GSF: 30 Bot Terus Mara Ke Gaza, 13 Dipintas Rejim Israel

 


Tangkap layar video yang diambil dari penstriman langsung yang disiarkan menunjukkan keadaan di salah sebuah bot GSF ketika ditahan tentera Israel pada 1 Oktober 2025. Foto AFP

SEPANG, 2 Okt – Sebanyak 30 buah kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan masih meneruskan perjalanan menuju ke Gaza walaupun sebanyak 13 bot telah dipintas Israel.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan GSF di akaun Instagram setakat pukul 3.20 pagi (waktu tempatan).

GSF berkata, sebanyak 13 bot dan kapal telah dipintas oleh Israel sekali gus tidak dapat meneruskan pelayaran ke Gaza.

“Penangkapan haram oleh Israel tidak akan menghalang kami.

Imej tangkap layar siaran langsung saat-saat kapal dinaiki Ardell Aryana mula dimasuki tentera Israel sekitar jam 1.50 pagi 2 Oktober 2025 waktu Malaysia.

“Kami meneruskan misi untuk memecah sekatan dan membuka koridor kemanusiaan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu perkongsian Nadir Al-Nuri di akaun Facebook sebentar tadi memaklumkan kapal yang dinaikinya iaitu Jong berada kira-kira 48.7 batu nautika dari perairan Gaza.

Jelasnya, dia dan keseluruhan peserta di atas kapal telah melepasi sekatan ketika berada dalam jarak 120 batu nautika ke Gaza selain telah melepasi titik kapal Madleen yang sebelum ini dipintas oleh Israel.

“Sekarang kami telah melepasi titik dimana kapal Handala sebelum ini dipintas oleh zionis. Dijangka sampai perairan Gaza hari Jumaat pukul 1 petang (waktu Gaza),” tulisnya.

Zizi Kirana dan Sul Aidil ditahan tentera laut rejim Israel pada awal pagi 2 Oktober 2025 waktu Malaysia.

Misi GSF disertai kira-kira 44 bot serta kapal dari seluruh negara bagi memecah kepungan di Gaza bagi menyalurkan bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan.

Sebelum ini, beberapa kapal yang membawa seramai 12 sukarelawan Malaysia telah dipintas serta diceroboh tentera Israel ketika pelayaran berlaku.

Antara kapal tersebut adalah Alma, Hio, Huga, Sirius dan Grande Blu.

Setakat ini sukarelawan Malaysia yang berada dalam tahanan Israel ialah Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, Rusydi Ramli, Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil.

Selain daripada itu termasuklah Zizi Kirana, Farah Lee, Danish Nazram (Grande Blu), Heliza Helmi (Hio) dan Hazwani Helmi (Hio).




RAKYAT HAPPY TAPI PAS WALAUN SEMAKIN TERDESAK SEBAR NARATIF HASUTAN!

KENA ANGKUT 3 PAGI - TAK CERDIK....TAK ADA BUKTI...KO MEMANG FITNAH DAN KENA ANGKUT.



KO DAKWA PMX ADA 20 AKAUN BERJUTA DI ISDEGIL. KATA INI KEBEBASAN BERSUARA? NGO guaman Lawyers for Liberty mengecam kerajaan berhubung penahanan ahli Bersatu Aidil Qayyum dan pempengaruh TikTok, Muhammad Kamil Puteh pada awal pagi tadi. Pengarahnya, Zaid Malek berkata kedua-dua individu itu sekadar mengulas isu berkepentingan awam, yang tidak melibatkan sebarang kesalahan jenayah.







[[LIVE]]1.10.25 PART 1 PENDEDAHAN AUDIO SULIT BERSATU. PAS DAN HAMZAH A...

Kem Muhyiddin terdesak: Cubaan 'senyapkan' Wan Saiful akan hancurkan Ber...

Drama Bersatu Memuncak: Puad ‘sekolahkan’ Wan Saiful, Desakan undur maki...

SEDUCTION! 2 OFFICE INFLUENCERS CHEATING & SEDUCTIONING FOR THE BAG?



Terdahulu seorang pengguna media sosial menerusi video pendek mendakwa Surau al-Karamah di Pasir Puteh dekat sini bakal dirobohkan oleh pemaju perumahan kerana ia bakal dibina jalan raya. Menurut laporan media sebelum ini, isu yang pernah dibangkitkan kira-kira empat tahun lalu telah diselesaikan dengan baik melalui pembinaan sebuah bangunan surau baru yang terletak tidak jauh dari tapak surau lama. Pada Februari lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim dilaporkan berkata, perkara itu tidak sewajarnya diperbesarkan kerana telah mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Fatwa negeri. Video: harunshah1991




Terkini PM bersuara, kecam sekerasnya tindakan Israel pintas kapal GSF


 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa orang awam tidak bersenjata dan hanya membawa bekalan ubat-ubatan untuk rakyat Gaza.


Dalam satu hantaran terkini di Facebook, Anwar yang juga penaung bagi misi Sumud Flotilla ini menegaskan Israel telah menunjukkan penghinaan sepenuhnya bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin, malah terhadap suara hati nurani dunia.


Beliau memberi amaran keras bahawa Malaysia akan menggunakan segala cara yang sah dan berlandaskan undang-undang untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya dalam hal yang melibatkan warganegara Malaysia.


“Dengan menghalang misi kemanusiaan ini, Israel telah menunjukkan penghinaan sepenuhnya bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin, malah terhadap suara hati nurani dunia. 


“Fllotilla ini melambangkan solidariti, belas kasihan dan harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang hidup di bawah sekatan.


“Keselamatan dan maruah rakyat kita adalah keutamaan, dan kita tidak akan membiarkan ia digugat tanpa pembelaan,” katanya sebentar tadi.






Anwar berkata, selagi rakyat Palestin dinafikan hak dan aspirasi asasi mereka, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama mereka.

Malaysia juga tidak akan berundur dalam menuntut pengakhiran kepada ketidakadilan dan perampasan yang telah menimpa Palestin sejak sekian lama.



Setakat pagi ini media melaporkan sembilan kapal GSF telah dipintas tentera laut Israel dengan 13 peserta Malaysia disahkan terputus hubungan dengan Pusat Komunikasi dan Koordinasi Selat (SNCC).





AMANAH ajak bantah Trump di depan batang hidungnya sendiri


 


AMANAH menyeru rakyat Malaysia menganjurkan dan menyertai tunjuk perasaan aman di hadapan Presiden Amerika, Donald Trump saat rombongannya hadir ke Malaysia untuk Sidang Kemuncak ASEAN.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad melihat kehadiran Trump adalah peluang untuk menzahirkan kemarahan dan bantahan terhadap amalan genosid yang dilakukan Israel di Gaza. 

“Biar kita zahirkan bantahan ini di depan batang hidung Trump sendiri.


“Trump dan Amerika mesti sedar bahawa kebersamaan dan sokongan mereka terhadap Israel telah menyebabkan imej Amerika semakin tercemar. 

“Mereka dilihat membela genosid, pembunuhan rambang wanita, kanak-kanak dan orang tua dan oleh itu dilihat tidak layak dianggap pembawa ketamadunan dan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sambil AMANAH menentang Israel dan zionis tanpa kompromi, membenarkan lawatan Trump semasa persidangan ASEAN tidak bererti menyokong dasar pro-zionisAmerika tetapi sebaliknya adalah cara yang lebih berkesan untuk menangani situasi terkini di Gaza. 


Kata beliau, biar bantahan Malaysia dizahirkan tanpa termasuk dalam perangkap Israel yang bertujuan untuk mengukuhkan kekuasaannya ke atas Amerika dan Trump. 

“AMANAH menyeru semua pihak untuk melihat lawatan ini sebagai peluang strategik. Kita berinteraksi dengan kuasa besar untuk menuntut perubahan, bukan untuk bersetuju,” ujarnya lagi.







PERANGAI HADI DOK RUNDING SULIT NI BUKAN BARU..ZAMAN PRRAK TUMBANG DULU PUN DIA JUGA...BIAQ PI DIA LA...MESAN QUNUT NAZILAH.

 


Rakaman sulit: Calon PM dari Pas adalah Hamzah


 


Politik pembangkang berterusan bergolak apabila tersebar satu rakaman audio yang menyebut tentang calon Perdana Menteri dari Pas.

Suara individu yang dikaitkan dengan rakaman itu adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Menerusi rakaman itu, suara berkenaan menyebutkan bahawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang secara jelas menegaskan calon Perdana Menteri dari Pas bukannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.



“Tok Guru (Abdul Hadi) tanpa berlapik sebut calon Perdana Menteri dari Pas ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Setiausaha Agung Bersatu),” kata pemimpin Bersatu tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti tersebut tidak pernah mencalonkan mana-mana individu sebagai calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional (PN) termasuk Hamzah Zainudin.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, isu calon Perdana Menteri bagi mewakili pembangkang tidak pernah dibincangkan di peringkat Pas atau PN.



“Presiden Pas baru-baru ini menegaskan kita tidak mahu menamakan sesiapa sebagai calon PM, fokus kita untuk menang PRU16 dahulu, calon PM ditentukan kemudian.

“Dalam PN, ramai pemimpin berpotensi, bukan hanya satu calon. Jadi, isu itu tidak timbul,” kata Takiyuddin lagi pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.







TAKAT NAK JUMPA TU. BAGI JA JUMPA .AKU RASA PM ANWAR BAGI JA..NAK TUNGGU DIA MAI BARU NAK CAKAP..POOOODAH..

 

Sejujurnya , abam ni tak mahu respon dan tak berminat nak ulas pon kenyataan PAS nih. 






Sebab semua dah tahu PAS ni memang terkenal dgn kerja² menunggang. 


Cumanya yg abam nak sentuh sikit adalah walatoksakatua. 


Kebelakangan ini, walatoksakatua telah dilanda penyakit bipolar cyclothymic tahap paling kronik apabila timbul isu jemputan Trump ke sidang ASEAN. 


Disebabkan isu ini , walatok² sakatua naik sawan sehingga berbuih mulut masing² menyumpah maki Anwar Ibrahim kerana mengguna kapasiti beliau sebagai Pengerusi ASEAN untuk menjemput Trump ke sidang Kemuncak ASEAN. 


Segala caci maki, fitnah dan hinaan dihembuskan terhadap Anwar Ibrahim kerana isu ini. 


Masing² keluar dgn kenyataan kononnya mcm pendekar melayu (baca pundekar ) yg melantun² membantai Anwar Ibrahim umpama macam dah takde hari esok. 


Dimakinya Anwar Ibrahim tu bagai nak rak.

Kononnya PMX ni pengkhianat Pqlestin lah. 

Kononnya nak cari pengiktirafan Barat lah. 

Kononnya tali barut Yahudi lah.. 


Sedangkan , sudah dijelas dan dijawab bahawa Anwar Ibrahim tu jemput atas kapasiti Pengerusi ASEAN tapi segala penjelasan dan penerangan tidak mampu menenangkan penyakit gilababi yg melanda walatoksaka semua.. 


Tapi malangnya , penyakit bipolar gilababi walatoksakatua itu tidak bertahan lama apabila muncul pula kenyataan Tuan Guru Hj Hadi yg menyatakan kesediaan PAS untuk jumpa Trump walaupon PAS ni tak penting pon dalam ASEAN. 


Namun , disebabkan kenyataan itu dtg dari mulut Tuan Guru Hj Hadi yg juga merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional yakni satu gabungan parti yg menjadi tempat parti walatoksakatua terhegeh² nak menempel walapon tak dilayan pada awalnya, maka otak walatok penuh dgn saka tu tersentak tak terkata. 


Mulut jadi kelat. Lidah pon dah jadi pelat. 

Saka² hat duk menggila dalam badan tu tiba² loading mencari signal untuk konar baring. 


Abam nasihatkan supaya saka² semua bawaklah bertenang dulu...


Dan abam cadangkan bawak berubat untuk buang saka² bipolar yg ada dalam badan tu. 


Ubat paling mujarab utk walatoksaka , ambil lah segenggam air basuhan kaki buat minum dan rendamkan muka kedalam mangkuk jamban selama yg mungkin. 


In shaa Allah mujarab. 

Moga diperludahkan 🤲




APA PUNYA LEKEH HADI AWANG..PIMPINAN PAS DALAM TU DIA SEBUT NAMA BERSATU. SEBUT LA NAMA DR SAM KA TAKIYUDDIN HASSAN. ADOIIII..


 

‘See you in jail’ – siaran langsung terakhir Ardell Aryana sebelum kapal ditawan zionis

 



Kapal yang dinaiki aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana bersama delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dipintas Israel pada jam 2 pagi tadi waktu tempatan.

Siaran langsung terakhir yang sempat dibuat aktivis terbabit mengesan suara milik tentera Zionis yang memberikan amaran.

Suara itu kedengaran melalui radio kapal yang telah dipintas oleh Israel.



“Sekarang mereka pintas radio dan cakap ‘see you in jail’. Anda semua dengar tak suara mereka itu?

“Mereka sudah siapkan penjara untuk kami. Nada suara mereka sangat bongkak, jika anda dapat dengar daripada radio saya,” katanya.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila kapal mereka didekati oleh aset tentera Israel tidak lama selepas gangguan komunikasi tersebut berlaku.



“Mereka sudah datang, semuanya akan baik-baik sahaja, Allah bersama kami. Kami serahkan segalanya kepada Allah,” tambahnya.

Global Sumud Flotilla sahkan 3 kapal – Alma, Sirius dan Adara telah ditawan oleh Israel di perairan antarabangsa. Nasib seramai 7 rakyat sukarelawan Malaysia di Alma dan Sirius kini menjadi tanda tanya.





NOHHH...BANYAK DUIT


 

KENAPA TAK NAK JADI BIJAK SIKIT

 


Maz Mihar


Semasa PN mentadbir jugak dinaikkan 80 sen dari 1.25 kepada 2.05. Nape tak kecoh dengan kenaikkan tu? Sebab ada campur kencing lebai ke camne? Turun bising, tak turun pon bising. Bila puak ko orang yang buat, naik pon jadi suci. Bangang bengap tolol camni bagi free pon akan mintak stesen minyak satu.




CAI PEJUANG MALAS MENYELIDIK

 

Alif Jamil


Alahai benaknya Herry Koko ni. 

Kalu nak troll atau nak kritik tu pakai la data sikit. 





Dia nak spin isu harga minyak tanpa faham asas ekonomi minyak & subsidi.


Isu penurunan harga petrol ke RM1.50/liter tu berlaku semasa PRU-13 tahun 2013. 


Betul, masa tu harga minyak dunia memang tinggi sekitar USD100–110 setong.


Tapi kena tengok kadar tukaran matawang tu berapa. 


Masa tu, kadar tukaran ringgit–dolar purata dalam ±RM3.15/USD. 


Bila dikira:

USD108 × RM3.15 = RM341 setong (159 liter).

Bersamaan dgn = ±RM2.15 seliter kos mentah.


Harga pam RON95 masa tu dalam RM1.90/liter. 


Jadi bila Anwar Ibrahim dan pembangkang cadang turunkan ke RM1.50, maksudnya kerajaan perlu hanya tambah subsidi ±RM0.40/liter. 


Dengan penggunaan petrol sekitar 16–17 bilion liter setahun pada 2013, beban tambahan subsidi kasar hanyalah ±RM6.5 bilion. 


Dalam masa yg sama, dividen Petronas cecah RM68 bilion dan hutang kerajaan masih dalam lingkunhan RM500 bilion (53% KDNK). 


Dari sudut fiskalnya, cadangan harga minyak RM1.50 tu masih lagi munasabah sebab keupayaan dan ruang fiskal masih ada.. 


Kalu nak dibandingkan dgn situasi harini. 


Betol harini harga minyak dunia sekitar USD69 setong, tapi kadar tukaran ringgit tu lebih lemah sekitar RM4.21/USD.


Maka kos mentahnya:

USD69 × RM4.21 = RM290 setong (159 liter).

Bersamaan dgn = ±RM1.83 seliter kos mentah.


Tapi kena faham, rakyat bukan bayar harga mentah tu. Harga produk bertapis (ex-refinery) lebih tinggi. 


Itu sebab harga runcit tanpa subsidi yg ditetapkan kerajaan sekarang adalah RM2.60/liter untuk RON95. 


Melalui skim Budi95, rakyat hanya perlu bayar RM1.99/liter dgn kuota 300 liter sebulan. 


Maknanya kerajaan tetap tanggung subsidi ±RM0.61/liter. 


Dengan penggunaan petrol harini dah melebihi 25 bilion liter setahun, jadi jumlah subsidi kerajaan dah mencecah berpuluh bilion ringgit.


Jadi kalu kerajaan tekan lagi subsidi minyak supaya harga dipam dapat turun ke RM1.50 masa sekarang, maknanya kerajaan akan menanggung beban dari bajet² lain yg lebih utama seperti hospital, sekolah, jalan raya, biasiswa, dan projek² pembangunan.


Jadi idea minyak turun ke RM1.50 tu tak kena la dgn konteks masa skrg ni sebab ekonomi negara masih dalam fasa pemulihan. 


Sebab itu segala dasar dan subsidi harus diteliti dan diluluskan dgn berhati² supaya tak berlaku pembaziran dan keritisan. 


Jadi idea turunkan harga ke RM1.50 pada 2013 dibuat dalam konteks fiskal yg berbeza dan masih ada ruang yg boleh dilunaskan.


Tapi kalu nak paksa harga RM1.50 pada tahun 2025.. 


Ini kerja bodoh, tak berpijak pada realiti hutang, kadar tukaran, kos penapisan dan jumlah penggunaan harian. 


Dah takdak org cerdik dah dalam Pejuang nih. 

Hat cerdik pandai semua dah keluar dan ada yg dah bersama Madani. 


Hat tinggal saki baki dalam Pejuang tu spesis mcm herry koko jelah kot. 


Jenih benak ubi, otak kepam, tola labi air.




KENAPA HADI SOKONG MEZAH?

 


Adrian Lim


HAMZAH VS MUHYIDDIN




1. Perpecahan di antara Muhyiddin dan Hamzah semakin ketara. Semasa Majlis Makan Malam Ulangtahun Bersatu berlangsung, Muhyiddin dan Hamzah kelihatan tidak duduk semeja. Muhyiddin duduk bersama pimpinan utama Bersatu manakala Hamzah duduk seorang-seorang di meja berasingan.


2. Walaupun dipulaukan oleh pimpinan tertinggi Bersatu, Hamzah tidak gentar kerana disokong oleh majoriti Ketua Bahagian Bersatu. 120 Ketua Bahagian Bersatu ini telah tandatangan Akuan Bersumpah mendesak Muhyiddin berundur.


3. Antara sebab 120 orang Ketua Bahagian Bersatu berani melanggar Muhyiddin dan menyokong Hamzah adalah kerana Hamzah dikatakan mempunyai sokongan Presiden PAS Hadi.


4. Salah satu isyarat jelas kecenderungan Presiden PAS terhadap Hamzah adalah semasa pencalonan Ketua Pembangkang dibuat. Meskipun Muhyiddin merupakan Pengerusi PN, Muhyiddin tidak dicalonkan sebagai Ketua Pembangkang. Sebaliknya Hamzah pula yang dicalonkan. 


5. Kenapa Presiden PAS dikatakan cenderung terhadap Hamzah? Antara sebabnya, Muhyiddin telah membelakangkan PAS dalam beberapa hal mustahak seperti lantikan Majlis Presiden PN. Muhyiddin telah membelakangkan PAS dan melantik Azmin (sebagai Setiausaha Agung PN) dan Faizal Azumu (sebagai Ketua Penerangan PN). Sebagai tindakan balas, Naib Presiden PAS Samsuri Mokhtar telah meletak jawatan sebagai Bendahari Agung dan jawatan tersebut telah kosong selama 9 bulan sampailah sekarang.


6. Meskipun Bersatu telah mencalonkan Muhyiddin sebagai PM dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini, PAS telah menyatakan kritikan terhadap pencalonan tersebut. Antara pemimpin utama PAS yang menyuarakan bantahan itu merupakan MB Kedah, Sanusi.


Dalam pertembungan di antara Hamzah dan Muhyiddin, siapakah yang korang rasa akan menang?



DENGAR SAMPAI HABIS. BIJAK IDEA MAMAT NI. KENA KRITIK TAPI TAK BAGI IDEA YANG BIJAK.


 

AKIBAT MAKAN NASI DENGAN AIR OREN...TAK PERNAH DIBUAT MANUSIA NORMAL...BUAT RUNTUH. HILANGNYA KECERDASAN.


 

UBAH IKUT DALIL


 

MANA PULAK KAU NAK DUDUK.


 

TULEN KATA WAN SAIFUL.


 

JANGAN MELAMPAU FITNAH. KO JAGA RUMAH KO YANG KENA ROBOH ....ORANG KAMOUNG OUN MENYAMPAH


 

NOHHH..



 

KEKAL TENANG...




 

SAHIH AZMIN JADI KAMBING HITAM


Alif Jamil


 Saya taknak sentuh soal video seks sesama jenis yang dikaitkan terhadap Azmin itu kerana ia boleh menjatuhkan diri kepada dosa qazaf. 





Isu melibatkan moraliti dan peribadi ini biar ia dibicarakan dimeja siasah mahkamah..


Cuma apa yang saya nak tekankan disini adalah tentang doa qunut nazilah yang dibaca kononnya dituju untuk hancurkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. 


Pada saya , harini Allah sedang kembalikan satu per satu doa² kehancuran yang keluar dari mulut² yang pernah melafaz dan yang mengaminkan doa tersebut. 


Satu demi satu retak dan kehancuran dalaman yang itu sudah tidak mampu diselindung lagi. 


Dari perebutan jawatan, perebutan kerusi, sabotaj dalaman, krisis logo dan masalah melibatkan dana parti menjadikan pertembungan PAS vs Bersatu vs Bersatu Kartel ini semakin membarah. 


Dan harini, muncul pula whistleblower dari dalaman parti untuk menyekat dan membunuh pengaruh Azmin dan kartelnya dari menguasai parti. 


Ia membuktikan keretakan itu bukan lagi rahsia dibilik mesyuarat tetapi sudah jadi tontonan umum.


Begitulah kitaran politik pengkhianat..


Pakatan yang mereka bina itu bukanlah berpaksikan perjuangan rakyat, sebaliknya hanya ditubuh untuk membelakangkan mandat rakyat, merebut kuasa dan melindungi kepentingan sendiri. 


Mereka bersatu bukan kerana cita² untuk membina negara, sebaliknya kerana cita² untuk menghalang Anwar Ibrahim dan bimbang kehilangan akses terhadap kuasa.. 


Harini, mereka yang mengangkat doa untuk menghancurkan orang lain, akhirnya akan hancur dengan tangan² sendiri.. 


Cepat atau lambat , pengkhianat² ini akan terus berdepan dengan kehancuran yang mereka sendiri ciptakan.




MUHYIDDIN KENA TIEW


 

MUHYIDDIN BERPERANG DALAM. PARTI


 

BERITA CNN INDON


 

PERKEMBANGAN TERKINI TAR SENIK

 Norshidah Md Daud.



Hakak nk cite kat korang, 1 kisah sedih arini 


Petang tadi p pasar malam, depan umah bini no 2 Tar Snake


Kebetulan ngam2 time tu pagar terbukak luas

Ada beberapa orang tengah angkut barang 


Untuk pengetahuan korang, Mokhtar Bin Senik tu dah x dok kat umah semi D endlot 2 tingkat kat Peramu sebelah tangki air UFO tu

Hakak syak dia pindah kat umah baru dalam Medis tu


Pagar terbukak luas, hakak nmpk la sofa yang menjadi saksi Tar Snake tayang anak burung punai dia kat messenger tu


Sofa tu time tu ada kat tempat parking keta, menunggu turn untuk diangkut xtau nak dibawak ke mana


Hakak nak ambik gambo time tu x berani, sebab mmg ada orang time tu kat situ

Kang bodo2 pulak nmpk hakak berdiri depan umah dia nk ambik gambo sofa 😌


So p membeli belah kat pasar malam dulu & plan nak usyar line lepas abis shopping nanti


Malangnya, lepas abis shopping x smpai 10 min, pagar umah dia dah tutup 😩


Tp hakak mmg menyaksikan bahawasanya memang sofa tu wujud 


Sekian kisah sedih arini



BAYANGKAN UNTUNGNYA WARGA ASING YANG PUNYA LESEN


 Jamzuri Ardani




Hampir 1 juta orang. Jika sebelum ni kerajaan bayar subsidi RM100 sebulan untuk seorang warga asing, dah RM100 juta wang rakyat tiris setiap bulan. Setahun dah RM1.2 bilion. Itu belum kira ketirisan akibat penyeludupan dan pembaziran guna. 


Itulah harga yang rakyat perlu bayar jika BUDI95 tidak dilaksanakan.



KIOK...APA PUNYA BENGGONG


BARD Badang


 Dah jadi suami, jadi bapak orang, tapi mulut sial macam dajal.

Jenis tak malu dengan family. Berapa ribu km la mamat ni travel sampai tak cukup. Ke ni jenis kaki sakau minyak?







SEMOGA MASA TAK DA DUIT NANTI ...JANGAN LUPA REAL PROBONO.


 ISWARDY Morni


Kita ada cytro hebat tapi Lebih mudah menabur duit dengan syarikat yang ada bot dan Ai dari berhutang budi dengan cytro yang setia.


324 komen semua macam ni. Kerja senang nampak... 


Harap nanti masa lepas pilihanraya, orang yang sama dapat bantu masa dah takde duit 🤭











SEMOGA BERJAYA..BELLA TUNGGU DI JENDELA RUMAHTANGGA.

 


KEH..KEH ..KEH


Che Ibrahim


 Selama ini tak bangkit menentang ke sehingga motor pun guna diesel???




APA PUN INGAT. PAS BUKAN BOLEH DIJADIKAN SAHABAT YANG SETIA.

 


BERSATU BERGOLAK, KEDUDUKAN PAS MELONJAK


30 September 2025


Pergolakan yang berlaku dalam Bersatu akhir-akhir ini, tidak lama setelah parti itu meluluskan usul menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon PM11, adalah  suatu episod yang malang sekali.


Sepatutnya, dengan calon PM11 telah dinamakan, perpaduan dalam Bersatu makin mantap dan semua orang dalam parti kian bersatu hati dalam meneroka jalan kemenangan.


Sepatutnya juga, dalam keadaan sentimen penerimaan rakyat terhadap kerajaan makin menurun, inilah masanya Bersatu mengambil kesempatan menampakkan ia sebagai alternatif yang benar-benar diyakini.


Tetapi malang sekali, pergolakan yang berlaku dalam sehari dua ini dengan sendirinya membuatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat menjadi semakin goyah jadinya.


Di mana-mana mula kedengaran orang bercakap, macam mana Bersatu nak jadi kerajaan dan menduduki kerusi Perdana Menteri kalau wujud pergolakan seperti ini.


Jika episod pergolakan ini sampai meleret lagi sehingga berlaku pula penggantungan atau pemecatan keahlian pemimpin tertentu, sudah tentulah makin merosot lagi kedudukan Bersatu di mata rakyat.


Dalam hal ini, mahu tidak mahu, kepimpinan Bersatu tidak sepatutnya berdiam diri saja melihat menyaksikan perbalahan dan serang menyerang terus berlarutan.


Inilah masanya kepimpinan Bersatu perlu menunjukkan kebijaksanaan menyelesaikan pergolakan dan  jangan biarkan api disembur dengan api untuk memadam kebakaran yang membara dalam hati.


Meski disedari pergolakan dalam Bersatu ketika ini mula menghakis kepercayaan rakyat, tetapi parti-parti yang berada dalam kerajaan sebenarnya tidak pula boleh berasa senang hati dan goyang kaki.


Hakikatnya, apa yang berlaku dalam Bersatu ini tidak akan membuatkan berlakunya pertambahan sokongan, baik kepada PKR, UMNO, Amanah dan lain-lain parti yang tidur sekelambu dalam kerajaan.


Atas pelbagai isu yang berlaku sejak hampir tiga tahun memegang kuasa, kerajaan ini tetap berada di kedudukan sukar mempertahankan kuasanya.


Mereka yang inginkan perubahan dan berhasrat menukar kerajaan dalam PRU16 akan datang, tetap tidak berubah fikiran mereka.


Dalam hal ini, yang bakal menerima sokongan melonjak ialah PAS kerana semua orang akan mula beralih sokongan asalkan hasrat menukar kerajaan dapat menjadi kenyataan.


Bukan saja penyokong Bersatu, malah pemimpinnya pun tidak mustahil akan beralih juga kepada PAS.


Selain itu, pengundi atas pagar yang tidak berparti dan  tidak memihak kepada kerajaan juga akan mengalihkan sokongan mereka kepada PAS.


Bagi mereka, dengan Bersatu bergolak, hanya PAS parti yang stabil dan boleh diyakini untuk menerajui kerajaan.


Akhirnya PAS akan mendapat untung yang berganda, manakala Bersatu bakal terlepas segala-galanya.


Pengerusi PN, calon PM11 dan kerusi PM11 yang sebenar, semuanya akan kena “tapau habis” dengan PAS. – ShahbudinHusin 30Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/bersatu-bergolak-kedudukan-pas-bakal-melonjak/




MP LEKEH. RUGI KLAU ADA PEMBANGKANG MACAM NI

 


Bagi saya kenyataan MP Kapar ini menggambarkan ceteknya pemahaman beliau tentang pentadbiran negara. 





Apa yang kerajaan buat ialah membanteras ketirisan subsidi negara, tanpa menjejaskan kehidupan rakyat. Itulah kejayaan besar yang sepatutnya difahami. 


Hakikatnya, 99% rakyat masih dapat menikmati harga petrol yang sedikit lebih murah berbanding sebelum ini, tetapi ketirisan berjumlah bilion ringgit dapat dihentikan.  


Ketirisan subsidi akibat penggunaan oleh warga asing, ketirisan subsidi akibat penyeludupan, dan ketirisan subsidi akibat penggunaan berlebihan oleh golongan kaya dan mahakaya. Inilah kejayaan besar kerajaan madani yang MP Kapar tidak mahu rakyat tahu. Lalu isu picisan yang diperbesarkan. 


Rugi negara kita punya MP yang berfikiran begini.



China Lancar Pesawat J-35, J-15T dan KJ-600 Dari Kapal Induk Fujian: Apa Maknanya Kepada Dunia?"




Tentera Laut China baru sahaja mengumumkan pencapaian penting yang menjadi tumpuan global. Buat pertama kali, tiga jenis pesawat dilancarkan dari kapal induk CNS Fujian menggunakan sistem katapel elektromagnetik. Detik ini menandakan lonjakan teknologi besar yang bakal mengubah wajah maritim Asia.


Pesawat yang terlibat ialah J-35, J-15T dan KJ-600. Ketiga-tiganya membawa peranan berbeza, daripada pesawat pejuang halimunan generasi baharu, pesawat serangan jarak jauh, sehinggalah pesawat amaran awal udara. Kesemuanya telah lama diuji di darat sebelum dipindahkan ke laut.


J-35 ialah pesawat pejuang generasi kelima yang direka untuk operasi kapal induk. Reka bentuk halimunannya mengurangkan jejak radar, memberi kelebihan untuk menyusup tanpa mudah dikesan. Kehadirannya mencerminkan cita-cita Beijing menyamai profil operasi Amerika Syarikat melalui F-35C.


J-15T pula varian terkini daripada J-15. Versi ini direka dengan struktur lebih kukuh untuk pelancaran katapel, menjadikannya lebih fleksibel berbanding model terdahulu. Ia mengekalkan keupayaan membawa muatan besar dan beroperasi dalam misi serangan jarak jauh.


Paling mendapat perhatian ialah KJ-600. Pesawat ini dianggap “game changer” kerana ia pesawat amaran awal udara pertama China yang benar-benar beroperasi dari kapal induk. Dengan radar berputar dalam radom besar, ia mampu mengesan ancaman ratusan kilometer lebih awal.


Fujian sendiri ialah kapal induk kelas Type 003 dengan anjakan penuh sekitar 80 ribu tan. Dilancarkan pada 2022, ia kini kapal induk terbesar dalam armada China. Tidak seperti Liaoning dan Shandong yang masih menggunakan ski-jump, Fujian menggunakan sistem CATOBAR moden.


CATOBAR bermaksud Catapult Assisted Take-Off But Arrested Recovery. Sistem ini membolehkan pesawat berlepas dengan muatan penuh bahan api dan senjata. Malah ia membolehkan pesawat berat seperti AWACS atau pesawat anti kapal selam dilancarkan tanpa kekangan besar.


Katapel elektromagnetik pula menjadi titik revolusi. Berbanding katapel wap, sistem ini lebih ringan, lebih tepat dalam kawalan, serta lebih efisien tenaga. Inilah sebab utama KJ-600 boleh dilancarkan, sesuatu yang mustahil dengan sistem ski-jump.


Pelancaran serentak J-35, J-15T dan KJ-600 memberi gambaran bahawa sayap udara kapal induk China kini setanding dengan standard moden. Ia tidak lagi terbatas kepada pejuang sahaja, tetapi merangkumi pesawat halimunan, pesawat legasi dan pesawat radar sayap tetap.


Implikasi strategiknya besar. Dengan KJ-600, kapal induk China memperoleh “mata dan telinga” yang meluas. Ia mampu mengesan peluru berpandu, dron atau pesawat musuh jauh sebelum ancaman menghampiri armada.


Bagi J-35, inilah kali pertama pesawat halimunan China benar-benar diuji di laut. Kehadirannya membawa elemen kejutan dalam senario peperangan moden, memaksa pihak lawan mengira semula kekuatan udara yang mungkin dihadapi di Indo-Pasifik.


Fujian kini dalam fasa ujian laut yang lebih kompleks. Rakaman rasmi menunjukkan proses pelancaran dan pendaratan berjalan lancar. Namun bertahun lagi diperlukan sebelum ia mencapai tahap kesiagaan penuh.


Kapal induk seperti Fujian tidak pernah beroperasi sendirian. Ia dilindungi oleh kapal pemusnah Type 052D, kapal penyerang Type 055, kapal selam serta rangkaian pesawat pejuang. Di atas kapal sendiri terdapat sistem pertahanan HQ-10 dan CIWS Type 1130 sebagai perisai terakhir.


Walaupun begitu, ancaman terhadap kapal induk moden sangat kompleks. Ia boleh disasarkan dengan peluru berpandu balistik anti kapal, peluru berpandu hipersonik, dron kawanan dan kapal selam senyap. Pertahanan Fujian hanya efektif apabila semua elemen armada bekerjasama.


Soal kos pula masih menjadi rahsia Beijing. Pemerhati antarabangsa hanya mampu membuat anggaran melalui imej satelit dan data industri. Namun jelas bahawa projek Fujian menunjukkan komitmen besar China membina armada biru bertaraf global.


Sistem elektromagnetik yang dipasang memerlukan tenaga luar biasa. Fujian dipercayai dilengkapi turbin gas dan penjana elektrik berkuasa tinggi untuk menyokong keperluan tersebut. Gabungan mekanikal, elektronik dan kawalan digital menjadikannya projek teknologi canggih.


Apa makna semua ini untuk Asia. Dengan kehadiran Fujian, China hampir menyamai profil operasi kapal induk moden. Beijing kini berupaya mengerahkan kuasa tentera laut jauh dari tanah besar dengan lebih kredibel.


Amerika Syarikat dan sekutunya pasti memberi perhatian serius. Jika sebelum ini kapal induk China hanya dianggap simbol, kini ia berpotensi menjadi kekuatan sebenar. Perimbangan kuasa di Indo-Pasifik mula beralih dengan ketara.


Namun perjalanan masih panjang. Fujian masih diuji dari segi operasi dalam cuaca buruk, kadar sortie tinggi dan keberkesanan penyelenggaraan. Semua faktor ini akan menentukan sama ada ia benar-benar setaraf dengan kapal induk Amerika.


Sejarah membuktikan kapal induk bukan hanya bergantung kepada saiz atau teknologi, tetapi juga pada doktrin, latihan dan disiplin. Kejayaan bergantung pada ribuan kru dan juruterbang yang perlu bekerja secara bersepadu.


China kini berada di fasa penting dalam evolusi tenteranya. Dengan Fujian, mereka bergerak dari simbol ke arah kemampuan sebenar. Namun dunia masih menunggu untuk melihat sejauh mana ia mampu beraksi dalam situasi tempur.


Bagi dunia, pelancaran ini ialah amaran bahawa kuasa laut di Asia sedang berubah. Negara serantau perlu menilai semula strategi mereka kerana Fujian membawa implikasi geopolitik yang besar.


Dalam konteks lebih luas, ini menandakan perlumbaan teknologi ketenteraan sedang meningkat. Amerika, Jepun, India dan sekutu lain pasti memantau rapat, manakala negara kecil perlu mencari jalan diplomasi dan kerjasama.


MasyaAllah, perkembangan ini mengingatkan bahawa kuasa dunia lahir daripada ilmu, teknologi dan strategi. Kapal induk sebesar Fujian membuktikan manusia mampu membina sesuatu yang hebat, namun hanya Allah yang menentukan sama ada ia membawa keamanan atau menambah konflik.


---


Untuk memahami bagaimana kuasa laut pernah menjadi milik bangsa Melayu sebelum dirampas oleh penjajah, buku Melayu, Laut dan Perdagangan tulisan Ahmad Jelani Halimi ialah bacaan yang tepat. Ia membuka mata dengan fakta sejarah bahawa kita pernah menguasai samudera dan rangkaian perdagangan serantau. Dapatkan segera di Shopee: https://s.shopee.com.my/BJwaYAS1H



MODAL DAH HABIS BAB KAMPUNG BARU DAN SG BARU... DIA FITNAH NEGERI LAIN PULA....MAMPUS LA KAU KENA SAMAN LAGI. KIOK


 

KITA JEMPUT BUKAN RAIKAN.. KITA JEMPUT NAK CAKAP DEPAN DEPAN... BUKAN PUKOI CURI. TU PENAKUT


 

BERANI BERDEPAN.. BUKAN TAK MASUK CAMPUR


 

MASA SUKA HANGPA PUJI DIA... PKR LAMA DAH BUANG


 

NI CONTOH PEMBANGKANG TAK LEH PAKAI


 

PEMBANGKANG YANG LEMAH MEMAINKAN ISU PERKAUMAN


 

𝗗𝗜𝗟𝗘𝗠𝗔 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜






Tabung Haji adalah institusi yang sangat penting dan berharga untuk rakyat Malaysia. 


Selepas terheret dengan pelbagai pelaburan yang tidak baik dan amalan kewangan yang dipersoalkan, Tabung Haji diberi nafas apabila aset-aset toksik dikeluarkan dari Tabung Haji dan ditanggung oleh rakyat Malaysia, melalui satu penstrukturan kewangan yang berlaku dalam tahun 2019.


Dari satu sudut, keyakinan bahawa tadbir urus Tabung Haji bertambah baik ada tanda-tanda pulih, jika kita melihat kepada jumlah deposit yang masuk berbanding yang keluar.


Ini trend simpanan deposit Tabung Haji sejak 2019:


2019:

Masuk - RM15b Keluar RM - 21b


2020:

Masuk - RM17b Keluar - RM13b


2021:

Masuk - RM20b Keluar - RM15b


2022:

Masuk - RM23b Keluar - RM21b


2023:

Masuk - RM22b Keluar - RM23b


Kita belum dapat penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit bagi tahun 2024. 


Namun, ada sedikit kebimbangan sekiranya trend lebih banyak deposit dikeluarkan daripada yang disimpan, ini akan menyulitkan keadaan.


Tabung Haji kini tidak lagi boleh beroperasi seperti dulu-dulu, atas tiga sebab utama:


Pertama:

Masalah kewangan yang ditanggung sebelum ini, melibatkan suntikan dana RM19.9 bilion dari dana awam apabila kerajaan menerbitkan sukuk untuk membeli pelaburan-pelaburan Tabung Haji yang mengalami kerugian. 


Suntikan dana ini perlu dibayar balik oleh Tabung Haji apabila masa untuk membayar sukuk itu tiba. 


Besar kemungkinan Tabung Haji tidak mampu membayar keseluruhan RM19.9 bilion yang disuntik, namun apa-apa bayaran pun akan ada kesan kepada kedudukan kewangan Tabung Haji.


Maka, nilai pulangan kepada pendeposit tidak boleh tinggi seperti dahulu, yang menyebabkan orang ramai tidak begitu berminat lagi untuk menabung di Tabung Haji.


Kedua:

Kos pengurusan ibadah haji sebenarnya jauh lebih tinggi sekarang berbanding 10-20 tahun yang lepas. Tabung Haji pula tidak boleh menaikkan harga yang dikenakan untuk membayar kos itu, jadi ada unsur subsidi yang mengekang kadar keuntungan Tabung Haji.


Lebih tinggi subsidi yang dibayar setiap tahun untuk mengekang kenaikan kos haji, lebih rendah keuntungan yang dicatat, lebih rendah kadar hibah yang dapat diisytiharkan, maka kembali kepada masalah pertama iaitu kebimbangan kadar tabungan semakin perlahan.


Ketiga:

Giliran naik haji adalah lebih panjang diakibatkan kuota yang terhad bagi sesebuah negara. 


Mereka yang mendaftar sekarang mungkin terpaksa menunggu 50 hingga 70 tahun untuk mendapatkan giliran, menyebabkan ada yang merasakan mereka tidak akan berpeluang menunaikan ibadah haji. 


Ini juga mempengaruhi kadar simpanan pendeposit, berbalik kepada masalah pertama.


Tiga masalah berangkai ini akan mempengaruhi kedudukan Tabung Haji dalam tahun-tahun yang akan datang.


Sebagai seorang rakyat biasa, saya harap pimpinan kerajaan, pembangkang, tokoh-tokoh agama dan pimpinan masyarakat ada juga berbincang mengenai perkara ini agar kita dapat nilai penyelesaian yang hendak dibawa oleh setiap pihak.


Apa pandangan anda?




TU DIA NOHH...

 


Memang selayaknya YB Azmi Alang keluarkan statement ini.. Sebab kerja keras dia lah terwujudnya Bersatu di Tasek Gelugor..

Sebab dia juga lah yg memberikan laluan kpd Wan Sepol utk bertanding Di Parlimen Tasek Gelugor..