Mat Sabu, Liew hairan Ismail salahkan PH dalam isu projek LCS

PETALING JAYA: Bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas timbalannya, Liew Chin Tong membidas tindakan Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri yang menyalahkan Pakatan Harapan (PH) sebagai punca masalah pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS).
Menerusi kenyataan bersama hari ini, kedua-dua pemimpin Pakatan Harapan itu juga hairan mengapa kenyataan berhubung isu itu tidak lagi dapat dikesan dalam laman web Kementerian Pertahanan.
“Apabila kerajaan PH mengambil tampuk kuasa, Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan, dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang diketuai oleh Amrin Buang telah ditubuhkan untuk menyiasat permasalahan dalam perolehan pertahanan. Siasatan telah diarahkan oleh Kabinet.
“Tanggapan Ismail, siasatan merupakan punca kelewatan projek langsung tidak tepat dan mencerminkan sikap kerajaan PN yang ambil mudah tentang integriti. Sebaliknya, apa-apa kelewatan yang dialami projek tersebut berpunca daripada ketidakcekapan dan ketiadaan integriti kerajaan Umno-Barisan Nasional itu sendiri,” kata mereka.
Jelas mereka lagi, kelewatan bermula sejak tahun 2015 lagi, dan berpunca daripada reka bentuk terperinci yang sehingga hari ini belum dimuktamadkan serta masalah kecairan kewangan BNS yang sedikit sebanyak terhasil daripada penyelewengan kewangan projek dan pengurusan projek yang tidak cekap.
Kata mereka, hanya melalui siasatan JKSTUPKK, barulah kerajaan PH dapat menemui punca kelewatan.
Semalam, Ismail berkata dakwaan Mohamad kononnya keputusan kerajaan meneruskan pembinaan LCS lebih kepada mahu menyelamatkan serta menjamin kepentingan kontraktor hanyalah satu provokasi politik tidak matang.
Ismail berkata, sebaliknya punca permasalahan LSC berlaku adalah kerana kegagalan kerajaan PH membuat keputusan cekap berhubung status projek tersebut pada waktu itu.
Mohamad dan Liew sebelum ini mempersoal keputusan kerajaan meneruskan LCS sambil mendakwa ia lebih bertujuan menyelamatkan serta menjamin kepentingan kontraktor dan subkontraktor Boustead Naval Shipyard (BNS), bukannya bagi memastikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendapat bilangan kapal tempur yang menepati keperluan semasa.
Mereka turut mempersoalkan status dana berjumlah RM1 bilion yang telah hilang daripada akaun projek tersebut.
Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin PH itu turut mengesyorkan supaya Ismail menerbitkan semua laporan JKSTUPKK mengenai projek LCS dan membiarkan perkara itu dinilai sendiri oleh rakyat
Kata mereka, siasatan JKSTUPKK turut mendapati RM1 billion antara RM6 billion yang telah disalurkan kepada pembina telah hilang dan tidak dapat dikesan lagi.
“Disyaki unsur rasuah telah berlaku. Masalah “vendor-driven”, rasuah dan penyelewengan dalam projek LCS berlaku semasa Najib Razak, Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Pertahanan dan Umno memerintah.
“PH hanya cuba membersihkan dan membaiki keadaan. Siasatan JKSTUPKK mencadang projek diteruskan dengan kepentingan TLDM sebagai pertimbangan yang paling utama, syarat yang ketat dikenakan supaya tidak lagi ada penyelewengan, dan siasatan atas kehilangan RM1 billion dilakukan serta merta,” katanya.
Kata mereka, semua cadangan JKSTUPKK diterima oleh Kementerian Pertahanan dan juga bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 11 Februari lalu.
NAJIB SUDAH DIDENDA, TUN M BAKAL DIDENDA, MAHIADDIN LANGGAR SOP APA CERITA?
Sebelum ini Najib Razak telah dikesan melanggar SOP PKP kerana tidak mengimbas aplikasi mysejahrera dan tidak mengambil suhu badan ketika memasuki sebuah restoran nasi ayam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Sebaik menyedari kesalahannya, Najib segera tampil meminta maaf sambil mengatakan beliau bertanggungjawab atas perkara itu dan sedia membayar denda atas kesalahan yang dilakukannya.

Berikutan itu, beliau telah didenda RM3000 iaitu RM1500 bagi setiap kesalahan yang dilakukannya.
Beliau membayar denda itu semalam.
Restoran yang dikunjunginya itu turut didenda RM10,000 kerana gagal memastikan Najib mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Semalam pula viral satu video yang memperlihatkan Tun Mahathir Mohamad juga dikesan melanggar SOP ketika memasuki sebuah surau di Langkawi untuk menyampaikan sumbangan sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Pelanggaran SOP yang dilakukan Tun Mahathir ialah tidak memgambil suhu badan dan tidak mengimbas mysejahtera.
Hari ini, beliau tampil memohon maaf, mengakui kesilapannya dan bersedia untuk didenda berdasarkan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.
“Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” katanya.
Dengan itu, pastinya Tun Mahathir pun bakal didenda juga.
Tetapi, sebagaimana telah lama viral di media sosial, kita turut didedahkan dengan gambar Mahiaddin Md Yasin yang juga melanggar SOP iaitu tidak memakai pelitup muka ketika memasuki sebuah lobi hotel di Johor Bahru.

Dalam gambar tersebut diperlihatkan semua orang yang berada di sekeliling Perdana Menteri memakai pelitup muka, kecuali dirinya saja tidak berbuat demikian.
Namun, sehingga sekarang, selain Mahiaddin sendiri membisu mengenai kesalahan yang dilakukannya itu, pihak berkuasa juga tidak memberi reaksi apa-apa.
Jangankan ada bersuara sedia nak diambil tindakan, meminta maaf pun tidak terkeluar suara daripada mulutnya.
Kalau Najib dan Tun Mahathir boleh mengakui kesalahan, meminta maaf, sedia menerima tindakan dan membayar denda, mengapa tidak dengan Mahiaddin?
Apakah dalam hal ini Perdana Menteri ada SOP yang berbeza berbanding rakyat biasa dan bekas-bekas Perdana Menteri?
(ShahbudinHusin 12/05/2021)
[VIDEO] Berita berbahasa Cina RTM gelar Hamas pengganas?
![[VIDEO] Berita berbahasa Cina RTM gelar Hamas pengganas?](https://perakinsights.com/wp-content/uploads/2021/05/6F6DE272-EB4C-493D-BA31-608B7F7D77A6-780x470-1.jpeg)
Radio Televisyen Malaysia (RTM) digesa memohon maaf dan menarik balik laporan dalam siaran Berita Mandarin, semalam (11 Mei) apabila menggelar Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai militan.
Mantan Ahli Jawatankuasa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim menegaskan, Hamas bukan pengganas, sebaliknya mereka adalah pejuang yang bermatian mempertahankan tanah air dan saudara mereka yang dijarah penjajah Zionis Israel sejak berabad lamanya.
“Adakah RTM juga adalah sebahagian daripada Zionis yang menabur propaganda jahat terhadap pejuang yang mempertahankan tanah air mereka?
“Atau editor bahagian berita Cina cuba sabotaj RTM di sini? Di saat umat Islam dan dunia seluruhnya menabur simpati, bagaimana sebuah stesen milik kerajaan boleh menyiarkan berita sebegini jahat terhadap Hamas.
“Tidak bolehkah kita berfikir sejenak; bagaimana mungkin apabila rumah kita dirompak, ibu dan ayah kita dibunuh, kemudian kita yang memperjuangkan hak pemilikan rumah tersebut dilabel pengganas dan yang merompak memaksa semua ahli taman supaya mengiktiraf penjajahan dan pencabulan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru, beliau menegaskan, siasatan rapi mesti dibuat dan pihak bertanggungjawab mesti tampil memohon maaf dan dikenakan tindakan sewajarnya.
Terdahulu, berita Mandarin yang disiarkan RTM menyatakan, “Kumpulan militan Hamas di Gaza telah melancarkan beberapa roket ke arah Jerusalem dan selatan Israel.
“Menyebabkan tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat Hamas di utara Gaza,” kata pembaca berita. – IW

VIDEO : 'Janji 75 ribu dos vaksin sehari, tapi hanya bagi 25 ribu' . KERAJAAN GAGAL LAGI
PKP 3.0 - RAKYAT LEBIH TERJEJAS TERUK- KERAJAAN TEBUK ATAP KATA TAK PERLU MORATORIUM.STOP.RAKYAT BOLEH MAKAN LAGI.

BOB KELANANG
Tidak dapat dinafikan... PKP 3.0 yang diumumkan semalam tanpa
ada apa-apa rancangan jaringan keselamatan ekonomi buat rakyat telah dan akan
menyebabkan rakyat lebih menderita...
Bayangkan dalam keadaan tiada kerja, pergerakan disekat,
walaupun dikatakan sektor ekonomi dibuka... rakyat tetap tiada pendapatan...
tapi tiada sokongan moratorium bank yang disediakan secara automatik kepada
semua rakyat... maka kita akan lihat pihak bank tanpa segan silu akan terus
menekan rakyat untuk pembayaran pinjaman bulanan perumahan dan kenderaan...
Dalam keadaan tiada pendapatan... apalah sangat yang mampu
rakyat usahakan untuk membayar dengan pihak bank dalam keadaan makan minum pun
terpaksa dicatu sebolehnya... macam mana nak survive ni? habaq mai sat...
Keadaan ini menjadi semakin kronik... kita bukan sahaja ada
B40... tapi disebabkan teruknya keadaan ekonomi semasa PKP 3.0 ni... maka kita
sudah ada B80... dan mungkin lebih dari itu.
Giler aaa...
Kerajaan Perikatan Nasional ini bukan sahaja dilihat gagal, tapi
bodoh, bebal dan tidak prihatin.
Kerajaan Malaysia kata berita PKP 3.0 adalah berita palsu...
tapi rupanya memang betul berlaku.
MELAYU DIBULI OLEH MELAYU

NORMAN RADZUAN
Pemikiran orang Melayu/Islam yang mundur
Berapa byk dosa yg kita lakukan atas nama agama
MELAYU DIBULI OLEH MELAYU
Tidakkah kita merasa hairan di sebuah negara yg dikatakan milik
org Melayu hingga dinamakan Tanah Melayu sedikit demi sedikit harta pemilikan
org Melayu jadi milik org lain. Adakah benar angkara tangan musuh atau ia
berpunca dari bangsa Melayu sendiri.
Ini adalah artikel ketiga sinambungan 'Kita Melayu Yang Layu'
dan 'Melayu Akan Ketinggalan Tanpa Ilmu'. Saya tulis juga pagi ini kerana esok
hari kita akan menyambut hari raya.
Di negara kita bangsa Cina dilihat sebagai PESAING kpd yg
berfikiran positif atau dilihat sebagai ANCAMAN kpd yg berfikiran negatif.
Tanpa disedari kaum India adalah kaum yg paling agresif mengalami reform di
kalangan kaum. Dari sebagai pendatang yg bekerja di estet, mereka kini mengusai
profesion profesional seperti bidang medik, guaman, pengajar IPT dan profesion2
yg lain.
Kenapa org Melayu atau org Islam di negara ini khasnya, lemah
dan ketinggalan dgn bangsa lain ? Ia berlaku kerana cara salah berfikir org
Melayu/Islam yg beragama tidak menggunakan akal, berfikiran sempit dan beragama
dgn sifat anti keberagamaan dan keterbukaan di sebuah negara berbilang kaum
ini.
Inggeris menawan tanah layu dgn mencari kelemahan pemikiran org
Melayu dan bukan dgn senjata. Sebab itu org Melayu tidak menganggap Inggeris
penjajah tetapi menganggap Jepun sebagai penjajah. Ini kerana Jepun menggunakan
kekerasan dan bukan psikologi.
Tentu ramai pernah membaca quotation Kartini Raden Ajeng yg sgt
popular, "Agama memang menjauhkan kita dari dosa namun berapa byk dosa yg
kita lakukan atas nama agama.'
PAS sejak saya mengenali parti ini era awal 80an, saya memahami
bahawa UMNO itu adalah musuh Islam. Umum mengetahui bagaimana UMNO telah
dikafirkan sehingga saya sendiri mempercayai ibu saya kafir ketika itu. Begitu
dasyat doktrin tersebut..Astagfirullahalazim.
Bagi mereka khilafah atau syariah yg menentukan kemajuan.
Diwiridnya ketika itu hudud, hudud, hudud seolah itu adalah kunci utk negara
ini maju atau diuruskan. Saya tidak pernah mendengar pemimpin2 PAS berceramah
mengenai soal ekonomi, korupsi, bailout, defisit, pelaburan dan sebagainya
ketika itu. Bila meningkat dewasa barulah saya terfikir mengenainya apakah
negara itu perlu dipacu hanya dgn hukum?
Jika syariah itu dikatakan utk wujudnya sebuah negara yg maju
mengapa di barat boleh maju sdgkan mereka dituduh sekular? Bukan sahaja maju
tetapi pendidikan, kebersihan, amanah, perubatan, tolenrasi (cara berfikir)
seperti dikatakan Sheikh Muhammad Abduh, "Aku melihat Islam (barat) tapi
tidak melihat Muslim, dan aku melihat Muslim di Arab tetapi aku tidak melihat
Islam."
Jika kita belajar sejarah kemajuan negara2 Islam dahulu maju
bukan semata mata syariah atau sistem politiknya tetapi faktor2 utama juga
adalah apa yg dikecapi dunia barat ketika ini. Jawapannya ialah penghargaan dan
cinta kpd ilmu pengetahuan, keterbukaan berfikir dan pertukaran keilmuan.
Jadi kunci utamanya ilmu pengetahuan. Kenapa wujud Melayu taklid
buta? Kerana mereka tidak berilmu. Mereka berilmu dgn mereka yg disebut oleh
Kartini 'berapa byk dosa yg dibuat atas nama agama'. Org2 politik atau org
agama yg berpolitik ini telah mengambil kesempatan kpd org2 kampung menggunakan
psikologi yg teruk utk membeku pemikiran org2 Melayu.
Barat pernah mengalami zaman kegelapan sepertimana yg kita rasai
sekarang. Galileo Galilei yg dianggap ,'father of observational astronomy'
dihukum kerana mengatakan bumi mengililingi matahari, bukan matahari
mengelilingi bumi. Ia benar tetapi di masa lalu ia ditolak oleh pihak Istana
dan gereja. Di masa kegelapan barat ketika itu org biasa tidak boleh melawan
apa yg telah ditetapkan penguasa dan gereja.
Jadi Barat berubah. Agama tidak dihapuskan tetapi cara beragama
itu yg diubah. Kebenaran ilmu pengetahuan bukan lagi ditentukan oleh pendeta tetapi
oleh sainstis. Setiap pemasalahan dan penyelesaian masalah negara ditentukan
oleh para ilmuan dan pakar pada bidang masing2. Akhirnya org barat berebut
rebut mencari ilmu pengetahuan dan berlaku revolusi Sains dan perindustrian.
Ekonomi barat melonjak.
Inilah yg terjadi kpd PAS dahulu apabila kelompok agama ingin
menguasai parti dgn membuang golongan profesional di dlm parti tersebut dan
akhirnya PAS kebelakang kembali seperti era 70 an dan 80 an.
Islam dahulu pernah menjadi negara maju. Dari org yg buta huruf,
hidup di padang pasir atau dikenali juga zaman Jahiliah, pemikir2 Islam berubah
dgn belajar, mencari ilmu dan mengamalkan sikap keterbukaan.
Islam juga turut belajar dari warisan Yunani Klasik dan warisan
peradaban Timur. Buku2 dari Yunani dibawa dgn diterjemahkan dlm bahasa Arab.
Dari situ lahir cendiakiawan Islam dlm bidang matematik, kedoktoran, optik,
geografi, astronomi, sejarah dan lain2.
Moralnya Islam berkembang kerana ilmu, bersikap keterbukaan,
tidak rasis hingga lahirnya pelbagai ilmuan. Ilmuan2 ini lah yg membangunkan
peradaban Islam. Islam itu berkembang bukan hanya dgn 'hudud' semata mata
tetapi faktor2 lain yg lebih utama telah disebutkan tadi.
Lebih malang Prof2 di negara kita tidak menggunakan ilmu mereka
utk mengubah minda rakyat tetapi menggunakan ilmu menjadi pembodek utk perut
sendiri. Ilmu mereka mati di dlm segulung kertas.
Sebab itu kita kena berani menegur terutama kpd pemuka2 agama
atau pemimpin yg tidak betul. Org Melayu mesti belajar agama dlm konteks
intelektual. Jika kamu hanya belajar sekolah pondok, mesti tahu batas keilmuan
di mana.
Lihat Kelantan telah diserahkan kpd mereka 30 tahun lamanya. Apa
yg boleh dibanggakan selain air teh tarik. Selain itu bergantung harapan dgn
kerajaan pusat utk 'survival'. Sdgkan Lee Kuan Yew itu mendapat pulau hanya
sebesar bandar Kota Bharu tanpa ada sumber alam seperti air dan minyak boleh
meletakkan negara tersebut sebagai sebuah negara yg maju.
Bukan sahaja maju malah bagaimana mereka boleh menjadikan
pemimpin2 mereka bersifat amanah. Terbaru lihat bagaimana kerajaan Singapura
menyelesaikan masalah solat Hari Raya dgn mengadakan 3 shift bagi mengelakkan
kesesakan. Mengapa di negara kita yg dipenuhi Dewan Serbaguna, Dewan Sekolah,
Surau2, padang2 bola tidak dijadikan tempat solat?
Kita teruja hanya dgn hafalan ayat2 Al Quran. Sdgkan Umar Al
Khattab terpaksa menyerahkan kembali jawatan Ketua Perang kpd Khalid Al Walid.
Umar mengaku Khalid itu adalah General Perang terbaik walaupun Khalid bukan
dikatogerikan sebagai ulama atau ilmuan agama.
Pemimpin2 parti agama ini tahu pengikut mereka mudah dijinakkan
dgn hujah yg cukup sekadar bijak bermain bahasa Arab. Mereka tahu level
pemikiran pengikut2 mereka yg tidak keterbukaan, kurang ilmu dan berfikir.
Doktrin puluhan tahun mereka adalah parti syurga telah membuatkan org Melayu
semakin kebelakang seperti kata Pendita Za'aba.
Sangat mudah menguruskan parti agama ini. Dahulu waktu bermusuh
dgn UMNO mereka kafirkan tanpa hujah bagaimana utk menguruskan ekonomi negara.
Kini pun mudah dan hujah mereka kpd pengikut agar setia mudah iaitu ratib
sahaja DAP DAP DAP. Selesai masalah.
Sila fahami gambar tersebut. Jika kita tidak mengusai ilmu...
nasib kita ( rakyat ) seperti di bawah. Bersuaralah bukan merusuh kerana zaman
skg suara itu penting kerana musuh akn ditewaskan bukan di jalan raya, serang
hendap atau berlawan pedang lagi tetapi hanya di atas kertas. Jika kita berdiam
kita semua akn terus menjadi hamba dan kita diperlakukan secara kapitalis.
MOGA CELAKA HENDAKNYA ULAMAK TEROMPAH KAYU
GAMBAR TIADA KENA MENGENA DENGAN ULAMAK TEROMPAH KAYU

Angkara darurat, semua orag susah. Nak mengadu kat siapa?
Parlimen? Parlimen tutup. Mengadu kat Raja? Hantar dah memo tapi kat pak guard
istana je kot.
Ingatkan boleh la harap kat pak-pak lebai atau ulamak-ulamak yang berani sikit dengan pemerintah.
Hampeh......ulamak terompah kayu ramailah. Dipuji dilambung lagi pemerintah yang
zalim tanpa mandat rakyat....celaka hendaknya ulamak terompah kayu.
WOIII LEBAI MOKHTAR. JANGAN GUNA LA ALASAN LAPOK TU...KA KAU TAKUT ?
NORSHIDAH MOH DAUD
Dia guna alasan sama macam Prof Kangkung
Nape x letak je mesej dari fb pasal post kena delete tu?
Nape x post semula kalau rasa x bersalah?
Ehhh sape lak bodo-bodo nak p report post dia?
Sedangkan Ahmad Albab Ahmad Albab yang
walaun PAS ni pun kecam post dia tu
Ke walaun sendiri yang report?














