UNIT INI TELAH DIMANSUHKAN ATAU BELUM

 

JAMZURI ARDANI


Apakah unit ini yang telah ditubuhkan semasa zaman kerajaan PH dulu telah dibubarkan oleh kerajaan pintu belakang nayu iseley?




NAJIB BAKAL KEPANASAN, LEBIH 100 LAPORAN POLIS SUDAH DIBUAT DAN ANGKANYA DIJANGKA TERUS MENINGKAT


 Lebih 100 ahli PKR membuat laporan polis terhadap Najib Razak pagi ini bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas perdana menteri itu berhubung keputusannya menamatkan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu.

Ini berlaku selepas keputusan itu menyebabkan kumpulan Sulu mengheret Malaysia ke proses timbang tara pada Februari, yang menyaksikan mahkamah Perancis memerintahkan Malaysia membayar pampasan kira-kira AS$15 bilion (kira-kira RM67 bilion).

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa sekurang-kurangnya 140 bahagian PKR di seluruh negara telah bersetuju untuk membuat laporan polis di lokasi masing-masing setakat malam tadi

“Saya telah membuat laporan pada jam 11 pagi tadi, bersama Nik Nazmi (Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad) di balai polis Setiawangsa.

“Setakat ini, 140 cabang telah bersetuju setakat malam tadi untuk mengambil bahagian dalam membuat laporan,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Difahamkan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Fahmi Fadzil juga telah membuat laporannya di balai polis Pantai.

Menurut hantaran yang disiarkan di Facebook Rafizi malam tadi, laporan itu dibuat bagi menggesa polis menyiasat dakwaan kecuaian Najib semasa memegang jawatan dengan menghentikan pembayaran tahunan RM5,300 kepada waris Kesultanan Sulu.

Tindakan itu dikatakan telah meletakkan negara berisiko terpaksa membayar berbilion ringgit sebagai pampasan kepada pewaris Kesultanan Sulu.

Rafizi semasa Kongres Nasional PKR baru-baru ini menggesa semua ahli parti di seluruh negara untuk menentang Najib dan naratif Umno dengan membuat laporan polis setiap kali bekas perdana menteri itu “berbohong” kepada orang ramai.

Sementara itu, PKR Hulu Selangor dikatakan telah membuat 43 laporan polis berhubung perkara sama.

Diketuai oleh ketua cabang Dr Sathia Prakash Nadarajan, semua laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor, petang tadi.

“Kami ingin membuat laporan polis mengenai kecuaian Najib yang telah menyebabkan negara sedang berdepan dengan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion.

“Tuntutan ini bermula ekoran keputusan Najib menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu pada tahun 2013. Najib sekali lagi tidak serius dengan notis tindakan saman diambil oleh waris kesultanan Sulu yang dimulakan pada tahun 2017.

“Maka, kami meminta pihak berkuasa menyiasat Najib di bawah peruntukan kanun jenayah sedia ada (Akta 574) dan Peraturan-Peraturan mengikat seorang penjawat awam semasa dalam perkhidmatan seperti perkara 132 (Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan olehnya,” katanya kepada Malaysiakini.



NAJIB CUAI BAYAR UFTI KE SULTAN SULU, WAJIB DISIASAT


INI LAH PETANDA ISLAM DIHINA DAN TERANCAM






 

CITA CITA MAHU CEPAT MENJADI KAYA MENJADI PUNCA RAMAI TERTIPU

 

Polis ‘hairan’ golongan berpendidikan tinggi boleh kena scam





Polis sama sekali tidak akan menemu duga atau meminta pengenalan diri mana-mana individu melalui panggilan telefon bagi mengelak menjadi mangsa penipuan, kata Timbalan Ketua Polis Kedah Mohd Roze Shaari.

PETALING JAYA: Kedah mencatatkan peningkatan kes penipuan dalam talian sebanyak 82% melibatkan kerugian berjumlah RM5 juta dari tempoh 1 Jan hingga 30 Jun lalu, berbanding tempoh sama pada 2021.

Timbalan Ketua Polis Kedah Mohd Roze Shaari, berkata peningkatan itu dilihat membimbangkan kerana masih ramai masyarakat yang mudah terpedaya dengan modus operandi penjenayah.

“Saya sendiri berasa hairan apabila ada antara mangsa yang berpendidikan tinggi turut ditipu dalam aktiviti ‘scam’ ini. Di sini, saya ingin menegaskan bahawa polis sama sekali tidak akan menemu duga atau meminta pengenalan diri mana-mana individu melalui panggilan telefon.

“Kalau ada sebarang kes, individu berkenaan akan dipanggil ke balai polis untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya mereka ada menerima panggilan yang mencurigakan, jangan takut untuk maklumkan kepada pihak polis,” katanya menurut Bernama.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau turut meminta mana-mana individu yang telah ditipu dan melibatkan kerugian wang supaya segera melaporkannya kepada polis bagi membolehkan tindakan susulan diambil dengan lebih cepat.

“Kena pergi lapor awal-awal, ini bila sudah kerugian wang sehingga berpuluh-puluh ribu baru hendak buat laporan polis. Antara alasannya mereka takut dan bimbang akan dipersalah sedangkan mereka merupakan mangsa.

“Bagi kes penipuan haji pula, polis telah membuka kertas siasatan yang melibatkan tiga kes iaitu satu di daerah Kuala Muda dan dua di Kota Setar yang melibatkan jumlah kerugian RM48,000. Ketiga-tiga kes ada kaitan dengan penipuan haji dari agensi yang sama di Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya.

Terdahulu, Roze menyambut ketibaan Konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersial Anti Scam 2022 yang diketuai legenda rock negara, Awie, dan disertai puluhan penunggang motosikal berkuasa tinggi di Alor Setar, hari ini.

Konvoi itu dijadualkan berlangsung dalam tiga fasa dengan yang pertama bermula hari ini hingga 22 Julai meliputi empat negeri di utara Semenanjung iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis diikuti fasa kedua di pantai timur dan fasa ketiga di selatan.

Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, berkata menerusi siri jelajah ini pihaknya berharap masyarakat akan lebih peka berhubung isu scam itu selain dapat memainkan peranan dalam membanteras jenayah tersebut yang kini menjadi musuh nombor satu negara.


KRISIS MAKANAN BERLAKU





Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP) memberi amaran yang bekalan makanan semakin sukar didapati tahun hadapan kesan krisis yang berlaku di tahun ini dan 2 tahun sebelumnya.

Perang Russia-Ukraine, (Ukraine pengeksport gandum terbesar), perubahan cuaca dan kesan dari kawalan pergerakan ketika pandemik Covid-19 dulu telah memburukkan lagi keadaan.

Untuk krisis bekalan makanan ini, aku tak salahkan kerajaan. Sebab perkara ni berlaku di seluruh dunia. Tapi kan, bila dah ada amaran awal begini, aku nak tahu juga apa persediaan yang kerajaan buat?

Kita import lebih separuh bekalan makanan kita daripada luar. Tapi bila banyak negara telah mula hentikan eksport, apa akan terjadi kepada kita? Apa langkah proaktif yang telah dan bakal diambil?

Harga makanan juga akan naik. Rakya akan makin terhimpit. Dah diberi amaran awal-awal, fikirkanlah sekarang! Bukan bila dah terjadi baru nak bertindak. Jangan asyik nak cerita soal kuasa je. Guane boh?

Raja Gelap

 

GUA BERSEJARAH TIDAK DIURUS

 



SAVE KELANTAN






Sebelum pulang keluar dari Pos Gob, singgah sebentar ke Gua Cha, di dalam wilayah Depak, Gua Musang.

Gua Cha mencatat pelbagai peristiwa sejarah penting. Antaranya ia menjadi tempat bukti kewujudan & bermulanya tamadun Orang Asli Temiar di negara ini serta menjadi lokasi penemuan rangka tulang manusia terpanjang di dunia dan pelbagai artifak mempunyai artifak yang membentuk kronologi sejarah awal Kelantan sejak beribu tahun lalu.

Gua ini telah terjejas terus akibat mendapan lumpur daripada aktiviti pembalakan yang mengundang kepada banjir besar.

Malangnya, Gua ini bukan sahaja tidak terurus, tetapi akan lenyap selama-lamanya apabila ditenggelami air daripada pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri.

Kesimpulannya, Kerajaan Negeri Kelantan memang tidak pandai menjaga & menguruskan khazanah alam, warisan dan sejarahnya kerana mementingkan duit, kepentingan kapitalis & ekonomi tidak mampan sahaja.

credit : hafizuddin nasiruddin

 

WOIII....MUSIBAT PUNYA ADUN SABAH NIH...RAKYAT SUSAH KAMU NAIK GAJI...HABIS KAKITANGAN AWAM LAMA JUGA TAK NAIK...KAU NAK LULUSKAN KAH ?

 



Kenyataan Media

19 Julai 2022

Saya ambil maklum keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain.

Saya kesal dengan keputusan ini sedangkan rakyat sedang bergelut dengan permasalahan kos sara hidup yang tinggi.

Saya ingin mengingatkan semua pemimpin agar sentiasa mementingkan kebajikan rakyat berbanding kepentingan diri mereka, terutamanya waktu yang sangat memprihatinkan saat ini.

Saya menggesa agar keputusan ini tidak diteruskan dengan mengambilkira kesusahan dan kepayahan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

 

NAJIB SAPU CARA MUDAH...KESAN KEATAS NEGARA DAN RAKYAT YANG SUSAH-SITI AISHAH


 

PAS KENCING 1


 

PAS KENCING 2


 

FATWA DARI NAJIB DIBALAS SELAMBA NETIZEN


 

CABANG TEMERLOH TURUT SERTA MEMBUAT LAPORAN POLIS




KEADILAN Cabang Temerloh  telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh  terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak atas kecuaian beliau menyebabkan negara berdepan tuntutan berjumlah RM67.5 bilion dari waris Kesultanan Sulu.

Ianya diketuai oleh Naib Ketua Cabang Temerloh, Sdr Rosli Ismail pada jam 5 petang tadi.



PERTEMUAN KESATUAN..CAMU BERSAMA KETUA OPOSISI

 




Pertemuan dengan Ketua Oposisi Parlimen Malaysia-DSAI siang tadi di Bangunan Parlimen.

Pertemuan beliau dengan delegasi CAMU mengenai pindaan Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

BOLEHKAH PENCURI TAWAR WANG ELAK DIBICARAKAN?


AKHIRNYA RUU ANTI LOMPAT DIBAHAS DI PARLIMEN

KEH..KEH...PISHANGGG - IDRIS TAK JAWAB DENGAN JUJUR KOT ISU AMANAT HADI..

 

Menteri agama perjelas status ‘Amanat Hadi’ di portal Jakim







Tangkap layar seorang pengguna Twitter bertanya Jakim adakah pihaknya telah memadam fatwa Amanat Hadi.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, menjelaskan keberadaan fatwa mengenai amanat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam portal fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, Jakim telah menaik taraf portal sedia ada iaitu e-SMAF kepada i-FIQH yang menghimpunkan semua pandangan hukum Jawatankuasa Muzakarah MKI dan fatwa negeri mengikut kesesuaian dan keutamaan terkini.

Katanya, senarai pandangan hukum dan fatwa yang terkandung dalam portal terbaru itu telah disusun semula.

“Hanya pandangan hukum muzakarah yang majoriti difatwakan oleh negeri-negeri sahaja dimasukkan untuk hebahan kepada masyarakat,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Idris berkata, berdasarkan semakannya, hanya Melaka sahaja yang memfatwakan “Amanat” Hadi di Banggol Peradong, Terengganu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang bertanya mengenai kedudukan kenyataan dibuat Hadi pada April 1981 yang lebih dikenali sebagai “Amanat Hadi”.

Mahfuz meminta penjelasan sama ada benar atau tidak terdapat negeri yang menfatwakan kenyataan Hadi di Banggol Peradong, sebagai sesat.

Mahfuz juga meminta kepastian jika benar fatwa mengenai “Amanat Hadi” itu sudah dikeluarkan daripada portal fatwa Jakim.

Pada 21 Jun tahun lalu, Jakim berkata akan menyemak dahulu dakwaan mengatakan pihaknya telah memadam fatwa berkaitan “Amanat Hadi” di laman sesawang rasminya.

Sebelum itu, tular tangkap layar seorang pengguna Twitter bertanyakan Jakim adakah pihaknya telah memadam fatwa “Amanat Hadi”.

“Amanat Hadi” merujuk kepada sedutan ceramah presiden PAS itu di Kuala Terengganu pada 7 April 1981.