'Pastikan PRU 15 ini PH ada majoriti perintah negara'


 Dengan pelbagai kelemahan yang melanda Kerajaan BN - PN, para ahli dan penyokong Pakatan Harapan digesa berkerja lebih kuat untuk memastikan berlaku perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan ekonomi yang teruk modal BN - PN terbaharu hanyalah mencerca pembangkang.


Oleh itu, katanya, kuasa mesti dikembalikan agar sebuah kerajaan lebih cekap dibentuk bagi memulihkan keadaan negara kepada sediakala.


"Kuasa mesti kembali kepada rakyat. Mesti ada kekuatan. Sekarang mereka fitnah dan cerca kita berlebihan. Kita boleh lawan tetapi lawan lebih berkesan bila rakyat bangkit


"Biar orang ada keyakinan. Kali ini pastikan kita punya majoriti perintah negara ini," kata Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam ceramah umum di Bandar Tun Razak, malam tadi.


Tegasnya, berbekalkan kubu kuat di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan, PH perlu melancarkan serangan ke Selatan dengan yakin untuk mempertahan atau merampas kerusi yang telah dikhianati.


"Kali ini biar Wilayah Persekutuan menjadi kubu kuat kita. Dengan PH kuat di Selangor serta Negeri Sembilan kita serbu Melaka, Johor dan lain lain.


"Melaka dulu kalah, itu dulu. Kita tak nak jawab PH yang dulu. Kita nak jawab sekarang dan masa hadapan," katanya lagi kemudian mengakhiri ceramah dengan laungan keramat Reformasi beramai ramai.

PAS atau PH yang anti Islam?

 PAS atau PH yang anti Islam?




PAS tuduh PH anti-Islam? Jawapan Adly ini sampai sekarang PAS masih tak jawab. Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Melaka Adly Zahari menjawab tuduhan PAS berkenaan berita di Harakahdaily yang mengambarkan Pakatan Harapan adalah gabungan parti yang anti kepada Islam


Jelas Adly tuduhan tersebut hanyalah fitnah dan cerita donggeng yang dijaja bagi menutup kegagalan PAS.


PAS telah menjadi sebahagian daripada kerajaan melalui gabungan parti di bawah Perikatan Nasional melalui Langkah Sheraton.


Bekas Ketua Menteri Melaka itu menulis di facebook senarai kegagalan PAS 30 bulan menjadi kerajaan. Tempoh itu lebih lama daripada kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan.


Menurut Adly, banyak isu yang PAS sendiri gagal selesaikan antaranya jumlah cabutan undi, RUU335, kes Adib, LGBT, arak jenama Melayu, judi  dan banyak lagi.


“Rakyat sudah cerdik dan tahu apa yang dijaja PAS hanyalah sekadar menutup kelemahan mereka sendiri” ujar beliau.


Adly Zahari



Apa peranan utama Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi?



Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya menonjolkan peranan dalam menyelesaikan secara tuntas isu kenaikan harga barang keperluan rakyat, bukannya sekadar membuat jualan murah di kawasan tertentu.



Hal berkenaan dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) dalam sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.



Anwar dalam pertanyaan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mahu penjelasan lebih terperinci tentang langkah yang dilakukan kementerian dalam mengawal harga barang.



"Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad merentasi kementerian, bermakna ini bukanlah tugas terbatas kepada kementerian YB sahaja.



"Kalau kata pasukan jihad maknanya langkah yang diambil lebih berstruktural. Ada masalah besar umpamanya kepada pertanian, pengeluaran. Hal yang mungkin tidak terbatas kepada tugas dan skop kerja kementerian YB.



"Sebab itu saya tujukan soalan ini kepada jawatankuasa khas jihad tangani inflasi



"Saya juga berterima kasih kerana jualan murah, langkah sementara biar pun Kerajaan Negeri Selangor telah melakukan setahun yang lalu," katanya.



Selain itu, Anwar menimbulkan isu kawalan eksport ke atas minyak sawit agar harga dalam negeri serta bekalannya dapat dikawal dan memanfaatkan pengguna golongan B40 sementelah Malaysia pengeluar utama minyak sawit dunia.



"Minyak sawit ini banyak rayuan bekalan tidak diperolehi di beberapa tempat. Ada aduan di Port Dickson, di Bandar Tun Razak, begitu juga Jelebu.



"Cadangan kita yang lebih serius ialah syarikat besar yang mencacat keuntungan berbilion setahun kita kawal 10% (daripada pengeluaran) dan jual dalam negeri



"Keupayaan kerajaan berunding dengan syarikat besar lemah sekali, mengalah terus. Syarikat untung bilion ringgit, apa salah letak syarat 10%, 15% jual dalam negeri dengan keuntungan kecil dan tidak ikut pasaran dunia," katanya.



Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu juga menimbulkan isu kejatuhan nilai ringgit dan menempelak Menteri Kewangan kerana berkata kejatuhan ringgit tidak membimbangkan.



"Ini satu satunya di dunia Menteri Kewangan yang tidak bimbang dengan nilai ringgit jatuh," katanya.



Anwar juga menyoal Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna mengenai langkah penyelesaian tuntas masalah kenaikan harga barang.



"Soalan saya, nak tahu dengan jelas keupayaan, kesanggupan jawatankuasa jihad ini. Sebut jihad berat bunyinya. Mesti ada kesanggupan mengambil langkah tegas, cuba cari penyelesaian



"Apakah langkah yang lebih struktural yang dianggap perubahan dasar yang menjamin harga tidak tinggi?



"Di Malaysia kadar inflasi makanan sangat tinggi, lebih tinggi dari Brunei, Singapura dan Vietnam. Tahniah kerana lebih rendah dari Myanmar.



"Susu, telur kadar inflasi 9.4%, sangat tinggi," katanya lagi.



Bagaimanapun Nanta Linggi menjawab kerajaan mempunyai Majlis Kos Sara Hidup Negara (nacol) yang mengenalpasti isu dan kos sara hidup rakyat jangka sederhana dan panjang.



"Jihad inflasi jangka pendek tangani isu. Ada juga jawatankuasa teknikal yang perincikan langkah yang akan diambil," katanya.



Mengenai kawalan eksport minyak masak pula, kerajaan BN - PN tidak mahu mengalah. Nanta Linggi berkata, telah melakukan libat urus dengan pihak industri, mencadangkan 10% keluaran minyak sawit untuk domestik. Cuma, katanya, setakat ini belum ada persetujuan dicapai dengan syarikat besar.

 

Selepas skandal kapal LCS, skandal meriam Howitzer libatkan PM Ismail


 Skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) masih belum selesai kini negara dikejutkan pula dengan skandal pembelian meriam self-propelled Howitzer (SPH) yang melibatkan peruntukan sekitar RM854 juta.


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, sekiranya LCS hanya melibatkan pemimpin Umno yang telah dijatuhkan dalam Pilihan Raya Umum ke 14, skandal pembelian meriam ini pula melibatkan Perdana Menteri (PM) semasa Umno.


"Saya telah mengkaji kontroversi perolehan ini sejak beberapa bulan dan mendapati ada bukti-bukti bahawa keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi Kerajaan membelakangkan spesifikasi dan keperluan angkatan tentera.


"Kementerian Pertahanan telah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan agar perolehan sistem meriam artileri SPH yang baru melalui proses tender terhad, seperti amalan perolehan kelengkapan pertahanan amnya.


"Memang menjadi amalan perolehan pertahanan negara bahawa pendekatan tender terhad digunakan untuk mengimbangi keperluan kerahsiaan pertahanan negara (supaya spesifikasi persenjataan tidak diketahui umum) dan mendapatkan nilai terbaik wang rakyat (agar pembida terbaik dilantik)," katanya dalam kenyataan hari ini.


Malangnya dakwa Rafizi, sebuah syarikat mahukan pembelian peralatan tempur berkenaan dibuat secara runding terus dan mahu PM Ismail Sabri Yaakob campurtangan.


Lebih malang, dakwanya PM telah merakamkan nota arahan dan tular di media sosial baru baru ini yang menjadi sandaran keputusan Kementerian Kewangan mengarahkan perolehan berjumlah RM853 juta diberikan kepada syarikat yang meminta secara rundingan terus.


"Pada 25 Julai 2022, Kementerian Pertahanan akhirnya terpaksa akur dengan arahan Menteri Kewangan


"Meskipun hal itu bertentangan dengan kehendak dan permohonan Kementerian Pertahanan sebelum itu yang mahu perolehan ini dibuat secara tender terhad," katanya.


Mantan Ahli Parlimen Pandan itu telah melakukan semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ke atas butiran syarikat yang memperolehi tender berkenaan.


"Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan syarikat ini hanya ditubuhkan tidak sampai dua tahun dari tarikh anugerah kontrak oleh kerajaan, tanpa rekod dalam industri pertahanan dan pembekalan persenjataan yang sebegini besar," kata Rafizi.


Beliau bertanya mengapakah Kerajaan Umno – Pas - Bersatu terus menggadaikan kepentingan pertahanan negara dan kebajikan askar dengan memperjudikan sistem persenjataan di tangan syarikat-syarikat yang tidak ada pengalaman dan rekod cemerlang.


"Oleh kerana Umno nampaknya begitu yakin dengan sokongan pengundi Melayu kepada mereka sehingga sanggup memanggil PRU15 semasa banjir, saya ingin lihat berapa banyak lagi sokongan kepada Umno jatuh merudum apabila mereka berkempen di dalam banjir untuk mempertahankan penyelewengan-penyelewengan sistem pertahanan negara seperti LCS dan meriam artileri SPH ini," sinis Rafizi.


KISAH NAJIB YANG TAK MASUK AKAL


 

Najib dijanjikan US$1.17 bilion tu memang tak masuk akal. Tapi kalau kata aku nak percaya masih boleh lagi. Tapi nak kata janji itu bagi menghargai usaha Najib memperkenalkan Islam ke seluruh dunia, itu aku tak boleh brain.

Cuba senaraikan apa yang Najib dah buat untuk perkenalkan Islam ke seluruh dunia? Dia buat apa sampai Islam dikenali sebab Najib? Nak kata dia berdakwah pun payah. Yang aku ingat, dia buat konsert K-Pop ada la.

Kalau nak menipu pun, biarlah yang masuk akal. Contohnya kalau nak kata kucing curi ikan, itu kita semua boleh percaya. Tapi kalau nak kata kucing curi ikan kemudian masak stim ikan tu, siapa yang gila nak percaya?

Islam telah pun dikenali seluruh dunia seribu tahun sebelum Najib lahir. Malah seluruh dunia lebih kenal jemaah Tabligh daripada Najib. Kumpulan nasyid Raihan kalau dikata begitu pun aku tak kecik hati la. Tapi Najib? Real la bro?

Aku kalau boleh tak mahu sentuh soal keluarga dia tapi kita sendiri boleh nampak. Di sini kita pun dah boleh nampak betapa mengarutnya cerita yang nak disampaikan. Lebih mudah kita nak percaya yang Wakanda wujud berbanding cerita ni. Guane boh?

Raja Gelap