali ini.
Itulah sebabnya segala usaha BN
untuk mendapatkan dukungan rakyat itu sentiasa gagal. Selagi persepsi rakyat
yang UMNO itu rasuah tidak dapat di buang dari pemikiran rakyat kegagalan itu
tetap berterusan sehingga BN benar-benar berada dipetak pembangkang di dalam
dewan-dewan legislatif persekutuan dan negeri-negeri dalam persekutuan ini.
Pendeknya UMNO dan BN perlu
menerima hakikat yang setiap parti politik dalam sebuah demokrasi itu tetap
akan melalui proses turun naik itu. Bagi
BN, ia telah mendapat
mandat yang berterusan sejak merdeka dan kali ini ia tetap akan melalui proses
yang biasa dalam sesuatu demokrasi itu, iaitu giliran untuk menjadi pembangkang
pula.
Lagi pun sikap dan sifat UMNO
akhir-akhir ini sudah menunjukkan ‘attribute’ sebagai parti pembangkang dengan
jelas. Oleh kerana sudah terbentuk ‘attribute’ sebagai pembangkang maka
tidaklah susah lagi UMNO untuk menjadi pembangkang yang diharapkan sebagai
pembangkang yang baik selepas pilihanraya nanti.
UMNO akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang. Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai.
UMNO akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang. Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai.