LARANGAN MENGELUARKAN KATA KATA KEJI ATAU TIDAK SOPAN YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK

 










Pagi ni ambo cuba mentelaah RUU Enakmen Kesalahan Syariah (Kelantan ) 2026. Enakmen ini bagi menggantikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang telah dibatalkan beberapa peruntukkan di dalamnya oleh Mahkamah Persekutuan kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan melangkaui kuasa jenayah di Mahkamah Syariah. 


Sebelum ini Kelantan ada Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1995 yang telah dimansuhkan selain Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015 Negeri Kelantan yang tidak dilaksanakan. 


Untuk pagi ini ambo tertarik kepada 2 seksyen berkaitan Perkataan Tidak Sopan ( Seksyen 20)  yang boleh dihukum denda sehingga rm2000 atau penjara 1 tahun dan Kata Kata Yang Boleh Memecah Keamanan (Seksyen 29) yang boleh dihukum denda sehingga rm3000 atau penjara 2 tahun. 


Melihat perkembangan terkini politik terutama ucapan atau kata kata yang keluar dari pemimpin dan penyokong Pas, kata nesta yang sering dihamburkan kepada lawan politik mereka, ambo mari terfikir adakah tidak pernah terlintas dibenak para penggubal enakmen ini.. apa kesan enakmen ini kepada kempen kempen politik Pas jika Sek 20 dan 29 dalam Enakmen ini dikuatkuasakan???





NASIHAT USTAZ KAMALULIHSHAM

 

CnP






Satu hantaran Penasihat Geng Ustaz Malaysia, Kamalulhysham Mohd Suhut mencetuskan perbincangan hangat apabila beliau mengingatkan supaya usaha mencegah kemungkaran tidak hanya lantang terhadap pihak di luar jemaah tetapi diam apabila ia berlaku dalam kelompok sendiri.


“Cegah kemungkaran jangan di luar jemaah saja tapi bila sesama jemaah bisu seribu bahasa. Jangan jadi syaitan bisu sudah,” tulisnya di Facebook.


Kamalulhysham tidak menyebut PAS, mana-mana pemimpin atau isu tertentu dalam hantaran tersebut.


Bagaimanapun, perbincangan yang muncul di ruangan komen menyebabkan hantaran itu mula dikaitkan oleh sebahagian pengguna dengan pergolakan atau masalah dalam lingkungan sebuah jemaah politik.


Antara yang mencuri perhatian ialah komen yang menyebut tentang teguran sesama pimpinan, mesyuarat agung dan muktamar.


Seorang pengguna mencadangkan supaya teguran dibuat secara dalaman melalui mesyuarat AJK, mesyuarat agung, muktamar atau secara individu.


Kamalulhysham kemudian membalas dengan mempersoalkan ruang tersebut sambil menulis, “ker muktamar has become a briefing”.


Dalam satu lagi balasan, beliau turut menyebut mengenai “soal rumah tangga” dan kemungkinan ada pihak yang mahu merosakkan rumah tangga tersebut, namun sekali lagi tidak menjelaskan secara khusus siapa atau organisasi yang dimaksudkan.


Perbincangan menjadi lebih menarik apabila beberapa individu dalam ruangan komen mula bercakap mengenai “jemaah”, “pimpinan” dan “muktamar”, istilah yang menyebabkan sebahagian pembaca mengaitkan perbincangan tersebut dengan PAS.


Geng Ustaz Malaysia sendiri selama ini dilihat mempunyai hubungan dan sokongan yang rapat dengan lingkungan PAS, menyebabkan hantaran berkenaan lebih mendapat perhatian.


Namun setakat hantaran tersebut, tidak ada kenyataan secara jelas daripada Kamalulhysham bahawa tegurannya ditujukan kepada PAS.


Apa yang jelas, mesejnya cukup keras.


Jangan hanya lantang mencegah kemungkaran apabila melibatkan orang luar, tetapi memilih untuk menjadi “bisu seribu bahasa” apabila ia berlaku dalam jemaah sendiri.


Dan daripada reaksi yang muncul di ruangan komen, nampaknya ramai juga sedang cuba meneka siapa sebenarnya yang sedang ditegur.





BELIAU BUKAN PAKAR SEJARAH ATAU. ARKEOLOGI

 


CnP



DR SOLEHAH: ANTARA MERENTASI DISIPLIN, HIPOTEIS, BEBAN PEMBUKTIAN & IMEJ UIAM




[Mohon maaf, saya tak boleh nak pendekkan artikel ini tapi demi untuk faham, bacalah]


Hakikinya dalam pemikiran saya, Personaliti Dt Solehah mengingatkan saya kepada Datuk Seri Fadhlina Sidek. Tahniah DS.


Pertamanya, sy tak kenal dan tak pernahpun bertemu Dr Solehah ni, cuma terpanggil dengan hipotesisx beliau yang sangat luar biasa, pelik dan melawan arus. Bila isu beliau vs UIAM heboh di media, barulah saya gali untuk mengenali beliau secara atas kertas. Sementelah pula salah seorang ahli JK inkuiri ialah sahabat baik saya.


Kali pertama terdengar pandangan dia, kalau tak silap di tiktok, saya tertanya ‘sapa dia ni’?, dan “Adakah beliau seorang ahli sejarah atau ahli arkeologi berdasarkan latihan akademik formalnya?”, jawapannya tidak. Berdasarkan carian di AI Pro, yang saya temui, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di IIUM pada 1995, kemudian Sarjana pada 1998 dan PhD Bahasa Arab (pengkhususan Philosophy of Arabic Grammar) pada 2005. CV beliau juga menyatakan beliau sudah menjadi Assistant Lecturer IIUM pada 1995–1998.  Dia dan IIUM mendapat perhatian besar apabila pandangannya bahawa orang Rom mungkin mempelajari teknologi pembinaan kapal daripada orang Melayu menjadi tular. Beliau mempertahankan pandangan tersebut dan mengatakan kesimpulannya berasal daripada hipotesis penyelidikan yang dikembangkannya selepas PhD pada 2005. Maka, disini ada Beban pembuktian bukan sahaja terletak pada Dr Solehah tetapi juga kepada UIAM.


Jujur cakap, bila saya tahu dia hanya pakar bahasa Arab, bukan sejarah bagai, saya hanya tersenyum dan cuba melupakan dan saya anggap pandangan itu gila atau cuba mencari kekuatan kerana dia tidak ada langsung bidang sejarah atau sejarah maritim; arkeologi; arkeologi maritim; antropologi; kejuruteraan/perkapalan; geologi; dan sejarah teknologi atau sejarah Rom.  Walau bagaimanapun, dalam dunia akademik, ia membolehkan seorang doktorate melakukan kajian antara disiplin atau merentas bidang tetapi apabila membuat dakwaan sejarah atau arkeologi yang besar, kekuatan dakwaan itu bergantung kepada bukti primer, metodologi disiplin berkenaan, pentarikhan, bukti material/arkeologi dan semakan pakar bidang, bukan gelaran profesor semata-mata. Maka, Saya cuba mencari sebab dia merentas disiplin ilmu dan kepakaran. Saya menemui buku beliau bertajuk The Philosophy of Arabic Grammar: Its Impact on World History and Human Civilization (Including Malay Civilization) (2025). Buku Ini mungkin jambatan intelektual yang beliau gunakan untuk bergerak daripada pakat linguistik bahasa Arab kepada dakwaan mengenai sejarah ketamadunan Melayu. Saya rasa bahagian inilah yang paling menarik untuk kita lihat seterusnya merujuk kepada apakah sumber dan kaedah yang beliau gunakan sehingga daripada “falsafah nahu Arab” boleh sampai kepada kesimpulan “Rom belajar membuat kapal daripada Melayu”. Kita boleh semak hujah beliau satu demi satu dan bezakan mana fakta, hipotesis, inferens dan spekulasi.


Daripada pemyataan di medsos, beliau mengatakan ‘pandangan itu ialah hipotesis beliau. Sebagai doktorate, saya bertanya pula adakah dengan hanya bersandarkan ‘hipotesis’, kita boleh keluarkan penyataan besar seperti itu. Pada saya tidak, kerana Hipotesis sahaja tidak memadai untuk dijadikan sandaran bagi mendakwa sesuatu itu sebagai teori yang telah terbukti. Dalam penyelidikan akademik, istilah-istilah ini mempunyai kedudukan yang berbeza yang mana Hipotesis ialah andaian atau penjelasan sementara yang perlu diuji. Ia boleh menjadi titik permulaan penyelidikan, tetapi belum menjadi bukti. Secara mudahnya dalam isu  dakwaan sejarah seperti “orang Rom belajar teknologi membuat kapal daripada orang Melayu”, hipotesis itu sendiri sah untuk dikemukakan. Persoalan akademiknya ialah apakah bukti yang menyokongnya? Kita perlu melihat sekurang-kurangnya kronologi yang konsisten, sumber primer, bukti arkeologi/material, bukti hubungan atau pemindahan teknologi, dan penilaian sarjana bidang berkaitan. Tanpa rantaian bukti tersebut, ia kekal sebagai hipotesis atau spekulasi yang perlu diuji, bukannya fakta sejarah. Maka, saya cuba menulis hipotesis beliau, mungkin begini “Saya berhipotesis bahawa Rom mungkin belajar daripada Melayu.” atau  “Berdasarkan bukti A, B dan C, saya berhujah bahawa Rom berkemungkinan belajar daripada Melayu.” Ini satu hujah akademik yang boleh diperdebatkan. Prinsip akademkk yang paling mudah ialah semakin luar biasa, gila dan besar sesuatu dakwaan, semakin kukuh bukti yang diperlukan. Jadi, hipotesis boleh menjadi asas untuk membina dan menguji sesuatu teori atau hujah, tetapi hipotesis semata-mata tidak boleh ditukar menjadi bukti bahawa dakwaan itu benar.


Berbalik kepada isu pemberhentian beliau;, kita perlu berlaku adil kepada beliau tetapi tegas terhadap kaedah ilmu. Saya mengandaikan adanya suara dari langit. Dr Solehah mempunyai latar akademik yang sah dan kepakaran utamanya dalam bahasa serta linguistik Arab. Maka persoalannya bukan sama ada beliau “layak bercakap” tentang sejarah Melayu. Dunia akademik tidak melarang seseorang merentas disiplin. Persoalan sebenar ialah sejauh mana sesuatu dakwaan disokong oleh bukti dan metodologi bidang yang disentuh. Beliau wajib membuktikannua kerana dia membawa nama dan imej UIAM.


Saya suka dengan hipotesis beliau kerana hipotesis yang berani kadangkala membuka jalan kepada penemuan baharu. Tetapi keberanian mengemukakan hipotesis tidak sama dengan kejayaan membuktikannya. Apabila hipotesis disampaikan kepada masyarakat sebagai suatu kepastian sejarah, sedangkan rantaian bukti primer, arkeologi, kronologi dan pengesahan pakar masih dipertikaikan, di situlah sempadan antara wacana ilmiah dan dakwaan menjadi kabur.


Kita jangan terpengaruh dengan gelaran “Profesor” atau “Dr” sebagai pengganti kepada bukti. Gelaran Prof sekarang ialah gred jawatan yanb menunjukkan pencapaian dan kedudukan akademik seseorang; ia tidak menyebabkan setiap kenyataannya secara automatik menjadi benar. Dalam ilmu, yang diuji bukan siapa yang bercakap, tetapi apa buktinya, bagaimana kaedahnya dan sama ada kesimpulannya mampu bertahan apabila dicabar.


Pada masa yang sama, mengkritik Dr Solehah dengan ejekan peribadi sebagaimana kita kritik ‘mata jegil’ pada tokoh satu lagi, tidak membantu perkembangan ilmu. Jika hujahnya lemah, patahkan hujah dengan bukti. Jika metodologinya bermasalah, tunjukkan masalah metodologi. Jika beliau mempunyai bukti baharu yang kukuh, berikan ruang untuk bukti itu dinilai. Masalahnya, Dr Solehah tidak hadir ke hadapan JK inkuiri. 


Jauh di sudut hati saya; Kes Dr Solehah akhirnya mengajar dan memberi kita pengajaran iaitu;


“Jangan kita menolak sesuatu pandangan hanya kerana siapa yang mengucapkannya, tetapi jangan pula kita menerimanya hanya kerana yang mengucapkannya bergelar Profesor. Dalam dunia ilmu, kebenaran akhirnya berdiri di atas bukti.





AGAK AGAK CINA NI DIA IKLAS ATAU POLITIK.



Che Ibrahim 


 Ilir ke tu... Sabit tu kena berkawan dengan Pas






LOKMAN BONGKAR RUNDINGAN BN & PAS ! TEPUK MEJA ?


 

PANAS! PEMBANGKANG BERAMAI-RAMAI MELARIKAN DIRI! RUPANYA ADA UDANG DISEBALIK BATU!!


 

PMX DEDAHKAN SEMUANYA!! ORANG-ORANG PAS MINTA MAAF SEKARANG! JIKA KAMU MELAYU ISLAM HARUS MINTA MAAF


 

AWAT TAK PI BUAT LAPORAN KE SPRM...LAMA DAH ISU NI JADI MAINAN POLITIK

 


BETOI

 


SUKAN MALAYSIA

 




Alhamdulillah, berpeluang menyaksikan sejarah penting dalam industri perfileman tanah air tatkala merasmikan Menara FINAS di Damansara Damai hari ini.

 



Alhamdulillah, berpeluang menyaksikan sejarah penting dalam industri perfileman tanah air tatkala merasmikan Menara FINAS di Damansara Damai hari ini.



















Industri filem mempunyai peranan besar dalam mempertahankan serta memperkasa bahasa, budaya, nilai dan jati diri kita agar generasi muda tidak terputus daripada akar budaya sendiri. Dalam mengejar kemajuan dan teknologi baharu, kita harus berani menggapai ke langit, namun tetap mengakar ke bumi.
Untuk melaksanakan peranan ini, saya percaya keterbukaan dan kebebasan harus diberikan dalam berkarya. Saya khuatir seni, budaya dan sastera akan terkekang serta gagal berkembang sekiranya berdepan terlalu banyak tekanan dan sekatan.
Saya masih mengingati beberapa karya hebat yang pernah berdepan sekatan hanya kerana satu dua babak yang dianggap sensitif oleh pihak tertentu. Pengalaman lalu mengajar kita supaya tidak menilai sesebuah karya secara terlalu sempit sehingga keseluruhan kekuatan, pemikiran dan nilai seninya tenggelam.
Kita pernah melahirkan Seniman Agung P Ramlee yang mengangkat kesedaran dan nilai kemanusiaan serta meruntuhkan tembok prasangka dan faham perkauman sempit menerusi karya yang berani dan kritis. Menghimbau zaman muda, hampir semua filem Melayu keluaran Shaw Brothers dan Cathay-Keris saya ikuti. Banyak lirik dan lagunya masih membekas dalam ingatan.
Sebab itu, saya sedikit bimbang melihat sebahagian generasi baharu, terutama anak-anak yang membesar di kota, semakin terpisah daripada khazanah seni dan akar budaya kita. Namun saya melihat masih ada harapan tatkala cucu-cucu saya mula berubah fikiran dan tertarik untuk menyaksikan lebih banyak filem Melayu selepas menonton Pendekar Bujang Lapok.
Pengalaman kecil ini meyakinkan saya bahawa karya kita tidak ketandusan mutu. Yang diperlukan ialah pendedahan agar generasi baharu berpeluang mengenali, menikmati dan menghargainya. FINAS harus terus mengupayakan anak-anak seni tempatan untuk menghasilkan karya malar segar, sekali gus menghubungkan kembali anak-anak kita dengan seni, budaya dan jati diri negara.
Pada masa sama, kita tidak boleh melupakan bahawa sejarah industri kita juga sarat dengan kisah pilu para seniman yang berakhir dalam derita dan kesengsaraan akibat sistem yang menekan dan gagal membela mereka. Kemajuan industri harus bergerak seiring dengan kebajikan seluruh penggeraknya, daripada pelakon dan pengarah kepada penulis, kru serta tenaga di belakang tabir.
Kerana itu, Kerajaan MADANI akan terus memastikan dukungan yang diperlukan untuk mengangkat mutu karya, memperkukuh industri dan membela nasib para penggiatnya. Insya-Allah, ini akan menjadi perkara yang dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027.

Bukan takut dikritik, tapi bila akidah dilanggar, Liyana buat laporan polis terhadap empat individu

 



Peguam dan pemerhati politik, Liyana Marzuki membuat laporan polis terhadap empat individu susulan dakwaan di media sosial yang menyebarkan fitnah mengaitkannya dengan penolakan hukum Islam.

Liyana berkata laporan itu melibatkan tiga individu di Facebook dan seorang lagi menerusi WhatsApp yang menyebarkan tuduhan berkaitan penutupan aurat dan pemakaian tudung terhadapnya.

Bekas Peguam Kanan Persekutuan di Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara (AGC) itu berkata, semakan mendapati pihak yang terbabit menyebarkan tuduhan tersebut mempunyai kaitan dengan parti-parti politik.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tindakan membuat laporan polis bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara atau menutup ruang kritikan terhadap pandangannya.

“Saya membuat laporan polis ini bukanlah menafikan kebebasan bersuara atau mengkritik sebab saya dah sembilan tahun menulis,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Balai Polis Cyberjaya, hari ini.

Tohmahan

Liyana berkata, sepanjang aktif menulis di media sosial, beliau sudah terbiasa berdepan tohmahan, kritikan dan cacian.

Namun, tegas pengendali podcast ‘Jangan Pajak Otak’ itu, dakwaan yang menyentuh soal akidah serta pegangan agama dianggap sudah melampaui batas.

Menurutnya, tuduhan sedemikian bukan lagi sekadar perbezaan pandangan politik kerana ia berpotensi membentuk budaya radikalisme dan ekstremisme yang boleh membawa risiko kepada keselamatan dirinya serta keluarga.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan sekiranya budaya melabel dan menyerang pegangan agama seseorang dibiarkan menjadi senjata dalam persaingan politik di media sosial.

Sehubungan itu, Liyana berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terhadap individu terbabit, termasuk akaun palsu yang dipercayai digunakan untuk menyebarkan kandungan berkenaan.

Katanya, individu yang mempunyai latar belakang undang-undang sepertinya juga perlu mempertahankan hak apabila berdepan apa yang disifatkannya sebagai radikalisme, ketaksuban dan pembulian siber.

“Jika saya sendiri yang berlatar belakangkan undang-undang tidak menegakkan hak saya untuk melawan radikalisme, ketaksuban dan pembulian di media sosial ini, saya rasa orang lain juga akan tertindas,” kata Liyana lagi.





HRC LIVE!! - BILA PN NAK BUBAR - TAKI BALUN KOW-KOW BERSATU |


 

"LETAKLAH JAWATAN, TAK NAK IKUT KEPUTUSAN" ! LOKMAN BALUN AKMAL ?


 

KANTOI YB LARUT ! CABUT LARI LAGI KALI KEDUA !


 

@aafnanomar Subscribe AKMAL SALEH TAK AKAN BERTANDING JIKA


 

PRN Melaka: Zahid tidak boleh tunduk pada Pemuda Umno, ini sebabnya


 

PRN Melaka: Zahid sahkan pendedahan saya


 

Ruang Keterbukaan Perlu Disesuai Dengan Acuan Nilai, Budaya Tempatan – PM Anwar @jasonyew_ Join Kalau terlalu tertekan dan tertutup, saya







 

Ruang Keterbukaan Perlu Disesuai Dengan Acuan Nilai, Budaya Tempatan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim ruang keterbukaan perlu disesuaikan dengan acuan nilai dan budaya tempatan, selain mengekalkan identiti masyarakat Malaysia dalam penghasilan karya seni tempatan.

Perdana Menteri berkata, penggiat seni tidak wajar dikongkong namun perlu berasaskan nilai tempatan yang wajar diangkat sebagai khazanah negara serta dikongsi dengan masyarakat dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

“Saya tidak mahu digambarkan liberal. Tetapi terus terang saya katakan, sekiranya mahu negara maju, tentu kita harus terima kenyataan anak muda dan khalayak mahu bebas dan terbuka.

“Namun, itu tidak bermakna kita nak terima acuan barat dan acuan timur pula tidak bermakna mengikut acuan neokonservatif. Kalau industri ini terus tertutup, saya bimbang industri seni negara akan tertutup,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

Anwar berkata, industri filem perlu berkembang dengan mengangkat budaya Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai identiti tersendiri.

“Sebab itu kita tambah ruang untuk teater, sastera dan seni kerana bidang-bidang ini memberikan corak yang berbeza kepada negara. Tidak ramai yang menonton filem tempatan atau mengikuti perkembangan industri seperti sehebat zaman dahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Damansara pada 24 Ogos 2026. Foto PMO

“Tetapi satu perkara yang tidak boleh kita mungkiri ialah tanggungjawab untuk memastikan bukan sahaja industri ini berjaya, malah penggerak, pelakon, penggiat seni dan seluruh jentera yang menghasilkan karya turut diberikan perhatian.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penggiat seni yang telah menjayakan perkembangan bidang ini dan melonjakkan industri ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana karya seni turut mempamerkan sikap, nilai dan budaya sesebuah negara,” jelasnya.