HEBAHAN PERSEDIAAN MENGHADAPI FENOMENA AIR LAUT PASANG BESAR




Untuk makluman Daerah Klang dijangka akan berhadapan dengan Fenomena Air Pasang Besar pada 9,10,11 & 12 Oktober 2022 yang membawa risiko Banjir dan Runtuhan Ban.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa Peka dan Cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling.

Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

Sekiranya terdapat laporan berhubung kejadian bencana Warga Klang boleh menghubungi talian kecemasan seperti dilampiran.

Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang akan turut dibuka mulai 9 hingga 12 Oktober 2022.

I Description: ❤️PORT KLANG

#BersamaMembinaKomuniti

#Kebajikantanpasempadan

#BerkhidmatUntukRakyat

#SebarkanKasihSayang

#N46PelabuhanKlang

#TerusBerkhidmat

#MajuBersama

Azmizam Zaman Huri Azmizam Zaman Huri

 

STEVEN, FAHMI DAN NURUL BANTU MANGSA PELARIAN SYRIA

Ok gais, mohon sangat-sangat korang mai support Fatih Corner kat Jalan Bangsar Utama, di hadapan Menara UOA Bangsar . Nasi Arab memang surr. Ini oghang Penang cakap punya. Harga pun berpatutan RM10 sekotak ada ayam seketui, dan 2 jenis kuah. Bolehlah harga Kolumpo.






STEVEN SIM


Semasa kami jumpa kat Parlimen, Saudari Nurul Izzah Anwar berkongsi dengan saya tentang kisah sedih seorang ibu tunggal bernama Fatih.

Fatih seorang warga Syria, berkahwin pada umur 15 tahun ketika remaja lain masih bersekolah. Di usia 16, dia sudah bergelar ibu.Description: 😢

Riang ria zaman remaja Fatih hilang tapi yang sedihnya, kebahagiaan rumah tangga pun tidak pernah dirasainya.

Suami sering mendera Fatih dan 3 orang anak kecil merekaDescription: 😡.

Apabila perang bermula di Syria mereka sekeluarga melarikan diri ke Malaysia dan berjaya dapat status perlindungan pelarian.

Fatih dan anak-anaknya sentiasa bersyukur kepada Malaysia kerana memberi mereka tempat teduhDescription: 👏.

Namun, kisah sedih Fatih sebenarnya belum berakhir. Suaminya menjadi semakin ganas dan sering memukul mereka. Akhirnya si suami meninggalkan mereka tanpa meninggalkan satu sen punDescription: 🤬Description: 🤯.

Kini Fatih terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri, tanpa ahli keluarga lain, tanpa wang, tanpa pekerjaan, tanpa pendidikan, tanpa kewarganegaraanDescription: 😭.

Demi 3 orang anak kecil, Fatih sanggup menghempas pulas. Malangnya tanpa sokongan, dia tidak mampu untuk mencari rezeki dengan lancar.

Pernah sekali Fatih bekerja dekat flat tempat tinggalnya, ada laki-laki lain yang cuba ambil kesempatan ke atas dirinya semata-mata kerana dia bergelar ibu tunggalDescription: 😡.

Dia memang sudah buntu. Bulan-bulan sewa rumah flat kat KL saja dah RM900. Belum kira belanja sekolah anak-anak. Depa belajar di sekolah pelarian so memang kena bayar yuran. Fatih kata dia tak bersekolah tapi dia nak anak-anaknya mendapat pendidikan. Mulia sungguh kasih ibu.

Saudari Izzah bagitau saya Fatih ni pandai buat masakan Arab. Kalau begitu, apa kata kitaorang bantu dia setup gerai jual nasik Arab. Kos modal semua kitorang tanggungDescription: 🫰.

La ni trend nasik Arab Chef Ammar dok panaih lagi kat KL, mana tau rezeki Chef Fatih pulaDescription: 😆.

Pagi ni, sebelum sesi Belanjawan kat Parlimen, Izzah, Fahmi dan saya pergi ke rumah flat Fatih di KL untuk tolong dia setup gerai nasik Arab. Fatih bangkit tidur jam 4 pagi tadi untuk masak dan buat persiapan.

Masa nak keluar rumah, Fatih sempat amik meja seterika, katanya khuatir meja yang kitorang beli tak cukup nak letak barang niaga. Aduh... Ghisau kadang kalaDescription: 😂.

Saudara Fahmi Fadzil kata dia dah tolong recce kat Bangsar ada tempat kosong boleh menjaja, crowd pun ramai. Abam long kawasan kata ok, jadi kami pun pi setup kat sana. Description: 😂

Tapi memang betuilah kata YB Fahmi. Gerai setup tak sampai setengah jam, dah habis nasik Arab Chef Fatih! Description: 🤩Description: 🥳Description: 🥳

Fatih hampir tak percaya nampak wang tunai di tangannya. Saya hulurkan lagi sedikit sumbangan, untuk dia cover sewa sebulan. Tak lah rimas sangat kalut bab sewa rumah, dan boleh fokus majukan bisnes barunya.

Ok gais, korang yang kat Bangsar, KL, PJ, Selangor, pi lah support bisnes nasik Arab Chef Fatih. Izzah dan saya lidah oghang Penang pun dah luluih nasik Arab dia, memang surr punya.

Jalah teruih !!

Kepada sesiapa yang nak menderma kepada adik Fatih Description: 🙇‍♂️Description: 🙇‍♂️:

YAYASAN AMAN

5623 3940 0458

Maybank Islamic

(Fatih corner)

Lokasi: Jalan Bangsar Utama, di hadapan Menara UOA Bangsar

Waktu operasi: 9am-2pm

 

 



NIK HASYUDEEN


Adakah Gaji Semasa Mencukupi untuk Mengimbangi Peningkatan Kos Sara Hidup?

Memiliki pendapatan boleh guna yang mencukupi penting bagi isi rumah untuk kestabilan kewangan. Jurang antara pendapatan dengan perbelanjaan menunjukkan kecukupan sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan isi rumah dan sekuriti kewangan.

Rajah 1.2.7 menunjukkan bahawa 51.2% isi rumah menerima kurang daripada RM6,000 sebulan dengan 79.7% daripadanya mengalami ketidakseimbangan kewangan kerana bahagian perbelanjaan lebih besar berbanding pendapatan.

Jurang pendapatan-perbelanjaan adalah lebih ketara bagi kumpulan isi rumah berpendapatan RM2,000 – RM3,999. Situasi ini secara umumnya menunjukkan bahawa lebih separuh daripada jumlah isi rumah di Malaysia memerlukan pendapatan yang lebih untuk menampung peningkatan kos sara hidup.

Sumber: Tinjauan Ekonomi 2023 Mukasurat 29

 

Belanjawan dibentang semula jika PRU sebelum Bajet 2023 dilulus

 

Belanjawan negara untuk tahun depan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, 7 Oktober 2022.

Belanjawan baharu perlu dibentangkan semula di Dewan Rakyat sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan sebelum Bajet 2023 diluluskan oleh Parlimen.

Pembentangan semula itu perlu dilakukan oleh kerajaan baharu yang dibentuk setelah keputusan PRU-15 diketahui.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pembentangan semula belanjawan negara pernah berlaku pada 1999 ketika kerajaan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini pernah berlaku sebelum ini. Jadi, kalau rujuk balik apa yang berlaku pada 1999 apabila pembubaran Parlimen berlaku selepas belanjawan dibentangkan.

“Belanjawan dibentangkan semula, jadi, itulah yang akan berlaku jika ada pembubaran (selepas ini),” katanya pada sidang media selepas membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini (7 Oktober 2022), menurut MalaysiaKini.

Beliau menjelaskan sekiranya pun belanjawan dibentangkan semula ia tetap tidak akan menggagalkan tujuan bajet yang disediakan Kementerian Kewangan.

Ditanya mengenai mengenai kedudukan Bajet 2023 dan statusnya selepas ini, Tengku Zafrul meminta media bertanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya tidak timbul isu belanjawan bertindih jika ia dibentangkan sekali lagi kerana Parlimen dibubarkan sebelum ia diluluskan.

“Tidak, tidak ada asas apa yang anda katakan tadi,” katanya merujuk kepada soalan yang ditanya wartawan.

Tengku Zafrul menambah, belanjawan disediakan dengan memberi tumpuan kepada hala tuju masa depan negara, jangkaan ekonomi dan seumpamanya untuk tahun depan.

Pembentangan Bajet 2023 menjadi tanda tanya hingga ke saat akhir apabila ada desas-desus yang mendakwa Ismail Sabri akan mengumumkan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Tengku Zafrul membentangkan bajet defisit melibatkan peruntukan berjumlah RM372.34 bilion untuk tahun depan, mengatasi bajet tahun ini sebanyak RM40 bilion.

Dalam Bajet 2023, sebanyak RM94.3 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, yang tertinggi setakat ini, berbanding peruntukan untuk 2022 sebanyak RM71.2 bilion.

Di bawah perbelanjaan ini, peruntukan yang disalurkan kepada pertumbuhan ekonomi meningkat dua peratus, mengambil hampir satu perlapan daripada jumlah perbelanjaan pembangunan.


ULASAN | M'sia berkecuali usul bahas situasi Uyghur: Memalukan*



Raja Bahrin Shah

Diterbitkan:  Oct 7, 2022 1:20 PM



Pendirian Malaysia untuk berkecuali dalam cadangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membahaskan isu pelanggaran hak asasi manusia ke atas puak Muslim Uighur oleh China amat mendukacitakan dan memalukan negara.


Sementara negara lain seperti Turki, Britain, Norway dan Australia antara pihak menjadi penaja cadangan tersebut, Malaysia–negara majoriti Muslim–berkecuali, tidak menyokong siasatan atas tuduhan kezaliman atas pihak minoriti saudara Islam Uighur kita.


Mengelar diri kerajaan Melayu-Islam yang diterajui PAS dan Umno, pendirian Malaysia makin ketara amat lemah dalam isu isu pembelaan minoriti Muslim di Uighur dan juga di Palestin.


Cadangan di PBB untuk mula menyiasat secara rasmi dahulu tuduhan kezaliman amat lama berkumandang. Malaysia dahulu pernah melindungi pelarian Uighur dari dihantar pulang ke China atas kebimbangan berkaitan keselamatan serta hak asasi mereka.


Kenapa sekarang ini Malaysia tidak lagi prihatin dan membela siasatan kezaliman ke atas minoriti Uighur yang makin luas dan ketika laporan jelas menyebut berlaku penindasan dan penderitaan?


Adakah faktor perdagangan-komersial mengatasi isu hak asasi penderitaan minoriti sesama Islam oleh sebuah kuasa besar? 


Malaysia, yang kononnya kerajaan Melayu Islam, makin tidak istiqamah serta lemah  dalam pembelaan umat Islam minoriti yang dizalimi apabila melibatkan kepentingan perdagangan kewangan dan kuasa besar seperti China, Amerika dan Israel.


Baru baru ini semasa rakyat Palestin dan Masjid Al-Aqsa diceroboh Israel dengan sokongan Amerika, Malaysia menyertai dan mempromosi Expo Dubai bersama Israel-Amerika, ketika Palestin menarik diri.


Kerajaan Malaysia hari ini sanggup meninggalkan dan mengorbankan saudara minoriti Islam di China dan Palestin yang tertindas demi perniagaan dan pengaruh kuasa besar.


Apakah polisi serta hala tuju Malaysia di pentas dunia antarabangsa dalam isu hak asasi manusia kaum minoriti yang amat kabur dan tiada roh pembelaan kelihatan?


Apakah sumbangan atau peranan duta khas ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang, yang tidak langsung kedengaran suara atau teguran isu Palestin dan Israel?


Malaysia akan terus menjadi tidak relevan lagi seperti dahulu di kalangan komuniti dunia dan negara negara Islam dengan sikap membisu dan tiada pendirian.


Keputusan "berkecuali" Malaysia dalam tuntutan untuk diadakan siasatan PBB atas kezaliman ke atas kaum minoriti Islam Uighur, yang lama sudah bergema di seluruh dunia, adalah sama dengan menutup mata, mulut dan telinga atas kezaliman atas sesama saudara Islam dan menafikan pembelaan.


Apa kata perdana menteri kerajaan Melayu-Islam dan apa pendirian menteri agama dan duta khas yang kedua-duanya dari PAS?


Adakah kerajaan Malaysia merestui kezaliman ke atas umat Islam minoriti, dibiarkan tanpa siasatan dan pembelaan?


RAJA BAHRIN SHAH ialah pengerusi Pakatan Harapan merangkap Amanah Terengganu.


INI ANWAR YANG DIKATAKAN LIBERAL DAN ANTI ISLAM. TAK PAYAH JADI DUTA KHAS PUN DIJEMPUT DAN BERTEMU DENGAN PIMPINAN ISLAM TERBESAR DI INDIA DAN DI LUAR NEGARA




 

RAKYAT LEBIH PENTINGKAN BAJET

 



SHAMSUDIN NAWAWI

BIAR LAH orang politik yang berteka teki dan bertekak pasal bubar atau tidak.

Rakyat lebih pentingkan bajet.

Semua benda perlu ada bajet. Nak ke pasar perlu ada bajet. Nak sekolah atau ke universiti perlu ada bajet. Ada kereta atau motor semua perlu bajet.

Tak ada bajet apa pun tak jadi.

Nak buat rumah atau nak sambung dapur pun mesti ada bajet. Kalau tak ada bajet tapi buat juga, itu nama nya projek tergendala.

Projek tergendala sakit mata menengoknya.

Kalau negara tergendala, siapa juga politician yang menyebabkan nya, kita mesti pastikan dia merengkok dalam penjara.

*** gambar hiasan untuk contoh projek tak kira bajet.

 

RATAPAN SANG PENGUASA YANG DIBERI TUGAS







MMMS

Dulu meratib "Mujahid tidak sensitif derita umat Islam Uighur"; dan "Mujahid terlalu naif fahami derita Muslim Uyghur"

Siap kata "Jadi ini satu malapetaka kepada kita umat Islam, ada seorang Menteri yang sangat naif tentang apa yang berlaku kepada umat Islam, dia telah membuat satu kenyataan dan pendirian dan tindakan beliau yang sangat mengecewakan seluruh umat Islam di Malaysia, bahkan seluruh dunia."

Lebai bagi nasi tambah lagi "Jika menteri agama gagal memahami hal ini, maka selayaknya dia melepaskan jawatan sahaja."

Tapi bila Allah uji dengan beri pinjam kuasa secara istidraj, mereka sendiri tak buat apa-apa, berdegar-degar dalam sosial media, di konvensyen mereka tercekik sagon.

Kalau di tanya walaun, "kami berpegang pada Al-Quran, hadis , Qiyas dan ijma ulamak", tapi bila suruh buktikan dengan perbuatan mereka jadi seperti keldai yang membawa barang dagang.

Quran telah jelas menceritakan tentang perbuatan mereka ini.

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (QS ash-Shaff: 2-3).

Betul kata Syeikh Said Ramadhan Al-Buuti:

"Hukumnya sama, dan dalilnya tetap sama.. yang berubah adalah cita cita dan kepentingan mereka di dalam politik.. "

https://www.amnesty.org/.../china-xinjiang-vote-failure.../

https://twitter.com/.../status/1578151876348235776/photo/1

 

RINGKASAN BELANJAWAN


 
NIK HASYUDEEN

Ringkasan Bajet 2023

Dari RM 372 bilion yang akan dibelanjakan, kira-kira RM 100 bilion adalah dari pinjaman dan penggunaan aset.

Oleh kerana Perbelanjaan Mengurus dianggarkan berjumlah RM 272 bilion, hampir kesemua Perbelanjaan Pembangunan akan dibiayai melalui hutang dan penggunaan aset seperti yang dinyatakan.

Emolumen, pencen dan bayaran hutang kerajaan merupakan 44.6% atau RM 165 bilion dari keseluruhan perbelanjaan.

 

NAK BUAT PILIHANRAYA UNTUK RAIH KEMENANGAN SEBAB KESUSAHAN RAKYAT

 




Ni namanya mixed signal.

Hold your tongue. Jangan sampai fitnah Agong.

Kalau dia bertitah bubar, kita ikut. Kalau sebaliknya, kita patuh. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Itu dituntut dalam Rukun Negara.

UMNO nak sekarang bubar, kerana orang susah nak balik mengundi. Bila macam ni, ada chance dia menang lagi. Di Melaka dan Johor pernah terjadi. Sanggup menang tanpa undi rakyat majoriti.

Ingat hari Rabu kita mengundi pada PRU14?

Kalau orang dah menyampah, mereka akan tetap cari jalan pulang. Kerajaan pernah tumbang.

~LM~

 

JIKA ADA PARTI YANG HIPOKRIT . INILAH DIANYA


 

BAJET


 

DIALOG KAYANGAN




DIALOG KAYANGAN

PRESIDEN:

1. “Kalau banjir pun, kami akan redah, demi PRU!”

2. “Parlimen akan bubar, bila PM mengadap Agong. Paham tak paham ni?”

3. “Kami hormat kuasa PM, tapi PM perlu mengadap Agong. Seboleh-bolehnya semalam… Description: 😅”

PERDANA MENTERI:

1. “Kuasa nasihat Agong untuk bubar Parlimen, adalah kuasa Perdana Menteri, tiada kena mengena dengan mana2 parti. Termasuk parti sendiri”

2. “Bubar Parlimen? Tengok lah kalau saya sempat bincang dengan Agong hari ni ya? Banyak benda lain nak bincang ni”

3. “Saya bincang bajet tadi dengan YDPA, bubar tak sempat pula”

YDP AGONG

“Beta bimbang PRU15 diadakan masa musim tengkujuh. Kerajaan perlu fokus benda lain dulu”

*****************************************************

That my friend, is the art of high level politicking.

Perdana Menteri 33 juta rakyat Malaysia vs. Presiden Parti 3 juta ahli.

Kita tengok la siapa kena game?

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

BN LEBIH MUDAH MENANG JIKA PRU15 DIADAKAN SELEPAS KES MAHKAMAH ZAHID HAMIDI DIPUTUSKAN

 

Setelah semalam masih tiada ketentuan bila Parlimen akan dibubarkan, ini menjadikan tarikh PRU15 bakal diadakan kekal sebagai misteri yang belum ada jawapan.

Mengikut laporan media, isu pembubaran Parlimen tidak dibangkitkan dalam majlis menghadap kepada Yang Dipertuan Agong oleh Perdana Menteri petang semalam.

Begitu pun, pelbagai khabar angin terus berlegar mengenai bila Parlimen akan dibubarkan berikutan Ismail Sabri Yaakob terus mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Top 5 UMNO sebaik selesai menghadap Agong itu.

Ia memberi gambaran seolah-olah ada perbincangan lanjut dengan Perdana Menteri mengenai bila selepas ini Parlimen seharusnya dicadang untuk dibubarkan.

Maklumat daripada UMNO menyebut, keinginan parti itu cuma satu – PRU15 mesti diadakan tahun ini dan bukan tahun depan.

Bila tarikhnya mungkin selepas Belanjawan 2023 dibentangkan, selepas ia diluluskan atau sebelum tiba musim tengkujuh sepenuhnya pada Disember nanti.

Dalam hal ini, diberitakan isu pembubaran Parlimen akan dipersembahkan oleh Ismail Sabri kepada Agong dalam majlis menghadap yang lain selepas ini.

Namun, bilakah sebenarnya masa yang paling sesuai untuk Ismail Sabri harus membubarkan Parlimen bagi menjamin momentum kemenangan lebih memihak kepada BN?

Sekarang ini, setelah Najib Razak dipenjarakan, isu lain yang masih mengotorkan nama UMNO ialah berikutan Presiden UMNO, Zahid Hamidi sendiri masih ada kes mahkamah yang belum selesai.

Meski sudah dibebaskan daripada 40 pertuduhan berkaitan kes rasuah projek visa luar negara dan kini kes tersebut sedang dirayu, beliau masih dalam proses membela diri daripada 47 pertuduhan pecah amanah dan penggubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Sebelum ini, mana-mana pemimpin UMNO yang dituduh di mahkamah, mereka dikehendaki melepaskan jawatannya agar nama baik UMNO tidak terpalit sekali dengan jenayah yang sedang dibicarakan itu.

Tetapi di era Zahid Hamidi memegang jawatan Presiden UMNO, perkara itu tidak diguna pakai lagi dan sebab itu bila beliau pergi ke mahkamah untuk dibicarakan, ia seolah-olah UMNO sendiri sedang dibicarakan.

Lantaran itu, selagi beliau dibicarakan dan kesnya belum selesai, malah sudah tentu Zahid Hamidi akan terus diberikan watikah sebagai calon oleh Presiden UMNO jika PRU15 diadakan dalam waktu terdekat ini, mahu tidak mahu, ramai sebetulnya yang jadi sangsi untuk mengundi BN.

Ini kerana mengundi BN dalam keadaan Zahid Hamidi yang ada kes mahkamah dan sedang dibicarakan itu tetapi terus juga bertanding, ia seperti menolong dan membantu beliau untuk membersihkan dirinya melalui proses selain daripada mahkamah.

Dengan itu, mengadakan PRU15 ketika kes Zahid Hamidi belum selesai belum benar-benar menjamin BN mampu meraih kemenangan.

Kemenangan hanya lebih selesa untuk dicapai oleh BN jika selepas kes beliau diputuskan oleh mahkamah.

Ketika itu, sekiranya Zahid Hamidi didapati bersalah, beliau bukan saja terlarang untuk bertanding, bahkan UMNO boleh mendabik dada mempertahankan proses keadilan, meski dalam kedaaan Perdana Menteri sendiri adalah daripada UMNO.

Seterusnya, apabila PRU diadakan, UMNO tidak terpalit lagi dengan sebarang kekotoran.

Jika Zahid Hamidi tidak bertanding, pihak pembangkang pun dengan sendirinya akan hilang sebahagian modal kempen mereka.

Kiranya Zahid Hamidi dibebaskan pula, maka ia akan melonjakkan nama UMNO sebagai pilihan yang sudah dibersihkan dan tidak lagi terpalit dengan kekotoran.

Rakyat pun tiada lagi keraguan untuk memberi sokongan dan mengundi BN.

Proses membela diri Zahid Hamidi akan berakhir tidak berapa lama lagi dan dijangka keputusan kesnya akan diketahui sebelum pertengahan Disember ini.

Jadi, tarikh paling sesuai, paling wajar dan paling tepat untuk Ismail Sabri memohon pembubaran Parlimen ialah selepes keputusan mahkamah itu. – ShahbudinHusin 07/09/2022.



RM372.34 bilion untuk belanjawan 2023, ‘Bajet PRU-15’

 

Belanjawan negara untuk tahun depan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, 7 Oktober 2022.

Kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (7 Oktober 2022) akan mendedahkan pelan perbelanjaan Persekutuan berjumlah RM372.340 bilion untuk tahun depan, mengatasi bajet tahun ini sebanyak RM40 bilion.

Dalam Bajet 2023, sebanyak RM94.3 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, yang tertinggi setakat ini, berbanding peruntukan untuk 2022 sebanyak RM71.2 bilion.

Di bawah perbelanjaan ini, peruntukan yang disalurkan kepada pertumbuhan ekonomi meningkat dua peratus, mengambil hampir satu perlapan daripada jumlah perbelanjaan pembangunan.

Unjuran untuk perbelanjaan mengurus 2023, sebaliknya, dijangka berkurangan kepada RM272.3 bilion daripada RM284.7 bilion tahun ini, kurang sebanyak kira-kira RM12 bilion.

Namun, kerajaan Ismail Sabri telah menggandakan perbelanjaan untuk bantuan sosial dan subsidi daripada hanya 5.2 peratus ketika Bajet 2022 kepada 11.3 peratus di bawah perbelanjaan mengurus tahun depan.

Langkah itu telah dijangkakan oleh pakar ekonomi memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah semakin hampir.

Emolumen untuk perkhidmatan awam negara juga diunjurkan berkurangan walaupun hanya di bawah dua peratus di samping pengagihan pencen. Gaji, elaun dan faedah merangkumi sehingga satu perempat daripada perbelanjaan mengurus.

Sementara itu, peruntukan 2023 untuk dana Covid-19 akan mengambil hanya 1.3 peratus. Di bawah Bajet 2022, peruntukan untuk dana itu adalah hampir tujuh peratus daripada jumlah belanjawan.

 

Mat Sabu: Dalam Keadaan UMNO Lemah, PAS Itulah Pergi Letak Bahunya Untuk...

PATUT LUKU JA KEPALA UNCAI SEBAB BODO

 


Aku ingat lagi bila kata Najib penyamun, curi duit, ada unchai tanya aku berapa banyak Najib dan curi duit aku? Jelas unchai tak faham isunya.

Cuba tengok ni. Kerajaan gunakan RM1.5 bilion duit yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan, hanya untuk bayar hutang SRC.

Duit pembangunan itu untuk siapa? Patutnya untuk kita tapi kita tak dapat sebab Najib dah belanjakan. Tak rasa lagi hak kita telah dicuri?

Najib dapat berjoli sana-sini. Kita pula kena cukai tinggi untuk bayar hutang yang dia buat. Nasib baik PH menang, dapat skandal ini terbongkar. Kalau tak berapa banyak lagi yang dia dapat curi?

Jangan lupa Najib ada agihkan duit tersebut kepada pemimpin UMNO yang lain. Itu maknanya mereka sama subahat. Sama je semua pemimpin UMNO. Masih nak sokong UMNO? Guane boh?

Raja Gelap




 

JOM PAKAT TOLONG SEKUTU PH.

 Sumbangkan RM15 atau lebih di amanah.org.my/dana untuk bantu kempen Pakatan Harapan



AAAAUUUUUMMMMM

 

3 negeri PAS tak bubar DUN

12 Menteri PN utuskan surat kepada Agung tak setuju parlimen dibubarkan, tapi yang salah PH.

PH DAP ni memang ditubuhkan untuk disalahkan ke?



 

MAKLUMAT DAN RUJUKAN YANG BERGUNA


 

INI BUKAN MENGATA, TAPI NASIHAT YANG BAIK...KEH..KEH


 

[🔥SIRI 63🔥] "PULANGKAN BALIK! (PART 2)"