Tiada kompromi perangi rasuah, tanpa mengira kaum - PM


 

 

Oleh: Abdullah Zaid



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ketegasan bahawa beliau sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan isu rasuah penyelewangan, tanpa mengira latar kaum.



Berucap pada penutup Konvensyen Perpaduan Perak, PM yang juga Pengerusi Kerajaan Perpaduan berkata, biarpun tekadnya memerangi kleptokrasi itu dikritik oleh sesetengah pihak namun beliau menghargai pandangan yang senada dengannya terutama daripada golongan belia.



"Kalau ada anak muda yang tuntut kepimpinan yang tegas menolak rasuah dan penyelewangan saya salute.



"Kerana dalam mana-mana negara mesti terima bahawa negara itu luntur dan terhakis apabila pemuda mula mengambil sikap kompromi terhadap penyalahgunaan kuasa dan rasuah," katanya di Konvensyen Perpaduan di Hotel Casuarina Ipoh, hari ini.



Jelasnya, usaha memerangi perbuatan kleptokrasi itu tidak tertumpu kepada mana-mana individu tetapi sebaliknya adalah budaya yang menjadi sebagai sistem yang harus diperangi.



"Padahal kleptokrasi itu adalah sistem yang membolehkan pimpinan menyakau tanpa soal, mengondol kekayaan selama puluhan tahun tanpa ada yang berani untuk menyiasat," ujarnya.



Manakala dalam isu berkaitan siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan individu ternama baru-baru ini Anwar menegaskan beliau tidak mencampuri tugas pihak berkuasa dan tiada apa apa arahan tertentu yang dikeluarkannya.



"Saya tak campur urusan satu persatu sebaliknya arahan kita menyeluruh.



"Siapa sahaja yang dikesan memunggah kekayaan secara haram dahulu, adalah tanggungjawab badan penguatkuasaan sekiranya mereka tegas dan berani (untuk menyiasat) maka kita akan pertahankan mereka," ujarnya lagi.

 

Pengerusi PH Perak mahu gelombang perpaduan menyebar seluruh negara

 

Oleh: Abdullah Zaid



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menggesa anggota parti dalam kerajaan melancarkan gelombang perpaduan ke seluruh negara.



Dalam ucapan penggulungan dalam Konvensyen Kerajaan Perpaduan di Ipoh, Naib Presiden Amanah itu berkata, kerajaan pada ketika ini tidak boleh berasa selesa sebaliknya perlu menzahirkan semangat perpaduan sehingga ke akar umbi.



"Kita tidak boleh berasa selesa, baliklah ke akar umbi (ke dalam masyarakat) kita dengan membina gelombang perpaduan ini.



"Kena kerjasama buat program dan mesyuarat, dan turun ke lapangan juga harus bersama-sama," katanya kepada hadirin di dewan Hotel Casuarina hari ini.



Tambah Mujahid, usaha itu akan dapat memadamkan segala cakap-cakap pihak tertentu yang mendakwa kerjasama perpaduan hanyalah khalayan semata-mata.



"Kita akan terus perpaduan, ini adalah jalan untuk perpaduan negara," tegas beliau.

 

Perpaduan makin kukuh, PN terus 'bercakaran'



 

Oleh: Noraini Nordin



ANALISIS: Saat pembangkang dikhabarkan sedang 'bercakar-cakaran' gara-gara berebut jawatan, Kerajaan Perpaduan terus utuh memperteguhkan lagi perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Ipoh, Perak hari ini adalah satu lagi bukti bawa perpaduan PH-BN bukan sebarangan.



Perpaduan ini amat utuh dan tidak boleh disangkal atau dimomok-momokkan lagi.



Buktinya konvensyen hari ini berjaya menghimpunkan seluruh pimpinan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan peringkat negeri dengan mengangkat tema “Bersama Demi Malaysia”.



Bagi rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian, keharmonian dan kestabilan dalam berpolitik serta hidup bermuafakat, pasti akan menarik nafas lega dengan perkembangan terbaharu ini.



Peristiwa hari ini juga adalah satu lagi catatan manis yang boleh 'menutup mulut' 'tong-tong kosong ' yang masih mengkhayalkan Kerajaan Madani kononnya bakal runtuh.



Fitnah pembangkang tidak laku lagi



Siri-siri fitnah oleh pihak pembangkang juga bakal tidak laku apatah lagi. Cubaan-cubaan 'menebuk atap' Kerajaan Madani pasti tidak akan membuahkan hasil.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_da487b05339f4ad890135681e6fbcc47~mv2.jpeg/v1/fill/w_350,h_239,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_da487b05339f4ad890135681e6fbcc47~mv2.jpeg

Noraini Nordin



Lebih 1,500 perwakilan dari PH-BN menghadiri Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina, Ipoh, Perak memberikan harapan ke arah penyatuan di seluruh negara.



Ucapan perasmian penutup disempurnakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden KEADILAN pula menekankan amanat untuk bergerak seiya sekata dalam Kerajaan Perpaduan daripada hierarki tertinggi sehingga ke akar umbi.



Turut menyampaikan ucapan adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.



Manakala ucapan penggulungan konvensyen dilakukan oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Menteri Besar Perak.



Penggulungan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Perak, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pula menetapkan misi tahun 2024, iaitu menyebarluaskan mesej perpaduan dan keharmonian kepada seluruh rakyat Malaysia.



Yang berpakat akan rasai kemenangan



'Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat' - bidalan yang amat bertepatan dengan konvensyen hari ini.



Mereka yang bermuafakat, bersefahaman dan bertoleransi pasti akan menang dalam meniti ranjau perjuangan.



Yang khianat serta suka mengadu domba pasti hati mereka tidak tenang, bahkan lebih mudah kecundang di tengah jalan.



Hari ini rakyat menjadi saksi bahawa PH-BN adalah gabungan yang matang dan mengutamakan negara serta rakyat dalam berpolitik.



Ayuh semua, mari kita bersama berpadu tenaga memperteguh persepakatan untuk memantapkan lagi jalinan perpaduan ke pelusuk negara.



Malaysia Madani adalah agenda mengangkat martabat rakyat. Bersama kita sebar seluasnya mesej Madani, bukan sahaja ke seluruh negara tetapi iuga sehingga ke pentas dunia.



Ayuh terus mara bersama PMX membina Malaysia Madani yang cemerlang.

________________________________________________________________________________

Penulis juga Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

 

[terkini] TIADA YANG BERANI KERANA TAKUT HILANG KUASA! TUNGGANG AGAMA!

MENANTU BALIK KA BELUM?

 

Learey Jabul


Sektor perkhidmatan awam elok jer... Apa yang terjejas nyer?? Bagi penjawat awam, malah dikaji sistem saraan perkhidmatan awam (SSPA) mereka... Kau masa jadi  PM, ada kau buat?? Tiba2 nak menempek dalam setiap isu konon2 nak bercakap bagi pihak penjawat awam... Poooraaahhh.... Menantu dah balik blom??




MEREKA SEDANG BERANTAKAN


 

MAT JARGON TAK BERANI


 

MISS SALAM DENGAN SULTAN


 

BUDAK TANYA SOALAN DEWASA


Mohd Zarul Al Qasas


Saya pernah tegur benda ini, sehingga dilihat menghina 'ulama'.







Ada seorang ibu(wanita) yang pertahankan..dia kata,


-Biasalah orang ganu (bab bodoh)

-Ilmu seks pun penting juga, apa salah tanya depan-depan.

-Ala budak-budak yang ikut dengar kat masjid tu bukan dengar sangat...tapi sibuk tengok HP..


Akhirnya tak sampai beberapa bulan, kini kita dah nampak hasilnya.



MP ADUN YANG BEKERJA OK. YANG MAKAN GAJI BUTA KO.

 

DKH - KD HARON


Banyak netizen mengulas apabila YAB Perdana Menteri Malaysia menyentuh Bebanan Kewangan Kerajaan terpaksa tanggung kerana pembayaran emolumen dan pencen kepada penjawat awam.


Antara komen Netizen yang paling terbaik dibaca ialah tulisan ini:


"Bayaran Pencen yang paling membebankan Kerajaan sebenarnya ialah kepada Ahli Politik, iaitu lebih tinggi Elaun daripada gaji!


Khususnya jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. 


Sepatutnya mereka bukan Penjawat Awam dan hilang kelayakan daripada menerima skim pencen kerana hanya memegang jawatan selama 60 bulan.


Mereka sepatutnya tidak layak menerima pencen penuh, berbanding dengan Kakitangan Awam yang perlu bekerja selama 240 bulan untuk memenuhi syarat dapat menerima pencen.


Cuba lihat contoh emolumen untuk seorang Menteri Kabinet: 

1) Gaji asas = RM18,000 

2) Elaun Keraian = RM10,500 

3) Elaun perumahan = RM10,800 

4) Elaun Rakyat = RM10,650 

5) Elaun tempat letak kereta = RM10,650 

5) Sebenarnya mereka tidak membayar untuk meletak kenderaan itu, kerana menggunakan kenderaan rasmi. Selain itu, Kerajaan juga terpaksa membayar emolumen sebanyak RM16,000 sebulan kepada 222 ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 ahli Dewan Negara.


Bayangkan setiap pilihanraya (sekali setiap 5 tahun) wakil yang dipilih berubah dan mereka semua hidup lama, berapa kos pencen untuk bekas wakil yang dipilih? 


Ini lebih membazir dan membebankan berbanding Penjawat Awam yang rendah seperti pembantu umum Gred 11 dengan gaji hanya RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih dari 30 tahun, gajinya adalah serendah RM2,983. Jadi pencen hanya berjumlah RM1,491.50 sebulan selama 15 tahun (selepas usia 60 tahun). jika kita mengambil jangka hayat rakyat Malaysia sehingga 75 tahun.


Nota 1: Elaun Parking Kenderaan Menteri lebih tinggi daripada Gaji Gred 44! 

Nota 2: Jika gaji gred terendah pekerja kerajaan adalah RM1,500 termasuk elaun maka gaji seorang menteri bersamaan dengan 37 pembantu umum Gred 11. 


Ahli-ahli politik yang memegang Jawatan, kononnya untuk membela nasib rakyat, sebenarnya mereka hanya mempertahankan nasib mereka sendiri.


Ini mesti diperbetulkan. Ini belum termasuk Ahli Politik yang mengambil kesempatan daripada peluang-peluang lain untuk membuat keuntungan.


*Sila Viralkan Supaya ramai lagi pesara tahu*



PENDAPATAN BERTANI MODEN LEBIH TINGGI DARI GAJI MEDIAN NASIONAL

 

Rafizi Ramli




PENDAPATAN BERTANI MODEN LEBIH TINGGI DARI GAJI MEDIAN NASIONAL


Hari ini (28 Januari 2024), YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan melawat ke tapak IPR INTAN Tanjung Rambutan, yang kebetulannya berada di dalam Parlimen Tambun. Ini adalah kali pertama PMX melawat tapak IPR INTAN.


Sejak dilancarkan, program basmi kemiskinan melalui pendekatan IPR sering menjadi bahan sindiran segelintir masyarakat.


Ada yang berkata ia bukan baru. Ada yang perlekeh vending machine. Ada yang seolah-olah mahu melihatnya gagal.


Bagi setiap program kerajaan yang ambil pendekatan baru, memang risiko gagal atau terbengkalai itu ada. Apatah lagi yang melibatkan pembasmian kemiskinan dan aktiviti pertanian.


Saya cuba memahami kenapa beberapa projek pertanian yang melibatkan peserta berpendapatan rendah tidak berjaya seperti yang dirancang sebelum ini.


Ada beberapa punca utama.


Pertama, risiko operasi iaitu apabila tanaman diserang penyakit dan mutu tuaian tidak baik.


Kedua, risiko pasaran apabila harga tidak menentu.


Yang membawa kepada risiko ketiga, iaitu hasil yang dijana tidak dapat menampung kos buruh/masa, kos baja dan operasi.


Kesemua ini mendorong risiko terakhir, iaitu peserta cepat berputus asa. Akhirnya segala bantuan (modal, polybag untuk menanam, baja dan lain-lain) ditinggalkan selepas satu musim (atau belum pun satu musim).


Pendekatan IPR INTAN yang melihat satu tapak pertanian sebagai satu “kilang” cuba menyelesaikan semua risiko ini.


Peserta menjadi pekerja yang menguruskan plot yang telah dibangunkan dengan kaedah pertanian moden dan diberi latihan. Kalau mereka putus asa awal, akan ada peserta baru yang masuk untuk menyambung, seperti pekerja kilang baru mengganti yang telah berhenti.


Kontrak jualan telah diikat dengan pembeli pada harga tertentu, supaya peserta tidak perlu menjual sendiri hasil. Kos operasi telah dimasukkan di dalam keseluruhan perancangan kewangan, bukannya diberikan dalam bentuk modal dan baja kepada peserta. 


Peserta diberi jaminan menerima sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan setiap kali pusingan tanaman, dengan elaun RM600 sebulan dalam 2-3 bulan pertama sebelum boleh dituai.


Semua ini nampak cantik atas kertas. Buktinya hanya diketahui apabila satu pusingan tuaian berjaya.


Jadi saya pun berdebar sebelum ini, sama ada “formula” ini betul-betul boleh berjaya.


Selepas beberapa tapak IPR INTAN sudah mula dituai, saya suka berkongsi bahawa pendapatan bulanan purata yang dijana peserta jauh lebih tinggi dari sasaran minimum RM2,000 sebulan.


Saya kongsikan penyata pendapatan sampel tujuh orang peserta IPR INTAN di Putrajaya. Nama mereka telah dipadamkan.


Ini adalah pendapatan selepas tuaian pusingan pertama setakat Januari 2024 (mula tanam September 2023, mula tuai pertengahan Disember 2023):


Peserta 1 (44 tahun) - RM23,413

Peserta 2 (44 tahun) - RM21,917

Peserta 3 (21 tahun) - RM17,458

Peserta 4 (41 tahun) - RM18,266

Peserta 5 (23 tahun) - RM15,189

Peserta 6 (68 tahun) - RM11,990)

Peserta 7 (61 tahun) - RM18,266


Maknanya, julat tambahan pendapatan bulanan yang dijana bagi setiap kitaran 4 bulan ialah antara RM3,000 (paling rendah) ke RM5,800 (paling tinggi). 


Kerajaan tidak memberi modal tunai atau baja/perkakas seperti sebelum ini. Kerajaan sediakan tapak pertanian moden (dari tanah kerajaan) yang telah dilengkapi sistem pengairan dan pembajaan moden. Tugas peserta ialah membentuk unit kelompok yang dibimbing oleh pasukan teknikal pertanian moden.


Gaji median pekerja formal (bergaji bulanan) negara adalah RM2,600 (yang meliputi sebahagian besar pemegang diploma dan ijazah).


Pendapatan tambahan hasil pertanian moden IPR INTAN, yang paling rendah (di tapak Putrajaya) adalah RM3,000 sebulan, iaitu lebih tinggi dari gaji median nasional.


Formula pertanian moden untuk membasmi kemiskinan telah berjaya dibuktikan di beberapa tapak di seluruh negara. Amanah saya ialah meluaskan IPR INTAN di seluruh negara dengan segera.


Sasaran kami ialah mewujudkan peluang ini kepada 20,000 peserta di seluruh negara menjelang akhir 2025. 


Ini bersamaan dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan dengan membina 200 data centres (yang memerlukan pelaburan beratus bilion kerana kilang moden tidak menggunakan ramai pekerja).


Barulah berbaloi kena kecam jika rakyat dapat melihat sendiri tapak-tapak pertanian moden ini tumbuh bagai cendawan di seluruh negara.



AKU RASA DARI MP YANG TUNJUK POKOK KUNYIT. BARU NI..AGAK AGAK NA LA..KALAU BETUL RAYA CINA.. .

 


Lagi kena sita. Bekas SetPol. Tahun 2020-2021 tu zaman tebuk atap. Masa Mahiaddin jadi PM. Siapa la yang bernasib baik tu ek? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PERSIDANGAN KERAJAAN PERPADUAN PERAK

 

Nga Kor Ming


Selamat bersidang kepada semua perwakilan di konvensyen Kerajaan Peepaduan negeri Perak 2024. Rapatkan saf pimpinan & lipat-gandakan usaha bekerja untuk negara dan rakyat tanpa kira kaum dan agama. #MalaysiaMADANI @anwaribrahim @DrZahidHamidi




ANWAR ZIARAH KELUARGA ADUN HULU KINTA

 






Saya sempat menziarahi keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad di rumahnya di Ipoh.


Lantas menyampaikan takziah atas pemergian bapanya yang meninggal dunia akibat sakit tua semalam.


Moga seluruh keluarga yang ditinggalkan, diberi ketabahan dan kesabaran.


#MalaysiaMADANI



PMX DI TAMBUN.

 












Tiba di Perak hari ini dan terus menyantuni masyarakat setempat di Program Jualan Ikan, Udang dan Sotong Murah Parlimen Tambun.


Peluang ini digunakan untuk beramah mesra sambil mendengar sendiri keluh-kesah masyarakat berkaitan kehidupan seharian termasuk peningkatan kos sara hidup.


Saya sempat berucap dan menitipkan jaminan

bahawa kerajaan sentiasa berikhtiar bagi membantu rakyat termasuk dengan kewujudan jualan murah bersama kerjasama pihak terkait yang dijangka memberi manfaat kepada semua lapisan.


Insya-Allah, program jualan barangan keperluan ikan, ayam, beras dan sebagainya dengan harga murah seperti hari ini, akan diperluas ke seluruh negara kelak.


#MalaysiaMADANI



JAHIL MURAKAB


Memusa Poduca



 Antara Top 3 soalan terpaling bang.ang yg pernah dihasut oleh Harakah(daily) sejak Mac 1987.


Mengandaikan kerajaan tidak akan amalkan sistem KWSP/seumpama sebagaimana yg dilakukan oleh PAS ke atas pengajar² PASTI.


BO.DO murakkab!



SIAPA PALING KAYA...


          Zunar cartoonist fan club




KEH KEH KEH.. BERAT NANANG

 Ah sudah!




Gelak sendiri aku baca ceritera ni. Khabarnya dalam Bersatu pun dah berantakan sekarang ni. Semua gara-gara berebut jawatan PM. Korang tengok la! Majoriti pun tak ada lagi, dah berebut jawatan PM.


Khabarnya Mahiaddin akan pecat Hamzah daripada jawatan Setiausaha Agung Bersatu sebab terdapat ura-ura yang Hamzah nak lawan Mahiaddin untuk jawatan Presiden. Katanya ada 2 kem sekarang ni.


Mungkin inilah punca sampai berderet MP Bersatu mengumumkan menyokong kepimpinan DS Anwar. Dalam parti mereka sendiri kucar kacir. Mereka pun agaknya dah hilang keyakinan pada pimpinan.


Bila sang gila kuasa bersekutu, pastinya mereka itu akan saling tikam menikam antara satu sama lain. Bila masing-masing gilakan kuasa, pastinya mereka akan gila bila hilang kuasa. Tak payah orang lain tolong hasut pun, dah bercakaran sesama sendiri.


Tapi yang paling kelakar cerita Mahiaddin nak letak Azmin sebagai pengganti Hamzah. Kira slow juga Mahiaddin ni. Takkan tak tahu si Kito tu lal, bapak segala pengkhianat. Itu yang dia nak percaya?


Kiranya Mahiaddin ni keluar mulut buaya, masuk ke mulut naga. Tapi baguslah. Kalau hancur terus pun bagus Bersatu ni. Ada pun tak beri hasil kepada rakyat. Makin menyusahkan ada la. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


AZMIN GANTI HAMZAH SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG BERSATU, MAHiADDIN AMBIL ALIH KETUA PEMBANGKANG DARIPADA HAMZAH?


Kewujudan dua kem dalam Bersatu – kem Mahiaddin Md Yasin dan kem Hamzah Zainuddin – bukanlah perkara rahsia lagi.


Keputusan Mahiaddin membuat Pusingan U di Perhimpunan Agung Bersatu November 2023 lalu di mana beliau tiba-tiba ingin sepenggal lagi memimpin parti itu, walaupun sebelum itu telah mengumumkan untuk berundur diri, tidak lain adalah untuk menghalang kemaraan Hamzah.


Alasan Mahiaddin bahawa beliau mengubah fikirannya kerana desakan isterinya hanyalah semata-mata untuk memperlekeh Hamzah yang sebelum itu memang diketahui ingin mengambil alih teraju kepimpinan Bersatu.


Walaupun Hamzah memberi sokongan bersama esak tangis ketika Mahiaddin mengumumkan tidak jadi berundur dan ingin memimpin Bersatu selama sepenggal lagi, hubungan mereka sebenarnya tidaklah menjadi bertambah baik.


Kecurigaan Mahiaddin terhadap Hamzah tetap ada dan tidak pernah terpadam.


Ketika Mahiaddin mengadakan perjumpaan dengan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu baru-baru ini susulan tindakan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Zulkaferi Hanapi memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim, difahamkan berlaku sedikit ketegangan antara Presiden Bersatu itu dengan Hamzah.


Dalam perjumpaan itu, walaupun ia pada awalnya dikhususkan untuk Ahli-Ahli Parlimen, tetapi beberapa individu lain yang bukan Ahli Parlimen turut sama hadir, antaranya Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau Peja dan juga Azmin Ali.


Susulan perjumpaan itu, Bersatu memutuskan akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingginya pada malam ini khusus untuk membincangkan langkah-langkah yang yang perlu diambil bagi mengelakkan lebih ramai Ahli Parlimen parti itu berpaling tadah memberi sokongan kepada kerajaan perpaduan.


Sementara langkah-langkah yang bakal diambil itu hanya akan diketahui pada mesyuarat malam ini, tetapi telah tersebar luas perkhabaran bahawa Mahiaddin akan melakukan perubahan dalam Bersatu melalui mesyuarat pada malam ini nanti.


Perubahan utama yang dikatakan akan berlaku ialah Mahiaddin akan menggugurkan Hamzah sebagai Setiausaha Agung dan bakal menggantikannya dengan Azmin.


Sebagai pertukaran, Hamzah akan diberikan jawatan kurang berpengaruh iaitu sebagai Bendahari Agung Bersatu menggantikan Salleh Bajuri.


Salleh dipercayai akan diketepikan terus daripada memegang sebarang jawatan kerana selama ini pun kedudukannya seperti “ada macam tiada” saja dalam Bersatu.


Selanjutnya, setelah melakukan perubahan dengan meletakkan Hamzah kepada kedudukan yang kurang penting dalam Bersatu, perancangan seterusnya dikatakan ialah untuk meyakinkan Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang agar setuju menukar jawatan Ketua Pembangkang daripada Hamzah kepada Mahiaddin.


Yang nyata, jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, bukan saja Mahiaddin terlihat makin bernafsu dalam mencatur dan mengejar kuasa, bahkan akan meletakkan Hamzah semakin terpinggir dalam Bersatu. – ShahbudinHusin 28/01/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/01/28/azmin-ganti-hamzah-sebagai-setiausaha-agung-bersatu-mahiaddin-ambil-alih-ketua-pembangkang-daripada-hamzah.html



ZAMAN YIDDIN

 

2020-2021 - zaman yidin. Bersih la sangat 

Kata sumber, mereka dipercayai menerima suapan daripada syarikat serta kontraktor yang mendapat tender kerja di sebuah kementerian sekitar 2020 hingga 2021 bernilai jutaan ringgit.


HAAA TENGOK GAJI GURU PASTI... KWSP PUN TAK CARUM. NAK PEJUANG ISU FAKYAT DAN ISLE LAGU MANA? CEROI HANGPA