DR RAIS USIN

Pas bersedia bermain dalam 100 ‘kolam’ demi untuk penyatuan ummah.
Itu ketegasan dinyatakan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pendirian parti itu sama ada akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurutnya, ketetapan itu bukan disebabkan Pas rakus kuasa, sebaliknya mahu melihat UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas kembali bergabung.
“Main 100 ‘kolam’ pun tak apa sekiranya atas nama penyatuan, perpaduan dan kesatuan politik Islam Melayu.
“Sekiranya ada 100 ‘kolam’ pun, kita akan berenang, jangan kata dua atau tiga, lebih pun kami bersedia,” katanya pada sidang media selepas perasmian penutup MyDigitalMaker Virtual Fair Negeri Kedah (MaiReka) di Wisma Darul Aman pada Ahad.
Muhammad Sanusi berkata, Pas sedang berusaha melakukan kerja-kerja pendamaian bagi menyatukan semula semua parti dalam PN dengan semangat setiakawan yang tinggi.
“Semangat setiakawan dalam MN mahupun PN akan dihargai. Allah SWT perintahkan apabila berlaku perbalahan untuk kita damaikan pihak yang berbalah. Mana boleh pendamai dikatakan rakus kuasa.
Rundingan masih dijalankan sehingga kini untuk elak pertembungan tiga penjuru,” katanya.
Menurutnya, penyatuan akan menguntungkan semua pihak, manakala perpecahan hanya merugikan dan melemahkan kita.
“Siapa nak untung, siapa nak rugi, tentulah orang nak untung. Oleh itu jangan letakkan kepentingan peribadi di hadapan, halangan yang boleh bantutkan usaha penyatuan kita ketepikan,” katanya lagi.
Muhammad Sanusi berkata, biarpun Pas dilihat seolah dilema untuk memilih antara PN dan MN, namun realitinya Pas bersedia menjalin kerjasama dengan pihak mahukan kepada penyatuan.
“Dalam dilema itu bukan Pas, tetapi orang lain. Pas tiada masalah apa-apa, sesiapa yang mahu kepada penyatuan dipersilakan. Pas bersedia bekerjasama dengan kedua-duanya sekaligus,” katanya.
Menurutnya, adalah tidak adil untuk melabel Pas sebagai rakus kuasa apabila menjalin kerjasama dengan MN dan PN serentak, kerana parti itu hanya mahu menyatukan politik Islam Melayu.
“Ini bukan kerakusan kuasa tetapi kewajipan Pas untuk menyatukan umat Islam. Mana boleh kata itu kerakusan kuasa, adalah dosa menuduh Pas rakus.
“Penyatuan itu suatu kewajipan, penyatuan ummah wajib manakala perpecahan haram dan harus dielakkan. Apabila ia suatu kewajipan dalam agama, kita perlu tunaikan. Bukan sekadar suka-suka atau atas kepentingan sesiapa, saya harap perkara ini dilaksana semua pihak,” katanya, seperti dilaporkan Sinar Harian.
Pada Sabtu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi bayangan bahawa masih ada ruang untuk Pas, UMNO dan Bersatu duduk bersama dalam menghadapi PRN Melaka pada 20 November depan.
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula pada Rabu, memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas pada PRN Melaka menerusi Muafakat Nasional (MN) namun tiada pendirian dinyatakan mengenai kerjasama dengan Bersatu.

Bekas menteri Mohd Redzuan Mohd Yusof, salah seorang ahli awal Bersatu, menyifatkan bahawa partinya “sudah berubah wajah”.
Redzuan mendedahkan bahawa dia akan membuat pengumuman bulan depan, sehari selepas penamaan calon pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
Namun, dia menafikan ia berkaitan dengan spekulasi bahawa dia akan bertukar parti.
“Kita tunggu siri kedua, kalau nak tunggu November ini, saya akan berbaju Melayu, bersamping dengan warna apa yang akan saya umumkan nantilah,” katanya dipetik Melaka Hari Ini, media rasmi kerajaan negeri.
Redzuan yang lebih dikenali sebagai Pak Wan sebelum ini mengkritik pengurusan kerajaan Muhyiddin Yassin terhadap pandemik Covid-19 ketika menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam tugas-tugas khas.
Muhyiddin ialah presiden Bersatu.
Redzuan digugurkan sebagai menteri apabila Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan perdana menteri.
“Ramai orang yang bertanya Pak Wan sepatutnya orang yang membawa arus kebangkitan, perjuangan tapi saya tak boleh laungkan itu lagi, sebab saya sebutkan Bersatu telah berubah wajah.
“Ramai yang bertanya kenapa orang yang masuk Bersatu kemudiannya ke depan, saya tak tahu, dinamik bersatu mungkin berbeza…saya tak tahu, sebab saya pun tak terlibat dalam menguruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka,” katanya dipetik sebagai berkata.
Pengundi Melaka dijangka keluar mengundi pada 20 Nov selepas kerajaan negeri Umno-Bersatu tumbang. Hari penamaan calon ialah pada 8 Nov.
Dia pernah menjadi Ketua Bersatu Melaka tetapi berdepan tentangan daripada ahli akar umbi berhubung gaya kepimpinannya.
Jawatan itu diserahkan kepada Mohd Rafiq Naizamohideen.
Sejak itu, Redzuan berkata dia tidak tahu banyak perkara tentang apa yang berlaku dalam Bersatu Melaka.
“Selepas itu, saya tak tahu, saya tak terlibat dengan pengurusan, saya pun tidak dipanggil walaupun saya Ex-Offisio di Bahagian Alor Gajah dan Bendahari Alor Gajah, saya tidak melibatkan diri,” luahnya.
Redzuan, yang merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah, berkata dia kekal konsisten dengan akar Bersatu.
“Saya sebutkan Bersatu telah berubah wajah. Kalau perlu saya masuk dalam kelompok untuk memperjuangkan perjuangan kita, saya tak lari dari konsistensi saya, saya tetap perjuangkan perjuangan asal Bersatu.
“Macam saya sendiri berfikir ke mana Bersatu ini nak pergi sebab kepala saya (masih mengatakan) Bersatu dahulu adalah bersama Tun M (Dr Mahathir Mohamad), Muhyiddin dan Mukhriz (Mukhriz Mahathir),” katanya lagi.
Bersatu telah memecat Mahathir dan Mukhriz selepas mereka menentang usaha Muhyiddin untuk membentuk pakatan dengan Umno.
Mahathir dan Mukhriz sejak itu telah membentuk Pejuang.
Redzuan sebelum ini dispekulasi mempertimbangkan untuk menyertai kumpulan Mahathir selepas Mahathir dipecat tetapi akhirnya tidak berlaku.

‘Jangan
tak senang tiga jawatan tertinggi Pemuda Pas semuanya ustaz’
Oleh FAZLI RADZI / October
31, 2021
Ahli Jawatankuasa Dewan
Ulama Pas, Mokhtar Senik dilihat bangga dengan barisan kepimpinan baharu Dewan
Pemuda parti itu bagi sesi 2021 hingga 2023.
Mokhtar yang juga Ahli
Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu turut menyertakan poster ucapan tahniah yang
terpampang logo Geng Ustaz.
Dia berharap tiada
mana-mana pihak “tidak senang” dengan tiga posisi utama dalam sayap Pemuda Pas
yang didominasi individu bergelar ustaz.
“Itulah
Pas,” kata Mokhtar yang juga pemilik Pondok An- Nuur di Kampung Kuala Penor,
Kuantan itu lagi.
Ahli
Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, 41, hari ini dipilih sebagai Ketua
Pemuda Pas yang baharu menggantikan Senator Khairil Nizam Khirudin, seorang
jurutera.
Ahmad
Fadhli mendapat 508 undi untuk mengatasi pencabarnya yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahaya yang meraih 128 undi.
Seterusnya,
jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas dimenangi Afnan Hamimi Taib Azamuddin yang
berjaya memperoleh 489 undi bagi menewaskan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan
sebelum ini, Farkhan Md Zain.
Afnan Hamimi yang juga Setiausaha
Politik Menteri Besar Kedah, adalah Naib Ketua Pemuda Pas sebelum ini.
Jawatan
Naib Ketua Pemuda Pas pula dimenangi oleh Hanapi Zulkapli juga bergelar ustaz.
Hanapi
yang merupakan Ketua Pemuda Pas Selangor sebelum ini memperoleh 473 undi pada
Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Ke-62 yang berlangsung di sebuah
hotel, di Port Dickson.

Sembang Bersama HANIPA
MAIDIN / November 1, 2021
Tak lucu ke?
Menurut laporan Tinjauan
Fiskal dan Hasil Kerajaan Persekutuan 2022, jom kita lihat angka-angka ini:
– hutang terkumpul 1MDB
setakat akhir Jun 2021 = RM32 bilion.
– setakat ini kerajaan ( guna
wang rakyatlah) dah bayaq hutang tu RM12.8 bilion.
–
Bagaimana cara gomen bayaq? Guna pinjaman (maknanya kena hutang untuk bayaq
hutang), guna wang pendahuluan (yang dah cecah RM 10bilio ) dan guna wang
Tabung AMANAH!
–
Wang Tabung AMANAH dah tinggal berapa? Jawabnya dah tinggal RM 15.2 bilion
(punyalah hina… hutang makhluk yang nama 1MDB itu RM 32 bilion lebih banyak
dari wang dalam Tabung AMANAH).
Tabung
AMANAH diguna untuk bayaq hutang syarikat yang pi KHIANAT AMANAH wang RAKYAT!!!
Lejen tu!
–
Yang saya habaq hutang 1MDB RM 32 bilion itu, itu baru hutang pokok /prinsipal
ya (jumlah yang tepat RM 32.2 bilion). Gomen juga kena bayar interest/ bunga /
RIBA iaitu RM 7.1b ).
– Jadi jumlah baki hutang
sebenar 1MDB adalah RM 39.3b ).
Hebat
‘kan? Kita semua (rakyat yang tidak terlibat pun dalam hutang makhluk bernama
1MDB tu) dipaksa kena bayaq hutang makhluk 1MDB tu sedangkan ada orang yang
memang dah sah terlibat dengan makhluk 1MDB tu (dah disabitkan bersalah oleh
mahkamah bagi satu dari kes jenayah beliau) masih boleh diberi jawatan lagi
oleh Gomen Tebuk Atap 2.0 dan dapat kemudahan seperti seorang Menteri (ada
kereta rasmi, driver, kenderaan pengiring polis).
–
Yang terbaru dia dapat pulak balik pasport antarabangsa (AG tidak bantah) untuk
ke Singapura hampir 1 bulan (walaupun dia habaq hanya 15hari sebab kena
kuarantin di sana, rakyat yang hutang PTPTN pula dilarang gi luar negara) dan
selepas itu masih boleh minta pula ubah tarikh nak pergi Singapura tu sebab nak
turun kempen PRN Melaka bagi pihak BN)
Lucu
dan dalam masa yang sama hina sungguh, ‘kan?
والله اعلم

Sesi libat urus bersama anak muda profesional diteruskan bagi mendengar pendapat bernas dalam era pasca pandemik dan ke arah memperbaiki ekonomi, pentadbiran dan sosial pada masa hadapan.
Sehubungan itu, satu dialog diadakan antara Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekumpulan 30 profesional yang berumur 20-40an di Ibu Pejabat KEADILAN, semalam.
Menurut Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad, dialog tersebut berjaya menghimpunkan perserta dari kalangan pemilik perniagaan, peguam, doktor, eksekutif korporat dan pelbagai kerjaya lain untuk sesi sumbang saran secara terbuka.
“Pertemuan ini sebahagian daripada usaha berterusan KEADILAN mendengar pendapat anak muda serta memahami aspirasi dan idea mereka tentang kaedah memajukan negara.
“Semasa sesi perbincangan, mereka membawa pelbagai isu kepada kami, termasuklah masalah gaji rendah dan integriti wakil rakyat.
“Mereka juga mengetengahkan pandangan tentang bagaimana KEADILAN dan PH boleh kekal responsif terhadap kebimbangan utama pengundi Malaysia,” katanya.
Bagi pihak KEADILAN, kata Nik Nazmi, parti itu tetap akan memberikan dokongan kepada budaya inklusif masyarakat majmuk dan mengutamakan perjuangan reformasi sistem di negara ini.
Katanya, parti akan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada anak muda dalam menyampaikan pandangan terutama di ruang media sosial yang dicetuskan oleh penggiat KEADILAN.
“Kami memberi penekanan tentang komitmen yang tidak akan goyah terhadap agenda inklusif dan berasaskan reformasi; yang telah menyaksikan KEADILAN muncul sebagai parti berbilang kaum paling berjaya dalam sejarah Malaysia.
“Kami juga menekankan parti akan terus melibatkan orang ramai melalui acara fizikal dan dalam talian termasuk melalui aplikasi media sosial seperti Clubhouse dan Twitter Spaces pada masa hadapan.
“Kami percaya acara seperti hari ini adalah satu kewajipan untuk parti politik seperti KEADILAN untuk melihat keperluan rakyat dan mencari jalan dan cara menegakkan kepentingan mereka,” katanya lagi.
Turut terlibat ialah Bendahari KEADILAN, Lee Chean Chung dan Pengerusi Biro Profesional Belia KEADILAN, Seah Jhen Pei.

Pakatan Harapan (PH) masih belum memutuskan nasib tiga bekas ADUN Umno dan Bersatu yang menumbangkan pentadbiran Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, biarpun Datuk Norhizam Hassan Baktee telah ditolak bertanding menggunakan tiket PH.
Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim perbincangan masih diadakan oleh PH Melaka dalam memutuskan nasib mereka mengambil kira usaha ketiga-tiga bekas ADUN itu dalam mengembalikan mandat rakyat kepada PH.
“Satu dah (ditolak), tinggal tiga. Kita masih dalam peringkat akhir. Kita kena jelaskan juga kedudukan ini.
“Pimpinan PH Melaka bincang dengan mereka, minta kerjasama mereka. Mereka mengambil keputusan menyokong PH dan memulihkan mandat kepada PH yang dirampas atau dikhianati sebelumnya.
“Sekarang kita ada masalah untuk menolak begitu sahaja sebagaimana yang diharapkan dalam media sosial. Itu tidak tepat sebab dia sokong untuk kembalikan mandat kita,” katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan di Port Dickson, pagi tadi.
Menurut Anwar, faktor ketiga-tiga bekas ADUN tersebut sanggup dipecat dari parti asal mereka perlu diambil kita sebelum keputusan dibuat.
“Kedua persefahaman mereka untuk bersama (PH). Kalau mereka umpamanya ambil keputusan, mereka dah jangka akan dipecat oleh Umno atau Bersatu. Jadi demikian kita nak ketepikan begitu sahaja, tidak bholeh.
“Saya terpaksa bincang dengan kepimpinan PH di Melaka untuk mengambil kira hal ini sebelum sebelum buat keputusan.
“Tetapi saya kurang bersetuju jika orang longgokkan mereka sebagai kumpulan Langkah Sheraton umpamanya. Ini mereka nak kembalikan amanah kepada PH. Itu pertimbangan kita,” kata Anwar lagi
Fahami BAJET 2022: Lihat Bagaimana Kerajaan Perkena Rakyat!
Please Share.
More cartoons @ www.zunar.my

Bekas timbalan ketua pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ahmad Fadhli Shaari dipilih menerajui kepimpinan DPPP bagi menggantikan Khairil Nizam Khirudin.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman mengumumkan keputusan pemilihan itu di Ibu Pejabat PAS Pusat hari ini.
Memetik laporan Malaysiakini, Ahmad Fadhli memenangi jawatan itu dalam pertandingan dua penjuru menewaskan Adun Kubu Gajah, Khalil Yahya dengan memperolehi 508 undi.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menggantikan tempat Kharil Nizam yang sebelum ini mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan berkenaan.
Sementara itu, jawatan timbalan ketua DPPP dimenangi oleh Afnan Hamimi Taib Azamudden yang memperoleh sebanyak 489 undi.
Manakala Hanapi Zulkafli pula dipilih sebagai naib ketua pemuda PAS Pusat dengan meraih 473 undi.
Jawatan Pengerusi Tetap pula disandang oleh Riduan Mohd Noor yang menang tanpa bertanding manakala Timbalan Pengerusi Tetap disandang oleh Nor Azariza Mohd Alawi.
Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-62 diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan, selama dua hari.
Dalam pemilihan itu seramai 709 perwakilan layak mengundi, manakala 636 undi diterima.
Berikut keputusan pemilihan DPPP:
KETUA PEMUDA:
Ahmad Fadhli Shaari (508 undi)
TIMBALAN KETUA PEMUDA:
Afnan Hamimi Taib Azamudden (489 undi)
NAIB KETUA PEMUDA:
Hanafi Zulkapli (473 undi)

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man disoal kenapa dia tidak hadir Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26) yang sedang berlangsung di Glasgow, Scotland.
Timbalan Setiausaha Agung DAP Teresa Kok berkata ini memandangkan rakan sejawatan Tuan Ibrahim dari negara lain sekarang berada di COP26 untuk berbincang cara menangani perubahan iklim.
“Bagaimanapun, Tuan Ibrahim bukan sahaja tidak hadir pada persidangan itu, malah perhatiannya di dalam negara bukan terhadap perubahan iklim tetapi nama jenama wiski tempatan,” kata Kok, bekas menteri industri utama yang bertanggungjawab terhadap industri minyak sawit Malaysia.
“Apakah tanggungjawab menteri alam sekitar dan air? Adakah nama jenama wiski tempatan menyumbang kepada mengurangkan pelepasan karbon dan menangani pencemaran air,” soalnya yang juga ahli parlimen Seputeh.
COP26 merupakan persidangan tahunan yang mana kerajaan-kerajaan menandatangani perjanjian untuk mengekalkan suhu global menjelang hujung abad ini di bawah 2 darjah Celsius berbanding tahap sebelum zaman industri.
Kegagalan berbuat demikian akan menjadi malapetaka akibat kenaikan paras laut, jaminan makanan yang lebih rendah, pengeluaran perikanan yang merosot dan konflik.
Menurut laporan Malaysiakini, selaku penandatangan Perjanjian Paris 2015, Malaysia telah berjanji untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus daripada paras 2005 menjelang 2030.
Memenuhi sasaran Perjanjian Paris 2015 akan melayakkan Malaysia mendapat geran yang boleh digunakan ke arah usaha lain untuk membendung pelepasan karbon.
Semalam, Tuan Ibrahim memberitahu mesyuarat perwakilan tahunan sayap Pemuda PAS, atau muktamar, bahawa kabinet telah memutuskan bahawa produk yang boleh menyebabkan “keresahan rakyat” tidak boleh dijual.
“Kabinet telah buat keputusan bahawa tidak boleh mana-mana pengeluaran yang mengeluarkan apa-apa pengeluaran boleh menimbulkan keresahan rakyat termasuk dalam konteks bangsa ataupun agama,” katanya.
Jelasnya lagi, keputusan kabinet itu adalah hasil daripada apa yang dibantah oleh PAS dalam kerajaan.
“Hasil daripada apa yang kita buat, kita bantah, alhamdulillah, hari ini kita tengok sebenarnya mereka menggunakan isu ini untuk menyerang PAS, tapi akhirnya dijadi backfire kepada mereka balik,” katanya ketika berucap kepada perwakilan.

Oleh SURI LAILA / October
31, 2021
Pengerusi Pakatan
Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengesahkan penggunaan logo rasmi gabungan itu
bagi semua parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November ini.
Adly dalam satu
kenyataan ringkasnya hari ini, meminta jentera parti mengutamakan logo dan
slogan gabungan itu.
“Pimpinan PH Negeri
Melaka dengan ini mengesahkan penggunaan logo PH untuk semua parti dalam PRN
Melaka 2021.
“Slogan kempen ialah ‘Maju
Bersama Harapan’.
“Semua
jentera parti PH diminta mengutamakan logo dan slogan ini sepanjang PRN Melaka
2021,” katanya.
Pada
Jumaat lalu, Pimpinan Tertinggi PH telah memutuskan untuk menggunakan lambang
rasmi PH sepanjang pilihan raya berlangsung.
Pengagihan
kerusi juga dimaklumkan telah selesai dimuktamadkan.
=
Oleh SURI LAILA / October
31, 2021
Ketua Penerangan BN
Selangor, Isham Jalil menganggap Perikatan Nasional (PN) sedang goyang dan
tidak pasti untuk menggunakan lambang apa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)
Melaka November ini.
Isham yang juga bekas
pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak, merujuk kepada kenyataan Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali pada semalam bahawa gabungan itu belum memutuskan logo yang
akan digunakan mereka.
Isham menyifatkan, jika
PN menggunakan logo Pas, besar kemungkinan orang bukan Melayu tidak akan
mengundi mereka.
“Azmin kata PN belum buat
keputusan untuk pakai lambang apa dalam PRN Melaka kali ini. Mereka sudah
goyang dan tidak pasti untuk pakai lambang apa
“Jika
mereka guna lambang Perikatan Nasional pula, mereka akan hilang undi Melayu
Pas.
“Dalam
kedua-dua kes, mereka (PPBM) tahu sukar untuk mereka menang apa-apa kerusi.
Tambahan lagi dengan rekod buruk mereka mentadbir kerajaan selama 39 bulan
sebelum ini (22 bulan dalam PH dan 17 bulan dalam PN),” katanya dalam satu
hantaran Facebook hari ini.
Menurut
Isham, PN kini hanya ingin memecahkan undi Melayu supaya Barisan Nasional kalah
dalam PRN kali ini.
Dan
sekali lagi katanya, PN akan membantu PH untuk menang dengan pecahkan undi
Melayu seperti yang mereka lakukan semasa PRU-14 yang lalu.
“Inilah dia perangai Parti Pemecah Belah Melayu (PPBM),” selarnya.

Dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan. Itu antara tindakan tegas yang bakal diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang masih enggan mengambil vaksin Covid-19 tanpa sebarang alasan kesihatan, bermula esok.
Tindakan itu dibuat selaras dengan arahan dikeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2021 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 18 Oktober lalu.
Pekeliling ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman itu jelas menyatakan, penjawat awam yang tidak mematuhi arahan daripada ketua jabatan untuk mendapatkan dos vaksin Covid-19 selepas 1 November boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.
Menurut pekeliling itu lagi, langkah berkenaan diambil bertujuan memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap optimum.
Pekeliling tersebut turut menyatakan bahawa penjawat awam tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan selaras dengan Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan dan terikat dengan Surat Aku Janji yang ditandatangani apabila dilantik ke dalam perkhidmatan awam Persekutuan.
Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].
PU(A) 395/1993 memperuntukkan tujuh hukuman tatatertib yang boleh dikenakan kepada pegawai awam yang didapati melakukan kesalahan, iaitu amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.
Penjawat awam yang dikenakan tatatertib juga, tidak layak untuk dipertimbang kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukuman, seperti amaran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan)
Statistik terkini dikeluarkan JPA setakat semalam mendapati, seramai 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam belum mendaftar bagi mendapatkan pelalian berkenaan.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin turut mengesahkan kira-kira 2,000 guru di seluruh negara dikesan masih enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.
Menurutnya, pihaknya tidak mahu guru-guru yang menolak vaksin tanpa sebab ini akan menyalahkan kementerian atau kerajaan sekiranya tindakan disiplin dikenakan terhadap mereka kelak.
“Sebagai penjawat awam, guru juga tertakluk kepada peraturan di bawah JPA,” katanya.

Pas bersedia bermain dalam 100 ‘100’ dan akan terus istiqamah demi untuk penyatuan ummah.
Itu ketegasan dinyatakan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pendirian parti itu sama ada akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurutnya, ketetapan itu bukan disebabkan Pas rakus kuasa, sebaliknya mahu melihat UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas kembali bergabung.
“Main 100 ‘kolam’ pun tak apa sekiranya atas nama penyatuan, perpaduan dan kesatuan politik Islam Melayu.
“Sekiranya ada 100 ‘kolam’ pun, kita akan berenang, jangan kata dua atau tiga, lebih pun kami bersedia,” katanya pada sidang media selepas perasmian penutup MyDigitalMaker Virtual Fair Negeri Kedah (MaiReka) di Wisma Darul Aman pada Ahad.
Muhammad Sanusi berkata, Pas sedang berusaha melakukan kerja-kerja pendamaian bagi menyatukan semula semua parti dalam PN dengan semangat setiakawan yang tinggi.
“Semangat setiakawan dalam MN mahupun PN akan dihargai. Allah SWT perintahkan apabila berlaku perbalahan untuk kita damaikan pihak yang berbalah. Mana boleh pendamai dikatakan rakus kuasa.
Rundingan masih dijalankan sehingga kini untuk elak pertembungan tiga penjuru,” katanya.
Menurutnya, penyatuan akan menguntungkan semua pihak, manakala perpecahan hanya merugikan dan melemahkan kita.
“Siapa nak untung, siapa nak rugi, tentulah orang nak untung. Oleh itu jangan letakkan kepentingan peribadi di hadapan, halangan yang boleh bantutkan usaha penyatuan kita ketepikan,” katanya lagi.
Muhammad Sanusi berkata, biarpun Pas dilihat seolah dilema untuk memilih antara PN dan MN, namun realitinya Pas bersedia menjalin kerjasama dengan pihak mahukan kepada penyatuan.
“Dalam dilema itu bukan Pas, tetapi orang lain. Pas tiada masalah apa-apa, sesiapa yang mahu kepada penyatuan dipersilakan. Pas bersedia bekerjasama dengan kedua-duanya sekaligus,” katanya.
Menurutnya, adalah tidak adil untuk melabel Pas sebagai rakus kuasa apabila menjalin kerjasama dengan MN dan PN serentak, kerana parti itu hanya mahu menyatukan politik Islam Melayu.
“Ini bukan kerakusan kuasa tetapi kewajipan Pas untuk menyatukan umat Islam. Mana boleh kata itu kerakusan kuasa, adalah dosa menuduh Pas rakus.
“Penyatuan itu suatu kewajipan, penyatuan ummah wajib manakala perpecahan haram dan harus dielakkan. Apabila ia suatu kewajipan dalam agama, kita perlu tunaikan. Bukan sekadar suka-suka atau atas kepentingan sesiapa, saya harap perkara ini dilaksana semua pihak,” katanya.
Pada Sabtu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi bayangan bahawa masih ada ruang untuk Pas, UMNO dan Bersatu duduk bersama dalam menghadapi PRN Melaka pada 20 November depan.
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula pada Rabu, memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas pada PRN Melaka menerusi Muafakat Nasional (MN) namun tiada pendirian dinyatakan mengenai kerjasama dengan Bersatu.

Pakatan Harapan (PH) masih belum memutuskan nasib tiga bekas ADUN
Umno dan Bersatu yang menumbangkan pentadbiran Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali,
biarpun Datuk Norhizam Hassan Baktee telah ditolak bertanding menggunakan tiket
PH.