INI LAH DIA


 

INI AKAN JADI JIKA AKTA 342 DILULUS DI PARLIMEN HARI INI! (16 Dis 2021).


 INI AKAN JADI JIKA AKTA 342 DILULUS DI PARLIMEN HARI INI! (16 Dis 2021).

Please share

More cartoons @ www.zunar.my



RM 1 PUN NAK CUKAI RAKYAT.MISKIN SUNGGUHKAH BANK ?

 

Ibrahim Mat Isa


Dah berpuluh tahun pengeluaran wang di mesin ATM bank di Malaysia tak pernah dicaj setiap kali berurusan, ni dah caj pulak? Dah nak mampos ke kerajaan sekarang ni? Dah la pendapatan rakyat biasa pun habis dengan melayan harga barang yang naik macam tak ada menteri yang jaga, kini bank pulak nak caj bagai.

Menteri Malaysia ni kenapa mangkok hayun sangat?



ARTIS TOLAK DUIT ZAKAT WALAU BERHAK DAPAT. MULIA MEREKA KERANA MASIH TAKUT NAK AMBIL DUIT ORANG RAMAI

 

ASUWADI ISMAIL

Minggu lepas semasa bawa kereta dengar satu berita seorang artis yang sakit tolak bantuan dari zakat Selangor walau dia layak menerimanya..

Dia kata buat masa sekarang saya tak perlukan nya kerana ramai lagi di luar sana yang amat memerlukan duit zakat tu....
Aku teringat pula bila ada beberapa orang yang tiada kerja tapi di lantik menjadi Duta Khas taraf menteri termasuk seorang taraf ulama....
Mulia sungguh hati artis tersebut dari mereka ni..masih lagi takut nak ambik duit hak orang ramai....
Terlewat sikit jawabnya macam ni lah walau masih banyak ruang yang kosong ...
Berbeza dengan perhimpunan keluarga Malaysia dan Perlawanan bola sepak....
Akal yang waras kita rasa tak patut berlaku tapi bila undang2 yang di buat oleh pemimpin maka kena akur juga...




Pirane Sarawak formaliti beri kemenangan percuma buat GPS


MSO

SESUDAH SUBUH

LUSA (18 Disember 2021) merupakan hari mengundi untuk pilihan raya negeri (Pirane) Sarawak. Pengundian awal telah berlangsung semalam. Dalam pilihan raya kali ini seramai 1,252,014 pemilih berpeluang untuk membuat pilihan ke atas 349 calon. 

Seperti lazimnya perlawanan dalam pilihan raya di Sarawak, membabitkan pertandingan lebih daripada dua penjuru. Keadaan ini menyebabkan pilihan raya di negeri Kenyalang itu sebuah pesta setiap lima tahun sekali. 

Selepas proses penamaan calon dijalankan, mengarcakan berlaku pertandingan tujuh penjuru ditujuh kawasan atau Dun. Lima penjuru di 24 kawasan, empat penjuru di 33 Dun, tiga penjuru di 13 Dun dan satu lwan satu hanya di empat Dun. 

Manakala antara parti-parti yang mengambil bahagian adalah GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu (PBS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang merupakan kerajaan sebelum ini, DAP, Keadilan, Amanah dan Pas. PBBM atau Bersatu dan Umno atau BN tidak meletakkan calon. 

Parti-parti PBB, PBS dan PDP bertanding atas satu nama dan gabungan GPS manakala Dap, Keadilan dan Amanah walaupun memiliki gabungan bernama PH, tetapi bertanding atas lambang masing-masing. Ketiga-tiga parti ini seperti sedang mempersiapkan diri untuk melempar PH?

Tidak ketahui ke manakah lenyapnya kehebatan Umno dan adik tirinya Bersatu kerana tidak berani meletakkan walaupun sekerat calon. Dalam soal ini Parti Amanah Negara yang bersikap berlagak mahu jadi gajah lebih berani berbanding dengan Umno dan Bersatu. Hatta dengan abang tirinya sendiri Pas, yang meletakkan calon dihanya satu kerusi sahaja. 

Tindakan Pas itu serba salah dan membazirkan masa sahaja. Ada baiknya kalau ia berpakat dengan Amanah dan bertanding secara berpasukan dengan mengambil semangat asal dari rahim ibu dan sperma bapak yang sama. 

Amanah telah memberanikan diri untuk menjadi gajah meletakkan calon di lapan kerusi, kurang empat kerusi berbanding dalam pilihan raya sebelum ini yang dibuat kononnya untuk memperkenalkan parti dan lambangnya, Aneh sesudah diperkenalkan parti itu bertanding kurang daripada sewaktu memperkenalkannya dulu. Apakah ini menunjukkan parti itu masih belum dikenali dan terkenal lagi?

Tidak diketahui apakah ukuran, jangkaan dan strategi dibuat oleh parti berlambang huruf "A" itu sehingga berani meletakkan calon dilapan kerusi? Apakah ia untuk menunjukkan parti itu mempunyai wang dan mampu membayar deposit berbanding dengan Pas? 

Walhal kalau hendak dikira Pas yang kini jadi sesuku daripada kerajaan lebih dilihat mempunyai wang sepatutnya parti pimpinan Tok Dor itu bertanding di semua 82 kerusi. Mungkin wang deposit calon Amanah itu dibelanjkan menggunakan wang simpanan para pemimpinnya khasnya yang menjadi menteri kerana mereka katanya diberi pampasan ratusan ribu?

Atau pun Amanah telah mengambil alih fungsi dan tanggungjawab Pas selama ini yang bertanding atau menyertai pilihan raya walaupun tidak nampak bayang kemenangan, tetapi disertainya juga kerana mahu menjadikan pilihan raya sebagai platform berdakwah? Tetapi kalau itulah tujuannya dalam pilihan raya Sarawak ini fungsi itu sudah tidak lagi diamalkan Pas kerana bertandingan hanya satu kerusi sahaja.

Berbalik hakikat pilihan raya Sarawak itu, walaupun ia berlaku pertandingan disemua 82 kerusi dan disertai banyak parti termasuk parti pembangkang utama, Dap dan Keadilan, tetapi kemenangan seperti sudah pasti milik GPS. Ini kerana pilihan raya kali ini berbeza dan lain kaedahnya, baik dari segi semangat dan pelaksanaanya berbanding dengan pilihan raya sebelum ini.

Pilihan raya Sarawak iu diadakan selepas tamat darurat. Justeru begitu ia boleh dianggap sebagai pilihan raya dalam suasana darurat kerana beberapa peraturan dan kawalan ketat dikenakan atas alasan pandemik. Situasi itu sudah tentu memberi kelebihan kepada parti yang menjadi kerajaan kerana mereka boleh menggunakan apa sahaja ruang dan kemudahan kerajaan yang ada. Lantaran kelebihan itu diyakini GPS akan menang besar. 

Apa yang berlaku dalam Pirane Melaka beberapa minggu lepas yang mengejutkan bilamana BN menang dengan majoriti dua pertiga, akan berulang di Sarawak. Tanda-tanda itu sudah jelas bilamana, peraturan "beruk" dan "hantu" diperlakukan di Sarawak. Kempen secara terbuka tidak dibenarkan kepada pembangkang. Manakala para pemimpin parti Keadilan dan DAP disekat daripada memasuki Sarawak. Pilihan raya Sarawak diadakan dalam keadaan "renyuk tepok".

Dalam masa sama GPS bebas melakukan apa sahaja. Dengan menggunakan ketua-ketua kaum dan adat serta bebas mengguna peremis kerajaan seperti balai raya, masjid, surau dan sebagainya GPS bebas menggnunakan peremis itu untuk berkempen. Pasti juga akan ada rasuah pengundi, tetapi ia hanya boleh disebut sahaja tindakan tentu sekali tidak ada. SPRM seperti biasalah bila berhadapan dengan parti kerajaan?

Tindakan atau cara itu antara satu ketidak-adilan dalam seribu "kerenyukan" pilihan raya berkenaan. Dalam keadaan seperti itu macam mana parti pembangkang, baik DAP atau Keadilan atau Amanah untuk menang. 

Mungkin kerana sudah menyedari pilihan raya itu tidak adil dan ia tidak lebih dari mematuhi kehendak Perlembagaan dimana pilihan raya diadakan selepas tamat satu-satu tempoh atau penggal lima tahun, maka kemenangan seperti sudah menjadi milik GPS. 

Jadi pilihan raya itu hanya satu formaliti dan bukan hakikat pilihan raya sebenarnya. Mereka menyertai pilihan raya itu terutamanya pembangkang sengaja membiarkan diri mereka ditipu dan dianiaya hidup-hidup. Selagi bergantung kepada proses demokrasi seperti itu maka selama itu rakyat tidak mendapat haknya dengan penuh keadilan dan perjalanan kerajaan itu tidak murni. 

Pirane Sarawak itu bolehlah disifatkan suatu kaedah untuk memberi kemenangan percuma kepada GPS sahaja bagi meneruskan kekuasaan mereka di Sarawak. Dan bagi GPS atau mana-mana parti sekalipun mereka akan bersyukur 40 kali dan bersujud sahwi 105 kali apabila suasana atau keadaanya berpihak kepadanya walaupun ia dijijik dan comot. 

Pilihan raya atau demokrasi adalah satu penipuan yang dihalalkan dan diperlembagaakan di negara ini, merupakan satu permainan tradisi yang disukai oleh sebilangan rakyat. [wm.kl. 7:48 am 16/12/2021] 

Glossori:

Renyuk tepok = punah ranah, tidak sempurna, atau punah jahanam.'

 

PH enggan beri sokongan pada RUU pindaan Akta 342



PH enggan beri sokongan pada RUU pindaan Akta 342


Diterbitkan:  Dec 15, 2021 



Pakatan Harapan (PH) tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 yang dibentang semalam dan dijangka bakal dibahaskan esok.


Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, berkata pendirian itu dibuat walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan tiga pindaan berbanding draf asal pada Akta 342 tersebut.


Kata Saifuddin selepas meneliti pindaan tersebut PH berpendapat RUU berkenaan masih menyediakan ruang yang luas kepada amalan dwistandard serta penyelewengan lain dalam pelaksanaannya.


"Walaupun satu pindaan tambahan dibawa hari ini yang mengurangkan hukuman bagi RUU ini, ahli-ahli parlimen PH berpandangan ia tetap membuka ruang yang luas untuk berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan antara dua darjat," katanya dalam kenyataan malam ini.


ADS

Kerajaan dalam proses meminda Akta 342 bagi membolehkan seseorang pesalah atau badan yang didapati melanggar peraturan dikenakan hukuman lebih berat.


Asalnya pindaan tersebut mencadangkan hukuman maksimum RM100,000 kepada pesalah individu dan RM1 juta untuk badan korporat. Akta sama juga menyediakan peruntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun. 


Menurut KKM jumlah kompaun tersebut adalah merupakan had maksimum yang dicadangkan dan ia tertakluk kepada penilaian pihak berkuasa.


Bagaimanapun selepas mendapat bantahan, hari ini KKM menyatakan RUU tersebut akan dipinda bagi mengurangkan jumlah maksimum kompaun dan hukuman penjara. 


Akta 342 sekarang memberi kuasa kepada ketua pengarah kesihatan untuk mengenakan denda maksimum hanya RM1,000 terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard, seperti kegagalan memakai topeng muka di tempat awam.


Menurut Saifuddin bangkangan terhadap RUU tersebut sudah disampaikan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini namun kerajaan tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan perbahasan mengenainya.


Justeru kata ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu lagi PH mengambil sikap untuk tidak menyokong RUU dalam bentuk yang telah dibentang.


"PH menggesa kerajaan khususnya Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk menarik balik RUU ini dan mengadakan perbincangan mendalam dengan kami serta pembangkang amnya, agar pindaan yang lebih baik dapat diperolehi dan dipersetujui bersama," katanya.


VIDEO PENDEK : MENTERI DAH UMUM HARTA...MANA MENTERI YANG LAIN


 

VIDEO PENDEK : LAGI MENTERI SUKA PONTENG.BUKAN HADI JUARA, TAPI ADA LAGI....


 

VIDEO PENDEK : KAH..KAH PENGSAN MELIHAT KELIBAT YB HIDUP SEMULA


 

VIDEO PENDEK : DIKEJI AKAR UMBII UMNO. KERJA MENGARUT HADI AWANG


 

BONGKAR!! YB FAHMI BONGKAR SKANDAL DNB

MANA KAD LAPORAN 100 HARI 4 DUTA KHAS ISMAIL SABRI?

 

Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abdul Latiff

 Ahmad semalam mengenai jumlah penasihat khas dan duta khas Perdana

 Menteri, Ismail Sabri amat mengejutkan dan membuka mata ramai pihak.

Persoalan pertama yang terlintas di fikiran ialah mengapa Perdana Menteri mempunyai begitu ramai penasihat khas dan duta khas kerana beliau sudah mempunyai Kabinet gergasi yang terdiri daripada 31 menteri dan 38 timbalan menteri dan tidak kurang juga Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar di seluruh dunia?

Adakah Ismail Sabri bersedia untuk meminta kelulusan khusus daripada Parlimen bagi memberi kuasa kepadanya untuk melantik Penasihat Khas dan Duta Khas?

Jika tidak, ini bukan kerajaan parlimen tetapi Kerajaan Penasihat Khas di Malaysia!

Pada masa ini, Ismail Sabri mempunyai empat duta khas – Abdul Hadi Awang (duta khas ke Timur Tengah), Tiong King Sing (duta khas ke China), Richard Riot (duta khas ke Jepun, Korea, dan Taiwan), S Vigneswaran (duta khas ke India dan Asia Selatan).

Bolehkah empat utusan khas, Hadi Awang, Tiong King Sing, Richard Riot dan Vigneswaran mengeluarkan Kad Laporan 100 Hari mereka?

Jika empat Duta Besar tidak dapat menghasilkan Kad Laporan 100 hari mereka, apakah fungsi mereka ini?

Saya sebelum ini bertanya sama ada duta khas Malaysia ke Timur Tengah telah disekat daripada menjejak kaki ke Arab Saudi, dan tidak pernah melawat Arab Saudi sejak dilantik sebagai duta khas setakat April 2020, tetapi tiada jawapan yang diberikan.

Apa guna Duta atau Duta Khas sesuatu wilayah apabila dia tidak dapat melawat negara atau wilayah yang di bawah tanggungjawabnya?

Berapa kali Tiong Sin King melawat China sejak pelantikannya dan apakah yang telah dilakukannya untuk mewajarkan pelantikannya?

Soalan yang sama ditujukan kepada Hadi, Richard Riot dan Vigneswaran.

Latiff memberitahu Parlimen bahawa Perdana Menteri keenam, Najib Razak mempunyai bilangan penasihat dan duta khas paling ramai semasa menjadi perdana menteri dari 2009 hingga 2018.

Ia tidak bermakna penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Najib menjadi justifikasi untuk Ismail Sabri melakukan perkara yang sama apabila menjadi Perdana Menteri.

Jika ya, Ismail sengaja mahu menjadikan Malaysia sekali lagi dikenali sebagai “kleptokrasi yang paling teruk” seperti zaman Najib menjadi Perdana Menteri dan terpalit dengan skandal ala 1MDB yang tersendiri.

Apabila buku penasihat komunikasi politik Najib selama enam tahun, Romen Bose, “Final Reckoning – An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government” mula dijual di kedai-kedai buku semalam, unsur yang mengejutkan bukanlah Bose telah menulis kisah tentang kejatuhan Najib daripada tampuk kuasa, tetapi tiada siapa yang pernah tahu atau mendengar tentang beliau sehinggalah buku hasil tulisannya diterbitkan dan mula dijual.

Kita tidak boleh mempunyai kerajaan rahsia di mana Perdana Menteri mempunyai sepasukan penasihat khas yang dibayar menerusi dana awam tetapi Parlimen dan rakyat tidak tahu mengenainya.

Kerajaan rahsia ini mesti dihentikan segera!

LIM KIT SIANG

Ahli Parlimen Iskandar Puteri.

LANTIK SAJA TUAN IBRAHIM JADI DUTA NEGERI PANTAI TIMUR

 

NORMAN RADZUAN

Saya nak menasihati PM Mail, boleh tak DS lantik Tuan Ibrahim ini jadi Menteri bertaraf Duta ke Negeri Pantai Timur atau paling kurang Menteri Bertaraf Ketua Penasihat untuk sekalian penasihat2 yg ada...

Macam rugi besar je kerajaan letak dia dkt Kementerian tu. Kalau dia ditukarkan ke kementerian yg disebutkan tadi rasanya rakyat Malaysia tak rasa kehilangan pun. Ya ramai yg tidak boleh berbahasa Inggeris dgn lancar.... tapi rasanya budak Darjah 6 kalau suruh baca text pun ok pe. Tak kan la itu pun tak boleh...




Anwar Ibrahim: Kalau Kita Tak Belajar Daripada Pengalaman 1MDB, Kita Tak...

Timbalan Menteri Komunikasi: Isu DNB & 5G, Janganlah Rahsia, Projek 20 B...

Pas atau Umno merosak Ummat? Lebai Tan Sri Hadi punca terbesar melayu be...

Anwar Ibrahim Menyoal & Mendesak Timbalan Menteri Kewangan Berhubung Pel...

MOGA NUSI TIDAK CEMBURU DENGAN KERAJAAN DAP PENANG


 

CELAKALAH BAGI YANG MENIPU RAKYAT

 

RAMZAN AHMAD

Dan CELAKALAH juga buat penerima DEDAK 90JOOTA dan yang mentekedarah gaji buta tanpa buat apa2 kerja dgn duit hasil cukai rakyat... CELAKAlah juga bagi yg ponteng Parlimengg sedangkan elaun diambil tiap2 bulan...

😏
*sekadar gambar hiasan tilam lain harga




MoU: PH tidak sokong BN 'membuta tuli', kekal sebagai pembangkang progresif



 


Tohmahan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah merestuai apa sahaja dasar kerajaan BN termasuk perkauman demi mengekalkan memorandum kerjasama (MoU) yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan pada 13 September lalu adalah tidak masuk akal.


Menurut Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tohmahan yang dilemparkan oleh Naib Presiden Warisan, Darell Leiking baru baru ini adalah sangat tidak munasabah dan lebih bersifat fitnah.


"Pertama, adalah tidak jujur ​​serta tidak profesional Darell, seorang peguam secara profesion mendakwa PH telah tunduk kepada kerajaan melalui MoU.


"Saya menasihati beliau membaca syarat-syarat MoU dengan teliti sebelum membuat kenyataan tidak bertanggungjawab. Khususnya, beliau harus membaca fasal 3.3 (a) dan (b) yang jelas memperuntukkan keputusan PH untuk menyokong atau mengelak daripada mengundi Belanjawan atau Rang Undang-undang berkaitan adalah tertakluk kepada perundingan kerajaan dan persetujuan PH.


"Selanjutnya, fasal 9.1 juga secara jelas memperuntukkan tiada apa-apa dalam MoU itu boleh menjejaskan peranan dan tanggungjawab PH sebagai pembangkang di Parlimen untuk bertindak sebagai semak dan imbang. Prosiding Parlimen yang diikuti selepas MoU ditandatangani direkodkan dalam Hansard.


"Rekod ini secara konklusif menunjukkan Ahli Parlimen PH melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pembangkang, tanpa rasa takut atau pilih kasih. Jika Darrell sendiri rajin hadir ke Parlimen, beliau akan menyaksikan sendiri kandungan ucapan dan perbahasan PH," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Saifuddin, terlepas daripada kritikan liar terdapat banyak sisi baik daripada MoU, terutama terkait isu Belanjawan 2022 yang dirunding secara bersama sebelum dibentangkan di Parlimen.


Hal itu, katanya, bukan sahaja bersejarah tetapi satu langkah besar ke arah perancangan fiskal yang lebih baik.


"Perundingan pra-belanjawan telah menghasilkan penambahbaikan pada Belanjawan 2022. Khususnya, MoU itu membolehkan kelulusan sebanyak RM45 bilion ditambah kepada Dana Covid-19. Perundingan bajet juga menyaksikan penekanan yang lebih besar untuk membantu IKS, penciptaan pekerjaan dan dasar kebajikan sosial yang disasarkan.


"Selepas bajet dibentangkan, rundingan selanjutnya menyaksikan peningkatan bajet untuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen, Pejabat Ketua Audit Negara dan pengumpulan data responsif jantina. Peningkatan ini penting untuk meningkatkan ketelusan, akauntabiliti, tadbir urus yang lebih baik dan hak wanita.


"MoU itu juga telah memperuntukkan pembaharuan struktur, beberapa telah siap dan yang lain belum selesai. MoU ini membolehkan Ahli Parlimen Pembangkang mempengerusikan separuh daripada semua jawatankuasa pilihan Parlimen.


"Pembangkang juga diberi perwakilan yang adil dalam Majlis Pemulihan Negara, sebuah entiti yang diwujudkan untuk membantu negara membendung dan pulih daripada Covid-19. Fasal 2.2 MoU menyampaikan pelaksanaan penuh Undi18 baru-baru ini.


"Menjelang akhir hari ini (semalam), kita dijangka melihat pindaan perlembagaan MA63 diluluskan di Parlimen, seperti dalam fasal 5.1 MoU. Pindaan ini adalah sesuatu yang Darrell dan Warisan patut berterima kasih kepada PH. Menurut fasal 2.1 dan 3.1 MoU, dua perundangan yang sangat penting, undang-undang Anti Lompat Parti dan Akta Perkhidmatan Parlimen juga dalam proses digubal dan dijangka dibentangkan pertengahan tahun depan," katanya lagi.


Menyentuh isu MoU menyebabkan PH menyokong idea perkauman BN, tegas Saifuddin tuduhan itu amat kabur kerana PH tidak terlibat dengan hala tuju politik BN.


Katanya, tuduhan Darell itu lebih kepada ingin menonjolkan imej beliau dan Warisan yang kononnya lebih liberal berbanding mencari kebenaran.


"Adalah tidak jujur ​​Darell menyalahkan PH atas amalan berterusan politik perkauman dan agama yang sempit. Sungguh ironis apabila Warisan cuba menjenamakan semula dirinya, sekutu politik terbesarnya kekal Tun Dr Mahathir.


"Darel harus tahu bahawa ‘Ketuanan Melayu’ dan lain-lain jawatan pelampau agama adalah punca utama mengapa negara terus berpecah dan dimusnahkan oleh politik identiti kaum dan agama, bukan MoU dan pastinya bukan PH.


"Saya ingin menasihati Warisan supaya mempelajari dahulu dinamik politik identiti Semenanjung Malaysia sebelum membuat tuduhan liar terhadap PH. Warisan juga harus menawan semula Sabah terlebih dahulu dan menamatkan budaya lompat parti di sana sebagai keutamaan.


"Memandangkan Darell sendiri melompat dari KEADILAN pada 2016 ke Warisan, dia akan mempunyai pengalaman langsung tentang cara menangani perkara itu," sinis Saifuddin.


Mengenai dakwaan Darell ramai Ahli Parlimen PH tidak berpuas hati dengan MoU, Saifuddin menggesa beliau mendedahkan nama-nama mereka atau berisiko dianggap sebagai oportunis.

 


Semangat baharu pindaan MA63, rakyat Sarawak harus berani berubah - Anwar








Rakyat Sarawak yang mendapat semangat baharu selepas lulusnya pindaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semalam seharusnya meneruskan perubahan dengan melantik Kerajaan Negeri baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 18 Disember ini.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pindaan MA63 tidak banyak makna sekiranya rakyat Sarawak tidak bersungguh sungguh menuntut hak hak mereka yang telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Dalam semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang baru dipinda di Parlimen hari ini, saya amat berharap seluruh rakyat Sarawak terutamanya untuk berani memungkinkan reformasi dan perubahan demi kepentingan rakyat dan negeri.


"Kegagalan demi kegagalan akan berterusan sekiranya kita terus dengan tampuk lama (kerajaan lama) yang tidak menjiwai nurani dan hasrat rakyat yang dambakan keadilan dan kesaksamaan," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Presiden KEADILAN itu juga mahu jentera parti yang berkempen di Sarawak agar benar benar menyelami permasalah rakyat dan mengajak mereka bersama sama membentuk kerajaan yang lebih baik.


"Saya berada di Sarawak untuk beberapa hari pada hujung minggu lalu menjelajah dari Beting Maro hingga ke Bekenu.


"Tersentuh dengan kerukunan yang ditonjolkan oleh pelbagai suku kaum di Sarawak tatkala turun melihat cara hidup mereka di rumah-rumah panjang dan di kawasan pedalaman, dan ini ternyata menjadi elemen yang mengikat perpaduan antara kaum tidak hanya di Sarawak malah ia mesti terus diperkukuh di seluruh negara.


"Saya beritahu kepada calon-calon kita dari KEADILAN dan jentera untuk benar-benar memahami rintihan mereka serta mengangkat hak mereka yang tidak dipedulikan dan dipandang enteng oleh sebilangan petinggi politik yang hanya sibuk memunggah khazanah dan kekayaan negeri demi tembolok sendiri sejak beberapa dasawarsa lampau," katanya.


Sehubungan itu, Anwar mahu pengundi di Sarawak keluar beramai ramai lakukan perubahan pada PRN Sabtu ini.


"Sama-sama kita milih dan ngundi calon dari KEADILAN makei masa depan sidak anak cucu kita kelak!" serunya.

 

Hentikan fitnah, berdiri teguh di belakang kepimpinan Anwar - Farhash


 

KEADILAN hanya akan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dengan penyatuan seluruh kepimpinan di belakang kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Farhash Wafa Salvador, sebaliknya perbuatan segelintir pemimpin dan penyokong KEADILAN mahu pun Pakatan Harapan (PH) ketika ini yang kerap 'baling batu sembunyi tangan' melempar tohmahan terhadap kepimpinan Anwar tidak akan menguntungkan sesiapa, malah PH berkemungkinan besar akan menghadapi kekalahan dengan cara berpolitik tidak seia sekata itu.

"Berapa kenyataan yang tular sejak kebelakangan jelas kelihatan wujudnya usaha untuk memecah-belahkan semangat perpaduan dalam kalangan anggota KEADILAN serta beberapa usaha dilakukan secara berterusan untuk menyerang Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi surat-surat layang yang disebarkan.

"Secara peribadi, saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan fitnah serta tindakan segelintir pihak yang disifatkan seperti baling batu sembunyi tangan apabila memilih menyerang Presiden KEADILAN dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas.

"Usaha untuk menganggu-gugat kedudukan Presiden KEADILAN hanyalah bertujuan mengalih perhatian daripada perbincangan perihal dasar kerajaan yang lebih penting pada ketika ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi hanya dengan menumpukan kepada isu rakyat sahaja imej KEADILAN dan boleh kembali digilap.

Selain itu, kata Farhash, KEADILAN dan PH yang padu serta tidak bercakaran amat penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat bahawa kerajaan menanti adalah lebih baik berbanding kerajaan BN sedia ada.

"Saya menyeru supaya kepimpinan tertinggi kesemua parti di dalam PH untuk berdiri teguh di belakang Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kita dapat bergerak ke hadapan bagi menghadapi PRU yang akan datang, sekaligus mengembalikan mandat rakyat yang telah dikhianati pada Februari tahun lalu," katanya lagi.

 

ADAKAH MOU MENGUNTUNGKAN PH ?

 

Satu lagi kejayaan MoU. Tapi aku tak rasa PH yang akan dapat keuntungan. Walaupun pindaan ini adalah atas desakan PH, Ismail akan kata kononnya itu atas kebaikan dirinya dan kesetiaan BN kepada janji.

Adakah Majlis Presiden bodoh kerana diperdaya sebegitu rupa?
Aku tak rasa Majlis Presiden bodoh. Tapi yakin keikhlasan mereka memperjuangkan hak rakyat Sabah dan Sarawak buatkan mereka pasrah dibuli.
PH, walaupun dikuasai oleh majoriti pemimpin dari Malaya, tapi nampak jelas usaha mereka untuk mendapatkan hak rakyat di Sabah dan Sarawak.
Manakala Warisan, lebih sibuk nak kembang sayap ke semenanjung. Lupa cerita tentang rakyat Sabah. Begitulah beza orang ada matlamat perjuangan dengan orang yang gila kuasa.

CAITOK DAN KEBODOHAN MELAYU



 Ada yang komen, tak habis serang orang tua tu (Mahathir). Tentulah. Aku dah umum Mahathir tu musuh aku. Tentulah aku serang.

Sebab aku bukan macam Mahathir. Kata Najib musuh. Tapi yang diserangnya DS Anwar. Kan boleh nampak busuk hatinya di situ.
Yang sailang dia Mahiaddin dengan Azmin. Yang kena tembak tetap DS Anwar. Yang itu chaituk tak pelik. Aku serang Mahathir dia pelik.
Pelik betul la...

Parti MUDA menang di mahkamah. ROS diminta daftarkan MUDA dalam tempoh 14 hari. Ok fine.
Aku cuma gelak tengok pemimpin PH terutama DAP yang berebut ucap tahniah kepada parti MUDA ini. Nampak sangat mereka ini naif berpolitik.
MUDA akan jadi parti yang rosakkan rancangan dan usaha untuk bentuk Malaysia baru. MUDA akan jauhkan orang muda terus daripada PH.
Yang paling teruk terjejas nanti adalah DAP juga. Sebab dalam Keadilan, ramai anak muda yang tahu MUDA ini hanya hamba abdi Mahathir. Tapi dalam DAP, masih ramai yang terpejam matanya.
Sedangkan Mahathir yang cukup jelas menghina kaum Cina pun DAP masih tergila nak sokong, apa lagi MUDA yang pandai sembunyikan operasinya.
Cuma fikirkan secara mudah dan tersurat saja. Tak perlu nak tersirat sangat. Kenapa secara tiba-tiba MUDA boleh diberikan kemenangan pula?
Kerana Pejuang dah tak nampak arah. Peluang Pejuang nak bedek rakyat dak semakin kabur. Pejuang main isu rasis pun masih tak laku.
Jadi terpaksa lepaskan MUDA dari rantainya (leash) supaya usaha merosakkan PH, dengan kerjasama Warisan, satu lagi proksi Mahathir dapat diteruskan.
22 bulan jadi kerajaan, habis pemimpin PH jadi bodoh beramai-ramai. Hahaha... Itu baru 22 bulan. Kalau Mahathir pegang satu penggal terus, agaknya ramai yang sanggup jilat kasut Mahathir. Bodoh.

KAH..KAH...KAH...TAK TAHU SEPIKING ENGGELISH-

 


MOHD MUKHLIS


Punya bangga walaun bila Tituiman berucap dalam Bahasa Melayu siap tunggang surah ArRum walaupun negeri depa kuat tebang balak.

Sekali tak ada orang pun yang faham. Hahaha. Lebai dan mewa, berpisah tiada.





















Ahli parlimen dedah Azam Baki miliki hampir dua juta saham di bursa

 

Panas! Ahli parlimen dedah Azam Baki miliki hampir dua juta saham di bursa


Sivarasa Rasiah (PH-Sungai Buloh) memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat hari ini.

Dia memohon parlimen membincangkan dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memiliki saham di dua buah syarikat disenarai di bursa melebihi daripada jumlah yang dibenarkan.

Dakwanya, dia dimaklumkan bahawa Azam, antara 2015 dan 2016 sebagai pengarah siasatan SPRM, memiliki 930,000 saham dalam sebuah syarikat pada 30 April 2015, dan 1,029,000 saham lagi pada 31 Mac 2016.

Sivarasa juga mendakwa Azam, pada 21 Mac 2016, memiliki 2,156,000 waran dalam sebuah syarikat senarai awam.

Sivarasa memetik Seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan 3/2002 yang menyebut seseorang pegawai awam boleh membeli saham tetapi tertakluk kepada syarat-syarat, antaranya tidak melebihi lima peratus daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa.

“Seksyen 10 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 juga mewajibkan pegawai awam mengisytiharkan semua harta mereka kepada Ketua Jabatan mereka,” kata Sivarasa.

Mengambil kira keadaan tersebut, ahli parlimen PKR itu berkata terdapat persoalan berbangkit yang mesti dijawab di parlimen, sesuai dengan fungsi pengawasannya.

Antaranya, kata Sivarasa persoalan mengenai sumber dana dan pengisytiharan aset kepada pihak atasan.

MP Sungai Buloh itu juga meminta pihak berkuasa menyiasat kesahihan dakwaan pemilikan saham berkenaan.


Terkini! Rosmah gagal lagi

 Terkini! Rosmah gagal lagi


Mohamed Zaini Mazlan kekal sebagai hakim perbicaraan dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah Mansor yang bernilai RM7 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pagi ini menolak permohonan isteri bekas perdana menteri, Najib Razak yang memohon supaya dia menarik diri daripada membicarakan kes jenayah terhadapnya.

Menerusi permohonan itu, Rosmah mendakwa hakim itu mungkin berat sebelah dan prejudis terhadapnya.

Zaini bukan sahaja mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Rosmah, yang masih belum dibicarakan, tetapi juga perbicaraan kes rasuahnya yang berterusan dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Pada 21 Okt, semasa peringkat pembelaan perbicaraan rasuah projek solar Rosmah, hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kredibilitinya dengan merujuk kepada pernyataan amaran yang diberikannya kepada SPRM semasa siasatan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.

Terdahulu, pada 18 Feb tahun ini, Zaini mengarahkan Rosmah membela diri dalam kes rasuah projek solar itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Datin Seri Rosmah Mansor akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes rasuahnya berkaitan projek tenaga solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai yang dihadapinya. Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 12 Jan 2022.

Hakim Mohamed Zaini berkata beliau akan memastikan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, tidak akan diprejudis dalam kes pengubahan wang haram apabila rujukan dibuat kepada kenyataan dalam kes rasuah projek solar kerana hakim dikehendaki mempertimbangkan secara berasingan dan secara bebas keterangan terhadap tertuduh.

“Sebarang dapatan yang saya buat dalam kes solar kekal di sana. Lagipun adalah menjadi tanggungjawab saya atau mana-mana hakim, untuk memastikan tertuduh atau mana-mana tertuduh, dibicarakan secara adil seperti yang termaktub di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau juga memetik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendakwa Raya lawan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memutuskan bahawa seorang hakim, tidak seperti juri, dilatih dalam undang-undang untuk tidak berat sebelah.

Hakim berkata dakwaan Rosmah mungkin berlaku prejudis kerana beliau (Hakim Mohamed Zaini) akan membuat perbandingan antara kenyataan dan pembelaannya dalam kes ini, adalah tidak berasas.

“Dalam kes solar, apabila membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menerima kenyataan bagi mencabar tertuduh, saya memutuskan bahawa tiada soalan perlu ditanya berkaitan fakta kes pengubahan wang haram di sini.

“Semasa membuat keputusan itu, saya memutuskan bahawa nilai probatif bagi isu-isu yang ingin dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak melebihi kesan prejudis yang mungkin dialami oleh tertuduh.

“Dalam apa jua keadaan, peguam responden (Rosmah) semasa membuat penghujahan, meyakinkan saya bahawa isu yang ingin dikemukakan oleh pihak pendakwaan berhubung kenyataan dalam kes solar tidak mempunyai kaitan dengan isu dalam kes ini,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Rosmah yang tidak hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent.

Pada 2 Nov, Rosmah memfailkan permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas alasan keterangan dan eksibit telah dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan kes solar itu boleh secara langsung atau tidak langsung boleh mempengaruhi hakim dalam kes pengubahan wang haram tersebut.

Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.