KEH..KEH





MUAMMAR GHADAFI

Paling kiri adalah individu bernama Leissner yang guna 40 juta lebih duit rakyat Msia untuk beli rumah kepada skandal dia di Msia untuk tutup mulut skandal dia melibatkan kerja jahat dia. 40 juta tu bukan jumlah yang dirompak tau, tapi yang digunakan untuk beli rumah sahaja.
Yang berbaju merah, bini dia, model dari Amarika.
Sebelah bini dia adalah Sdr Lim Kit Siang, Pengerusi DAP yang turut sama bersekongkol rompak duit rakyat Msia.


Bantuan banjir: Penerima sudah diberi pilihan ambil tunai ikut 'janji temu' atau EFT ke akaun bank


 

Kesesakan yang timbul di pusat pemberian Bantuan Selangor Bangkit (BSB) akibat banjir besar Disember tahun lalu di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang semalam tidak berlaku sekiranya penerima datang mengikut temu janji.

Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesesakan tersebut terjadi akibat orang ramai datang terlalu awal daripada masa serahan.

"Saya mengambil maklum respons balas ramai tentang pemohon bantuan banjir yang beratur panjang

"Pihak PDT Klang memberi pilihan kepada pemohon sama ada menerima tunai atau secara EFT ke dalam akaun bank mereka.

"Namun majoriti pemohon memilih untuk datang mengambil tunai dan ini menyebabkan barisan yang panjang di tempat yang disediakan.

"Keadaan menjadi sukar dikawal berikutan majoriti penduduk memilih hadir lebih awal berbanding masa ditetapkan melalui SMS yang mereka terima, menyebabkan pemohon hadir beberapa jam lebih awal daripada waktu janji temu," katanya.

Tambah MB, untuk penerima yang belum menerima BSB dinasihatkan agar mereka datang berdasarkan janji temu bagi mengelakkan kesesakan.

"Saya mohon agar pemohon yang belum menerima BSB menepati waktu janji temu yang ditetapkan melalui SMS yang dikirim kepada mereka. Hadirlah pada hari dan masa yang diberi.

"InsyaAllah dengan kerjasama dan persefahaman semua pihak, penyaluran BSB akan menjadi lebih lancar dan selesai mengikut tempoh masa yang ditetapkan," katanya.

Sebelum ini, MB dalam sidang medianya menetapkan BSB akan selesai diagihkan pada 28 Februari untuk semua mangsa mangsa banjir yang layak

 

 Terkini! Harga kereta naik lagi

Terkini! Harga kereta naik lagi

Pembeli kereta mewah di Singapura perlu berbelanja lebih apabila satu struktur cukai berperingkat yang baru, berkuat kuasa lewat bulan ini.

Satu peringkat bayaran pendaftaran tambahan baru (ARF) untuk kereta, teksi dan kenderaan barangan serta penumpang yang mempunyai nilai pasaran terbuka (OMV) melebihi SGD$80,000 (RM248,821) diperkenalkan.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Lawrence Wong yang mengumumkan keputusan itu berkata perubahan terbabit dijangka hanya menjejaskan kereta penumpang.










Amiruddin Ahmad


Peningkatan jangkitan harian kes Covid 19 yang melepasi 31,000 semalam sepatutnya menyegerakan Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan langkah berjaga jaga baharu menghadapi pandemik berkenaan.

Menurut Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, kerajaan pula seharusnya memantau dengan rapi kes dalam tempoh seminggu akan datang supaya tidak berlaku lebih banyak jangkitan.Amaran harus diberikan dan langkah drastic perlu dilakukan supaya rakyat berwaspada dan tidak ambil ringan tentang kes jangkitan  dan kematian yang meningkat.

"Jangkitan dalam tempoh lima hari sebelumnya berlegar sekitar purata 27,000 kes, menunjukkan peningkatan kes baharu. Tetapi lonjakan semalam melepasi 31,000, benar benar merupakan satu puncak baharu.Malahan kebimbangan peningkatan dan penutupan beberapa sekolah perlu dipandang serius oleh kementerian Kesihatan dan Pendidikan.

"Kesimpulannya, pengumpulan data kerajaan perlu diperbaiki (agar lebih terkini) dan orang ramai perlu lebih berhati-hati dalam 7 hari akan datang. Sistem kesihatan kita masih mampu menghadapi gelombang Covid dengan baik tetapi akan ada hadnya untuk apa yang boleh kita hadapi," katanya.

Justeru, Wong Chen mencadangkan agar Malaysia membuat perbandingan kes Covid di negara ini dan serantau, dengan meletakkan Korea Selatan sebagai kayu ukur perbandingan.

"Sebagai perbandingan, Korea Selatan yang mempunyai 51 juta penduduk berbanding kita 32 juta, mencatatkan 170,000 kes baharu semalam.

"Ambil perhatian kadar vaksin penuh Korea Selatan sebanyak 85.6% adalah lebih tinggi daripada Malaysia 79.5%. Sistem kesihatan Korea Selatan masih mampu mengatasi (peningkatan kes) tetapi terdapat rasa bimbang yang jelas.

"Menggunakan Korea Selatan sebagai model, Malaysia perlu mula menganggarkan berapa had (kemampuan) kita dan kemudian kerajaan dan rakyat perlu bekerjasama untuk membendung penyebaran di bawah had itu," katanya lagi.

Dengan 31,199 kes baharu direkodkan semalam gelombang Omicron telah berada di kemuncak baharu namun malangnya kerajaan melalui KKM tidak mengeluarkan amaran terbaharu atau mengumumkan langkah berjaga jaga tahap jingga sebagaimana diharapkan.

 

 

www.zunar.my BESAR SUNGGUH JASA NAJIB PADA ORANG MELAYU. MAKCIK PEKAN MACAMANA ?


 
Makcik Pekan tiada dalam lukisan ini..semoga bertabahlah.

SELEPAS SKANDAL DENGAN CEO MEDIA DIDEDAH, RASUAH MELIBATKAN SUAMI ZETI PULA DISEBUT DI MAHKAMAH AS

 

Bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner, dalam keterangannya di hadapan Mahkamah Daerah Timur New York, menyebut ‘rasuah yang membabitkan bekas suami gabenor Bank Negara’.

Bagaimanapun, dia tidak boleh mengesahkan secara bebas sama ada suapan telah dibayar atau tidak.

Menurut transkrip mahkamah perbicaraan Roger Ng, Leissner menyebut perkara ini apabila ditanya oleh pendakwa raya mengenai urusannya dengan projek usaha sama PetroSaudi-1MDB.

Jelasnya, dia telah mendengar melalui Ng – orang bawahan Leissner pada masa itu – bahawa 1MDB telah melabur AS$1 bilion ke dalam usaha sama itu.

“Anda perlu faham pada 2009 Malaysia masih mempunyai kawalan modal, yang memerlukan pelaburan sebesar itu untuk diluluskan oleh Bank Negara dari segi wang yang keluar negara.

“Mereka pada dasarnya perlu meluluskan satu bilion dolar keluar dari Malaysia. Dan apa yang dilaporkan oleh Roger (Ng) kepada saya ialah dia telah mendengar bahawa wang itu meninggalkan negara dalam tempoh yang singkat (overnight).

“Satu bilion dolar disalurkan dalam waktu yang singkat ke Malaysia kepada usaha sama itu dan ia telah dilakukan kerana suami kepada gabenor Zeti (Akhtar Aziz) di Bank Negara ketika itu telah menerima rasuah untuk melaksanakannya.

“Jadi, dalam waktu singkat wang itu dipindahkan, yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada masa itu. Tiada kelulusan diperoleh secepat itu dengan Bank Negara,” kata Leissner.

Apabila disoal oleh pendakwa raya jika rasuah sebenar telah dibayar berhubung dengan usaha sama PetroSaudi-1MDB, Leissner menjawab: “Saya tidak tahu secara bebas jika rasuah telah dibayar.”

Berdasarkan transkrip keterangan Leissner pada 22 Feb, dia menyebut nama Zeti dua kali dan tidak menyebut suaminya, Tawfiq Ayman.

Pada November tahun lalu, SPRM berkata Singapura telah menghantar balik ke Malaysia dana AS$15.4 juta yang berkaitan 1MDB melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq.

Menurut The Edge, pemindahan berjumlah AS$16.22 juta itu berlaku pada 2008 dan 2009 dan telah dimaklumkan kepada Bank Negara pada 2015 dan 2016 apabila Singapura mula menyiasat pemindahan berkaitan 1MDB.

SPRM tidak mengulas secara terbuka mengenai perkara itu tetapi beberapa laporan mencadangkan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat pembabitan Tawfiq, bersama bekas menteri kewangan kedua Nor Mohamed Yakcop.

Leissner ialah saksi utama dalam perbicaraan Ng yang didakwa atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan urusan 1MDB.

Pada 2018, Leissner mengaku bersalah atas pertuduhan serupa dan dipaksa untuk melucuthak sebanyak AS$44 juta.

Sementara itu, Najib Razak, yang mengenali Leissner ketika menjadi perdana menteri, hari ini berkata dia merasa pelik bahawa media tidak melaporkan sebahagian daripada keterangan Leissner ini.

Kebanyakan organisasi media Malaysia telah mengeluarkan semula laporan Bloomberg mengenai keterangan Leissner mengenai permintaan Low Taek Jho supaya tiga anak Najib diambil bekerja di Goldman Sachs.

Sejak itu, Najib menjelaskan bahawa anak-anaknya tidak pernah menerima tawaran kerja seperti itu daripada Goldman Sachs.

“Saya pelik kenapa media-media mempermainkan isu pekerjaan bagi anak-anak saya sedangkan kenyataan Tim Leissner di mahkamah semalam (mengenai tuduhan rasuah ini).

“Yang ini, media-media tak mahu lapor ke?

Pada 2009, 1MDB memeterai perjanjian dengan PetroSaudi untuk penerokaan minyak. Pihak berkuasa AS percaya bahawa AS$700 juta daripada suntikan dana AS$1 bilion 1MDB masuk ke dalam Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Low, juga dikenali sebagai Jho Low.

Pada masa itu, pentadbiran Najib menegaskan bahawa pelaburan 1MDB dalam usaha sama itu adalah kukuh dan ia telah ditukar kepada “unit dana” di Singapura. Tidak pasti jika “unit dana” berkenaan pernah ditebus.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/611808

SIAPA ROHANA ROZHAN

 






*Rohana Rozhan*


*Perkaitan dengan skandal 1MDB*


Dalam satu perbicaraan berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad pada Februari 2022, Rohana didakwa oleh seorang pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner bahawa Rohana telah mengugut Leissner untuk membeli sebuah rumah mewah di London bernilai USD$ 10 juta setelah mengancam ingin mendedahkan penglibatannya dalam korupsi 1MDB pada 2013. 


Menurut penjelasannya, Rohana ialah kekasih rahsianya dari 2003 hingga 2013 sebelum berkeputusan untuk mendampingi isterinya, Kimora Lee Simmons.


*Kehidupan peribadi*



Bapanya, Tan Sri Rozhan Kuntom merupakan tokoh perkhidmatan awam (1985-1987), dan pernah menjadi Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei 2014, dan jenazah dibawa ke Bukit Damansara Kuala Lumpur dan disembahyangkan di Masjid Umar Al-Khattab sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tun Dr Ismail.


Rohana juga merupakan adik-beradik kepada Anuar Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KPISoft Sdn Bhd, pembangun applikasi MySejahtera selaku aplikasi pemantauan wabak Covid-19 rasmi negara.


Najib 'lobi kerja untuk anak' salah guna kuasa - Chean Chung

JANGAN BUDAYAKAN PANGGILAN ‘BOS KU’ IA MEMALUKAN







Fuh…. Macam menonton filem The Lord Of The Rings bersiri debaran atau suspennya kes ini. Satu persatu terbongkar kes 1MDB di mahkamah Amerika. Saya ceritakan sedikit dgn gunakan ayat mudah jalan ceritanya agar senang difahami.

Dlm perbicaraan ke Tim Leissner nama Jho Low, Najib, Rohana, Zeti, suami Zeti dan anaknya habis disebut dlm perbicaraannya. Leissner beritahu Zeti tahu duit berbilion keluar dari dana 1MDB. Fuh Gabenor Bank Negara tahu tapi buat2 tahu..punah ranah negaraku.

Malah dia mengaku menggunakan dana 1MDB utk membeli rumah di London dgn nilai lebih RM 41 juta utk kekasih gelapnya apabila diugut kerana ingin memutuskan hubungan 10 tahun utk berkahwin dgn bekas seorang model, Kimora.

Leissner juga mengaku Najib mahu 3 anaknya bekerja dgn syarikat bank berkenaan selepas pertemuan Najib dgn bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Lloyd Blankfein.

Leissner beritahu juri bahawa Goldman Sachs perlu memastikan peluang pekerjaan bagi tiga anak bekas Perdana Menteri Malaysia itu di bank berkenaan sebagai balasan kpd tawaran perniagaan yg lumayan.

Fuh… duit berbillion wang rakyat digunakan utk keseronokkan ‘kayangan’ ini. Akhirnya tak kira Najib atau Tun 2x5 ceritanya. Yg sana kata dia pakai duit berpuluh billion yg di sini kata anak2 di sana ada duit berbillion.

Maaf cakap siapa yg panggil org itu ‘Bos Ku’ tak tahu nak letak level dia di mana. Tak ada bangsa di dunia ini yg mengangkat perompak wang rakyat sebagai bos… last sekali berlaku di zaman Robin Hood dan Ali Baba Bujang Lapok.

Kerana Najib kita rakyat kena tanggung RM 32 billion ringgit. Yg sakan depa yg merana kita. Seperti biasa Najib akn nafikan. Maaf cakap kalau cakap Najib saya lebih percaya cakap Leissner. Najib tak pernah mengaku apa jenis kesalahan pun walaupun satu dunia tahu keborosan isterinya.

Cukai pendapatan pun sampai Rm 1 billion…. Tak bayar pula tu. Dulu kata tak kenal Jho Low, tak ada kaitan, kemudian mengaku kenal dan kemudian kata kena tipu dgn Jho Low. Kalau terlepas juga memang dunia menghampiri hari kiamat.

————————————————————————-

Untuk yg rajin membaca….

Di bawah jika nak tahu si Leissner ini boleh tahan womanizer dia. Tapi yg bagus tu mengapa saya percaya dia sb dia mengaku kekasih2 gelapnya.

Leissner had affairs with three M'sians, some politically connected

Disgraced former Goldman Sachs banker Tim Leissner has revealed that not only did he score a big deal in Malaysia, he found love too - thrice.

Testifying before a US court in the trial against Roger Ng, Leissner revealed this when the prosecutor asked him about his trip to Beijing in 2009.

Leissner, Ng and Low Taek Jho had travelled to Beijing, coinciding with Najib Abdul Razak's first official trip abroad as prime minister on June 4 and June 5. Najib was received by then Chinese president Hu Jintao and premier Wen Jiabao.

According to court transcripts, the prosecution showed Leissner email printouts to which the witness explained were related to setting up meetings in Beijing with Low, also known as Jho Low, and also government officials.

When Leissner was asked who he was travelling with, he revealed it was the niece of a former chief minister of Sarawak. At the time, Leissner was legally married to someone else.

Prosecutor Drew Rolle: So were you having an affair with Ms [name withheld]?

Leissner: Yes.

Rolle: And who was she, Ms [name withheld]?

Leissner: She was Malaysian and she was the niece of (a former) chief minister of Sarawak.

Rolle: She was related to a government official?

Leissner: She was the niece of the chief minister, yes.

Rolle: At that point had Goldman Sachs done business in Sarawak?

Leissner: Yes, we had.

Leissner revealed that when she was involved with the woman, his employer Goldman Sachs was doing business with Sarawak.

He did not disclose this to Goldman Sachs' control functions despite the company having policies on relationships with relatives of clients or government officials.

Asked if the relationship with the woman benefited him in terms of work for Goldman Sachs, Leissner replied: "Not directly."

He explained that the intermediary for the deal was known as "Mr Seow", who collected a fee for intermediating between Goldman Sachs and Sarawak.

While still legally married, Leissner said he was once engaged to the woman but eventually did not marry her.

The prosecutor then asked Leissner if there were other client-related persons with whom he had affairs, to which the witness replied there were.

He revealed that he had a “longstanding” relationship with a woman who was a chief executive of a media company since 2003.

He also said he had an affair with the daughter of a Malaysian ambassador to the US.

Malaysiakini is not naming any of the women out of respect for their privacy because they are not involved in the 1MDB affair.

When the prosecutor asked Leissner if Goldman Sachs had benefited from his relationship with the former chief executive of the media company, the witness again replied: "Not directly."

He said while Goldman Sachs did work on the media company's initial public offerings, the couple's relationship was frowned upon by the media company's owner.

Again, Leissner did not report the relationship, which began in 2003, to Goldman Sachs’ control functions.

Leissner conceded he made a lot of money from the 1MDB affair and he spent approximately US$10 million to buy the former chief executive a house in London.

When asked why, Leissner explained that he bought the house because the woman was very upset that he was ending their relationship after 10 years to marry model Kimora Lee Simmons in 2013.

"She put it to me that we had spent ten years in a relationship and that if I didn't buy her a house, she would, for example, tell the authorities about my involvement in the 1MDB scheme.

"Not that I disclosed all the details to her about that but I did mention to her that I had received money out of that scheme... I was very fearful of that," said Leissner.

PUNYA LA TAK ADA IDEA...JADIKAN WARISAN ATAU MUZIUM UNTUK GENERASI KINI ...

 

Setelah dibantah, Saarani akhirnya batal tender jual istana Raja Muda di Teluk Intan

Setelah dibantah, Saarani akhirnya batal tender jual istana Raja Muda di Teluk Intan

Kerajaan negeri Perak telah membatalkan pelaksanaan proses tender terbuka penjualan tapak bekas Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya membuat keputusan itu setelah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak untuk menjual tapak bekas istana berkenaan secara tender terbuka bagi laluan pembangunan projek komersial dan bangunan bercampur.

“Setelah pelbagai penelitian dibuat, kita telah membatalkan tender tersebut. Kita juga tidak akan menyewa tapak bekas istana itu kepada mana-mana pihak,” katanya ketika diminta mengulas mengenai status pelaksanaan proses tender penjualan tapak bekas istana berkenaan.

Saarani berkata pada sidang media selepas merasmikan Rangkaian Infrastruktur Jalur Lebar Allo Technology peringkat negeri Perak dilaksanakan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad, Allo Technology Sdn Bhd di Ipoh hari ini.

Pada September lepas, Saarani berkata kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan proses tender penjualan tapak bekas istana itu bagi membolehkan beberapa kajian terperinci selepas mengambil kira pandangan dan bantahan beberapa pihak.

Media sebelum ini melaporkan Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah menzahirkan harapan agar bangunan istana itu dikekalkan dan tidak dijual kepada pihak lain dan perlu dibaik pulih.

Raja Nazhatul Shima bertitah baginda sayangkan istana itu kerana pernah tinggal di sana semasa kecil yang menjadi kenangan indah baginda, tambahan pula yang mendiami istana itu kesemuanya Raja Muda Perak.