Faris Musa
Waktu Kerajaan Manakah Diluluskan TIMAH ? Walaun cuba nak spin , tapi kantoi !
AMK LARUT
Duk beria-beria last-last xbertanding. Dekat Larut nie pon dah nampak muka-muka hilang deposit. Harap sangat xbergabung dengan parti letak jawatan ni...
Sembang kemain laju laju....ingat boleh juai ka muka khianat letak jawatan....
*Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-15 (2021)*...
Hari Penamaan Calon : *8 November (Isnin)*
Hari Pengundian Awal : *16 November (Selasa)*
Hari Pengundian : *20 November (Ahad)*
Tempoh Berkempen : *20 Hari*

Kerajaan Persekutuan harus menetapkan kriteria dan strategi implementasi yang jelas untuk memastikan kelancaran dos ketiga dan suntikan penggalak Covid-19.
Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan berkata, ini terutama apabila dijangkakan 8.75 juta rakyat yang akan menerima dos ketiga atau dos penggalak tersebut.
Sehubungan itu, jawatankuasa tersebut menambah, program pelancaran harus dirancang dengan teratur, spesifik dan dikoordinasi dengan baik dalam kalangan semua yang terlibat.
Menurutnya, ini termasuk pengamal am swasta yang ditugas untuk mengendalikan suntikan penggalak bagi semua petugas barisan hadapan dan warga emas
“Namun begitu, kita harus berhati-hati (susulan) dengan kenyataan rasmi Persatuan Perubatan Malaysia (PPM) yang menyatakan bahawa belum terdapat penglibatan yang betul dari jabatan kesihatan negeri yang masih sepi dalam program dos ketiga dan suntikan penggalak ini.
“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita harus mempelajari dari kesilapan lepas termasuk penglibatan pengamal am swasta pada minit-minit terakhir,” katanya hari ini.
Jawatankuasa itu seterusnya menyeru agar Kementerian Kesihatan memperjelaskan strategi kementerian termasuk:
Dalam kenyataan sama, Jawatankuasa Kesihatan PH menyatakan sokongan terhadap keputusan k erajaan melancarkan dos ketiga dan suntikan penggalak Covid-19 kepada yang layak.
Kenyataan itu memberitahu, usaha-usaha klinikal menunjukkan keputusan-keputusan yang menyakinkan termasuk kajian-kajian yang dijalankan di Germany, Sepanyol, Taiwan, Sweden dan United Kingdom dalam ‘Kesan dari Imunisasi Heterologi dengan Penggalak Utama Vaksin Covid-19 terhadap SARS-Cov-2’.
“Mereka menunjukkan keputusan-keputusan yang positif termasuk tahap netralisasi antibodi yang bertambah dibandingkan dengan vaksin homologi. Rejimen penggalak utama heterologi dengan vektor adenovirus juga penambahbaikkan respon-respon ‘Th1-biased T cell’,” katanya.

Pakatan Harapan (PH) menyokong usaha kerajaan untuk memberikan dos ketiga vaksin Covid 19 atau dos penggalak kepada golongan tertentu.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Kesihatan PH, dos ketiga perlu terutama bagi mereka yang daya ketahanan berkompromi, warga emas berkomobiditi, petugas kesihatan dan petugas barisan hadapan yang berisiko tinggi.
Bagaimanapun, kata mereka, Kerajaan Persekutuan harus menetapkan kriteria dan strategi implementasi yang jelas untuk memastikan kelancaran, terutamanya apabila dijangkakan 8.75 juta rakyat yang akan menerima dos ketiga atau dos penggalak tersebut.
“Oleh itu program pelancaran haruslah dirancang dengan teratur, spesifik dan dikoordinasi dengan baik di kalangan semua yang terlibat termasuk Pengamal Am swasta yang ditugas untuk mengendalikan suntikan penggalak bagi semua petugas barisan hadapan dan
wargamas.
“Namun, kita harus berhati-hati dengan kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (PPM) yang menyatakan belum terdapat penglibatan yang betul dari Jabatan Kesihatan Negeri yang masih sepi dalam program dos ketiga dan suntikan penggalak ini.
“Hal itu tidak sepatutnya berlaku kerana kita harus mempelajari dari kesilapan lepas termasuk penglibatan Pengamal Am swasta pada minit-minit terakhir,” ujar kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Kesihatan PH mahu Kementerian Kesihatan menjelaskan strategi mereka, terutama jangka masa implementasi ke seluruh negara; definisi dan kategori yang jelas kelayakan untuk dos ketiga dan suntikan penggalak; strategi usaha mendidik kepentingan dos tambahan dan memastikan tiada yang ketinggalan; melibatkan Pengamal Am di peringkat awal dan menyediakan strategi pelancaran yang jelas memastikan program berjalan pantas dan meluluskan vaksin heterologi dengan dos penggalak secepat mungkin, berdasarkan kepada data global yang nyata.
“Kami berpendirian Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengawal Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) harus meluluskan segera suntikan vaksin heterologi dengan dos penggalak.
“Usaha-usaha klinikal menunjukkan keputusan-keputusan yang menyakinkan termasuk kajian-kajian yang dijalankan di Jerman, Sepanyol, Taiwan, Sweden dan United Kingdom dalam “Kesan dari Imunisasi Heterologi dengan Penggalak Utama Vaksin Covid-19 terhadap
SARS-Cov-2”.
“Mereka menunjukkan keputusan-keputusan yang positif termasuk tahap netralisasi antibodi yang bertambah dibandingkan dengan vaksin homologi. Rejimen penggalak utama heterologi dengan vektor adenovirus juga penambahbaikkan respon-respon ‘Th1-biased T cell’.
“Dengan itu, kami mengulang semula seruan supaya diadakan strategi yang jelas dan komprehensif berdasarkan pada sains dan data untuk memberi perlindungan dan mendorong respon imuniti yang lebih besar melindungi golongan berisiko tinggi terutamanya dalam keadaan antibodi imun mereka makin berkurangan,” kata mereka lagi.
Dos penggalak diperlukan kerana terdapat individu yang ‘immunosuppressed’ yang tidak memberi respon terhadap dua dos vaksin, dan juga para petugas dalam situasi yang mendedahkan mereka kepada virus yang berlebihan dan membebankan kadar imuniti mereka.
Selain itu, dari 28 September hingga 11 Oktober lalu, terdapat lebih kurang 55.6 % atau 76,186 daripada 137,109 kes-kes Covid-19 di Malaysia adalah dari kalangan yang lengkap vaksin.
Kadar kes-kes Covid-19 yang lengkap vaksin bertambah dari 51% pada 28 September kepada 60% pada 11 Oktober. Pada jangka masa yang sama, 77% daripada 23,864 kes Covid-19 di Sarawak adalah dari kalangan yang telah lengkap vaksin.
Lebih daripada 50% kes-kes baru ini dilaporkan di Labuan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Perlis dan Pulau Pinang.
Kebanyakan daripada infeksi-infeksi baru ini adalah dari kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dengan kadar imunisasi berkurangan, ‘immunosuppression’, dan bergejala kesihatan yang sedia ada.

PETALING JAYA: Ahli politik yang menang dalam pilihan raya sebelum ini dengan memancing isu perkauman dan agama mungkin mengalami kejutan apabila 5.6 juta pengundi baharu akan bersuara pada pilihan raya akan datang, kata aktivis belia Adam Adli.
“Masalah perkauman dan agama bukanlah cara untuk memenangi hati para belia. Kami mencari ahli politik yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk kami,” katanya kepada FMT.
Adam mengakui belum ada kajian dibuat mengenai pilihan politik pengundi muda berusia 18 tahun ke atas, namun komen di media sosial dan perbincangannya dengan kumpulan belia menunjukkan mereka mungkin menjauhkan diri daripada ahli politik yang memperjuangkan kaum dan agama.
Katanya, orang muda terlalu lama berada di dalam rumah kerana sekatan Covid-19 dan kehilangan peluang mendapatkan pendidikan dan pekerjaan. “Mereka tidak mahu ahli politik yang berfikiran konservatif,” katanya.
Sejumlah pengundi baharu akan berada dalam daftar pemilih pada pilihan raya umum akan datang kerana kerajaan telah bersetuju mempercepatkan pelaksanaan inisiatif Undi18 bagi menurunkan usia pengundi menjadi 18 dan untuk menyediakan pendaftaran pemilih automatik.
Pemerhati politik mengharapkan pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, walaupun penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 2023, berikutan ketidaktentuan politik yang mengakibatkan perubahan dua kerajaan dalam tempoh dua tahun.
Adam berkata, anak muda aktif di media sosial dan mengkritik ahli politik yang mengabaikan keperluan mereka. Mereka mahu suara mereka didengari. Namun, mereka tidak mungkin menolak ahli politik lebih tua “selagi mereka tidak konservatif dan boleh memenuhi keperluan belia.”
Pada 2014, Adam dijatuhi hukuman penjara setahun kerana memberikan ucapan yang mendesak orang ramai untuk mengadakan demonstrasi jalanan terhadap keputusan pilihan raya pada 2013. Pada tahun berikutnya dia dituduh mengambil bahagian dalam perhimpunan haram tetapi dibebaskan tiga tahun kemudian.
Undi18 mengubah keadaan
Penganalisis politik Kenneth Cheng berkata, Undi18 dan pendaftaran pemilih automatik adalah pengubah keadaan kerana mereka yang dilahirkan pada 2003 akan layak untuk memilih dan mungkin tidak dapat menerima ahli politik yang sering menimbulkan perselisihan antara kaum.
Cheng yang juga seorang anggota Agora Society, sebuah jaringan intelektual berkata, ahli politik yang lebih tua yang gagal memahami golongan muda cenderung untuk disingkirkan.
Beberapa masalah yang menjadi perhatian pengundi muda adalah yuran pengajian di kolej atau universiti, peluang pekerjaan, perumahan dan masalah alam sekitar yang semakin teruk.
Beliau berkata, sebelum ini ahli politik boleh menaikkan yuran pengajian pada masa sama memastikan warga tua gembira dengan pencen yang lebih tinggi, tetapi sekarang mereka perlu menyeimbangkan antara kedua-duanya.
Seorang lagi penganalisis Oh Ei Sun, Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, ahli politik mungkin tidak selesa dengan pengundi yang lebih muda kerana ramai di antara mereka tidak berpuas hati dengan situasi politik yang ada selepas 2018.
Pakatan Harapan telah diundi dengan harapan tinggi bahawa mereka akan melakukan pembaharuan tetapi secara tidak sengaja disingkirkan dari Putrajaya.
Oh berkata, Umno dan PAS mempunyai jentera pilihan raya yang hebat untuk menarik pengundi baharu dan mendorong mereka yang telah didaftarkan secara automatik untuk keluar mengundi.
Umno mempunyai “sumber” untuk terus disalurkan ke kawasan pilihan raya mereka, sementara “yang penting bagi PAS adalah kesinambungan membentuk pemikiran pemilih muda dan tua untuk terus menyokong visi teokratik mereka untuk negara,” katanya kepada FMT.
Katanya, ahli politik akan berusaha untuk bersikap baik terhadap pengundi mereka yang lebih muda dengan berusaha memenuhi keperluan golongan muda atau dengan melakukan tekanan ke atas pemikiran mereka.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam pengeluaran arak jenama Timah yang didakwa menghina agama Islam.
Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow berkata, produk minuman beralkohol itu dipercayai dikeluarkan oleh syarikat tempatan perlu diharamkan bukan sahaja ia menghina agama Islam malah berbahaya kerana kandungan alkoholnya sangat tinggi.
Menurut beliau, CAP sangat kecewa dengan produk arak berkenaan dan ia tidak wajar diberi kelulusan pengeluarannya oleh jabatan yang bertanggungjawab.
“Jenama Timah itu memalukan dan satu penghinaan kepada umat Islam kerana jenama yang ditonjolkan mengaitkan nama Melayu Islam iaitu Timah adalah singkatan daripada Fatimah.
“Lebih biadab, iklan arak itu mengguna imej seorang lelaki yang berkopiah dengan janggut panjang seolah-olah memaparkan individu berimej agama, tetapi mempromosi arak,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Subbarow menjelaskan, pihaknya juga tidak faham bagaimana pengeluaran arak berkenaan diluluskan kerana ia mengandungi 40 peratus alkohol dan dijual pada harga RM190 sebotol.
Menurut beliau, kandungan 40 peratus alkohol dalam minuman arak itu sangat tinggi malah apa yang membimbangkan ia akan menyebabkan lebih banyak masalah sosial dalam kalangan peminumnya.
“CAP tak faham bagaimana kementerian boleh beri kelulusan menggunakan nama dan gambar yang boleh mengundang kemarahan orang ramai, ini sangat tidak masuk akal.
“Malah, nama arak Timah itu sendiri dianggap hasil usaha yang berterusan dalam sejarah Tanah Melayu yang membawa kepada kemajuan pembangunan negara pada awal abad ke-20.
“Kami berharap kerajaan tidak berdiam diri dan menjelaskan pendirian terhadap isu ini,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Sebuah
universiti dalam dilema, tokoh politik lobi untuk dapat PhD kehormat
Oleh MALAYSIA DATELINE / October
18, 2021
Pejabat canselor dan
dekan sebuah universiti di Lembah Klang bergoncang dan berada dalam dilema
apabila seorang pemimpin besar sebuah parti politik melobi agar beliau
diberikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Islam Kehormat.
Kerja-kerja melobi ini dilakukan
secara agresif oleh pejabat seorang menteri besar bagi membolehkan pemimpin
mereka mendapat anugerah berprestig ini.
“Memang kuat mereka
melobi untuk mendapat Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Islam.
“Mereka melobi direct kepada
dekan,” kata satu mesej yang tular di media sosial.
Sumber
yang rapat dengan universiti berkenaan kemudiannya mengesahkan kepada Malaysia
Dateline, memang usaha itu sedang dilakukan.
Namun
yang menjadi dilema kepada mereka adalah perkara ini bakal memalukan universiti
dan cendekiawan kerana rekod masa lalu dia yang menjadi punca perpecahan umat
Islam dan Melayu, kata sumber itu.
“Walhal
untuk ijazah kehormat ini kena ada pencalonan dan penilaian yang ketat manakala
dekan pula perlu membacakan fakta-fakta dan mempertahankan kenapa anugerah ini
diberikan,” kata sumber itu.
Antara tokoh-tokoh besar yang pernah mendapat anugerah doktor kehormat pengajian Islam ini adalah Sheikh Idris Al Marbawi dan Profesor Datuk Dr Abdul Shukur Hussin, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.
Sheikh Mohd Idris al-Marbawi atau
dikenali dengan al-Marbawi merupakan tokoh persuratan Arab-Melayu yang tidak
asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia dan Nusantara.
Kamus
al-Marbawi yang telah dihasilkan pada tahun 1927 telah memasyhurkan beliau
sehingga ke hari ini.
Yang
menjadi dilema kepada permohonan ini juga adalah pimpinan pengajian Islam
universiti berkenaan tidak selari fahaman politiknya dengan pemimpin berkenaan.
“Mereka
yang selalu mengecam sikap beliau dengan memberikan fakta-fakta kajian yang
telah mereka buat sebelum ini.
“Tiba-tiba
sekarang dilobi agar memberikan doktor falsafah pula kepada beliau. Kalau tidak
diberi susah juga sebab sekarang mereka duduk dalam kerajaan yang memerintah.
“Tak ke pening tu,” kata sumber itu kepada Malaysia Dateline ketika mengulas usaha melobi ini yang dilihat semakin agresif.

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu penarikan balik semakan kehakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes Pulau Batu Puteh.
Beliau berkata, pada 28 Mei 2018 Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri Ke-7 didakwa secara rahsia mengarah Pemangku Peguam Negara menghantar surat menarik balik semakan kehakiman kepada ICJ.
Katanya, ICJ membenarkan tempoh 10 tahun untuk merayu kes Pulau Batu Puteh dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membuat rayuan berhubung perkara itu pada 2 Februari 2017.
“Rakyat hanya tahu pembatalan semakan kehakiman setelah tempoh 10 tahun tamat.
“Tidakkah itu berniat jahat? Malaysia hilang kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh buat selama lamanya,” katanya menerusi Facebook, lapor Malaysiapost.
Justeru, Mohd Puad berkata, Dr Mahathir perlu bertanggungjawab di atas tindakan berkenaan termasuk disaman dan membayar ganti rugi.
“Sebab itu Tun M patut disaman dan mesti bayar ganti rugi. Kerugian kedaulatan Malaysia tidak boleh ditukar ganti hingga ke akhir zaman,” katanya.
Baru-baru ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu tindakan tegas diambil kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan kecuaian dalam proses permohonan semakan dan pentafsiran Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh.
Sultan Ibrahim turut menuntut penjelasan daripada pihak berkenaan mengapa permohonan semakan ke atas penghakiman kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak diteruskan.
Persoalan baginda itu merujuk kepada pihak kerajaan pada 2018 yang ketika itu berada di bawah pentadbiran Dr Mahathir.
Pengasas SP Care Group, Dr Sathia Prakash Nadarajan bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian Wisma SP Care di Laman Gapimas, Serendah, Selangor.

Gadis hilang hampir 11 tahun, rupanya hanya tinggal 500 meter dari rumah ibubapa.Seorang wanita yang dilaporkan hilang dari kampungnya di Palakkad, Kerala sejak 11 tahun lalu, ditemui tinggal bersama kekasihnya di sebuah rumah yang hanya terletak 500 meter dari kediaman ibu bapanya.
Menurut The Indian Express, wanita yang bernama Sajitha itu dilaporkan hilang pada Februari 2010 di mana ketika itu dia berusia 18 tahun.
Selama bertahun-tahun, ibu bapanya tidak berputus asa mencarinya namun sia-sia.
Sajitha tinggal secara rahsia di rumah keluarga kekasihnya, Alinchuvattil Rahman, dan dia ‘dikurung’ di sebuah bilik tanpa pengetahuan ahli keluarga lelaki tersebut.
Mereka merahsiakan hubungan daripada pengetahuan orang lain kerana berbeza agama.
Tiga bulan lalu, Rahman bertengkar dengan keluarganya dan mengambil keputusan untuk keluar dari rumah berkenaan.
Pasangan itu menetap di kampung lain, yang terletak tidak jauh dari rumah ibu bapa Sajitha, tanpa pengetahuan keluarga sebelum ‘kantoi’ apabila diketahui salah seorang abangnya.
Pasangan itu kemudian dibawa ke mahkamah dan akhirnya dibenarkan tinggal bersama selepas Sajitha nekad mahu bersama dengan kekasihnya.

Selepas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengatakan kerajaan akan menyusahkan kehidupan golongan antivaksin, nampaknya beliau mula ‘diserang’ oleh kumpulan berkenaan.
Kelmarin, golongan antivaksin mula menyerang Khairy Jamaluddin dengan pelbagai dakwaan termasuk mengatakan menteri itu membela empat ekor jin melindungi dirinya.
Empat ekor jin yang dimaksudkan adalah gelang hitam yang dipakai oleh Khairy Jamaluddin pada tangan kiri.
Tidak menunggu lama, Khairy Jamaluddin terus menjawab tohmahan itu melalui Instastory di media sosialnya hari ini.
“Salah, Saya guna 4 jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia, Sinovac, Pfizer, CanSino dan AstraZeneca,” tulis beliau.
Terdahulu Kosmo! melaporkan Kementerian Kesihatan menegaskan tidak akan memudahkan kehidupan golongan antivaksin sekiranya mereka masih berdegil untuk tidak mengambil vaksin tanpa sebab.
“Jika anda tidak boleh divaksin kerana ada masalah kesihatan, tidak ada masalah. Anda akan diberikan pengecualian di MySejahtera tetapi jika anda memilih untuk tidak mahu divaksin, kita akan terus menyusahkan hidup anda.
“Tidak boleh makan di kedai makan, tidak boleh ke pusat beli-belah dan saya akan lakukan strategi secara menyeluruh minggu depan, di mana anda mungkin perlu membuat ujian air liur yang tidak akan dibayar oleh kerajaan,” katanya.



HAMZAH RIE NA
Walaunta cuba memutar belitkan fakta. Dia ingat rakyat majority bodoh mcm walaun.



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyifatkan penggunaan nama ‘Timah’ pada satu jenama arak yang tular diperkatakan sebagai penghinaan kepada umat Islam.
Bahkan, iklan dan promosi arak tersebut dianggap biadap apabila menampilkan imej lelaki berkopiah dengan janggut panjang, seolah-olah memaparkan individu berimej agama.
Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, berkata CAP kesal mengenai jabatan yang memberi kebenaran penjualan arak berkenaan di pasaran tempatan.
“Selain kandungan alkohol, CAP tidak faham bagaimana pihak kementerian boleh memberi kebenaran menggunakan nama dan gambar yang boleh mencetuskan kemarahan.
“Nama Timah itu bagai satu penghinaan kepada umat Islam apabila jenama yang ditonjolkan berkait dengan nama Melayu dan Islam iaitu Timah yang disingkatkan daripada Fatimah.
“Malah, nama arak Timah itu sendiri dianggap sebagai hasil usaha berterusan dalam sejarah Tanah Melayu membawa kepada kemajuan pembangunan negara pada awal abad ke-20,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata, arak tersebut dijual pada harga RM190 sebotol dengan kandungan alkohol sebanyak 40 peratus.
Tegasnya, jumlah itu menunjukkan kandungan alkohol adalah tinggi, sekali gus menimbulkan masalah sosial dalam kalangan peminumnya.
“Ia menggunakan label, gambar dan perkataan tidak masuk akal. Justeru, CAP mendesak kerajaan menjelaskan pendirian terhadap isu ini,” katanya.
Sehubungan itu, Subbarow menggesa kerajaan supaya segera mengharamkan penjualan jenama arak Timah keluaran Malaysia di pasaran negara ini.
ANWAR BERJAYA SELAMATKAN MAHATHIR DIKETIKA ZAMAN TENGKU ABDUL RAHMAN.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, menggunakan cara sombong kerana membuat ugutan dan menghukum golongan antivaksin.
Beliau berkata, golongan berkenaan perlu didekati kerana pihak kerajaan sepatutnya berperanan sebagai badan memujuk, memberi penerangan dan jawapan berdasarkan dapatan kajian saintifik lebih berkualiti bagi mematahkan hujah kumpulan terbabit.
Menurutnya, kerajaan sepatutnya menyelesaikan pemberian dos vaksin kepada individu yang ingin menerimanya dan memberi baki selebihnya kepada golongan yang ingin mengambil dos berkenaan.
“Saya tidak sokong golongan antivaksin ini tapi adakalanya hujah mereka agak kuat, jadi kita perlu balas mereka dengan hujah yang lebih kukuh.
“Jika mereka kemukakan hujah menggunakan kertas kajian saintifik, kita perlu utarakan kajian yang lebih berkredibiliti dan kuat untuk patahkan hujah kumpulan itu.
“Saya tidak setuju kita guna cara ugutan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Semalam, Khairy menjelaskan kumpulan antivaksin kemungkinan terpaksa berdepan kehidupan yang sukar kerana tidak akan dibenarkan menikmati kemudahan kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi secara berterusan.
Beliau juga dengan tegas berkata, kerajaan akan ‘menyusahkan’ kumpulan itu yang terus enggan divaksin tanpa sebab yang dibenarkan.