DULU KUTUK ORANG, SOH MAIN PERMAINAN MURAH. SEKARANG KO MAIN GOLF PULAK NO....




 Dulu sembang ‘mainlah permainan murah’, kini MB Kedah dah hayun kayu golf


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengundang kritikan dan sindiran orang ramai apabila berkongsikan aksinya bermain golf.


Naib Presiden Pas berkenaan berkongsikan klip video beliau berdurasi 21 saat ketika menghayun kayu permainan itu yang dilihat dilakukannya pada waktu malam.


Menerusi akaun TikTok beliau, difahamkan Sanusi bermain golf sebagai latihan kerana ada pihak membuat pertandingan sukan itu.



Dalam masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mengakui tidak biasa bermain golf sebaliknya hanya tahu menggunakan mesin rumput.


“Dema nak buat pertandingan golf pulak…


“Kita ni tak besa katok kayu golf. Mesin rumput gheti la. Mari la belaja katok. Sat bola ghi kiri, sat bola ghi kanan. Cara tak besa, gitu laa dey..,” tulisnya dalam loghat Kedah.


Untuk rekod, golf secara umum dikenali sebagai sukan mewah memandangkan yuran keahlian kelab boleh mencecah ribuan ringgit setahun.


Peralatan golf seperti set kayu golf, kasut khas, dan bola juga adalah mahal serta yuran bermain (green fee) di padang golf juga tinggi terutama di kelab eksklusif.


Rata-rata netizen menempelak Sanusi, 50, yang disifatkan cakap tidak serupa bikin memandangkan sebelum ini beliau pernah menyatakan tidak bermain golf.


“Saya tak main golf tuan-tuan. Saya main ragbi. Bola ragbi murah saja. Satu bola ragbi boleh main 30 orang.


“Jadi, mainlah permainan-permainan yang murah,” katanya dalam sedutan ucapan pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan yang tular di media sosial.


Cemuhan terhadap Sanusi juga termasuk membandingkan pemimpin Pas itu dengan wakil rakyat DAP yang belum pernah nampak pula mereka bermain golf.


“Karaoke pandai, masak pandai, bola pandai, golf pandai. Tambah bini pandai, spin pandai.. MB sempoi…


“Kenyataan dulu akhirnya dah makan diri. Sedarlah Allah dah tunjuk satu demi satu.


“Saya dulu orang susah tuan-tuan, orang miskin! Tapi itu dulu tuan-tuan… sekarang ana masuk parti lebai, bini boleh dua, walaun-walaun pun sayang saya,” demikian antara sindiran netizen di ruangan komen TikTok Sanusi.








LOKMAN PULA SEKOLAHKAN HADI AWANG! HADI AWANG HARUS DIAMBIL TINDAKAN TEGAS!

USA PUN TAK SEHEBAT INI.

 


Idris Sagon , anak dan cucu saya tak kebeluq PAS jadi Kerajaan...

RAFIDAH SECARA TERANG ANUAR & SHAHIDAN! KHALID SAMAD JUGA YANG DIFITNAH ...

KISAH MAT JENIN DI RAUB

 Hamdan  Taha. 






Saya tertarik menengok orang melayu siap bersilat lah, pakai tengkolok bawa keris la kononnya pertahan tanah melayu di raub yang di teroka, isu melayu dan islam pun di mainkan


Pada hal DO, ADO, Pengarah Hutan, Pengarah Alam sekitar, PDRM, daerah raub selama 60 tahun semua Melayu dan semua yang pernah bertugas di sana semua tahu hal tanaman durian tu dan tak pernah ambil kisah pun malah tidak pernah menghalang pun.... Tapi mereka tu seorang melayu pun tak sebut... Asyik sebut cina Dap je yang salah.... Dap baru je jadi MP raub tu yang lama MCA bukan Dap....


Kita pun nak tahu juga selepas peneroka di halau dan betul dah tindakan tu, siapa yang akan dapat tanah tersebut atau dah ada pihak yang dapat, dan yang dapat tu rakyat Melayu ke, orang susah ke atau ada syarikat yang dapat dan syarikat tu pun entah melayu atau bukan melayu, jika syarikat bukan melayu maknanya semua yang bersilat buat Demo kena scam je, jadi alat kepada pengkianat bangsa dan melayu hanya di gunakan supaya peneroka di lihat bangsat dan jahat.... Tapi pemilik baru tu siapa.... Macam mana dia boleh dapat tanah tu....




Saifuddin Nasution Belum Putuskan Tanding Jawatan Timbalan Presiden KEADILAN

 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa KDN pada 22 April 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 22 Apr – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa beliau belum membuat sebarang ketetapan sama ada akan mencabar Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan KEADILAN 24 Mei ini.

Bekas Setiausaha Agung KEADILAN itu berkata, walaupun ada pihak yang menyebut mengenai perkara tersebut, namun tiada keputusan dibuat ke arah itu.

“Saya pun mengikuti juga beberapa pandangan orang yang mula menyebut tentang idea bahawa sampai masanya saya membuat pengumuman dan sebagainya. (Namun) saya masih lagi belum membuat apa-apa ketetapan ke arah itu (tanding jawatan Timbalan Presiden),” katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa KDN pada 22 April 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Terdahulu media melaporkan, perkembangan pemilihan di 222 cabang KEADILAN menyaksikan sekutu Rafizi hampir di seluruh megara tumbang mencetuskan persoalan menarik yang memungkinkan wujudnya pencabar Ahli Parlimen Pandan bagi jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Antara pemimpin tewas yang dikaitkan dengan Mohd Rafizi ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang kalah kepada Datuk Afdlin Shauki Aksan di Cabang Setiawangsa dan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang kecundang di Cabang Johor Bahru.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa KDN pada 22 April 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Kedua-duanya tewas dengan majoriti tipis selain ramai lagi sekutu Mohd Rafizi turut tumbang di beberapa cabang di Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Johor.

Mengulas lanjut, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tiada sesiapa yang boleh mempersoalkan kesetiaannya terhadap parti dengan ‘track record’ selama 14 tahun menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung.

“Orang tua macam saya ini lebih nostalgik bila cakap tentang sejarah parti, saya cuma mengajak semua pendokong parti supaya menganggap proses pemilihan ini satu proses demokrasi yang segar. Kalau ada tidak puas hati misalnya, saluran parti itu harus digunakan,” katanya.




BERKAWAN DENGAN PAS, BERSEDIA UNTUK ANDA DIKETEPIKAN BILA PAS NAMPAK ADA KAWAN LAIN YANG LEBIH BERGUNA


 Pertembungan dalaman Bersatu, cubaan Pas main kayu tiga, dua-dua bercakaran di Perak

Setiausaha AMANAH Perak Salman Saleh mendedahkan pertembungan dalaman Bersatu Perak, cubaan Pas bermain kayu tiga dan percakaran antara dua parti utama Perikatan Nasional dalam kempen pilihan raya kecil Ayer Kuning.


Pertembungan dalaman yang dimaksudkan melibatkan naib presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang lebih dikenali sebagai Peja dan Adun Sungai Manik Zainol Fadzi.

Faizal Azumu juga pengerusi Perikatan Nasional Perak.



“Pergaduhan antara Datuk Seri Faizal Azumu dan Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi bukan lagi rahsia. Zainol melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Bersatu Perak selepas berlaku perbalahan dengan Faizal, dan semalam secara terbuka melalui satu hantaran di Facebook, menempelak seorang “Mr. P”, yang secara umum difahami ditujukan kepada Faizal sendiri.


“Dalam hantaran tersebut, Zainol menyuarakan kekecewaan terhadap sikap tamak dan perebutan kuasa dalam partinya sendiri.

“Lebih memburukkan keadaan, hari ini Perikatan Nasional Perak menghantar surat rasmi kepada Speaker DUN untuk menukar tempat duduk Zainol dalam Dewan.



“Ini bukan lagi khabar angin, ia pengesahan rasmi bahawa krisis dalaman Bersatu sedang berlaku secara terbuka dan memalukan.

Salman turut mendedahkan pergolakan di dalam Pas dan cubaan Pas untuk bermain kayu tiga ekoran kedudukan Bersatu yang lemah.

“Pas juga bergolak dan tidak ada hala tuju di peringkat kepimpinan negeri. Razman Zakaria ketika ini sedang digantung jawatan Pesuruhjaya Pas Perak kerana tindak-tanduk dan kenyataan fitnah yang mencetuskan ketegangan.

“Keputusan ini memeningkan ahli dan penyokong, dan mencerminkan betapa Pas Perak kini sedang dalam krisis keyakinan dan kepimpinan.


“Jelas sekali, kedua-dua parti utama dalam PN Perak, Bersatu dan Pas sedang bermasalah, bercakaran, dan hilang arah.

“Dalam keadaan gabungan sendiri tidak stabil, bagaimana mereka mahu tampil ke hadapan untuk kononnya membawa kestabilan kepada rakyat Ayer Kuning?

“Lebih mengejutkan, dalam saat Bersatu runtuh, Pas pula ambil pendekatan lunak terhadap Umno. Tidak ada serangan yang jelas, sebaliknya peluru dihala kepada DAP dan AMANAH.

“Penganalisis politik juga mula menyebut, Pas sedang ‘berkira-kira’. Jika perlu berpatah balik, mereka sedia buat apa saja.

“Inilah politik main kayu tiga. Bila kawan goyah, musuh lama pun mula dirayu. Prinsip tidak penting, yang penting kuasa.”







JIKA BERKAWAN DENGAN PAS, AKHIRNYA MEREKA AKAN CUBA MERAMPAS KUASA JIKA PARTI RAKAN MULA NAMPAK LEBIH KUAT PENYOKONG


 Konflik kepimpinan Bersatu Perak yang meruncing

Konflik kepimpinan Bersatu di Perak begitu teruk sehinggakan timbalan presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin ditugaskan untuk meredakan ketegangan dalaman Bersatu Perak, lapor FMT.

Ia ekoran permintaan pertukaran kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Tindakan Ketua Bersatu Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menghantar surat kepada DUN untuk meminta Adun Sungai Manik Zainol Fadzi Paharuddin menukar kerusi dengan Adun Changkat, Jong Nadziruddin Bandi.


Faizal yang juga dikenali Peja berkata, permintaan menukar kerusi itu disebabkan Nadziruddin baru-baru ini dinaikkan pangkat sebagai setiausaha Bersatu Perak, jawatan yang dilepaskan Zainol.

Tetapi, beberapa bahagian Bersatu melihat langkah itu membenarkan Nadziruddin mengambil alih peranan Zainol sebagai pemangku ketua pembangkang selepas Razman Zakaria dari PAS digantung selama enam bulan.

Zainol duduk bersebelahan Razman dalam DUN Perak.



Ketua Bersatu Ipoh Timur Fadhli Ismail berkata beliau dan pimpinan bahagian lain berpendapat surat yang dihantar Faizal adalah secara sepihak.

Nadziruddin pula ialah Adun penggal pertama yang baru dilantik sebagai setiausaha Bersatu Perak.

Adun Kuala Sepetang, Ahmad Man, berkata Bersatu Perak mahupun Perikatan Nasional belum mengadakan mesyuarat membincangkan langkah pertukaran kerusi itu.



“Ini soal DUN, bukan isu parti semata-mata,” katanya sambil menambah Adun PAS pada awalnya tidak tahu mengenai cadangan pertukaran kerusi itu.





KESIAN PEMAIN KEDAH NI. BALIK BAWA IMEJ BURUK PERANGAI DAN KELAB DI MALAYSIA. DIA TAK KATA KEDAH SAJA.. DIA AKAN KATA KELAB DI MALAYSIA KAKI KENCIN.

 

Gino Marvela. 


Ketika imej kelab meningkat, dialah mendabik dada kunun di sebabkan dialah yg jaga. Tang nak bayar gaji, tolak sana sini. Jaga bole pun tak mampu. MB Nusi Ketongtang, satu apa pun tak buleh pakai! 🤣




RAKYAT TERENGGANU BAKAL DIKENCING LAGI...





Kenapa Semuanya 'Bakal' di Terengganu? Sudah bertahun-tahun kita mendengar pelbagai pengumuman megah berkaitan pembangunan di Terengganu. Dari pusat pembuatan pesawat, kilang makanan ternakan, pelaburan ladang ayam berteknologi tinggi, sehinggalah kepada hasrat menjadi pengeluar rusa Timorensis terbesar. Namun yang menjadi tanda tanya ialah satu perkataan yang sering berulang dalam setiap pengumuman tersebut, 'BAKAL'


Terengganu bakal jadi itu, bakal jadi ini - tapi sampai sekarang, banyak yang masih tinggal

dalam bentuk wacana, bukan realiti.

Penggunaan istilah bakal bukanlah asing dalam dunia media dan politik. la adalah gaya

bahasa selamat yang membawa harapan, tetapi tidak menjanjikan apa-apa. Dalam erti kata lain, jika projek tersebut tidak menjadi kenyataan, tidak akan ada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan kerana yang disebut hanyalah 'BAKAL' bukan 'AKAN'. Ini menjadi satu cara halus untuk menanam harapan di kalangan rakyat tanpa perlu memberikan komitmen penuh.


Di sebalik semua pengumuman itu, banyak projek sebenarnya masih dalam peringkat awal-

ada yang baru selesai kajian kebolehlaksanaan, ada yang menanti kelulusan bajet, malah ada yang bergantung kepada pelabur luar yang belum tentu komited. Birokrasi lambat, proses tender yang panjang, dan kadang-kadang masalah dalaman seperti tanah, alam sekitar, atau ketidaktentuan ekonomi turut melambatkan pelaksanaan projek-projek ini. 


Tambahan pula, musim pilihan raya sering menjadi waktu emas untuk pengumuman bersifat bakal. la berfungsi sebagai umpan untuk meraih keyakinan rakyat - menggambarkan kerajaan negeri atau wakil rakyat sebagai pihak yang aktif, progresif, dan berwawasan. Namun selepas pilihan raya berlalu, pengumuman itu senyap begitu sahaja. Apa yang tinggal hanyalah cebisan tajuk berita lama dan papan tanda projek yang berkarat di tepi jalan.


Terengganu juga sering dijadikan tapak eksperimen kerana kedudukannya yang strategik, tanah yang murah, dan suasana negeri yang aman. Namun dalam banyak kes, projek yang dirancang indah atas kertas gagal diterjemahkan dalam bentuk fizikal. Sama ada kerana kekangan kewangan, perubahan dasar kerajaan, atau tiada kesinambungan pelaksanaan, akhirnya projek-projek itu kekal dalam kategori 'BAKAL'.


Jika semua yang diimpikan itu benar-benar menjadi kenyataan, Terengganu hari ini sudah tentu menjadi sebuah negeri yang jauh lebih maju - dengan sektor aeroangkasa, pertanian moden, minyak & gas, serta pelancongan berteknologi tinggi yang pesat berkembang.


Namun, rakyat tidak boleh hidup dengan harapan semata-mata. Sudah tiba masanya janji-janji bakal ditukar kepada tindakan nyata.

Terengganu tidak boleh terus dibuai oleh angan-angan yang tidak berpenghujung.


#terengganu #malaysia #bakal #di #kencin #lagi

#TeguhPertahan #majuterengganuku



SEOLAH LETAK KOPIAH DI KEPALA LUTUT: KENYATAAN HADI TAK KENA PADA TEMPAT.







Kenyataan Hadi akan makan diri.

Ya, tidak dinafikan tentang ibrah yang diambil dari sirah peristiwa Rasulullah SAW dihalang melaksanakan umrah hingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah.


Menyamakan sirah Rasulullah SAW dihalang laksanakan UMRAH dengan PRK Ayer Kuning sangat tidak tepat.


Adakah Hadi gusar (sehingga keluarkan kenyataan), tentang kemungkinan ada pengundi PAS boikot tidak mahu keluar mengundi?


Ataupun Hadi risau PAS akan kehilangan sokongan lebih teruk di Ayer Kuning berbanding PRN sebelum ini?


Janganlah memperdagangkan ugama demi kepentingan sendiri. Di PRK Ayer Kuning PAS dan PN gagal seawal hari penamaan calon lagi. Selain itu penampakkan GAGAL terus kelihatan.

▪︎ GAGAL tarik sokongan dan dapat kecaman apabila naikkan sepanduk ntah apa-apa.

▪︎ GAGAL ketengahkan calon yang betul-betul berwibawa.

▪︎ GAGAL mainkan isu ladang khinzir apabila netizen naikkan semula cerita Razman ketika jadi exco tak buat apa-apa tindakan berkaitan ladang khinzir di ayer Kuning.

▪︎ GAGAL apabila pemuda PAS main sentimen cadangkan penyelesaian isu ladang babi dengan meminta orang kampung terjun  sungai yang ada saliran tahi khinzir.

▪︎ GAGAL kerana jentera PAS/PN tak sepadu dan semantap gabungan jentera BN/PH.

▪︎ GAGAL tarik sokongan Melayu dan TOTAL LOST dalam strategi tarik sokongan bukan Melayu.


Dalam bab tarik sokongan bukan Melayu, Calon PAS/PN,Abdul Muhaimin Malek sedang terbelenggu dengan cabaran menarik sokongan pengundi bukan Melayu dan pengundi muda. Strategi kempen yang terlalu menumpukan kepada isu-isu nasional dan retorik agama tidak cukup untuk menyaingi pendekatan inklusif BN-PH. 


Manakala dalam bab gabungan BN-PH menunjukkan kerjasama yang mantap.Kehadiran jentera bersama dan penyelarasan kempen yang berkesan telah meningkatkan keyakinan pengundi terhadap kestabilan perpaduan yang mana pengubdi yakin akan ada kesinambungan pembangunan di Ayer Kuning selepas 24 April ini. 


Gabungan BN-PH semestinya berjaya mengekalkan sokongan pengundi bukan Melayu, yang memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan pilihan raya.


Berbalik kepada kenyataan Hadi, dek kerana gagal panaskan isu ladang babi dan gagal (seperti mana dinyatakan di perenggan ata), maka PAS tiada jalan lain selain jual dan jual agama. Kali ini jual Ibrah sirah perjanjian Hudaibiyah. 


Hudaibiyah yang saya belajar semasa di SMKA Falahiah dulu adalah perjanjian damai. Umat Islam kena sabar dan kuatkan iman, kurangkan kemarahan. Dalam sirah itu Rasulullah Saw ajar kita bagaimana urusan perjanjian dan persefahaman dengan orang bukan Islam. 


Kita di Malaysia sangat harmooni, situasi tidak sama dengan kejadian semasa perjanjian Hudaibiyah.


Mungkin Hadi ingat kenyataan-kenyataan seperti itu akan meyakinkan pengundi untuk bertukar selera dengan memilih PAS/PN pada  PRK ini? Saya ingat tidak sama sekali. Ini kerana dalam satu ucapan calon Abdul Muhaimin jelas mengatakan mereka perlu menang bukan kerana kebajikan rakyat tapi hanya satu tujuan iaitu ingin menjatuhkan kerajaan negeri dan menggugat kerajaan persekutuan. 


- JK



PARTI AUTA SEMALAYSIA. TAK CAYA ? JOM DENGAR ...LOGIK NI WOIII..BUKAN AUTA.

 


PEMILIHAN PKR TERIMA BANYAK KEJUTAN

 

Pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berakhir pada Ahad menyaksikan pelbagai kejutan apabila banyak nama besar tewas di sebalik dakwaan berlaku penyelewengan dan keanehan dalam pemilihan.








Ini termasuk apa yang digelar fenomena pelik iaitu kumpulan tertentu menyapu bersih jawatan di peringkat cabang, namun calon ketua cabang mereka kalah.


Perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang isyarat atau mesej yang ingin ditunjukkan ahli-ahli parti itu kepada kepimpinan parti.


Malah ada yang menjangkakan pemilihan peringkat kepimpinan yang lebih tinggi juga bakal menyaksikan saingan yang cukup sengit.


link: https://www.sinarharian.com.my/article/724205/berita/politik/pemilihan-pkr-umpama-tsunami-politik-buat-parti


#SinarHarian #PartiKeadilanRakyat #PKR




MANA SANUSI NAK LETAK MUKA. KA MEMANG TAK TAU MALU.


 

SIAP LA KAU RAFIDAH


 

TUKAR KERAJAAN TUNTUT 41 JUTA.. TANAK JADIKAN KAWASAN SAWAH.


 

US ANCAM SYARIKAT CHINA AKAN DI KELUARKAN DARI BURSA SAHAM.. NESDAC.


 

KESALAHAN KIBAR JALUR GEMILANG DIANGGAP SATU KESALAHAN BESAR


 

ISU KETELUSAN PEMILIHAN BOLEH TANYA RABU INI


 

ADUN PAS JENGKA SERLAHKAN PEMIKIRAN MUNDUR



Dalam kemeriahan berbahas di dewan negeri sebentar tadi, YB PAS dari Jengka tidak ketinggalan turut serta. Beliau seperti biasa sehabis mungkin hendak membentangkan pelbagai isu hingga speaker terpaksa mengingatkan tentang masa.


Akibat terlalu banyak isu yang hendak dibawa beliau terpaksa mengkhusus kepada isu tempatan sahaja kerana kekangan masa. Seperti biasa, untuk tidak ketinggalan, beliau cuba menyentuh isu terpaling sensasi iaitu isu penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah di Pahang.  


Yang jelas, dalam pemikiran beliau yang berusaha untuk menyalahkan kerajaan dalam isu pencerobohan ini, beliau hadir dengan pelbagai usul dan cadangan. Beliau cuba menekankan perlunya jawatankuasa khas, RCI dan sebagainya untuk menguruskan isu ini.


Usul yang nampak cantik ini sebenarnya hanyalah retorik semata-mata. Tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Pahang untuk masalah ini jauh lebih terkedepan dan efisien. Penubuhan pelbagai kerangka kerja untuk menyelesaikan masalah ini hanya akan melewatkan masa dan meningkatkan kos dari segi pengoperasiannya.


Segalanya telah jelas dari sudut undang-undang bahawa para penceroboh haram ini telah melakukan kesalahan dan kerajaan negeri berhak ke atas tanah-tanah yang diceroboh itu. Jadi apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah cukup wajar dan tidak bertentangan dari sudut undang-undang. Tidaklah perlu YB Jengka untuk berfikir mundur ke belakang dalam menyelesaikan isu ini dengan pelbagai cadangan yang karut marut itu.


Mungkin apa yang keluar dari fikiran YB Jengka ini adalah hasil didikan pimpinan tertinggi PAS yang sentiasa berfikiran mundur. Benarlah seperti kata ramai netizen “nak mundur pilih PAS” atau #mundurbersamapas. 


KALAM INSAN.



CHINA NAK KONGSI TEKNOLOGI REE


 

MALAYSIA BERJAYA DIBAWAH PIMPINAN ANWWR


 

NASIB ANWAR- PADA HAL PIMPINAN LEBAI 33 BULAN TU KALAU LIHAT SATU APA PUN TAK JADI.


 

DIA SALAHKAN ORANG LAIN LA PULAK. DENGAR SAMPAI HABIS ISU ROYALTI


 

SIAPA AKHMAL SIAPA TAIK.


Abu Suffian Komander 


Setakat ni akmal sorang jer tidak layak digelar umdap. Sebab dia sorang jer ya g berani tegur dap. Tapi biasanya kalau dah terlalu lama berada dalam lubang taik akhirnya dgn dia pun org dah x kenal siapa akmal dan siapa taik. Maknanya sakning. Jangan marah. Tanya jer.  😁😁😁




WALAUN MACAI MAIN NARATIF. TANGKAP DIA KALAU DIA TAU BANYAK PASAL KOMENEH NI.

 RMS


Laporan awal tu dari  mana atau dari sumber rasmi.??

Jika ada mention sekali, jangan main naratif yang tak betul




Bertindak Tegas Terhadap Pihak Persenda Jalur Gemilang

 

Paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang mengundang kemarahan warganet di sebuah ekspo di Tingkat 3, Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur pada 17 April 2025.

PENDAPAT, 21 Apr – Dua insiden berkenaan isu paparan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit ketika liputan Lawatan Negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat, apa sudah jadi dengan nilai patriotisme dalam kalangan segelintir penggerak media terutama media berbahasa Cina.

Kesilapan sedemikian bukan sahaja dianggap sebagai kecuaian teknikal, malah boleh mencetuskan sensitiviti kerana ia melibatkan simbol rasmi negara yang seharusnya dihormati dan dipaparkan dengan tepat.

Terbaharu, insiden melibatkan sebuah reruai (booth) di TCE Baby Expo yang berlangsung di Dewan Ekspo sebuah pusat membeli-belah di ibu negara pada Khamis turut melibatkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit mendorong laporan polis dibuat bagi menggesa pihak berkuasa bertindak tegas.

Insiden ini sepatutnya boleh dielakkan sekiranya organisasi media lebih teliti dalam menghasilkan kandungan termasuk ilustrasi atau grafik supaya ia tidak mempersendakan lambang perpaduan dan imej negara.

Imej ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan Kwong Wah Daily dan Sin Chiew Daily yang mencetuskan perasaan kurang senang pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 16 April 2025. Foto KDN

Ingatlah, Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, ia melambangkan kedaulatan, perpaduan serta identiti negara sama ada secara zahir atau pun dalam diri kita sendiri termasuk teguran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang murka dengan insiden berkenaan.

Ketiadaan elemen penting seperti bulan sabit yang melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan memberi gambaran seolah-olah aspek penting Perlembagaan Persekutuan diabaikan kerana ada dua akta berkait iaitu Seksyen 3(1)(a) Akta 414, yang melarang penggunaan atau paparan lambang yang ditetapkan tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri dan Seksyen 3 Akta 193 yang mengawal paparan lambang kebangsaan.

Dalam situasi yang melibatkan kunjungan rasmi pemimpin negara luar seperti Presiden China, ketelitian dalam penyediaan bahan media menjadi lebih penting dan lebih teliti, bukannya dilakukan secara sambil lewa atau sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengkritik penerbitan itu dengan bertitah bahawa pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Sebarang kesilapan bukan sahaja mencalarkan imej negara di persada antarabangsa malah boleh menjadi bahan ketawa pihak luar kononnya kerajaan tidak bertindak tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Justeru, langkah Kementerian Komunikasi mengadakan sesi taklimat khas kepada organisasi media dan unit komunikasi korporat bagi memperjelas tatacara yang betul dalam penggunaan Jalur Gemilang amat tepat pada masanya.

Organisasi media perlu memastikan prosedur semakan dua kali atau lebih dilakukan sebelum sesuatu grafik atau visual disiarkan terutama dalam acara berprofil tinggi seperti lawatan negara Presiden China.

Penglibatan editor, penyelaras kandungan dan penyelaras penerbitan sama ada bahan bercetak atau di platform media sosial dalam setiap proses penghasilan bahan visual perlu dijadikan amalan standard.

Ketelitian dalam perkara sekecil ini mencerminkan tahap profesionalisme dan tanggungjawab media dalam menjaga maruah serta sensitiviti rakyat dalam negara.




Jangan Gopoh Hukumkan Isu Agama, Tunggu Penjelasan Mufti – Mohd Na’im

 


Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, hukum agama merupakan perkara yang memerlukan penelitian mendalam, kefahaman menyeluruh serta disiplin ilmu yang tinggi dan perlu dirujuk kepada mufti. Foto Facebook Dato’ Setia Dr. Na’im

PUTRAJAYA, 21 Apr – Masyarakat dinasihati agar tidak terburu-buru mengeluarkan pandangan berkaitan hukum menunaikan ibadah haji semasa musim pilihan raya berbanding tanggungjawab mengundi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, hukum agama merupakan perkara yang memerlukan penelitian mendalam, kefahaman menyeluruh serta disiplin ilmu yang tinggi dan perlu dirujuk kepada mufti.

Menurutnya, adalah amat penting untuk masyarakat menjaga ketertiban dan tidak mencetuskan kekeliruan yang boleh mengganggu keharmonian apatah lagi melibatkan ibadah yang merupakan rukun Islam serta proses demokrasi penting bagi negara.

“Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada pihak mufti serta institusi berwibawa untuk memberikan pandangan dan penjelasan berdasarkan hukum syarak dan konteks semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Sebelum ini, Presiden Pas Abdul Hadi Awang memberi isyarat supaya masyarakat Islam di negara ini mengutamakan kemenangan politik selain perlu menangguhkan hasrat menunaikan ibadah umrah dan haji.

Tegasnya ketetapan berkenaan dibuat dengan mengambil ibrah daripada peristiwa Rasulullah SAW dihalang melaksanakan umrah hingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah.

PRK Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional, Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia, Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 26 April manakala pengundian awal pada 22 April.



HADI AWANG KELUAR DALIL PRK AYER KUNING.. BETUL KE UNDI LEBIH PENTING?

PRK Ayer Kuning : Kalau pembangkang tak boleh ditegur petandanya parah

SIDANG MEDIA- KHALID SAMAD SAMAN RAFIDAH MEMFITNAH RAFIDAH SOKONG ANNUAR MUSA DAN PERI...



Sidang Media oleh Tn Hj Khalid Samad berkenaan isu saman Rafidah Ibrahim, Ron 95 guna IC / plet kenderaan dan bilakah sidang media Johari Ghani? di Restoran Line Clear, Kg Baru, KL. 21hb April 2025(Isnin)



BERSATU SOKONG PMX ? ABAH PN & PMX AKHIRNYA BERDAMAI ?

‘Saya cabar menteri wilayah, JPPH beri penjelasan isu pampasan tidak munasabah’





Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa serta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dicabar untuk memberikan penjelasan mengenai jumlah pampasan tidak wajar yang diberikan kepada penduduk Kampung Sungai Baru.


Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, pampasan RM450 kaki persegi adalah sangat rendah dan tidak munasabah, berbanding penilaian JPPH untuk tanah bersebelahan iaitu kawasan tanah MAS yang ditetapkan RM1,000 sekaki persegi semasa era Pakatan Harapan (PH).

“Saya nak cabar untuk menjelaskan kenapa penilaian Kampung Sungai Baru begitu rendah berbanding penilaian dibuat mereka terhadap tanah MAS.

“Ini satu kecelaruan dan tak munasabah yang sehingga hari ini tak dijelaskan,” kata Khalid.

Dalam perkembangan lain, Khalid mengalu-alukan sidang media yang akan diadakan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.


Beliau berkata, sepatutnya Johari sejak awal lagi perlu terlibat dalam isu ini kerana ia berada di kawasannya.



Beliau mahu tahu apa penjelasan Johari dalam isu ini dan apa langkah yang telah dilakukannya dalam membela penduduk yang teraniaya.


“Saya alu-alukan. Memang sepatutnya dari awal dia terlibat kerana ini kawasan dia. Kita nak penjelasan beliau.


“Saya nak tahu apa Johari Ghaani lakukan untuk mmbela nasib penduduk dan saya menunggu-nunggu penjelasan yang akan dibuat kerana dia Ahli Parlimen Titiwangsa,” ujarnya lagi.




BARU ADA AKAL- KALI INI KHADLID SAMAD SAMAN RAFIDAH ISU FITNAH HAPUS TANAH MELAYU DI SG BARU MALAH SELURUH KAMPUNG BARU.


 Isu Kg Sg Baru: Khalid Samad saman Rafidah Ibrahim kerana memfitnah

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad memfailkan tindakan undang-undang terhadap Rafidah Ibrahim atas dakwaan memfitnah.

Khalid berkata, peguamnya telah pun menghantar notis tuntutan ke alamat kediaman Rafidah, menuntut tiga perkara iaitu permohonan maaf, penarikan balik tuduhan dan bayaran ganti rugi.

Pempengaruh itu didakwa memuat naik hantaran fitnah di TikTok, menuduh Khalid mahu memansuhkan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS).



Dia juga menuduh bekas menteri itu ingin menghapuskan tanah rizab Melayu bukan sahaja di Kampung Sungai Baru, tetapi di seluruh Kampung Baru.

Khalid berkata, tindakan saman terpaksa diambil berikutan tuduhan dibuat merupakan tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab.

‘Walaupun orang kata dia buat TikTok menarik tapi fakta semua kelaut. Nampak macam dia tak faham apa dia cakap. Orang di sebalik masalah di Kampung Baru iaitu Tan Sri Annuar Musa dia puji pula.



“Untuk hentikan perkara ini saya tak ada pilihan kerana tuduhan dibuat liar, tak bertanggungjawab dan saya terpaksa saman dia. Kalau tak dia akan teruskan,” katanya dalam sidang media sebentar tadi

Khalid sejak tahun lalu mengadakan banyak pertemuan dengan penduduk Kampung Sungai Baru, menuntut pampasan yang sewajarnya dari kerajaan Persekutuan.

Dalam tempoh itu, bekas menteri sewaktu Perikatan Nasional (PN) mentadbir, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Annuar Musa terus mendiamkan diri.

Akta Pengambilan Tanah 1960 dilakukan ketika PN memerintah. Namun Annuar Musa dan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin menafikan penglibatan mereka.


“Isu ni tiba-tiba jadi hangat. Masa ianya berlaku semua diam hanya saya seorang je yang membantah dalam Parlimen. Lepas PRU pun saya buat. Sekarang ni bila flat-flat dirobohkan barulah muncul hero-hero seolah-olah baru bangun tidur,” ujarnya.





JAKIM DAN MUFTI WILAYAH AKAN PANGGE TOK GURU MARANG



 Kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa kemenangan politik lebih utama berbanding menunaikan umrah dan haji mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).



Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya kini dalam dalam tindakan meneliti kenyataan tersebut bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak berautoriti berkaitan.


#malaysiagazette #fatwa #hadiawang #Jakim


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com