JADILAH KAMI ORANG SUSAH....DAPAT MACAM TU PUN DAH OK.
Che Ibrahim.
TQ PMX, rm100 wat bulan 10 baru ni pun tak tebus lagi, tahun depan nak boleh pula. Subsidi Ron95 300 liter pun ambo tak habis nak guna....
Tapi ambo tak kisah kalau pun ambo tak sempat nak tebus kerana malas bersesak sesak di pasaraya, anggaplah itu sumbangan balik ambo sebagai membalas budi Kerajaan Madani.
KEH KEH KEH...TAR SENIK NGADU KAT WALAUN...NOHHH
Norshidah Md Daud
G report kat geng2 walaun dia lak pasal aku
Jangan sampai aku pijak2 punai kecik kau tu nanti Mokhtar Bin Senik
P sampaikan amaran aku kat laki kau yang kemaluan pendek tu Susi Van Osh
TAK SUKA BUKAN MAKI..TEGUR BERHEMAH...KALAU BUAT BETUL PUJI TAK RUGI..SEBAB DULU PERNAH JADI KERAJAAN...RAKYAT ANGKAT BENDERA PUTIH.
De De
Bila dah tak mampu nak cari kelemahan dalam #Belanjawan026, apa lagi depa buat?
Maka maki hamun la yg keluaq.
Kalimah klise macam ketimbang, hancing, gagal tu dok jadi mainan lidah depa, padahal tu semua tanda takdak isi nak hujah dah.
Kalau kita tgk betui-betui, bajet kali ni bukan calang².
Dia bukan dok cerita pasai angka ja, tapi cuba seimbangkan antara kebajikan rakyat, ekonomi, dan pembaikan jangka panjang.
Bukan semua benda perfect, tapi banyak benda yang nampak realistik,
Yg paling best, kali ni pihak pembangkang pun tak bising mana.
Sunyi sepi, tak Tau lah kot lepasni depa pong pang² lak.. takat la ni takdak lagi dengaq depa dok jerit, bantahan yg melampau macam tahun² lepas.
Mungkin depa sendiri pun tau, nak sanggah pun susah, sebab banyak benda dalam bajet ni memang patut pun.
Kadang² kita kena belajaq terima bila sesuatu benda tu elok, walaupun mai daripada pihak yg kita tak sokong.
Tak salah nak berbeza pendapat, tapi biaq beradab.
Negara ni takkan maju kalau tiap kali org buat benda baik, kita dok maki dan kutuk ja.
Sabaq la sat.
Cakap elok² boleh kot no.. ☺️
Kalau bajet ni boleh bagi manfaat kat rakyat, kita sokong sama².
Kalau ada yg tak kena, teguq dgn cara berhemah.
Rata² rakyat pun sambut baik bajet kemarin.
Alhamdulillah, semoga yg baik ni berpanjangan, dan semoga Malaysia terus maju dengan rakyat yang matang, bukan yang dok maki 24 jam. 🇲🇾
SEMBANG LEBIH NGOH NGOH NI... NEGERI TEMPAT DIA TAK MAJU MANA PUN.. KALAU LA DIA BIJAK MESTI ADA USAHA.. MUDAH KOMEN KEJAYAAN ORANG.. SWNDIRI MAU CEEMIN LA.
PENGGUNAAN WANG KWSP DAN GANTIAN CUTI REHAT UNTUK MENUNAIKAN HAJI SATU LANGKAH TERPUJI
Keputusan Kerajaan Madani menaikkan had pengeluaran KWSP sehingga rm10,000 dan memperluaskan kemudahan penjawat awam menebus awal Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi menunaikan fardhu haji wajar dipuji.
Langkah Kerajaan Madani tersebut adalah suatu yang terbaik dan satu peluang keemasan kepada penyimpan KWSP dan Penjawat Awam untuk menikmati haknya lebih awal tanpa menunggu umur persaraan wajib bagi menunaikan satu tanggungjawab agama.
Malangnya pembangkang tidak nampak kebaikan ini kerana tertutup dengan kebencian melampau kepada PMX. Sepatutnya pembangkang mengemukakan satu Bajet Alternatif untuk membuktikan Bajet 2026 Kerajaan Madani adalah tempang.
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG
PAHANG HARGAI PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN MENERUSI BELANJAWAN 2026
Kerajaan Negeri Pahang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan serta YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, atas perhatian dan keprihatinan besar yang diberikan kepada Negeri Pahang dalam pembentangan Belanjawan 2026 sebentar tadi.
Peruntukan yang disalurkan kepada Negeri Pahang melalui pelbagai kementerian dan agensi Persekutuan membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan pembangunan yang inklusif dan seimbang di seluruh negara.
Projek dan inisiatif penting yang diumumkan secara khusus untuk Negeri Pahang ialah:
i. Naik taraf Lebuh Raya Kuantan–Segamat, Rompin;
ii. Pembinaan jambatan konkrit di Jalan Serengkam ke Jalan Kuala Wau, Maran;
iii. Pemajuan kawasan Kampung Bongsu, Temerloh;
iv. Naik taraf Jalan Sungai Lembing dari Kampung Padang ke persimpangan lampu isyarat LPT1, Kuantan;
v. Pembinaan Klinik Kesihatan lengkap dengan kuarters di Pos Lenjang, Lipis;
vi. Membina dan membaiki jalan kampung melibatkan laluan Pos Lenjang ke Kampung Orang Asli Jernang Pos Titom, Lipis;
vii. Membina jalan baharu di Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut;
viii. Menggantikan paip usang menerusi Program Non-Revenue Water (NRW) Kebangsaan;
ix. Naik taraf premis TABIKA di Kampung Kuala Terbol, Temerloh;
x. Menyediakan kemudahan khemah penjaja, peranti sound box dan sistem QR kepada peniaga pasar malam Kuala Tahan, Jerantut;
xi. Menganjurkan program bimbingan keusahawanan kepada banduan di Penjara Penor, Kuantan;
xii. Membina sekolah baharu Sekolah Kebangsaan Desa Damai, Bentong;
xiii. Membina semula Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram, Kuantan;
xiv. Membina rumah keluarga angkatan tentera di Pangkalan Udara Kuantan; dan
xv. Memperoleh rumah untuk dijadikan kuarters kepada anggota Imigresen di Lipis.
Projek-projek ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap keperluan rakyat Pahang daripada pembangunan infrastruktur asas dan pendidikan, hinggalah kepada keusahawanan, kemudahan sosial dan kebajikan masyarakat luar bandar termasuk komuniti Orang Asli.
Kerajaan Negeri Pahang akan memastikan semua peruntukan ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, telus dan berkesan supaya manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.
Sekali lagi, saya mewakili seluruh rakyat Pahang merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas kepercayaan serta sokongan berterusan kepada Negeri Pahang.
YAB DATO’ SRI DIRAJA HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
10 Oktober 2025
Syahir Sulaiman jom debat dua bab Bajet 2026 nak?
Roh Roh Roh..Neh Neh Neh
Shahir SEMBANG babi pun pening
Orang ajak debat JANGAN ko pening
4 NEGERI SG 4 Tanggung HUTANG keliling.
Sham Ghaz
Ni jawapan ringkas saya terhadap tulisan kamu.
JAWAB HUJAH SYAHIR SULAIMAN — BELANJAWAN 2026 BUKAN GULA-GULA PILIHAN RAYA, TAPI UBAT PENSTABIL EKONOMI
Syahir silap tafsir nada sebenar Belanjawan 2026.
Ini bukan belanjawan politik, tapi belanjawan pemulihan ekonomi rakyat — dibina atas data, bukan drama.
Kalau nak sembang bab ekonomi, elok nasihat dulu 4 negeri PAS menang — Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis — yang masih bergantung pada bantuan pusat sampai hari ini.
FAKTA RASMI (Sumber: MOF, Bernama, The Edge, Astro Awani, Reuters)
• Peruntukan RM470 bilion termasuk pelaburan GLC & GLIC — bukan belanja boros kerajaan. (MOF Malaysia, 10 Okt 2025)
• Defisit fiskal 2026 turun ke 3.5% KDNK – disiplin fiskal kekal teguh di bawah Akta Tanggungjawab Fiskal. (Bernama)
• Pertumbuhan ekonomi 4.0–4.5%, masih tertinggi di ASEAN walaupun pasaran dunia perlahan. (Reuters)
• Subsidi pertanian RM2.62 bilion – tertinggi dalam sejarah negara, bantu pesawah & nelayan. (Astro Awani)
• STR & SARA RM15 bilion, manfaat terus kepada 9 juta rakyat B40 & M40. (Malay Mail)
• TVET diperuntuk RM7.9 bilion – strategi besar bina tenaga kerja masa depan. (The Edge)
• RM700 juta diperuntuk kepada SPRM, PDRM, KPDN & JKDM – bukti kerajaan serius perangi rasuah & penyeludupan. (Bernama)
“WOW FACTOR” BAJET 2026 — DUIT TERUS KE POKET RAKYAT!
1. PTPTN Percuma & Pengecualian Bayaran Balik
– 6,000 graduan kelas pertama (RM90 juta/tahun)
– 5,800 anak keluarga miskin diberi pendidikan percuma (RM120 juta/tahun)
2. Sumbangan Khas RM500
– Untuk 70,000 guru KAFA, imam, bilal, siak & marbut (RM35 juta)
3. Penjawat Awam & Pesara
– Kenaikan gaji RM18 bilion, bantuan khas RM500 (gred 56 ke bawah)
– Pesara & veteran terima RM250
– Menteri potong gaji 20% kekal
4. STR & SARA RM15 bilion
– 9 juta penerima
– 1 juta penerima e-Kasih dapat hingga RM2,400 setahun
– Bujang terima RM600 setahun
– Kadar penggunaan SARA 98%, bantu 8,400 premis & 2,000 kedai runcit kecil
5. RM100 SARA khas Februari 2026
– Untuk 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas (bantu persiapan Ramadan & Tahun Baru Cina)
6.Bantuan JKM RM3.1 bilion kepada 560,000 penerima
7.Kos Sara Hidup RM1 bilion termasuk RM600 juta Payung Rahmah di seluruh DUN
8.i-Saraan & Pekerja Gig: Padanan caruman hingga RM600/tahun, kerajaan tanggung 70% caruman PERKESO
9.Hospital & Klinik: RM1.2 bilion selenggara, RM755 juta ganti peralatan, RM650 juta naik taraf internet kesihatan
10.TVET & Digital: RM7.9 bilion, 79,000 pelajar, 10,000 pelajar pondok diberi latihan AI & digital
11.Kemiskinan tegar hampir sifar: turun ke 0.09% (7,000 isi rumah)
12.SJKP naik ke RM12.3 bilion (Bumiputera), RM1.9 bilion (India)
13. RM50 juta BSN bantu 1,000 usahawan mikro
14.RM100 juta MARA sokong startup Bumiputera
15. Tanah Rizab Melayu 50 ekar di Bandar Malaysia – langkah bersejarah
16.RM20 juta PDRM D11 – perangi jenayah siber kanak-kanak
17.Penyasaran subsidi jimat RM15.5 bilion:
Ayam RM1B, Telur RM1B, Elektrik RM6B, Diesel RM5B, RON95 RM2.5B. Duit jimat terus masuk STR & SARA: RM13 bilion!
HASILNYA:
1.Harga stabil: Inflasi kekal rendah 1.9% (DOSM 2025)
2. Bantuan sampai: 9 juta penerima STR + 22 juta terima SARA
3.Hutang terkawal: Nisbah hutang-KDNK 61.1% (2026) turun dari 63.5% (2022)
5. Reformasi diteruskan: Akta Tanggungjawab Fiskal, penjimatan subsidi, pengasingan kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya.
KESIMPULAN:
Belanjawan 2026 bukan gula-gula pilihan raya, tapi rangka kerja ekonomi paling menyeluruh selepas pandemik.
Duit bukan jatuh ke tangan kroni — tapi terus masuk poket rakyat.
Inilah Belanjawan MADANI: berani, realistik, berpihak pada rakyat dan menutup mulut fitnah.
Syam Ghaz
Rujukan:
MOF Malaysia | Bernama | The Edge Markets | Astro Awani | Malay Mail | Reuters | DOSM
UNTUK APA TRUMP KE MALAYSIA?
Che Ibrahim
Trump datang ke Malaysia atas jemputan Ketua - Ketua Negara Asean, PMX dan Malaysia terlibat atas kapasitinya sebagai Pengerusi ASEAN.
Sebagai kuasa besar yang tidak mesra Islam dan pendokong kuat Israel, kedatangan Trump ke Malaysia sudah tentu mengundang berbagai persepsi, sudah tentunya pembenci pembenci PMX akan cenderung ke arah persepsi negatif dan kebimbangan yang diada adakan (direka reka) termasuk menggunakan hujah atas nama agama (walaupun sebenarnya menunggang agama).
Ketika Musa a.s dilantik sebagai Rasul, setelah beberapa tahun melarikan diri ke negeri Madyan, Musa diperintah oleh Allah swt kembali ke Mesir mengadap Firaun :
اذهبا إلى فرعون إنه طغى، فقولا له قولا لينا...
(Pergilah kamu berdua (Musa Dan adiknya Harun) kepada Firaun, dan berbicaralah dengan Firaun dengan bicara yang lembut.... )
Jika Firaun yang telah merancang untuk menangkap dan membunuh Musa sehingga Musa terpaksa membawa diri ke luar negara masih diperintah oleh Allah untuk berjumpa dengan Firaun, apalah salahnya negara ASEAN yang ada berbagai kepentingan antarabangsa dan ekonomi dengan US menjemput Trump sempena persidangan mereka?
Apalah salahnya Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menjadi tuan rumah?
Pas pernah menghalang Mahathir melawat kubor arwah tgna, Pas pernah menghalang ahli ahli Pas berurusan dengan orang UMNO, tak boleh solat berimamkan imam orang UMNO, tak boleh menikahkan anak berwalikan bapa orang UMNO, tak boleh makan sembelihan orang UMNO.
Pas juga pernah menghalang pimpinannya berada sepentas dengan pimpinan Amanah, bahkan pernah mengharamkan ahli ahli Pas menyebut Amanah, kena panggil PAN yang ditafsirkan sebagai binasa, musnah... كل من عليها فان
Semua yang berada di atasnya akan musnah....
Larangan larangan ini samalah dengan desakan Pas membatalkan jemputan kepada Trump, hebat dan nampak agresif, tapi kesannya hanya semakin menampakkan keburukan Pas. Kubor arwah, UMNO, Amanah apalagi Trump kekal dengan kekuatan sendiri, tidak terjejas dengan serangan dan makian Pas.
SIAPA BODOH?
Ramai org atau ribuan netizen kecam Jebat Derhaka dan Papagomo kerana menghina peserta Misi GSF. Satu penghinaan malah sanggup membodohkan aktivitis2 terbabit.
Kalau rakyat negara kita sahaja baiklah kita faham tapi jika dari 41 negara berbuat demikian… adakah mereka juga bodoh???
Nak beritahu Jebat dia faham misi ini sejak bila dibuat dan tujuan utk apa? Nak komen tapi tak berilmu tentang apa yg dia mahu komen.
Isunya skg kenapa Jebat dan Papagomo ini jadi begitu? Tanya saya mudah kita kena lihat Tuannya…Bapa borek anak rintik…
Norman Radzuan.
TIPS JIKA ROCK BAND MAHU KEKAL
Jika mahu band kekal hingga sekarang contohi Metallica. Dari remaja berambut gondrong hingga bergelar atok… rambut pun sudah berguguran band ini terus hidup sebagai satu band.
Rahsianya mudah… band di Malaysia penyanyi pergi nyanyi solo. Metallica ada u all tgk James Hetfield pergi nyanyi solo dlm mall atau dinner show?
Baiklah…jika ada jemputan solo sewajarnya penyanyi mesti berikan 40% bayaran show kpd band members… baru blood brothers. Sebab penyanyi itu terbina dari band bukan dari solo.
Kedua ada u all nampak bini band Metallica campur urusan band? Nampak pun payah apatah lagi masuk campur urusan band. Di barat pun jika wife masuk campur pun pecah. Itu baru rock brother…. Anda mesti ingat Jijo Rimba Bara pernah beritahu problerm negara kerana cingey.
Sekian dimaklumkan bila kawan tanya kenapa band rock Malaysia semua berpecah….
Norman Radzuan
GALAKKAN BUKAN PAKSAAN. PAHAM KE TIDAK UN?
Norman Daud
-Geran padanan RM4000 untuk galak trade in kereta lama anda untuk buat deposit beli kereta nasional yang baru.
Simple, jelas dan tak memerlukan apa-apa formula matematik atau ekonomi untuk faham perkara ni. Tapi tulah… tetap ramai yang tak faham. Susah ke nak faham apa hasrat kerajaan dalam isu ni?
Dah tertulis terang-terang kat situ sebagai galakkan… saya ulang, GALAKKAN, bukan paksaan untuk lupuskan kereta tu dan beli kereta baru. Tapi pemahaman walaun tetap kerajaan nak hapuskan kereta lama dan paksa rakyat buat hutang. Apa makan la dia orang ni. Ramai juga yang saya nampak komen memberi penjelasan tapi haram dipedulikan oleh mereka mereka yang dah hati gelap ni.
Yang lawaknya, bila kerajaan bagi insentif ni yang bukan cukai dan bukan paksaan pun terus mereka melompat macam kena halau rumah sewa. Padahal kalau tak nak tukar kereta pun tak apa. Tak ada siapa datang tarik kunci. Tapi biasalah, bila otak dah diset untuk cari salah, benda baik pun nampak jahat.
Kerajaan cuma nak bantu mereka yang memang berniat nak tukar kereta, supaya dapat kurangkan beban deposit. Dalam masa sama, bantu industri automotif tempatan bergerak semula. Win-win situation. Tapi bila sampai kat golongan yang malas membaca dan cepat melatah, terus jadi isu kononnya kerajaan nak “hapus kereta rakyat miskin”.
Padahal dasar ni bukan benda baru. Negara lain pun buat benda sama. Di Thailand dan Indonesia, kerajaan mereka pernah bagi rebat antara RM3,000 hingga RM6,000 untuk rakyat yang tukar kereta lama kepada model baru semata-mata nak rangsang ekonomi dan kurangkan pencemaran. Malaysia pun ikut langkah tu, tapi dengan cara tersusun dan berpaksikan kemampuan negara.
Langkah ni pun ada kesan positif yang besar , bila lebih ramai beli kereta nasional, ia bantu tingkatkan pengeluaran Proton dan Perodua, yang sekaligus menggerakkan rantaian industri tempatan: pembekal komponen, pekerja kilang, juruteknik, pengedar dan peniaga kecil. Ini bukan soal kereta baru semata, tapi strategi untuk menggerakkan semula ekonomi rakyat dari bawah ke atas.
Inilah masalah bila sesetengah orang dah terperangkap dengan kebencian politik. Apa pun kerajaan buat, semuanya salah di mata mereka. Sedangkan dasar ini antara bentuk bantuan paling praktikal dengan memberi insentif supaya rakyat boleh buat keputusan bijak untuk jangka panjang.
BUAT JULUNG KALINYA PELAJAR MISKIN DARI KELUARGA SUSAH 2700 KE BAWAH , MENDAPAT PELAJARAN PERCUMA.
Buat julung² kalinya dalam sejarah pendidikan tanah air ini, pendidikan percuma diperkenalkan buat para pelajar yg datang dari keluarga berpendapatan bawah RM2700 sebulan.
PMX juga tegaskan bahawa kadar pendidikan percuma ini akan terus dipertingkat dari semasa ke semasa mengikut kemampuan kewangan negara pada masa akan datang.
Dalam masa yg sama, pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN juga diberikan kpd semua mahasiswa yg berjaya menamatkan pengajian dgn ijazah kelas pertama sebagai satu pengiktirafan terhadap kerja keras, kesungguhan dan kecemerlangan anak² bangsa.
Inilah dia seorang pemimpin yg bukan sekadar menuturkan keadilan dipentas siasah, bahkan beliau benar² menterjemahkannya melalui dasar yg menyentuh hati rakyat.
PMX faham bahawa pendidikan itu bukan sekadar jalan keluar dari kemiskinan tetapi ianya adalah pintu kepada kemerdekaan jiwa dan masa depan yg bermaruah.
Terima kasih PMX...
Terima kasih kerana anda telah membuktikan bahawa perjuangan panjangmu itu adalah suatu kisah pengorbanan yg mulia demi mengangkat maruah rakyat serta memulihkan makna sebenar keadilan dan kasih kepada tanah air ini..
Dan hari ini, bayu perubahan itu sedang berhembus mengikut gelombang kesedaran baharu yg lahir dari harapan, kasih terhadap negara dan menentang kerakusan kuasa.
Dan gelombang itu membawa satu isyarat yg jelas bahawa perjuangan yg berakar dari keikhlasan dan kesabaran akhirnya sedang berbuah kemanisan dibumi yg bertuah ini.
Terima kasih Dato Seri Anwar Ibrahim.
Moga terus kuat untuk memimpin Malaysi Madani ini 🇲🇾
S A L U T E 🫡
APA KHABAR MAMAD FLESH..DAH KENA BUANG KE ATAU MEROYAN LAGI?
Mamat yang 𝗺𝗮𝗸𝗶 𝗵𝗮𝗺𝘂𝗻 𝗕𝘂𝗱𝗶95 tempohari, isunya telah diambil perhatian oleh 𝙁𝙡𝙖𝙨𝙝 𝙀𝙭𝙥𝙧𝙚𝙨𝙨. Rupanya betul mamat tu dibekalkan 𝙛𝙡𝙚𝙚𝙩 𝙘𝙖𝙧𝙙 yang mana di waktu ini, masih belum diberi subsidi RON95.
Mamat tu sebenarnya 𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗴𝘂𝗿 yang kalau guna 𝘧𝘭𝘦𝘦𝘵 𝘤𝘢𝘳𝘥 memang tak dapat subsidi. Pihak syarikat juga dah tegaskan pekerja 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 untuk isi minyak kenderaan syarikat.
Tapi apa terjadi? Mamat ni mungkin sudah 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 hasutan 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, dia tak terima kenyataan. Jadi dengan niat yang jahat dan 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺, dia sengaja buat video nak tunjuk kononnya dia 𝗱𝗶𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺𝗶 sebab tak dapat subsidi.
Tapi seperti mana yang kita tahu, penyokong PN tak pernah ada yang cerdik. Dia buat video begitu sambil pakai 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗴𝗮𝗺 yang tertera nama syarikat. Tindakan dia 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 syarikat. Menjadi amalan biasa tindakan akan diambil oleh pihak syarikat.
Mamat ni mungkin akan 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮. Hilang punca pendapatan. Persoalannya, adakah lebai pemfitnah 𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 dia lepas ni? Kalau ikut 𝘵𝘳𝘢𝘤𝘬 𝘳𝘦𝘤𝘰𝘳𝘥 tak jangan harap la. Melainkan kalau dia MP. Sebab lebai takut MPnya hilang kelayakan sebab kalau jadi begitu, kena PRK dan bila PRK, lebai 𝗴𝗲𝗿𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵.
Lepas ni, pandai-pandailah dia cari kerja baru sendiri. Lebai penghasut 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗱𝘂𝗹𝗶 pun. Tapi mujur juga berlaku zaman MADANI. Peluang pekerjaan 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸. Kena zaman PN dulu, kibar bendera putih la gamaknya. Guane boh?
Raja Gelap II
.
KDN SELESAI BANYAK MASAALAH
49,000 Permohonan Kewarganegaraan Disemak, 43,000 Diselesaikan – Bukti KDN Di Bawah Saifuddin Nasution Bekerja Dengan Hati, Bukan Dengan Kebencian
Ketika sesetengah ahli politik hanya tahu menuduh dan menimbulkan fitnah, Dato’ Seri Saifuddin Nasution memilih jalan senyap — menyelesaikan masalah sebenar rakyat yang terabai puluhan tahun.
1. Lebih 50,000 Permohonan Warisan Tertunggak — Kini Tinggal 6,000 Sahaja
Sejak mengambil alih Kementerian Dalam Negeri pada Disember 2022, Dato’ Seri Saifuddin mewarisi hampir 50,000 permohonan kewarganegaraan tertunggak.
Kini, sebanyak 43,000 permohonan telah diselesaikan secara sah dan telus, meninggalkan hanya 6,000 baki kes terakhir yang sedang diperhalusi mengikut undang-undang.
Inilah satu rekod pentadbiran cemerlang dan keberhasilan dasar yang belum pernah dicapai di bawah mana-mana Menteri Dalam Negeri sebelumnya — termasuk sewaktu era PAS dan BERSATU memegang kuasa.
Mereka tidak pernah berani menyentuh fail ini, apatah lagi menyelesaikannya. Dato’ Seri Saifuddin pula menanganinya dengan prinsip, bukan politik murahan yang janji masa nak Pilihanraya Sabah, tapi masa berkuasa tidak buat apa-apa!!
2. Anak Angkat, Anak Jagaan, Anak Luar Nikah, Anak Lahir Di Luar Negara — Semua Manusia, Bukan Statistik
Di sebalik angka 49,000 itu tersembunyi kisah kehidupan sebenar rakyat Malaysia:
• Anak angkat dan anak jagaan yang membesar dalam keluarga Melayu dan bumiputera tempatan, tetapi tidak diiktiraf sebagai warganegara.
• Anak luar ikatan perkahwinan yang ditinggalkan sistem hanya kerana kesilapan ibu bapa, bukan dosa mereka sendiri.
• Anak yang lahir di luar negara, ibu bapanya rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di sana.
Setiap kelulusan yang diberi bukan politik, tetapi hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
3. Proses Bagi Kewarganegaraan Telus, Ikut Undang-Undang — Bukan Arahan Politik
Semua keputusan dibuat mengikut garis perundangan yang sah:
• Perkara 14 hingga 19 Perlembagaan Persekutuan (PP)
• Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957
• Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964
Proses ini dikawal rapi oleh Bahagian Undang-undang Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dan Jabatan Peguam Negara, disemak silang oleh Majlis Raja-Raja, dan diperakukan oleh Kabinet.
Setiap warganegara yang diluluskan adalah hasil semakan berlapis dan keputusan kolektif kerajaan – bukan keputusan peribadi Menteri
4. Kelulusan Naturalisasi: Bukan Sahajat Atlet, Tapi Doktor, Jurutera, Saintis, Atlet dan Ceo dan Profesional
Daripada ribuan permohonan di bawah kategori seksyen 19 (Naturalisasi), ramai kini merupakan:
• Doktor pakar yang berkhidmat dalam sistem kesihatan negara,
• Jurutera dan saintis yang bekerja dengan syarikat Malaysia,
• Ahli sukan kebangsaan yang mengharumkan nama negara,
• Ceo syarikat ternama yang mencipta pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
Mereka bukan “orang luar”, tetapi modal insan yang menyumbang kepada Malaysia Madani. Memberikan pulangan balik kepada mengharumkan nama Malaysia.
5. Pentadbiran Yang Menyentuh Hati Rakyat
Bagi Dato’ Seri Saifuddin, isu kewarganegaraan bukan soal politik atau perkauman — tetapi soal hak dan maruah manusia.
Inilah wajah sebenar REFORMASI dibawah Kerajaan Madani:
✔️ Telus dalam prosedur
✔️ Tegas dalam undang-undang
✔️ Berhati dalam keputusan
Hasilnya, ribuan kanak-kanak kini memiliki MyKad, dapat bersekolah, melanjutkan pelajaran dan bekerja secara sah.
Ribuan keluarga akhirnya boleh menarik nafas lega.
Kesimpulan
Inilah bukti bahawa Kementerian Dalam Negeri di bawah Dato’ Seri Saifuddin Nasution bukan sekadar bercakap, tetapi bekerja.
Dalam tempoh kurang dua tahun, beliau menyelesaikan 43,000 permohonan kewarganegaraan, memulihkan hak ribuan rakyat, dan membina semula kepercayaan terhadap sistem negara, insyaAllah baki 6,000 akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Mereka yang memfitnah mungkin kuat menjerit di pentas politik, tetapi Dato’ Seri Saifuddin membalas dengan hasil kerja — bukan kata-kata.
Syam Ghaz
#MadaniBekerja #KdnBekerja #SaifuddinReform
DAPATLAH BERTAMBAH TUJUH ORANG RAKYAT MALAYSIA.
DAPATLAH BERTAMBAH TUJUH ORANG RAKYAT MALAYSIA…
Ok
10 October 2025
Beberapa orang ada menghubungi dan menghantar teks pesanan kepada saya bertanyakan soalan – apa jadi akhirnya kepada tujuh pemain bolasepak warisan itu?
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail semalam bertegas mengatakan semua proses memberi kerakyatan kepada tujuh pemain berkenaan dilakukan mengikut peraturan yang sewajarnya.
Katanya, ia diproses mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan dan Kaedah-kaedah Warganegara 1964 yang menetapkan tiga syarat utama untuk seseorang layak memohon menjadi warganegara iaitu pemohon mesti bermastautin di Malaysia, berkelakuan baik serta mempunyai pengetahuan mencukupi dalam Bahasa Melayu.
Beliau berkata, KDN telah menggunakan kuasa pengecualian di bawah Seksyen 20(1)(i) Jadual Kedua Bahagian Tiga Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ketujuh-tujuh pemain diberikan taraf kewarganegaraan tanpa melanggar sebarang peruntukan undang-undang.
Katanya, peruntukan itu memberi kuasa kepada menteri untuk menganggap seseorang pemohon sebagai bermastautin di Malaysia walaupun berada di luar negara atas sebab munasabah.
“Apabila kita invoke seksyen ini, perkara pertama dianggap telah dipenuhi. Pemohon berkelakuan baik, rekod keselamatan bersih dan memiliki pengetahuan mencukupi.
“Jadi, kita sahkan kelayakan mengikut Perlembagaan negara,” katanya.
Saifuddin Nasution menambah, JPN turut menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 10A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 bagi pendaftaran semula kelahiran jika Pendaftar Besar berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan termasuk hasil temu bual serta semakan dokumen sokongan.
“Undang-undang membolehkan Pendaftar Besar mendaftarkan semula kelahiran jika bukti mencukupi.
“Tiada keperluan untuk menyertakan sijil lahir datuk atau nenek seperti yang dibangkitkan kerana ia bukan syarat di bawah Perkara 19,” katanya.
Menjawab dakwaan pemalsuan dokumen oleh badan bolasepak antarabangsa FIFA, Saifuddin Nasutian menegaskan, semua dokumen yang dikeluarkan oleh JPN adalah sah dan berpaksikan perundangan Malaysia.
Berdasarkan jawapan menteri itu, secara mudah difahami dan jelas bermakna daripada sudut undang-undang, kesemua tujuh pemain bolasepak itu kini adalah rakyat Malaysia yang sah.
Cuma, sijil kelahiran datuk atau nenek tujuh pemain itu yang diserahkan kepada FIFA oleh FAM sebagai bukti mereka adalah kategori pemain warisan yang layak mewakili Malaysia, dianggap tidak sah atau telah dipalsukan oleh badan antarabangsa itu.
Dapatan FIFA sebaliknya mendapati datuk atau nenek tujuh pemain itu sebenarnya dilahirkan di Sepanyol, Argentina, Brazil serta Belanda dan bukan di Melaka, Pulau Pinang, Johor serta Sarawak sebagaimana tertulis dalam sijil kelahiran yang dikeluarkan JPN.
Undang-undang FIFA menetapkan seseorang boleh mewakili sesebuah negara jika ia dilahirkan di negara berkenaan, mempunyai ibu/bapa atau datuk/nenek yang lahir di negara yang sama.
Dalam kes tujuh pemain warisan itu, walaupun mereka kini adalah rakyat Malaysia, tetapi mereka tidak dibenarkan mewakili negara, kecuali jika selepas itu rayuan FAM diterima oleh FIFA.
Jika ditolak, selama-lamanyalah tujuh pemain itu tidak boleh mewakili Malaysia.
Sekarang ini, semua tujuh pemain berkenaan sedang digantung setahun oleh FIFA.
Selepas habis tempoh penggantungan, mereka hanya boleh bermain di mana-main kelab yang sudi menerima mereka, tetapi kekal tidak layak untuk mewakili negara, walaupun mereka kini merupakan warganegara Malaysia.
Ini kerana, bagi FIFA, tujuh pemain itu tidak menepati syarat kelayakan untuk nenjadi pemain warisan Malaysia.
Lalu, apa yang Malaysia dapat?
Jawapannya – dapatlah bertambah tujuh rakyat Malaysia untuk mengundi pada PRU16 akan datang….kuang kuang kuang!! – ShahbudinHusin 10Okt2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/10/dapatlah-bertambah-tujuh-rakyat-malaysia/
𝗦𝗶𝗿𝗶 𝟮: 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽, 𝗚𝗲𝗹𝗮𝗽, 𝗙𝗮𝗿𝗵𝗮𝘀𝗵?
Dalam dunia politik, ada 𝙙𝙪𝙖 𝙟𝙚𝙣𝙞𝙨 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜 — perang yang diumumkan, dan perang yang sedang berlaku tanpa siapa pun sedar.
Dan Rafizi Ramli, seperti biasa, jarang mengumumkan bila dia mula menyerang.
Sejak nama Farhash Wafa disebut-sebut dalam beberapa projek besar, suasana dalam parti mulai berubah suhu. Tak panas, tapi tak lagi nyaman.
Beberapa orang dalam bulatan kecil mula berbisik — 𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙠𝙚𝙣𝙖, tapi tak tahu siapa patut ditegur.
Dan di tengah semua itu, Rafizi memilih untuk diam. Tapi diamnya bukan diam kosong — ia diam yang penuh rakaman, pemerhatian, dan mungkin… perancangan.
Dikatakan beliau mula “mengumpul data” — satu tabiat lama yang pernah menjatuhkan nama besar suatu masa dulu.
Namun kali ini, datanya bukan sekadar angka ekonomi atau laporan rasuah. Ia mungkin lebih peribadi, lebih rapat, dan lebih sukar dibuktikan tanpa menggoncang imej kerajaan sendiri.
Beberapa pemerhati politik percaya, Rafizi tahu lebih dari apa yang dia lafazkan.
Tapi dia juga tahu — menuding jari tanpa bukti akan jadi peluru berpatah balik.
Jadi dia memilih jalan yang lebih halus: biar maklumat bergerak sendiri, perlahan-lahan mencipta naratif yang buat orang lain mula bertanya.
Namun di sebalik gerak catur itu, ada yang mendakwa beliau juga sedang berdepan tekanan peribadi — termasuk kisah kecil yang menyentuh keluarga, satu peringatan bahawa dalam politik, tiada yang benar-benar peribadi bila kuasa jadi taruhan.
Jaring senyap atau gelap ini masih menunggu untuk ditarik atau ditolak — dan bila masa tiba, kita mungkin nampak 𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙨𝙚𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙪𝙧𝙪 𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖.
Kerana dalam politik Malaysia, kadang yang nampak seperti sekutu… hanyalah topeng sebelum “retak, tetak, dan bertekak — semata-mata untuk nampak gempak.”
====>>>
🖋️ 𝘗𝘦𝘯𝘢: 𝘓𝘦𝘰𝘯 𝘞𝘦𝘯 | 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘵𝘢, 𝘩𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘮𝘪𝘯𝘥𝘢.
𝘋𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘢𝘱 𝘱𝘶𝘯, 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱 𝘣𝘦𝘳𝘨𝘦𝘮𝘢.
𝘕𝘦𝘹𝘵: 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝟯: 𝗗𝘂𝗮 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶, 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗕𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮
KISAH SAKA TUA DAN PERANAN DIA.
Gomo kata...saka tua tu, mmg BENCI sgt kat ISRAHELL!!. mcm kelakor pulak bila si BODOH nak jgk berbicara tentang perkara2 yg dia sendiri tak tahu @ bhs kasarnya..."HANG mmg BODOH!!" ..Tu sbb, pelajaran penting bhai!.
Kini, Sang Saka Tua tu dah jadi PUNAHSIHAT SG4. Kikikikiki kohkohkohkoh kehkehkehkeh 🤭🤣🤣🤣. Satu tu.. Syiah & 1 lagi, PRO ISRAHELL. Elok la tew!.
BUKAN MEREKA PERLUKAN SANJUNGAN DAN CEMUHAN
Akhi Fairuz
Bila rakan-rakan aktivis sampai di Istanbul, aku terus mesej sahabat dari Cinta Gz Malaysia, "kawan-kawan kita balik bila ke Malaysia?" Namun beliau tak dapat berikan perincian lagi kerana belum pasti. Tanya pula Musa Nuwayri, beliau juga jawab tak tahu, belum ada details.
Aku beranggapan boleh jadi kepulangan mereka nanti akan dirahsiakan dek memberi ruang pertemuan dengan keluarga, berehat, kemudian sambung perjuangan dengan menyebar kesedaran pembebasan bumi G di negara tercinta.
Namun tiba-tiba kepulangan mereka di war-warkan oleh pihak media, siap letakkan waktu mereka sampai lagi. Maka, berbondong-bondonglah manusia hadir demi menyambut mereka. Beribu! Sesak bahagian ketibaan tu dengan manusia! Walau flight delay sekalipun, orang ramai sabar berdiri berjam-jam!
Jujurnya, 23 orang aktivis ni taknak pun diangkat sebagai hero, wira dan sebagainya. Sebab bukan mereka topik utamanya, tapi rakyat G! Misi mereka untuk break the silence, biar masyarakat dunia terus bising pasal kanak-kanak yang kebuluran dan warga yang ditindas!
Bahkan mereka pun sedar risiko dalam menjayakan misi ini. Ditangkap, dipenjarakan, dipijak, dibogel, diaibkan bahkan dibun*h pun mereka maklum. Siap ada yang berniat nak mat* syahid lagi dalam misi berkenaan!
Nak join sumud ni pun kena keluar duit sendiri. Bukan sikit, banyak. Beribu-ribu! Ada yang bermula dari Sepanyol, ada dari Itali, ada dari Greece, semua tu makan modal. Ada yang jual kereta, ada yang keluarkan duit simpanan dan banyak lagi pengorbanan yang tak perlu pun mereka cerita.
Duduk atas kapal tu pun bukan naik cruise, kapal kecik je! Mereka bukan pi bercuti, bukan pula untuk makan sedap-sedap! Bercatu makan woih! Sampai ada yang susut badan 10 kg!
Itupun ada si bodoh yang kata semua ni wayang! Betullah kan, kalau kau bodoh sorang-sorang, orang tak tahu pun, tapi bila dah bercakap, dah menulis, ramailah tahu. Tapi peliknya si bodoh ini berbangga pula dengan kebodohannya dan berjangkit pula pada si bodoh lain yang menyokong.
Tentang gelaran wira atau hero pula, masyarakat yang meletakkan gelaran itu pada mereka, siap buat poster selamat pulang wira negara lagi. Aku yakin mereka tak suka pun diangkat sampai ke tahap itu. Sebab khuatir akhirnya orang fokus kepada mereka, bukan fokus kepada misi sumud berkenaan!
Bila Tn Hj ZRA pulang awal, kita kena hormatlah pendirian beliau. Tak perlu kita kata 22 aktivis yang lain gila publisiti, nakkan perhatian dan menadah muka untuk kemahsyuran! Depa taknak pun. Mereka sendiri pun terkejut tengok sambutan masyarakat semalam, bahkan ada yang sampai menangis!
Ya lah, masa pergi keluarga dan kawan-kawan je iring, tapi bila balik Mashaallah, ramai yang menyambut! Ardell sampai nak rebah, berpusu-pusu orang nak sambut dan beri semangat kepada mereka.
Kalau semua ikut jalan belakang atau keluar senyap-senyap, tak ke kesian mereka yang hadir sejak jam 4 petang tu? Keluarga yang menanti? Media yang melaporkan?
Buat rakan-rakan sumud flotilla sumud nusantara Rahmat Sumud Nusantara, Taufiq Razif, Farah Lee, Ardell Aryana, Nadir Al-Nuri, Musa, Mujahidah At Toyyibah, Iylia Balqis Suhaimi terus komited sebarkan kesedaran tentang isu ini. Ingat, kembali kepada fokus misi, kesedaran untuk warga G! Sama seperti yang Greta tekankan dalam PC awal-awal selepas dibebaskan!
Note : Terus doakan ayah-ayah, ibu-ibu, para doktor yang diculik oleh Zio ni s hari ini agar dibebaskan segera. Dr Fauziah tu dah 2 kali dah kena tangkap! Umur pun dah 67 tahun! Sebab tu kita ni jangan perleceh perjuangan mereka! Tak semua orang mampu buat ya!
WARGANET CEMUH MAMAT MAKI BUDI 95.....NAK WAT GUANE.. DAH TAK CERDIK. KENA BUANGBKERJA KA DIK.. BURUKKAN NAMA SYARIKAT.
Shariman.
Video mamat dah viral berpasakkan pula kata-kata fitnah, kecam dan caci maki.
Adakah ianya betul?
Tetapi jika salah jika fitnah dan jika menipu kenapa ianya diterima dan diakui benar?
Ini yang disebut oleh Liyana Marzuki sebagai pajak otak .... tanpa mengunakan otak.
Ingat sabda Rasulullah saw.
'Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.
Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar.
(Riwayat Ibn Majah)
https://vt.tiktok.com/ZSUMx7C21/
Dan ini berlaku ...
.
Terang nampak mamat ni guna Fleet Card bukannya kad bank. Dan bayaran dicas kepada syarikat atas nilai subsidi RON95.
KENAPA NAK PERCAYA BUDAK NI?
➡️ Tak mahu fikir dan pakai terima sahaja?
➡️ Cerita budak ni menyakinkan walaupun tanpa logik fakta?
➡️ Memang suka dengan sentimen dan emosi?
➡️ Otak dah kena pajak? Ataupun ...
➡️ Memang otak dah kecut?
Ntah le ... Hanya mereka yang share post budak ni dan yang setuju dengan budak ni boleh jawab ...
Abe long takde kuasa telepati 🤭🤭
.
BERBURUK SANGKA KEPADA ULAMAK JAHAT
Norshidah Md Daud
Dah lebih 1/2 jam Mokhtar Bin Senik live kt akaun lama dia
Ala akaun yg dia dok karang puisi cinta tu
Tetibe lak dia idopkan akaun tu
Aritu dia tutup lepas kantoi puisi2 merenyam dia kantoi
Masalahnya skang, dah lebih 1/2 jam aku xtau dia wat live ape
Kamera goyang2 x tunjuk muka dia
Tunjuk almari
Jangan2 dia tengah melancap dlm messenger tu
Sekadar berburuk sangka kepada olamak jahat
HANTAR JARGON PI PERANG SEKOQ SEKOQ
Pemimpin kanan H🍉, Khalil al-Hayya mengumumkan telah menerima jaminan daripada Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara perantara rundingan damai dengan Israel bahawa “perang di G🍉 telah tamat sepenuhnya.”
Dalam kenyataannya, Hayya memaklumkan, jaminan itu merangkumi gencatan senjata kekal, pengunduran tentera Israhell, kemasukan bantuan kemanusiaan serta pembukaan semula lintasan Rafah
Sumber @501awani
RUU PINDAAN KEUNTUNGAN PEMBERI PINJAMAN
Alhamdulillah.
Saya cuba ringkaskan apadia Pindaan RUU Sewa Beli 2025 ni.
Dalam RUU Sewa Beli yg asal , dia ada satu Peraturan 78 dan dalamnya ada sistem front loaded yg bank selalu duk pakai.
Dulu kalu tentuan beli kereta atau motor, sistem faedah yg bank atau syarikat kredit tu guna adalah front loaded.
Dalam sistem front loaded, sebahagian besar faedah keseluruhan pinjaman dikutip pada tahun² awal kontrak.
Jadi walaupun tentuan dah bayar 3 dari 5 tahun jumlah pinjaman tu, jumlah prinsipal (jumlah hutang sebenar) yg selesai sebenarnya sikit je sebab bayaran awal tu banyak pergi kpd interest semata².
Maknanya sakni, tentuan sebenarnya hanya dikira bayar interest pada tahun² awal tu. Bayaran hutang sebenar belum terusik mana lagi.
Bila dimansuhnya Peraturan 78 ini, kerajaan menggantikannya dgn sistem reducing balance method.
Dalam sistem ini, bayaran faedah tu dikira atas baki pinjaman yg sebenar bukan ikut jumlah penuh pinjaman.
Contohnya, kalu baki hutang tentuan tinggal RM30,000, faedah bulanan itu dikira atas RM30,000 itu sahaja bukan atas jumlah asal RM60,000.
Maknanya semakin lama kita bayar, baki pokok semakin kecil, maka faedah pun makin kecil.
Pada saya , pindaan RUU sewa beli ni satu perkara yg positif kerana ianya sedikit sebanyak membantu pembeli mengurangkan bebanan komitmen bulanan dan juga pengguna lebih terbela dari sudut undang² kerana hubungan antara pembeli dan pemberi pinjaman telah diseimbangkan semula.
Kuasa tidak lagi berat sebelah dan rakyat akhirnya mendapat hak dan keadilan dalam setiap sen yg mereka bayar.

































