HANYA AU MIG PUNYA SISTEM INI

 


Seperti kita tahu laporan keputusan siasatan punca pesawat F/A-18D Hornet TUDM terhempas pada 21 Ogos 2025 lalu adalah disebabkan pertembungan dengan burung (bird strike).








Dalam TUDM sebenarnya hanya MiG-29 sahaja yang mempunyai kemampuan  "cover air intake" semasa take off dan hendak dilakukan serupa juga pada Su-30MKM, tidak silap admin bahasa lebih tepat intake screen. 


Antara pesawat yang menggunakan sistem ini adalah Su-30 MKI, Su-30 MKM dan MiG-29.


Su-30 direka dengan adanya sistem intake screen iaitu 'penutup' bagi intake utama pada pesawat pejuang, memberikan lebih keselamatan daripada insiden FOD. 


Sumber : Unifroms Original



MASA ADA KUASA DAN PERASAN KUAT

 Sham Ghaz


Ehem. Time Presiden depa, Duta US mai melawat boleh buka pintu siap siap selfie kot.


Time kita, ajak atas nama ASEAN bukan atas nama Malaysia pun, kena maki berbakul bakul




Malaysia kene on the Kaan Fighter Jets?




1. Walaupun Turki secara terbuka telah menawarkan jet pejuang generasi kelima KAAN kepada Malaysia, kerajaan Malaysia belum mengesahkan pembelian secara rasmi. 


2. Penganalisis menjangkakan bahawa Malaysia berminat dengan jet tersebut, tetapi halangan kos yang tinggi dan faktor lain menjadi cabaran.  


3. Hubungan pertahanan yang berkembang: Malaysia telah mengembangkan kerjasama pertahanan dengan Turki, baru-baru ini memperoleh dron dan kapal perang buatan Turki. 


4. Tawaran KAAN selaras dengan corak ini dalam memperkukuh hubungan dua hala.


5. Ciri-ciri menarik: KAAN digambarkan sebagai pesawat generasi kelima berprestasi tinggi dengan keupayaan canggih seperti stealth, ruang senjata dalaman, dan avionik moden. 


6. Berbanding dengan F-35 buatan AS, ia lebih murah dan mempunyai sekatan geopolitik yang lebih sedikit. Peluang untuk pengeluaran bersama: Turki telah menjemput Malaysia untuk menjadi rakan kongsi dalam program pembangunan KAAN, yang boleh menyediakan akses kepada teknologi canggih, memajukan industri pertahanan tempatan Malaysia, dan menawarkan pengalaman pembuatan yang berharga.


7. Regional interoperability: Negara jiran serantau Malaysia, Indonesia, telahpun membuat pesanan besar untuk jet KAAN. 


8. Pesanan daripada Malaysia boleh membolehkan interoperability dan potensi perkongsian kos untuk latihan dan penyelenggaraan bersama tentera udara Indonesia.


9. Faktor yang menghalang kemungkinan pembelianKos tinggi: Walaupun lebih murah daripada F-35, KAAN masih merupakan pelaburan yang mahal. 


10. Pesanan Indonesia sebanyak 48 pesawat bernilai kira-kira AS$10 bilion, iaitu dianggarkan AS$200 juta setiap jet. Perbelanjaan pertahanan Malaysia telah statik pada hanya 1% KDNK, yang dilihat tidak mencukupi untuk menampung pembelian.


11. Teknologi belum matang: Sebagai pesawat yang baru dibangunkan, KAAN masih berada dalam fasa prototaip, dengan kemampuan operasi penuh dijangka tidak terwujud sehingga lewat dalam dekad ini. 


12. Terdapat kebimbangan mengenai kebolehpercayaan pesawat yang belum terbukti dan kemungkinan pergantungan pada komponen bukan tempatan.


13. Persaingan daripada pesawat lain: Malaysia juga sedang mempertimbangkan pilihan lain untuk program pesawat tempur serbaguna, seperti KF-21 Boramae dari Korea Selatan. 


14. Malaysia juga telah memperoleh pesawat tempur ringan FA-50M daripada Korea Aerospace Industries.


15. Bajet tidak mencukupi: Penganalisis menyatakan bahawa walaupun Malaysia meningkatkan bajet pertahanannya, ia mungkin tidak mencukupi untuk membiayai bilangan pesawat pejuang yang diperlukan untuk menggantikan armada yang semakin uzur dan mengekalkan penghalang yang berwibawa.


Sekain

GaGaK



IKUTI DRAMA DALAM PN.


 

SOH NGAJI MATEMATIK TAK MBOH...PAROK


 

PMX SELEPAS SOLAT JUMAAT


 

AKTIVIS AKAN GUNA PESAWAT TUKIYE


 

BUAT SI BINGAI.

 Tun Farul Azri


Untuk si bingai bodo piang yang baru bangun tidur dan ambil tahu fasal Sumud ni lepas tu dok merentan berpolitik bodoh kat medsos.. Ini untuk korang! 





Aku confirm korang ni tak tahu pun ini adalah misi Sumud Flotilla yang ke-37. Setakat ni belum ada yang pernah berjaya lagi mendarat di Gaza. Greta Thunberg dah pergi 2 kali. Ini kali kedua dia ditangkap. Selain utk hantar bantuan kemanusiaan, misi kali ni adalah untuk pecahkan kepungan dan 'break world silence'. 


Misi ni dah pun berjaya break world silence bila banyak negara dah mula buka mata, contoh Columbia dah halau semua kedutaan Israel keluar negara diorang, atau paling tidak, dah berjaya buat dunia bangkit dari tidur macam korang-korang yang dok tekan-tekan PMX kat medsos ni juga. Walhal, bingai-bingai yang bising ni semua tak tahu pun PMX Anwar Ibrahim tu adalah Penaung bagi Sumud Nusantara. 


Apa yang jadi semua dah dijangka. Semua dah ada persiapan. Bukan pergi kosong bodoh-bodoh gitu je.. Diorang ni dah sedia nak syahid pun. Gov Malaysia dah tahu apa yang patut dibuat. Kau yang baru bangun tidur, baru nak amik tahu hal Sumud, tenang ok. Jangan merentan tak tentu fasal. Tak payah menggelabah "kenapa PMX kutuk je serangan tu, kenapa ni?" Biar diorang buat kerja diorang. Kita-kita ni teruskan berdoa. Dari kau sibuk merentan berpolitik babi kau tu dok tekan-tekan Kerajaan, baik kau gunakan internet kau utk tekan Zionist la bingaiii!! Masih ada kapal-kapal lain yang on the way. Moga berjaya masuk ke Gaza.. Allahumma Amin 🤲🏻✨




KERJA PAS NI TUNGGANG ISU SAJA.

 


Aku dah 𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗲𝗿𝗮𝗻 dengan kelakuan walaun/walajib/walatok/walabot dan walaraf yang sentiasa 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗠𝗫 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺. Sekarang ni apa saja yang PMX buat, semua mereka nak 𝘴𝘱𝘪𝘯.


Tapi semalam aku terbaca komen seseorang ni yang kata insiden 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗳𝗹𝗼𝘁𝗶𝗹𝗹𝗮 𝗦𝘂𝗺𝘂𝗱 itu adalah rancangan DS Anwar yang 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗲𝗿𝗼 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮. Dia tuduh PMX rancang semuanya dengan Israel.


Memang sah 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮 (𝙝𝙚𝙡𝙡𝙝𝙤𝙪𝙣𝙙).


Flotilla ni bukan benda baru. Sebelum ni dah berbelas atau berpuluh atau mungkin beratus flotilla yang telah dilancarkan. Namun sebelum ni tak dapat perhatian begini hinggalah 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗮𝘂𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮.


Belum ada pemimpin utama mana-mana negara yang berani ambil risiko untuk menyokong flotilla begini. Jadi bila DS Anwar jadi penaung, 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘁𝘂𝗺𝗽𝘂 pada usaha kali ini.


Penglibatan pemimpin seperti DS Anwar ini penting kerana selain daripada menjadi 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁, ia juga akan membuatkan Israel lebih berhati-hati. Tambah lagi DS Anwar terkenal sebagai 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴. Jika Israel kasari rakyat Malaysia, kecaman pada mereka pasti akan lebih teruk. Israel sebenarnya pentingkan reputasi mereka. 


Peserta flotilla semua tahu risiko ditahan pengganas Zionis. Mereka tak takut pun sebenarnya. Mereka rela ambil segala risiko demi 𝗺𝗶𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮𝗮𝗻.


Matlamat utama memang untuk selamatkan rakyat Gaza yang 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗯𝘂𝗹𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗮𝘀 𝗭𝗶𝗼𝗻𝗶𝘀. Tapi sekiranya ditahan, mereka harap penahanan mereka akan 𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮.


Jadi 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮 yang memfitnah DS Anwar yang rancang semua ni, mungkin 𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 yang baru jejak ke bumi. Sebab kalau duduk dalam gua pun pasti tahu segala cerita ni.


Ataupun baru sampai dari neraka. Sebab tu aku gelar mereka 𝙝𝙚𝙡𝙡𝙝𝙤𝙪𝙣𝙙 (𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮).


Nak benci DS Anwar, tak ada masalah. Itu memang hak masing-masing. Tapi jangan fitnah. Lagi penting, jangan tunggang isu Palestin demi mencapai 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹 kamu.


Kalau pun tak nak beriman dengan ayat Quran yang melarang fitnah, setidaknya adalah sedikit nilai moral dalam diri tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PAS MANA DA CALON.. DARI DULU SAMPAI LA NI.. KERJA PAS MACAM DEDU JA.. TUMPANG ORANG LAIN JADI KERAJAAN... PAS TAK BERANI NAMAKAN CALON.

 


MACAM MANA NI, SIAPA SEBENARNYA CALON PM PILIHAN PAS?


3 October 2025


Berikutan terbocornya rakaman audio seorang pemimpin Bersatu – dipercayai suara Wan Saiful Wan Jan – yang mendakwa PAS mahu mencalonkan Hamzah Zainuddin sebagai calon Perdana Menteri, beberapa rakan memberi reaksi musykil mengenai perkara itu.


Beberapa rakan yang menghantar klip video itu, walaupun saya lebih dulu menerimanya, turut menyertakan teks yang berbunyi - macam mana ni…kata PAS nakkan pemimpin mereka sendiri sebagai calon Perdana Menteri?


Sekarang kenapa timbul nama Hamzah?


Yang mana satu yang betul – PAS nak Hamzah atau pemimpin PAS sendiri sebagai calon Perdana Menteri?


Situasinya begini – walaupun PN diketuai oleh pemimpin daripada Bersatu iaitu Muhyiddin Yassin, tetapi PAS adalah parti yang terbesar dalam gabungan tersebut.


PAS bukan saja memiliki jumlah Ahli Parlimen teramai iaitu 43 orang, tetapi parti itu juga memiliki kekuatan ahli sebanyak 1.3 juta dan jentera akar umbi  yang kuat untuk menggerakkan jentera kempen ketika pilihan raya diadakan.


Dengan kekuatan itu, suara PAS dalam menentukan calon Perdana Menteri bukan saja penting, bahkan tidak boleh diketepikan.


Jika calon Perdana Menteri itu dipersetujui PAS, maka mudahlah untuk PN bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan yang kuat.


Tetapi jika PAS tidak setuju atau tidak berapa setuju sepertimana usul yang diluluskan Bersatu yang menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri, pasti banyak kesukaran akan timbul.


Lihat saja sekarang, disebabkan PAS kurang setuju dan mahu PN mengutamakan matlamat menang pilihan raya terlebih dahulu, keruhnya hibungan antara dua parti itu sudah mula dapat dirasai.


Itu belum lagi bila tiba waktu berkempen dan perlukan jentera untuk menggerakkan aktiviti kempen nanti.


Kekuatan ahli dan jentera hanya ada pada PAS, bukan pada Bersatu.


Ertinya dalam hal ini, bila PAS akhirnya lebih memilih untuk  fokus menang pilihan raya dulu berbanding menamakan calon Perdana Menteri, ia bukan saja pendirian PAS, tetapi bakal menjadi ketetapan PN.


Restu daripada PAS adalah penting, tetapi calon itu tidak akan diumumkan sekarang.


Sama ada calon itu daripada PAS atau daripada Bersatu, bukanlah terlalu penting untuk sesiapa pening kepala memikirkannya.


Suara dalam audio yang bocor itu pun bukan menggambarkan pendirian rasmi PAS.


Tunggu saja bila tiba masanya nanti dan yang terpaling penting, biar menang dulu.


Kalau Hamzah yang dipersetujui, maka Hamzahlah calonnya dan kalau pemimpin PAS yang direstui, ertinya pemimpin PAS itulah calonnya.


Apa nak susah? – ShahbudinHusin 03Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/macam-mana-ni-siapa-sebenarnya-calon-pm-pilihan-pas/



SEMBANG. KO DENGAN APEK PASANG BENDERA RIUH... BELAMBAK LAGI SILAP KO DIAM. POOODAHHH..

 




MEREKA AKAN DIHANTAR PULANG

 



PENGKHIANAT NEGARA SELUDUP KE NEGARA JIRAN


 

#PDRM TAMPAQ BAGI LURUH GIGI.


 

TANYA DAN PAK DOLLAH AKAN JAWAB.


KENAPA TAKUT PADA ANWAR


 

BETUL....TAK DA LESEN MALAS PIKIR MEMANG TAK DAK LA.


 

KESIAN RAKYAT KEDAH


 

ANAK MB PERLIS GINI..ELOK TUKAR DENGAN PEMIMPIN PERASUAH ATAU MAAKAN GAJI BUTE..

 Zainuddin Omar


Sian anak MB Perlis dan menantu Hj Hadi ni.





GABUNGKANLAH DENGAN KEBIJAKSANAAN.

 

Alif Jamil


Saya suka semangat pendekar yang ditonjolkan oleh Panglima Aduka nih.. 






Cuma dalam kita bersemangat tu, kita jgn lupa melatih akal kita untuk berfikir lebih panjang sebelum membuat apa² kenyataan terbuka dalam isu² besar terutama melibatkan geopolitik antarabangsa.. 


Dari sudut perundangan, cara Aduka mendesak Perdana Menteri tu ada beberapa kekeliruan yg perlu saya perbetulkan.


Pertama, Aduka mendesak PMX seolah² Perdana Menteri ni ada kuasa veto untuk “mengarah” pembebasan aktivis Malaysia yg ditahan Isrqel. 


Dari segi undang² antarabangsa, kuasa sebegini tidak wujud. 


Malah Malaysia ni tidak ada hubungan diplomatik rasmi dgn Israel, maka takde saluran unilateral yg boleh digunapakai.. 


Satu²nya jalan sah adalah melalui nota² diplomatik dgn memberi tekanan dua hala melalui negara²  perantara..


Contohnya Turki, Qatar serta desakan di peringkat antarabangsa melalui Majlis Keselamatan PBB, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atau Tribunal Undang² Laut Antarabangsa (ITLOS).


Kedua, kenyataan Aduka tu ada unsur ugutan mahu “sekat” kedatangan Donald Trump ke Malaysia bercanggah dgn Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961. 


Undang² antarabangsa menetapkan bahawa pemimpin negara luar yg hadir secara rasmi dilindungi dgn hak keselamatan dan kebebasan untuk bergerak. 


Jika ada kenyataan untuk menghalang atau menggagalkan lawatan, ia bukan sahaja bercanggah dgn konvensyen diplomatik, malah boleh mencalarkan imej Malaysia sebagai negara berdaulat yg menghormati undang² antarabangsa.


Itu bahaya. 


Ketiga, dari sudut undang² domestik, desakan berbentuk ugutan massa untuk sekat kunjungan pemimpin luar ni boleh jatuh dibawah Akta Hasutan 1948 kerana ia menjejaskan hubungan kerajaan dgn negara²  lain atau Seksyen 505 Kanun Keseksaan (mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan huru-hara awam). 


Jadi cara ini bukan sahaja lemah dari segi diplomasi, malah ia berisiko dari segi perundangan..


Apa yg sepatutnya Aduka buat ?

 

1. Letakkan tekanan secara bijak dgn menyeru kerajaan Malaysia menggunakan saluran undang² antarabangsa contohnya membuat hantaran dgn menuntut Israel dipertanggungjawabkan di bawah Konvensyen Geneva (IHL) kerana menghalang misi kemanusiaan.

 

2. Desak PMX supaya bawak isu ini ke UNCLOS 1982 dan ITLOS kerana kapal flotilla tu sudah berada diperairan antarabangsa dan berhak untuk akses kpd kebebasan laluan.


3. Sokong peranan Wisma Putra dgn mengingatkan peranan kerajaan dibawah Vienna Convention on Consular Relations 1963 untuk melindungi hak²  warganegara Malaysia di luar negara.

 

4. Seru kearah solidariti diplomatik.

Aduka boleh gesa dan desak kerajaan supaya bekerjasama dgn OIC, NAM, Turkiye, Qatar dan negara² sekutu lain untuk menekan Israel secara kolektif.


5. Gunakan bahasa yg menambah kekuatan rundingan Malaysia bukannya memberi gambaran emosional yg boleh diputar media asing terutama media yg pro terhadap terr0rist. 


Kenyataan² yg terlalu agresif ni berisiko kerana ia meletakkan nyawa para sukarelawan kita menjadi taruhan.. 


Pada saya, semangat Aduka itu wajar dipuji, tapi jadi pendekar ni mesti kena pandai gabungkan keberanian dgn kebijaksanaan. 


Apa yg kita mahu sekarang ni bukannya ugutan² yg tidak bijak , tetapi satu kenyataan yg memperkukuh posisi rundingan Malaysia digelanggang undang² dan diplomasi antarabangsa. 


Barulah suara rakyat jadi senjata, bukan kelemahan.


Sebab itu org tua² dulu kata Pendekar ini kesinambungan nama "Pandai Akal". 


Jadi nasihat sy pada Panglima Aduka , lepasni kena lebih "pandai akal" sebelum turun berjuang.


Barulah betol² panglima orang kata.




YB Selipar Jepun Dan Indeks Kwsp.

Syam Ghaz




Macamana YB Bachok Syahir Sulaiman boleh keluarkan statement macamni, kata lulusan Ekonomi dan paling terer Ekonomi dalam Pas.

Jika sekadar buat posting mcmni, budak Tadika pun boleh buat. Data takda.

Mungkin ini dinamakan “Indeks Walaun”, sebab cakap tanpa fakta.

KWSP rendah sebab tahap pendapatan, gaji, ekonomi di Kelantan ni rendah dan banyak pekerjaan masih bergantung kepada ekonomi konvensional dan banyak syarikat kecil kecil yang tidak Daftar dengan KWSP. 

Syarikat besar tak banyak, data kita boleh je ambik index KDNK Kelantan bandingkan dengan Negeri lain.

Syarikat kecil tidak ada slip gaji, contoh buruh binaan, penoreh getah, staf kontrak, peniaga kecil, peniaga pasar malam, pekebun, nelayan dan petani.

Nota: saya bukan nak hina Negeri saya, saya sayangkan Negeri saya, tapi saya sedih kualiti Yb-Yb di Negeri saya majoriti cap ayam. 

Pru lepas letak selipar Jepun jadi calon pun boleh menang sebab sentimen Melayu-Islam betul betul di api apikan, lepas mereka menang Kelantan masih di takuk sama, Yb dan Exco takda idea nak buat apa bangun Ekonomi Kelantan, w/pun PMX Anwar Ibrahim cuba bantu dan bagi macam2 dah.



KEMUNGKINAN BESAR KERANA BELIAU BERUSAHA.


 

KITA ULANG KEMUNAFIKAN

 


PM SEBELUM INI TIADA TEKAD LAKSANAKAN INI


 

PM ANWAR KONSISTEN DALAM PERJUANGAN BELIAU SEJAK ZAMAN ABIM


 

INGAT SEMUA UMAT ISLAM. INILAH PARTI YANG MENHGKHIANAT AGAMA ISLAM.

 



‘Bebaskan segera semua aktivis, sukarelawan Malaysia!’ – PM Anwar



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Israel agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera.

Beliau menegaskan ini adalah sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza. 

Beliau memberi jaminan kepada semua bahawa Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan. 


“Saya menerima maklumat daripada pasukan aktivis dan sukarelawan Malaysia selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi Global Sumud Flotilla. 

“Saya menggesa Israel agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera!,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Anwar berkata, dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah telah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini tidak lagi bersama Israel. 


Flotila bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia. Ia membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terus dipaksa hidup melarat di bawah sekatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Anwar yang juga penaung misi Global Sumud Flotilla akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara Malaysia terlibat. 

Beliau menekankan bahawa keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli.





Detained activists and intercepted Gaza flotilla vessels arrive in Ashdo...

LIVE: View from Ashdod port after Israel intercepts Gaza aid flotilla

PERKEMBANGAN SERANGAN DAN JUGA PENAHANAN 12 RAKYAT MALAYSIA OLEH REJIM 1S!

SEDUCTION! 2 OFFICE INFLUENCERS CHEATING & SEDUCTIONING FOR THE BAG?

BAIK KO PI IKUT FLOTILLA - KO BODOH SEBENARNYA- SIAP KENA SAMAN LAGI-POLICE REPORT AGAINST RAPIDAH FOR INCITEMENT AND SLAIN OF THE DEWA STAGE!



mewakili AMK Perak bersama Sdra.Azlizam Azrin Pengarah Komunikasi AMK Perak dan Sdra. Muhammad Hafiz Timbalan Ketua AMK Ipoh Timor telah membuat laporan polis terhadap individu Rafidah Ibrahim yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sentimen kebencian dan cuba menimbulkan salah faham di kalangan penduduk berhubung isu Surau Al-Karamah. Tindakan ini adalah bagi memastikan sebarang cubaan menghasut tidak menjejaskan keharmonian masyarakat. Turut membuat laporan polis adalah Pegawai Khas Pejabat Parlimen Ipoh Timor dan YB Dr. Aziz Bari Adun Tebing Tinggi. Perbincangan turut diadakan dengan jawatankuasa baharu surau berkenaan bagi mendapatkan maklumat yang jelas serta memastikan suara penduduk terus didengari. Fakta sebenar yang perlu difahami ialah, Surau Al-Karamah lama akan dirobohkan setelah sebuah surau baharu siap dibina dengan keadaan yang lebih selesa untuk kegunaan jemaah. Tambahan pula, dalam lingkungan 500 meter dari lokasi tersebut, sebuah Masjid baharu iaitu Masjid Al-Mukhlisin sedang dirancang pembinaannya demi menambah kemudahan ibadah untuk penduduk. Kami juga sempat menziarahi surau lama dan mendengar pandangan AJK yang masih mempertahankan bangunan berkenaan. Namun demikian, keputusan ini telah pun dimuktamadkan oleh pihak berautoriti sewajarnya kita hormati bersama. Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa isu ini tidak wajar dijadikan modal politik untuk memecah-belahkan masyarakat. Fokus utama kita ialah kesejahteraan penduduk, keselesaan beribadah serta menjaga keharmonian bersama. Sebagai masyarakat madani, kita mesti menolak naratif kebencian dan fitnah, sebaliknya bersatu memastikan pembangunan yang lebih baik untuk ummah terus berjalan.






Aktivis GSF akan dibebaskan, kata Israel

 



Kementerian Luar Israel telah mengesahkan bahawa kesemua aktivis yang Global Sumud Flotila (GSF) yang ditahan akan dibebaskan tidak lama lagi.

Mereka yang dirujuk sebagai penumpang Hamas -Sumud juga dikatakan berada dalam keadaan selamat, sihat dan akan menuju ke Israel.

“Penumpang Hamas – Sumud yang berada di kapal layar mereka akan menuju ke arah Israel secara selamat dan aman di mana proses deportasi ke Eropah akan bermula. Kesemua penumpang selamat dan berada dalam keadaan sihat,” kata kementerian tersebut dalam satu hantaran di X.


Pagi tadi, tentera laut Israel menaiki dua kapal GSF (Alma dan Sirius) ketika mereka belayar menerusi Zon Merah R3 di Lautan Mediterranean.

Sukarelawan kemanusiaan di dalam Alma ialah Musa Nuwayri, Iylia Balqis Suhaimi, and Sul Aidil, manakala di dalam Sirius pula Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin, dan Rusydi Ramli.





GSF: Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel, Terputus Hubungan Dengan SNCC

 

Status terkini aktivis Malaysia yang ditahan rejim Israel atau terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) setakat jam 11.50 pagi 2 Oktober 2025.

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Kemaskini senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza setakat jam 11.50 pagi seperti berikut.

Kapal Hio:

1.Heliza Helmi

2.Nur Hazwani Afiqah Helmi

Kapal Grande Blu:

  1. Norfarahin Romli (Farah Lee)

  2. Danish Nazram Murad

Kapal Huga:

  1. Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana)

Kapal Sirius:

Zizi Kirana dan Sul Aidil ditahan tentera laut rejim Israel pada awal pagi 2 Oktober 2025 waktu Malaysia.
  1. Haikal Abdullah

  2. Muaz Zainal

  3. Zulfadhli Khairudin

  4. Rusydi Ramli

Kapal Alma:

  1. Iylia Balqis

  2. Musa Nuwayri

  3. Sul Aidil

Sementara itu, lima lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).

Rakaman terakhir Farah Lee disembur dengan air dari kapal tentera rejim Israel ketika berada kira-kira 70 batu nautika dari pesisir pantai Gaza pada 1 Oktober 2025. Foto TikTok Farah Lee

Kapal Estrella:

1.PU Rahmat

2.Norhelmi

3.Mohd Asmawi

4.Norazman

Kapal Mikeno:

  1. Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana.


GSF: PM Anwar Hubungi Rubio, Pemimpin Dunia Campur Tangan Bebaskan Aktivis

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video ucapan secara langsung menerus laman sosial Facebook beliau berhubung perkembangan terkini misi kemanusiaan GSF pada 2 Oktober 2025.

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan nilai kemanusiaan tidak berharga sama sekali apabila aktivis dan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan ketika cuba menyalurkan bantuan kepada golongan lemah dan kelaparan di Gaza.

Menerusi siaran langsung di media sosial, Perdana Menteri antara lain turut menempelak tindakan rejim Zionis Israel menahan sukarelawan misi kemanusiaan GSF susulan keprihatinan mereka membantu golongan yang turut membabitkan wanita dan kanak-kanak itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video ucapan secara langsung menerus laman sosial Facebook beliau berhubung perkembangan terkini misi kemanusiaan GSF pada 2 Oktober 2025.

Anwar yang juga Penaung Sumud Nusantara menambah, beliau telah menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani serta Presiden Mesir, Abdel Fatah Al-Sisi berhubung usaha pembebasan tahanan segera semua aktivis berkenaan.

“Kalau ini (misi kemanusiaan GSF) tidak dapat dilakukan, maknanya nilai kemanusiaan kita tidak berharga sama sekali.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Ahmad Sani Araby di Putrajaya pada 2 Oktober 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

“Jadi sekali lagi, saya berdoa kepada Allah SWT supaya kezaliman rejim Israel ini dihentikan dan rakan kita dibebaskan, selain saluran bantuan kemanusiaan kepada rakan kita di Gaza, Palestin dapat disalurkan segera,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika sidang media perkembangan terkini GSF dan usaha membebaskan rakyat Malaysia, hari ini.

Terdahulu Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan tiga lagi aktivis GSF dari Malaysia ditahan di atas kapal Fair Lady menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 17 orang.



KEH KEH KEH...


 Harith Zafrie


10 tahiyuddin cakap 20 takleh percaya...




AZMIN WAJIB SAMAN WAN SAIFUL DAN SEMUA YANG PERNAH MENGAITKANNYA DENGAN ‘VIDEO SANDAKAN’



2 October 2025


Sebagai respon terhadap dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan terhadap dirinya, Azmin Ali semalam menafikan kaitan dirinya dalam “video Sandakan”.


Setiausaha Agung Bersatu itu menafikan tuduhan Wan Saiful Wan berhubung sebuah video pada yang tular sejak 2019 yang mengaitkan beliau dengan aktiviti homoseksual.


Azmin berkata, dakwaan Wan Saiful dalam satu sidang media baru-baru ini menunjukkan Ahli MPT Bersatu itu gagal mengeluarkan kenyataan bersandarkan pada ilmu dan fakta.


“Ia juga mencerminkan beliau mengamalkan budaya fitnah yang boleh membawa kepada perpecahan parti.


“Mereka hidup dengan fitnah. Kita bersandarkan ilmu dan fakta. Tenang melangkah maju.


“Perjuangan pasti ada cabaran. Ikhlas dan jujur berkhidmat walau di mana sekali pun,” tegas Azmin sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.


Berita penuhnya di sini – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/10/01/mereka-hidup-dengan-fitnah-kata-azmin-berkait-dakwaan-wan-saiful


Wan Saiful dalam sidang media baru-baru ini mendakwa beliau menerima ‘maklumat baharu’ yang menunjukkan “video Sandakan” itu adalah tulen dan itulah  yang mengubah sokongannya terhadap Azmi , walaupun sebelum ini beliau antara sekutu rapat bekas Menteri Besar Selangor itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Wan Saiful juga dilaporkan telah menghantar soalan kepada Menteri Dalam Negeri berkaitan siasatan pihak berkuasa terhadap “video Sandakan” pada sesi Parlimen yang akan bermula 6 Oktober ini.


“Kita tengok apa jawapan Menteri Dalam Negeri nanti,” ujarnya.


Berkaitan hal ini, penafian semata-mata adalah tidak memadai bagi Azmin.


Lebih baik beliau memfailkan tindakan saman terhadap Wan Saiful berhubung tuduhan tersebut.


Lagi pun, kebelakangan ini ramai pemimpin telah menang saman fitnah terhadap pihak yang didapati membuat dakwaan tidak berasas dan berunsur fitnah.


Mereka seterusnya beroleh ganti rugi yang besar hasil kemenangan saman itu.


Jika Azmin yakin tuduhan Wan Saiful terhadapnya adalah fitnah, bermakna peluangnya untuk menang dan memperolehi ganti rugi juga adalah besar.


Diharapkan Azmin jangan berlengah lagi berurusan dengan peguam untuk memulakan proses tersebut.


Seperkara lagi, berikutan dakwaan yang dibuat Wan Saiful itu, di media sosial juga sehari dua ini didapati tular kembali video pengakuan seorang pemuda bernama Haziq yang mengaku beliau adalah lelaki dalam “video Sandakan” itu.


Logiknya, jika dakwaan Wan Saiful itu dianggapnya sebagai fitnah, bermakna pengakuan Haziq juga adalah fitnah.


Maka itu, Azmin wajar – bahkan wajib – menyaman sama Haziq berikutan dakwaannya itu.


Bahkan sesiapa yang pernah terbabit  membuat dakwaan yang sama terhadapnya, Azmin turut wajib menyaman mereka.


Sebagai pemimpin masa depan yang namanya disebut-sebut sebagai antara bakal Perdana Menteri suatu hari  nanti, Azmin harus menamatkan episod ini secara “once and for all”.


Saman semua mereka dan kambus terus isu ini buat selama-lamanya. – ShahbudinHusin 02 Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/azmin-wajib-saman-wan-saiful-dan-semua-yang-pernah-mengaitkannya-dengan-video-sandakan/



ANWAR DAH KELUARKAN STATEMENT

 Sham Ghaz


Anwar Ibrahim dah keluar statement kritik Israhell 






Abdul Hadi Awang takda statement, posting semalam pasal suruh Wala/redakan pergaduhan dalaman parti.


Un kata Pas lebih berani nak berkata benar depan Trump dan Anwar penakut?


Terbalik tu. Anwar yang paling lantang bersuara isu Palestin ni.


Misi Sumud Nusantara dinaungi PMX, diakui Nadir al Nuri


Hentikan politik hampeh PAS, ayuh sama sama ber solidariti bersama PMX sokong pembebasan Palestin.





DIA KELIRU.. NAK BAGI ORANG KELIRU.. TAPI ORANG AKAN KATA DI KIOK.

 

Apa maksud 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘪𝘯𝘨 ni?





Yang belum isi petrol RON95 selepas 30 September, mungkin tak tahu. Tapi sesiapa yang dah pernah isi, akan faham. 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗶 𝗽𝗮𝗺 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶.


Itu harga petrol RON95 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿. Tapi harga sebenar yang perlu dibayar 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗿𝗲𝘀𝗶𝘁. Dan harga seliter di resit adalah RM1.99 seliter!


Jadi apa tujuan dia buat posting ni? Adakah dia,


1. Sebagai nak 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 orang awam?


2. 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 yang tak layak dapat subsidi?


3. 𝗕𝗼𝗱𝗼𝗵 yang tak boleh diajar?


4. 𝗔𝗴𝗲𝗻 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹 yang jadikan fitnah sebagai senjata?


5. 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 nak bergurau dengan perkara begini.


Aku tak tahu. Itu biar dia jawab 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MATLAMAT UNTUK BURUKKAN ANWAR



 Bantahan 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 dan walaun atas kehadiran Presiden Amerika Syarikat, 𝗗𝗼𝗻𝗮𝗹𝗱 𝗧𝗿𝘂𝗺𝗽 hanyalah satu lagi bukti akan sifat 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 mereka.



Mereka bantah bukan sebab 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗚𝗮𝘇𝗮. Tetapi sebab mereka nampak ia boleh menjadi satu 𝙢𝙞𝙡𝙚𝙖𝙜𝙚 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 buat mereka. Itu je. Bukan apa pun.


𝗠𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗸 ni salah satu contoh. Pada ketika DS Anwar  berjaya damaikan ketegangan 𝗧𝗵𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗱 - 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗼𝗷𝗮 tapi 𝗧𝗿𝘂𝗺𝗽 yang 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮, mereka sokong Trump.


Iblis ni siap kata Trump 𝙋𝙧𝙚𝙨𝙞𝙙𝙚𝙣𝙩 𝙤𝙛 𝙋𝙚𝙖𝙘𝙚. Belum lama, tak sampai 𝘀𝘂𝗸𝘂 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 pun dia kata macam tu, tiba-tiba sekarang dia pulak lebih-lebih bantah.


Sebab apa? Matlamat utamanya bukan Gaza pun tapi nak 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. 


Sebelum ni kata Trump 𝘗𝘳𝘦𝘴𝘪𝘥𝘦𝘯𝘵 𝘰𝘧 𝘗𝘦𝘢𝘤𝘦 sebab nak 𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 peranan DS Anwar dalam perdamaian konflik negara jiran. Sekarang ni dia bantah sebab nak tunjuk konon DS Anwar 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝘁𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗚𝗮𝘇𝗮.


Hakikatnya ini semua bukti mereka memang munafik.


Aku sokong kalau nak diadakan 𝗽𝗲𝗿𝗵𝗶𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗮𝗻 masa Trump datang nanti. Tunjukkan padanya yang kita rakyat Malaysia 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗼𝗹𝗶𝗱𝗮𝗿𝗶𝘁𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗚𝗮𝘇𝗮.


Tapi bukan tolak terus kedatangan Trump. Sebab itu akan punyai 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 terhadap ekonomi negara khasnya dan ASEAN amnya.


Desakan menolak kedatangan Trump adalah bukti 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗡 dalam berpolitik. Patutnya PN desak DS Anwar nyatakan secara tegas 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 dalam isu Gaza. Macam tu baru nampak bijak.


Begini punya 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 PN dalam 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮,  kalau ditakdir mereka memerintah, memang jahanam la negara ni. 𝙉𝙖'𝙪𝙯𝙪𝙗𝙞𝙡𝙡𝙖𝙝. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



AZMIN KATA CLUSTER MAHKAMAH.. JOM DENGAR


 

TANYA OSTAT SOKLANG


 

MALU ABAH... KITA PUSING ISU.


 

AKHIRNYA TUHAN BAYAR CASH


 

DIA DILAHIRKAN SEBAGAI PENGKHIANAT


 

MUDAH JA HAJI HADI..PERTAMA KAU SENDIRI NGADAP TRUMP SEBGBAI KETUA PARTI ISLAM.LA KONONNYA ..KEDUA...KAU KENA JANJI SUPAYA KALAU DAPAT KUASA PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN USA. SELEBIHNYA PAS NI NAK MAIN BERBAGAI ISU. SEMUA DAH TAK JALAN DAH...KUNCU KUNCILU JA YANG BANYAK DOK FITNAH. KIOK.


 

CUKUP JA..MALAH BERLEBIHAN

Che


 Ambo boleh isi minyak 7 Kali sebulan untuk habis kouta subsidi 300 liter, masalahnya ambo nak gi mana?? 


Sekali isi penuh tangki, seminggu tak habis lagi...




BERSYUKURLAH...