ANGPA NAK LAWAN NGAN SANUSI KA NIH. "AKU TAK TAKUT KAT SAPA"- PANGLIMA NUSI MENJERIT. HANGPA BODOW....TU DIA MAKI PENYOKONG WALAUN DIA YANG BODO.....KENA SIASAT DOK JEL BARU HANG TAU NUSI.....

 


Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jaras rapatkan perguruan silat




Himpunan perguruan silat di DUN Paya Jaras yang julung kalinya diadakan semalam telah berjaya merapatkan pengamal seni persilatan di DUN berkenaan dan di Selangor amnya.



Menurut Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, majlis tersebut yang dianjurkan di bawah Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor telah mendapat kerjasama baik daripada Pertubuhan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Selangor serta beberapa pertubuhan seni silat lain.



"Matlamat program ini bertujuan merapatkan pelbagai perguruan seni silat sebagai komitmen untuk mengangkat martabat persilatan Melayu, di samping memberi pendedahan serta menggalakkan belia bergiat dalam seni bela diri yang telah dianggap sebagai salah satu ‘benteng utama’ pertahanan negara.



"Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Senam Tari Silat, Acara Pertandingan Silat dan Himpunan Persembahan Silat yang melibatkan hampir seramai 2,000 pesilat dari pelbagai aliran perguruan utama termasuk Seni Silat Cekak, Silat Lincah, Silat Gayong dan Silat Abjad," katanya dalam satu kenyataan.



Menurut Khairuddin lagi, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memberi sokongan kepada segala aktiviti dan program pertubuhan-pertubuhan seni silat Melayu, khususnya yang melibatkan penyertaan para belia.



Sehubungan itu, katanya, sumbangan berupa mock cek berjumlah RM 6,000 turut juga diserahkan dalam himpunan berkenaan. Di samping Kerajaan Negeri juga, katanya, akan mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk menjadikan seni silat sebagai sebahagian daripada aktiviti ko-kurikulum di sekolah.



"Semoga penganjuran program ini dapat berfungsi sebagai satu platform terbaik Kerajaan Negeri untuk terus menjalinkan kerjasama dengan persatuan mahupun perguruan-perguruan seni silat Melayu dalam merancakkan aktiviti, sekaligus, menyediakan peluang kepada para belia untuk mengasah bakat demi pembangunan akar umbi dan seterusnya mampu menyumbang kepada kecemerlangan seni silat di negeri Selangor," katanya lagi.



Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jaras itu diadakan di Padang Awam Aman Putri, Paya Jaras, Sungai Buloh yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

 



MACAMANA TAK KATA KENA TINDAS. TELOQ TAK DAK, MINYAK DEPA SONGLAP,REGA MAHAI BERAPI, DADURAT. RAYA DIRUMAH, BAGI PULA PINJAM DUIT KENA BAYAQ SENDIRI......NAYA NAYA...

 


Rakyat tertindas di bawah pentadbiran PN - Razeef



Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Mahiaddin Yassin kononnya Kerajaan Negeri yang bakal dipimpin gabungan pembangkang itu akan lebih adil dan saksama untuk kepentingan rakyat, dibidas banyak pihak.



Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin berkata, hakikatnya rakyat telah tertindas sepanjang 33 bulan pentadbiran PN sebelum ini.



Beliau mengingatkan rakyat kepada prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang tidak adil dan membebankan terutama ketika rakyat dikurung di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dan darurat yang menghancurkan ekonomi.



"Isu SOP ketika Covid-19 melanda negara sahaja cukup membuktikan PN tidak adil terutama kepada rakyat sedangkan keistimewaan diberikan kepada pemimpin-pemimpin PN," ujarnya.



Sabtu lalu Mahiaddin menggesa orang ramai untuk tidak risau berhubung ‘gelombang hijau’ yang dikaitkan naratifnya seolah-seolah pentadbiran kerajaan PN akan menyerupai pemerintahan Taliban di Afghanistan.

Bagaimanapun Razeef berkata, rakyat memang wajar risau terhadap pelbagai gelombang yang dibawa PN yang memainkan sentimen kaum dan agama sempit sehingga boleh menghancurkan keharmonian negara.



Beliau juga mengaitkan beberapa insiden membabitkan pemimpin PN baru-baru ini termasuk tindakan mempersenda institusi diraja.



"Gelombang 'Selangor Baharu' yang dibawa baru-baru ini dengan mempersenda dan menghina Sultan Selangor secara terang-terangan di pentas ceramah politik (adalah bukti yang merisaukan).



"Begitu juga dengan gelombang hijau yang boleh dilihat sebagai kejayaan PN dalam gerakan (penyebaran) propaganda serta fitnah kepada Pakatan Harapan (PH) sehingga mempengaruhi segelintir rakyat.



"Amat pelik bila Mahiaddin cuba menafikan gelombang yang ditunggang beliau sebelum ini.



"Perkara lebih teruk akan berlaku jika PN mendapat mandat melalui pilihanraya," tambah Razeef.



Justeru, Razeef berharap rakyat di enam negeri yang akan mengundi pada Ogos ini menolak PN untuk bertapak di negeri mereka dan yang telah diperintah PN agar menukar selera ke arah Kerajaan Madani yang lebih bersederhana dan maju.

 



MAU ORANG TAK CARI SANUSI- BERAPA PULOH BILLION BILLION DEPA NAK MAI LABOQ DAN MELEBOQ DI KEDAH NU. DARI DIA JADI MB SAMPAI LA MELEBOQ HABIH. TU PUN WALAUN PERCAYA.KENA CING....

 

Semua orang cari Sanusi


Dikatakan ke mana sahaja Sanusi Md Nor pergi, ramai anak muda bermotosikal menyambutnya.



Menteri Besar Sanusi Md Nor tiba-tiba popular. Bukan di Kedah sahaja, tetapi di enam-enam negeri PRN. Ke mana sahaja pengarah pilihan raya Perikatan Nasional ini buat ceramah, dikatakan beribu yang hadir. Ini wajar membimbangkan Pakatan Harapan.

Dikatakan ke mana sahaja Sanusi pergi, ramai anak muda bermotosikal menyambutnya. Dahulu dikatakan anak-anak muda ini diperlekeh kerana menyokong PN. Sekarang PH juga mencari anak-anak muda ini setelah melihat beribu yang hadir dalam konvoi PN.

PH Pulau Pinang juga bimbang dengan ‘Gelombang Hijau’ PN. PH Selangor juga tidak senang duduk. Menteri Besar Amirudin Shari bukan sahaja terpaksa berdepan dengan Sanusi tetapi juga dengan Azmin Ali dan Noh Omar. Amir terpaksa menjawab sindiran-sindiran PN yang menyebut bahawa Amirudin mewarisi pembangunan sebelum ini.

Negeri Sembilan yang dahulu sepi politiknya pun sudah agak panas. Dahulu isu paling besar ialah Khairy Jamaluddin digugurkan dari kerusi Parlimen Rembau. Sekarang ia sudah turut riuh dengan PRN. Mohamad Hasan mungkin terpanggil untuk bertanding di Rantau bagi memperkuat Barisan Nasional-PH di negeri itu.

PH tak kisah sangat dengan Kelantan dan Terengganu. Mereka menggempur Kedah. Jika Kedah tidak boleh bertahan, pengaruh Sanusi juga lemah di Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan. Sebab itu Sanusi kena kelihatan gagal di Kedah supaya negeri lain tidak mengidolakannya.

Cuma yang merisaukan para pendokong PH ialah isu vote transferability dalam kalangan pengundi Umno dan PH. Takut kalau penyokong Umno tidak akan memangkah calon PH dan begitu sebaliknya. Jika apa yang dilaungkan di pentas ceramah bahawa rakyat harus memilih calon parti kerajaan untuk menentukan kesinambungan pembangunan tidak diterjemahkan di kotak undi, PH akan melihat keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

PN perlukan peratus keluar mengundi yang tinggi terutama di kawasan majoriti Melayu di Selangor dan Negeri Sembilan. Jika ini berlaku potensi untuk menang lebih cerah. Untuk bertaruh bahawa rakyat sudah ada kesedaran untuk berubah tidak cukup kuat untuk memenangkan PN. Rakyat bertanya apakah post-PRN akan menjanjikan masa depan yang baik.

Rasanya pengundi sudah tidak hairan dengan manifesto. Ia lebih kepada kosmetik pilihan raya. Ia cuma ‘melengkapkan SOP’ mungkin. Akhirnya apa yang dilaksanakan lain, yang dijanjikan lain. Jadi bahan jenaka.

Rakyat cuma meminta kerajaan yang faham dengan kehendak marhaen bukan setakat bermegah kerana mengalahkan lawan. Biarlah bermegah kerana dapat menunaikan janji kepada rakyat.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


TUUUU DIAAAA- KENAI KA LELAKI CINA TU- CURI NADIR BUMI LAK DAH.SAIFUDDIN TANYA. TAKKAN LAH KDN TAK TAU.....

 

Sanusi dicabar namakan lelaki China ditahan curi nadir bumi.









Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor dicabar untuk mendedahkan nama dan identiti lelaki warganegara China yang ditahan pihak polis kerana mencuri mineral nadir bumi baru baru ini.


Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, oleh kerana Sanusi pintar dalam menjawab pendedahan beliau sebelumnya maka beliau akan terus mendedahkan dari semasa ke semasa skandal nadir bumi yang melibatkan kerajaan Kedah.


"Saya katakan kepada Sanusi benar nadir bumi dijumpai di Kedah. Benar Sanusi sebagai MB telah meluluskan sejumlah lesen tetapi itu lesen meneroka, bukan lesen melombong


"Lombong bijih itu nak eksport ke mana kerana kita tidak pernah keluarkan lesen eksport. Isu dia situ. Tak ada siapa pun termasuk Pengarah Tanah dan Galian boleh nafikan ada surat kompaun dihantar kepada Menteri Besar Incorporated (MBI).


"Surat kompaun itu benar benar wujud bukan dongeng. Cerita siapa curi, siapa bayar perkara nombor dua. Ceritanya ialah MBI kena kompaun, pengarah tanah dan galian hantar surat kompaun kepada MBI," katanya dalam ceramah Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang, malam tadi.


Saifuddin seterusnya mencabar Sanusi untuk menamakan siapakah warga China yang ditahan polis 6 bulan lalu kerana katanya Kerajaan Negeri mengetahui dari awal mengenai isu nadir bumi berkenaan.


"Hari ini saya nak beritahu Sanusi satu lagi. Bolehkah Sanusi namakan seorang lelaki warganegara China .. saya tahu nama, yang masuk melalui visa pekerja (iktisad) dan sekarang bekerja dengan MBI, dan pada Jan tahun ini lelaki ini telah ditangkap di kawasan Baling berhampiran Sik. Saya nak tanya, biar esok dia jawab. Dia jawab, aku bagi lagi satu," katanya.


Selain itu, Saifuddin juga mahu Sanusi menjelaskan mengapakah salah seorang pegawai tinggi MBI bersama sekumpulan warga dari negara China menubuhkan sebuah syarikat berdaftar di Malaysia sedang warganegara China itu masuk dengan pas sosial, sebagai pelawat biasa.


"Kalau masuk pas pelawat biasa kemudian (mana boleh) menjadi pengarah syarikat, kemudian pengarah China ini bekerja di sini," katanya.


Oleh itu, Menteri Dalam Negeri itu menegaskan bahawa pentadbiran kerajaan Kedah di bawah Pas-PN amat lemah dalam tatakelola dan seharusnya rakyat menukar Kerajaan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri Ogos ini.






PRN: KDM bantu PH-BN raih undi 200,000 pengundi Sabah di Selangor


Selain KDM, Umno Sabah juga akan membantu kempen komponen kerajaan perpaduan di Selangor.

Peter Anthony berkata Menteri Besar Amirudin Shari telah memberi komitmen untuk membina dewan khusus untuk komuniti Sabah di Selangor. (Gambar Bernama)





Nora Mahpar - 


PETALING JAYA: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Peter Anthony berkata jentera partinya akan membantu kempen kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor sempena PRN bulan depan.

Beliau berkata pihaknya akan cuba meraih sokongan daripada lebih 200,000 rakyat Sabah berhijrah dan mengundi di negeri ini, yang rata-ratanya berpuas hati dengan kemudahan serta pembangunan telah disediakan.


“Sudah tentu dengan jumlah pengundi seramai ini dapat beri kekuatan kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim dan juga mengekalkan kerajaan Selangor dipimpin PH sejak 2008,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata Menteri Besar Amirudin Shari juga telah menyatakan komitmen untuk membangunkan dewan komuniti khusus bagi kegunaan masyarakat Sabah di Selangor.

Katanya, hasrat itu hasil pertemuan beliau dengan penduduk Sabah di Selangor yang majoritinya suku kaum Kadazan Dusun Murut (KDM).

“Mereka minta dipertimbangkan kemudahan seperti dewan dan kemudahan kebajikan yang lain kerana sudah menetap di sini.

“MB (menteri besar) sudah beri komitmen untuk bina sebulan selepas PRN sekiranya kekal sebagai kerajaan,” katanya.

Selain KDM, Umno Sabah juga akan membantu kempen komponen kerajaan perpaduan di Selangor.

PERTAHANKAN NEGERI SEMBILAN, AHLI POLITIK PN KEJAR POPULARITI, TIDAK KOMPETAN


 Negeri Sembilan yang telah ditadbir dengan baik oleh Pakatan Harapan (PH) selama 5 tahun perlu dipertahankan oleh rakyat daripada diambil alih oleh ahli politik Perikatan Nasioanl (PH) yang hanya mengejar populariti dan belum tentu kompetan dalam pentadbiran.

Bagi Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran, pengundi di Negeri Sembilan perlu menyemak dan melihat rekod perkhidmatan pro rakyat yang ditunjukkan oleh pentadbiran Menteri Besar (MB) Datuk Seri Aminudin Harun yang belum pernah mereka nikmati sebelumnya.

Apatah lagi kata beliau, pada waktu ini PH telah berkerjasama dengan BN dan kehebatan pembangunan yang dibawa oleh MB sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Hassan juga perlu diambil kira.

Katanya, jasa dua gandingan tersebut tidak mungkin boleh ditandingi mana mana pemimpin PN peringkat negeri.

“(Kita tahun) PRN ini akan menjadi pilihanraya yang mencabar dalam sejarah negeri kerana PN bersaing untuk kemenangan sulung mereka di peringkat negeri yang nampaknya hanya rekaan.

“Pandangan saya majoriti pengundi Negeri Sembilan yakin Pakatan Harapan dan sekutu rapatnya akan menjadi satu-satunya pilihan terbaik untuk berkhidmat secara progresif kepada mereka untuk 5 tahun akan datang.

“Mereka tidak akan mudah ‘dibujuk’ untuk mengundi tokoh-tokoh glamor lagi alpa, terutama pendatang baru Bersatu yang beranggapan mereka cukup menonjol memancing undi berharga daripada pengundi luar bandar.

“Sedangkan memilih PN seperti merekrut ‘bakat’ baharu untuk mengejar kemenangan dalam pilihanraya. Ianya tidak sama seperti memilih penyanyi bersuara merdu dalam rancangan realiti TV.

“Bagaimana mungkin “ahli politik yang baru dilantik” dan korup boleh diharap meneruskan kisah kejayaan Negeri Sembilan sedangkan motif sebenar mereka menyertai politik adalah ‘mencari makan’ setelah diberhentikan atau dipecat daripada jawatan yang mereka pegang (di peringkat nasional) sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Yunes mengingatkan pengundi bahawa mereka masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan pendemik Covid 19 terutama dalam sektor ekonomi.

Hanya Kerajaan Perpaduan, katanya, yang bersungguh sungguh mencari kaedah penyelesaian sama ada di peringkat negeri atau pusat, dan mereka seharusnya diberi peluang.

Begitu juga kata beliau, pencapaian rezab negeri di bawah PH juga perlu diambil kita.

Kerajaan negeri pimpinan MB Aminuddin telah mencapai lebihan RM89.12 juta pada Belanjawan tahun lepas, dan rizab kewangan negeri pula tertinggi dalam sejarah, sebanyak RM889.75 juta pada 2020.

Hal itu, kata Yuneswaran, adalah pencapaian gemilang yang mesti diteruskan oleh Pakatan Harapan dan BN yang pastinya akan menletakkan calon calon terbaik mereka yang layak menjalankan amanah dalam PRN Ogos ini.

“Pengundi Negeri Sembilan khususnya golongan muda perlu bimbang prestasi ekonomi yang diusahakan secara positif oleh kerajaan pimpinan PH akan musnah sekiranya PN memenangi pilihanraya, memandangkan hasrat calonnya yang tidak berpengalaman untuk bertanding dan kelayakan mentadbir yang meragukan.

“Bukan saya sahaja, malah puluhan ribu pengundi negeri dapat menghidu PN sedang berusaha keras untuk bermain populariti dengan meletakkan muka ternama untuk meraih undi,” katanya lagi.

Bagaimanapun Yunes berpendapat strategi itu tidak akan membuahkan hasil kerana pengundi di Negeri Sembilan akan menunjukkan kepada mereka jalan keluar daripada politik arus perdana pada 12 Ogos ini.



TANDA ORANG MELUAT

 



Kediaman rasmi MB Kedah disimbah cat. Siap cat warna biru muda dan merah tu. Memang macam nak beri hint ke tu?


Hanya berlaku kepada Sanusi saja? Ye kot. Sebab rumah MB ada guard kan? Siapa berani buat kalau bukan calang-calang.


Tapi selain Sanusi, dulu-dulu mufti Perlis, Dr. MAZA pun pernah kena khianat. Bukan cat tapi siap bakar kereta. Lagi jahat.


Rumah MB takkan tak ada CCTV kan? So apa lagi? Buat report polis dan serahkan rakaman CCTV tu untuk polis siasat.


Tak kisah siapa. Perbuatan vandalisme adalah satu jenayah dan mesti dihukum. Sila laporkan kepada polis segera. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



MENTERI PERTANIAN ARAH SIASAT ‘MEMO’ NAIK HARGA TELUR


POSTING SEBEGINI HANYALAH UNTUK MEMPERBODOHKAN PENYOKONG SENDIR..

 


PDRM dan MCMC perlu berikan perhatian kepada posting yang sebegini.




12 Ogos adalah tarikh pilihannya negeri. Apa jua keputusan, ia takkan jejaskan kerajaan persekutuan.  Jadi apa motif PN berulang kali sebutkan hal ini? Adakah mereka merancang untuk buat rampasan kuasa jika menang PRN?


Diharap polis bersikap proaktif. Bersedia dari awal. Kalau sebut sekali mungkin kata tak faham dengan akta lompat parti. Tapi kalau masih diulang-ulang, nampak macam satu hasutan kepada rakyat. Baik berhati-hati. Guane boh?


 

Raja Gelap 




PENGUNDI KEDAH HARUS TOLAK SANUSI BIADAP, MELAMPAU – WANITA KEADILAN


SIRI PENDEDAHAN BERIKUTNYA AKAN DIDEDAHKAN LAGI.


 

AKU CINA DAP- KAPIAQ- PENANG DEPA DOK JAJA KATA TAK DENGAR AZAN. YANG TAK BANGUN SUBUH SAJA TAK DENGAR AZAN


 

SAYA NAK BAGI TAU PADA AHLI UMNO YANG GOYANG SEKARANG NI. DENGAR BAIK BAIK


 

KERAJAAN MADANI. BUKAN TUNGANGAN DAP TAU


 

HANG P AMBIK GAMBAQ SAMPAH PUKOI 3 PAGI PASAI APA ? KAH..KAH...BODO PIANG LA HANG NI


 

KERAJAAN PERPADUAN.SAPA KATA ? JOM KITA DENGAR


 

TAK PAYAH MENGGELA BAH. DAH BUAT HADAP JA LA.LEKEH PUNYA MB


 

ISLAM TERANCAM KA NI ?


 

KITA BANTU PETANI. KENAPA MASA ADA KUASA DULU TAK BUAT


 

KITA PUNYA KEKUATAN


 

KEH..KEH...KEH


 

TAK PAYAH HASUT MAHASISWA. KAMI TAHU...


 

RUPANYA PAKAI DUIT JUDI


 

RINGGIT KEMBALI MENAIK. HARI INI 4.52-4.53