PRN DAN TANDA2 BAHAYANYA KEPADA UMNO

 

Apabila Zahid Hamidi tampil membuat gesaan kepada penyokong Najib Razak agar menyokong calon-calon yang mewakili kerajaan perpaduan pada PRN akan datang ini, ia secara tidak langsung memberi gambaran memang wujud kecenderungan golongan terbabit untuk tidak memberi sokongan.

Dikatakan kecenderungan itu kian berkembangan berikutan mereka kecewa kerana UMNO dilihat tidak serius memperjuangkan pembebasan Najib.

Dalam hal ini, Zahid Hamidi, tiada sebab untuk segelintir pihak berfikiran bahawa tiada usaha-usaha dilakukan oleh UMNO untuk membela bekas Perdana Menteri itu.

Sambil menekankan soal perundangan dan pilihan raya mesti diasingkan, Zahid Hamidi mengingatkan, Najib sendiri mahu sokongan diberikan kepada kerajaan sekarang.

“Najib sendiri melalui anak-anak beliau menyatakan bahawa dukungan mesti diberikan kepada kerajaan perpaduan sekarang ini.

“Najib meminta bukan sahaja penyokong beliau tetapi juga rakyat supaya mendukung kerajaan perpaduan ini,” tambahnya lagi.

Sekiranya kecenderungan penyokong Najib yang dikatakan tidak mahu memberi sokongan itu gagal ditangani dengan sebaiknya, ini adalah petanda bahaya kedua kepada UMNO dalam menghadapi PRN pada 12 Ogos depan.

Sebelum ini, MCA dan MIC telah bersatu hati memberi petanda bahaya pertama kepada UMNO apabila sama-sama sependirian tidak mahu menyertai atau meletakkan calon pada PRN enam negeri akan datang ini.

Walaupun dilaporkan masih sedia membantu BN, MCA dan MIC sebaliknya menegaskan, keputusan itu diambil kerana mereka ingin fokus menghadapi PRU16 akan datang.

Hakikatnya, di sebalik MCA dan MIC dilaporkan memberi jaminan untuk tetap membantu calon-calon kerajaan perpaduan yang bertanding, tetapi tentulah jaminannya itu terlalu longgar untuk diyakini kerana tiada calon mereka yang turut bertanding.

Siapa nak marah jika mereka tidak turun berkempen atau jika turun pun, sekadar jalan-jalan cari makan saja?

Dengan tidak meletakkan calon dalam PRN ini, yang ternampak ialah MCA dan MIC mahu meletakkan beban kekalahan PRN ini kepada UMNO secara sendirian untuk menanggungnya.

Mungkin kerana sudah menyedari, kalau bertanding pun akan kalah, termasuk majoriti calon-calon UMNO juga dipercayai akan turut kalah, maka dengan tidak menyertai PRN akan membebaskan MCA dan MIC daripada turut sama terpalit dengan kekalahan itu.

Di waktu yang sama, selain sentimen rakyat kepada UMNO didapati masih dingin, terdapat kelompok dalam UMNO sendiri yang dikesan turut enggan berjuang dengan bersungguh-sungguh bagi memenangkan parti.

Mereka ingin menjadikan PRN ini sebagai hukuman kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang bertindak memecat dan menggantung keahlian sejumlah pemimpin yang dipercayai boleh menggugat kedudukannya pada pemilihan UMNO yang lalu.

Kalau dibiarkan dan ia berkembang, perkara ini akan menjadi petanda bahaya ketiga kepada UMNO dalam PRN nanti.

Dalam erti kata lain, selain PRN nanti merupakan referendum tidak rasmi kepada Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri, ia juga merupakan “titian silatul mustakim” kepada kedudukan Zahid Hamidi.

Jika keputusan buruk diterima UMNO pada PRN nanti, Zahid Hamidi pasti akan menerima tekanan lebih kuat, baik atas kedudukannya sebagai Presiden UMNO atau sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan yang diterajui Anwar yang dilihat berdegar-degar melawan rasuah, tapi timbalannya sendiri masih berulang alik ke mahkamah.

Yang nyata, PRN ini akan menjadi penentuan sama ada keberadaan Zahid Hamjdi diterima oleh pengundi atau sebaliknya.

Melihatkan sentimen di lapangan ketika ini, UMNO benar-benar dilihat dalam bahaya dan sungguh kritikal untuk memenangi kerusi yang munasabah.

Daripada 245 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN nanti, BN dilaporkan akan bertanding sekitar 110 kerusi atau 45 peratus daripadanya, soalnya – dengan pukulan demi pukulan datang menimpa ini, berapa kerusikah mampu dimenangi UMNO? – ShahbudinHusin 07/07/2023.

 

RASUAH KERAJAAN LEPAS LAH YANG SEDANG DITANGKAP SEKARANG.




Mamat ni suka buat kenyataan merapu tanpa fakta. Bila kita jelaskan nanti walaun masuk kata Sanusi hebat, dia sorang je semua orang kelam-kabut nak respon. Takkan tak perasaan statement dia bodoh?

Contohnya macam ni la. Integriti dan rasuah kian parah bawah pentadbiran DS Anwar. Mana dia tahu, ada beberapa ahli perniagaan yang beritahu dia. Ini apa jenis MB ni? Tak bawa bukti, tak sertakan fakta, main hembus je. Kira membawang je ni. Atau lebih tepat, memfitnah. Tak ada kredibiliti.

Memang dia ni kaki bawang. Dengar cakap tukang buat air, pelayan, entah apa-apa la. Boleh MB pakai info begitu? Berilah bukti. Sebut nama orang yang beritahu. Baru betul. Kalau macam ni, aku pun boleh kata Kedah banyak rasuah. Mana tahu? Pak Mat jual tempe beritahu. Boleh? Guane boh?

Raja Gelap

 

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.... PEMBOHONGAN NYATA


 

ISU MINTA 8 BILLION


 

MACAMANA ??.?MANIFESTO PALING KREATIF


 

Payung Rahmah: Jaya Grocer, Grab Malaysia jadi rakan strategik KPDN


 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) memperkukuh lagi inisiatif Payung Rahmah apabila menjalin kerjasama dengan dua syarikat gergasi iaitu Jaya Grocer dan Grab Malaysia.


Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kehadiran jenama besar itu telah memusnahkan 'mimpi ngeri' beliau yang bimbang inisiatif dilaksanakan akan berakhir sekaligus memberi suntikan semangat baharu untuk inisiatif itu diteruskan.


"Saya tidak menyangka ada lagi syarikat mahu dan terus memberi sokongan kepada usaha KPDN memandangkan inisiatif Payung Rahmah ini tidak memberi apa-apa geran dan peruntukan khusus kepada mana-mana pihak yang menyertai.


"Perkara ini sekali gus mendorong KPDN untuk bekerja dengan lebih kuat dan terus menyantuni masyarakat dalam setiap segmen di bawah Inisiatif Payung Rahmah," katanya.


Menurut Salahuddin, menerusi kerjasama itu Jaya Grocer dan Grab Malaysia akan menawarkan promosi eksklusif melalui tiga inisiatif di platform Grab.


Ia meliputi Pakej Rahmah iaitu tawaran pakej 'mix & match' daripada serendah RM18 serta GrabFood Jualan Rahmah iaitu diskaun sehingga 40 peratus untuk barangan keperluan harian dan eksklusif di Jaya Grocer melalui GrabMart.


"Selain itu, terdapat juga pemberian Bakul Rahmah secara berkala bagi menyokong pemandu orang kurang upaya (OKU) Grab dan rakan kongsi penghantaran dengan kotak keperluan asas," katanya ketika melancarkan Inisiatif Payung Rahmah di Jaya Grocer KL East Mall, di Kuala Lumpur pada Khamis.

Program Payung Rahmah yang diperkenal pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.


Melaluinya, pengguna dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan, di samping berpeluang merebut banyak tawaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga.


Sehubungan itu, beliau berkata, KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.

INFLASI MEREDA TANDA KERAJAAN BERJAYA TANGANI KOS SARA HIDUP




Kos sara hidup menjadi kebimbangan rakyat sejak setahun lalu telah cuba diselesaikan sedaya upaya oleh Kerajaan Madani.

Bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, kos sara hidup tinggi pada waktu ini turut berpunca daripada faktor antarabangsa yang berada di luar kawalan kerajaan Malaysia.

“Jangan silap (dalam hal kos sara hidup) semua negara dalam dunia bergantung kepada faktor sekeliling, isu global sebagai contoh pandemik Covid 19 juga perang Ukraine – Rusia. Sebelum itu perang dagang Amerika Syarikat – China

“Ini semua faktor menentukan kekuatan ekonomi, ringgit yang dibandingkan dengan matawang AS pasti ada kesan kepada kehidupan rakyat,” katanya dalam forum “Menangani Kos Sara Hidup Meningkatkan Kemakmuran Rakyat” anjuran Media Perpaduan, malam tadi.

Salahuddin turut mengambil contoh kehidupan seharian manusia, seperti seseorang bercinta, berkahwin dan kemudian menghadapi kerenah anak anak yang tidak selesai, demikianlah katanya, kos sara hidup berterusan walau siapa pun sebagai kerajaan.

Cuma kata beliau, kerajaan yang baik akan cuba sedaya upaya untuk memberi keselesaan kepada rakyat dalam menghadapi kos berkenaan.

“Tanggungjawab sesebuah kerajaan untuk menyelesaikan secara pentadbiran isu yang berkaitan ekonomi dengan tidak menyalahkan kerajaan dahulu

“Nak bercakap ekonomi makro itu mungkin lambat. Apa yang kita buat waktu ini selesai isu perut rakyat. Kita datang dengan pemberian tunai Rahmah. Sekarang ada eBelia Rahmah, ada pakej haji Rahmah.

“Ada insurans Rahmah, sebelum itu pakej Payung Rahmah. Ini ekonomi mikro yang perlu diselesaikan, ini yang rakyat nak dengar.

“Apa yang penting Malaysia Madani telah datang untuk selesaikan isu jangka pendek. Jangka panjang Kementerian Ekonomi dan Kewangan akan mengambil peranan,” katanya.

Tegas Salahuddin, walaupun dikritik kononnya pakej Rahmah hanya memberi impak kecil namun katanya daripada data yang diperolehi, penjimatan wang rakyat skala kecil itu telah meredakan inflasi dan hal itu menunjukkan KPDN telah berjaya.

“Pakej Rahmah ini walaupun kelihatan kecil tetapi dari segi datanya dapat menyederhanakan inflasi. Sebagai contoh kalau tahun lepas inflasi sekitar 3.2% bulan Mei lalu turun 2.8%.

“Dia mereda. Apa sumbangannya? Pakar ekonomi menyatakan ada sedikit sumbangan inisiatif Rahmah. Contoh inflasi makanan bermasak, ada penjimatan rakyat ada di situ,” katanya lagi.




[LANGSUNG] Majlis Amanat Perdana Menteri bersama penjawat awam Negeri Se...

DAH 7 BULAN KERAJAAN PERPADUAN MENTADBIR, JOM DENGAR APA YANG RAKYAT DAP...

PENYAKAU BERGABUNG BUNUH KARAKTER ANWAR



“Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussein Onn, memberitahu saya selepas persaraannya pada tahun lapan puluhan yang kesilapan terbesar dalam hidupnya adalah menjadikan Mahathir sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1976 yang telah membolehkan Mahathir menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali selama hampir suku abad," katanya. Lim berkata ini membolehkan Mahathir menjadi perdana menteri sebanyak dua kali dari 1981-2003 dan 2018-2022.



MANA PATUT KENA BUANG.


Fahmi Reza


 Pekerja mana patut kena pecat?




ADAKAH PMX KESEORANGAN ?

 




Anwar salah pilih menteri. Dia kena jawab soqang soqang. Kalau kata menteei PN dulu makan gaji buta. Menteri PKR pun makan gaji buta.

Paling orang marah Fahmi Fadzil. Memang tak ada idea..tak ada inisiatif nak kembangkan akhbar parti. 

Sama juga timbalan menteei belia dan aukan. Tak tau buat apa dah. Diam lama.


Saifudsin nampak makin memahami tugas beliau. Menteei DAP perform teebaik, Amanah pun bagus. Umno pun bagus.

Panglima perang lokman adam. Pkr members...diam bisu. Nak jawab pun tak dengar dah. 

Cuba rebut jawatan...fuhhhh..kerusi naik ataih langit....

Anqar harus lantik orang lama yang membantu beliau selama ini. 



NORMAN RADZUAN.


Yang tak bekerja gaji jalan, yg bekerja gaji tak jalan

ADAKAH PMX KESEORANGAN ?


Masalah jalan rosak PM kena selesaikan, masalah tak cukup bas di IPTA PM kena selesaikan, masalah subsidi PM kena selesaikan, masalah mesin pengimbas kastam pun PM kena selesaikan…?


Mana Naib Canselor, mana Pengarah2 Jabatan, mana ketua2 Jabatan , mana Menteri2, mana pegawai2 khas Menteri? Ia seolah olah yg TAK bekerja gaji jalan tetapi yg bekerja gaji tak jalan. Ingat PMX bekerja tak ambil gaji tapi cara beliau bekerja lebih dari org makan gaji.


Tak cukup dgn itu bila PMX diserang pihak lawan, PMX kena lawan sendirian. Difitnah pihak lawan, PM kena jawab sendirian, diserang isu agama pun PM yg kena jawab seolah beliau Ulama.


Mana Ustaz2, Mufti, Menteri Agama…? Jgn perjuangkan nak pangkat sahaja Ya Akhi. Akidah umat Islam sedangkan disesatkan, fitnah sdg berleluasa dgn serangan ayat Al Quran…jihad.


Tak kan nak suruh Cybertrooper menjawab fitnah agama? Siapa nak percaya kerana Cyto ini bukan ahlinya. Bila org ada ilmu agama menyerang ( manipulasi agama ), biarlah org yg mempunyai taraf ilmu yg sama menjawabnya.


Mana anak2 muda atau AMK… ketika ayah kamu diserang anak muda patut paling kehadapan dgn garang hujahnya pertahankan habis habisan. Jgn perjuangkan nak dpt kerusi bertanding sahaja utk Presiden berikan perhatian.


Tidak kira Menteri, golongan agamawan, anak2 muda…PMX itu nak lawan budaya rasuah yg sudah berpuluh tahun lamanya…bantulah beliau. 


PMX itu nak bangunkan semula kuasa ekonomi negara bantulah dia. PMX itu umur 76 tahun, tapi cara bekerja mcm umur 26 tahun, kita kena ada perasaan segan dgn beliau.


Yg bekerja ada gaji berbelas hingga berpuluh ribu tapi diam seribu bahasa bila kerajaan PMX dibuli pembangkang… jgn biarkan Cytro yg rata2 pro bono itu bekerja siang malam menulis, buat live, buat content di Tik Tok yg terus berjuang.


Kita semua kena bantu PMX utk lawan rasuah dgn membantu beliau dari fitnah persepsi. Jgn biarkan kapitalis menggunakan kuasa ‘Cash is king’ merosakkan negara. Ayuh…Kalau bukan kita siapa lagi.



DIA PUNYA NAIK GILA...TAK BOLEH TENGOK APA ANWAR BUAT. AL MAKLUM DIA NAK KENA TANGKAP KOT


 

ROYALTI HOK KITA DUK MANA DAH HARI NI?





1. DUN Kelantan sudah dibubarkan, tarikh penamaan calon dan hari pengundian telah pun diumumkan, tapi kenapa kali ini sudah tidak kedengaran lagi isu yang menjadi senjata kemenangan PAS Kelantan iaitu ROYALTI.


2. Dahulu, dalam keadaan hampir pilihanraya sedang rancak berkempen Royalti Hok Kito!!! tapi kini hampir semua pemimpin PAS diam seribu bahasa, NGO-NGO sudah tidak lagi ditaja, seolah ada arahan dari kepimpinan PAS Negeri untuk mendiamkan isu ini.


3. Harapan Kelantan mendapat Royalti sepatutnya mudah seperti makan kacang, apabila BN tumbang PRU 14, dan ianya menjadi lebih cerah apabila dibawah kepimpinan Tun M, yang melantik Tommy Tomas sebagai Peguam Negara, kenapa ambo kata begitu?, kerana En Tommy Tomas merupakan Peguam yang dibayar oleh Kerajaan Negeri untuk mewakili Kelantan dalam isu tuntutan Royalti di Mahkamah.


4. Tommy Tomas juga sebelum PRU, rancak bersyarah dimerata tempat tentang pendapat beliau tentang royalti Kelantan, dan terakhir dijawab dalam Sidang Dun Kelantan pada ketika itu Kerajaan Kelantan telah membayar RM 541, 022.95 wang rakyat Kelantan untuk tujuan itu kepada Peguam tersebut. itulah kesungguhan yang ditunjukkan oleh Kerajaan PAS Kelantan ketika itu.


5. 25 Feb 2020, Kerajaan Mahathir bersama PH tumbang dengan langkah Sheraton, Royalti juga masih kabur jauh dari nyata, Namun Rakyat Kelantan yang menyokong PAS kerana menyokong perjuangan Royalti bersorak gembira kerana mereka kembali melihat harapan cahaya dihujung terowong.


6. Dibawah Pentadbiran Kerajaan MN/PN, Kelantan memiliki ramai Menteri daripada PAS, sudah tentu Royalti senang diperolehi dengan adanya ‘Council Of Ministers’ dari Kelantan dalam Kabinet, sekurang-kurangnya membawa isu Perjanjian Petroleum 1975 untuk dikaji semula.


7. 33 Bulan menunggu, akhirnya semua Menteri PAS hilang jawatan, rupanya tak pernah walau sekali isu Royalti seperti dalam Perjanjian Petroleum 1975 diangkat oleh ‘Council Of Ministers From Kelantan’. Lebih menyedihkan lagi Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, telah diangkat menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) , isu ini tidak juga dibawa.


8. Tak Percaya? Dibawah saya sertakan soalan Dewan Negara 21 JUN 2023 dari YB Senator Tan Sri Hj Mohamad Fatmi Che Salleh yang bertanyakan kepada Menteri Undang-Undang sekarang, YB Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said mengenai pernahkah Kerajaan sebelum ini membawa isu Perjanjian Petroleum untuk dikaji semula, Jawapanya tidak pernah sekali pun dibawa.


9. Menyedihkan berjuang bertahun-tahun rupanya hanya sekadar mahu gunakan sentimen rakyat untuk kekalkan pemerintahan, setelah rakyat termakan hasutan, amanah itu dibiarkan terkontang kanting dengan berbagai alasan dan sekarang didiamkan terus. PAS mahu bercakap nak kembalikan royalti Kelantan lagi? Percayalah itu retorik semata.


Kreadit : M Zakry



ASAL RAJIN BOLEH DUIT. BOLEH SARA KELUARGA.


 

INI BUKAN PIMPINAN ISLAM .ORANG ISLAM TAK CAKAP MACAM TU .


 

SIKAP PAS BERUBAH SENTIASA- MACAM SESUMPAH


 

KANTOI SUDAH....LEBAI PA$ MEMANG PNyakau 😅






 KANTOI SUDAH....LEBAI PA$ MEMG PNyakau 😅


SEBELUM ni saya pernah persoalkan apa kejadah tetiba lebai PA$ mintak RM8 billion utk selesaikan masalah bekalan air di Kelantan?? Link : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=215843961310205&id=100086538073514&mibextid=Nif5oz


Skrg YB Rafizi Ramli dah KANTOIKAN Lebai main suka2 mintak duit yg Rafizi Ramli dan PMX kata tak munasabah. 


Walhal sekitar RM1 billion dah cukup. Tapi lebai PA$ fitnah Kerajaan MADANI kunun taknak bg RM8 billion jadi.. taknak bagi selesai masalah air.


Jahat sungguh lebai. Hah skrg KANTOI. Baru ada akai.


- Zus Din 

06072023



JUAL KUIH SEBIJI 50 SEN. BENDA APA YANG MAHALNYA...TEPUNG TAK NAIK, GULA TAK NAIK, MINYAK TAK SAKAW..HARGA MURAH...TAPI PENIAGA DOK KATA BARANG NAIK....CARA DIA JANGAN BELI .KALAU JUAL MAHAL


 

BANYAK BENDA YANG BOLEH DICAKAP MENGENAI KEMAJUAN NEGERI DAN BANTU MELAYU


 

SELANGOR BARU KORAK APA. NAK BAGI PELINGKOP MACAM KELANTAN DAN KEDAH KA...PAS NI TAKAT SEMBANG BOLEH LA.


 

SANUSI BAGI APA PADA NELAYAN KEDAH


 

TU DIA. ORANG BERSATU KENA LAGI.

 


Gino Marvela


Tudiaaa... best sakau & sapu bersih. Kena batang hidung sendiri, puak pas & bersatu ni buat senyap ja... 🤣


RM382,000 masuk ke dalam akaun milik tertuduh dan serahan wang tunai sebanyak RM67,000. Projek kebas mengebas ini di lakukan di sebuah pejabat Mukim Tampin Tengah antara 6 hingga 18 Oktober 2022.


Orang parti Bersatu ini di dakwa melakukan kesalahan mengikut Seskyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga di kenakan denda jika sabit kesalahan.


Ish...ish...ishhh... 😊



PERANGAI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN


 

PUNYA BODO...PANGGE ORANG SELAWAT ,TAPI BAGI ORANG MARAH.


 

ÀPA YANG SEBENARNYA BERLAKUDI IMIGRESEN

 

Macam mana nak menulis, maklumat & isu pun tak faham...habih bercelaru semua yg membaca ekoran isu rasuah di imigresen, kaitan menteri pelancongan dan dua wanita dari China.


Tadi kami risik sikit apa yg sebenarnya berlaku. 


Isunya, mmg ada berlaku rasuah di sempadan udara kita. Dua org warga China tu, salah soqang darinya adalah pihak media China dan terkait dgn kerja di kedutaannya. Bising2 di KLIA, minta duit rasuah...seorang darinya (media) telefon pihak kedutaan. 


Menteri Pelancongan Malaysia kerap berhubung dgn kedutaan asing bg mempromosi sektor pelancongan kita ke dunia luar. China adalah salah satu negara inisiatif tarikan pelancong asing ke Malaysia. 


Pihak kedutaan hubungi Tiong King Sing, menteri pelancongan. Di fikiran mereka (kedutaan), setiap menteri adalah sebagai representatif bagi kerajaan pusat. Menteri datang, maka berlakulah riuh rendah yg mana kalian dh ketahui.


Jadi, bila terkait kpd pihak kedutaan & China, Malaysia mmg perlu ambil beberapa langkah ikut perundangan sedia ada. 


Anwar turun ke KLIA lihat apa yg berlaku. Siasatan SPRM itu memanggil menteri & 2 warga China. Mmg berlaku adanya rasuah di persempadanan, kita ambil tindakan...Anwar redakan isu ini antara 2 negara dlm mengelakkan sebarang konflik, dan wanita china tersebut ikut prosedur perundangan sedia ada. 


Ibarat tarik rambut dari tepung. Itulah yg Malaysia buat. Lepas nih, apa urusan seterusnya nak di buat ? 


Kita dh hantar pulang, kes rasuah mmg berlaku dan yg ada hanyalah urusan bidangkuasa SPRM. 


Kami dh banyak kali dedahkan rasuah persempadanan ini sewaktu Najib - Mahathir - Muhyiddin - Mael Sabri. Tapi apa yg depa buat ? Isu seperti pemutihan pendatang asing, JPN & Imigresen banyak kali di dedah. Walau kami sendiri mengetahui maklumat, tp nak bawa pembuktian tu tak cukup. Yg ada amanah, PDRM & SPRM. 


Hari ini kes di KLIA dh terbungkam di depan mata. Baru2 ini Anwar sebut dari banyak scanner, hanya 1 scanner yg berfungsi. PM berucap depan kakitangan kerajaan, imigresen depan mata. Jadi, panaslah pungkok masing2. 


Ok, itu sedikit rentetan isu. Yg jadi masalahnya, ahli politik yg terkait jenayah janawibawa pula dok putar papan politik suruh siasat menteri pelancongan hingga pengikutnya pun termakan hasutan permainan.


Aduhhh...luar biasa politik ya pak. 😆


Dah la ramai yg pening tak faham isu...lagi di pusingnya. Penyokong politik pula, dok kitar & kitar isu sedangkan hal ini telah pun dlm siasatan & pendakwaan di mana seterusnya urusan peguam negara & pendakwaan di mahkamah. 


Ok, cukup dak maklumat ? 😅

Maaf, ada rahsia sensitif yg mmg tak buleh nak habaq. Cukup agar kalian faham rentetan tersebut.