GELOMBANG NAK HARU BIRU.... LANTAK PI LA...


 Ustaz Al Asri


Apa salahnya TZ tamatkan tempoh jawatan Menteri ,sampai 2 Disember ni kemudian barulah mohon sertai PKR.



Terkejut tergempar mcm ni dah kenapa? Masuk PKR pun ahli biasa je, mcmana pun bulan Dis tempoh penggal ke 2 senator tamat.Jawatan Menteri x boleh sambung dah.


Ataupun TZ nak kekal jadi Menteri.Masuk PKR untuk bertanding Parlimen. Aiyooo‼️


Kalau PKR dapat sediakan Parlimen untuk TZ memang PADU la.. Kena kosongkan Parlimen , kena buat PRk demi nak sambung khidmat seorang Menteri.

 Jenuhla Ramanan nak bersilat berhujah halalkan move gila mcmtu🤣


(Inilah gelombang politik tak dijangka yang RR komen smlm)



HIRUK AKAN TERUS MENYOKONG RAFIZI.

 

Ustaz Al Asri


HIRUK akan terus menyokong Rafizi dan Nik Nazmi .Rafizi tolak sebarang jawatan lantikan bermakna memang takde penyelesaian segera.Nak selesai mcmmana bagi kita kecurangan JPP masa pemilihan beyond repair.Jentera Kerajaan pun mereka guna , tak malu betul.Ketua Jkom boleh buat penafian  tapi takde siapa percaya ehh.


Team DAMAI boleh ejek ,troll kata kita tak move on.Mereka takde hujah.Macam² Rafizi tuduh mereka secara terbuka atas pentas, semua soalan mereka tak dapat jawab.Yang mereka tahu Rafizi haruslah di tentang , kalau nak gaduh bertumbuk ke tu mereka laju.


Team DAMAI ni kebanyakannya org parti kot...Tapi ustaz rasa mereka ni baru 3,4 tahun ni baru join .Alasan mereka tolak Rafizi  sebab Rafizi x jaga org bawah.Apa mereka fikir parti politik ni tempat kerja ke.Nak jaga ahli parti kena selalu bagi duit kot.Entahla kalau itu yg mereka fikir mmg mereka silapla.Ramanan boleh la buat mcm tu.Parlimen Pandan Rafizi jaga baik tiap2 bulan dia buat perjumpaan dgn penduduk bawah khemahm


Kita tak nampak jalan lagi kemana sokongan kita PRU 16 nanti.Ustaz memilih tukar tempal mengundi ke Parlimen Pandan.Sayang ohh kalau tak mengundi.


Apa pun kita doakan yg baik², kita follow je perancangan RR nNN.🤚



BETOI KA NI ?


 

3 PERTANYAAN.. HANYA PKR BOLEH JAWAB. JANGAN KATA PKR KUAT MASA NI. PKR MELEMAH.


 

CINA MCA PUN TOLAK DIA.. KERAJAAN JA AMBIK MCA..


 

IMAN DAN BODO BUKAN DIWARISI.

 


TIMOR LESTE, AERO DILI & MALAYSIA


Adrian Lim Chee Ann




Timor Leste merupakan satu-satunya negara (seingat saya) di mana Presiden dan Perdana Menteri mereka tidak mempunyai pesawat khas.


Presiden dan Perdana Menteri Timor Leste mengguna national carrier mereka, iaitu Aero Dili untuk tugasan-tugasan rasmi seperti pesawat Aero Dili yang mendarat di Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN pada baru-baru ini.


Saya sendiri menyaksikan perkara ini pada hujung tahun lalu semasa kembali ke tanah air dari Timor Leste.


Secara kebetulan, Presiden Timor Leste iaitu Xanana Gusmao berada dalam pesawat yang sama dan duduk beberapa barisan di hadapan saya. Beliau menuju ke Jakarta melalui Bali untuk upacara angkat sumpah Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.


Jarang ada peluang duduk sepesawat dengan seorang Presiden negara berdaulat!


TIMOR LESTE


Timor Leste ialah negara yang sedang membangun. Ianya negara ketiga termuda di seluruh dunia selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 2002.


Ianya tidak maju dan kekurangan banyak infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik.


Hotel lima bintang kat Dili ibu kota sebiji pun takde.

Sistem kumbahan & pengurusan sampah pun takde.


Selain itu, jumlah pesawat yang berlepas dan mendarat di Timor Lestecuma 4 5 6 biji setiap hari. Bayangkan KLIA, sehari cuma 5 6 7 biji pesawat mendarat dan berlepas. Lebih kurang begitulah. Sunyi je lapangan terbang Dili.


Satu-satunya cara keluar masuk Timor Leste ialah melalui Bali (dan Darwin Australia). Only once in a while, ada lah flight dari tempat-tempat lain seperti Singapura dan Malaysia (bermula tahun ini). Tetapi jarang.


Selain itu, mata wang Timor Leste seolah-olah tidak wujud. Mereka lebih cenderung mengguna dolar dalam urusan transaksi seharian.


PERANAN MALAYSIA


Timor Leste dijangka menjadi anggota ASEAN yang ke-11 pada bulan Oktober tahun ini.


Malaysia berperanan penting dalam usaha ini kerana pada tahun 2022, Perdana Menteri Malaysia iaitu Anwar Ibrahim telah mencadangkan perkara ini dan perkara ini telah menerima konsensus anggota-anggota negara ASEAN lain.


Meskipun Malaysia bukan negara kuasa dunia seperti China, Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, Jerman dan seumpama, namun, kita masih boleh membantu negara-negara serantau dengan kekuatan sedia ada.


Melalui jaringan connectivity yang lebih luas, rakyat Timor Leste berpeluang berdagang dengan dunia luar dan membangun negara mereka.


Manfaat ini bukan hanya pada warganegara Timor Leste. Ianya juga memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang mencari peluang meneroka dan melabur dalam pasaran-pasaran baharu.


Sebagai negara membangun, Timor Leste memerlukan tenaga elektrik, teknologi maklumat, bahan mentah, infrastruktur asas dan banyak benda lagi.



LUPA JASA..


Japar Suyut


 Hebatnya Parti KEADILAN..!?

Semasa susah kita Sayang Kawan

Sudah Menang Lupa Kawan

Orang Lama dalam PKR jadi Lawan

Kalau susah nanti baru nak tercari-cari Kawan..?




MAKLUK PEROSAK MINTA MAAF

 


𝗠𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸 yang sebabkan Malaysia 𝗸𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁. 𝙏𝙞𝙢 𝙇𝙚𝙞𝙨𝙨𝙣𝙚𝙧 minta maaf kepada rakyat Malaysia. Untuk apa? Maaf boleh kembalikan duit yang dah dicuri ke?





Permintaan maaf itu dibuat sejurus selepas hukuman penjara 2 tahun dikenakan ke atasnya. Pertuduhannya tu melibatkan 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 dengan Jho Low dalam skandal 1𝗠𝗗𝗕.


𝗪𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 kata dia dan Jho Low yang buat kerja. Najib tak terlibat. Sama ada Najib terlibat atau tidak, tu biar 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻. Persoalannya, apsal dulu Najib beriya 𝘀𝗼𝗿𝗼𝗸 dia kenal Jho Low?


Najib kenal Jho Low dari awal. Tapi berkeras dia nafi. Konon tak kenal Jho Low. Cara Najib nafikan dia kenal Jho Low tu memang 𝙛𝙞𝙨𝙝𝙮. Macam dah tahu dia bakal 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘁𝗶𝗽𝘂 𝗱𝗲𝗸 𝗝𝗵𝗼 𝗟𝗼𝘄. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗚𝗨: 𝗪𝗘𝗘 𝗞𝗔 𝗦𝗜𝗢𝗡𝗚 𝗡𝗔𝗞 𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨?





✍️ Ahmad Mursi  


1.  Kritik hak dia, tapi tak perlu buat pembohongan bersiri. Dah banyak isu, dia menipu fakta juga dengan muka tak tahu malu. #WeeTipu. 'Kalau tak Wee, tak menipu'.


2.  Tahun 2021, peraturan berkaitan Tong Gas Ungu ni diluluskan oleh Jemaah Menteri yang mana dia menteri waktu itu bersama PAS dll. Dia tahu ke apa dan kenapa diluluskan? atau jadi batu macam menteri PAS juga, jadi tukang angguk dan makan gaji buta je?





3.  Takkanlah bekas menteri, sembang macam walaun picisan tanpa semak fakta dan faham latar belakang peraturan tu dibuat?


4.  Sejak dulu lagi, Laporan Audit Negara berkali-kali tegur kerajaan bahawa pihak komersial 'curi' subsidi LPG yang dikhususkan untuk Isi rumah. Tahun 2018, laporan audit sekali lagi kata RM1.71b subsidi bocor antara 2015-2017.


5.  Sebab tu, Kerajaan Tebok Atap buat Tong Gas Ungu tu untuk mudah kenal pasti tong gas komersial dan domestik. Peniaga kecil boleh guna 3 tong hijau serentak. Jika 4 tong serentak, kena daftar di bawah barang kawalan.


6.  Maksudnya, Tong Gas Ungu tu bukan dicipta zaman Madani. Peraturan dah sedia berkuatkuasa dan berjalan masa Madani naik.


7.  Ada pihak peniaga yang refill gas dari tong subsidi kepada tong gas komersial cara haram dan berbahaya untuk curi subsidi (decanting).


8.  Wee menipu bahawa SEMUA peniaga kecil, warung, gerai tepi jalan' terlibat.


9.  Bagi peniaga kecil, masih dibenarkan. katakan hari ni beli maksimum 3 tong gas, esok 3, lusa 3 lagi. Cukup sebulan meniaga dah 90 tong. Tak banyak ke 90 tong gas sebulan untuk peniaga kecil?


10.  Kalau mamak pula misalnya, untung ratus2 ribu sebulan, masih 'mencuri' subsidi LPG untuk tujuan buat lebih banyak untung, jumlahnya jadi sangat besar dan rugilah rakyat marhaen yang sepatutnya enjoy subsidi kerajaan tu dalam bentuk manfaat yang lain.


11.  Jadi kenapa pembangkang nak pertahan peniaga skala besar yang 'mencuri' subsidi tong gas dan curang ni? Ini subsidi untuk pengguna, bukan untuk peniaga buat untung.


12.  Selama mana lagi kerajaan nak tanggung untuk peniaga besar jana lebih banyak untung? Bukankah kerja kerajaan tutup ketirisan dan perbetulkan?


13.  Selama subsidi ni dicuri, harga makanan siap tak naik ke? naik dan terus naik dan tak pernah turun walaupun harga bahan mentah turun. Guna la kuasa pengguna ajar peniaga yang curang.



PENERANGAN KURANG. RAKYAT PERCAYA WALAU PEMBOHONGAN.



 🔥 OPS GASAK bukan dasar baharu! 🔥





Peraturan LPG bersubsidi ini diluluskan 2021, bukan baru bawah Kerajaan MADANI! 💥


🧐 Fakta penting yang perlu rakyat tahu: 


✅ Guna ≤3 tong (42kg)? ➡️ Tak perlu permit

✅ LPG subsidi untuk dapur rakyat, bukan sektor komersial

✅ Restoran kecil tak terjejas, hanya yang guna berlebihan perlu permit

✅ Fokus utama: bendung penyeludupan & salah guna subsidi


📌 Dokumen yang diserah KPDN bukan kompaun, tapi sekadar pemeriksaan rutin & advokasi ✍️


💬 “Adilkah subsidi tanpa had diberi kepada restoran jual nasi ayam RM25 sepinggan? Sedangkan ada yang jual RM8?”


Subsidi ini milik rakyat, bukan untuk manipulasi harga oleh peniaga besar! 🇲🇾


#MalaysiaMADANI

#TaatSetia

#JabatanPenerangan



Tahniah Tok Det,, dapat jawatan serupa pas baton .....

Amik ja Zafrul, Kami mau Jawatan menteri Ja....

RAFIZI PRESIDEN PKR? - UBAH SIKAP INI SIKIT PASTI ORANG SUKA | PKR mengh...


Kita masih mengharapkan sumbangan Rafizi Ramli untuk menghadapi PRU16 nanti. Kita tidak yakin dengan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden bersama pimpinan baru ini, yang belum terbukti membawa hasil seperti Rafizi di PRu14 dan PRU15 Cuma kita gusar dengan sikap Rafizi yang terlalu berperinsip. Kita harapkan supaya Rafizi lebih bijak berpolitik dan pandai berdiplomasi supaya golongan yang tidak menyukainya dapat dikurangkan!







NURUL KENA AMIR GAME ? DATA PARTI PKR ?

Ura-ura 10 lagi MP PN bakal umum sokong kerajaan - benar atau rekaan?

AKHIRNYA, DIBONGKAR HABIS-HABISAN KENAPA KONTRAK AZAM BAKI TERUS DISAMBU...

KERANA MEREKA BANGGANG DAN BEBAl

 


NOH.. GATAI


Sam Lim


 Kalau takde 5k jangan cuba nak gatal konek ya budak-budak.. 🙄

Aku sekadar berpesan-pesan.. 😘




INFO PENGGUNA LPT


Viral


 Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak – Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati2.




BADUT SARKAS DALAM KKM, TAHUN 2025 TAPI MASIH HIDUP DALAM PENIPUAN DAN LAKONAN.


Dr Ahmad Fadli





Katanya KKM cukup staf. Semua OK. Tak ada isu besar.

2025 kot. Bukan zaman Jahiliah zaman batu..

Rakyat dah makin sakit, staf kesihatan makin lunyai, tapi ada yang masih berlakon macam semua cantik dan sempurna.


Ingat tak?

Mantan Ex DG KKM sendiri sejak 2019 dah warning:


“Overworked. Understaffed. Underpaid. Underfunded. Overstretched.”


Audit Negara sendiri sahkan. Ini bukan cerita kedai kopi atau cerita Kafeteria Hospital Kajang , Hospital Serdang atau Hospital Putrajaya..


Realiti 2025 lagi nazak:

Pesakit makin bertambah, tapi staf berkurangan.

Isu doktor kontrak masih tak selesai.Ramai lari dari sistem sebab burnout, tekanan, gaji tak padan.

Laluan kerjaya kabur, sistem makin bercelaru.


TAPI ADA JUGAK BADUT SARKAS dalam sistem KKM, Putar data. Hias statistik. Lukis gambar cantik depan kamera.Jumlah katil cukup. Nombor post ikut standard. Aduhai..Bro and Sis !! ini nyawa manusia, bukan katalog IKEA.


Nak tahu beban sebenar?

Kira berapa jam kerja tak balik rumah

Kira berapa pesakit kena jaga sorang-sorang

Kira berapa kertas kerja, call, prosedur, mesyuarat bodoh kena hadap

Kira berapa ramai yang dah tinggalkan sistem sebab dah tak sanggup nak hadap..


Sakitnya bukan lagi badan dan otak, tapi sistem dah semakin ke laut dalam nih..


Dan bila orang bersuara?

Ada badut sarkas yang gelak, buat lawak, siap tuding balik.


Sudah-sudahlah. Kalau tak sanggup hadap kebenaran, kalau rasa tak mampu nak buat apa- apa, asyik bagi alasan takdak duit dan xdak kuasa,

dah rasa diri pon xdak fungsi..

sila berambus dari pejabat dan kerusi empuk..

Tutup buku. Keluar dari bangunan yang bajet2 hebat tuh..

Petugas kesihatan bukan pelakon sokongan untuk drama korang.


oppss.. lupa nak bagitau.. cerita kat atas nih berkaitan dengan 


KEMENTERIAN KESIHATAN MEXICO



DERMA KE DAP. NAK KATA PADAN MUKA PUN PATUT GAK LA.


W. FAuzidin


 Seorang lagi pemimpin Dap dpt rezeki terpijak.  Modal dari prof kangkung ni la puak2 lebai guna dlm ceramah2 mereka.  Bila prof kangkung ni kena byr RM 400K, takde derma jihad ke mcm derma jihad bantu Mastura dulu?




TAHNIAH. BILA TAK DA JAWATAN, BYK PULA PROGRAM. SEBENARNYA.. PEGAWAI YANG BEKERJA DENGAN YB PERLU BIJAK UNTUK MEMBUKTIKAN YB YB BEKERJA.



 Pagi tadi, saya telah mengedarkan rice dumpling, atau lebih dikenali sebagai Zong Zi (粽子), kepada warga Setiawangsa di sekitar Air Panas dan Desa Rejang sempena sambutan Perayaan Duanwu (Dragon Boat Festival).












Terharu juga bila ramai yang bagi kata-kata semangat berkenaan peletakan jawatan saya baru-baru ini.


Terima kasih warga Setiawangsa.


#kitasetiawangsa

#p118setiawangsa

#setiawangsa



JANGAN PERLEKEHKAN TINDAKAN RAKYAT

Fahmi Elias


 2020 SOSOK BERNAMA FADHLINA SIDEK  SERTAI PKR.


MUNGKIN TAK RAMAI YG KENAL SOSOK INI KECUALI DARI INNER CIRCLE ABIM DAN ANWAR


2022 BERTANDING KETUA WANITA PKR  MENCABAR PUAN HAJJAH RODZIAH  SELAKU INCUMBENT


KEPUTUSAN BERAKHIR DENGAN KEKALAHAN PENCABAR SETELAH BERKALI KALI KIRAAN. SEMAKIN DIKIRA SEMAKIN JAUH JURANG KEKALAHAN.


KEESOKAN HARINYA FADHLINA DI ISYTIHAR SEBAGAI PEMENANG ..👎💩👿


ADA SENTUHAN SETAN AGAKNYA YANG MEBOLAK BALIKAN KEPUTUSAN AWAL. 


NAMUN KEPUTUSAN ITU TIDAK MENDAPAT SEBARANG REAKSI DARI MEDIA ARUS PERDANA MAUPUN SOSMED KERANA PKR BELUM LAGI BERKUASA DIKJAAN PUSAT.


DISINI BERMULANYA ERA NEPOTISMA DLM PARTI PKR. TAPI RAMAI YG BELUM NAMPAK DAN PEDULI.


PEMILIHAN TAHUN 2025 PKR ADALAH SATU AFIRMASI BAHAWA VIRUS NEPOTISMA YANG DISEMAI PADA 2022 KINI TELAH TERTANCAP

AKARNYA  DENGAN KUAT SEKALI.


NTAH BAJA AKAR APA YG DIGUNAKAN SEHINGGA MENJALAR KE SISTEM PEMILIHAN 'BLOK CHAIN ' DIPERKENALKAN. SISTEM YANG DIRAGUI YANG MUNGKIN TELAH DIPROGRAM AGAR ADA HICCUP DAN MANIPULASI BOKEH DIWAJARKAN.


SEGALA KREDIBILITI  ANWAR SELAKU PRESIDEN PARTI BOLEH DIPERSOAL DAN PERTIKAIKAN. JIKA TDAK ADA SATU SIASATAN TELUS DAN TERBUKA DILAKUKAN UNTUK MEMATIKAN SEGALA DESAS DESUS  PEMILIHAN PKR 2025 DICEMARI DENGAN MANIPULASI YANG MENJIJIKAN.


PERBAIKI LAH IMEJ DAN TERMINLOGI ' KEADILAN ' .JANGAN LACURKAN DAN JANGAN BAGI RAKYAT AMBIL SIKAP UNTUK BAKUL SAMPAHKAN ' PKR ' PADA PRU16 KELAK!


ANWAR BAKAL PM SEPENGGAL !



HUTANG MAKIN TURUN ZAMAN PMX. TEAM NURUL KENA BAGI PENJELASAN.


 

KUALA NERANG LAK..


 

KES NI BERLEGAR DAH


 

KEPADA FADLI SAARI.. BALIK TENGOK YABA DI TEMOAT KAMU


 

MENGAPA TOK MAT DAN DATO JO TAK ADA MASALAH DGN LANGKAH TZ?


Md Zulaimi Kazim


Turut berlegar sehari dua ini Video sedutan ucapan DSAI masa kempen PRU los yg mengataka beliau akan pastikan Tg Zafrul tidak masuk dlm kabinet beliau seandainya beliau jd PM.


Tapi rezeki TZ tetap terlantik juga jd Menteri walaupun UMNO sendiri tidak mencalonkan beliau, antara kompromi dgn pihak Istana, sama dgn kerajaan PN sblm ini.


Tetapi setelah dilantik mengetuai MITI dan dalam masa yg sama PMX bergerak laju utk pastikan ekonomi pulih sepenuhnya, TZ telah bertindak cemerlang dan dapat bekerja ikut rentak PMX dan dilihat sangat serasi dgn PMX.


Tok Mat pula ditukar dr Menteri Pertahanan ke Kementerian Luar juga menambahkan lagi keserasian ini. Tok Mat bertindak sebagai perunding diplomasi dengan negara2 luar khususnya kuasa2 besar dunia dan TZ pula bekerja mengatur pertemuan dengan syarikat pelabur khususnya syarikat2 besar dunia untuk melabur di Malaysia. 


Dato Jo pula selepas membaiki struktur perladangan dan hasil komuditi dalam negara, tugas seterusnya membuka pasaran hasil komuditi negara keluar. Kerja dan tugas mengatur Dato Jo keluar negara berunding dan mencari pasaran luar negara dibuat oleh Tok Mat dan TZ dan segalanya berjalan lancar menjadikan nilai eksport negara semakin bertambah.


Jadi Tok Mat dan Dato Jo bila diminta komen isu TZ nampak lebih harmoni sbb mereka lihat keperluan negara lebih besar dari mempertahankan ego UMNO. Yang ni budak macam Dr Ikmal dan Fuad Batu Pahat tak boleh baca.


Tok Mat dan Dato Jo faham dan tahu kehendak PMX nak pastikan TZ blh terus berperanan di MITI. Mungkin masa lawatan keluar negara sudah ada rumusan antara PMX, Tok Mat, Dato Jo dan TZ dan saya pun percaya DSZH pun sedia maklum cuma DSZH kena respon cara lain sbb dia Presiden UMNO yg faham ahli UMNO susah nak hadam isu yg rumit sot ini sbb Presiden pun sedia faham isu antara TZ dgn UMNO Selangor dan peluang TZ nak menang di Selangor atas tiket BN juga susah bila Kuala Selangor dah sah miliki Amanah, begitu juga Bukit Raja yg jadi milik Presiden Amanah. Mana ada kawasan yg jamin selamat utk BN di Selangor?


Percayalah… kalau tanpa perbincangan dan rundingan awal, TZ tak akan beriya keluar kenyataan letak jawatan dlm UMNO dan umum masuk PKR? Saya lihat dinamika politik seperti ini perlu ada utk ikut peraturan hukum dan dalam masa yg sama keperluan negara juga dipertimbangkan.


Kalau tgk perkembangan semasa, siapa berani kata TZ dan MITI gagal? Saya bangga bila ada menteri Melayu yg diamanhkan menjaga MITI berjaya menarik syarikat2 gergasi seperti Microsoft dll membuka operasinya di Malaysia dan memberi peluang pekerjaan yg bergaji besar kpd rakyat Malaysia.


Dalam hal ini, saya dokong PMX, DSZH, Tok Mat dan Dato Jo dalam langkah TZ ini dan saya tak nampak langkah TZ ini utk jd MB Selangor selain dr jalan utk kekalkan TZ di MITI. Sebab itulah Presiden UMNO lebih sebut kekalkan kuota jumlah menteri UMNO, dia tak sebut pastikan MITI itu kekal jadi hak UMNO? Nampak?



TAK PAYAH NAK JADI HERO MEDSOS SANGAT


Cina Tulis. 




Kaulah punca Percaturan PKR 2025 diadakan. Aku cadang elok kau bawa team kau, Amir, Fadhlina, Fahmi dan geng2 damacai lain turun ke Sabah sementara Timb Presiden ke Mekah. Itu pun nak ajar? 


Rafizi Ramli walaupun dijatuhkan dalam Percaturan 2025, dah ada program besar di Pandan. Kau bingai apa AMK. 


Sampai bila nak berkepit celah PMX? Tu sekor lagi Samdol Iskandar. Bukan YB pun, tak reti2 nak turun padang? Orang Bukit Katil, Hang Tuah Jaya dah meluat dgn Samdol tu...



ORANG NDAK DIA.. KO ORANG TAK NDAK.. SWBAB MASA KO DAN SEBELUMNYA ADALAH ZAMAN KEJATUHAN UMNO

 Tindakan drastik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan UMNO dan mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan kejutan besar dalam arena politik tanah air.





Langkah ini bukan sahaja mengejutkan kerana Tengku Zafrul merupakan menteri penuh dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan, tetapi juga kerana beliau memegang jawatan penting sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ketua UMNO Bahagian.


Ia menjadi kali pertama seorang pemimpin berprofil tinggi dari UMNO yang masih berjawatan dalam kerajaan mengambil keputusan menyertai parti rakan dalam pentadbiran.


#TengkuZafrul #PolitikMalaysia


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com



HENTAM JA LAH..


Norshidah Md Daud. 


Ada yg bg alasan terpaksa diam demi nk "jaga hati rakan2"


Stop la memperbodohkan rakan2


Sedangkan secara terang aritu berkempen dengan bgtau sape yg akan diundi dlm pemilihan 


Then dlm post tu, 99.5% bantah dengan pilihan kau


Bgtau je la sebenarnya kau risau post kau kena attack lg


Sedangkan Nuar & Izah pun kaw2 kena bedal dgn penyokong, ape sgt la post kau kan


Demi menjaga kedudukan dlm LAKSANA 


Tahniah d atas kejayaan mencatur pemilihan tempohari 😊



BERSAMA-SAMA KITA HADIR MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA PERJUANGAN ALAM UNTUK KEHIDUPAN.

Khaidir Ahmad







Pengasas Resort Alam Semulajadi, Tanah Aina dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffah Sabrina, telah disaman malu dengan tuntutan RM1 juta oleh Kerajaan Negeri Pahang kerana menyuarakan isu alam sekitar.


Perbicaraan kes ini akan berlangsung di Mahkamah Tinggi, Temerloh, Pahang, mulai 3 hingga 5 Jun 2025 (Selasa hingga Khamis ini).


Sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan alam sekitar, marilah kita hadir mengiringi beliau dan mengikuti sesi perbiacaran yang bersejarah ini. 


#naturelovers

#hilights



LAIN MACIAM INI PUAAD

 



Makin hebat 𝗣𝘂𝗮𝗱 buat lawak. Dia tak faham ataupun 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 orang awam? 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗔𝗻𝘁𝗶 𝗟𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 terpakai kepada MP (dan Adun). Tengku Zafrul ni kan 𝘀𝗲𝗻𝗮𝘁𝗼𝗿. Apa nak kira lompat parti pulak?


Kalau Zafrul diterima masuk 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 pun, ia takkan menjejaskan kerajaan. AALP tu dibuat untuk 𝗲𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗱𝗶𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗦𝗵𝗲𝗿𝗮𝘁𝗼𝗻 berulang. Benda mudah macam pun pun Puad tak boleh nak hadam?


Secara peribadi, aku lebih suka kalau permohonan Zafrul untuk menyertai Keadilan 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗹𝘂. Jangan terima sekarang. Tunggu lepas setahun baru terima. Besar juga natijahnya kalau terima sekarang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


𝗦𝗲𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗰𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮, 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗸𝗮𝘁?






Aku setuju 100% dengan kenyataan ni. Kalau ceramah tu betul ikut ajaran sebenar Islam, bukannya disekat malah sepatutnya 𝗱𝗶𝗴𝗮𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻.


𝗧𝗮𝗽𝗶! Macamana nak tentukan ceramah tu betul dan tak menyimpang dari ajaran agama? Macamana kita boleh pastikan penceramah 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻?


Di situlah pentingnya 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵𝗮𝗻. Dengan tauliah barulah kita tahu penceramah itu tidak bawa ajaran yang bersalahan dengan fahaman kita.


Persoalannya, kalaulah betul tak menyimpang dari agama, 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝘁𝗮𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵? Kalau ilmu yang nak disampaikan tu betul, tentu tak ada masalah nak dapatkan tauliah tu. Kan?


Macam suami. Kalau dalam 𝘩𝘢𝘯𝘥𝘱𝘩𝘰𝘯𝘦 dia tak ada benda yang boleh buat 𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶, apa dia nak takut kalau isteri minta password nak pinjam 𝘩𝘢𝘯𝘥𝘱𝘩𝘰𝘯𝘦. Kan?


Undang-undang dah tertulis. Ikut je la. Bila kena tahan sebab tak ikut peraturan, salahkan diri sendiri yang gagal ikut peraturan. Bukan salahkan peraturan tu.


𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵𝗮𝗻 ini 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 demi menjaga akidah 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗲𝘀𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 dengan ajaran palsu. Supaya fahaman songsang seperti 𝗸𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷 tidak membiak.


Muslim yang baik akan patuh kepada peraturan selagi mana ia tidak bercanggah dengan hukum. Apatah lagi jika peraturan itu dibuat demi 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KEM RAFIZI TARIK SOKONGAN ? BERGOLAK BESAR ?

Bakal MB Kedah dari Umno kata PKR tak beradab.....

APA BAKAL BERLAKU KEPADA DS RAFIZI? YANG MENJADI HOT SEPERTI PISANG GORENG!

Rafizi warns of consequences from Tengku Zafrul’s party switch

Kalau Presiden Dilantik Pun Saya Tak Minat, Ini Bukan Soal Jawatan Tapi ...



Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan pendiriannya untuk tidak menerima sebarang tawaran jawatan, termasuk jika ditawarkan sebagai Timbalan Presiden parti. Beliau menekankan bahawa perjuangan politik bukan berlandaskan jawatan tetapi mesej dan prinsip yang dibawa. Rafizi juga menjelaskan bahawa beliau kekal sebagai Ahli Parlimen dan ahli parti kerana menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat serta cabang Pandan yang mencalonkannya. As the video platform of Malaysia's leading online news portal https://malaysiagazette.com/, we deliver authentic, fact-checked reports covering a wide range of topics: national news, international developments, human-interest stories, politics, economics, educational contents and everything happening in the country and beyond. Stay informed with our in-depth coverage, exclusive interviews, and insightful analyses designed to keep you connected to the pulse of the nation. Subscribe to MalaysiaGazette now for daily updates and never miss the stories that matter most to you. #malaysiagazette #mgtv






RAFIZI-IZZAH : PENYOKONG PKR TENGOK VIDEO INI, ISWARDY MORNI SENDIRI BER...

Sanusi raikan anak muda secara organik, Madani ????

FAIZAL BONGKAR!, KENAPA IZZAH,RAMANAN ANTARA DISEBUT GANTI RAFIZI, NIK N...

KENAPA SEKARANG? – FAIZAL JAWAB MOTIF TENGKU ZAFRUL MOHON MASUK PKR!

Langkah Zafrul

Reformasi? Sudah-lah…

 

Reformasi? Sudah-lah…

Adakah PM mempunyai kemauan politik untuk melaksanakan reformasi utama?

By

 Sarajun Hoda Abdul Hassan

 -

 

Share

 

Description: https://aliran.com/wp-content/uploads/2023/07/Anwar-Ibrahim-Malaysia-Madani.jpgANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Apa kaitan PKR dengan usaha mereformasi institusi? Sangat sedikit. Salah faham bahawa parti itu pembawa obor reformasi mestilah diketepikan.

Perjuangan untuk mereformasi institusi tidak bermula dengan pemecatan Anwar Ibrahim daripada kabinet pada 1998. Ia bermula beberapa dekad lebih awal, dengan berpuluh-puluh aktivis sosial dan politik ditahan secara berkala.

“Reformasi” yang dilaung oleh PKR, terutamanya oleh keluarga dan penyokong Anwar merupakan sanggahan terhadap pemecatan Anwar selaku timbalan PM dan timbalan presiden Umno oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, pada 1998.

Matlamat parti itu adalah untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dan merampas kuasa.

Selepas gagal merampas kuasa daripada Mahathir, PKR kemudiannya mendakwa mengusung agenda keadilan sosial, kesaksamaan dan meritokrasi.

Anwar sendiri kemudiannya didakwa atas tuduhan rasuah dan liwat. Amnesty International berpendapat perbicaraan Anwar “mendedahkan wujud corak manipulasi politik institusi negara utama termasuklah melibatkan polis, pejabat pendakwa raya dan badan kehakiman”.

Sudah tentu, jika anda bertanya kepada kerajaan “Madani” yang ada sekarang, bilamana salah guna kuasa tersebut ditangani, untuk memastikan tiada orang lain yang akan mengalami akibat dan ketidakadilan yang sama, boleh jadi anda tidak akan mendapat jawapan yang begitu meyakinkan.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Baru-baru ini, selepas hampir 30 bulan memerintah, Perdana Menteri Anwar menegaskan bahawa kerajaannya kekal komited kepada reformasi. Namun, katanya, ia tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa. Beliau bercakap tentang reformasi namun tampaknya semua seperti hanya janji bulan dan bintang. Anak beliau Nurul Izzah juga mengulangi bahasa yang sama untuk menyokong bapanya. Kata Nurul Izzah, Reformasi tidaklah ditinggalkan tetapi laluannya tidak akan berlaku dengan pantas. Tampaknya ia hanyalah retorika ‘modal air liur’ yang sama.

Ahli politik PKR dan DAP perlu diingatkan bukan mereka sahaja yang memperjuangkan keadilan sosial dan reformasi. Ramai aktivis sosial, pemimpin NGO dan pemimpin tersohor yang lain juga bertarung habis-habisan, kadangkala membayar harga yang tinggi, dalam perjuangan. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, jiwa mereka barangkali masih akan resah – kerana banyak reformasi yang sangat diperlukan masih tidak dapat direalisasikan.

READ MORE:  Memahami kelembapan reformasi 'Madani'

 

Sesetengah ahli politik yang tidak tahu malu malah bertindak dan berkelakuan seolah-olah mereka memperoleh sendiri jawatan dan kuasa yang mereka nikmati sekarang.

Realitinya, advokasi, kempen dan perjuangan untuk isu-isu penting yang telah diperjuangkan selama beberapa dekad – malah yang pernah menjadi sebahagian daripada agenda ahli politik dalam kerajaan ini – kini seakan terkubur jauh di bawah banyak alasan.

Belas kasihan dan empati terhadap masyarakat terpinggir di kalangan sebilangan ahli politik kini seakan menghilang setelah mereka mengecap kekuasaan.

Ambil contoh laporan oleh jawatankuasa reformasi institusi, yang dirangka oleh tokoh-tokoh terkemuka semasa Pakatan Harapan memegang kuasa persekutuan buat pertama kali di bawah Mahathir. Adakah kerajaan Madani mempunyai tekad politik untuk melaksanakan cadangan dalam laporan itu?

PKR mesti mengingati kekalahannya yang memalukan ketika pilihan raya umum 2004. Parti itu kehilangan semua kerusi yang ditandinginya kecuali satu, Permatang Pauh, yang disandang isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Begitulah, arus boleh cepat berubah dalam sekelip mata jika rakyat memilih untuk enggan memaafkan dan melupakan, apalagi jika janji tidak ditepati.

Pada pilihan raya umum 2008, gabungan pembangkang Pakatan Rakyat yang diketuai PKR – digerakkan oleh perhimpunan besar-besaran oleh Hindraf dan Bersih – memenangi 82 kerusi parlimen dengan sokongan 46.8% undi popular. PR juga mengambil alih lima kerajaan negeri.

Peratusan undi popular PR menghampiri 50.3% undi popular BN, yang memberikan 140 kerusi kepada pakatan pemerintah. Lihat bagaimana PR memenangi 58 kerusi kurang daripada BN walaupun hanya ketinggalan 3.5% undi popular.

Perbezaan ini disebabkan terutamanya oleh gerrymandering, yang masih belum diperbetulkan. Adakah kerajaan Madani akan mengeksploitasi kelebihan ini dengan mengumumkan pilihan raya umum awal, iaitu sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya harus diadakan iaitu menjelang 2026? Atau adakah ia akan membetulkannya sebelum pilihan raya umum yang harus diadakan menjelang 2028?

READ MORE:  Aliran concerned as PKR mulls 'no contest' for top party posts

 

Pembaharuan sistem pemilihan cukup mendesak untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil. Ia tidak boleh dilengahkan.

Beberapa pengkaji politik percaya Anwar mungkin memanggil pilihan raya awal sebelum persempadanan semula dilakukan. Ideanya adalah untuk merampas antara 25-30 kerusi daripada Perikatan Nasional yang Pakatan Harapan kalah dengan undi yang tipis – terutamanya apabila PH dan BN yang dipimpin Anwar telah bergabung.

Keputusan pilihan raya kecil Air Kuning baru-baru ini bagaimanapun tidak begitu memberangsangkan bagi pasukan Madani. Gabungan undi PH-BN untuk Air Kuning jatuh daripada 15,963 (68.0% undi popular) dalam pilihan raya negeri 2022 kepada 11,065 (60.7%) kali ini.

Pembaharuan utama yang telah lama tertunggak ialah pengasingan kuasa yang jelas antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman.

Ahli politik di pihak kerajaan berhujah bahawa gabungan itu dihalang oleh dinamik sosio-politik dan agama yang kompleks. Bergerak terlalu pantas melakukan pembaharuan boleh merisikokan perpecahan politik bagi kerajaan Madani. Ini barangkali menjelaskan sikap pemimpin PH yang kelihatan suam-suam kuku terhadap reformasi.

Ada pemerhati yang lain tidaklah begitu terkesan dengan hujah ini dan menegaskan PH hanya kekurangan tekad politik.

Ada yang mencadangkan bahawa reformasi institusi mati sebaik saja Anwar mengangkat sumpah sebagai PM dengan sokongan Umno, yang menjadi batu penghalang terbesar untuk reformasi sejak merdeka. Kepercayaan sebegini tidaklah berlaku tanpa asas.

Tidak lama selepas “kerajaan perpaduan” ditubuhkan, Umno memerah pakatan dengan mengambil alih beberapa kementerian yang mempunyai paling banyak sumber. Ahli politik Umno, beberapa daripada mereka yang sudah tercemar, dilantik ke syarikat berkaitan kerajaan, agensi dan badan kawal selia serta mendambakan jawatan seperti yang dipertua negeri.

Siapa yang boleh melupakan rentetan individu yang didakwa dengan “dilepas tanpa bebas”. Yang paling mengejutkan ialah Keputusan melibatkan seorang pemimpin kanan Umno selepas mahkamah telah menemui kes prima facie terhadapnya atas 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram. Ini berlaku selepas 77 hari perbicaraan telah diadakan dan 114 saksi dipanggil.

READ MORE:  Lantikan semula Azam Baki bukti kerajaan tiada arah untuk reformasi

 

Kononnya anti-rasuah!

Sebenarnya, pembaharuan perlu bermula dari atas – pejabat PM yang mengawal hampir semua hal di bawah sinaran mentari Malaysia.

PM, bersama beberapa menteri, timbalan menteri dan penjawat awam kanan, akhirnya bertanggungjawab ke atas pembaharuan undang-undang, hal ehwal Islam, audit negara, pertahanan awam, insolvensi, latihan kehakiman dan perundangan, jabatan pembangunan Islam, pembangunan Orang Asli, fungsi peguam negara, perkhidmatan awam dan sebagainya.

Pejabat PM juga perlu bersuara mengenai pelantikan ke pelbagai badan berkanun seperti Tabung Haji, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sukaham, Khazanah dan PNB.

Mengapa wujud pemusatan kuasa yang berlebihan? Mengapakah PM memerlukan kuasa yang begitu besar?

Bilakah dia akan mula mengasingkan kuasa yang ada? Ini adalah usaha reformasi di peringkat bawahan yang boleh dilaksanakan oleh perdana menteri tanpa majoriti besar di Parlimen.

Beberapa rang undang-undang utama telah pun diluluskan oleh Dewan Negara: Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia dan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen. Ini harus dipuji. Anwar mesti segera melaksanakannya untuk menegakkan kebebasan media dan Parlimen.

Beliau juga harus memindahkan pengawasan Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, SPRM dan Suhakam kepada jawatankuasa pilihan parlimen.

Tubuhkan suruhanjaya ketua hakim negara baharu untuk menempatkan semua suruhanjaya kehakiman dan undang-undang, pendaftar Mahkamah Persekutuan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan pastikan ia bertanggungjawab untuk pelantikan dan latihan. Mungkin juga masukkan sekali mahkamah Syariah dan jabatan pendakwaan. Suruhanjaya ini harus diawasi oleh agong.

Semua ini boleh dilakukan. Namun, persoalan yang penting kekal: adakah perdana menteri mempunyai tekad politik untuk meneruskan agenda reformasi dengan segera?

Sarajun Hoda Abdul Hassan
Editor bersama, surat berita Aliran
4 Mei 2025

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.     Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.   Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.   Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.   Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.    Lawan rasuah dan kronisme