PRU-15: PH telah memulakan rundingan kerusi fasa pertama melibatkan 3 pemimpin utamanya

 


PRU-15: PH telah memulakan rundingan kerusi fasa pertama melibatkan 3 pemimpin utamanya


Pakatan Harapan (PH) telah mula berbincang mengenai pengagihan kerusi dengan fasa pertama perundingan membabitkan kerusi yang ditinggalkan Bersatu.

Selepas Amanah menyatakan mahu bertanding di 52 kerusi “tinggalan” Bersatu, DAP pula tidak memberi laluan di kerusi Parlimen Tanjung Piai di Johor dan Alor Gajah di Melaka.

Dua kerusi itu secara tradisinya telah ditandingi DAP, tetapi parti itu “meminjam” kepada Bersatu dalam pilihan raya umum lalu.

Menurut Sinchew Daily, selain dua kerusi itu yang dijangka dikembalikan kepada DAP, baki 50 kerusi akan dibahagikan antara PKR dan Amanah.

Memandangkan perundingan masih berjalan, maka keputusan muktamad masih tidak tercapai.

Merumitkan keadaan, kemungkinan akan berlaku perundingan dengan Pejuang selepas selesainya rundingan dalaman PH.

“Pada masa ini, kami berbincang sesama sendiri.

“Jika mahu berbincang dengan parti lain, ia bergantung kepada parti komponen PH berkaitan yang menerima satu-satu pengagihan kerusi,” kata sumber.Dalam pilihan raya umum lalu, Bersatu bertanding di 52 kerusi Parlimen dan berjaya memenangi 13 kerusi.

52 kerusi itu kini diintai oleh parti-parti komponen PH iaitu PKR, Amanah dan DAP.

Menurut sumber, perbincangan fasa pertama membabitkan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin; Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook dan Pengarah Pilihan Raya Amanah, Datuk Asmuni Awi

Tegas sumber, perbincangan dengan parti pembangkang lain hanya akan dijalankan selepas rundingan dalaman PH diselesaikan.



Kuasa 'pawri': Video 5 saat di media sosial 'sejukkan' hubungan India-Pakistan

 

Agensi
Kuasa 'pawri': Video 5 saat di media sosial 'sejukkan' hubungan India-Pakistan
Dananeer Mobeen tidak sangka video pendeknya meraih perhatian jutaaan orang, dan berharap ia akan diterjemah menjadi suatu dialog antara India dan Pakistan. - Reuters
KARACHI: Seorang pelajar berusia 19 tahun yang meraih populariti kerana klip videonya tular di seluruh rantau itu, berharap setiap monolognya mampu diterjemah kepada dialog keharmonian antara negara India dan Pakistan.
Reuters melaporkan, video berdurasi 5 saat yang dirakam Dananeer Mobeen, pelajar Pakistan dari pergunungan Nathaigali, telah dimuat naik ke Instagram. Video itu menunjukkan sekumpulan anak muda yang sedang berseronok di pinggir jalan.
Dalam video itu, Mobeen dalam bahasa Urdu berkata, “Ini kereta kami, ini kami dan ini adalah pesta kami.”
Bersahaja dan tanpa niat menghina, Mo been sengaja menyebut perkataan ‘party’ menjadi ‘pawri’ untuk mengusik kebiasaan rakyat Asia Selatan yang suka meniru cara sebutan orang Barat.
Video itu tanpa disangka sohor dan tular di media sosial kedua-dua negara – India dan Pakistan, malah menjadi tanda pagar (hashtag) yang meraih jutaan penonton dan ratusan lagi suntingan semula.
"Ia hanya video biasa. Saya awalnya tidak ada niat untuk memuat naik video itu,” ujar Mobeen yang agak terkejut apabila ia meraih perhatian di platform maya.
Sejak video Mobeen tular, dia menerima banyak tawaran wawancara, berlakon, kerja modeling dan tajaan produk. - Reuters
Sejak video Mobeen tular, dia menerima banyak tawaran wawancara, berlakon, kerja modeling dan tajaan produk. - Reuters
Pelbagai versi monolog ‘pawri’ kemudian dirakamkan pengguna media sosial lain, termasuk pasukan polis di India dan Suruhanjaya Wanita di Delhi dalam kempen masing-masing.
Dalam satu video lain, dua tentera India yang ditugaskan di kawasan pergunungan bersalji membuat video mereka sendiri: “Ini kami, ini senapang kami, dan kami sedang meronda di sini.
Sementara pelakon popular Bollywood seperti Ranveer Singh dan Deepika Padukone juga membuat versi mereka sendiri dan menjadi tular juga.
Ahli politik juga tidak mahu ketinggalan, dengan pemimpin dari parti pemerintah India, Bharatiya Janata Party, menggunakan frasa popular itu dalam kempen pilihan raya.
"Saya rasa terharu dan berterima kasih atas semua sambutan mesra ini melepasi sempadan negara saya,” kata Mobeen.
India dan Pakistan, yang kedua-duanya negara yang memiliki senjata nuklear, telah terlibat dalam tiga peperangan dan sering bertelagah sejak meraih kemerdekaan pada 1947. Kebanyakannya melibatkan isu wilayah Kashmir yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.
Sejak video itu tular, Mobeen telah menerima banyak tawaran berlakon dan kerja modeling, selain tajaan produk.
Tidak terlalu teruja, gadis itu sebaliknya memberitahu dia lebih berminat untuk berkhidmat dengan agensi hubungan luar Pakistan.

Survival politik AMANAH dan ujian setiakawan dalam PH

 


Survival politik AMANAH dan ujian setiakawan dalam PH


BARU-baru ini, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Amanah Negara (Amanah) dilaporkan meninggalkan parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka masing-masing ialah Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim; Adun Serom, Faizul Amri Adnan serta Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Sebelum ini dua wakil rakyat Amanah di Selangor iaitu Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman juga telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR.

Tindakan tiga orang Adun dari Amanah membuat keputusan berhijrah ke PKR menimbulkan banyak persoalan kepada mereka yang mengikuti perkembangan politik negara. Apa sudah jadi kepada Amanah sekarang? Daripada sebuah parti yang pernah menjadi kerajaan kini berdepan dengan hakisan kepercayaan ahli sendiri yang meninggalkan perjuangan parti.


Ramai ingin tahu sebab musabab mengapa ada ahli dan juga pimpinan Amanah meninggalkan parti ini. Bukan setakat itu sahaja, isu ini diheret sehingga menyebabkan keharmonian sesama parti di dalam Pakatan Harapan (PH) nampaknya bergoncang.

Wujud serang menyerang melalui kenyataan media terbuka antara pimpinan dan ahli kedua-dua parti. Medium media sosial dijadikan medan pertembungan melepaskan ketidakpuasan hati sesama mereka dengan apa yang berlaku selepas berlalu insiden ini.

Pada sisi perpaduan dalam PH pula, isu ini memperlihatkan PH dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tidak ke hadapan mengharmonikan keadaan. Setakat rencana ini ditulis, tiada kenyataan dari PKR merasionalkan parti mereka menerima kemasukan Adun dari Amanah ini. Sewajarnya dalam isu Adun dari Amanah yang memohon untuk menyertai PKR, adalah manis dan molek perilaku serta adat setiakawan sekiranya PKR memaklumkan dan berbincang mengenai permohonan kemasukan itu untuk tindakan Amanah. Andai sukar untuk bertemu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, aplikasi Zoom, Webex dan lain-lain lagi boleh digunakan untuk berbincang tentang perkara ini. Apalah ertinya setiakawan kalau hal begini pun tidak boleh berbincang.

Tidak wajar sama sekali PKR menerima dan mengumumkan kemasukan parti rakan walau apapun alasan yang diberikan. Semangat setiakawan dalam berorganisasi wajar dipelihara dan keharmonian hubungan persahabatan mesti dijaga sebaiknya. Biarpun Amanah parti kecil, sekurang-kurangnya hormatilah rakan-rakan yang sama-sama menempuh saat sukar dan getir.

AMANAH dan cerita di sebaliknya

Bagi berlaku adil dalam menilai Amanah, kita perku memahami latar belakang parti ini ditubuhkan. Ini boleh memberikan gambaran “baseline” kekuatan parti ini dan bagaimana keadaan sekarang boleh diperkotak-katikkan oleh kawan dan awan.

Titik mula penubuhan dengan bekas pimpinan Pas Pusat yang dikenali sebagai Kumpulan 18 (G18) tewas secara pukal dalam Muktamar Tahunan Pas di Kuala Selangor pada Jun 2015. Kumpulan ini pantas menggerakkan usaha politik dengan perjuangan ke arah penubuhan parti Islam yang lebih moderat dan inklusif. Cuba lari dari pembawaan Parti lama mereka. Terdapat beberapa pertemuan penting antaranya ialah pertemuan Melawati, rumah Kamaruddin Jaafar dan hinggalah kepada Gerakan Harapan Baharu (GHB) dilancarkan di Markaz Pas Bakri di Johor.

Gerakan Harapan Baharu dlam bentuk task force ini mula membuat “roadshow” selepas Ramadhan tahun berkenaan untuk melihat penerimaan kepada perjuangan mereka. Gelombang yang dibina akhirnya memberi keyakinan untuk serius memikirkan mendaftarkan parti ini secara rasmi. Pada peringkat ini, pimpinan dari parti Keadilan dan DAP turut serta memberikan sokongan ke arah pembentukan sebuah parti politik dalam negara ini.

Pada peringkat penubuhan lagi, tema yang diangkat adalah untuk melahirkan sebuah gerakan pollitik Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam. Konsep ini diketengahkan di samping ingin melihat sebuah parti Islam yang progresif dan inklusif menjadi kenyataan. Ini bezanya Amanah dengan parti Pas ketika ianya ingin ditubuhkan.

Usaha makin serius, GHB mengambil alih sebuah parti tidak aktif iaitu Parti Pekerja Pekerja Malaysia dan kemudiannya dijenamakan semula menjadi Parti Amanah Negara. Pengasas parti memilih pelancaran ini dilakukan secararasi pada tanggal 16 September 2015 bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia tahun berkenaan.

Seminggu kemudian Pakatan Harapan ditubuhkan dengan keanggotaan Keadilan, DAP dan parti baharu, Amanah. Bergeraklah ketiga parti ini dan kemudiannya menerima komponen baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjadikan empat parti berdepan dengan Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam PRU 14.

Amanah Bermula dengan bergaya

Ketika awal penubuhan, pertembungan tentera siber di media sosial gamat antara penyokong Pas dan Amanah. Penyokong Pas sangat agresif dan berusaha melumpuhkan semangat dan moral penyokong Amanah. Pada fasa ini, langkah paling berkesan ialah mengaitkan Amanah dengan parti yang menjadi punching bag kepada parti Melayu, DAP. Maka lahirlah perkataan Amanah merupakan khadam DAP dan PANDAP. Label kepada Pas pula muncul perkataan baharu, Walaun merujuk kepada kesetiaan secara membabi buta kepada pimpinan Pas.

Semua ini tidak melunturkan perjuangan Amanah yang baharu bertapak. Amanah memainkan peranan seiring dengan pimpinan PH yang lain. Ketika itu juga, watak seperti Mohamad Sabu atau Abang Mat menjadi penceramah yang selalu digandingkan bersama Dr Mahathir dalam roadshow ceramah PH. Satu pengiktirafan kepada Amanah.

Dengan usaha bersama, selepas keputusan PRU 14 yang mengejutkan iaitu gergasi politik BN yang menerajui negara lebih 6 dekad tumbang. Sesuatu keputusan yang luar biasa. Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang diadakan 9 Mei, PKR memenangi 47 kerusi, DAP (42), Bersatu (13), Amanah (11) dan Warisan (8).

Amanah memperolehi 11 kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri. Satu pencapaian yang membanggakan bagi sebuah parti baharu. Selepas memjadi sebahagian parti komponen kerajaan, Amanah juga menerima 3 kuota Ahli Dewan Negara.

Ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, Amanah diberi kepercayaan memikul tugas penting dalam Anggota Kabinet Persekutuan . Lima Ahli Parlimen Amanah dilantik sebagai Menteri dan lima termasuk seorang Senator dilantik sebagai Timbalan Menteri. Dengan perlantikan ini, Amanah dilihat memperolehi keuntungan yang agak lumayan walaupun hanya 11 kerusi yang disumbangkan oleh parti ini di dalam PH.

Berbaki dua orang sahaja ahli Parlimen Amanah yang tidak bergelar Menteri atau Timbalan Menteri iaitu Hulu Langat dan Tampin. Malah kedudukan Amanah ini lebih baik jika nak dibandingkan dengan jumlah jawatan yang diperolehi oleh parti induk mereka dahulu iaitu Pas dalam Kerajaan PN sekarang.

Pemilihan yang mencarikkan kekuatan

Sepanjang berada dalam kerajaan, Amanah tidak memanfaatkan ruang dan peluang yang ada untuk mengukuhkan kedudukan politik parti ketika itu. Mungkin kerana kejutan budaya dan juga “kesibukan” pemimpin yang hampir kesemuanya menjawat jawatan penting dalam kerajaan, pengukuhan parti kelihatan sedikit terabai.

Pada peringkat negeri pula, Melaka Menteri Besar dipilih dari Amanah. Di negeri lain, Adun dari Amanah dilantik memegang portfolio yang penting dalam negeri-negeri yang dipimpin PH. Dengan pengaruh di peringkat Persekutuan dan negeri, kedudukan Amanah sepatutnya boleh diperkukuhkan jenama parti ini dengan lebih baik di dalam setiap kawasan Parlimen dan Dun yang mereka bertanding dahulu. Tetapi, mungkin kerana 22 bulan satu tempoh yang singkat sebelum sempat untuk menyusun langkah politik dengan lebih jauh, PH jatuh sebagai kerajaan.

Berbalik kepada Amanah ketika fasa menjadi kerajaan. Ketika ini Amanah menerima pertambahan anggota baharu yang ramai dan peningkatan jumlah yang drastik. Ini mungkin disebabkan parti itu merupakan sebahagian dari kerajaan yang memerintah. Keahlian baharu ini Ada sebahagian datang dari bekas ahli UMNO dan ada juga mereka yang tidak berparti mendaftar sebagai ahli baharu Amanah. Jumlah Ahli Pas yang menyertai Amanah sangat minima kerana ketajaman pertembungan Amanah. Oleh itu, penyokong Pas yang ingin bertukar parti pada fasa ini kelihatan sudah tepu untuk berubah kepada Amanah.

Kesan dari pertambahan mengejut ini ke dalam sistemik pengurusan Amanah maka dari sudut budaya politik, wujud kerencaman dan kepelbagaian fikrah di dalam Amanah. Kerencaman dan kepelbagaian ini dalam tidak disangka rupanya membawa keadaan yang tidak dapat dikawal oleh Amanah. Ini kerana keahlian baharu dari pelbagai latar belakang tidak sempat diurus dan diproses oleh Amanah. Fikrah tidak sempat diselaraskan. Kesatuan pemikiran tidak sempat dibentuk kerana selepas setahun dalam kerajaan, Amanah terpaksa mengadakan pemilihan parti melibatkan pemilihan kepimpinan di peringkat kawasan, negeri dan nasional.

Dengan pertabahan ahli, cawangan serta kawsan baharu, pihak pengurusan Parti yang dilihat kurang persediaan menyebabkan perjalanan pemilihan Amanah pertama kali ini yang agak “messy”. Persaingan merebut jawatan dalam kepimpinan Amanah pelbagai peringkat menjadi “turning point” kepada apa yang berlaku kepada parti itu sekarang. Kesannya, pemilihan 2019 ini menjadi medan pertembungan yang sangat sengit dan hangat di dalam parti dan ianya masih terkesan sehingga kini.

Kehangatan bahang pertembungan ini, pihak yang tewas, sebahagiannya mengambil pendekatan “tawaqquf” (berhenti rehat) dan ada yang hanya melihat parti dari jauh. Lebih teruk, ada yang keluar meningggalkan parti secara berperingkat terutama selepas Amanah tidak lagi menjadi kerajaan.

Sebahagian besar ahli dan pimpinan yang ditemui mengakui mereka amat kecewa dengan pertembungan dalaman yang wujud di dalam Amanah. Ini merupakan rentetan dari impak pemilihan dalam parti yang lalu dan berlarutan sehingga sekarang. Parut kesan dari luka berkenaan masih berdarah. Pimpinan yang menang pula seakan tidak berusaha mencantumkan carik yang berlaku selepas sebahagian mereka yang tewas membawa diri, kecewa dan menghilangkan diri.

Keadaan ini sedikit sebanyak merencatkan kekuatan yang dimiliki Amanah. Sebahagian besar aktivis asal yang kalah tidak lagi aktif seperti dahulu. Ketika Pemilihan, Amanah adalah parti kerjaan, tetapi kini bertukar menjadi pembangkang. Sudah tentu ada perubahan dalam aspek ini. Parti ini tidak lagi boleh menumpang atas kekuatan fungsi parti di dalam kerajaan. Sumber parti juga semakin terhad yang turut menyumbang kepada penyusutan sokongan kepada Amanah.

Dalam keadaan kekuatan dalaman yang rapuh sebegini, unsur ketidakpuasan hati, kecewa, penat bertelagahh sesama sendiri menyebabkan Amanah melemah dari segi kekuatan moral aktivis parti mereka. Mana mungkin kekuatan dapat dibina apabila sebahagian ahli kini tidak bersemangat sepertimana awal penubuhan Amanah dahulu.

Dua aliran yang berbeza

Impak kejatuhan kerajaan PH selepas Langkah Sheraton pada 23 Februari 2020 memberikan kesan besar kepada parti-parti di dalam PH termasuklah Amanah.

Di dalam kekeruhan politik ketika itu dan semuanyaberusaha ingin mengembalikan mandat rakyat dalam PRU lalu melahirkan pertembungan posisi politik yang baharu di dalam Amanah. Ada dua perkara yang dinilai di sini yang mempamerkan wujud pencapahan dalam menentukan pendirian politik terbaik yang perlu diambil oleh Amanag. Ini melahirkan dua jalur pemikiran dan terdapat pimpinan yang membentuk kumpulan berasaskan asas pendirian ini. Ia juga menyebabkan wujud dilema besar untuk memilih pilihan yang ada.

Pertamanya ialah dilema memilih antara Dr Mahathir ataupun Anwar. Selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan dan tindakan ini menjadi punca perbalahan melahirkan dua aliran atau kumpulan utama di dalam Amanah.

Bagi pemimpin yang menyokong Dr Mahathir, mereka berpendapat pengaruh Dr Mahathir masih signifikan dalam melonjak sokongan pengundi Melayu yang tidak dipunyai oleh PH. Oleh itu, dr Mahathir wajar mengepalai usaha mengembalikan mandat rakyat dengan gabungan PH Plus. Atas pengaruh Dr Mahathir masih kuat dan tidak wajar dikesampingkan, maka bagi pimpinan dalam jalur ini masih berusaha memujuk Dr Mahathir untuk bersama PH. Malah pimpinan utaa Amanah bersedia menjadi orang tengah memperbaiki hubungan antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Mereka kelihatan kagum dengan kemampuan Ahli Parlimen Langkawi itu ketika menjadi Pengerusi PH. Hujah bagi aliran ini bersandar kepada kualiti gaya kepimpinan yang dimiliki Dr Mahathir. Banyak pihak yang mengakui bahawa Dr Mahathir merupakan seorang ketua yang tegas, utuh dalam tindakan, pendengar yang baik, berdisiplin dalam mengatur perjalanan mesyuarat PH dan kerajaan, malah berjaya mencapai keputusan walaupun berat, sensitif dan kontroversi.

Dengan jumlah ahli parlimen dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan), PH tidak mampu membentuk majoriti yang diinginkan untuk mengalahkan majoriti PN dan BN. Muncul lah gagasan mempelopori apa yang dinamakan sebagai “Grand Coalition” untuk PH mempertimbangkannya, namun sehingga sekarang idea ini tidak disambut oleh PKR. Pendek kata, mereka lebih selesa dengan pendekatan Dr Mahathir dan mengakui kekuatan yang dimiliki oleh beliau.

Bagi kumpulan yang mengangkat ketokohan Anwar pula mempunyai hujah yang tersendiri. Kumpulan ini menganggap pendirian Dr Mahathir memang sejak dari awal tidak menyenangi janji PH mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Perseteruan dua musuh ketat ini pada pengamatan aliran ini sukar didamaikan. Kumpulan ini menyifatkan kumpulan yang masih mahu menerima Dr Mahathir sebagai mereka yang banyak termakan jasa melalui lantikan politik yang diberikan ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, mereka melihat pengaruh dan aura Dr Mahathir sudah hilang ekoran penolakan besar rakyat yang marah apabila Dr Mahathir meletakkan jawatan tanpa berunding terlebih dahulu dengan PH. Pendedahan buku tommy thomas mengesahkan kepercayaan ini. Bukan itu sahaja, Dr Mahathir kini sudah menjadi liabiliti kepada PH. PH perlu mengubah pola tumpuan dari Dr Mahathir kepada Anwar sepenuhnya. Amanah perlu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar sebagai calon PM terbaik untuk PH

Elemen kedua pula melibatkan strategi Amanah dalam pilihan raya umum akan datang. Ini melihat kepada potensi kerusi yang akan ditandingi Amanah. Jika disorot kedudukan kerusi yang dimasuki Amanah, kita boleh melihat Amanah berada dalam perebutan kerusi Parlimen di kawasan lingkaran Melayu. Perebutan dalam pasaran kawasan lingkaran Melayu ini melibatkan parti Melayu lain iaitu UMNO, Pas, Bersatu dan kini Pejuang memasuki gelanggang yang sama.

11 kerusi yang Amanah menang merupakan kerusi yang mana peratus pengundi bukan Melayu yang tinggi. Kemenangan Amanah ketika itu ialah sokongan yang siling diberikan oleh pengundi bukan Melayu kepada PH dan ditambah dengan undi protes terhadap BN serta Pas mencuri sebahagian undi Melayu menyumbang kepada kemenangan kerusi campuran ini.

Kawasan kerusi parlimen majoriti Melayu Amanah tewas. Ini menujukkan kekuatan Amanah belum mendapat kepercayaan, keyakinan kepada pengundi Melayu terhadap parti ini. Kini timbul persoalan mengenai kemampuan Amanah untuk bersaing dengan parti Melayu yang lain mewakili PH dan kebolehmenangan Amanah dalam PRU 15 nanti.

Dilemanya wujud di sini. Kawasan kerusi bercampur adalah kawasan yang secara logiknya boleh menyumbang kemenangan kepada Amanah, tetapi tugasan Amanah menggantikan Pas merupakan kerusi Parlimen majoriti Melayu. Dan mudahnya untuk faham buat masa ini, Amanah sukar untuk menang dalam kawasan kerusi Melayu ini.

Jika diukur dari sudut kemampuan, Amanah masih tertinggal berbanding kekuatan pengaruh parti Melayu yang lain. Ini belum lagi dihitung pada 52 kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU. Kerusi ini hendak dibahagikan kepada parti mana dalam PH? Sekiranya dibahagi dua sekalipun kepada Amanah dan PKR, kerusi sebegitu adakah mampu diterjemahkan kepada angka kemenangan kepada PH jika Parlimen dibubarkan pada tahun ini?

Dengan jentera parti yang kecewa dan terluka, kekuatan tidak sepertimana dulu, tiada penumpuan strategik kawasan Parlimen sasar antara sebab Amanah kurang diyakini oleh rakan dalam Pakatan Harapan untuk memikul tanggungjawab besar ini. Oleh itu, Amanah peru bangkit segera untuk menyusun strategi bagi mengatasi kemerosotan keyakinan ini dan seterusnya memberikan ruang untuk PH memberikan cabaran di kawasan majoriti Melayu ini. Jika gagal, sukar untuk PH memperolehi pertambahan kerusi dalam pilhan raya nanti.

AMANAH hilang cengkaman

Melihat kepada kemerosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan. Amanah perlu keluar dari garis graf penurunan ini dengan kadar segera.

Amanah juga kelihatan tenggelam dengan lambakan isu yang ada sekarang.Rakyat hilang pekerjaan, memerlukan lanjutan moratarium, memerlukan bantuan rangsangan ekonomi, dan pelbagai lagi masalah berkait dengan kesan penutupan sektor ekonomi oleh kerajaan.

Dalam pelbagai isu yang berlaku kepada rakyat, pemimpin Amanah tidak ke hadapan menjuarai isu ini. Tidak kuat suara mereka di mediasosial mahupun media aus perdana. Dahulunya, pimpinan Amanah semasa di memegang jawatan di dalam Pas, merekalah yang selalu mengeluarkan kenyataan dan komentar berkaitan dengan isu berkait kepentingan rakyat.

Kini, nampaknya pimpinan agak tenggelam dalam memberikan respon dengan pelbagai isu yang ada. Netizen sahaja nampaknya lebih berkesan memberikan tekanan kepada kerajaan berbanding tokoh dari pembangkang. beberapa polisi kerajaan terpaksa dibuat pusingan “U” kerana desakan rakyat secara organik di media sosial. Itu lebih efektif nampaknya dari menunggu suara pembelaan datang dari pembangkang dan lebih spesifik lagi datang dari pimpinan Amanah.

Apabila pimpinan dan parti tidak responsif dan ke hadapan dalam isu yang dihadapi rakyat, mana mungkin parti ini akan popular. Tidak pelik sekiranya dapatan kajian menyatakan jenama Amanah masih lagi rendah peratusannya dalam pola pemikiran pengundi di Malaysia. Sekiranya jenama parti tidak kuat, jentera tidak memiliki kesatuan, isu rakyat juga tidak diperjuangkan, ini memberi cabaran kepada parti ini untuk meneruskan pencapaian dan meneruskan kelangsungan parti Amanah pasca-PRU15 nanti.

Perlu diingat, PRU15 kali ini adalah musim surut. Gelombang mungkin tidak wujud lagi sepertimana PRU14 yang lalu. Isu kleptokrat, pencuri, penyamun, GST mungkin sudah berlalu. Ditambah pula dengan wabak Covid 19, kekecewaan pengundi, serta banyak lagi angkubah-angkubah lain yang akan mempengaruhi pola pengundian dalam PRU akan datang yang sangat dinamik.

Bersediakah Amanah berdepan dengan pola yang sangat cair (fluid) dan dinamika politik berubah dengan cukup pantas. Selain bergantung kepada kekuatan gabungan politik, Amanah juga perlu berdiri di atas kekuatan sendiri untuk terus “survive” dalam arena politik negara. Semua yang dinyatakan ini sebenarnya melatari mengapa Amanah kini berdepan dengan ujian setiakawan dalam PH. Kini terpulang kepada Amanah untuk membetulkan keadaan, membina semula kekuatan atau jika tidak akan ditertawakan Pas yang menunggu saat jatuhnya Amanah ini dalam politik negara.

*Hisommudin Bakar merupakan Pengarah Eksekutif ILHAM Centre.

**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Perak Insights.



Pelan pemulihan TH terbukti berjaya, hanya si hati busuk terus tabur fitnah

 Pelan pemulihan TH terbukti berjaya, hanya si hati busuk terus tabur fitnah


Timbalan Menteri Wilayah kerja untuk satu ringgit, tapi itu masa kempen PRU-14

 

Timbalan Menteri Wilayah kerja untuk satu ringgit, tapi itu masa kempen PRU-14


RAKYAT RENTAS NEGERI - PENJENAYAH, VIP RENTAS NEGARA - BERCUTI




Beliau berkata, rakyat di bawah ni dipaksa berkurung, tak boleh ke mana-mana, malah ada yang bertahun tak dapat bertemu keluarga sebelum musim COVID-19 lagi. “Bukan sahaja dipaksa bercuti tanpa gaji sebahagiannya tu, bahkan dibuang kerja ketika banyak perniagaan gulung tikar dan sebagainya,” ujarnya.





Proses mahkamah tuntutan RM10 juta ke atas Ahli Parlimen lompat masih berjalan

 


POSTED BY AMIR WRLR


Proses mahkamah menuntut pampasan RM10 juta daripada Ahli-ahli Parlimen KEADILAN yang melompat parti masih berjalan mengikut prosedur.

Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, parti itu telah membantah permohonan yang tidak berasas difailkan oleh bekas pemimpinnya, Zuraida Kamaruddin untuk membatalkan tuntutan atas alasan bertentangan dengan undang-undang.

"Kedua-kedua pihak sedang dalam proses membalas afidavit. Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes yang seterusnya pada 1.4.2021 untuk mendapatkan arahan lanjut berkenaan dengan kes ini," kata Chean Chung dalam satu kenyataan.

Berkenaan pengkhianatan terbaharu melibatkan Ahli Parlimen Tebrau dan Julau, katanya surat tuntutan telah dihantar kepada Steven Choong.

"KEADILAN telah menghantar surat tuntutan RM10 juta kepada Steven Choong, Ahli Parlimen Tebrau.

"Beliau perlu menjelaskan pampasan tersebut dalam tempoh 7 hari, dan jika tidak, tindakan mahkamah akan diambil.

"Ahli Parlimen Julau Larry Sng tidak bertanding di bawah parti KEADILAN dalam PRU14 maka tidak tertakluk kepada perjanjian tersebut," katanya lagi.

 

Selepas dua bulan jawatan Ketua Kampung di Johor masih direbutkan sesama PN



Masuk bulan Mac 2021 banyak kampung di Johor belum lagi memilikki Ketua Kampung masing-masing kerana parti-parti Melayu Umno, Bersatu dan Pas berebut untuk meletakkan calon masing-masing.

Hal itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir.

Menurut Akmal, Ketua Kampung Pakatan Harapan telah pun menyelesaikan khidmat pada 31 Disember 2020. Namun rakyat tertanya-tanya siapakah Ketua Kampung baharu mewakili PN.

"Apabila Kerajaan Negeri beralih tangan susulan pengkhianatan Langkah Sheraton, Ketua-ketua Kampung lantikan PH bersetuju teruskan perkhidmatan sampai tamat tempoh 30 Disember 2020.

"Alasannya supaya tidak terganggu perjalanan masyarakat setempat, terutamanya soal pengesahan surat, anak-anak nak ke sekolah dan isu-isu kampung. Tetapi rupanya sudah setahun bersekutu, Umno, Bersatu dan Pas Johor masih tak boleh bersepakat.

"Sebab itu jangan percaya bila orang jaja politik kaum, walhasil untuk diri sendiri juga. Lagi kuatnya jerit Melayu, makin banyak kepentingannya," kata beliau dalam satu kenyataan.

Bagi Akmal, ketiadaan Ketua Kampung menyusahkan penduduk setempat untuk menandatangani borang apabila sekolah dibuka pada Mac dan beberapa urusan lain melibatkan kampung.

Beliau lucu melihat perebutan di peringkat bawahan itu kerana menurutnya di peringkat atasan PN, menteri boleh pula berehat 55 hari di New Zealand.

"Kini masuk bulan Mac, masuk 3 bulan penduduk masih tercari-cari siapa pengganti Ketua Kampung kawasan mereka.

"Ada yang mengeluh datang ke Pusat Khidmat kerana banyak pengesahan dokumen untuk anak-anak naik ke sekolah.

"Sementara mereka bergaduh, insyallah kita terus gandakan kerja.

"Yang mereka berebut-rebut jawatan di bawah, sedarkah Timbalan Menteri tengah berehat bercuti 55 hari?" katanya sinis.

 

Pembukaan hotel baharu di PD, udara segar dalam industri pelancongan - Anwar



POSTED BY AMIR WRLR


Pembukaan hotel baharu, Pacific Regency Hotel, Port Dickson semalam disifatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai udara segar dalam industri pelancongan di tengah-tengah kemuraman ekonomi.

Berucap dalam majlis perasmian hotel berkenaan Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pembukaan itu merupakan satu kejutan dalam industri pelancongan negara.

"Kita mendapat udara segar dalam keadaan tekanan, kerana kita selalu diberi gambaran negatif mengenai kejatuhan industri pelancongan terutama hotel dan resort.

"Kita tahu banyak berlaku penutupan (hotel), di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang, di banyak tempat. Bukan sahaja penutupan malah penjualan aset hotel dalam kemuraman ekonomi yang kita hadapi sekarang. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang masih yakin dengan potensi kita.

"Saya sependapat, kita ada masalah dengan berlakunya pandemik Covid 19, kita melihat ekonomi umumnya merudum di seluruh dunia.

"Tetapi ada negara yang memberi fokus terhadap pertumbuhan ekonomi dan menggunakan kekuatan kepimpinan untuk menggerakkan ekonomi kerana menutup industri bermakna menambah jumlah pengangur dan kemiskinan. Kesannya besar. Ini menuntut kepimpinan negara, negeri dan daerah untuk berbuat sesuatu menjana semula kebangkitan pertumbuhan ekonomi," katanya.

Justeru, Pengerusi Pakatan Harapan itu mengkritik polisi yang tidak jelas diambil oleh kerajaan Perikatan Nasional sehingga membantutkan usaha-usaha pemulihan ekonomi.

Katanya, bukan semua sektor ekonomi terjejas dalam pandemik dan ada sektor yang perlu digalakkan kerana menjana pendapatan kepada rakyat.

"Ini kita tegur kelemahan kepimpinan negara yang tidak memberi satu arahan jelas baik menangani Covid 19, atau disebut ekonomi Covid.

"Padahal ada potensi. Tadi saya mula dengan usaha pertanian. Penanaman cili agak besar dengan jumlah pendapatan ratusan ribu ringgit yang dibuat di kolej uniti.

"Maknanya ada potensi yang boleh kita gerakkan. Ada bidang yang agak lembab dan mengambil masa. Saya pergi ke kilang pelitup muka yang kecil tetapi menggerakkan ekonomi. Sekarang kejutan (pembukaan hotel) kerana industri pelancongan itu yang paling terkesan," katanya.

Bagi industri pelancongan, Anwar menekankan, tidak ada faedahnya Malaysia menyekat kemasukan orang luar tetapi negara kehilangan peluang pekerjaan.

Sewaktu dalam sidang Parlimen, katanya, beliau telah mencadangkan kemasukan pengembara luar dengan SOP yang ketat agar membantu menjana ekonomi negara.

"Jika kamu ambil 10 hari ujian sebelum melancong (misalnya) dari Qatar, Shanghai atau Eropah. Kemudian waktu sampai kamu ambil ujian dan keputusan diketahui dalam beberapa jam dengan kos ke atas pelancong.

"Maka tiada alasan menghalang kemasukan orang luar kerana kita perlu ada keseimbangan antara kesihatan dan peluang pekerjaan. Kita tidak boleh ambil langkah ekstrem dan biarkan rakyat kelaparan.

"Perlu ada keseimbangan pentingnya penggunaan pelitup muka, penjarakan fizikal, patuhi SOP dan pada masa yang sama membenarkan aktiviti ekonomi. Berfikiranlah di luar kotak," katanya.

Anwar juga menyifatkan pembukaan hotel berkenaan seumpama cahaya yang menyinari semula sektor pelancongan.

"Dalam kemuraman ada satu cetusan cahaya di Port Dickson. Saya amat bangga dengan Port Dickson," katanya seraya merasmikan pembukaan Pacific Regency Hotel.

 

INGATAN TULUS IKLAS DAP BUAT DIN AYUB-LUPAKAN ATUK

 May be an image of 1 person and text that says "MAXIS Terus maju, lupakan Dr M, kata pemimpin DAP kepada Amanah Robin Augustin March 3, 2021 8:13 AM 68 Shares T Ahli jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata, terdapat beberapa pihak dalam Amanah yang masih memandang"

Kebanyakkan sekolah ibu bapa tiada penjarakan sosial

 

May be an image of one or more people, people standing, headscarf and outdoors


NORMAN RADZUAN


INILAH YG DITAKUTKAN BERLAKU

Bila saya menulis sekolah rendah jgn dibuka lagi... ramailah yg menyindir sekolah tutup salah, sekolah buka pun salah. Ini masalahnya bila mereka melihat penulisan kita ini sebagai pembangkang atau hanya sekadar mengkritik.

Saya tidak akn mengkritik sekadar bencikan kerajaan. Jika tindakan mereka betul kita perlu sokong seperti Najib menjadi PM dahulu ada yg dilakukannya saya sokong.

Yg saya tulis IPTA mesti dibuka dgn kadar segera bukan sekolah rendah dibuka. Antara sb ada graduan 2020 menghabiskan pengajian begitu sahaja. Ada kursus yg memang memerlukan pembelajaran secara fizikal dan berkumpulan.

Mereka perlu disegerakan selepas setahun tidak berbuat demikian. Bukannya kita menghantar anak2 berusia 7 tahun dahulu ke sekolah. Apabila KPM membuka sekolah utk tahun 1 dan 2 implikasinya ia melibatkan kehadiran ibu bapa ke sekolah.

Jgn harap utk berlaku penjarakan sosial. Beginilah jika ia melibatkan 500 pelajar baru, yg hadir biasanya ibu bapa bermakna jumlahnya sudah menjadi 1,500 org. Apa yg kita harapkan utk mereka Q hingga ke tgh padang dlm keadaan panas?

Ia akan berlaku dlm tempoh hari pertama hingga seminggu kerana banyak perkara perlu diuruskan. Apa salahnya tunggu vaksin kpd guru2 dan sebahagian rakyat Malaysia. Perjalanan anak2 kecil ini masih jauh utk ke alam pekerjaan. Tiada keperluan mendesak. Lagipun kita baru perkenalkan DidikTV... tiada asas mengapa ia peru disegerakan.

Sewajarnya mereka hanya memasuki sekolah selepas hari raya. Bermula 1 Mac pelajar IPTA, 1 April pelajar sekolah menengah dan selepas hari raya barulah anak2 sekolah rendah. Pelajar IPT dan Menengah tidak memerlukan ibu bapa mengiringi mereka dan sekaligus mengurangkan risiko penjarakan sosial.

Sepertimana pemberian vaksin... dimulakan dgn frontliner dan seterusnya secara berperingkat peringkat. Bijaklah menguruskan negara sebagaimana bijak kalian mencuri MP.

Yg paling saya bimbang bila Darurat mahu berakhir kes meningkat dan Darurat disambungkan semula dan PKP dilakukan semula... yelah kerajaan ini bergantung pada Covid19.

Foto: Dari FB YB

Mohd Fakhrulrazi Mokhtar