WAJIB TOLAK PAS :


Osman Jailani

Pembohongan selama beberapa puluh tahun selama ini,  akhirnya Allah tunjukkan wajah sebenar siapa itu PAS.

Selama ini rakyat Melayu Islam terpukau dengan konsep kononnya PAS ingin tegakkan syiar Islam dibumi Malaysia ini. Ye lah, bila tiada kuasa dan sebagai parti pembangkang utama..sudah pasti pelbagai cadangan serta janji PAS hendak ke Bulan ( logo PAS ) amat mengiurkan jiwa jiwa walaun PAS. Sedangkan hakikatnya roket pun PAS tak mampu dicipta ( kiasan kerana PAS akui Malaysia akhirnya adalah negara majmuk dan mustahil dapat laksanakan Hukum hudud ).

Allah sudah berikan PAS peluang untuk memerintah Malaysia bersama dengan Umno dan Bersatu. Namun, apa yang mampu PAS lakukan,  walaupun Menteri Undang Undang sudah diberikan kepada pemimpin tertinggi PAS untuk mengubal Perlembagaan negara dan dibentangkan di Parlimen.. PAS juga tidak mampu untuk lakukan. Untuk rekod juga sudah 3 kali Hadi Awang sendiri menangguhkan pembentangan di Parlimen.

Nyata PAS sendiri akui hukum Hudud  ( Nyawa Badan PAS ) mustahil dilaksanakan kerana negara Malaysia adalah berlandaskan masyarakat majmuk. Habis tu selama ini yang PAS laungkan malah siap diadakan perhimpunan raksasa RUU355 adalah wayang drama semata mata. RUU355  dilacuri akhirnya untuk menjadi salah satu bentuk hiburan bagi ahli PAS sahaja.

Lihatlah Negeri Kelantan selama 40 tahun PAS memerintah apa yang PAS lakukan dan usahakan,  bukannya Kelantan semakin maju malah semakin ketinggalan serta mengikut data Kelantan adalah negeri termiskin diMalaysia.( Rujuk kepada Menteri Radzi Jidin anak jati Kelantan). Adakah wajar diberikan peluang kepada PAS selama 40 tahun semata mata untuk menangani isu Air Bersih. Sedangkan negeri sekecil Perlis yang tiada minyak pun mampu menyediakan pasarana air bersih dan terawat yang baik waima Kedah sekalipun walaupun tiada telaga minyak.

Sesudah PAS menjadi kerajaan Persekutuan, nampak ketara PAS tidak mampu melakukan apa yang dijanjikan. Daripada janji manifesto untuk memberikan pendidikan percuma kepada RAKYAT apatah lagi untuk menghapuskan PTPTN.  Apatah lagi untuk mestrukturjan semula bayaran TOL lebuhraya. Hudud sudah pasti PAS tidak mampu tunaikan kerana ditentang oleh Umno, MCA, MIC dan GPS.  PAS cuma mampu berbohong setiap kali diadakan PRK ataupun PRU.

Alasan serta dalil terkini yang dicari pemimpin tertinggi PAS untuk menunaikan semua janji PAS adalah - Jika PAS dapat memerintah kerajaan Persekutuan Malaysia secara bersendirian atau disebut PAS secara SOLO barulah PAS dapat  tunaikan semua janji PAS dan laksanakan Hukum Hudud diMalaysia.

Amboiiii... PAS bercakap umpama kononnya pemimpin PAS boleh berjalan diatas air nampaknya. Sedar diri ker ?

Hakikatnya Pru-14 PAS bertanding sebanyak 160 kerusi parlimen iaitu terbanyak dalam sejarah PAS atau jika bertanding di 222 kerusi parlimen sekalipun, PAS cuma menang 18 kerusi sahaja..kerusi parlimen yang lain ..hangus deposit dan milik Umno atau PH. Malah jika dilihat Pru pru sebelumnya jelas kerusi parlimen dimenangi parti PAS semakin merosot dan ditolak RAKYAT.

RAKYAT dari kalangan Melayu Islam juga  nampaknya telah nampak wajah PAS disebalik jubah yang dipakai. Sebelum ini RAKYAT tiada sebab untuk menolak parti PAS sebagai pilihan seperti dalam Pru-14 yang lalu kerana PAS bermati- matian menafikan sebagai  rakan sekutu Umno. Sekarang PAS sudah pun mengaku serta cuma parti politik yang bersifat sekular liberal  untuk kepentjngan Dunia semata mata walaupun dasar Parti PAS yang ditulis adalah ISLAM. Itu cuma terjadi didalam buku pendaftaran PAS sahaja. Diluarnya PAS sama seperti Umno, Dap, PRM, Gerakan,  Bersatu, PKR atau GPS (sekadar menyebut contoh) sahaja tiada bezanya dari segi bentuk pentadbiran dan Perlembagaan setelah memerintah Malaysia. Sama seperti diawal Kemerdekaan negara Malaysia masih negara Sekular dan  Perlembagaan juga tetap sama tiada apa yang berubah setelah PAS memerintah Malaysia.

Jadi sudah sampainya parti politik seperti PAS yang sanggup melacuri agama Islam selama ini malah diwartakan sesat oleh Jakim ditolak oleh RAKYAT.

Dan paling malang adalah negeri Kelantan dikala negara Malaysia sudah maju dan akan mempunyai kereta terbangnya sendiri , namun isu air bersih terawat masih gagal diselesaikan oleh pimpinan PAS yang buntu idea untuk pembangunan negeri Kelantan. Adakah Kelantan berada diAfrika? Atau salah DAP kerana tidak memerintah Kelantan? Seharusnya dan wajib  pemerintahan negeri ditukar tampuk pemerintahan daripada PAS kepada UMNO ataupun parti lain yang lebih idealis dan realistik dengan keadaan semasa.

Dilantik Duta ke Timur Tengah bertaraf Menteri sekalipun PAS tidak mampu untuk menarik pelaburan berbillion duit Arab untuk melabur diMalaysia waima diKelantan, ditambah lagi mempunyai telaga minyaknya sendiri.

Dosa PAS kafirkan Umno juga belum diMaafkan. Sehinggakan ada ahli Umno yang mati dikafirkan PAS serta diminta tanam dijirat Cina. Adakah begitu ajaran ISLAM yang syumul ?

Tolak PAS undi Umno.

Dari Hijau kepada Biru.

Inikalilahhh.
Ahli Umno Kelantan.

MELAYU TIPU MELAYU, YANG JADI MANGSA ADALAH MELAYU


Mohammad Hashim Mohammad

Apa yang peliknya rakyat Malaysia masih taat setia menyokong UMNO... Membela sebilangan pemimpin-pemimpin UMNO yang terlibat rasuah... Seboleh-bolehnya menidakkan tuduhan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang berjuang menipu rakyat Malaysia dan menipu ahli mereka sendiri...

Mengapakah mereka tidak menghormati Dewan Rakyat...? Ini kerana mereka tidak berjuang untuk rakyat Malaysia... Mereka hanya mementingkan diri sendiri... Sikap kesombongan sebilangan pemimpin-pemimpin UMNO merosakkan segala urusan perbincangan membaik pulih negara Malaysia dan rakyat Malaysia...

Masalahnya sampai bila keadaan perangai sebilangan pemimpin UMNO sedemikian... Daripada UMNO memerintah negara Malaysia sehingga mereka menjadi pembangkang... Keadaan mereka tidak berubah... Sering mempermainkan sesuatu perkara yg amat penting untuk dibincangkan... Sering dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO menjadikan Dewan Rakyat tmpt senda gurau... Ejek-mengejek sesama sendiri... Keadaan sedemikian mereka tidak bersungguh-sungguh membela rakyat Malaysia...

Jika kita selami keadaan pemimpin-pemimpin UMNO mereka berjuang menyelamat kan diri sendiri... Mereka akan bersungguh-sungguh apabila sesuatu perkara ada kepentingan diri mereka mengumpul harta rakyat Malaysia... Mengapa masih rakyat Malaysia tidak sedar keadaan ini...  Mengapa rakyat Malaysia masih berusaha menyokong pemimpin UMNO...?

Mengapakah ahli UMNO terus-menerus menyokong pemimpin-pemimpin UMNO... Walau pun mereka telah berpuluh kali ditipu pemimpin UMNO... Keadaan negara akan rosak jika ramai rakyat mementingkan diri sendiri...

Yg menyokong UMNO hanya mementingkan diri sendiri... Jika rakyat Malaysia jujur dan ikhlas berjuang untuk negara Malaysia, mereka tidak akan memberi sokongan kepada UMNO berpolitik kotor... Mengotorkan politik negara Malaysia...

Ini negara Malaysia... Negara kita... Mengapa kita berusaha merosakkan negara kita sendiri... Menyokong pemimpin yg bermasalah... Bermakna kita berjuang menghancurkan negara kita sendiri..
.
#fikir2kan
#tolakpN
#pHbangkit

AZMIN SILA MENINGGAL


Zaimi Saad

Dalam struktur PN, PPBM ni cuma parti pariah. Ya, Pariah tuan-tuan. Dari parti parah hingga jadi parti pariah. Tau apa makna pariah? Cari dalam kamus.



Kenapa jadi pariah? Tanyalah pariah-pariah yang sedang seronok menang tanpa bertanding. Para pariah jenis muka tak malu, muka tembok langsung tak ada perasaan malu dengan tekanan dan kenyataan oleh sekumpulan pemimpin UMNO kepada pariah dalam PN.

Sikit masa lagi para pariah ni akan dihina malah akan dilayan lebih hina dari pariah Dalit.



PAS WAJAR PIMPIN MUAFAKAT NASIONAL HADAPI PRU 15

RAKYAT SUSAH, HARGA BARANG KEPERLUAN MENINGKAT TINGGI

TANGISAN DALAM SENYUMAN-TAMRIN GHAFAR



Tamrin Tun Ghafar
18/07/2020
( 1 – 28 )
1. Bagi mereka yang mungkin terlupa atau tidak pasti, kesemua Negara Komanwel iaitu Negara yang pernah dijajah dan di perintah British seperti Negara kita MENGAMALKAN Sistem Parlimen ala Wesminster, Great Britain.
2. Pengaruh Penjajah British begitu tebal sehingga Sultan Sir Ibrahim, moyang Sultan Johor sekarang MAHUKAN Persekutuan Tanah Melayu ketika itu TERUS dijajah dan diperintah oleh British; lihat sahaja pakaian rasmi mereka yang ala Barat sehingga kini, ia TIDAK LANGSUNG mencerminkan pakaian tradisi Melayu seperti Sultan-Sultan yang lain.
3. Dek sebab ‘Sistem Parlimen Wesminster’ inilah UMNO pernah diserang, dikutuk dan yang dahsyat sekali diKAFIRKAN oleh PAS menerusi ucapan berapi Hadi pada 7hb April 1981 di Kampong Bonggol Paradong , Kuala Terengganu.
4. Bermula dari AMANAT HADI AWANG itulah, PAS mula terjerumus dengan sikap BERDOLAK DALIK dan BERBOHONG seolah – olah mereka tidak pernah melakukan sebarang kesilapan atau kesalahan; justeru sehingga saat ini Hadi tidak pernah menarik balik tuduhan liar dan jahatnya terhadap UMNO apatah lagi meminta maaf secara terbuka.
5. Mereka terus MENIKUS dengan harapan UMNO akan terlupa atau melupakan atau memaafkan saja PAS terhadap AMANAT tersebut.
6. Perangai mereka tak ubah seperti
‘Burung Kasawari
Menyembunyikan
Kepala Dalam
Tanah’.
7. PAS khususnya pemimpin – pemimpin mereka terus memperalat Agama bagi mendapat sokongan dan menguatkan kedudukan.
8. Jubah dan Serban mereka adalah ‘perisai’ terbaik bagi menonjolkan imaj kealiman yang boleh dipercayai; sesiapa saja Ahli yang tidak sehaluan atau berani mempersoalkan tindak tanduk pemimpin, akan di serang dan dikutuk habis – habisan.
9. Sejak ‘berjinak dan berfoya’ dengan musuh tradisi mereka, UMNO apatah lagi kini berada didalam KERAJAAN PINTU BELAKANG atau bak kata Hadi KERAJAAN TEBUK ATAP , isu Menjadikan Malaysia Negara Islam , Penyalahangunaan Kuasa dan Rasuah, Hudud dan RUU355 , LGBT, Pesta Arak Oktoberfest dan Seruan Penutupan Kilang – Kilang Arak dan Kedai – Kedai Menjual Arak dan Judi TERMASUK Kasino Genting Highland TIDAK LAGI MERUPAKAN AGENDA PERJUANGAN PAS – mulut mereka TERKUNCI seolah – olah sudah disumbat dengan ‘dedak’ oleh UMNO dan Muhyiddin.
10. Satu lagi contoh , apabila Presiden MCA sebuah parti komponan BN yang HANYA MEMPUNYAI 2 orang MP dan seorang SAJA wakil dalam Kabinet memberi amaran agar isu menjadikan Negara ini sebagai Negara Islam TIDAK DIBANGKITKAN LAGI , PAS yang mempunyai 18 Ahli Parlimen dan 3 orang Menteri tiba – tiba sahaja LIDAH MEREKA TERKELU TIDAK BERKATA – KATA – bak kata anak – anak muda zaman sekarang , mereka KECUT dan TIDAK ADA ‘TELOQ’.
11. Asalkan dapat jawatan dan boleh mengekalkannya dan mendapat imbuhan lumayan , pemimpin – pemimpin mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk MENJILAT LUDAH DAN KAHAK MEREKA SENDIRI.
12. Oleh kerana TAKUT tidak dapat cium pintu Syurga, Ahli – Ahli PAS TERPAKSA TERUS MEMUJA , MEMUJI , dan TIDAK BERANI menyoal apatah lagi mengkritik pemimpin mereka yang digambarkan sebagai Ulamak Perwaris Nabi yang Suci dan Maksum.
13. Tidak keterlaluan apabila satu kwtika dahulu Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu menyifatkan PAS sebagai Parti Amalan Sesat dan kini ada pula yang melabelkan PAS, Parti Angkut Sampah.
14. ‘Sudah Terang
Lagi Bersuluh’
apabila pada hari Isnin 13hb Julai 2020 lepas kesemua 18 Ahli Parlimen PAS menyokong pemecatan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff dari jawatan Speaker Dewan Rakyat.
15. Salah seorang ‘lebai’ PAS cuba menunjukkan ‘kepintaran’ menyokong tindakan tersebut dan menyokong Speaker baru.
16. Sudahkah Hadi dan 17 Ahli Parlimen PAS MENGKAJI terlebih dahulu ‘manusia’ yang disokong sebagai Speaker sedangkan PENDIRIAN Azhar terlalu jelas BERTENTANGAN dengan Dasar PAS dan Islam, atau demi kepentingan diri dan jawatan mereka TIDAK PEDULI itu semua?
17. Mengikut Tan Sri Ariff penyingkiran beliau TANPA SEBAB TERTENTU ATAU TANPA ALASAN LOGIK sebagai Speaker TIDAK PERNAH BERLAKU sejak ‘Sistem Parlimen ala Wesminster’ itu diperkenalkan 800 tahun dahulu.
18. Pemecatan Speaker hanya berlaku sekali sahaja dalam sejarah apabila dalam tahun 1990 Speaker Dewan Rakyat Trinidad di dapati melakukan rasuah.
19. Dari segi CONVENTION atau AMALAN yang digunapakai pemecatan Speaker Dewan dilakukan atas sebab – sebab berikut :
i. Mati
ii. Berhenti
iii. Gila
iv. Melanggar
undang – undang
seperti rasuah.
20. Kerajaan BERHAK menukar Speaker ASALKAN ianya BERPANDU kepada Aturan dan Peraturan Parlimen.
21. Difahamkan perlantikan Azhar sebagai Speaker baru TIDAK mengikut Aturan dan Peraturan Mesyuarat.
22. Oleh kerana perkara ini TERLALU PENTING dan SERIUS maka dicadangkan Ahli – Ahli Parlimen yang TIDAK BERSETUJU mendapatkan PERINTAH MAHKAMAH sama ada perlantikan itu menepati kehendak Aturan dan Peraturan Mesyuarat Parlimen.
23. Walaupun ‘menang’ namun keputusan pengundian tersebut 111 dari 222 dengan 2 berkecuali dan Pembangkang pula mendapat 109, yang sebenarnya ‘kemenangan’ yang AMAT MEMALUKAN kepada Muhyiddin.
24. Lazimnya sesorang Perdana Menteri selepas 4 bulan berkuasa dan ditokok pula dengan 72 orang yang dilantik sebagai Menteri, Timbalan dan hampir kesemuanya pula dilantik sebagai Pengerusi GLC dengan imbuhan yang lumayan sepatutnya jumlah sokongan bertambah BUKAN berkurangan.
25. ‘Kemenangan’ yang didapati itu sebenarnya ia lebih kepada ‘TANGISAN DALAM SENYUMAN’.
26. Berdasarkan kepada sokongan yang AMAT TIPIS SEKALI yang beliau perolehi mungkin LEBIH SEMPURNA jika Yang Di Pertuan Agong MENGKAJI SEMULA sama ada Baginda telah dipersembahkan oleh Muhyiddin jumlah sokongan yang sebenar atau sebaliknya.
27. Dalam situasi begini ditambah pula KESIHATAN yang tak begitu baik, Muhyiddin HANYA ada 2 pilihan :
i. Tingkatkan berdoa agar dipanjangkan umur dan dipulihkan penyakit BARAH yang sedang dialami, atau
ii. Berundur dengan cara TERHORMAT; lagi pun hajat dan cita – cita beliau selama ini untuk menjadi Perdana Menteri sudah pun tertulis dalam sejarah; ini adalah NORMA BARU atau NEW NORMAL yang selalu disebut.
28. PISAU DI TANGAN ANDA , LAKUKAN YANG TERBAIK SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.
Wassalam
Terima Kasih.

‘Wabak sekatan’ menular semula – ataupun ia cuma menyamar selama ini?




By
 Aliran admin
 


Dalam pilihan raya umum 2018, rakyat tanpa rasa takut dan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama, telah membuktikan kuasa rakyat. Sekarang, seruan berbunyi lagi untuk bertindak mempertahankan mandat rakyat dan demokrasi, ujar Carol Yong.
Melihat kartun di atas, apakah yang kalian boleh katakan? Aduh! Ada pendapat pun tidak boleh keluar suara. Dahsyat kan?
Kebelakangan ini, seolah-olah kebebasan bersuara telah dikikis dan demokrasi semakin merosot. Begitu juga dengan hak berhimpunan secara aman, hak berekspresi, kebebasan media, menerbit dan sebagainya. Moodnya macam terkena ‘wabak sekatan’– ataupun ia cuma menyamar selama ini dan menular semula dalam bentuk lain?
Trend ini sangat membimbangkan – kes-kes individu yang dipanggil untuk soal siasat, disaman, atau dituduh bersalah semakin bertambah. Mereka termasuk warga biasa, aktivis, penerbit buku, wartawan, portal media online, pengacara, pelakun serta wakil rakyat dan ahli politik yang pro-rakyat. Beberapa contoh yang menonjol telah diberikan liputan dalam pelbagai media, termasuk Aliran.
Namun, wabak sekatan ini bukannya penyakit yang baru saja membiak. Sekatan ke atas hak asasi rakyat – khususnya mereka yang menegakkan kebenaran, keadilan, hak asasi manusia dan kesaksamaan sosial dan gender – memang sudah lama wujud.
Sekatan telah beroperasi semenjak pemerintahan penjajah Inggeris di Malaya dan kemudian apabila Malaysia sudah merdeka. Selalunya, sekatan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang menggentari kuasa rakyat, lalu mengambil langkah untuk membisu dan merintangi individu mahupun gerakan perjuang rakyat.
Dari titik negara Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 hingga pilihan raya umum pada tanggal 9 Mei 2018, pihak parti pemerintah yang tunggal hanyalah Barisan Nasional (terdahulunya Barisan Perikatan/Alliance hingga tahun 1973).
Selama enam dekad kerajaan BN, sasaran tindakan keras dengan menggunakan undang-undang sekatan boleh diramalkan: kebanyakan mereka adalah individu dan pergerakan progresif, misalannya, para aktivis, petani, buruh, pemuda-pemudi, pelajar, akademik, Orang Asal, perjuang hak wanita dan hak asasi manusia.
Warga biasa juga tidak terkecuali. Misalnya, pada tahun 1970an, para mahasiswa, pensyarah dan beberapa anggota parti politik khususnya Parti Rakyat Malaysia (PRM) turut memberi sokongan kepada peneroka bandar (digelar ‘setinggan’ oleh pihak berkuasa), petani tidak bertanah, penoreh getah dan lain-lain golongan miskin yang sendiri membangkit untuk membela hak mereka. Protesters yang berada di lapangan kejadian, dan juga liputan media, melapurkan bahawa ramai daripada rakyat terbabit dan penyokong mereka telah diugut, ditahan, disaman atau dipenjarakan oleh pihak berkuasa.
Berikutan peristiwa seperti ini, satu tindakan kerajaan adalah dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1961 yang menyekat banyak kebebasan para akademik dan mahasiswa.
Bagaimanapun, mandat rakyat pada 2018 memilih Pakatan Harapan telah berjaya menamatkan kuasa monopoli politik BN, namun selama 20 bulan sahaja.
Pada Februari-Mac 2020, berikutan kemelut politik beberapa pemimpin dalam rebutan jawatan PM, kerajaan PH telah ditumbangkan tanpa izin rakyat!
Persoalannya, kenapa PH tidak menggunakan peluang keemasannya untuk mengembalikan demokrasi, membasmi undang-undang yang menyekat hak asasi dan kebebasan rakyat, berasaskan manifesto Buku Harapannya?
Kini, demam sekatan menular semula. Kenyataan oleh jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 membayangkan suasana politik di bawah PN sekarang sebagai “era ugutan politik dan membisukan suara penentangan yang merupakan kebiasaan di bawah era Barisan Nasional sudah kembali”.
Sekatan dan kemerosotan kebebasan dan hak asasi rakyat bukannya kes satu persatu atau kes bersendiri. Sebaliknya, sekatan lazimnya ‘alat’ yang dipakai secara sistematik oleh kerajaan yang gentar kuasa rakyat.
Mungkinkah juga segelintir pemimpin mahu mempertahankan kuasa pemerintahan yang tidak berdasarkan mandat rakyat?
Dan, yang paling penting, mungkinkah ada orang yang berkuasa politik dan ekonomi yang disyaki itu ingin tapuk “perbuatan yang tidak beretika, salah guna kuasa dan korupsi?”
Rakyat yang pintar sudah memang dapat menduga siapa yang diberi kuasa yang tidak bersekat.
Rakyat juga sudah memang tahu, tanpa rasa takut dan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama, pilihan raya umum 2018 telah membuktikan kuasa rakyat mengguling parti yang dipimpin oleh mereka yang dianggap hanya pikirkan kepentingan dan kekayaan sendiri.
Jangkitan atau demam penyakit sekatan demokrasi dan kebebasan asas rakyat harus dihapuskan.
Pada 30 Jun, Aliran telah melancarkan petisi “Selamatkan Demokrasi Kita”, suatu usaha masyarakat sipil yang tepat waktunya untuk merangsang rakyat mempertahankan kebebasan dan hak asasi demi kepentingan semua lapisan rakyat.
Klik link berikut untuk petisyennya dan harap tandatanganinya.
Carol Yong ialah seorang aktivis veteran yang telah lama berkhidmat di Sarawak dan kemudian di Sabah
Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

KERUSI DUN SLIM WAJAR DIRUNDING DI DALAM PH SAHAJA


Tidak timbul persoalan kumpulan Mahathir perlu berunding dengan PH samada kumpulan Bebas tersebut mahu bertanding atau tidak di dalam PRK Dun Slim nanti. Rundingan hanya sesama PH sahaja dan tidak masuk akal Bebas perlu berunding. Bebas tetap Bebas, bila-bila masa dan di mana sahaja Bebas boleh bertanding seperti calon Bebas yang lain sebelum ini.
Kerusi Dun Slim kosong berikutan kematian Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang telah meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang akibat serangan sakit jantung ketika bermain golf di Genting Highland baru-baru ini. Pada PRU14 yang lalu PH diwakili oleh calon dari Bersatu. Calon Bersatu telah tewas kepada calon Bn tersebut.
Oleh kerana parti Bersatu telah menjadi pengkhianat sehingga tumbangnya kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat, dan parti itu juga telah mengumumkan keluar dari PH, maka PH kini hanya mempunyai Keadilan, Dap dan Amanah sahaja. Mahathir pula telah umumkan tidak mahu lagi ada sebarang kerjasama dengan Anwar, Presiden Keadilan dan Pengerusi PH. Ertinya, Mahathir sendiri tidak mahu ada kerjasama dengan PH mahupun Keadilan.
Sepertimana Mahathir sendiri letak jawatan sebagai PM dahulu, begitu jugalah Mahathir sendiri umum tiada kerjasama lagi dengan Anwar. Tidak lojik kalau Mahathir putuskan hubungan dengan Anwar yang diketahuinya adalah Pengerusi PH, tetapi mahu berunding dengan PH apabila ada PRK. Bebas boleh masuk bertanding, tidak perlu berunding.
Marzuki tidak boleh menuntut itu Kerusi Bersatu kerana Bersatu kini berada di sebelah sana. Kerusi ini mesti ditandingi oleh PH. Berdasarkan kajian dan culaan, biarkan PH tentukan siapakah calon yang akan bertanding nanti.
WFAUZDIN NS

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, jambang dan teks


BAGAIMANA KES ADIB


Nizam Aka

✓ Mana pergi walaun-walaun yang siang malam menuntut bela kematian Allahyarham Adib dulu?Kononnya PH sembunyikan pembunuh..
✓ Sekarang, kamu dah jadi KERAjaan,apa lagi?heret keluarlah pembunuh itu..Nak tanya Pas ni belah adib atau belah kerajaan?
✓ Dulu bukan main sembang,bila PN jadi kerajaan,kes arwah Adib akan diselesaikan dalam masa singkat,sekarang apa macam?
✓ Mana pergi pejuang-pejuang Isle?Tengah sibuk agihkan ghonimah dan GLC?
✓ Jangan lupa,saman juga menteri KDN dan menteri perumahan ketika itu?
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Kegagalan Pakatan Harapan: Pertembungan naratif?


Diharapkan, untuk kali kedua nanti, pemimpin reformasi akan lebih menyedari ketegangan di antara naratif yang berlainan berkaitan dengan ciri masyarakat Malaysia dan bagaimana mahu mendepaninya, tulis Jeyakumar Devaraj.

Seseorang dinasihati supaya belajar dari kesilapan. Seperti itulah juga dengan gerakan politik – jika mereka mahu melakukan yang lebih baik di masa depan.
Begitupun, saya tidak melihat pandangan sebegitu dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan di dalam perbincangan yang saya ikuti bersama bersama sejak Langkah Sheraton, yang mencetuskan kejatuhan kerajaan PH itu.
Penyokong PH bukan Melayu sukar memahami mengapa sokongan Melayu terhadap PH jatuh secara signifikan. Ramai di kalangan mereka berasa jengkel – bagaimana mungkin orang Melayu boleh bertolak-ansur dengan para kleptokrat yang mencuri dari dana awam? Apakah orang Melayu terlalu mudah terperdaya dengan propaganda Umno-Pas? Adakah mereka tidak dapat lihat bagaimana elit Umno memperkayakan diri mereka sendiri? Dan banyak lagi..
Saya ingin mengutarakan satu analisis yang mungkin menjernihkan pandangan. Ianya berkait rapat dengan pertembungan naratif ciri Malaya/Malaysia sebagai sebuah nasion. Biar saya jelaskan: konsensus yang dicapai di dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 adalah berdasarkan naratif bahawa ini “Tanah Melayu”, sebahagian dari kepulauan Melayu ‘Melayu Nusantara’.
Naratif inilah yang menjadi asas kepada penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai ‘agama persekutuan’ (yang bolehlah dikatakan tidak jelas), dasar afirmatif bagi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Artikel 153 serta penerusan sistem pra-kolonial melibatkan politik beraja, walaupun ianya sudahpun dikurangkan kuasa eksekutifnya.
Pada waktu sama, naratif ini juga mengenal pasti sumbangan bukan Melayu kepada pembangunan ekonomi Malaya. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan juga memberikan bukan Melayu hak kewarganegaraan, hak untuk mengguna dan mengembangkan bahasa sendiri, mengamalkan agama sendiri serta menerima hak yang sama di bawah undang-undang negara.
Secara kebetulan, naratif Nusantara Melayu juga dicerminkan lewat beberapa fasal di dalam Perlembagaan Rakyat, yang dirumuskan oleh gabungan All-Malaya Council for Joint Action-Pusat Tenaga Ra’ayat (AMCJA-Putera) pada 1947.
Kemudiannya melalui People’s Action Party (PAP) pada 1963, melalui naratif alternatif “Malaysian Malaysia”. Bunyinya menarik – kita semua rakyat Malaysia, sekaligus kita bekerja bersama untuk membangunkan sebuah negara yang harmoni.
Namun subteks naratif oleh PAP juga termasuklah bahawa – kita semua imigran, termasuklah orang Melayu, kerana majoritinya datang dari Jawa, Sumatera, Sulawesi dan malah ada yang lebih jauh lagi (India dan Timur Tengah). Oleh itu, warga Malaysia sepatutnya samarata dalam segenap hal – bahasa Mandarin dan Tamil juga sepatutnya menjadi bahasa rasmi, sebaris dengan bahasa Melayu, dan setiap agama juga perlu diangkat sama. Perlu ada pembahagian kuasa antara negara dan agama, dan polisi afirmatif perlu diganti dengan sistem berasaskan meritokrasi supaya negara membangun pesat dan efisien.
Naratif PAP, yang berlainan sama sekali dengan naratif Melayu Nusantara, tidak boleh diterima pemimpin Melayu pada tahun 1963-1965 dan Singapura kemudiannya diminta untuk meninggalkan persekutuan (mungkin itulah yang dimahukan oleh Lee Kuan Yew juga!)
Namun, naratif PAP diteruskan dan dihidupkan dalam kalangan komuniti bukan Melayu oleh DAP semenjak dari itu. Ianya masih perkara yang paling dibenci oleh nasionalis Melayu hari ini, termasuklah ramai yang mempunyai pandangan progresif.
Ada apa dengan Muhyiddin?
Pada mulanya, sukar untuk saya menerangkan tindakan Muhyidin Yassin untuk membawa Bersatu keluar dari PH lewat Februari 2020 lalu. Di sini, seorang ahli politik yang dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri oleh Najib Razak lima tahun yang lalu (tepatnya pada 28 Julai 2015), juga seorang yang berkempen cukup kuat untuk menjatuhkan Umno dan Najib.
Namun begitu, pada Februari 2020, beliau bersedia untuk memberikan semula kuasa kepada gabungan yang didominaso oleh kleptokrat Umno. Pengkritiknya mengatakan bahawa ianya semua kerana nafsu untuk berkuasa – terdapat kuasa yang berpusat di pejabat Perdana Menteri, dan keberahian untuk berada di tampuk kekuasaan sukar untuk dibendung apatah lagi bila tampuk itu semakin dekat.
Namun ada beberapa faktor yang lain juga. Masih ingat jawapan Muhyiddin 10 tahun lalu sewaktu dicabar Lim Kit Siang untuk mengatakan bahawa dirinya warga Malaysia – dengan kata lain, untuk memberi pendiriannya tentang identiti yang mencorakkannya.
Muhyiddin memberitahu pada wartawan: “Saya seorang Melayu namun ingin saya katakan menjadi Melayu tidaklah bermaksud kamu bukan seorang warga Malaysia”.
Pertelingkahan Muhyiddin dengan Umno sejak 2015 adalah berkenaan tahap rasuah oleh pemimpin Umno. Pertelingkahannya tidak berkaitan sama sekali dengan tidak bersetujunya beliau dengan naratif Melayu Nusantara.
Apakah Muhyiddin dan pemimpin Melayu lain di dalam PH semakin tidak selesa dengan ekspresi naratif Malaysian Malaysia di dalam PH?
Ramai pendukung PH tidak menyedari akan hal ini, namun pemerintahan PH membatalkan elaun bulanan RM300 kepada 70,000 nelayan tradisi pada Jun 2018. Skim subsidi harga getah juga dihentikan sewaktu harga getah sekerap jatuh kepada RM2.20 per kg pada Jun ke Disember 2018. Skim ini memberikan tunai langsung ke dalam akaun 180,000 pengusaha getah kecil dengan keluasan tanah di bawah lima ekar jika harga getah sekerap jatuh bawah RM2.20.
Alasan yang diberikan kepada pemberhentian kedua-dua program ini adalah kerana kerajaan tidak mempunyai cukup wang. Namun, pada waktu yang sama, kerajaan juga menyelesaikan cukai GST serta bayaran balik cukai pendapatan melibatkan hampir RM37bn dengan menguruskan pembayaran dividen khas RM30bn daripada Petronas.
Benar ianya sesuatu yang bagus untuk membayar semula, namun bagaimana pula dengan menghentikan program melibatkan 20% Melayu terbawah dihentikan? Apakah ianya sesuatu yang bijak? Apakah PH percaya bahawa penjawat awam tidak menyedari pemberhentian bantuan kepada kelompok Melayu yang ini?
Kemudiannya, ada video seorang pemimpin DAP (dirakam pada 2018) yang mengatakan bagaimana Rajendra Chola I dari Tamil Nadu yang membina kota di Kedah lebih kurang 1,000 tahun lalu. Ianya sebuah fakta, namun ianya dipetik bagi mendukung naratif Malaysian Malaysia di mana kita semuanya pendatang kecuali Orang Asli.
Ada juga ura-ura untuk menghentikan skim pencen kepada penjawat awam yang baru.
Bantuan tunai kepada individu bujang melibatkan 40% isi rumah terendah juga dicantas di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dinamakan semula menjadi Bantuan Sara Hidup.
Mantan PM yang lepas juga mengatakan Melayu itu malas. Senarai kenyataan dan keputusan yang buruk berterusan.
Semua peristiwa dan polisi ini mengakibatkan suasana tidak selesa dalam kalangan cendekiawan Melayu, termasuklah mereka yang mendukung PH awalnya. Dukungan Melayu pada PH adalah di sekitar 25% ketika pilihan raya umum 2018. Ianya jatuh sekitar 17% menuju ke akhir tahun 2019.
Dakyah PH adalah orang Melayu biasa terpengaruh dengan propaganda Pas-Umno. Namun ianya analisis separuh masak.
Bagaimana pula PH dengan salah langkahnya yang menyediakan ‘peluru hidup’ pada pasukan propaganda Umno?
Begitu juga dengan kegagalan PH untuk melihat bagaimana naratif Malaysian Malaysia yang sukar dipertahankan akibat berkonflik dengan naratif Melayu Nusantara? Ramai (dan masih lagi) di antara mereka di dalam PH yang buta akan realiti dua naratif yang berbeza ini berkaitan dengan ciri sebuah negara Malaysia.
Apakah Anwar dapat melakukan yang lebih baik? Pada saya, ya.
Semenjak pemecatannya pada 1998, Anwar mengelak dari menggunakan unsur perkauman untuk menyerang Umno bagi menyatakan bagaimana mereka tidak melakukan secukupnya untuk membela orang Melayu.
Sebaliknya, Anwar fokus kepada urus tadbir yang baik, menghentikan rasuah dilakukan elit Barisan Nasional, supaya kerajaan dapat membantu warga miskin yang memerlukan.
Beliau juga mengulang keperluan untuk memperluaskan dasar afirmatif termasuklah bagi bukan Melayu yang miskin serta dikaitkan dengan prinsip Islam yang mengangkat keadilan dan kesetaraan. Beliau juga berhasrat untuk menghentikan penjarahan kekayaan negara yang dilakukan oleh elit Umno.
Orang bukan Melayu suka dengan pendekatannya yang inklusif. Golongan pekerja Melayu juga memberikan respon saat mereka sendiri bergelut dengan pendapatan rendah serta kos sara hidup yang tinggi, di mana mereka sendiri dapat lihat elit Umno hidup bermewah-mewahan.
Pendekatan oleh Anwar ini dapat memperbetulkan kesilapan Dasar Ekonomi Baru – mengenepikan warga miskin bukan Melayu serta penyalahgunaan subsidi oleh elit Umno – tanpa mencabar naratif Melayu Nusantara
Ianya sesuatu yang lebih mapan secara politikal kerana ianya tidak mengenepikan majoriti Melayu. Barangkali ianya dapat menggerakkan negara ke arah yang lebih baik.
Sesalnya, boleh jadi peluang itu sudah berkubur. Bukan saja dukungan Melayu jatuh secara mendadak, dukungan bukan Melayu juga jatuh. Ramai dalam kalangan pendukung PH yang meletakkan jangkaan berdasarkan naratif Malaysian Malaysia sukar untuk memahami apa yang dijanjikan oleh DAP itu sukar untuk dilaksanakan cepat.
Jangkaan mereka itu tinggi melangit akibat daripoliticking DAP sejak 50 tahun yang lepas. Selagi DAP menjadi pembangkang, mereka akan membuat tuntutan yang tidak realistik berdasarkan naratif PAP itu. Namun sewaktu menjadi kerajaan, realitinya ada naratif yang berlawanan serta perlu dipandu yang kemudiannya memberikan kesan kepada keputusan mereka. Pendukung mereka melihat ianya sebagai acuh tidak acuh dan menjadi marah.
Selamat tinggal Reformasi?
Pendulum berayun jauh dari PH. Besar kemungkinan, PH akan hilang hampir satu pertiga kerusi yang dimilikinya jika pilihanraya diadakan bila-bila masa dalam tahun ini.
Namun bagi kita yang mendukung ideal Reformasi perlu jelas akan arus sosial serta ekonomi yang mengakibatkan migrasi urban, jurang kelas di dalam masyarakat Melayu yang menjadikan mereka terpisah kepada tenaga kerja yang menerima gaji kecil, serta segelintir elit yang sangat kaya serta mempunyai jaringan politik.
Arus ini berterusan, dan jika elit Perikatan Nasional tidak menguruskan kemiskinan bandar yang semakin membesar serta rasuah dan bermewah-mewahan Melayu kelas atas ini, golongan inilah yang akan membentuk asas kepada Reformas II.
Diharapkan, untuk kali yang kedua ini, pemimpin gerakan Reformasi lebih tajam politiknya. Mereka harus menyedari ketegangan hasil dari naratif yang berbeza berkaitan dengan ciri negara Malaysia dan bagaimana kemudian untuk menguruskannya (barangkali dengan mengambil pendekatan Anwar dan meninggalkan naratif PAP).
Para pemimpin Reformasi II juga harus mengambil masa bagi membentuk pandangan mereka berkenaan isu kedaulatan makanan (food security), buruh migran, perubahan iklim, pendanaan politik, perjanjian perdagangan antarabangsa, pengurusan sisia serta banyak lagi isu penting dihadapi oleh negara. Mereka boleh melakukannya melalui kelompok perbincangan rentas kaum bagi mencapai konsensus nasional di dalam pelbagai isu.
Pada 2018, para ‘reformis’ tidak bersedia untuk mengambil-alih negara. Setiap menteri ditinggalkan terkapai-kapai untuk menambah-baik tanpa mempunyai ruang berdebat serta merangka pelan yang padu bagi negara.
Kita perlu melakukan yang lebih baik kali ini! Dan peluang ini boleh jadi datang lebih cepat dari apa yang kita bayangkan. Kita perlu bersedia.