ERA ANWAR IBRAHIM

Alif Jamil


 Era Anwar Ibrahim. 




Pada kacamata saya, saya melihat ia bukan sekadar seorang Perdana Menteri yg berdiri dipentas raptai sambutan hari kebangsaan. 


Ia adalah simbol sejarah yang sedang hidup.


Bayangkan, seorang pemimpin yg pernah dihumban ke penjara, dihina dgn fitnah, disingkir ketika dipuncak kuasa, namun akhirnya berdiri semula di hadapan rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Ramai diantara kita termasuk saya sendiri tak sangka mcm mana saya boleh terbuka hati menyokong perjuangan beliau sedangkan sejak dulu saya tak gemar dgn beliau. 


Atau mungkin juga ini asbab dari kesabaran beliau yg selama ini dikhianat dan dinafikan janji terhadapnya membuka mata rakyat untuk menilai dan mendukung aspirasi perjuangan beliau. 


Detik harini, dimana politik nilai mengatasi politik wang, politik prinsip mengatasi politik perkauman dan politik keadilan mengatasi politik pengkhianatan.


Era ini tidak datang bergolek. 


Ia lahir dari luka yg panjang.

Ia lahir dari air mata rakyat yg turun ke jalanan.


Dari penjara yg pernah menjadi rumah seorang reformis hingga Putrajaya yg kini menjadi saksi bahawa kebenaran boleh ditangguh tapi tidak akan terkubur.


Malaysia harini sedang berdiri di persimpangan. 


Sama ada kita mahu teruskan legasi lama dalam politik toksik, perkauman sempit dan penunggang agama..


Atau kita pilih jalan baharu bersama Anwar Ibrahim dalam kerangka Malaysia Madani yg syumul. 


Anak muda, ini adalah masa kita untuk tentukan.




No comments: