SAMPAI TAK TAHU LANGSUNG. YANG MEMBANTAH NI TAK DAPAT MAKLUMAT JELAS. SEBAB TU DIA BANTAH. DIA BERANGGAPAN BAHAWA AKAN TEELIBAT HUTANG BARU. MCMC JKOM TAK BOLEH BAGI PENERANGAN KAH ?







 FAWWAZ Fadthil



Nak jadi pembangkang tak salah, tapi jadilah pembangkang yang ada kredibiliti, kompeten, peka dengan isu semasa.


Tapi bila kementerian terbabit adakan sesi libat urus berkenaan dengan URA, sebanyak 108 kali pulak, dan sekor pun MP pembangkang tak hadir, itu bukannya pembangkang, tapi pembangang yang hanya nak laba politik dan sensasikan isu. 


Contoh mudahnya apa? 


Kau sebagai ibu bapa tak puas hati sebab sekolah kenakan sumbangan PIBG macam-macam. Kau mesyuarat PIBG pun tak hadir. Alih-alih kau memekak bising kat luar sebab sekolah tetapkan bayaran sumbangan PIBG sekian-sekian bayaran, memang tak cerdik la. 


Sepatutnya datang la mesyuarat PIBG sekolah, kat situ kau gasak tanya habis-habisan, argue dengan kepimpinan PIBG bayaran ini untuk apa, itu untuk apa. 


Sama la macam URA ni. Tak hadir sesi libat urus tapi bising memekak kat luar.


Itu bukan bangkang, itu BANGANG!


Updated: sebahagian salah faham rakyat atau naratif jahat yang mana pemilik/penduduk akan diusir dijawab sendiri oleh PLANMalaysia.



SEDIH OO DI KELANTAN PUN JADI MACAM TU.. DAH 30 PULOH TAHUN PAS PERINTAH...

  Che I rahim. 


Menitis airmata ambo.... Sama nasibnya melayu Kelantan. 




Lembah Sireh tempat Melayu tanam timun dah jadi milik Liziz Standaco (cina la tu)


Tanah tanah YIK, Ladang Rakyat, SEDC, Majlis Agama, YAKIN, PMBK dah diberi pajak 60+30 tahun kepada syarikat syarikat sdn bhd yang dimiliki oleh bukan. Melayu. 


Rezab Hutan Simpan Kekal di Ulu Galas, Sungai Broke, Batu Papan, Nenggiri, Blau dan banyak lagi dah jadi Ladang Hutan Pelbagai Spesis (Durian Musang King dll), juga diusahakan oleh bukan melayu. 


Tanah tanah kerajaan (state land) yang dulu dianggap kawasan rayau orang asli di Pos Pulat, Tohoi, Pasik, Tuel dll telah jadi ladang sawit, juga milik bukan melayu. 


Bahkan tanah wakaf kubor pun ada yang diistibdal dan dijual kepada cina!!!! 


Penduduk di Jalan Atas Paloh, dekat Masjid Muhammadi usah dicerita di mana mereka sekarang.




TABUNG HAJI PUNYA PASAL- BUAT AZMAN DAN MARZUKH- SILA JAWAB- SIAPA SEBENARNYA PARTI PAS? PENDEDAHAN PANAS DARI YB RAFIZI RAMLI!



𝗦𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗦: 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗨𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗧𝗜, 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗨𝗟𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚

PAS sekarang cuba cari apa-apa isu untuk tiup api perkauman. Terbaru, kisah Tabung Haji.

Ada seorang wakil rakyat PAS, nama dia Azman Ibrahim, ADUN Jabi. Dia memang suka mengundang kontroversi. Pernah satu ketika, lunyai dia kena kecam sebab menyamakan wanita dengan barang. Baru-baru ini, dia petik nama saya. Saya baca yang dia petik: “Mantan Menteri Ekonomi merangkap MP Pandan ialah individu yang bertanggungjawab membawa cerita yang menghakis keyakinan orang ramai sehingga ramai pendeposit mengeluarkan simpanan dari TH dengan jumlah ratusan juta ringgit. Saya dari dulu lagi tak percaya Rafizi, sebab itu saya kekal menyimpan dalam TH” Kalau dah petik nama, saya kena jawablah.

Memang betul saya ahli politik yang pertama yang membawa isu kelemahan tadbir urus kewangan Tabung Haji seawal 2015. Antara 2015 hingga 2019, saya telah menulis sebanyak 34 analisa dan pandangan; yang banyak mempengaruhi keputusan-keputusan kerajaan berkenaan Tabung Haji pada ketika itu. Semua analisa ini boleh dibaca di blog saya rafiziramli.com/category/tabung-haji Analisa saya bukan cerita, macam YB Azman buat cerita yang beri gambaran wanita itu seperti barang.

Isu yang saya bawa adalah berasaskan analisa kewangan, bermula dengan teguran dari Gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa rizab Tabung Haji telah menjadi negatif. Apabila Tabung Haji di bawah pentadbiran Najib Razak menidakkan teguran Bank Negara ketika itu, saya telah menunjukkan analisa berdasarkan penyata kewangan diaudit Tabung Haji sendiri. Saya tahu YB Azman dari PAS ni mungkin tak faham, tapi saya ulang petikan analisa itu sebab banyak rakyat yang cerdik: “ i. Nilai aset-aset anak syarikat Tabung Haji yang diwar-warkan kukuh dan mampu menampung rizab negatifnya itu adalah aset-aset Bank Islam yang berjumlah RM41.683 bilion yang digabungkan di dalam kumpulan Tabung Haji;

ii. Aset-aset ini tidak cair dan tidak boleh ditunaikan segera kerana ia berbentuk pinjaman yang diberikan oleh Bank Islam kepada pelanggan dan Kerajaan Persekutuan. Malah, aset-aset ini tidak boleh digunakan bagi tujuan lain kerana ia perlu menanggung hutang Bank Islam berjumlah RM44.692 bilion iaitu jumlah simpanan rakyat yang didepositkan dan tanggungan polisi takaful; iii. Untuk memenuhi tanggungjawabnya membayar kembali simpanan rakyat yang menabung dengannya dan membayar dividen/bonus, Tabung Haji tidak ada pilihan lain kecuali menggunakan dana dan asetnya sendiri;
iv. Penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan Tabung Haji telah mempunyai rizab negatif yang bermakna ia tidak cukup dana dan aset untuk menampung pembayaran balik simpanan rakyat sekiranya dikeluarkan serentak, apatah lagi untuk membayar dividen/bonus.” Selepas itu, saya terus meneliti prestasi kewangan Tabung Haji ketika itu dan mendedahkan skandal-skandal berkaitan kelemahan tadbir urus kewangan Tabung Haji di bawah pentadbiran Najib Razak. Ini termasuklah: 1) Tabung Haji Menanggung Kerugian Terkumpul RM933 Juta Akibat Pelaburan Di Dalam Felda Global Ventures.
2) Pelaburan Tabung Haji Di Dalam Syarikat Roti Silverbird: Saham Dibeli Pada Premium 177%, Kerugian RM90 Juta.
3) Pelaburan Tabung Haji Di Syarikat Kejuruteraan Huluan (Ramunia Holdings Berhad) Catat Kerugian Atas Kertas RM200 Juta, Risiko Kerugian Jangka Panjang RM1.4 Bilion.
4) Tabung Haji Terdedah Kepada Kerugian RM554 Juta Di Dalam TH Heavy Engineering Berhad.
5) DS Najib Guna RM740 Juta Wang Rakyat Untuk Selamatkan TH Heavy Engineering Akibat Keputusan Pelaburan Tabung Haji Yang Salah.
6) Tabung Haji Rugi RM64 Juta Akibat Pelaburan Di Dalam Perisai Petroleum Teknologi Berhad
7) Tabung Haji Terdedah Kepada Kerugian Lebih RM700 Juta Akibat Pelaburan Dalam Sektor Berisiko Seperti Minyak Dan Gas 😎 Pelaburan Tabung Haji Dalam Theta Edge Berhad: Tabung Haji Suntik Dana Dalam Syarikat Yang Telah Kerugian RM330 Juta
8) Tabung Haji Perlu Jelaskan Kenapa Syarikat Bersekutunya Terima RM140 Juta Dana SRC International Sdn Bhd Akibat kedudukan kewangan Tabung Haji yang buruk, setelah Pakatan Harapan mengambil alih dalam tahun 2018, kerajaan dengan segera perlu menyelamatkan Tabung Haji.
Ia dibuat melalui satu transaksi kewangan yang sebenarnya adalah satu bail-out oleh pembayar cukai.
Dalam tahun 2018, Kerajaan menubuhkan sebuah syarikat khusus milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) bernama Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), untuk mengambil alih aset-aset Tabung Haji yang mengalami kerugian.



ERA ANWAR IBRAHIM

Alif Jamil


 Era Anwar Ibrahim. 




Pada kacamata saya, saya melihat ia bukan sekadar seorang Perdana Menteri yg berdiri dipentas raptai sambutan hari kebangsaan. 


Ia adalah simbol sejarah yang sedang hidup.


Bayangkan, seorang pemimpin yg pernah dihumban ke penjara, dihina dgn fitnah, disingkir ketika dipuncak kuasa, namun akhirnya berdiri semula di hadapan rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Ramai diantara kita termasuk saya sendiri tak sangka mcm mana saya boleh terbuka hati menyokong perjuangan beliau sedangkan sejak dulu saya tak gemar dgn beliau. 


Atau mungkin juga ini asbab dari kesabaran beliau yg selama ini dikhianat dan dinafikan janji terhadapnya membuka mata rakyat untuk menilai dan mendukung aspirasi perjuangan beliau. 


Detik harini, dimana politik nilai mengatasi politik wang, politik prinsip mengatasi politik perkauman dan politik keadilan mengatasi politik pengkhianatan.


Era ini tidak datang bergolek. 


Ia lahir dari luka yg panjang.

Ia lahir dari air mata rakyat yg turun ke jalanan.


Dari penjara yg pernah menjadi rumah seorang reformis hingga Putrajaya yg kini menjadi saksi bahawa kebenaran boleh ditangguh tapi tidak akan terkubur.


Malaysia harini sedang berdiri di persimpangan. 


Sama ada kita mahu teruskan legasi lama dalam politik toksik, perkauman sempit dan penunggang agama..


Atau kita pilih jalan baharu bersama Anwar Ibrahim dalam kerangka Malaysia Madani yg syumul. 


Anak muda, ini adalah masa kita untuk tentukan.




PAS BANTAH KOT...

Che Ibrahim



 Betul ke rakyat Malaysia yang bantah atau Pas yang bantah?? 


Kalau Pas bantah, ambo tak pelik, dah memang Pas tu pembangkang, kerja Pas hanya bangkang seperti kata Tuan Ibrahim... Kita bangkang jah. 


Tapi kalau kata rakyat Malaysia yang bantah, ambo naik heran juga sebab rakyat tak tahu pun kandungan RUU URA, tengok pun tidak, usahkan baca.






BEZA RUMAH PEMIMPIN DAN RUMAH FLAT..

Mahad Abu


 Beza Rumah Rakyat, rumah Flat Usang Dan Kotor Dengan Rumah banglo mewah Pengerusi Muda Syed Saddiq, Sebab itu Syed Saddiq tolak URA sbb dia tak pernah hidup susah duduk rumah Flat.






NOHHH...KENA GITU JA.


 

TAK UNTUNGKAN PAS DIA MULA MENYALAK

 

Che Ibrahim



RUU URA @ PSB HARAM?? 





Nak tahu hukum, jangan dengar ceramah ustaz Pas, bagi Pas semua yang orang lain baik adalah haram kecuali apa yang menguntungkan politik Pas.


Nak tahu baik atau tidak, kena banyak membaca, dengar ulasan dari banyak/pelbagai sumber, jangan dengar atau pakai apa yang keluar dari mulut pembangkang terutama dari Pas. 


Nak tahu URA @ PSB relevan atau tidak, tanyalah pihak pihak yang ada kaitan dengannya terutama penghuni/pemilik rumah pangsa atau flat usang atau Pihak Berkuasa Tempatan.


Agama dan kaum sering menjadi tunggangan demi survival politik, itulah nasib malang negara ku...




MELUAT NGAT KE ANWAR SEBAB PAS TAK BOLEH BUAT MACAM NI SEMASA JADI KERAJAAN

 

















Alhamdulillah, tahun ini Malaysia diberi kesempatan dan penghormatan menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Pemimpin Agama 2025 bertemakan “Peranan Pemimpin Agama Dalam Penyelesaian Konflik” anjuran Liga Muslim Sedunia (Rabitah al-Alam al-Islami) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kuala Lumpur.  


Saya singgung kepentingan para sarjana, wakil agama dan tokoh yang hadir bukan sekadar mendalami masalah hukum-hakam dalam agama masing-masing tetapi juga peka kepada maslahah umum untuk lebih asertif menyeru mesej keadilan, nilai dan kemanusiaan dalam mendepani cabaran besar hari ini. 


Perbedaan yang ada sama ada antara agama atau intra agama sewajarnya tidak menghalang kita berikhtiar membina masyarakat yang seimbang dan memupuk semangat Ummatan Wasata. Esensi Maqasid al-Syari‘ah sebagaimana dinukilkan oleh Imam al-Syatibi juga memberi penekanan mengenai perlindungan maruah insan, nyawa dan harta yang secara tidak langsung menunjukkan Islam juga mementingkan aspek kemanusiaan khususnya berkaitan hak asasi manusia. 


Saya juga berpeluang meraikan para ulama dan tokoh agama dari dalam dan luar negeri yang hadir dalam acara ini. Semoga persidangan ini memberi manfaat dan meningkatkan tekad kita bersama dalam mengangkat nilai kemanusiaan dan kesejahteraan. Malaysia akan berbuat sedaya upaya yang ada dalam mendukung inisiatif begini untuk kepentingan bersama.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI




AWAS PAS

 


𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗡 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗥𝗨𝗨 𝗣𝗦𝗕 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗮𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮-𝗺𝗮𝘁𝗮










Hipokrasi yang ketara:

1. Dulu sokong, sekarang bantah – walhal kandungan akta/ruu sama, cuma kerajaan bertukar.


2. Politiking isu rakyat – seolah-olah bila mereka kerajaan, ia “baik untuk rakyat”, tetapi bila jadi pembangkang, ia “membebankan rakyat”.


3. Konsistensi dasar – menunjukkan PN tidak konsisten; lebih bersifat politik daripada menjaga keberlanjutan dasar.


PN yang Hipokrit!

Buuuluum coookooop jooomllllahhh melebihi daripada coookooop jooomllllahhh melebihi daripada coookooop jooomllllahhh melebihi daripada coookooop jooomllllahhh melebihi daripada coookooop jooomllllahhh 😂😂🤣😄😅😅😅




MEH.. KEH.. KEH


 

NURUL BANTU MANGSA USTAZ SELEBRITI


 

PAK DOLLAH BUAT KALUT LAGI

 


KOS MENGERJAKAN HAJI DITENYUKAN OLEH MUASASAH DI SAUDI

Zainuddin Omar


Ramai menyalahkan TH kerana menaikkan harga untuk mengerjakan haji iaitu RM30,000 dan untuk B40 ialah RM15,000 dengan bantuan. 





Kos mengerjakan haji bukan ditentukan oleh TH tetapi oleh muasassah di Saudi Arabia.  


Apatah lagi ramai mengeluarkan tabungan TH kerana mendengar hasutan pembangkang.  


Daripada 9.6 juta pendeposit, hampir 53 peratus hanya mempunyai kurang daripada RM1,300, sedangkan kos sebenar haji kini mencecah RM30,000, manakala bayaran yang dikenakan kepada jemaah B40 ialah RM15,000. Dengan jumlah simpanan sebegitu, mereka masih jauh daripada mencukupi untuk menunaikan haji,” katanya.


Mengerjakan haji adalah tidak wajib jika tidak berkemampuan. 


Selalulah berdoa dan konsisten menabung semoga mendapat rezeki panggilan Haji.




SELAIN DARI TAHYUL MELAYU MALAS BERFIKIR TUGAS MENTERI DAN JKOMNPULA SENDU

 

RMS


Beginilah situasi dimedia sosial hari ini sedara sedara semua, sudah out of control.. benda palsu jadi naratif dan mainan mereka, malangnya orang melayu memang mudah percaya bila menyentuh bangsa, agama dan hak keistimewaan mereka.. melenting dan melompatlah mereka..






PENAKUT. PUKUL CURI JA. BERDEPAN DENGAN ANWAR DALAM DEWAN TAK HADIR. PONTENG JA..


Mukhlis Eddie


 Busuk hati betul… asyik ulang naratif perkauman murahan, semai kebencian, cipta ketakutan, sampai rakyat sendiri jadi berpecah.




Jawapan Balas Politik terhadap Serangan Zulkifli Yahya yang Serang Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia



1. Siapa Zulkifli Yahya?






Pertama sekali, rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Zulkifli Yahya.


 • Beliau adalah bekas calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang bertanding di DUN Batu Kurau (N07) pada PRU-15 lalu.

 • Parti PEJUANG ketika itu bergabung di bawah Gerakan Tanah Air (GTA) yang tewas dalam pilihan raya lepas.

 • Jadi, jelas serangan beliau terhadap Menteri Pendidikan dan KPPM ini bukanlah bersifat “ilmiah” atau “undang-undang” semata-mata, tetapi mempunyai agenda politik, untuk cuba menonjolkan dirinya yang sudah tenggelam selepas ditolak rakyat.


2. Tuduhan Zulkifli Yahya Tidak Tepat dan Mengelirukan!  – Fakta Akta Pendidikan 1996


 • Benar, Seksyen 117 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyebut bahawa arahan pemeriksaan oleh Jemaah Nazir hendaklah datang daripada Menteri Pendidikan.

 • Namun, Zulkifli Yahya sengaja mengelirukan orang ramai dengan memetik separuh fakta sahaja.


Hakikatnya:


 • Mengikut Seksyen 8 & 9 Akta 550, segala arahan Menteri boleh dipanjangkan dan dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) ke atas semua pegawai bawahannya.

 • Maka, apabila Menteri memberi arahan, KPPM berperanan melaksanakan, mengurus dan memanjangkan arahan itu.

 • Arahan itu boleh disampaikan secara langsung atau tidak langsung, dan inilah fungsi utama KPPM sebagai Pentadbir Tertinggi Perkhidmatan Pendidikan.


Justeru, menuduh KPPM melanggar undang-undang adalah satu cubaan murahan untuk mencipta persepsi negatif terhadap kepimpinan pendidikan negara.


3. Tanggungjawab KPPM – Pelaksanaan, Bukan Politik


 • Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia hanya melaksanakan tanggungjawab beliau untuk memastikan arahan Menteri berjalan.

 • Jika Nazir diperintahkan melakukan audit keselamatan sekolah, itu atas kapasiti Menteri Pendidikan, dan KPPM hanya menjadi saluran rasmi.

 • Menyalahkan KPPM atas perkara ini hanya membuktikan Zulkifli gagal memahami fungsi pentadbiran awam.


4. Kepentingan Audit Sekolah


 • Arahan audit keselamatan sekolah seluruh negara ini timbul selepas beberapa isu besar membabitkan keselamatan murid, fasiliti sekolah uzur dan kes kebakaran.

 • Apakah salah jika kerajaan memastikan sekolah-sekolah diperiksa secara menyeluruh?


 • Serangan Zulkifli Yahya ini seolah-olah lebih berminat bermain politik berbanding menjaga keselamatan anak-anak murid.


5. Kesimpulan – Serangan Politik Lemah


Serangan Zulkifli Yahya adalah serangan politik lemah daripada pimpinan parti pro Pembangkang.


 • Beliau memetik separuh akta, membelokkan tafsiran, dan cuba merendahkan kredibiliti Menteri serta KPPM.


 • Hakikatnya, segala arahan kepada Nazir tetap berpunca daripada Menteri Pendidikan, dan KPPM hanyalah saluran pelaksana.


 • Maka tuduhan ini tidak lebih sekadar cuba mencari publisiti murahan.


Zulkifli Yahya mungkin bekas pimpinan politik, tapi jangan pula menolak kebenaran undang-undang. 


Akta 550 jelas: arahan datang dari Menteri, dilaksanakan oleh Ketua Pengarah. Apa yang salah bila Menteri arah jaga keselamatan sekolah, dan Ketua Pengarah memastikan ia berjalan?


Yang pelik bukan arahan itu, yang pelik ialah ada orang lebih sibuk berpolitik daripada menjaga anak-anak kita.


Menteri dan Ketua Pengarah Pendidikan sibuk nak jaga Keselamatan murid, Pembangkang sibuk nak berpolitik!


Syam Ghaz




PAS BUKAN TAU APA. HANYA TUNGGANG AGAMA SAJA

 


HANGPA INGAT AKU DOK DISINI JADI TUNGGOI KAYU KA MACAM HANGOA DULU.


 

UNDANG UNDANG PEKERJA GIG DILULUSKAN


 

NOH POLITIK DIA NI....

 


MAHATHIR TAK BERUBAH ,TAPI PAS YANG BERUBAH


 

PERANGAI LAHANAT PAS DAN PENGIKUTNYA


 

𝗦𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗦: 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗨𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗧𝗜, 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗔𝗛 𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗨𝗟𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚



PAS sekarang cuba cari apa-apa isu untuk tiup api perkauman. Terbaru, kisah Tabung Haji. 


Ada seorang wakil rakyat PAS, nama dia Azman Ibrahim, ADUN Jabi. Dia memang suka mengundang kontroversi. Pernah satu ketika, lunyai dia kena kecam sebab menyamakan wanita dengan barang.


Baru-baru ini, dia petik nama saya. Saya baca yang dia petik:


“Mantan Menteri Ekonomi merangkap MP Pandan ialah individu yang bertanggungjawab membawa cerita yang menghakis keyakinan orang ramai sehingga ramai pendeposit mengeluarkan simpanan dari TH dengan jumlah ratusan juta ringgit. Saya dari dulu lagi tak percaya Rafizi, sebab itu saya kekal menyimpan dalam TH”


Kalau dah petik nama, saya kena jawablah.


Memang betul saya ahli politik yang pertama yang membawa isu kelemahan tadbir urus kewangan Tabung Haji seawal 2015. Antara 2015 hingga 2019, saya telah menulis sebanyak 34 analisa dan pandangan; yang banyak mempengaruhi keputusan-keputusan kerajaan berkenaan Tabung Haji pada ketika itu.


Semua analisa ini boleh dibaca di blog saya rafiziramli.com/category/tabung-haji


Analisa saya bukan cerita, macam YB Azman buat cerita yang beri gambaran wanita itu seperti barang.


Isu yang saya bawa adalah berasaskan analisa kewangan, bermula dengan teguran dari Gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa rizab Tabung Haji telah menjadi negatif.


Apabila Tabung Haji di bawah pentadbiran Najib Razak menidakkan teguran Bank Negara ketika itu, saya telah menunjukkan analisa berdasarkan penyata kewangan diaudit Tabung Haji sendiri.


Saya tahu YB Azman dari PAS ni mungkin tak faham, tapi saya ulang petikan analisa itu sebab banyak rakyat yang cerdik:


“ i. Nilai aset-aset anak syarikat Tabung Haji yang diwar-warkan kukuh dan mampu menampung rizab negatifnya itu adalah aset-aset Bank Islam yang berjumlah RM41.683 bilion yang digabungkan di dalam kumpulan Tabung Haji;


ii. Aset-aset ini tidak cair dan tidak boleh ditunaikan segera kerana ia berbentuk pinjaman yang diberikan oleh Bank Islam kepada pelanggan dan Kerajaan Persekutuan. Malah, aset-aset ini tidak boleh digunakan bagi tujuan lain kerana ia perlu menanggung hutang Bank Islam berjumlah RM44.692 bilion iaitu jumlah simpanan rakyat yang didepositkan dan tanggungan polisi takaful;


iii. Untuk memenuhi tanggungjawabnya membayar kembali simpanan rakyat yang menabung dengannya dan membayar dividen/bonus, Tabung Haji tidak ada pilihan lain kecuali menggunakan dana dan asetnya sendiri;


iv. Penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan Tabung Haji telah mempunyai rizab negatif yang bermakna ia tidak cukup dana dan aset untuk menampung pembayaran balik simpanan rakyat sekiranya dikeluarkan serentak, apatah lagi untuk membayar dividen/bonus.”


Selepas itu, saya terus meneliti prestasi kewangan Tabung Haji ketika itu dan mendedahkan skandal-skandal berkaitan kelemahan tadbir urus kewangan Tabung Haji di bawah pentadbiran Najib Razak. Ini termasuklah:


1) Tabung Haji Menanggung Kerugian Terkumpul RM933 Juta Akibat Pelaburan Di Dalam Felda Global Ventures


2) Pelaburan Tabung Haji Di Dalam Syarikat Roti Silverbird: Saham Dibeli Pada Premium 177%, Kerugian RM90 Juta


3) Pelaburan Tabung Haji Di Syarikat Kejuruteraan Huluan (Ramunia Holdings Berhad) Catat Kerugian Atas Kertas RM200 Juta, Risiko Kerugian Jangka Panjang RM1.4 Bilion


4) Tabung Haji Terdedah Kepada Kerugian RM554 Juta Di Dalam TH Heavy Engineering Berhad


5) DS Najib Guna RM740 Juta Wang Rakyat Untuk Selamatkan TH Heavy Engineering Akibat Keputusan Pelaburan Tabung Haji Yang Salah


6) Tabung Haji Rugi RM64 Juta Akibat Pelaburan Di Dalam Perisai Petroleum Teknologi Berhad


7) Tabung Haji Terdedah Kepada Kerugian Lebih RM700 Juta Akibat Pelaburan Dalam Sektor Berisiko Seperti Minyak Dan Gas


8) Pelaburan Tabung Haji Dalam Theta Edge Berhad: Tabung Haji Suntik Dana Dalam Syarikat Yang Telah Kerugian RM330 Juta


9) Tabung Haji Perlu Jelaskan Kenapa Syarikat Bersekutunya Terima RM140 Juta Dana SRC International Sdn Bhd


Akibat kedudukan kewangan Tabung Haji yang buruk, setelah Pakatan Harapan mengambil alih dalam tahun 2018, kerajaan dengan segera perlu menyelamatkan Tabung Haji.


Ia dibuat melalui satu transaksi kewangan yang sebenarnya adalah satu bail-out oleh pembayar cukai.


Dalam tahun 2018, Kerajaan menubuhkan sebuah syarikat khusus milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) bernama Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), untuk mengambil alih aset-aset Tabung Haji yang mengalami kerugian.


Nilai bersih aset-aset itu adalah RM9.7 bilion, tetapi kerajaan membayar sebanyak RM19.9 bilion, iaitu suntikan tambahan RM10.2 bilion. RM19.6 bilion melalui hutang, RM300 juta dengan suntikan tunai dari wang kerajaan.


Dengan suntikan RM10.2 bilion ini barulah ia membolehkan rizab Tabung Haji menjadi lebih baik dan membolehkan Tabung Haji membayar hibah tahunan, kerana Akta Tabung Haji tidak membenarkan Tabung Haji membayar hibah sekiranya petunjuk kewangan seperti rizab dan aset bersih tidak melepasi had tertentu.


Bagaimana kerajaan membiayai RM19.9 bilion untuk disuntik kepada Tabung Haji agar hibah dapat dibayar dan Tabung Haji dapat pulih?


Kerajaan meminjam sebanyak RM19.6 bilion melalui terbitan sukuk oleh UJSB, yang perlu dilunaskan semula. Seingat saya, ada dua sukuk yang perlu dilunaskan oleh kerajaan bagi membiayai pemulihan Tabung Haji ini.


Yang pertama, perlu dibayar tahun 2026. Yang kedua perlu dibayar 2029.


Jadi sekarang, Tabung Haji perlu berunding dengan UJSB, iaitu Kementerian Kewangan, mengenai berapa nilai aset-aset yang dipindahkan kepada UJSB itu yang akan dibeli semula dan dibayar oleh Tabung Haji kepada kerajaan untuk membolehkan kerajaan melunaskan hutang RM19.6 bilion itu. 


Kita perlu tunggu rundingan dan harga akhir yang dipersetujui, tetapi pada pandangan saya, sukar untuk kerajaan mendapat balik RM19.6 bilion yang diperlukan untuk membayar hutang, sebab nilai semasa dipindahkan hanyalah RM9.7 bilion.


Lagi pun, 80% dari aset-aset toksik yang dipindahkan dari Tabung Haji dalam tahun 2019 untuk menyelamatkan Tabung Haji itu adalah dalam bentuk saham. Banyak saham-saham itu telah terbukti kerugian besar, termasuklah Tabung Haji Heavy Engineering dan FGV.


Akhirnya, ada kemungkinan kerajaan perlu membayar balik hutang sukuk itu dengan menggunakan cukai yang dikutip. Sebab itu, sebenarnya setiap tahun saya dimaklumkan memang Kementerian Kewangan perlu menyediakan dana simpanan terkumpul sebagai persediaan untuk membayar balik hutang sukuk itu.


Berapa bilion dari cukai yang perlu dibelanjakan untuk membayar balik sukuk itu, kita tunggu dan lihat tahun 2026 dan 2029.


Berbalik kepada YB Azman dan PAS.


Semasa saya dan orang lain bergasak untuk menyelamatkan Tabung Haji, di mana mereka?


Bukan sahaja mereka tidak berbuat apa-apa, malah mereka mempertahankan segala kepincangan ini, kononnya ini satu muslihat untuk melemahkan Islam. 


Lihat kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang dalam tahun 2018:


ISU TABUNG HAJI AGENDA TERSIRAT JATUHKAN IMEJ ISLAM


Selepas Sheraton Move dan mereka berjaya tebuk atap, PAS menguasai Tabung Haji, termasuk YB Marzuk yang menjadi Timbalan Menteri Agama semasa itu.


Dia bukan tidak tahu semua ini. 


Malah, pentadbiran Perikatan Nasional juga mewujudkan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji dalam tahun 2021 dan laporannya dibentangkan kepada Jemaah Menteri semasa saya mula-mula menjadi Jemaah Menteri.


Siasatan Suruhanjaya Diraja itu tidak banyak berbeza dengan pendedahan-pendedahan yang saya pernah buat, tetapi Jemaah Menteri mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan laporannya kepada orang ramai.


Kalau siar, ramai yang malu.


Jadi nasihat saya kepada PAS, cukup-cukuplah cuba meracun dengan api perkauman berkaitan isu Tabung Haji ini. 


Allah melihat segala-galanya.


Paling kurang, saya yakin yang saya telah melaksanakan tanggungjawab saya dan ada sedikit sumbangan memulihkan Tabung Haji.


YB Azman yang terpaling sengih dari Jabi ni, apa sumbangan kamu?


YB Marzuk, apa yang kamu buat masa jadi timbalan menteri dulu? Pelan pemulihan pun bukan dari kamu, masa nak selamatkan Tabung Haji pun kamu tentang, sekarang dah nak pulih kamu nak tunggang?


Tak malu ke kat kopiah tu?



ANWAR JAWAB HAMZAH. SAYA NAK BANTU MELAYU BANDAR SEBAGAIMANA YANG SAYA LAKUKAN DI KERINCHI DULU. KETIKA SAYA JADI TPM.

PN tak pernah maki hamun, hanya minta tangguh URA - Hamzah beritahu PM

PM Anwar Ibrahim jawab isu RUU PSB dan rumah mampu milik siap bawah RMK-12

NAK TOLONG MELAYU - INILAH CARANYA | PMX - Jangan sesekali give-up | Law...

Wee Ka Seong cakap MCA tak akan sokong RUU URA, Akmal saleh pun tumpang ...

PANAS! YB SANY TEMPELAK KAW KAW MP PEMBANGKANG DI DEWAN RAKYAT!

RUU URA: Pembangkang tidak jujur, putarbelit jahat (Tonton sampai habis)

TAKAT 30 HARI....TAOI SEMPAT LA MAKAN NASI ITIK.


 

PAKDOLLAH BUAT HAL LAGI. SELALU KELIRU SEBAB MALAS MEMBACA


 

EHH NI BAPA APA LAK NI..


 

FITNAH DARI PARTI JAHILLIAH



 Satu lagi Fitnah jahat ke atas Pemimpin kita. Disebutnya nama YBrs. Azan Ismail juga. Dan Rozi Mamat telah nafikan sekeras-kerasnya Fitnah ini. Nampak Fitnah itu halal untuk mereka.




PAS CUMA MENUNGVANG PENYOKONGNYA.


Perantau Cari Rezeki


 Kenapa PAS tak tolong bantu pensyarah bayar saman fitnah RM400,00 terhadap Hannah Yeoh.Itu lah dengan cara fitnah, bila kena saman PAS tidak tolong.





PENAKUT.. SEMBANG DI LUAR ESOK ANWAR NAK TUMBANG KONONNYA

 


Pembangkang nak tumbangkan Anwar turun di jalan raya.. Di Parlimen bawa undi tidak percaya terhadap Anwar pembangkang tidak berani.Berkali-kali Anwar cabar pembangkang bawa usul undi tidak percaya terhadap beliau, tapi pembangkang tidak berani.Melaung di jalan raya "Turun Anwar" demo ini itu dan bantah ini itu ambil simpati pada rakyat supaya menyokong pembangkang. Ada segelintir rakyat bengang terikut-ikut percaya dengar hasutan pembangkang. 



Kalau PAS jadi kerajaan semula, hancur negara dan rakyat semakin susah. 33 bulan PAS jadi kerajaan, rakyat di kurong akibat covid-19 tidak dapat keluar cari rezeki, tidak ada makan. PAS minta gaji dan elaun naik RM5,000 sebulan masa rakyat susah. 


Kalau PAS pandai dan betul membela rakyat.. Negeri PAS Kelantan dan Terengganu sudah maju seperti negeri2 yang di perintah oleh kerajaan Perpaduan.Sedangkan Kelantan dan Terengganu ada hasil bumi seperti minyak, Kelantan dan Terengganu pula yang mundur rakyat paling tinggi kemiskinan.



HAHH.. SETANG.... SIAPA SETANG SEBENARNYA?


 

KENA TANYA TAR SENIK BETOI KA TIDAK

 


NI LA SEWAKTU PN NAK BENTANG URA


 



SIAPA PEMBULI SEBENARNYA?


Norman Radzuan


Jangan Bina Mahligai Atas Pusara

AJAK BOIKOT SAMBUTAN MERDEKA






Iklan di bawah ini saya tidak pasti kebenarannya sb ia dilihat agak fake… masanya tiada. Tapi ia sebahagian dari provokasi pihak anti kerajaan.


Jangan Bina Mahligai Atas Pusara… pesan PMX. Samalah maksudnya jgn menunggang isu Zara ini begitu teruk sekali. Bermula dari netizen yg kononnya Arwah Zara dimasukkan dlm mesin basuh.


Kemudian ada seorang lagi saya terbaca di penulisan Liyana Marzuki…”Ada seorang penulis buku mencari makan di FB. Kerap kali war2kan dia perlu dibantu.

Bukan saja tiada kerja dan tiada sales.


Dia juga sakit. Mental terganggu. Ke wad psikiatri saban bulan dan kadang saban minggu. Sambil letak nombor Akaun dan QR code di situ. Bila kes Zara meletup. Dia tetiba jadi sumber utama. Katanya dia dapat pelbagai berita.


- Kononnya ketika post mortem, Zara banyak lebam dan luka

- dia tahu siapa VIP yang dilindungi sekolah dan polis

dia tahu pembuli namanya Kak Dedeng, yang bunuh mangsa.

- Cerita dia ni dikongsi beribu kali. Dah jadi seperti berita utama.

- Sampai la ustazah wakil keluarga menegur sendiri di ruang komen, jangan tabur fitnah merata. Anda tak tahu cerita.


Kenapa influencer senang2 Pajak Otak pada dia?

Kita pernah due-d ke dia siapa? Apa kaitan dengan mangsa?” - Liyana Marzuki. 


Nampak… betapa teruk perangai manusia. Saya hairan bagaimana netizen boleh percaya kpd cerita karut marut. Lebih dasyat mereka menjadi penyebar fitnah. 


Akhir2 ini saya lihat ramai kenalan saya senyap bercerita tentang Zara…mungkin malu. Tapi ada yg degil terus menghentam… itu bukan kerana tidak mahu insaf tetapi level pemikiran tipikal Malay yg mudah diperbodohkan.


Sekarang mereka hasut rakyat jgn sambut Hari Kemerdekaan. Ini sudah peringkat yg melampau antara hasutan mereka. 


Tidak suka kerajaan ini tidak mengapa kerana itu hak masing2. Tetapi kesetian pada negara jgn sesekali diperjudikan. 


Pembangkang tahu Hari Kemerdekaan memperlihatkan perpaduan kaum di negara kita. Pembangkang takut dan tidak mahu negara ini makmur hidup berbilang kaum.


Tanya saya penghasut penghasut inilah PEMBULI sebenarnya. Mereka menjadi egen penyebar fitnah. Islam tapi tidak nampak keIslaman mereka. Kesannya bukan pada satu individu tetapi ratusan ribu atau jutaan rakyat.


Kes Zara kini parti politik telah mengambil kesempatan tanpa disedari. Jika sebelum ini ramai sudah termakan hasutan perkauman tanpa disedari… isu Zara juga pada awalnya luahan hati rakyat kini khabarnya parti politik sudah hijack utk memanaskan suasana.


Akhirnya rakyat yg tertipu…




RAMAI MINTA RR SUPAYA MEMBUAT PENERANGAN TERKAIT ISU URA, TABUNG HAJI DAN LAIN LAGI...WEYYYY....FAHMI BUAT KERJA APA..JKOM TAK TAU KAH ?,

 





IANYA ADALAH BERASAKAN SENTIMEN POLITIK. BUKAN SETUJU ATAU TIDAK



MSO


 Ketidak setujuan sesetengah pihak terhadap akta Ura bukan berasaskan fakta sebenanrnya, tetapi lebih kepada sentimen politik dan kebencian.


Dua orang ahli parlimen dari MCA dan seorang Adun BN juga menolak akta itu adalah kerana ia dibawa oleh Nga Ko Meng ahli DAP. 


Demikian juga dengan wakil rakyat puak puak Tok Dor mereka tolak kerana DAP bukan kerana lain. 


Akta Ura bukan baru, sudah lama tetapi ia jadi hebuh apabila DAP pegang kementerian itu. Setiap apa dilakukan DAP akan dikaitkqn dengan rancangan nak jual negara.


Cuba akta itu dibawa oleh Najib atau Hishammuddin Hussein berkebut disokong walaupun akta yang hendak dibentang kini benda sama. 


Pelik bin ajaib semasa jadi PM menggadaikan banyak tanah orang Melayu semua diam membisu termasuk Tok Dor dan kuncu kuncunya. Anwar ambil semua tanah di Sungai Besi digesetkan tezab Melayu semua senyap tipas. Trims.



RUU URBAN RENEWAL ACT 2025


 RUU URBAN RENEWAL ACT 2025

(Rang Undang² Akta Pembaharuan Semula Bandar)





Sekarang ni sedang hangat diperkatakan tentang cadangan RUU URA. Ada yang menyokong, ada yang membangkang. Tapi ramai juga yang atas pagar buat donno pasal tak faham apa isu yang digaduhkan. Rata² yang aku nampak, pihak Kerajaan Madani menyokong RUU ini, sementara pihak PN membangkang. 


Aku malas nak ulas sentimen politik ni, kerana banyak yang memandai² dan terikut² dengan permainan ayat gula² mahupun tohmahan² yang tak berasas. Pandangan aku adalah dari sudut akademik, kerana RUU ini amat berkait dengan bidang aku sebagai seorang akademik senibina. Jadi aku ulas dari awal dengan bahasa yg mudah, supaya korang semua faham. Lepas tu silalah buat keputusan sendiri.


1. Apakebendanya URA ni?


URA ni adalah satu RUU yang membolehkan kerajaan memperbaharui kawasan² bandar lama atau yang semakin merudum. Ini supaya bangunan² yang lama, rosak atau tak selamat boleh dirobohkan dan dibangunkan secara KOLEKTIF.


Istilah kolektif ni penting, kerana kita tahu sesebuah bangunan  memang boleh diroboh dan dibangunkan semula secara persendirian. Tapi kalau kawasan bangunan kita tu memang dah jadi tempat jin bertendang, kau bangunkan balik macamana pun memang nilai tetap akan jatuh. 


Jadi penyelesaiannya? Bangunkan secara kolektif - ini termasuklah semua bangunan² dalam zon yang ditetapkan, jalan raya, rekreasi, fasiliti dan sbgnya. 


2. Sebelum ni tak boleh buat ke?


Boleh. Tapi ia memerlukan persetujuan 100% pemilik yang terlibat dalam kawasan tu. Mungkin kita berfikir, "eh baguslah kalau perlu persetujuan 100%, kan?". Betul, tapi ini ada satu kekangan utama:


Kawasan yang nak diperbaharui tu biasanya dah lebih 30 tahun. Maksudnya, kalau kau berumur sekitar 40 tahun sekarang, rumah tempat kau membesar dulu dah masuk dalam kategori ni. Andailah mak ayah dah takde, maknanya rumah tu adalah rumah pusaka yang dikongsi dengan korang adik beradik. 


Untuk mendapatkan persetujuan pembangunan, SEMUA adik beradik kau kena bersetuju. Tengok², sorang kerja kat Penang, sorang kat Singapore, sorang belajar kat UK dan sebagainya. Walaupun kau yang duduk di rumah tu bersetuju untuk pembangunan, salah seorang dari mereka (yang mempunyai hak tuntutan ke atas rumah tu) boleh menghalang bukan setakat pembangunan rumah pusaka tu, tapi keseluruhan pembangunan tersebut! 


Itu belum cerita kalau diorang meninggal, dan kemudian rumah tu diwarisi bahagiannya oleh anak² dia. Memang tak akan selesai, dan inilah yang menjadi masalah kepada hampir semua pembaharuan bandar di Malaysia ni.


3. Jadi apa yang RUU ini cadangkan?


RUU URA 2025 mencadangkan agar had persetujuan diturunkan:


80% untuk bangunan bawah 30 tahun.

75% untuk bangunan lebih 30 tahun.

51% jika bangunan dianggap usang, bahaya atau terbengkalai.


Maknanya, kalau kawasan perumahan kau tadi nak diperbaharui, maka ia akan masuk kategori >30 tahun, jadi mereka perlu memperolehi 75% persetujuan sahaja. Kalau sorang adik kau yang tak duduk rumah tu tak setuju pun, 75% masih bersetuju. Maka boleh lah buat projek ni.


4. Apa yang orang ramai bangkang sebenarnya?


Kegusaran awam memang ada asasnya. Aku dah kutip beberapa isu utama, dan aku faham pendirian mereka. Pertama, mereka takut dipaksa jual hartanah. Yelah, dah beli susah² (atau penat tunggu makbapak meninggal), tetiba kerajaan nak ambik alih pulak? Apehaal beb?


Lepas hartanah diambil, dah tentu kena usir. Dan bila kena berpindah, pemilik tak mahu pindah ke lokasi jauh (sub-urban), terpaksa tukar kerja, tukar sekolah anak, serta kos sara hidup tersembunyi akan bertambah. 


Dan semestinya, orang² Melayu risau status Tanah Rizab Melayu, wakaf, kawasan warisan (heritage) dan sebagainya akan terjejas. 


5. Takkan kerajaan ambik macam tu aje?


Inilah sentimen yang ramai terpengaruh dengan tohmahan pihak tertentu. Sebenarnya kita ada Akta Pengambilan Tanah 1960 yang membolehkan kerajaan atau pihak berkuasa negeri mengambil alih tanah persendirian atas tujuan kepentingan awam, pembangunan ekonomi, prasarana dan macam² lagi. Jadi ini bukanlah sesuatu yang baharu. RUU ini menambah satu lagi tujuan ke dalam aspek di atas: iaitu Pembaharuan Bandar.


Tapi pengambilan tanah ni bukan selamba bodo. Pemilik hartanah akan diberi pampasan atas persetujuan mereka. 


6. Kalau projek jalan jugak apakah pampasan yang pemilik akan dapat (samada bersetuju atau tak)?


Haaa ini persoalan utama, kan? Berapakah pampasan yang pemilik/waris patut dapat? Kalau ada yang tak bersetuju, dapat jugak tak?


Antara benda yang dibincangkan dalam RUU URA ini adalah mekanisme menentukan berapakah nilai pampasan untuk hartanah yang diambil alih ini. Aku tak dapat baca dokumen RUU ini, tapi aku difahamkan "mengikut nilai hartanah semasa". 


Maknanya, kalau korang duduk flat bernilai RM120k, maka korang akan dapat pampasan bernilai RM120k. Kalau ada 4 orang adik beradik, bolehlah bahagi 4 = RM30k seorang. Ya, termasuklah adik kau seorang yang tak setuju tadi. Dia pun dapat tau! (Ini bukan cerita 3 Abdul!)


7. Tapi developer nak jual apartmen baharu dengan harga RM700k seunit!


Betul, dan kau tak ada hak nak tuntut pampasan bernilai RM700k tu. Harta yang kau ada bernilai RM150k. RM700k tu bukan harta kau. 


Tapi sebagai pemilik, memang kau boleh blok dan main tarik tali dengan kerajaan atau pemaju, selagi belum tercapai threshold 75% persetujuan tu. Di sini, pemilik/penduduk masih ada hak untuk menuntut apa² yang korang nak tuntut. Masa ni laa kau mintak benda² macam:


a. Boleh beli unit RM700k dengan harga diskaun;

b. Mintak dipelihara kawasan/bangunan warisan;

c. Mohon bina sekolah, masjid, dewan serbaguna;

d. Sediakan unit² untuk B40 yang korang boleh beli;

dan sebagainya. 


8. Tapi ini masih akan menyebabkan gentrifikasi, kan?


Haa ini adalah istilah yang banyak dijinjing di bibir ahli politik. Apa benda sebenarnya gentrifikasi ni?


Ia adalah satu keadaan di mana para penduduk asal sesuatu kawasan akan tersisih atau ditolak keluar dari kawasan tersebut akibat pembangunan. Mereka ini biasanya generasi tua, terpinggir atau miskin/kurang berkemampuan.


Pernah tak nampak lot kedai runcit kat rumah korang yang makin uzur akhirnya tutup kedai kerana pemiliknya dah tua? Kemudian pemilik baru ambil alih lalu bukak francais kelas atas? 


Mungkin kita akan terdetik: "Eh cool dah ada Starbucks dah kat tepi rumah kita ni!". Tapi kita tak fikir tentang pakcik tua yang kedai runcitnya dah ditutup tu. Apalah kisah pakcik tu? Entah² dia dah pindah balik kampung. Ini adalah gentrifikasi skala kecil.


URA memang sedikit sebanyak akan memberi kesan gentrifikasi pada skala yang lebih besar. Bukan setakat satu lot kedai akan berubah, tapi seluruh kawasan perumahan di sekeliling kedai tu juga mungkin akan diperbaharui. Nilai hartanah, sewaan dan gaya hidup akan meningkat. Pemain ekonomi besar akan masuk, dan kemungkinan besar pemilik/penduduk asal akan perlahan² terinjak ke luar.


9. Biasa laa tu kan?


Itulah isu dia. Gentrifikasi ni memang antara hujah utama menentang RUU URA ini. Tapi gentrifikasi adalah masalah dunia, bukan di Malaysia sahaja. New York, London, Tokyo, Seoul, Singapore, semua dah alami isu ini. Cuma skala dan implementasi sahaja yang berbeza.


10. Jadi apa kita boleh buat bagi memastikan RUU URA ini lebih baik?


Ada beberapa bandar yang berjaya mengatasi isu gentrifikasi ini dengan baik, antaranya jiran kita di selatan sana (aku cakap pasal Singapore, bukan JDT lel). Banyak yang kita boleh belajar, seperti pengurusan HDB yang menyediakan safety net kepada pemilik yang terpaksa berpindah. Maksudnya, bila kau jual flat kat Cheras, takdelah kau kena pindah sampai ke Semenyih. Dia akan sediakan rumah dekat² kawasan asal juga. Aku tekankan aspek ini kerana ia bukan sahaja akan membaiki fabrik urban di kawasan itu, tetapi ia jugak akan membawa bersama² penduduk asal untuk maju sekali.


Singapore juga perkenalkan badan penilai hartanah bebas, yang akan memastikan pemilik akan dapat pampasan yang setimpal. Yelah, kalau hartanah tu sekarang bernilai RM120k, pemaju boleh je turunkan nilai tu kepada RM100k aje (pasal dia nak untung lebih). 


Jadi ketelusan dalam urusan² ini amatlah penting, dan aku sendiri akan membantah RUU yang memberi terlalu banyak kuasa atau mewujudkan terlalu banyak prosedur legap (opaque procedures) yang sukar difahami/ditembusi oleh orang awam. Aku nak semua yang terlibat dalam membuat keputusan diumumkan identitinya serta kepentingan masing². Kalau kerajaan Madani serius dalam menangani isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa, benda ni kena buat dulu.


Aku juga nak perlindungan khusus kepada tanah² rizab Melayu, tanah² adat, wakaf, warisan (tangible and intangible heritage) dan sebagainya. Pastu semua cadangan patut dibuka kepada umum terutamanya para akademik supaya kami boleh menilai dan memaklumkan kepada awam kelebihan dan kekurangan proposal tersebut.


Kesimpulan


URA ini adalah satu proposal yang penting. Ini bukan kerja kerajaan Madani sahaja. URA ni dah dicadangkan dari 2012, sejak zaman Najib (UMNO/BN) lagi. Draf undang² dibuat pada 2013, pastu dasar pembahruan bandar dibuat pada 2020 masa zaman Annuar Musa (BN, sekarang PN), disambung oleh Zuraida Kamaruddin (PKR) pada tahun 2021, lepas tu Shahidan Kassim (UMNO) pulak 2022, hinggalah sekarang Nga Kor Ming (DAP) ambik alih.


Semua dah terlibat dalam RUU URA ini. Jadi aku rasa agak kelakar bila mereka tuding-menuding antara satu sama lain, padahal masing² dah pernah celup jari dalam benda ni. 


Penulisan aku ni bersifat memberi pengenalan kepada sesiapa yang tak faham isu ni tapi tak tahu kat mana nak mula. Aku harap sebelum korang terus berpihak kepada kerajaan atau pembangkang, sila baca dahulu lebih lanjut tentang benefit URA ini. Kalau ada apa² isu yang mungkin akan memijak atau mengenepikan hak² tertentu, elok diketengahkan kepada pihak berwajib melalui wakil rakyat masing². 


Mereka tu WAKIL rakyat for a reason.


#azamengarutlagi