BUAT MASA INI HUJAN MELEBIHI 14 JAM

 

Hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor, sehingga Khamis

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan lain di Pahang, Negeri Sembilan, dan Melaka, serta tahap waspada di Perak, Terengganu dan Selangor.


Beberapa kawasan di Pahang dijangka mengalami hujan lebat tahap bahaya dan buruk sehingga Khamis, menurut MetMalaysia.

PETALING JAYA: Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Johor sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan malam tadi bahawa hujan lebat berterusan tahap buruk juga dijangka berlaku di kawasan lain di Pahang, iaitu Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera; Negeri Sembilan; serta Melaka sehingga Khamis.

Beberapa kawasan lain di Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) pula dijangka mengalami hujan lebat berterusan tahap waspada, selain Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang 
Padang dan Muallim), serta Terengganu dan Selangor sehingga esok.Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah serta Bintulu) turut diramalkan mengalami cuaca serupa

No comments: