TRUMP KATA PINDAH, ANWAR MATA KITA BINA SEMULA GAZA MELALUI WAKAF DAN DERMA.


 Trump kata..pindahkan semua rakyat Palestin ke tempat lain. 








PMX Anwar kata..kita bina Bandar Malaysia di Gaza.


Kenyataan PMX adalah penting sekaligus menolak gesaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.


PMX juga dilihat sebagai pemimpin utama Islam dalam soal Palestin, dan sebab itu Jepun minta untuk Malaysia ketuai bersama dana pembangunan Palestin dari ASIA TIMUR.


Maksudnya dana besar bukan dari Malaysia..tapi dari negara Asia Timur.


Bandar Malaysia pula bukan dana dari wang cukai rakyat Malaysia..


Tapi dari derma dan waqaf.


Nak sumbang...silakan..tak nak tak apa..


Jangan hanya tahu nak kecam..

Bersyukur lah dengan nikmat keamanan dan kemakmuran ekonomi yang Allah kurniakan kepada negara kita.


Fairul al Qasas



APA ITU MASYARAKAT MADANI- INI PENJELASANNYA.

 


NAMPAK.. PUNYA LA PURA PURA... NAK UNDI JA KOT. SAMPAI MERAPU CAM GINI.

 


JEMPUTAN MEDIA - ADUAN POLIS & ADUAN SKMM TERHADAP LAW YIAK KWANG (MCA JOHOR) KERANA HINA ISLAM, PERSENDA PERDANA MENTERI MALAYSIA & CUBAAN CETUS ISU PERKAUMAN AGAMA DAN ANTARA PARTI KOMPONEN KERAJAAN


 JEMPUTAN MEDIA -


ADUAN POLIS & ADUAN SKMM TERHADAP LAW YIAK KWANG (MCA JOHOR) KERANA HINA ISLAM, PERSENDA PERDANA MENTERI MALAYSIA & CUBAAN CETUS ISU PERKAUMAN AGAMA DAN ANTARA PARTI KOMPONEN KERAJAAN


Maka saya merujuk pada beberapa muat naik status muka buku (FB) yang telah dibuat oleh ahli MCA Johor Pasir Gudang (?) bernama Law Yiak Kwang (melalui dua buah akaun FB) yang dilakukan oleh beliau beberapa hari lalu termasuklah yang dikongsi sejak November 2024 (Status - gambar - video TikTok).


Ternyata semuanya adalah dengan jelas bertujuan menghina agama Islam, cubaan merosakkan imej Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan integriti Kabinet dengan pelabelan negatif terbuka terkini apabila mempertikaikan berhubung pengumuman Kerajaan Malaysia yang prihatin mahu turut serta memberi bantuan membina semula Gaza Palestin, serta berniat mahu mencetuskan provokasi antara kaum dan agama dengan melibatkan / memburukkan beberapa pimpinan utama parti DAP sebagai sasaran politik serangan sempit beliau dalam media sosial.


Kesemua bukti-bukti muat naik status beliau (lebih daripada 20) yang biadap dan keterlaluan termasuklah menggunakan kata-kata kesat akan dilampirkan dan dipaparkan setelah aduan polis dilakukan.


Oleh itu satu laporan polis akan dilakukan pada hari ini Jumaat 31 Januari jam 3 petang di IPD Sentul.


Dijemput semua media untuk hadir bersama membuat liputan.


Rozan Azen Mat Rasip

0162154728 / 01121326782

Naib Ketua KEADILAN

Cabang BATU WP


*Jumaat 31Januari 2025*



SEMOGA PBT IKUT LANGKAH DBKL DALAM ISU TAPAK BAZAAR RAMADHAN

 

Mohd Norazlan. 


Semoga diikuti oleh PBT lain di seluruh negara demi kebaikan pengurusan dan pengurangan kos kepada peniaga kecil.



Diharap ianya akan turut meliputi Pasar Malam dan Uptown serta lain-lain tapak niaga di tempat awam di seluruh negara.


Peniaga yang menjual tapak niaga diambil tindakan tegas kerana penyelewengan.


Fenomena peniaga payung terjun yang menyelit secara haram dibanteras.


Para peniaga yang berasa berlaku penyelewengan pengurusan oleh pihak PBT boleh sahaja melaporkan kepada pihak SPRM untuk siasatan, beserta bukti kukuh.


Budaya samseng di tapak niaga dihapuskan  secara tuntas oleh pihak PDRM.



HAAAAA.. PEMIMPIN MELAYU KENA PILIH YANG BODO, KAKI FITNAH, SEMBANG BABI PUN TERBANG... BARU MAJU MELAYU... CUBA PI BELAH GUNUNG SEMANGGOL.. BERAPA BANYAK KAWASAN TU JUTAWAN, RUMAH SEMUA BANGLO KAWASAN TU..


 

KENA PILIH ORANG MACAM NI... KERJA TAKUTKAN MELAYU. NI NAK HANTAR KE JORDAN BAGAI.

 


Mangsa Banjir Terus Meningkat, PM Anwar Arah Perkemas Koordinasi NADMA

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus meningkat dengan keseluruhan 10,647 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu setakat 6 petang tadi.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,718 orang daripada 1,825 keluarga berbanding 5,385 orang pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, kesemua mereka ditempatkan di 49 PPS di negeri itu dengan Bintulu merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 1,888 orang, diikuti Serian (1,501) dan Tatau (1,045).

Sebuah pikap mengharungi banjir di Jalan Stabau-Durin yang merupakan antara jalan di pinggir Bandar Sibu ditenggelami banjir pada Khamis. Foto Bernama

Di SABAH, jumlah mangsa di negeri itu meningkat kepada 3,929 mangsa daripada 1,365 keluarga pada petang ini berbanding 2,240 mangsa pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan 29 PPS dibuka di 10 daerah dengan Kota Marudu menjadi daerah paling ramai mangsa banjir iaitu 2,355 orang.

Ia diikuti Pitas dengan 379 mangsa, Lahad Datu (316), Telupid (243), Beluran (177), Kota Belud (162), Sandakan (118), Beaufort (102), Tongod (54) dan Paitan merekodkan 23 penduduk terjejas.

Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkukuh jentera dan koordinasi berikutan situasi banjir di Sabah dan Sarawak yang semakin memburuk.

Beberapa rumah ditenggelami banjir dari limpahan air dari Sungai Labuk akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu di Kampung Ganah Jati, Telupid, Sabah ketika tinjauan pada Khamis. Foto Bernama

Perdana Menteri berkata, keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.

“Berdukacita menerima perkhabaran situasi banjir yang semakin buruk di Sabah dan Sarawak, saya zahirkan simpati pada ribuan saudara kita di sana yang terkesan dengan bencana ini.

“Saya juga mengarahkan NADMA memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Anwar turut memaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri di kedua-dua negeri terbabit turut diarah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas, dapat menjalani peperiksaan dengan selamat dan kondusif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.

Selain itu, Anwar turut mengarahkan Skuad Ihsan MADANI turun membantu mangsa banjir di PPS serta bersiap siaga bagi penugasan pasca banjir.

“Moga semua mangsa yang terkesan diberi kesabaran dan ketabahan sepanjang tempoh musibah ini melanda,” katanya.



TERKINI: Bantuan Awal Banjir RM1,000 Kepada KIR Berdaftar Di PPS

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.

BINTULU, 30 Jan – Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Bantuan itu adalah komitmen kerajaan Persekutuan dalam membantu meringankan beban mangsa yang berdepan situasi mencabar akibat bencana banjir.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai bantuan lain yang diperlukan setelah mendapat laporan penuh daripada bahagian jawatankuasa bencana daerah.

Beberapa rumah ditenggelami banjir dari limpahan air dari Sungai Labuk akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu di Kampung Ganah Jati, Telupid, Sabah ketika tinjauan pada Khamis. Foto Bernama

Fadillah turut menasihatkan mangsa banjir supaya mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan bantuan sewajarnya dapat disalurkan.

Mangsa banjir juga diminta mendaftar dengan pusat pemindahan dan menghubungi pejabat daerah ataupun pejabat residen untuk mendapatkan bantuan.


Patut semua orang ini saman dia ni. Rupanya ramai lagi kena kutuk dalam video penuh ucapan Razman




 

Video ucapan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang berdurasi lebih panjang sekitar enam minit tular di media sosial selepas beliau mendakwa ucapannya memfitnah Hannah Yeoh sebenarnya telah ‘dipotong’.


Dalam video itu, banyak perkara yang dibangkitkan Adun Gunung Semanggol itu termasuk memetik nama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri KPKT Nga Kor Ming.


Dalam ucapan itu, beliau mendakwa Kor Ming akan meneruskan dasar penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.


“Hari ini menteri KPKT Nga Kor Ming telah menyatakan dia akan meneruskan dasar penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. Apa tujuannya? Nak jual arak dekat orang Melayu ke? Dia tidak boleh membuat dasar itu kalau Zahid dengan Saarani tak sokong,” katanya.


Hasil semakan, Kor Ming hanya menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengekalkan ‘status quo’ berhubung jualan minuman keras di premis perniagaan tertentu atas tujuan keadilan.

Beliau berkata, ketetapan itu bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum selain mengelak dijadikan sentimen politik.


Sementara itu dalam ucapan sama, Razman juga didengar menempelak Kor Ming dalam isu sambutan Krismas di kementeriannya.


Untuk rekod, kakitangan KPKT yang terlibat menyanyikan lagu Krismas adalah pegawai dari Sabah dan Sarawak, yang majoritinya berketurunan Kadazan yang meraikannya.


Selain itu wakil rakyat Pas berkenaan turut menyentuh tentang isu bendera terbalik dan bendera China yang beberapa kali menjadi kontroversi.


“Selepas dia jadi menteri apa dia buat? Dia anjurkan Sambutan Hari Krismas, ajak orang Melayu kita menyanyi lagu hari Krismas sedangkan ini tidak boleh orang kita menyambut bersama-sama.

“Apabila mereka (DAP) jadi menteri, berlaku pula bendera terbalik. Apa tujuannya bendera Malaysia terbalik? Tak pernah berlaku.


 Sebaliknya mereka mengibarkan bendera China. Betul ke tak betul?


“Bendera kita terbalik, bendera China dikibar dengan meluas,” katanya.


Video itu kemudian disusuli dengan fitnah terhadap Hannah Yeoh.

Ia menarik perhatian ramai yang menganggap cubaan tindakan pemimpin Pas itu menanam jarum kebencian sudah berjaya.


Mereka juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pemimpin Pas itu yang dianggap melampau menyebarkan sentimen perkauman dan kebencian.






Pas perlu mengamalkan apa yang ia sarankan tentang kepelbagaian

 


Pas perlu ingat bahawa rasa hormat perlu diperoleh dan bukan dipaksa ke atas orang lain. Rasa hormat juga perlu dua hala dan bersifat timbal balik.


Aliran mengalu-alukan seruan terbaru Pas kepada semua pihak di Malaysia untuk memperjuangkan sikap saling menghormati antara komuniti dalam usaha kolektif kita memupuk keharmonian dan perpaduan nasional.

Mesej Tahun Baru Cina parti itu menekankan bahawa kepelbagaian, rasa hormat dan persefahaman adalah penting untuk masa depan negara.

Setiausaha agung Pas Takiyuddin Hassan berkata dialog akan membantu menyelesaikan tindakan yang menjejaskan hubungan antara agama.

Menurutnya, beberapa isu melibatkan ajaran, hukum-hakam dan keperluan diet umat Islam dapat dielakkan sekiranya semua pihak saling menghormati dan memahami batas-batas sensiviti setiap kumpulan dalam masyarakat.

Kenyataan ini mungkin merujuk secara tersirat kepada kontroversi baru-baru ini seperti isu label ‘ham’ KK Mart di kampus Universiti Malaya.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Nampaknya parti itu ingin bukan-Islam menghargai sensitiviti orang Islam, seperti larangan pemakanan mereka.

Walau bagaimanapun, demi keadilan dan muhibah, Pas perlu ingat bahawa rasa hormat perlu diperoleh dan bukan dipaksa ke atas orang lain. Rasa hormat juga perlu dua hala dan bersifat timbal balik.

Lihat bagaimana sesetengah ahli politik Pas telah memfitnah ahli politik lain, terutamanya dari DAP. Ini telah menimbulkan tahap kecurigaan dan perasaan tidak senang dalam masyarakat.

Ia juga tidak membantu apabila orang bukan-Islam secara kolektif dipersalahkan atas rasuah yang berleluasa dalam negara. Ingat bagaimana pada 2022, presiden Pas Hadi Awang mendakwa bahawa orang bukan-Islam dan bukan-bumiputera membentuk majoriti “akar rasuah”.

Dakwaan sedemikian tidak sama sekali mencerminkan rasa hormat dan persefahaman bersama. Tentunya, rasuah tidak terhad kepada sesetengah orang bukan-Islam tetapi merentasi semua kumpulan etnik. Rujuk kepada kleptokrat terkenal di peringkat global yang kini berada dalam penjara.

Perpaduan etnik dan rasa kepunyaan juga mungkin terjejas apabila Hadi mendakwa bahawa sikap acuh tak acuh pengundi Melayu telah membolehkan golongan minoriti dan ‘liberal’ mengambil alih kuasa politik dalam pilihan raya umum 2022.

READ MORE:  Pas should practise what it preaches about diversity

 

Mungkin, parti itu perlu mengikuti nasihat sayap pemudanya, yang mengatakan bahawa kepelbagaian membolehkan kita mempelajari perbezaan antara satu sama lain.

Kepelbagaian bukan sahaja perlu dihargai antara komuniti etnik tetapi juga dalam komuniti tertentu untuk memastikan keterangkuman dan rasa hormat bersama dalam masyarakat.

Pelbagai ritual keagamaan, tradisi dan amalan budaya komuniti yang berbeza di negara ini, termasuk penduduk migran, harus dihormati kerana ini akan memperkaya masyarakat. Tiada siapa harus disasarkan atas sebab perbezaan tersebut.

Seperti yang tepat dinyatakan oleh sayap pemuda Pas, kita mesti belajar untuk meraikan perbezaan kita, dan bukannya membiarkan ia menjadi punca perpecahan.

Inilah yang telah dikatakan oleh banyak kumpulan masyarakat sivil seperti Aliran – bahawa kepelbagaian adalah aset yang harus kita raikan dan hargai di Malaysia yang berbilang etnik.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
30 Januari 2025

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.


AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.      Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.    Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.    Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.    Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.     Lawan rasuah dan kronisme

 

(PART 1) PERJUMPAAN PMX DGN WARGA JPM BULAN JANUARI 2025




(PART 2) : PERJUMPAAN PMX DGN WARGA JPM BULAN JANUARI 2025





WAN SAIFUL TERKANTOI ! PUKUL BALIK MULUT SENDIRI !

Malaysia negara kaya & banyak menyumbang.

 

Mohd Fairul Al Qasas







Malaysia negara kaya & banyak menyumbang.


1. Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal banyak membantu negara-negara miskin.


2. Usaha membantu negara miskin ini dilakukan oleh kerajaan terutamanya kawasan umat Islam contohnya program vokasional di Kemboja, Selatan Thai dan Mindanoa. 


3. Pihak kerajaan juga menyumbang kepada pembinaan semula Bosnia dan Palestine dan mungkin beberapa negara Islam lain.


4. Rakyat Malaysia juga menjadi antara penyumbang terbesar terhadap pembangunan Kemboja, Selatan Thai, Acheh, Mindanoa, Bosnia, Palestin, Somalia dll.


5. Bantuan Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam melalui derma secara langsung atau ibadah qurban, akikah dan wakaf perigi serta pembinaan Masjid dan pusat pengajian agama.


6. George Soros seorang konspirator Yahudi dikatakan menyerang ekonomi Malaysia kerana terkedepannya kerajaan dan rakyat Malaysia dalam membantu umat Islam diluar sana.


7. Saya pernah terbaca seorang rakyat Pakistan yang begitu kagum akan Malaysia,  namun kecewa apabila datang ke Malaysia dan menyedari yang kekayaan negara ini majaroti nya milik bangsa asing.


8. Tun M semasa pemerintahannya telah berjaya menarik banyak pelabur masuk buka kilang di Malaysia. Mereka dapat Insentif pengecualian cukai. Tapi baiknya rakyat Malaysia dapat pekerjaan. 


9. Rakyat yang dapat kerja ini lah mampu keluar dari garis kemiskinan dan menyumbang pula kepada umat Islam diluar negara.


10. Ini termasuklah pekerja-pekerja McD dan seangkatan nya. Mereka dapat kerja, ada pendapatan, menyumbang kepada cukai dan juga menderma untuk yang memerlukan.


11. Jadi walaupun kekayaan di Malaysia itu milik bangsa asing banyaknya termasuk rakyat bukan Islam, tetapi rakyat yang bekerja mampu untuk jadi penyumbang dengan hasil gaji yang dimiliki.


12. Ini mengingatkan saya satu peristiwa zaman Nabi Muhammad s.a.w dimana bukan semua pemuda wajib ke medan perang.

Ada yang diminta tinggal kerana keilmuan mereka dan ada diminta untuk kekal di kampung menjaga ibu bapa yang tua.


13. Ada juga ayat al-Quran berkenaan tersebut,

Maksudnya: “Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).”


(Surah al-Taubah: 122


14. Dalam konteks Malaysia yang jauh dari Palestine, cukup Malaysia menghantar bantuan duit dan keperluan berbanding menghantar tentera, apatah lagi jika negara jiran Palestine sendiri tidak memberikan kerjasama, kerana peperangan memerlukan pangkalan. Pangkalan mesti dekat dan mudah menghantar bantuan. 


15. Untuk menjadi penyumbang duit dan barang keperluan, rakyat Malaysia mesti terus bekerja dan ekonomi mesti bagus. Oleh itu Malaysia tidak boleh mencipta musuh terutamanya dari kuasa ekonomi. Contohnya USA yang jelas pro-Israel dan India.


16. Jika alasan kita rezeki Allah itu luas, dan melibatkan juga soal akidah(percaya pada rezeki) jadi mengapa negara-negara Islam yang kurang pelabur, rakyatnya tidak bekerja miskin dan tidak mampu menyumbang?


17. Para pekerja yang mencari makan di McD dll itu bukanlah tidak cakna dan bukan pembunuh warga Palestine. Ekonomi dan politik  Malaysia yang unik. Dimana di Malaysia kita tidak akan menutup perniagaan seperti Starbucks walaupun mereka istihar sokongan kepada Israel kerana 45% warga bukan Islam masih boleh menghidupkan perniagaan ini.


Oleh itu para pekerja muslim di sektor ini masih boleh terus berjihad dengan menyumbang kepada perjuangan pembebasan Palestine. 


Penutup.


Malaysia perlu terus berusaha menjadi kuasa ekonomi di rantau ini dan sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan kuasa ekonomi lain termasuk pembekal makanan seperti India walaupun mempunyai perbezaan Ideologi, agama dan politik.


Terima kasih. 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



KENAPA MUHYIDDIN SEKOLAHKAN RAZMAN ZAKARIA? ADAKAH KATA KATA MUHYIDDIN I...


Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan menyemak fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada khalayak umum. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada arahan melarang mana-mana pemimpin parti komponen itu bersuara, namun langkah itu bagi mengelak masalah yang tidak diingini. “Tiada perkara seperti arahan larangan bersuara, tetapi saya mengharapkan ahli memastikan bahawa apabila mereka bercakap, mereka menyemak fakta terlebih dahulu dan (kenyataan itu) tidak sepatutnya menimbulkan masalah yang tidak perlu. “Saya tidak memihak kepada sesiapa. Tambahan, dalam musim Tahun Baharu Cina ini, kita perlu menekankan perpaduan nasional dan pemahaman yang lebih baik antara kaum di Malaysia. “Ini adalah masa untuk rakyat Malaysia kembali bersatu dan negara ini adalah untuk semua. Selagi kita warganegara Malaysia, kita harus menghormati sentimen satu sama lain. Ini adalah cerminan Perikatan bahawa kita adalah masyarakat berbilang kaum,” kata Muhyiddin ketika sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan di Kuala Lumpur. Ia susulan kenyataan terbaharu dibuat Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mencetuskan kontroversi apabila membabitkan beliau sebagai anak kepada Pengasas Kumpulan YTL, mendiang Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay.





SANUSI- DEPAN MELAYU CAKAP LAIN.. DEPAN CINA MENGAKU KETURUNAN CINA....

 


Malaysia negara ASEAN pertama bakal bangunkan Bandar Wakaf di Gaza



 

Malaysia bakal mencipta sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang bakal membangunkan Bandar Wakaf di Gaza melalui Projek Bandar Wakaf Malaysia yang akan dilancarkan selepas bulan Ramadan.


Projek berimpak tinggi ini berada di bawah naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras dengan peranan beliau sebagai peneraju ASEAN yang menekankan solidariti dan pembelaan terhadap rakyat Palestin.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Datuk Sani Araby, pembangunan wakaf pertama ini mampu dijadikan model dan contoh di peringkat global.


Beliau yang juga Pengarah Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, berkata, beliau optimis projek high-impact ini dapat dibangunkan dengan sokongan langsung perdana menteri, dan menteri Kabinet termasuklah badan korporat dan juga rakan NGO .



“Pembangunan bandar wakaf ini bukan sekadar inisiatif bantuan, tetapi model pembangunan wakaf pertama Malaysia di bumi Palestin yang boleh dijadikan contoh di peringkat global.


“Ini adalah himpunan hati dan solidariti Malaysia merangkumi semua bangsa dan agama yang menjayakan untuk bina semula Gaza,” katanya.


Keseluruhan anggaran kos dijangkakan berjumlah RM120 juta untuk projek dengan pemberian tanah wakaf seluas 87 ekar yang telah dimeterai perjanjian pada Februari 2023.


Sehingga kini pihak sekretariat sudah pun menerima persetujuan wakaf bernilai RM40 juta.


Sani Araby berkata, pengalaman MAPIM serta rakan sinergi CGM, Gagasan MyAqsa Defender telah berjaya membina 10 buah masjid di Gaza serta membantu membaik-pulih semula hospital dan sekolah yang menjadi pengalaman penting untuk kesinambungan projek ini.


“Malaysia telah lakarkan sejarah berjaya menghantar bantuan kemanusiaan siri demi siri dari ops ihsan, MAPIM hinggalah misi-misi khas termasuk merawat keluarga Gaza di Malaysia dan mengeluarkan keluarga Nadir Al-Nuri.


“Kami komited dalam membangunkan semula Gaza dengan konsep wakaf yang mampan dan jangka panjang. Ini adalah langkah ke hadapan dalam usaha kita memastikan rakyat Palestin dapat kembali menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Mengenai Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza


Majlis pelancaran rasmi projek ini akan diumumkan dalam masa terdekat dan dijangka menjadi satu peristiwa bersejarah dalam hubungan diplomasi dan kemanusiaan Malaysia-Palestin.


Projek ini juga bakal memperkukuh agenda Malaysia MADANI yang menekankan keprihatinan terhadap isu global, khususnya dalam memperjuangkan keadilan dan hak asasi manusia di Palestin.


Untuk rekod, projek ini melibatkan pembinaan 14 blok apartmen wakaf mewakili semua negeri dalam Malaysia, sebuah masjid berkembar dengan Masjid Shah Alam, sebuah sekolah Malaysia, taman rekreasi, 56 unit premis perniagaan di bawah program Mikro-Kredit Khardul Hasan, sebuah klinik kesihatan, serta menara tangki air, menjadikannya satu ekosistem pembangunan yang lengkap dan mampan.


Beberapa komponen utama dalam pembangunan ini telah disumbangkan oleh pelbagai pihak termasuk:


✅ Masjid Berkembar Shah Alam, Apartmen Wakaf Selangor, dan Menara Tangki Air – diwakaf oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebahagian daripada komitmen negeri dalam membantu membangunkan semula Gaza.


✅ Sekolah Malaysia di Bandar Wakaf Gaza – diwakafkan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM) yang diketuai oleh Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri, yang juga dilantik sebagai Timbalan Pengarah Projek Bandar Wakaf Malaysia-Gaza.


✅ Malaysia Central Kitchen dan Apartmen Wakaf Putrajaya – Ditaja oleh JAKIM dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), dengan penglibatan langsung Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sebagai pusat makanan komuniti yang akan menyediakan bantuan makanan harian kepada penduduk Gaza.


✅ Apartmen Wakaf oleh Negeri-Negeri Lain – Kerajaan negeri Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Melaka, dan Pulau Pinang telah bersetuju untuk sinergi wakaf di Gaza sebagai sebahagian daripada inisiatif ini.






KISAH DEMONTRASI.


 

Hamzah kena saman RM15 juta? Sabah bergegar…

KECOH PASAI BENDERA PULAK DAH..


 

KUAT TEMBERANG


 

PATUT MEREKA SAMAN RM1 BILLION KEPADA RAZMAN! RUPANYA ADA BEBERAPA INDIV...



Video ucapan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang berdurasi lebih panjang sekitar enam minit tular di media sosial selepas beliau mendakwa ucapannya memfitnah Hannah Yeoh sebenarnya telah ‘dipotong’.
Dalam video itu, banyak perkara yang dibangkitkan Adun Gunung Semanggol itu termasuk memetik nama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri KPKT Nga Kor Ming.
Dalam ucapan itu, beliau mendakwa Kor Ming akan meneruskan dasar penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. “Hari ini menteri KPKT Nga Kor Ming telah menyatakan dia akan meneruskan dasar penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. Apa tujuannya? Nak jual arak dekat orang Melayu ke? Dia tidak boleh membuat dasar itu kalau Zahid dengan Saarani tak sokong,” katanya.
Hasil semakan, Kor Ming hanya menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengekalkan ‘status quo’ berhubung jualan minuman keras di premis perniagaan tertentu atas tujuan keadilan. Beliau berkata, ketetapan itu bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum selain mengelak dijadikan sentimen politik.
Sementara itu dalam ucapan sama, Razman juga didengar menempelak Kor Ming dalam isu sambutan Krismas di kementeriannya.
Untuk rekod, kakitangan KPKT yang terlibat menyanyikan lagu Krismas adalah pegawai dari Sabah dan Sarawak, yang majoritinya berketurunan Kadazan yang meraikannya.
Selain itu wakil rakyat Pas berkenaan turut menyentuh tentang isu bendera terbalik dan bendera China yang beberapa kali menjadi kontroversi.
“Selepas dia jadi menteri apa dia buat? Dia anjurkan Sambutan Hari Krismas, ajak orang Melayu kita menyanyi lagu hari Krismas sedangkan ini tidak boleh orang kita menyambut bersama-sama. “Apabila mereka (DAP) jadi menteri, berlaku pula bendera terbalik. Apa tujuannya bendera Malaysia terbalik? Tak pernah berlaku. Sebaliknya mereka mengibarkan bendera China. Betul ke tak betul? “Bendera kita terbalik, bendera China dikibar dengan meluas,” katanya. Video itu kemudian disusuli dengan fitnah terhadap Hannah Yeoh.
Ia menarik perhatian ramai yang menganggap cubaan tindakan pemimpin Pas itu menanam jarum kebencian sudah berjaya. Mereka juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pemimpin Pas itu yang dianggap melampau menyebarkan sentimen perkauman dan kebencian.