DUA SAHABAT EZAM BERCERAMAH




CHEROK TOK KUN 1 OGOS-Satu crri ceramah yang didakan sempena kempen pilhanraya kecil Permatang Pauh kini telah diatur.Penceramah pertama ialah YB Ong Kim Woon dimana beliau mempersoalkan tindakan kerajaan Psat yang mendiskriminasikan beberapa projek kerajaan negeri.terutamanya projek kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat. Beliau juga mempersoalkan kenapa menteri kewangan kedua iaitu Mohd Nor Yaakub masih gagal untk mengawal harga bang yang selalunya sentiasa naik dantidak ada tanda-anda akantrin.


Penceramah kedua pula ialah Sdr Zulkifli Ibrahim seorang mahasisiwa yang terpaksa berhenti belajar setengah jalan kerana memperjuangkan reformasi dimana Sdr Zulkifli ini adalah antara beberapa individu yang ditahan pihak berkuasa malah bersama-sama Tian Chua menghalang kenderaaan FRU sewaktu era reformasi dulu.

Beliau yang akan turun dan berjanji untuk menangkis serangan Ezam, berjanji akan mengikut Ezam walau kemana Ezam pergi di Permatang Pauh kerana beliau percaya Ezam yang kini dimakan sumpah beliau merupakan raja sesumpah paling terkenal kini.

“Apa yang Ezam tidak kata kepada UMNO, apa yang Ezam tidak maki hamun UMNO, Kini beliau kembali kepada UMNO dan memperlawa diri untuk bertanding”,
Demikian jelas saudara Zulkifli lagi.

Sementara itu YB Raveen seorang pengamal perundangan menarik perhatian para penceramah dengan menyatakan bahawa jika DNA dinasour yang berusia ribuan tahun masih lagi digunakan mana mungkin jika DNA yang baru berusia 10tahun sudah tidak boleh digunakan.janganlah memperbodohkan rakyat kerana kini rakyat telah tahu hakikat yang sebenarnya.

“ Jika kali pertama Saiful mengaku dipaksa , kali kedua dipaksa dan kali ke tiga juga di paksa sehingga kali kesembilan dalam sebulan saya kira ini sudah luar dari tuduhan malahan inilah rekaan yang paling hebat kini.Jika hakim yang mengendalikan kes ini bijaksana sudah tentu kes ini dibuang dan beliau percaya sistem kehakiman akan jujur jika tidak masyarakat antarabangsa akan hilang keyakinan kepada seluruh sistem yang ada di Malaysia” demikian jelas YB Raven lagi.




persembahan kompang berirama dari kanak-kanak sek agama semasa rehat 10 minit



Beliau juga berkata bahawa para YB –YB pernah di panggil oleh DSAI denga para penceramah dari luar negara dengan memberikan pendedahan dan kursus bagaimana menunaikan 5 janji kepada rakyat.”kami dipangil ke Kuala Lumpur untuk mendengar ceramah dari para penceramah dari luar negara dan diberi taklimat bagaimana untuk menunaikan 5 janji kepada rakyat. Maka kerana itu saya percaya apa yang diberikan kepada kami para ahli yang berhormat adalah untuk menunaikan janji kepada rakyat. Mana mungkin jika DSAI akan memungkiri janji beliau kepada rakyat terbanyak dan saya percaya janji-janji beliau akan beliau tunaikan” , demikian jelas YB Raveen.

Saya pernah dipanggil DSAI kerana saya mewakili pengundi majoriti kaum Melayu di Batu Uban, malah saya juga tahu akan kebenaran hakikat kebenaran maka kerana itu DSAI menyatakan kepada saya bahawa saya harus membela kaum Melayu tanpa meminggirkan kaum lain dan tanggungjawab kepada pemerintahan reformasi.saya kaum India, saya mewakili kaum Melayu dan kaum-kaum yang lain.

Sementara itu Ckgu Bard pula memulakan ucapan dengan laungan reformasi kerana menurut beliau ada maklumat bahawa kemungkinan pencabar DSAI ialah Ezam.Beliau memulakan dengan menegaskan bahawa PKR tidak sekali-kali akan membiarkan sesumpah bertapak di Permatang Pauh.

“UMNO mengharapkan agar Melayu,Cina ,India berparang ..kita bukan berperang bukan tujuan untuk mendapatkan kuasa bagi membalun harta negara.UMNO juga berperang bukan kerana untuk membela Melayu,MCA berperang bukan untuk kaum Cina,MIC dah lenyap…Kita (PKR) berperang untuk membela nasib rakyat”.beliau seterusnya mempersoalkan kepada hadirin


“Ada mesyuarat UMNO bergaduh untuk membincangkan nasib rakyat? Adakah UMNO bermesyuarat untuk mengurangkan harga minyak dan mengurangkan beban rakyat ?demikian tanya beliau kepada rakyat..mereka bertempur kerana kuasa.” Demikian jelas Cikgu Bard lagi.


Ada juga segolongan manusia yang mempersoalkan apa yang dibuat oleh Anwar semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Malah semasa memangku jawatan Perdana Menteri diketika Mahathir berada di luar negara.


“Anwar telah meminda sistem pencegahan rasuah dimana sesiapa antara ahli politik dan pihak berkuasa yang setelah meninggalkan jawatan jika masih lagi bersabit dengan rasuah boleh disiaat oleh pihak BPR,Ada ahli UMNO pada masa tersebut yang berasa terancam telah berjumpa Mahathir yang ketika itu bercuti 3 bulan, memberitahu akan apa yang dibuat oleh Anwar , Maharthir lantas balik dan seterusnya akta tersebut di gantung” .


Kini ulang tayang kes yang sedang dibicarakan adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat. “Ada sesumpah yang baru masuk UMNO menyatakan bahawa rakyat patut menyokong Pak Lah kerana melakukan pembahruan,kononnya namun apa yang dibuat adalah untuk melanjutkan khidmat Tan Sri Rashid sebagai Pengerusi suruhanjaya Pilahanraya kerana memenangkan beliau pada tahun 2004”

Beliau seterusnya menceritakan kes penangkapan DSAI dan juga peristiwa lama yang di ubahsuaikan semula bagi mengalih perhatian rakyat kerana masa hamper tiba bagi rakyat Malaysia menyokong pakatan rakyat dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional..









No comments: