Alhamdulillah.
Saya cuba ringkaskan apadia Pindaan RUU Sewa Beli 2025 ni.
Dalam RUU Sewa Beli yg asal , dia ada satu Peraturan 78 dan dalamnya ada sistem front loaded yg bank selalu duk pakai.
Dulu kalu tentuan beli kereta atau motor, sistem faedah yg bank atau syarikat kredit tu guna adalah front loaded.
Dalam sistem front loaded, sebahagian besar faedah keseluruhan pinjaman dikutip pada tahun² awal kontrak.
Jadi walaupun tentuan dah bayar 3 dari 5 tahun jumlah pinjaman tu, jumlah prinsipal (jumlah hutang sebenar) yg selesai sebenarnya sikit je sebab bayaran awal tu banyak pergi kpd interest semata².
Maknanya sakni, tentuan sebenarnya hanya dikira bayar interest pada tahun² awal tu. Bayaran hutang sebenar belum terusik mana lagi.
Bila dimansuhnya Peraturan 78 ini, kerajaan menggantikannya dgn sistem reducing balance method.
Dalam sistem ini, bayaran faedah tu dikira atas baki pinjaman yg sebenar bukan ikut jumlah penuh pinjaman.
Contohnya, kalu baki hutang tentuan tinggal RM30,000, faedah bulanan itu dikira atas RM30,000 itu sahaja bukan atas jumlah asal RM60,000.
Maknanya semakin lama kita bayar, baki pokok semakin kecil, maka faedah pun makin kecil.
Pada saya , pindaan RUU sewa beli ni satu perkara yg positif kerana ianya sedikit sebanyak membantu pembeli mengurangkan bebanan komitmen bulanan dan juga pengguna lebih terbela dari sudut undang² kerana hubungan antara pembeli dan pemberi pinjaman telah diseimbangkan semula.
Kuasa tidak lagi berat sebelah dan rakyat akhirnya mendapat hak dan keadilan dalam setiap sen yg mereka bayar.

No comments:
Post a Comment