PESANAN BUAT MENTERI YANG SUKA MARAH-MARAH – JADI PEMIMPIN MESTI PEMURAH DAN BERSIFAT RAHMAH. KALAU LEMAH , BAIK JANGAN JADI RAHMAH

 

Sejak beberapa hari lalu, ada orang-orang lama dalam PKR meminta saya menghentam seorang menteri yang baru-baru ini berucap dalam nada marah-marah mengingatkan ahli parti itu agar jangan bercakap soal jawatan, elaun, ghanimah dan seumpamanya.

Kata beliau, PKR bukan berjuang kerana poket, kocek atau projek kerana ia bukan DNA parti itu.

Sambil mengambil contoh dirinya yang tidak pernah meminta-minta jawatan sebagai menteri, beliau mengingatkan PKR lahir di jalan raya dan tidak harus menjadikan perkara itu sebagai kebiasaan dalam perjuangan.

Orang-orang lama PKR itu meminta saya berbuat demikian kerana bukan kali pertama menteri berkenaan berucap sedemikian rupa.

Sebelum itu, dalam satu program lain, beliau juga bercakap dengan isi dan nada yang hampir sama.

Dengan itu, mereka benar-benar berasa tersinggung dan kecil hati, tambahan lagi watak beliau sebelum jadi menteri tidaklah sebegitu.

Memanglah sebelum ini, saya banyak menghentam, mengkritik dan membalun pemimpin yang pernah menjadi Perdana Menteri, bermula daripada Najib Razak, Tun Mahathir Mohamad, Mahiaddin Md Yasin hinggalah kepada Ismail Sabri Yaakob, malah Perdana Menteri semasa, Anwar Ibrahim pun saya ada beberapa kali mengkritik juga, terutama berkaitan perlantikan Nurul Izzah sebagai penasihar kanan, tetapi dalam kes menteri berkenaan, saya sejujurnya agak kurang stim untuk menghentam beliau.

Ini kerana beliau masih baru jadi menteri dan barangkali sedang tercari-cari identiti bagaimana untuk memposisikan diri dan emosinya agar kelihatan berwibawa dan benar-benar sebagai orang berjawatan besar.

Begini sajalah, saya sekadar ingin memberi pesanan – seseorang itu berjaya menjadi pemimpin atau menteri bukan kerana dia pandai atau hebat, tetapi kerana disokong oleh ahli-ahli parti, selain disebabkan sokongan rakyat.

Di luar sana, lebih ramai lagi yang hebat dan cerdik, cuma mereka tidak berminat dengan politik atau tidak menyertai parti politik.

Namun, sokongan rakyat semata-mata tidak memadai untuk seseorang itu menjadi menteri kalau bukan kerana ahli-ahli parti yang bekerja kuat dan berkempen untuk mereka.

Jadi, janganlah dimarah-marah ahli parti bila kita sudah jadi menteri, berpakaian lawa, ada drebar dan bergaji lima puluh atau enam puluh ribu setiap bulan.

Bila jadi pemimpin, kita mesti bersikap pemurah dan ada sifat rahmah atau kasih sayang, sesuai dengan rezeki kita yang bertambah itu.

Dalam Islam sendiri pun, Tuhan suka dengan hambaNya yang pemurah, bersikap rahmah terhadap orang susah dan tidak lokek dalam memberi pertolongan.

Sebaliknya Tuhan amat benci kepada hambaNya yang kedekut, bakhil dan berkira.

Dalam Islam juga, apabila kita kaya atau berlebih rezeki, paling afdal dibantu ialah keluarga terdekat dan saudara mara sendiri.

Dalam kes seorang pemimpin yang menjadi menteri, ahli parti yang selama ini menyokong dan mengangkat mereka, kelompok itu seumpama keluarga terdekat dan saudara mara kepada mereka.

Kalau ada yang minta tolong dari segi kewangan untuk hadir mesyuarat misalnya, ia biasanya hanyalah daripada kalangan yang benar-benar dekat dengan menteri berkenaan dan sudah tentu pula betul-betul tidak cukup wang.

Jumlah mereka yang meminta itu pun tidak mungkin ramai, orang jauh mustahil berani buka mulut bercakap soal elaun atau kewangan dengan menteri.

Jadi, apalah salahnya, sesuai dengan rezeki sebagai menteri yang tiba-tiba bertambah jadi lima puluh atau enam puluh ribu sebulan itu, lalu dihulur barang seratus dua kepada mereka.

Jatuh miskinkah seorang menteri dengan memberi sedikit wang seperti itu?

Menteri pun kalau ada urusan atau mesyuarat di luar kawasan, mereka juga claim macam-macam elaun daripada kerajaan.

Ada tak menteri yang tak claim elaun?

Pokoknya, dengan bersikap pemurah dan ada sifat rahmah, seseorang pemimpin atau menteri itu bukan saja disayangi rakyat, bahkan sentiasa dalam peliharaan cinta Tuhan.

Kalau ingin kedekut, berhentilah jadi pemimpin dan pilih saja jadi pengikut.

Apa yang seseorang pemimpin atau menteri perlu faham juga ialah politik ini tidak ubah seperti cinta – berjuang melalui politik tanpa wang, hanya bersandarkan semangat semata-mata, memang kerapkali membuahkan kejayaan sehingga berjaya menubuhkan kerajaan.

Dalam cinta juga begitu, ramai orang berjaya memenangi cinta sehingga terbina mahligai impian dalam keadaan tiada apa-apa, cukup sekadar dengan ayat-ayat menggoda yang menggelikan telinga.

Tetapi, setelah kerajaan terbina atau mahligai cinta dibina, untuk mempertahankannya sudah tentu tidak cukup dengan semangat dan kata-kata saja.

Tanpa wang, cinta boleh melayang dan kerana kedekut wang, kerajaan juga boleh tumbang.

Setelah parti berjaya menjadi kerajaan, jangan salahkan atau marah kepada ahli yang mula melihat aspek habuan, jawatan, ghanimah atau projek.

Semua itu adalah suatu kebiasaan yang perlu ditangani dengan bijaksana, tapi janganlah marah-marah secara terbuka.

Bila kita jadi menteri, jangankan ahli parti yang berubah permintaan, isteri sendiri pun seleranya mula bercabang-cabang.

Sebab itu, dalam parti lain, waima Pas sekali pun, bila mereka jadi kerajaan, pemimpinnya tidak pernah marah-marah kepada ahli-ahlinya agar jangan minta jawatan, kedudukan, ghanimah atau sebagainya.

Malah, ramai yang diberikan nikmat jawatan dalam kerajaan berdasarkan hireaki dan keutamaan, akhirnya mereka inilah seterusnya yang menjaga ahli-ahli di periingkat bawahan demi menguatkan lagi kedudukan parti.

Seseorang menteri seharusnya malu untuk bersikap marah atau memberi amaran agar ahli bawahan jangan bercakap soal poket, kocek atau projek setelah parti berjaya menjadi kerajaan.

Setiap kementerian diberi peruntukan tahunan untuk melaksanakan pelbagai projek untuk rakyat.

Jika ada ahli parti yang berkelayakan dan cukup syarat untuk menyertai projek tersebut, apa salahnya dibantu mereka yang berkenaan?

Menyokong atau memberi projek kepada ahli parti bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mempunyai konflik kepentingan sebagaimana membantu syarikat adik-beradik, anak dan menantu sendiri.

Tidak salah menggunakan kuasa membantu ahli parti memperolehi projek, asal saja jangan menyalahgunakan kuasa.

Lagi pun, dengan ahli parti memperolehi projek dan kukuh poket atau koceknya, mereka itulah yang akan berperanan mengukuhkan parti dan membantu bila pilihan raya diadakan.

Begitulah cara untuk menjadikan parti mampu kekal bertahan sebagai kerajaan.

Apakah seorang menteri lebih rela semua projek di kementeriannya dibolot oleh ahli perniagaan yang tidak berjiwa parti?

Tak cerdik sangatlah bila jadi menteri, tapi projek, jawatan dan ghanimah semua mahu diberikan kepada bukan ahli parti yang tidak pernah berjuang, tidak pernah menyokong, malah tak pernah menyebut walau sepatah perkataan pun tentang parti sendiri.

Bila tiba PRU nanti atau jika nasib lebih buruk, kerajaan tumbang di tengah jalan, siapa yang akan meneruskan perjuangan? – ShahbudinHusin 01/03/2023.



Hanya 1 syarikat dibenar import telur dari India


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata kelulusan import khas itu berdasarkan keupayaannya menghantar bekalan telur dalam masa singkat.

Mohamad Sabu, berkata negara menghasilkan telur yang mencukupi untuk memenuhi penggunaan tempatan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan hanya memberikan kebenaran kepada satu syarikat sahaja bagi tujuan pengimportan telur dari India, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata, syarikat berkenaan diberikan kelulusan import khas mengimport telur dari India selama enam bulan bermula Disember, berdasarkan keupayaannya menghantar bekalan telur dalam masa singkat.

“Syarikat tersebut diberikan kebenaran berdasarkan pengalaman mereka membawa masuk telur dari India ke Qatar bagi memenuhi keperluan ketika penganjuran Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Parlimen.

Ads by Kiosked

Beliau menjawab persoalan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) berhubung syarikat yang mendapat permit mengimport telur dari India dan tempoh permit.

Mohamad berkata, langkah mengimport telur dari negara itu bersifat sementara bagi memenuhi permintaan.

“Kawalan biosekuriti yang ketat dikenakan di mana setiap konsainan perlu menjalani ujian Hold Test Release (HTR) di pintu masuk bagi memastikan telur yang diimport bebas daripada patogen Selsema Burung (HPAI), Newcastle Disease (ND) dan Salmonella,” katanya.

Wan Saiful juga bertanya mengenai jumlah keseluruhan telur dikeluarkan secara tempatan bermula 2018 hingga Februari lalu.

Mohamad berkata, sejumlah 13.4 bilion dikeluarkan pada 2018, 10.9 bilion (2019); 12.9 bilion (2020); 13.6 bilion (2021), dan 13.3 bilion pada 2022.

Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, beliau berkata, sebanyak 2.4 bilion telur dikeluarkan.

“Puratanya, Malaysia memerlukan 11.6 bilion setahun bagi memenuhi permintaan domestik dengan kadar penggunaan purata 986 juta telur sebulan,” katanya.

“Rekod pengeluaran jelas menunjukkan ia mencukupi untuk keperluan domestik setiap tahun dan terdapat lebihan untuk Malaysia mengeksport ke luar negara.”

SCAMMER AGAMA?


Ibrahim Mat Isa


 Dia pernah khianat, pernah jadi kepala puak pengkhianat menjatuhkan kerajaan yang sah mandat rakyat, bila dah kalah PRU tak boleh jadi kerajaan dia kurang ajar, bercakap bagi orang geram.


Ulama jenis apa tak tahu! Dah macam scammer agama..



MB KEDAH NI MENGAMALKAN BUDAYA APA NIH..


 

KISAH YB VIRAL YANG TAK CERDIK


 

MULA SEMALAM DIA KATA WALANON PKR MINTA HABUAN- AKU PERCAYA DIA KATA-WARTAWAN PEKAK MACAMANA PUN ALERT- HARI NI KITA NAK INGATKAN DIA SUPAYA JANGAN KUAT LENA LAGI.

Wooo... Menarik ni. Rupanya TikTok boleh kawal video mana nak diviralkan. Dan lebih menarik, ada walaun dalam organisasi TikTok Malaysia. Menarik, menarik, menarik.

YBM Fahmi Fadzil mungkin boleh gunakan info dari video ini untuk siasat dakwaan ini. Kena pastikan TikTok tak disalah guna untuk kepentingan politik parti tertentu.

Content creator Harapan kena ambil cakna perkara ni. Belum sahih tapi kemungkinan tu ada. Kena atur langkah sesuai menghadapi situasi ini. Guane boh?

Raja Gelap

.


0:00 / 1:26
 
Apa kaitan TikTok Malaysia dan Perikatan Nasional?

DAH KALAU TUHAN NAK TAKDIRKAN JATUH- JATUH LAH- TAPI BAB MENYELEWENG DAN KELUARKAN FAKTA TAK BETUL DAN PECAH BELAHKAN UMAT SEJAK DULU KAU TANGGUNGLAH SENDIRI

 



Orang suruh bahas belanjawan, dia hentam cerita pasal tebuk atap.

By the way, kalau kerajaan ini jatuh, memang salah puak yang jatuhkan. Ia takkan jatuh sendiri. Contoh macam 22 bulan, dijatuhkan oleh Mahathir sendiri, bukannya tiba-tiba jatuh.

Dah tentulah pembangkang ada main peranan jika kerajaan ini jatuh. Melainkan kalau rampasan kuasa baru boleh kata pembangkang tak salah. Kalau nak kata berpunca dari kerajaan sendiri, cuma kalau jatuh waktu pilihanraya.

Tok... Atok ada plan nak buat jahat lagi je? Dah dah la mengkhianat tu. Bertaubatlah. Tunggu sajalah sampai PRU nanti. Takut sebab kes Jana Wibawa ke? Kalau tak salah nak takut apa?

Korang kat atas berebut kuasa, nak selamatkan diri dari kena penjara, kami rakyat yang derita. Tak ada kemanusiaan lagi ke dalam diri. Tak percaya lagi ke janji Allah? Guane boh?

Raja Gelap

 

HAAAA...DIA SUKA TANYA SOALAN YANG DIA KENA BALIK



 

Susah jika ada MP bebal.. dah jelas kenyataan media yang dikeluarkan Menteri Undang Undang mengenai syarat pelepasan status Bangkrap, pegi tanya lagi..

BUAT MASA INI HUJAN MELEBIHI 14 JAM

 

Hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor, sehingga Khamis

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan lain di Pahang, Negeri Sembilan, dan Melaka, serta tahap waspada di Perak, Terengganu dan Selangor.


Beberapa kawasan di Pahang dijangka mengalami hujan lebat tahap bahaya dan buruk sehingga Khamis, menurut MetMalaysia.

PETALING JAYA: Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Johor sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan malam tadi bahawa hujan lebat berterusan tahap buruk juga dijangka berlaku di kawasan lain di Pahang, iaitu Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera; Negeri Sembilan; serta Melaka sehingga Khamis.

Beberapa kawasan lain di Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) pula dijangka mengalami hujan lebat berterusan tahap waspada, selain Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang 
Padang dan Muallim), serta Terengganu dan Selangor sehingga esok.Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah serta Bintulu) turut diramalkan mengalami cuaca serupa

PATUT NAK JADI PM....


 

DOK KATA SPORE TINDAS AGAMA LA BAGAI- TENGOK GAJI DAN APA YANG DILAKSANAKAN DI SANA- TAK LEKEH. SIKIT BERKUALITI- RAMAI AIR PUN TARAK


 

TMABAHAN PENGANGKUTAN DARI PENANG KE PADANG BESAQ


 

MANA ADA PENANG PAJAKAN KEPADA KEDAH ?MANA ADA BUKTI AKADEMIK BAGAI..NAK 100 JUTA CARI PELABOQ LAIN LA


 

HABIS KALAU PAS BUKAN BERGABUNG JUGAK KAH ? PAS MENANG 49 KERUSI SAHAJA KAN



MENANG ATAS RETORIK KAUM

Perikatan Nasional (PN) memenangi 74 kerusi pada PRU15, dengan PAS memperoleh 49, jumlah kerusi tertinggi diperoleh mana-mana parti tunggal pada pilihan raya tersebut.

Sebagai perbandingan, DAP menang 40 kerusi, PKR (31), Umno (26) dan Bersatu (25).

 

KEH..KEH...KENA FAHAM MAKSUD DIA KATA DAN TERJEMAHKAN SEBALIKNYA


 

DOK TENGAH GADOH - SALAH SEORANG AHLI BERSATU DIDAKWA KALI KE 3