Rumah hijau pekat pun kami bantu dan tolong di Pendang semalam


Bencana ni takda masa nak berpolitik
Pakat pakat bantu all out.
PMX Anwar Ibrahim dan DS Saifuddin Nasution Ismail minta tlg semua.
Cuma Ada masa kami tegur Sanusi Md Nor tu sebab Exco Kebajikan yang Incharge bab bencana di Kedah duk di Langkawi masa bencana berlaku.
Lancar Pesta Air ke? Horaay horaay?
Rakyat duk susah ni, duk bersedih rumah rosak, jadi kena utamakan yang lebih utama.










AirTrunk, syarikat platform pusat data hiperskala terkemuka di Asia eningkatkan pelaburan sebanyak RM12 bilion lagi

 


Anwar Ibrahim 







AirTrunk, syarikat platform pusat data hiperskala terkemuka di Asia Pasifik dan Asia Barat akan meningkatkan pelaburan sebanyak RM12 bilion lagi eningkatkan pelaburan sebanyak pada tahun ini menjadikan pelaburan komited berjumlah RM27 bilion di Malaysia.

Perkara ini dimaklumkan sewaktu saya menerima kunjungan hormat daripada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirTrunk Robin Khuda, serta delegasi semalam.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh kemajuan pembinaan semasa pusat-pusat data AirTrunk di Johor dan rangka kerja lokalisasi bagi meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian nilai pusat data.
Komitmen pelaburan ini amat dialu-alukan dan diyakini akan memperkukuh lagi kedudukan Malaysia sebagai hab digital serantau yang berdaya saing, progresif dan berkeupayaan tinggi.
Keputusan ini mencerminkan keyakinan para pelabur, terutamanya syarikat-syarikat teknologi global akan kelebihan Malaysia sebagai rakan strategik di kala Kerajaan memperkemas dasar serta tahap kecekapan pembangunan dan operasi pusat-pusat data.

Ketua Pemuda UMNO menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan penganjuran ‘Water Music Festival’








 Ketua Pemuda UMNO menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan penganjuran ‘Water Music Festival’ selama tiga hari berturut-turut di Bukit Bintang yang akan bermula esok hingga 3 Mei ini.

Tegas Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, langkah penjimatan yang membawa kepada pembatalan majlis rumah terbuka sempena Aidilftiri baru-baru ini sepatutnya juga terpakai terhadap festival air itu.
Selain membazir air, beliau berkata, Kementerian Pelancongan tidak sepatutnya membenarkan cadangan yang disifatkannya sebagai `tidak cerdik’ itu.
Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




RAKYAT NOGORI & OTAI REFORMIS SOKONG TAAT SETIA KEPADA YAMTUAN BESAR!


 

4 ADUN LAGI UMUM SOKONG PH ? DILANTIK EXCO GANTI UMNO ?


 

4 ADUN LAGI UMUM SOKONG PH ? DILANTIK EXCO GANTI UMNO ?


 

Macam yang dijangka, Umno takkan berpatah balik


Norman Daud



Macam yang dijangka, Umno takkan berpatah balik, mahu pun mengalah. Tu memang bukan style dia orang, mereka akan buat sampai matlamat mereka tercapai.

Hari ni selepas mesyuarat Biro Politik Pusat Umno, mereka membuat keputusan untuk kekal dalan kerajaan N.9 tetapi 14 Adun tetap tidak menyokong MB.
Maksudnya.. MB mesti letak jawatan.
Pilihannya, terpulang la nak lantik sesiapa menjadi MB baru sama ada dari PH atau UMNO.
Ni pendapat peribadi saya lah ya..
Isu ni dimulakan oleh UMNO yang terlau cepat melenting sedangkan krisis istana ini hanya boleh diselesaikan oleh pihak istana sendiri.
MB Aminudin juga tidak melakukan apa apa kesalahan, beliau hanya memaklumkan titah baginda N9 yang bersandarkan kepada keputusan Dewan keadilan yang telah memecat seorang undang. Bukan MB yang pecat undang tu dan memang tanggungjawab beliaulah untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak kerajaan negeri yang dipayung oleh YMTB Negeri dan mempertahankan YMTB.
Jadi..
Adakah PH akan mengalah dalam isu ini dengan membiarkan MB N9 letak jawatan ?
DS Aminuddin Harun adalah Naib presiden Parti Keadilan Rakyat . Membiarkan beliau meletak jawatan kerana desakan UMNO adalah satu penghinaan kepada parti.
Adakah kita hendak membiarkan maruah parti kita dihinjak hinjak sedemikian rupa?
Kepada DS Anwar Ibrahim , Saya mendesak parti untuk mempertahankan MB DS Aminudin dan maruah parti.
Jika hendak berlaku adil, DS Aminudin boleh lepaskan jawatan MB itu dengan syarat seorang MB UMNO yang memegang jawatan Naib presiden UMNO juga perlu meletakkan jawatan menteri besar.