Penduduk flat KL serah memo kepada menteri minta percepat RUU PSB



Sekumpulan penduduk flat di Bukit Jalil Kuala Lumpur hari ini memohon kepada kerajaan untuk mempercepatkan Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (Akta PSB) supaya mereka memiliki kediaman yang lebih baik untuk didiami.

Dalam himpunan kecil pagi ini, Pengerusi Penduduk Taman Sri Indah, Rahimah Abdul Ghafor, 71 berkata, dia telah menetap di flat terbabit selama kira-kira 30 tahun sejak tahun 90-an hingga kini.

Katanya, semua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang perlu bersama-sama meluluskan Akta PSB demi kesejahteraan mereka.

Apatah lagi katanya, kediaman yang dihuni sejak sekitar tahun 80 hingga 90-an itu semakin dimamah usia selain kekangan fasiliti terutama ketiadaan lif yang menyukarkan warga emas untuk ke tingkat atas.

“(Kami) mintalah, pihak dalam Parlimen…bukan 1 menteri sahaja yang luluskan. Kalau boleh kita minta keseluruhan di dalam Parlimen itu ambil lah peluang untuk membantu rakyat.

“Hari ini kita nak serah memorandum kepada YB (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) supaya benda ini dipercepatkan untuk pihak kita semua.


“Kita dah tak boleh tunggu dah lama-lama. Kita ni dah tua, sempat ke tak sempat kita duduk. Flat yang ada sekarang ialah naik tangga. Orang tua dh tak kuat nak naik tangga,” katanya dalam satu himpunan di hadapan bangunan Parlimen pagi tadi.

Difahamkan, mereka yang berhimpun melibatkan penghuni flat Taman Sri Indah, Taman Desa Bakti Selayang serta Taman Maluri.

Rahimah berkata, disebabkan ada pembangkang yang membantah RUU PSB ini, ia telah melewatkan proses penduduk untuk mendapatkan perumahan yang lebih baik.

“Dengan pelbagai masalah ini semua sepatutnya kita dah pindah lama. Tapi benda ini berterusan. Ada pembangkang tak setuju, ada pembangkang yang tak nak…



“Jadi kita dari pihak penduduk ini memang mintalah kalau boleh hari ini buat malam ni kita pindah. Kita nak ia disiapkan sesegera yang boleh,” katanya.

Kerajaan sebelum ini telah berulang kali menegaskan bahawa RUU PSB tidak akan menjejaskan tanah rizab Melayu, komuniti tradisional mahupun keseimbangan etnik di kawasan bandar.

RUU berkenaan sama sekali tidak mengambil alih kuasa negeri dalam urusan tanah dan perancangan bandar, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara serta Akta Perancangan Bandar dan Desa





RUU URA: Pembangkang gagal, banyak buang masa penyokong



MP PAS KANTOI MENIPU DI DEWAN? DOKUMEN SULIT PALSU & TIDAK BENAR?



Ahli parlimen, Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary mendakwa berlaku percanggahan besar dalam kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung jumlah perbelanjaan penjenamaan Lembaga Tabung Haji (TH). Beliau berkata, Mohd Na’im sebelum ini menyatakan bahawa kos yang terlibat hanya RM5.9 juta, namun dokumen yang dimilikinya menunjukkan jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi. “Kalau maklumat ini benar, saya serah kepada menteri untuk justifikasi bahawa jawapan Menteri Agama bahawa RM5.9 juta terlibat dalam perbelanjaan rebranding TH itu sangat salah. “Ini kerana dokumen ini menunjukkan ianya adalah sekitar RM20 juta sebab dalam dokumen ini adalah RM18 juta, jadi itu yang saya sebut. Sedangkan Menteri Agama beritahu RM5.9 juta sahaja,” katanya ketika sesi Perbahasan Rang Undang Undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. ================================================================================== Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Na’im Mokhtar pada 18 Ogos lalu di Dewan Rakyat berhubung penjenamaan semula institusi kewangan umat Islam itu adalah benar. TH dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, fi konsortium perunding bagi kerja penjenamaan berjumlah RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun itu melibatkan penyelidikan dan kajian pasaran dan audit serta pelan penjenamaan. Fi itu juga merangkumi kos perhubungan awam dan latihan pembudayaan dalaman, tambah kenyataan itu. Setakat ini, sejumlah RM1.6 juta telah dibayar mengikut jadual bayaran yang ditetapkan. Sehubungan itu, TH turut menegaskan tiada sebarang kontrak atau pelantikan lain telah dibuat menerusi inisiatif ini. TH turut menzahirkan komitmentnya untuk memastikan semua keputusan diambil mengikuti garis panduan yang tepat dalam memastikan kepentingan para pendeposit. Pada 18 Ogos lalu, Naim memberi penjelasan rasmi berhubung isu berkaitan penjenaman semula TH dilakukan melalui proses rundingan terus dan tidak melibatkan dalam urusan dasar institusi itu.






BENGONG

 

Bidin Lotot


Yang berumah besar & berkereta besar menentang URA. Yang rumah usang dan sempit di bandar, menyokong.!!


Kredit : Kahar Kuantan




KIOK

 


𝐑𝐔𝐔 𝐔𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐧𝐞𝐰𝐚𝐥 𝐀𝐜𝐭 (𝐔𝐑𝐀): 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐬𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤, 𝐇𝐚𝐤 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚






Isu tanah dan perumahan di Malaysia bukan sekadar persoalan ekonomi, tetapi juga menyentuh aspek maruah, identiti, dan kelangsungan hidup rakyat. Setiap cadangan undang-undang baharu dalam hal ini sering menimbulkan polemik besar kerana sensitiviti masyarakat terhadap pemilikan rumah dan tanah. Cadangan 𝐑𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐔𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐧𝐞𝐰𝐚𝐥 𝐀𝐜𝐭 (𝐔𝐑𝐀) adalah contoh terkini bagaimana sebuah inisiatif kerajaan yang berniat memperbaharui kawasan bandar lama telah menimbulkan keresahan, sehingga akhirnya pembangkang membuat tekanan ditangguhkan bacaan kedua di Parlimen.


Walaupun URA bertujuan baik — memodenkan bandar usang, memudahkan jualan kolektif (en bloc sales), serta meningkatkan kualiti perumahan — ia telah gagal dipersepsikan secara positif. Malah, ahli politik lawan mengambil kesempatan untuk menunggang isu ini, menuduh kerajaan zalim dan pro-pemaju. Mengapa hal ini berlaku, sedangkan Malaysia sudah memiliki kerangka undang-undang kukuh seperti 𝐊𝐚𝐧𝐮𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐋𝐚𝐧𝐝 𝐂𝐨𝐝𝐞, 𝟏𝟗𝟔𝟓) yang melindungi hak pemilikan rakyat?


𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐧𝐮𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐁𝐞𝐧𝐭𝐞𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧


Secara asasnya, Kanun Tanah Negara (KTN) sudah menjadi “tembok” utama bagi menjaga kepentingan rakyat. Beberapa aspek penting termasuk:


𝟏. 𝐓𝐨𝐫𝐫𝐞𝐧𝐬 𝐒𝐲𝐬𝐭𝐞m

Sistem pendaftaran hak milik yang memberi pengiktirafan undang-undang kukuh kepada pemilik berdaftar.


𝟐. 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡

Berdasarkan Perkara 74 & 83 Perlembagaan Persekutuan, tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukan persekutuan.


𝟑. 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 (𝐑𝐞𝐬𝐭𝐫𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧-𝐢𝐧-𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭)

Misalnya tanah rizab Melayu, tanah pertanian, atau syarat pindah milik yang hanya boleh dilakukan dengan kelulusan kerajaan negeri.


𝟒. 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐢𝐧

Antaranya Akta Tanah Rizab Melayu, Akta GSA (Group Settlement Areas) bagi FELDA, dan Akta Perancangan Bandar dan Desa.


Ini bermakna kebimbangan seolah-olah hak rakyat akan “lenyap” melalui URA adalah keterlaluan, kerana sistem undang-undang sedia ada sudah memberi lapisan perlindungan yang kukuh. Namun, kegagalan komunikasi kerajaan menyebabkan persepsi negatif lebih berkuasa daripada fakta sebenar.


𝐑𝐔𝐔 𝐔𝐑𝐀: 𝐑𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭


URA dicadangkan bagi merancakkan pembangunan semula bandar lama yang uzur. Antara rasionalnya ialah:

• Menurunkan ambang persetujuan jualan kolektif (en bloc) daripada 100% kepada 66–80%, supaya projek pembaharuan tidak tersekat hanya kerana seorang atau dua pemilik enggan.

• Menyelaraskan undang-undang negeri dan persekutuan supaya proses lebih efisien.

• Memberi peranan penyelarasan kepada 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐊𝐏𝐊𝐓).


Namun, beberapa kebimbangan timbul:


1. 𝐋𝐨𝐰𝐞𝐫 𝐜𝐨𝐧𝐬𝐞𝐧𝐭 𝐭𝐡𝐫𝐞𝐬𝐡𝐨𝐥𝐝 dianggap menekan hak minoriti pemilik.


2. 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐫𝐢𝐟𝐢𝐜𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 – risiko penduduk asal dipindahkan dan kawasan berubah menjadi projek mewah yang tidak mampu dibeli semula.


3.  𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐚𝐥𝐢𝐬𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐨𝐟 𝐩𝐨𝐰𝐞𝐫 – dikhuatiri menjejaskan kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.


4. 𝐈𝐬𝐮 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐰𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 – kebimbangan bahawa perlindungan tidak menyeluruh.


𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐮 𝐔𝐑𝐀?


Beberapa faktor menjadikan isu URA “senjata politik”:


1. 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐄𝐦𝐨𝐬𝐢 – Tanah dan rumah adalah isu maruah; naratif “kerajaan nak rampas rumah” mudah membangkitkan kemarahan.


2. 𝐌𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 – Naratif kerajaan zalim, pro-kapitalis, dan anti-rakyat lebih mudah diterima berbanding penjelasan teknikal.


3. 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 – Isu tanah FELDA, rizab Melayu, kampung baru Cina, dan tanah adat Orang Asli telah lama digunakan sebagai modal politik.


4. 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐫𝐚𝐥 – Bila kerajaan tunduk kepada tekanan dan menangguhkan bacaan kedua, pembangkang boleh mendakwa mereka “menyelamatkan rakyat”.


𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐠𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐬𝐢 𝐏𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟?


Walaupun niat URA baik, kerajaan gagal dalam aspek perception management:


1. Kurang Pre-Emptive Communication – Tiada penerangan awal sebelum dibawa ke Parlimen.


2. Bahasa Teknis, Tidak Mesra Rakyat – Terma seperti “threshold 80%” tidak mendarat; sebaliknya naratif lawan lebih mudah: “rumah kamu boleh kena paksa jual.”


3. Engagement Terhad – NGO dan persatuan penduduk mendakwa suara mereka diketepikan.


4. Kalah di Media Sosial – Naratif negatif sudah viral sebelum kerajaan sempat menjawab.


5. Imej Mesra Pemaju – Skeptisisme rakyat terhadap kerajaan menyebabkan sebarang dasar baru dilihat berpihak kepada kapitalis.


𝐊𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐑𝐀 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭


Sekiranya dilaksanakan dengan telus dan berpaksikan rakyat, URA boleh membawa banyak manfaat:


1. Urban Revitalisation – Membaharui bandar lama, meningkatkan nilai hartanah, dan mewujudkan bandar lebih moden.


2. Menyelesaikan Isu Strata Usang – Pemilik tidak lagi terperangkap dalam flat lama yang tidak bernilai.


3. Ekonomi dan Pekerjaan – Projek pembangunan menjana pekerjaan dan peluang perniagaan baharu.


4. Infrastruktur Moden – Akses kepada pengangkutan awam, sekolah, hospital, dan teknologi digital.


5. Sustainability – Bandar hijau, mesra alam, dan selaras dengan SDG (Sustainable Development Goals).


6. Perlindungan Sosial – Jika syarat rumah mampu milik, pampasan adil, dan penempatan semula dipastikan, rakyat kecil tetap dilindungi.


𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐟𝐞𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝𝐬


Agar manfaat URA dapat dirasai dan tidak diputarbelit, kerajaan perlu:


1. Pra-Bentangan – Jalankan public townhall, infografik mudah, dan penerangan awal.


2. Semasa Perbahasan – Gunakan bahasa mesra rakyat, bukan teknikal.


3. Pasca-Bentangan – Bentuk rapid response di media sosial untuk tepis fitnah.


4. Safeguards – Letakkan jaminan jelas dalam akta: pampasan adil, kuota rumah mampu milik, perlindungan tanah wakaf/warisan, serta penempatan semula yang manusiawi.


𝐔𝐑𝐀 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫


Isu RUU URA membuktikan bahawa dalam era politik moden, 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐞𝐩𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐢𝐬 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐩𝐨𝐰𝐞𝐫𝐟𝐮𝐥 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐜𝐭. Walaupun Kanun Tanah Negara dan pelbagai akta lain sudah menjadi benteng hak rakyat, kegagalan kerajaan menguasai naratif menyebabkan lawan berjaya membingkaikan URA sebagai akta zalim.


Hakikatnya, URA berpotensi besar membawa kebaikan kepada rakyat dan negara — dari segi pembangunan bandar, ekonomi, pekerjaan, hingga kelestarian alam sekitar. Namun, manfaat itu hanya boleh dicapai jika kerajaan mengutamakan human-centred safeguards dan membina komunikasi yang telus, inklusif serta mudah difahami rakyat.


Dengan itu, jelas bahawa cabaran sebenar bukan sekadar pada isi undang-undang, tetapi pada how you communicate the law. 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢, 𝐠𝐨𝐨𝐝 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐲 𝐰𝐢𝐭𝐡𝐨𝐮𝐭 𝐠𝐨𝐨𝐝 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐮𝐧𝐢𝐜𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐢𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐞𝐝 𝐭𝐨 𝐟𝐚𝐢𝐥.


#RUUURA #URA #UrbanRenewal #PembaharuanBandar #PerumahanUntukRakyat #HakRakyat #HakRakyatTerjamin #TanahUntukRakyat #PampasanAdil #BandarMampan #BandarModen #RenewalForAll #FutureCities #SustainableCities #BandarLestari #RumahMampuMilik #PerumahanAdil #PerumahanRakyat #PembangunanInklusif #PembangunanBandar #ReformBandar #GoodPolicyGoodComms #FaktaVsPersepsi #UndangUndang #KanunTanahNegara #HakMilik #PerlindunganTanah #SuaraRakyat #SuaraPemilik #RakyatDidahulukan

@highlight



ZAMAN NI ADA SIAPA TANYA .

 


Saya dah whatsapp pada seseorang (MP PAS), minta dia tanya DS Shahidan namakan kawasan mana yang 30 kawasan di KL yang sudah di kenal pasti untuk projek pembaharuan bandar seperti mana kenyataan pada 13/09/2022 ?


Sehingga sekarang kawan saya (MP PAS) belum reply whatspp saya, hanya bluetick sahaja.




PLAN MALAYSIA JAWAB.

 


Mohd Firti Asmuni


Antara naratif jahat PN terhadap RUU PSB ialah penduduk akan dihalau dan merugikan penduduk. Nah, #PLANMalaysia sendiri jawab kekeliruan tersebut kepada ya g terpengaruh. 


#ruupsb

#MalaysiaMadani




SKSIKAN ..INILAH BUKTI ZAMAN PNPAS PERNAH NAK LAKSANAKAN URA..3 EKOQ PEMBELIT

 


JANGAN MUDAH LUPA

 


KIOK...


 

JADILAH PEMBANGKANG YANG CERDIK. KAMU PERNAH JADI KERAJAAN DAN KAMU JUGA MAHU LAKUKAN YANG SAMA



 Nak jadi pembangkang tak salah, tapi jadilah pembangkang yang ada kredibiliti, kompeten, peka dengan isu semasa.


Tapi bila kementerian terbabit adakan sesi libat urus berkenaan dengan URA, sebanyak 108 kali pulak, dan sekor pun MP pembangkang tak hadir, itu bukannya pembangkang, tapi pembangang yang hanya nak laba politik dan sensasikan isu. 


Contoh mudahnya apa? 


Kau sebagai ibu bapa tak puas hati sebab sekolah kenakan sumbangan PIBG macam-macam. Kau mesyuarat PIBG pun tak hadir. Alih-alih kau memekak bising kat luar sebab sekolah tetapkan bayaran sumbangan PIBG sekian-sekian bayaran, memang tak cerdik la. 


Sepatutnya datang la mesyuarat PIBG sekolah, kat situ kau gasak tanya habis-habisan, argue dengan kepimpinan PIBG bayaran ini untuk apa, itu untuk apa. 


Sama la macam URA ni. Tak hadir sesi libat urus tapi bising memekak kat luar.


Itu bukan bangkang, itu BANGANG!






TERGAMAK KAH RUMAH INI DIDUDKI..TANYA AHLI PARLIMEN PASPN


 

USAHA INI HARUS DISANTUNI


 

MEREKA.PNPAS AKAN CUBA MENGGAGALKAN USAHA GABUNGAN UMNO PH. KERANA 32 KERUSI NI AKAN TUMBANG.

 

Patut pun berdemo tiap2 hari,lepas ni selipar walaun hilang pun lobai akan demo.

PRU16 lobai dah dapat rasakan mereka akan tewas.




BOLEH PULOK DOH MAIN TAK NAK TAK NAK PULOK DOH.

Fendi Apple


Jangan ingat RM750,000 je tauu...ini kali lah RM500,000 mau maii dah....Mati la nak....masshuuukkk lagi ...😂🤣😅😆😁😄🤭kih kih kih




LAHANAT


 


JKOM ADA MCMC ADA..KERJA JA TAK JALAN. KALAU JALAN ORANG TAK JADIKAN ISU.

 


CURANG BOLEH BERLAKU PADA SESIAPA SAHAJ . SELAGI BELUM DIUJI JANGAN SESEKALI MENINGGI DIRI


Oh Media


 Sehari dua ni media sosial kawan-kawan Cina hangat pasal video - dipercayai si isteri yang curang kantoi dengan suaminya. Orang ketiga dikatakan seorang doktor muda. Netizen jadikan BMW yang dipandu doktor muda ini dengan singkatan "Bring More Women" (bawa ramai lagi wanita).





Tular juga luahan yang dikatakan dikeluarkan oleh si suami malang ini. Katanya dia tak sangka insan yang dia sayang curang, bukan kerana kemiskinan. 


Siapa salah? 


Suami tak pandai jaga isteri?


Isteri tak pandai jaga diri?


Orang ketiga penyondol? 


Apa yang kita boleh simpulkan di sini, curang itu boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Baik lelaki mahupun wanita. Pokok pangkal, kita kena sentiasa ingat, "TEPUK SEBELAH TANGAN TIDAK BERBUNYI". 


Semoga hubungan kita semua bergelar suami isteri kekal erat ke akhir hayat tanpa orang ketiga.



PAS YANG HIPOKRIT

 

Jamzuri Ardani


Jika ditakdirkan RUU URA ini dibentangkan di zaman PAS jadi kerajaan, saya percaya RUU URA yang sama yang mereka bantah ini juga yang mereka akan bentang di parlimen. 


Sebab apa? 






Sebab ia akan dibuat berdasarkan kajian yang sama, lapuran yang sama, dan penilaian yang sama oleh pihak-pihak yang sama yang menyediakan kertas cadangan dan RUU tersebut. 


PAS sendiri pernah menyebut pentingnya RUU URA di dalam lidah rasmi mereka Harakah. Nak kona kot mana lagi.


Ok ... PAS mungkin akan kata kalau kita buat pun, tak sama dengan RUU URA yang ada sekarang. Adakah PAS fikir nak buat RUU URA ni boleh dibuat dengan beberapa siri perbincangan, mesyuarat, dan seminar? Bagaimana dengan data, kajian, dan lapuran yang dikumpul bertahun lamanya? Nak buang dalam longkang kah? Bagaimana dengan dapatan sessi libat urus dengan pemegang taruh yang dibuat sejak 2015? Nak abaikan begitu saja? Tidak. Mana-mana kerajaan pun akan guna dapatan yang sama dan kesimpulan yang sama dan akhirnya RUU yang sama. 


Jadi kesungguhan PAS membantah RUU URA ini bagi saya adalah hipokrit kerana jika PAS membentuk kerajaan pun, mereka akan bentangkan RUU URA yang lebih kurang sama. Cuma mungkin masa tu dalilnya sudah berubah. 


Alkisahnyer ...

TAK SERIK KENA KENCING..DOK PI CARI MAKAN DI NEGERI CINA DAP GAK TAK SUDAH....KIOK

 



KENYATAAN SEKUPANG DUA NI BUAT ORANG MELUAT.


Hamdan Taha


 Kenyataan timbalan menteri yang tidak benar ini lah yang boleh mendatangkan kebencian pada Kerajaan, tak payah keluar kenyataan sebegini lebih baik...


 Beras je dah 35 jika import, beras tempatan 26...kot hari hari suami isteri tu makan telur 6 biji sehari 3 ringgit sehari... Sebulan dah 90.




KIOK WALAUN KENA KENCING

Ridwan Muhammad


Pemimpin PAS waktu ni koma.. Menteri Kerajaan Tebok Atap dah bagitau nak buat URA ni.. ramai pemimpin PAS baru bangkit dari koma...ni lah permainan celaka lebai lahanat...




SHAIDAN LAWAN SHAIDAN..WALAUN JUGA KENA MUHONG.

 


KEH .KEH..KEH...MASUK NERAKA LA KALAU MACAM TU.


 

KEPALA HOTAK ENGKAU LEBAI

 


BAGI BOLA TANGGUNG KENA LA LEBAI WOIII.KO TANYA SOALAN BODO KENA BALIK. LA

 Ini yang aku katakan 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Bermuka-muka berdepan dengan isu. Kalau untungkan dia, sokong. Kalau rugikan dia, lawan. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 pun.







Macam 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 (URA) ni. Benda ni bukan benda baru. Dah lama dah. Malah PN sendiri masa jadi kerajaan dulu 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘆𝗮-𝗶𝘆𝗮 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 perkara ini.


Malah 𝗮𝗸𝗵𝗯𝗮𝗿 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁 milik PAS yang hutang cetakannya masih belum langsai, 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 usaha ini di tahun 2020 dahulu. Baca juga kenyataan Annuar Musa.


Kenapa masa tu sokong tapi sekarang menentang? Mudah. Semata-mata sebab 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮! PN berharap dengan isu ini mereka 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 membenci kerajaan.


Konon 𝗧𝗮𝗸𝗶 nak tonjolkan diri sebagai 𝗵𝗲𝗿𝗼. Sampai cakap kena gantung 6 bulan pun gantunglah. Konon nampak dia pejuang rakyat. Padahal yang tertonjol hanya 𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸. Begini punya penipu pun walaun masih percaya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KENAPA PEMBANGKANG TAK DAPAT PERUNTUKAN. SEBAB TAK MAHU ISTIHAR HARTA.


 

KENAPA BANGGA JADI WALANON BERBANDING JADI WALAUN ?


 

NAK KENAI WALAUN..NI LAH CONTOH PAK DOLLAH.


 

CERITA KONONNYA NAK JIHAD BANTAH URA...WOII JARGON..HANG PI TANYA ANUAR MUSA SHAIDAN KASSIM YANG NAK SATUKAN MELAYU TU....DULU DEPA NAK BUAT JUGAK...KENCING.


 

KISAH SI TAR SENIK


 

JAWAPAN BUAT WALAUN

 


PRN SABAH : 6 KERUSI DUN SUDAH DIGERAKKAN JENTERANYA










Ketika ini, gendang perang Pilihanraya Negeri Sabah sudah dipalu. Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah sendiri sudah merasmikan 6 Bilik Gerakan Utama serta Jentera Piliharaya PKR di DUN Sindumin, DUN Darau, DUN Inanam, DUN Api-Api, DUN Petagas dan DUN Melalap.


Maknanya 6 kerusi DUN ini bakal ditandingi oleh parti kita dalam Pilihanraya negeri kali ini.


Dan keenam-enam kerusi ini memiliki harapan cerah untuk kita menang kerana sokongan rakyat sangat baik dan gabungan dengan GRS dan Barisan Nasional (BN) memungkin kerusi itu dimenangi dalam PRN kali ini.


PKR sebelum ini telah menang dalam PRN 2020 di DUN Inanam (Peto Galim) dan Api-Api (Christina Liew). 


Dan 4 kerusi lain dimenangi oleh Warisan dengan majoriti kecil dan peluang PKR untuk memenangi kerusi itu.


Dun Petagas, Warisan menang dengan majoriti 261 undi. Dun Darau (562 undu), Dun Sindumin dengan majoriti 424 undi dan DUN Melalap dengan majoriti 1,719  undi. 


Dan kalau kita bergabung dengan BN dan GRS, keempat-empat kerusi ini dapat dimenangi mengikut pola pengundian PRN 2020 dahulu. 


Jadi peluang besar untuk parti kita menang di Sabah dan inilah peluang buat Nurul Izzah buktikan kehebatan beliau sebagai jenderal perang dalam PRN kali ini. Ini kalilah…



AIB KELUARGA BIAR MEREKA URUSKAN

 Politik, politik jugak. Tapi aib keluarga, biar keluarga tu uruskan sendiri.


Jangan ketawakan kalau anak orang tu jadi penagih dadah. Biar macamana benci pun kita kepadanya. Yang penting kita jaga anak-anak kita.


Lainlah kalau anaknya tu sorok minyak masak, atau rompak duit negara atau lari cukai atau jadi 𝘴𝘤𝘢𝘮𝘮𝘦𝘳. Itu takpe sebab babitkan masyarakat.


Tapi kalau jadi penagih tu lebih kepada 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶 dia. Aib dia. Walaupun anak orang yang kita benci.Tak payahlah kita nak sibuk mengutuk. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



Apa jugak la 𝗠𝗣 𝗣𝗔𝗦 ni nak dengan Tabung Haji.





Mula-mula dia kata 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 sebab TH memang dah dikenali. Tapi bila dijelaskan kenapa penjenamaan ini perlu dia pusing pulak.


Dia kata 𝗸𝗼𝘀 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 sampai RM20 juta. Bila menteri malah TH sendiri jelaskan yang kos sebenar hanya RM5.9 juta, 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗶𝘀𝘂 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗽𝘂𝗹𝗮.


Kemudian bila didedahkan masa dia timbalan menteri dulu TH 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 dengan nilai yang 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 kepada syarikat bukan bumiputera dan syarikat asing, sekali lagi dia cuba pusing.


Kalau hal lain tak apa kata dia. Ini penjenamaan. Cuba jelaskan apa beza penjenamaan dengan beli puluhan kereta berharga 𝗷𝘂𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁?


Ini penjenamaan. Bukannya soal dasar TH atau soal urusan perbankan. Kalau yang itu boleh la kalau nak tegur pun. Nampak sangat sengaja jadikan isu je.


Dan sekarang ni dia kata 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝘀𝘂𝗹𝗶𝘁 pula yang mengatakan kos penjenamaan tu RM18 juta pulak. Dia 𝘳𝘦𝘤𝘺𝘤𝘭𝘦 balik isu. Dah mati akal la tu.


Mana dia dapat dokumen sulit tu? Mungkin TH patut buat laporan polis. Sebab nampaknya ada perbuatan 𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 kalau dokumen tu benar.


𝗠𝗮𝗿𝘇𝘂𝗸 sebenarnya boleh rujuk menteri kepada JK atas alasan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝘄𝗮𝗻. Berani tak? Kalau betul dia ada dokumen tu, mesti berani punya.


Tapi, antara makhluk ini dengan menteri, aku lebih percaya menteri. Sebab menteri bukan ahli politik. Dia 𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗸𝗶𝗺 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵. Integritinya lebih baik.


Orang macam Marzuk ni, yang masa jadi timbalan menteri dulu pun 𝘁𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝘆𝗮, agak tak cerdik kalau kita nak percaya. Dah la menipu dan fitnah 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗶𝗻𝗼𝗻𝗶𝗺 dengan lebai PAS.


Sebenarnya, PAS ketandusan idea. Macam-macam isu mereka dah cuba bawa. Dari isu kos sara hidup ke, isu peruntukan. Sampai terbaru, isu Allahyarham Zara, semua gagal untuk 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Jadi yang PAS nampak, hanya isu agama dan kaum je yang boleh berjaya. Sebab tu, 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗿𝘂𝗮𝗵, mereka olah isu penjenamaan TH ini. Inilah munafik politik


Begitulah PAS. Selain fitnah dan mengadu-domba, apa lagi yang PAS mampu buat? Tadbir negeri pun jadi makin miskin. Jadi ini sajalah yang dia boleh mainkan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




JANGAN MAIN ISU AKTA RAHSIA RASMI


 

HATI HITAM BETOI. TOLONG BANGSA SENSIRI PUN BUSUK PERUT KA.


 

CINA DARI DAP JUGAK YANG SELESAI. PADA HAL YANG BEKRJA DALAM BIDANG NI MELAYU RAMAI.. YANG DOK MAKI PUN MELAYU RAMAI. MANA DIA PASPN NI?


 

DIA TAK BOLEH BUAT.. DIA BANTAH PULAK ORANG NAK BUAT. KIOK BETOI.

 Man Toba. 


PN rancang, pastu tak sempat laksana kerajaan tersungkur rebah, kerajaan PHBN naik, sambung perancangan PN.


Dia rancang kemudian dia bantah... aje gilerrr..


Ura!!!!







𝗣𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚: 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗞 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛, 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗔𝗨𝗡 𝗦𝗧𝗜𝗟𝗟 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚




Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad dibebaskan dari 12 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, setelah membayar kompaun RM4.1 juta.


Tuduhan rasuah tersebut membabitkan projek-projek di bawah Jana Wibawa yang kononnya ingin membantu kontraktor Bumiputra di bawah pentadbiran Perikatan Nasional.


Adam Radlan berdepan dakwaan berikut:


1. Meminta suapan di antara 3.5% hingga 7% berhubung projek jalan bernilai RM47.6 juta dari Mat Jusoh Mamat, pengarah urusan MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd


2. Meminta suapan RM2 juta dari Lian Tan Chuan untuk membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapat kontrak bernilai RM141 juta


3. Menerima suapan RM2.1 juta dari Mat Jusoh untuk satu lagi projek  Jalan Sg Adam ke Kg Banat, Perlis bernilai RM47.8 juta


4. Menerima suapan RM500,000 dari Mat Jusoh untuk mendapatkan tender Jalan Sg Adam secara rundingan terus


5. Menerima RM4.1 juta dari Mat Jusoh dan Lian Tan Chuan untuk mendapatkan 2 lagi tender di bawah Jana Wibawa


6. Meminta suapan RM2 juta dari Lian Tan Chuan untuk satu lagi projek Jana Wibawa


Secara kasar, sekurang-kurangnya dia dituduh telah menerima RM6.7 juta dan meminta suapan dalam RM6 juta lagi.


Dalam diam-diam, peguam Adam Radlan menulis surat representasi untuk membayar kompaun sebanyak RM4.1 juta untuk dibebaskan dari tuduhan-tuduhan ini.


Dalam diam-diam, pendakwaraya bersetuju dan pada mulanya ingin memberikan DNAA (lepas tanpa bebas), tetapi peguam Adam Radlan memohon supaya dibebaskan terus kerana telah membayar kompaun.


Akhirnya bebaslah Adam Radlan.


Ini bisnes paling untung - dituduh dapat RM6.7 juta, pulangkan balik dengan membayar kompaun RM4.1 juta, ada lagi RM2.6 juta. Margin keuntungan 39% tanpa perlu buat apa-apa.


Kebelakangan ini, ada trend kes-kes rasuah besar terlepas dengan membayar balik. Dulu kita dengar anak tiri Najib, sekarang ada laporan bahawa Adam Radlan ini sepupu kepada menantu Muhyiddin.


Begitulah al-kisah Malaysia. 


Kalau orang biasa curi susu, hukumannya penjara 6 bulan. 


Kalau kaum kerabat orang VIP dituduh rasuah atau mencuri, asal bayar balik boleh lepas.


Lepas ini, kalau ada rakyat biasa yang dituduh mencuri susu atau makanan biasa, mohon maklum kepada saya. 


Saya nak cari peguam untuk buat permohonan yang serupa untuk mengembalikan susu yang dicuri dan minta dibebaskan. 


Kita tengok pendakwaraya dan mahkamah akan setuju atau tidak.


PN bising pasal Melayu terancam, bab sepupu sepupu terlepas tuduhan rasuah diam, sudahlah ia berkaitan projek Jana Wibawa dan melibatkan kontraktor bukan Bumiputra.


Madani bising pasal benteras rasuah tetapi perkara ini tetap berlaku dibawah Perdana Menteri yang terpaling anti-rasuah.




KEH KEH KEH...

 


PARTI GILA KOT. DULU BUKAN PARTI KAMU KAH YANG NAK BUAT?


 

PHd?

 Mahat Abu


Ada Wakil Rakyat tak percaya berita Malaysia tapi lebih percaya berita Bangladesh, mcm ini pun ada Huhuhuhu....




2 EKOR

 


MENANG SEHARI KALAH BERTAHUN...BAGI LAGI PELUANG TUNJUK BAIK .

 


2 KES BESAR INI BILA NAK DI SISAT ATAU SAMBUNG SIASAT


 

LAAA...GAJI IMAM BILAL RUPANYA KERAJAAN PUSAT YANG BAYAR...KERAJAAN NEGERI TAK BANTU PUN....KESIAN..


Ridwan Abu Bakar


 ALLAHU AKBAR..

Negeri² lain semua dibayar oleh Kerajaan Negeri masing² kecuali Terengganu ni... 

Baru tahu perkara ni...


#MB Tganu buat ape?.....sebab TU tak boleh bagi duit kat lebai2 ni





GAJI KO NAIK NAK HENTAM LAGI ? BILAN 1 2026 NAIK LAGI....


 Mohd Fairul


Kuat hentam PMX...

Walhal orang ini lah yang naikkan gaji kau ( penjawat awam)






INILAH KERJA LEBAI NI ?



 Mukhlis Eddie


Dalam Kamus Lebai Melayu, seperti yang dirujuk oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PRPM), perkataan "Scammer berserban" merujuk kepada : 


Orang yang berpura-pura memakai imej agama (contohnya berpakaian alim, pakai serban, cakap bab agama), tetapi sebenarnya menggunakan imej itu untuk menutup penyelewengan, memanipulasi kepercayaan orang ramai, dan mengaut keuntungan peribadi.


Secara ringkasnya:

Penipuan berselindung di sebalik serban.



Rosli Ismail


Untuk Warga Kuantan/Pahang, Saya nak nasihatkan jika tuan puan nak menyumbang duit kalian hati-hati. 

Inilah di katakan oleh orang “Family Planning” kan? 




1. Pondok Tua di Kuala Penor katanya untuk isteri Tua (Isteri Pertama) yang kecoh baru ini kerana mencuri elektrik dari TNB.?Kini di huni oleh keluarganya sahaja di pondok tersebut dengan pelajar hanya 11 orang sahaja? Bil elektrik selalu minta derma untuk keluarga bukan untuk pelajar pun sebenarnya kan? Ahli keluarga lebih ramai dari pelajar di sana kan? 


2. Rumah Tamu Annur yang katanya dijadikan rumah isteri keduanya? Terletak di hadapan tapak pasar malam kg. Peramu kuantan? Siapa yang tanggung semuanya? 


3. Rumah baru bina di sebuah tapak wakaf di pantai sepat pula katanya untuk isteri ke-3? Atas tanah wakaf boleh ke buat rumah untuk isteri? Mana pewakaf tanah? Masjid yang di lancarkan dulu tapi rumah isteri muda yang siap dulu? Adakah masjid hanya sebagai kolam pancing duit derma?? 


4. Katanya tapak wakaf di pantai sepat untuk buat kolej islam tetapi kemudian bertukar jadi rumah orang tua? Kemudian bertukar jadi chalet untuk orang kaya pula yang ada duit untuk derma? Atau untuk pak ustaz planning hari tua? Katanya ada yang sudah menderma untuk pembinaan tetapi tiada tapak pun di bina atas wakaf mereka? Ada yang tarik diri tetapi tiada dapat kembali duit mereka? Apakah seorang pak ustaz mampu buat kerja macam ni? 


5. Katanya dari sumber sahih, duit derma pondok terbakar (atau sengaja bakar dulu?) dapat dalam 1.2 Juta, tetapi kemana duit itu di guna dan dibelanjakan?? Sponsor salon bini muda di KK Sabah tapi rugi hampir 70k kan? Buat restoren di peramu sekadar nak cairkan duit derma hampir 300k kan? Tak ada audit kan ini bah di sana? 


6. Ada miliki banyak kereta mewah seperti EV BYD, Vellfire, Merc dan Honda dll lagi kan? Siap beli tempat no plat “UMS” Sempena namanya katanya kan? Kenapa perlu bermewah dengan duit derma ni bah? Rosak imej pak ustaz lainnya..


Banyak lagi yang saya dengar dari sumber sahih katanya .. 😭tapi di Sabah juga dia ada isteri anak dua.. ini siapa yang mahu tanggung? Kesian aku tengoh ni bah.. aku pelik berapa orang isterinya pak ustaz ini? Sabah ada, brunei ada, philipine ada, terbaru di indonesia pekan baru pun ada?