AWAS BERITA PALESU

 

PRU Johor: Usah Terpengaruh Dengan Akaun Palsu ‘HARAPAN Pengerang’

Faizul membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung akaun palsu di Facebook ‘Harapan Pengerang’ yang bukan dikendalikan pasukan media kempen DUN Tanjung Surat pada 30 Jun 2026.

KOTA TINGGI, 30 Jun – Pengundi DUN Tanjung Surat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan sebuah akaun media sosial palsu kononnya mewakili Pakatan Harapan (PH).

Calon PH DUN berkenaan, Faizul Abdul Ghani mendakwa akaun Facebook yang menggunakan nama ‘HARAPAN Pengerang’ sebagai palsu dan tidak mewakili pendirian rasmi KEADILAN Cabang Pengerang, Pakatan Harapan (PH) Pengerang serta jentera kempennya.

Beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Pengerang berkata, penafian itu dibuat susulan kekeliruan yang timbul dalam kalangan orang awam dan pengamal media berhubung beberapa hantaran yang dimuat naik akaun tersebut.

Pemasangan bahan kempen yang sengaja menutup billboard calon Pakatan Harapan (PH) DUN Tanjung Surat yang dilaporkan kepada SPR dan polis pada 29 Jun 2026.

Katanya, antara kandungan yang menjadi perhatian ialah hantaran berkaitan insiden pembakaran bendera PH di kawasan DUN Tanjung Surat yang mendapat liputan media sejak semalam.

“Saya memandang serius penyalahgunaan nama ‘HARAPAN Pengerang’ kerana ia boleh mengelirukan pengundi, menjejaskan suasana kempen serta mencemarkan imej calon, parti dan jentera pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat selain mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap akaun berkenaan.

Pemasangan bahan kempen yang sengaja menutup billboard calon Pakatan Harapan (PH) DUN Tanjung Surat yang dilaporkan kepada SPR dan polis pada 29 Jun 2026.

Menurutnya, perkara berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut termasuk siasatan secara terperinci

Dalam perkembangan lain, Faizul berkata, pihaknya turut menerima aduan dan bukti bergambar mengenai beberapa lokasi bahan kempen termasuk papan iklan miliknya yang didakwa dihalang pandangan melalui pemasangan bendera parti lain di hadapannya.

Katanya, perkara itu telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk perhatian dan tindakan lanjut kerana melibatkan bahan serta ruang kempen pilihan raya.

Pemasangan bahan kempen yang sengaja menutup billboard calon Pakatan Harapan (PH) DUN Tanjung Surat yang dilaporkan kepada SPR dan polis pada 29 Jun 2026.

Beliau berharap semua pihak menghormati proses demokrasi dan memastikan kempen pilihan raya berlangsung secara bersih, tertib serta beradab.

“Saya percaya rakyat Tanjung Surat cukup matang untuk menilai. Kempen pilihan raya sepatutnya menjadi medan mengangkat idea, dasar, rekod perkhidmatan dan tawaran kepada rakyat, bukannya ruang untuk melakukan sabotaj atau menyebarkan kekeliruan.

“Saya juga menyeru orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih serta tidak mudah terpengaruh dengan akaun tidak rasmi atau kandungan yang bersifat provokatif,” katanya.




@jasonyew_ Join “Menteri Besar interim tidak boleh buat


 

SIAPA LAYAK DAPAT SUBSIDI DIESEL @ BUDI DIESEL?



Che Ibrahim.


Syarat untuk dapat Budi Diesel ialah:


1. Ada kenderaan diesel persendirian.

2. Ada lesen memandu dan cukai jalan yang sah. 

3. Pendapatan kurang dari rm100,000.


Mereka yang layak mendapat Budi Diesel dengan harga rm2.10 selitar boleh memindahkan kelayakan tersebut kepada keluarga terdekat dengan syarat penerima adalah layak mendapat Budi Ron95. 


Ambo tak tahu gapa B10, B15 atau B7.






PULAK...

 


Maknanya semua pemimpin yang ditentang atau dilawan oleh Pas bukan melayu Islam termasuk pemimpin Bersatu yang bertanding sama logo dengan Pas??








MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO. KA-23CY-1-04/2025

 


MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR

NEGERI KEDAH DARUL AMAN


GUAMAN SIVIL NO. KA-23CY-1-04/2025


YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL

Plaintif


lwn.


MUHAMMAD ZUBAIR BIN ISMAIL

Defendan






MAHKAMAH TINGGI MENOLAK PERMOHONAN DEFENDAN UNTUK MENGETEPIKAN PENGHAKIMAN INGKAR KEHADIRAN


Mahkamah Tinggi Malaya di Alor Setar pada hari ini telah menolak permohonan Defendan (Lampiran 21) untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran ("Judgment in Default") yang telah direkodkan terhadap Defendan pada 8 Disember 2025.


Plaintif diwakili oleh Encik Maniggandan Gopalan daripada Tetuan S. N. Nair & Partners, manakala Defendan diwakili oleh Encik Ibrahim bin Haji Ismail.


Mahkamah turut memerintahkan Defendan membayar kos sebanyak RM8,000.00 kepada Plaintif.


Dalam menyampaikan keputusan, Mahkamah memutuskan bahawa Defendan telah gagal membuktikan bahawa Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 8 Disember 2025 merupakan suatu penghakiman yang tidak teratur (irregular judgment). Malah, semasa hujahan lisan, Defendan telah mengakui bahawa Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut merupakan penghakiman yang teratur (regular judgment).


Setelah mendapati bahawa Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut diperoleh secara teratur, Mahkamah seterusnya mempertimbangkan sama ada Defendan telah menunjukkan alasan yang mencukupi untuk Mahkamah menggunakan budi bicaranya bagi mengetepikan penghakiman tersebut. Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah gagal membuktikan kewujudan suatu pembelaan bona fide terhadap tuntutan Plaintif.


Mahkamah turut mengambil perhatian bahawa Defendan gagal mengemukakan satu Draf Pembelaan serta gagal mengemukakan sebarang keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa beliau mempunyai pembelaan yang bermerit dan mempunyai prospek kejayaan yang munasabah. Sehubungan itu, Mahkamah enggan menggunakan budi bicaranya untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut.


Dengan keputusan ini, Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 8 Disember 2025 kekal sah, berkuat kuasa dan mengikat pihak-pihak.


Kes ini kini akan diteruskan ke peringkat taksiran ganti rugi, bagi membolehkan Mahkamah menentukan jumlah ganti rugi yang layak diberikan kepada Plaintif selaras dengan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang telah diperoleh.


Terima kasih.


DATUK SANKARA NAIR

S. N. NAIR & PARTNERS


30 June 2026





PEMBAHRUAN PASSPORT MALAYSIA TERKINI.










Alhamdulillah, satu lagi langkah kehadapan buat Malaysia dengan peluncuran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) struktur baharu yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bermula 1 Julai 2026, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas kini mempunyai pilihan untuk memohon pasport dengan tempoh sah laku sama ada lima tahun atau sehingga 10 tahun, mengikut keperluan masing-masing.


Ini pastinya memberi lebih kemudahan kepada rakyat, khususnya mereka yang kerap ke luar negara atas urusan kerja, perniagaan, pengajian mahupun bersama keluarga.


Kadar bayaran bagi pasport 10 tahun ditetapkan pada RM350. Berbanding pembaharuan pasport lima tahun yang perlu dibuat dua kali dalam tempoh yang sama, rakyat menikmati penjimatan sebanyak RM50.


Dari aspek keselamatan pula, PMA baharu ini tampil dengan 94 ciri keselamatan berbanding hanya 49 sebelum ini. Pelbagai teknologi keselamatan terkini seperti hologram, cetakan ultraviolet (UV), latent image dan beberapa elemen perlindungan lain diterapkan bagi mengurangkan risiko pemalsuan, pengubahsuaian serta penyalahgunaan dokumen perjalanan negara.


InsyaAllah, pasport baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat di 71 pejabat pasport di seluruh negara bermula Julai ini. Namun, orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menukar pasport sedia ada kerana ia masih sah digunakan sehingga hampir tamat tempohnya.


Semoga inisiatif ini bukan sahaja memudahkan urusan rakyat, malah mengukuhkan lagi kedudukan Pasport Malaysia sebagai antara dokumen perjalanan yang diyakini dan dihormati di peringkat antarabangsa.


#MalaysiaMadani

#YakinMADANI

#KementerianDalamNegeri

#SaifNasution




PM Anwar Ibrahim jawab dakwaan peruntukan Persekutuan kepada negeri tidak cukup berbanding hasil


 

LIVE:ANWAR Sidang Dewan Rakyat, Selasa 30 Jun 2026 (sesi pagi)


 

"MB KAMU YG SEKAT PERUNTUKAN ADUN PH DULU" ! PMX RESPON MP BN !


 

PM Anwar Ibrahim jawab dakwaan peruntukan Persekutuan kepada negeri tidak cukup berbanding hasil


 

PM Anwar Ibrahim jawab isu pegumuman peruntukan atau projek Kerajaan semasa pilihan raya negeri.


 

@jasonyew_ Join "Arahannya tidak boleh ada acara yang


 

@jasonyew_ Join Bekas PM nak ranapkan Forest City tapi saya

 


Berita Palsu: Peniaga Durian Didakwa Kongsi Hantaran Tak Benar Bekalan Diesel

 

😁

Seorang peniaga durian Norhafizul Badrul Hisham dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat hantaran palsu di media sosial berkaitan pembekalan bahan api di Mahkamah Sepang pada 30 Jun 2026.

SEPANG, 30 Jun – Seorang peniaga durian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat hantaran komunikasi palsu di media sosial berkaitan pembekalan bahan api, pada April lalu.

Tertuduh, Nurhafizul Badrul Hisham, 34, dikesan membuat hantaran itu di laman Facebook menerusi akaun Nurhafizul Badrul Hisham dengan niat menyakitkan hati mana-mana orang pada 12 April lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, hantaran itu kemudian dilihat di Aras 8, Menara 1, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada jam 6.48 pagi, 13 April lalu.

Akaun Facebook dipercayai digunakan bagi menyebarkan berita palsu mengenai bekalan bahan API yang didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang pada 30 Jun 2026.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda selanjutnya sebanyak RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Hakim Ahmad Fuad Othman kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM7,000 dan 5 Ogos ini sebagai tarikh serahan dokumen.

Terdahulu, pegawai pendakwa MCMC, Mohamad Farhan Kamarudin mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya ditawarkan ikat jamin yang rendah kerana hanya menjual durian dan tidak memiliki pendapatan tetap.

Seorang peniaga durian Norhafizul Badrul Hisham dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat hantaran palsu di media sosial berkaitan pembekalan bahan api di Mahkamah Sepang pada 30 Jun 2026.

SEPANG, 30 Jun – Seorang peniaga durian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat hantaran komunikasi palsu di media sosial berkaitan pembekalan bahan api, pada April lalu.

Tertuduh, Nurhafizul Badrul Hisham, 34, dikesan membuat hantaran itu di laman Facebook menerusi akaun Nurhafizul Badrul Hisham dengan niat menyakitkan hati mana-mana orang pada 12 April lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, hantaran itu kemudian dilihat di Aras 8, Menara 1, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada jam 6.48 pagi, 13 April lalu.

Akaun Facebook dipercayai digunakan bagi menyebarkan berita palsu mengenai bekalan bahan API yang didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang pada 30 Jun 2026.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda selanjutnya sebanyak RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Hakim Ahmad Fuad Othman kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM7,000 dan 5 Ogos ini sebagai tarikh serahan dokumen.

Terdahulu, pegawai pendakwa MCMC, Mohamad Farhan Kamarudin mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya ditawarkan ikat jamin yang rendah kerana hanya menjual durian dan tidak memiliki pendapatan tetap.

Jarang anak melayu yang berani sentuh hal hal berkaitan Istana, hebat!!!!!

 


CINA MCA DAN DAP LAIN RUPANYA FATWA PAS





 Dewan Pemuda Pas Malaysia menegaskan undi daripada seluruh ahli dan penyokong parti itu adalah wajib diberikan kepada semua calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

​Ketua penerangannya, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, pendirian tersebut kekal konsisten dan menjadi keutamaan tertinggi parti demi memastikan kemenangan maksimum gabungan berkenaan.
​Menurutnya, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini mengenai kesediaan Pas untuk memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi PN perlu dilihat daripada lensa strategi politik yang lebih besar.
Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com
See



Wajib undi calon MCA Sekular

 


Takbir (dilaungkan 7x)..

Calon MCA kawan kita di PRN Johor.
Wajib undi calon MCA lawan PH - Ustaz Mat Idris Al Saguni





BAKAT MADANI di Sendayan, Negeri Sembilan









Semalami saya meluncurkan BAKAT MADANI di Sendayan, Negeri Sembilan, satu ikhtiar nasional yang digerakkan bersama GLIC, GLC dan PETRONAS bagi membuka peluang kepada 25,000 anak muda serta penerima manfaat sepanjang 2026 hingga 2027.

BAKAT MADANI bukan sekadar membuka ruang latihan dan pekerjaan, tetapi memastikan setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang mempunyai peluang yang adil untuk mengembangkan potensi dan membina kehidupan yang lebih bermaruah.
Kita sedar tidak semua bermula dari titik yang sama. Justeru, tanggungjawab Kerajaan MADANI adalah memperluas akses, memperkasa bakat dan memastikan tiada yang tercicir daripada arus kemajuan.
Terima kasih kepada semua rakan strategik yang bersama menjayakan ikhtiar ini. Semoga BAKAT MADANI menjadi pemangkin melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, berkemahiran, berakhlak dan yakin membina masa depan negara.

PANAS DATUK TAJUDDIN ANALISIS JUJUR PRN16 JOHOR, APA DIA ?


 

Api dalam sekam UMNO sudah membara


 

TABIK AYAHTOLLAH AL MERANGGI.





Untuk MENJADI pejuang Islam yang baik, kita perlu walak pada pemimpin, setiap hari 5 kali sehari jgn lupa memberi tabik hormat pada tokguru. Takbir!! - Ustaz Mat Idris Al Saguni



MCMC Sita 6,916 Unit Peralatan Komunikasi Bernilai RM2.06 Juta

 


MCMC berkata, Ops V380 yang dilaksanakan pada 24 Jun lalu menyasarkan sebuah syarikat yang komunikasi yang tidak diperakui serta tidak mematuhi piawaian teknikal ditetapkan pada 24 Jun 2026. Foto MCMC

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Bertindak atas maklumat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyita 6,916 unit peralatan komunikasi disyaki tidak diperakui, dianggarkan bernilai RM2.06 juta menerusi Ops V380.

Menerusi satu kenyataan, MCMC berkata, Ops V380 yang dilaksanakan pada 24 Jun lalu menyasarkan sebuah syarikat yang komunikasi yang tidak diperakui serta tidak mematuhi piawaian teknikal ditetapkan.

Menurutnya, antara barangan yang disita ialah kamera litar tertutup tanpa wayar (wireless CCTV), komputer, mesin pencetak, telefon bimbit dan penghala WiFi bagi membantu siasatan.

Kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) pada 29 Jun 2026. Foto MCMC

“Seramai 44 pegawai terbabit dalam operasi yang dijalankan serentak di sebuah gudang penyimpanan di Klang serta sebuah premis yang dijadikan pejabat urusan dan studio siaran langsung di Johor Bahru.

“Siasatan awal mendapati kelengkapan komunikasi itu ditawarkan dan dijual menerusi platform e-dagang termasuk TikTok Shop dan Shopee.

“Hasil operasi itu, kita turut merakam percakapan lapan individu termasuk pengurus syarikat, pembantu gudang dan hos siaran langsung bagi membantu siasatan,” katanya.

MCMC berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan dan kerjasama strategik antara pihaknya dan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selaku agensi pemerakuan berdaftar.

“Penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui boleh menjejaskan keselamatan pengguna kerana tidak mematuhi piawaian teknikal yang ditetapkan.

“Selain, menjejaskan prestasi dan kebolehpercayaan peranti, penggunaannya juga berpotensi menyebabkan gangguan kepada rangkaian komunikasi serta menjejaskan kualiti perkhidmatan komunikasi,” katanya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC berkata, pihaknya akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan, pengedaran dan pemilikan bagi tujuan penjualan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.

“Orang ramai turut dinasihatkan untuk membeli kelengkapan komunikasi yang surah diperakui bagi menjamin keselamatan pengguna dan mengelakkan gangguan kepada rangkaian komunikasi negara,” katanya.



Syed Saddiq tunggu nasib esok, selepas 6 tahun lawan kes di mahkamah


 


Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal mengetahui nasibnya esok sama ada kekal bebas atau diarahkan menjalani hukuman penjara.

Ia berhubung empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) iaitu sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menjelang keputusan penting itu, Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada tampil berkongsi luahan penuh emosi mengenai perjalanan enam tahun yang ditempuh sepanjang berdepan proses perbicaraan tersebut.

Menurut Syed Saddiq, sepanjang tempoh itu beliau tidak pernah sekali pun meminta kes berkenaan ditangguhkan, tidak pernah mencari jalan pintas dan tidak pernah menuntut sebarang layanan istimewa.

“I faced it head on. I dared to fight, because my conscience is clear,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkenaan berkata, segala usaha telah dilakukan untuk mempertahankan kebenaran dengan seluruh kudrat yang ada sepanjang berdepan proses undang-undang tersebut.

Kini, katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Allah SWT selepas segala ikhtiar dilakukan.

“Saya sudah pertahankan kebenaran dengan segala kudrat.

“Kini, saya serahkan seluruhnya kepada Allah SWT kerana selepas manusia berusaha, Allah-lah sebaik-baik Penentu,” kata Syed Saddiq lagi.


@ameydeen Subscribe 3 kesalahan minum air yang kita tak tahu.💧


 

OPEN MIC MALAYSIA | EPISOD 2 : DEBAT PRN JOHOR ON TAK ONN ?


 

Majlis Perluncuran Bakat Malaysia Madani - Ucapan Anwar Ibrahim


 

@jasonyew_ Join Dah turun, nak turun banyak mana lagi?


 

PUAD MENGESAHKAN KERJASAMA UMNO DAN PAS! MB JOHOR GAGAL HABIS TUNAIKAN MANIFESTO!