AKBAR HABIS MODAL...DESAK AMERIKA JANGAN SOKONG ANWAR????LAWAK LA....DAN MELOYAKAN

Jangan percaya anwar

KUALA LUMPUR 1 Julai - Amerika Syarikat (AS) dan pembuat polisi negara kuasa dunia itu didesak supaya menghentikan hubungan baik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa sebagai seorang yang tidak mengenang budi.

Sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservertif, Rachel Motte berkata, pendirian Anwar dalam isu perkauman dan polisi antarabangsa sentiasa berubah-ubah bergantung kepada kepentingan politik peribadinya.

Menurut Motte, Anwar menghabiskan masa bertahun-tahun mengagungkan imej pro barat sehingga diberi peluang mengajar di Universiti Johns Hopkins tetapi apabila sokongan daripada golongan Melayu mula hilang, Anwar mula bersikap anti-Yahudi dan anti-Amerika.

Katanya, walaupun tindakan menghentikan hubungan baik dengan Anwar tidak akan menghentikan sindrom anti-Yahudi yang kini sedang melanda dunia, tetapi sekurang-kurangnya langkah berkenaan akan meletakkan AS pada landasan yang betul dalam isu tersebut.

"Tiada tempat untuk AS meneruskan kerjasama dengan Anwar sama ada atas alasan moral mahu pun pragmatik. Ini kerana ketika Israel berhempas pulas untuk mempertahankan dirinya, Anwar yang sebelum ini menjadi anak emas Bill Clinton dan George W. Bush turut mengkritik Israel," katanya.

Desakan itu dibuat selang dua hari selepas akhbar Washington Post melalui tulisan kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl, mendedahkan bahawa Anwar berada di Washington pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok Yahudi.



Woiiii nak kawan dengan sapa pun awat kalut????SIAPA nak kawan siapa pun nak tolong aturkan.Amerika tak baca utusan..dan rakyat amerika bukan macam orang yang suka baca utusan.Rasanya pandangan dalam akhbar ni macam orang hilang modal