BUKAN SAJA ANWAR, UMNO JUGA TIADA MASALAH SOKONG USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MUHYIDDIN



Berikutan Tun Mahathir Mohamad sudah memutuskan tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, persoalan terbaru kini ialah apa jadi dengan usul undi tidak percaya di Parlimen 13 Julai depan?

Dengan kedudukan calon Perdana Menteri PH Plus masih tidak menentu manakala Tun Mahathir mengesahkan akan tetap membawa usul tersebut, bolehkah usul itu menempa kejayaan jika tanpa sokongan 38 Ahli Parlimen PKR?

Apakah Anwar dan PKR sedia menyokong serta mengundi usul tersebut kiranya penentuan calon Perdana Menteri masih tidak dapat diputuskan?

Dalam hal ini, harus disedari bahawa usul undi tidak percaya itu hanya bertujuan untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, tetapi tidak bererti jika setelah Muhyiddin dijatuhkan, Tun Mahathir yang membawa usul tersebut akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Setelah Muhyiddin kehilangan sokongan dan dijatuhkan, melantik Perdana Menteri perlu melalui satu proses yang lain iaitu persetujuan di kalangan pihak pembangkang yang akan mempersembahkan nama seorang Ahli Parlimen kepada Yang Dipertuan Agong.

Ringkasnya, Parlmen hanya boleh menjatuhkan Perdana Menteri melalui undi, namun tidak berhak melantik seorang Perdana Menteri baru melalui undian.

Perlantikan Perdana Menteri baru mesti diadakan di Istana Negara, bukan di Parlimen.

Maknanya, walaupun jika calon Perdana Menteri PH Plus masih gagal dimuktamadkan, tidak menjadi masalah untuk usul undi tidak percaya dibawa dan dibentangkan terhadap Muhyiddin.

Ia tidak menjejaskan apa-apa dan tidak menimbulkan sebarang kesalahan kerana usul undi tidak percaya hanyalah untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang diragui sokongan majoriti dimilikinya.

Namun demikian, demi memastikan kelancaran dan cantiknya permuafakatan di kalangan pembangkang, adalah lebih baik jika calon Perdana Menteri PH Plus dapat diputuskan sebelum usul undi tidak percaya dibawa ke Parlimen.

Jika calon Perdana Menteri sudah ada, nama itu hanya perlu dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong sebaik saja Muhyiddin dijatuhkan.

Ini bermakna, bagi Anwar dan 38 Ahli Parlimen PKR, tidak ada masalah bagi mereka untuk menyokong usul undi tidak percaya yang akan dibawa oleh Tun Mahathir nanti.

Usul tersebut semata-mata untuk menjatuhkan Muhyiddin dan bukan untuk melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang baru.

Demi menunjukkan PKR berada di pihak pembangkang dan tidak menyokong Muhyiddin yang menubuhkan sebuah kerajaan tanpa mandat pilihanraya, sudah tentu pilihan yang terbaik bagi beliau ialah menyokong usul tersebut.

Selepas itu, perundingan atau mencari kata sepakat boleh diteruskan bagi menentu dan memilih siapa yang lebih sesuai untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Dalam hal ini, mereka yang berada di pihak kerajaan, UMNO misalnya, jika mereka pun banyak tidak setuju dengan Muhyiddin atau dengan tujuan mahukan pilihanraya semula diadakan dengan segera, mereka juga boleh menyokong dan mengundi usul undi tidak percaya itu.

Pokoknya, siapa pun boleh menyokong usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin nanti.

Dengan tambahan sokongan yang lebih besar daripada kelompok UMNO dalam menolak beliau misalnya, Muhyiddin pasti saja akan membubarkan Parlimen sebagai pilihan terakhirnya sebelum bersara.

Terutama bagi Najib, dengan adanya pilihanraya awal inilah pilihan terbaik yang sedang terbentang jika beliau benar-benar ingin kembali semula sebagai Perdana Menteri. (Shahbudindotcom 25/06/2020)

GALAH TAK CUKUP PANJANG, SAMBUNG YANG ELOK..JANGAN CARI YANG REPUT.PATAH TIMPA KEPALA.


W.FAUDZIN
Galah tak panjang dikaitkan juga
Air kelapa penghilang dahaga
Ditinggal kawan ku gagahi jua
Menyahut seruan rakyat merata.
Lawan tetap lawan
Lawan sampai menang.
Photo: Anwar sessi panaskan badan.



JELAS DAN MUDAH UNTUK DIFIKIRKAN


ABDULLAH HUKUM

Perbezaan paling mudah dan jelas.
Orang Melayu-Islam fikirlah. Di mana kita letak agama kita apabila penjenayah dan penyeleweng duit negara diselamatkan?
Benarkah Melayu-Islam itu hanya pada nama dan kulit? Maksudnya, asal bangsanya Melayu, IC-nya Islam, dia jahat pun tak apalah? Dia bantai duit kita berbilion pun tak apalah?
Apa-apapun, aku salut anak Mat Sabu dan Mat Sabu sendiri. Tak terhegeh-hegeh nak minta mahkamah gugurkan pertuduhan, dan tak terhegeh-hegeh nak defend anak sendiri (juga anak tiri sendiri) sedangkan satu dunia dah tahu jenayah yang dilakukan.




Imej mungkin mengandungi: 2 orang

PH KETINGGALAN ?



MOHD SHAH RIM


Kerana di Twitter, golongan anti perkauman dan anti extermis menolak politik sempit UMNO/PAS.., pasal tu PH mendapat sokongan kuat di Twitter..



A.KADIR JASIN ULAS VELLFIRE

THE WOLF OF WALL STREET


LIYANA MARZUKI

1. Inilah nama filem kebanggaan Najib Razak yang jadi masyhur di Hollywood. Anak Najib, Riza Aziz yang terbitkan bersama rakan karibnya, Jho Low. Katanya walaupun anak dia dapat wang hasil rompakan dari 1MDB, tidak mengapa kerana Riza pulang balik duit hasil keuntungan filem tu. Jadinya Malaysia patut berbangga. Pelaburan pulang modal katanya, malah untung berlipat kali ganda. Pening betul NR ni. Itu pada saya, dah level spin yahudi.

2. Spin NR lagi, filem ni sikit je lucahnya. Bukan nya rated teruk sgt. Tapi ni rate Amerika tuan puan. Dia nak pakai standard liberal Amerika tentang filem seks/ lucah untuk orang Malaysia. Apa punya akai? 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️

3. Tuan Puan kalau rajin tengok lah filem kebanggaan NR ni. Saya mengaku saya dah tengok seround. Yang saya nampak, di dalamnya ada adegan seks beramai2, adegan seks di tempat terbuka, orang mabuk dadah dan arak, parti seks liar, bahasa kesat dan seksual, perempuan 3/4 bogel. Adegan seks pun nampak secara visual. Walaupun tak sampai level pornografi. Jenuh kena fast forward. Jadi nasihat saya, jangan la tonton sambil makan popcorn bersama anak-anak. Jenuh nak menjawab.

4. Najib kata filem ni takde hal. Lucah sikit je. Boleh la dia sarankan TV1 tayangkan seluruh negara. Tengok macam mana reaksi rakyat pula. Boleh lah juga canangkan filem Hollywood Malaysia yang terkenal seantero dunia kerana 1MBD. 1MDB ni pun cerita rekaan dan fitnah dulu katanya 😅 Sekarang dah terbukti ada.

5. Mungkin inilah mesej Kerajaan Melayu Islam yang nak dibawa oleh Najib. Filem sikit lucah pun takpe. Janji Najib Razak dapat balik kuasa.
Nauzubillah.


HEBAT MOKHTAR SENIK....


HAMSINA HAMZAH


Billionaire di Malaysia Ni Tak Ada pun orang nak hacked fone dan curi number plate kereta, kiranya Mokhtar Senik ni lagi hebat dari jutawan-jutawan terkenal di negara ini yer? Siapakah Mokhtar Senik sebenarnya adakah dia seorang tokey besar export import minyak dhab terkaya sehingga rivalnya cuba nak jatuhkan dia😅😅😅

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'Mokhtar Dup min Assalamualaikum...sahabat Memandangkan lama saya telah diguna pihak lain tanpa sedar. Maka saya berpindah ke nombor lain. Boleh jadi ada sahabat2 yg call atau msg atau whatsapp ke no lama pasti tidak ada yg menjawab. Kerana no itu telah saya blok sepenuhnya. No baru saya insyallah akan saya maklumkan nanti. Sebelum ini sya banyak guna wifi sahaja untuk whatsapp. Insyallah kita ketemu nanti. Dibawah saya tunjukkan video mudah untuk kita berhati2.Bukan sahaja scammer tapi ramai lagi diluar sana. UMS Kuantan Pahang. 24. June.2020'

GAMBAR TULAR SEHARI DUA INI


WEBMASTER UMNO REFORM BUAT APA DENGAN DAIM...RANCANG LAGI GAMAKNYA.

HANYA LEBAI YANG LEGA HATI GAMAKNYA


Hamdan Taha

Kenyataan ini tak tepat tentang Adip....kerajaan PH pun buat kenyataan yang sama masa itu....iaitu PDRM sedang memburu dan mencari pembunuh Adip....tapi apa kata kita masa itu...kita tak pernah puas hati dengan jawapan itu...macam mana pula sekarang puas hati...pelik

MARI BELAJAR MENGIRA ( PPBM vs PKR )



via wassap.


Kerana video hitam putih ini kita wajib tolak Mahathir
BIAR PH LWN BN, TUN KITA BUANG TEPI

Pengikut Bersatu telah membuat pengiraan kenapa pertaruhan mereka kpd seorang insan yg bergelar Moyang utk dijadikan PM buat kali 3 atau dlm bola sepak hatrick. Angkanya seperti di bawah.

Anwar = 95
Mahathir = 116

Persoalannya mana dtg 116. 116 itu mestilah ditolak 35 bermakna Tun= 81. Angka tersebut sengaja dimanipulasikan agar dilihat kalau pilih Tun angka cukup. Atau jika Amanah dan DAP mengenangkan semangat setiakawan Tun hanya ada 5 atau 16 bersama Warisan.

Jadi jelaskan kenapa angka tersebut dibuat tak lain hanya utk memperlihatkan tubuh Tun lebih penting dari Anwar. Dkt sejam saya berhujah dgn rakan FB dari Amanah tetapi pengakhiran kami menghormati hak masing2 memberi pandangan apatah lagi beliau tahu saya tidak berparti. Di bawah adalah antara hujah saya kpd beliau.

Utk menguatkan hujah saya kpdnya... ahli DAP khasnya sila dgr apa yg Tun katakan di dlm klip video di bawah. Tun tak suka DAP dan dia tak suka Anwar. Kenapa dia tak suka Anwar sila lihat video kedua.

Wahai rakan2 dari Amanah dan DAP fahamilah betul2 Tun menyertai PH hanya kerana dia marahkan Najib tidak mengikut telunjuknya sepertimana berlaku kpd Pak Lah. Ia sebenarnya lebih bersifat peribadi dan kita hanya dipergunakan.

Tun mahu semua org ikut apa kemahuannya. Baginya negara ini mcm dia punya. Tun dlm klip video itu dia mahu meninggalkan PKR, DAP dan Amanah. Lalu bagaimana kalian boleh mengangkat dia kembali???

Dia jatuhkan Kuli... guna Anwar. Dia jatuhkan Pak Lah, dia gunakan Najib. Dia jatuhkan Najib dia gunakan Anwar sekali lagi. Bila dia berjaya jatuhkan Najib....adakah rakan2 dari Amanah dan DAP melihat Tun lakukan apa yg dimuatkan dlm manifesto atau ideolagi Pakatan Harapan???

Semua dia langgar. Lihat video 2...rupa2nya Tun dilantik menjadi PM hanya utk 6 bulan. Kemudian dia minta setahun. Selepas itu dlm meeting dia minta dua tahun dan bila menjdi PM dia mahu 3 tahun. Lebih parah bila hampir 2 tahun dia kata dia akan letak jawatan bila ekonomi pulih...😂😂😂

Bagaimana sampai ke tahap itu Amanah dan DAP boleh percayakan Tun. Saya beri contoh yg mudah kpd penyokong Amanah khasnya. Amanah ini skg dikatakan terpecah 3.... PANDap, PANTun dan PANWar.

Saya beri contoh yg mudah... Seorang isteri mendengar rakaman audio suaminya. Dlm rakaman itu suaminya sebenar tidak sukakan dia dan keluarganya ( ibu bapa isterinya ). Suaminya kata dia akn menceraikan isterinya apabila keluarga isteri muda mula menyukainya.

Tiba2 suaminya ingin kembali bersamanya. Sebab isteri muda telah menipunya. Lalu bekas isteri ini tadi menerima kembali suaminya. Sanggup isteri ini meninggalkan ibu bapanya yg menolak bekas suaminya yg curang dan kejam itu. Wajar atau tidak?

Kenangkan kembali....Sejak Tun bersara dlm politik bermulalah pertarungan sengit antara PR/PH berlawan BN.  Dlm sedap bertarung Tun yg bukan ahli Parlimen, Menteri apatah PM telah mengarahkan Pak Lah berundur.

Campurtangan Tun telah membuat pihak Istana campurtangan meminta beliau jgn masuk campur hal negara lagi. Tun ego dan menggunakan org dlm UMNO utk menjatuhkan Pak Lah.  Sebab itulah hubungan Pak Lah dan Tun sehingga kini tidak mesra. Samalah antara Tun dan KuLi.

Akhir Najib naik mengikut kehendak Tun. Selepas itu apabila Najib tidak mahu mendengar kata2nya dia serang Najib. Tun sanggup lakukan apa saja dgn mengadap Anwar Ibrahim.

Pelbagai janji ( konsensus ) dibuat... tidak dipedulikan Tun. Hinggakan ada pemimpin DAP sendiri melahirkan rasa tidak puashati dgn tindakan Tun. Lebih membuat kita merasa marah segala tidak tanduk Azmin Ali langsung tidak dipedulikan malah direstui.Ada sampai skg Tun memarahi Azmin Ali? Fikir2 kan lah.

Tun bagi saya hanya menggunakan PH utk karier politiknya utk menjaga kroni seperti di dlm video 2. Tun tahu Anwar pemimpin yg bersih. Bahaya utk kroni2 beliau.

Jika Tun benar2 ingin menjaga bangsa Melayu dan rakyat Malaysia dia akn arahkan GPS dan Warisan menyokong Anwar. Tapi dlm usia 95 tahun dia masih lagi mahu menjadi PM.

Persoalan mengapa Mat Sabu atau LGE tidak mahu bertanya kpd Tun utk apa? Ekonomi negara Amerika sekalipun ada masalah. Apa yg Tun inginkan utk kebaikkan negara boleh disampaikan kpd Anwar Ibrahim.

Jadi di situlah yg saya menolak mereka yg menerima Tun kembali. Tun bukan mahu pulihkan negara atau hapuskan kleptopkrasi. Itu hanya kata2 politik utk menipu pemimpin2 PH. Bagi beliau Anwar tidak boleh dijadikan PM.

Pelbagai cara... dulu soal moral, kemudian Anwar org tak suka, tak dpt sokongan, Parti pelbagai kaum, minta perintah 2 tahun, 3 tahun dan sehingga ekonomi pulih.... bagaimana alasan sebegitu bodoh kita boleh menerimanya.

Tun kini dimusuhi oleh bekas partinya sendiri. Samada UMNO dan Bersatu. Sebab kedua parti ini melihat Tun lebih byk menganggu urusan politik kini dgn hanya semua pihak mengikuti telunjuknya. Tun telah membuatkan UMNO dan Bersatu berpecah. Skg kita pula nak simpan Tun... lihat PH diambang perpecahan.

Amanah dan DAP kembalilah ke landasan yg asal ...Kita rapatkan saf. Kita berbicara dgn rakyat kembali. Berusaha keras, tegas dan menyerah kpd Allah... Insyallah. Jika kalah... kita kalah dlm menang. Ramai pejuang agama dan bangsa dulu kalah. Hamka 'kalah' tapi sebenarnya dia menang.

Jujur saya sendiri bila melihat PH tanpa Tun rasa lega, seperti satu kemenangan dan freedom . Apatah lagi pengkhianat dlm PKR sudah dibasmikan. Kita boleh bekerja dlm satu kumpulan dgn satu ideologi kembali iaitu memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Guru kecewa kerajaan kurangkan cuti sekolah


Guru kecewa kerajaan kurangkan cuti sekolah


Bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik mempersoalkan Kementerian Pendidikan kenapa tidak berbincang dengan guru sebelum meminda kalendar akademik 2020 dengan memendekkan cuti akhir tahun berbaki 2 minggu.
Katanya, beliau dihujani luahan guru melalui mesej peribadi dan media sosial yang tidak berpuas hati dengan keputusan Putrajaya memendekkan cuti sekolah.
“Saya secara peribadi berasa sedih dan juga kecewa ketika pendapat guru tidak diambil kira dalam keputusan penting seperti yang dilaksanakan oleh menteri pendidikan semalam.
“Guru-guru yang mengajar dari rumah ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), melaksanakan kelas dalam talian setiap hari, bersungguh-sungguh menghantar kerja rumah melalui WhatsApp, gigih merakam video untuk tontonan anak murid, mereka semua adalah ‘frontliner’ penting di bahagian pendidikan ketika seluruh dunia diserang virus koronavirus.




Pas kata RUU355 akan jadi agenda apabila sampai masa.Masa mana pulak tak tau la.


Pas kata RUU355 akan jadi agenda apabila sampai masa
Pas yakin Rang Undang-undang 355 (RUU 355) akan menjadi agenda dalam sidang parlimen apabila sampai masanya.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad, agenda memartabatkan undang-undang Islam melibatkan hudud, qisas dan takzir memerlukan platform benar-benar stabil, yang turut melibatkan kefahaman baik rakyat.

“Maka bil persendirian telah dibawa, telah dibentangkan, cuma belum dibahaskan. Jadi insya-Allah, saya yakin RUU355 ini akan menjadi satu agenda di dalam Sidang Parlimen apabila sampai masanya.


“Dan insya-Allah sebenarnya RUU355 inilah yang akan menjadi asas kepada pelaksanaan Undang-undang Syariah. Jadi, kita nantikan, dan akan ada berita baik kepada umat Islam yang saya yakin mereka sangat menantikan.
“(Umat Islam mahu) supaya undang-undang Syariah ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin di bumi Malaysia ini,” katanya, lapor Malaysiakini.

Mengulas kekangan yang dimaksudkan, Kamaruzaman memberikan contoh bagaimana hukuman 100 sebatan dan memotong tangan tidak diberikan ruang oleh perlembagaan untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun, ulasnya lagi, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu telah digubal yang melibatkan pelaksanaan, percubaan untuk melaksanakan RUU Berkenaan di dua negeri berkenaan.

Presiden Pas Abdul Hadi Awang membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat buat pertama kali pada 26 Mei 2016, tetapi menangguhkan perbahasan dan membentangkan versi yang disemak semula pada November 2016.

Ia dibentangkan buat kali ketiga pada April 2017 .



INILAH ALASAN MB PERAK....

MB Perak tukar kereta rasmi lagi, kali ini Lexus ES

MB Perak tukar kereta rasmi lagi, kali ini Lexus ES

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat menggunakan kenderaan rasmi baru iaitu kereta jenis sedan Lexus ES.

Beliau berkata kerajaan negeri memberi kenderaan baru kerana salah satu daripada 16 Toyota Camry milik kerajaan negeri telah dijual kepada bekas penasihat undang-undang negeri Rohana Abd Malek, yang bersara pada bulan Disember lalu.
“Dia meminta untuk membelinya. Dia adalah penasihat undang-undang kami yang paling lama berkhidmat, jadi kami bersetuju (menjualnya).

“Dia masih perlu membelinya dengan harga lebih dari RM100,000, yang lebih murah daripada membelinya di luar,” katanya.

16 Toyota Camry diperoleh tahun lalu.

Faizal, yang ketika itu menjadi ketua kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak, telah mengundang bidasan kerana mencadangkan supaya kereta Proton Perdana yang digunakan sebagai kenderaan rasmi digantikan dengan Toyota Camry.



Menurut Faizal, sedan Lexus ES, dibeli kerajaan negeri Perak pada harga sekitar RM200,000.

Cari semula semangat 5 September 2016


Oleh B. Suffian
Tarikh 5 September 2016, berlaku satu peristiwa bersejarah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada tarikh itu, dua sosok yang sebelum ini berseteru selama lebih 18 tahun akhirnya bertemu.
Mereka bersalaman, mesra dan saling berbual.
Dua sosok itu tidak lain tidak bukan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kehadiran Dr Mahathir itu adalah bagi menyatakan sokongannya terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Bagi banyak pihak, ia dilihat sebagai satu fasa baharu dalam kerjasama dan pensejajaran politik untuk menewaskan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
Pertemuan itu berlaku setelah Dr Mahathir sepentas dengan pimpinan parti pembangkang melalui kempen Deklarasi Rakyat.
Apa yang pasti, pertemuan bersejarah itu merupakan contoh ikutan rakyat Malaysia untuk mengetepikan perbalahan demi menyelamatkan Malaysia.
Selepas peristiwa itu, bak kata pepatah Inggeris, ‘the rest is history’. 
Pakatan Harapan (PH) yang diasaskan secara bersama kedua-dua tokoh ini telah berjaya memenangi pilihan raya umum dan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dengan mandat yang diterima, kerajaan baharu Pakatan Harapan telah menggerakkan langkah-langkah untuk memulih semula negara tercinta ini.
Selama 22 bulan pentadbirannya, pelbagai pencapaian membanggakan telah diraih oleh negara. 
Namun begitu, pada Februari lalu, telah berlaku apa yang sebut-sebut sebagai Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan Kerajaan PH.
BN yang kalah pada pilihan raya umum lalu kini menjadi antara parti yang membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.
Di sebelah PH yang kini disebut PH Plus, masih ada Dr Mahathir, masih ada Anwar.
Tetapi kelihatan wujud perselisihan antara kedua-dua tokoh itu berhubung calon Perdana Menteri bagi PH selepas memegang tampuk pemerintahan.
Ia membawa kegusaran kepada para penyokong PH Plus yang pastinya mahu gabungan itu kembali ke Putrajaya.
Oleh itu, sepertimana diperkatakan veteran DAP, Lim Kit Siang, kita tidak boleh terus dibelenggu dengan sejarah silam.
Jika tidak, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, keputusan bersejarah 9 Mei 2018 untuk membawa pertukaran kerajaan secara aman dan demokratik mungkin tidak akan berlaku.
Sehubungan itu, kedua-dua Dr Mahathir dan Anwar perlu mengambil semula semangat 5 September 2016 untuk memastikan PH Plus dapat bergerak ke depan.
Jika kedua-dua tokoh itu dapat menanam semua perseteruan sepertimana yang berlaku pada pertemuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur empat tahun lalu, kenapa tidak kini?
Kerjasama Dr Mahathir-Anwar adalah penting dalam berhadapan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Najib.
Perlu diingatkan, Dr Mahathir hanya akan menjadi Perdana Menteri dalam masa enam bulan agar beliau dapat memenuhi peralihan kuasa kelak.
Ia adalah cara paling pasti untuk membawa Anwar menjadi perdana menteri. 

Lantik syarikat konsesi tanpa tender terbuka: PH Perak tuntut penjelasan Peja


Ketua Pembangkang DUN Perak, Prof Dr Abdul Aziz Bari menuntut penjelasan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung pemberian konsesi penswastaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal kepada syarikat bermasalah tanpa melalui proses tender terbuka.
Beliau yang mewakili Pakatan Harapan (PH) Perak mendakwa kerajaan negeri memberikan konsesi tersebut kepada Syarikat Maju Perak Bhd yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat bermasalah. 
“Adakah ini merupakan taktik kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menyelamatkan atau ‘bail out’ Syarikat Maju Perak Bhd?” soalnya yang juga Adun Tebing Tinggi dalam kenyataan, hari ini. 
“PH Perak juga menuntut penjelasan terbuka dari Menteri Besar mengapa kerajaan negeri memberikan konsesi penswastaan ini kepada Syarikat Mainiza Teknitek Recowaste Sdn Bhd dari Selangor yang hanya ditubuhkan pada tahun 2017 dan sedang mengalami kerugian sebanyak RM5,737 dengan jumlah aset saham syarikat hanya bernilai RM500 ribu sahaja.”
Jelas Aziz Bari keputusan penswastaan yang didakwa dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 3 Jun lalu itu dibimbangi akan menyebabkan kenaikan caj perkhidmatan dan meminggirkan peranan 15 kerajaan tempatan di negeri itu.
“Oleh kerana konsesi penswastaan ini tidak telus, sekiranya mutu khidmat yang ditawarkan oleh syarikat swasta tidak memuaskan hati, adalah sukar untuk rakyat membuat aduan kepada kerajaan tempatan dan syarikat swasta yang berstatus monopoli tidak diwajib memainkan peranan khidmat sosial kepada masyarakat,” katanya.
Dalam pada itu, Aziz Bari turut menuntut penjelasan Ahmad Faizal mengapa keputusan pemberian konsesi tersebut dibuat tanpa sebarang pembentangan pada sidang DUN. 
“PH Perak menuntut penjelasan Menteri Besar setelah kerajaan negeri PN menswastakan khidmat pemotongan rumput, pembersihan longkang dan kini pula pembuangan sampah tanpa tender. 
“Rakyat kini berasa peranan 15 kerajaan tempatan untuk memberi khidmat kepada rakyat telah terpinggir dan PBT telah dijadikan ‘unit pungutan cukai’ tanpa tawaran khidmat asas hakiki. 
“Apa akan berlaku kepada nasib kakitangan kerajaan tempatan khususnya pekerja bawahan yang dulu terlibat dengan khidmat asas seperti tersebut di atas? 
Sehubung itu, katanya, PH Perak memberikan masa 24 jam untuk kerajaan negeri memberi penjelasan terbuka sebelum mengambil tindakan wajar untuk membela kepentingan awam.

PN KATA EKONOMI BAIK, KENAPA HAD BERHUTANG MAHU DITINGKATKAN?

VIDEO : POLIGAMI BUKAN PENGANGKAT STATUS KUAT AGAMA, KATA ZOLKHARNAIN



SECARA TERSIRAT BELIAU SEOLAH-OLAH MENYINDIR GOLONGAN AGAMAWAN YANG TIDAK MAMPU MEMBERI NAFKAH BATIN KEPADA ISTERI, TETAPI MASIH BERPOLIGAMI KERANA INGIN MENAMPILKAN KONON DIRINYA KUAT AGAMA.
"ISTERI YANG SEDIA ADA PUN SERING KEHAUSAN DI MUSIM HUJAN," KATANYA. MENURUT ZOLKHARNAIN, MEREKA MENGGUNAKAN ALASAN AGAMA UNTUK MENCANDU ORANG SUPAYA MENYOKONG AGAMAWAN BERPOLIGAMI. "JIKA ANAK DARA TAK DISERAH KEPADA AGAMAWAN, ROSAKLAH KEHIDUPAN AGAMA WANITA ITU," SINDIRNYA.


RENTASAN 700 | PANAS!!! TUN MAHATHIR AKUI TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN KEADILAN?



MENARIK DALAM RENTASAN 700
1. MASIHKAH ADA JALAN MENANG-MENANG? 2. AMANAH KOMITED KUKUHKAN GABUNGAN PAKATAN HARAPAN 3. BERAPA BILANGAN PEKERJA ASING YANG SEBENARNYA? 4. KERAJAAN PERLU TEGAS BANTERAS WARGA ASING BERNIAGA





"PH DAN PH PLUS : MENARIK RAMBUT DALAM TEPUNG?"NAK LAWAN KA NAK KAWAN DENGAN MAHATHIR?






Nak lawan ke nak kawan dengan Tun M, tanya Khalid kepada penyokong PH


Para pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) diminta membuat keputusan segera untuk menukar kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau terus kekal sebagai pembangkang.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad berkata, keputusan ini perlu dibuat kerana semakin lama mereka berbalah antara satu sama lain untuk menentukan siapa bakal perdana menteri, semakin selesa kedudukan kerajaan yang mereka dakwa dibentuk dari pintu belakang ini.
“Kena buat keputusan segera, nak berkawan (dengan Tun Dr Mahathir) atau nak lawan. Kita kena buat keputusan segera,” kata Khalid dalam temuramah secara langsung dengan tv internet Jom Channel malam tadi.
Ini berikutan kecenderungan dari penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang yang menyerang Dr Mahathir dan bertegas mahukan Anwar sebagai calon PM.
Khalid menegasnya, semua parti dalam PH sepakat bahawa Anwar adalah calon Perdana Menteri mereka, namun jika tidak boleh buat masa sekarang, pilihan kedua adalah Tun Dr Mahathir dengan Anwar sebagai timbalan.
Khalid berkata, pilihan kedua itu adalah untuk membolehkan kerajaan PH dibentuk semula sebagaimana mandat rakyat dalam pilihan raya umum ke 14 lalu.
“Kita cadang Tun Dr Mahathir untuk jadi PM selama enam bulan, selepas itu Anwar akan mengambil alih. Ini pilihan kedua yang kita persetujui dalam mesyuarat bersama,” kata Khalid dalam temubual itu.
Ekoran itu, Khalid mengaku para penyokong Anwar tidak bersetuju dengan pilihan kedua itu dan menyerang Tun Dr Mahathir.
“Saya tidak bersetuju dengan pendekatan ini. Kita hendak berkawan dengan semua, kenapa kita perlu serang orang yang kita nak berkawan,” kata Khalid.
Menurut Khalid, apa yang cuba dibuat adalah untuk mencukupkan bilangan penyokong di kalangan Ahli Parlimen untuk menukar kerajaan yang ada kepada PH kembali.
“Kita ada sekarang 107 sebagaimana dinyatakan Anwar. Kita perlukan sekurang-kurangnya 115, sebagaimana kerajaan PN dibentuk Muhyiddin. Kita harapkan, penyokong Tun Mahathir dalam Bersatu kembali balik sokong beliau jika beliau jadi PM dan cukupkan bilangan itu,” kata Khalid.
Beliau juga menjelas, cadangan Dr Mahathir hanya enam bulan dipersetujui secara sebulat suara dalam mesyuarat PH serta Warisan dan Tun Dr Mahathir sebelum ini.
“Dalam satu mesyuarat ada cadangan supaya Dr Mahathir kekal sebagai PM sehingga habis penggal namun Shafie sendiri bertegas agar persetujuan sebelum ini tidak dirombak balik.
“Sebelum Anwar marah, saya sendiri akan marah Tun, kata Shafie dalam mesyuarat itu,” beritahu Khalid.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga berkata, beliau sendiri mencadangkan selepas Anwar mengambil alih sebagai PM, Tun Dr Mahathir perlu kekal dalam Kabinet kerana “Kita hendak berkawan bukan hendak berlawan.”
“Kita tidak boleh layan Tun sebagaimana Pak Lah dan Najib layan Tun dahulu,” kata Khalid.
Berhubung dengan pandangan penyokong Anwar lebih baik kekal sebagai pembangkang berbanding dengan menjadi kerajaan dengan Tun Mahathir sebagai PM, Khalid berkata, semua penyokong PH perlu mengikut sunnah Rasulullah dalam membuat sesuatu keputusan.
“Kita kena pilih yang terbaik dari pilihan yang ada. Ini berlaku dalam perjanjian Hudaibiyah sehingga para Sahabat Nabi membantahnya namun Nabi bersetuju dengan perjanjian itu hatta membuang nama Muhamad Rasulullah dengan nama Muhammad sahaja selepas dibantah oleh musuh Nabi,” kata Khalid.
Bagi Khalid, mengekalkan kerajaan PN yang ada lebih besar mudaratnya kepada PH dan rakyat berbanding dengan menjadi kerajaan dengan Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri selama enam bulan sebelum diambil alih oleh Anwar.