ROSAK NAJIB KERANA ROSMAH

 

Rosmah campuri urusan kerajaan ketika Najib jadi PM, kata hakim




Hakim Zaini Mazlan berkata rakaman audio dikatakan perbualan antara
 Rosmah Mansor dan Najib Razak berkaitan 1MDB jelas menunjukkan
 dia memberi arahan kepada bekas perdana menteri itu berhubung hal
 ehwal kerajaan.

KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor mencampuri hal ehwal kerajaan ketika suaminya Najib Razak menjadi perdana menteri antara 2009 hingga 2018, kata Mahkamah Tinggi.

Hakim Zaini Mazlan berkata, ini berdasarkan rakaman audio dikatakan perbualan antara Rosmah dan Najib mengenai isu berkaitan 1MDB, dan turut disokong keterangan saksi pendakwaan.

“Jelas daripada rakaman itu, tertuduh memberi arahan kepada Najib mengenai hal ehwal kerajaan,” katanya dalam penghakiman sepanjang 116 muka surat ketika mendapati Rosmah bersalah atas tiga tuduhan rasuah berkaitan projek tenaga solar sekolah di luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Katanya, nada Rosmah adalah memerintah, dan bertentangan dengan dakwaannya bahawa dia mematuhi arahan Najib supaya tidak mencampuri hal ehwal kerajaan.

“Saya menyatakan perkara ini dengan penuh hormat, namun jelas tertuduh mendominasi Najib. Dia mempunyai kawalan terhadapnya. Dia tidak patut mencampuri tugas atau hal ehwal Najib, tetapi berbuat demikian,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Rosmah cuba menggambarkan perbualan itu sebagai borak biasa antara suami isteri.

Zaini berkata, bekas pembantu Rosmah, Rizal Mansor bercakap benar apabila memberi keterangan bahawa tertuduh dilihat sebagai garang dan mampu mempengaruhi keputusan berkaitan perkhidmatan awam.

Katanya, ini kerana Rizal telah berkhidmat lama dengan Rosmah seterusnya mampu melihat sendiri sikap itu.

Zaini berkata, beliau juga tiada sebab untuk curiga dengan keterangan bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid dan bekas ketua setiausaha Kementerian Pendidikan Madinah Mohamed yang mengesahkan suara dalam rakaman itu sebagai milik Najib serta Rosmah.

Ketika soal balas oleh pendakwa ad-hoc Gopal Sri Ram, Rosmah menolak isi kandungan rakaman itu sebagai “merepek”.

Pendakwaan mengemukakan rakaman itu bagi menyokong dakwaannya bahawa Rosmah cukup berpengaruh kerana garang, walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi.

Ia juga bagi menunjukkan Rosmah mendesak pegawai kanan Kementerian Pendidikan supaya memberikan projek itu kepada Jepak Holdings Sdn Bhd.

Rosmah didapati bersalah meminta RM187.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion berkenaan.

Dia menerima rasuah RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal di Seri Perdana di Putrajaya pada 20 Disember 2016, dan RM1.5 juta lagi daripada Saidi di Jalan Langgak Duta pada 7 September 2017.

Zaini memerintahkan Rosmah dipenjara 10 tahun bagi setiap satu tuduhan terhadapnya, dengan kesemua hukuman itu berjalan serentak.

BENDERA PARTI HANG SAJA BAGUIH- HABIS PARTI LAIN TAK ELERGI KA DENGAN WARNA BENDERA PARTI HANG- KALUT PULAK...SAPA PUN TAK AKAN BOLEH BEKERJASAMA DENGAN PARTI PAS.

 


Penyokong PAS alergi dengan biru PN, logo bulan lebih ‘serasi’, kata Sanusi


Sanusi Md Nor berkata, PAS Kelantan sudah menyatakan hasrat mahu menggunakan simbol bulan dalam PRU15 dan hasrat sama turut disuarakan PAS Terengganu.

ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sanusi Md Nor berkata, ramai pengundi dan penyokong parti itu alergi terhadap warna biru Perikatan Nasional (PN), yang disifatkan sebagai “bayang-bayang” kepada warna biru tua Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, tindakan memperbetulkan keadaan itu perlu diambil dengan kembali mempertimbangkan penggunaan logo bulan PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang lebih “serasi” dengan pengundi parti itu khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, yang ditadbirnya.

“PAS telah mohon untuk tukar logo sebab warna biru PN banyak orang PAS alergi.

“Orang alergi dengan warna logo PN yang warna sama dengan BN, patutkah kita biarkan perkara itu atau kita ambil tindakan memperbetul keadaan? Jadi (bagi saya) boleh diambil tindakan untuk diperbetulkan (kembali guna logo PAS),” katanya ketika berucap di Muktamar Pemuda PAS Ke-63 malam tadi.

Beliau yang juga menteri besar Kedah berkata, PAS Kelantan sudah menyatakan hasrat mahu menggunakan simbol bulan dalam PRU15 dan hasrat sama turut disuarakan PAS Terengganu.

Sabtu lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman mencadangkan PN menggunakan lambang parti itu pada PRU15.

Ariffin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri dilaporkan berkata, cadangan itu dibangkitkan susulan senario politik di Pantai Timur berbeza berbanding di peringkat persekutuan.

Cadangan itu kemudian dipersetujui rakan gabungan mereka, Bersatu Terengganu.

Bagaimanapun, Sanusi mengakui terdapat penolakan daripada rakan komponen PN yang lain kerana mereka sudah pun mencetak bahan kempen PRU15.

“Alasan diberi rakan kita mereka dah cetak bahan kempen…siapa suruh? Adakah kita suruh depa (mereka cetak)? Tak ada,” katanya tanpa merujuk secara khusus mana-mana rakan gabungan.

Sanusi kemudian meminta perwakilan pemuda membawa usul penggunaan bendera PAS pada PRU15 di Muktamar PAS Ke-68 esok untuk dipertimbang kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

Selain PAS dan Bersatu, PN turut dianggotai Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

INILAH UNDANG UNDANG NEGARA. DENDA YANG ROSMAH DAN NAJIB PERLU BAYAR.NAJIB DAN ROSMAH KORBAN SENJATA BN

 

SHAMSUDIN NAWAWI






NAJIB dan ROSMAH korban Senjata buatan Barisan Nasional.

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) berkuatkuasa mulai 1.1.2009. Itu tiada keraguan langsung digubal ketika Barisan Nasional memerintah. Najib mulai menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018 dan dalam tempoh sama Rosmah jadi FLOM.

S. 16 Akta SPRM memperuntukkan .....mana2 orang secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima apa-apa suapan....adalah melakukan kesalahan.

S. 24 pula menetapkan hukumannya adalah a) dipenjara tidak melebihi 20 tahun b) didenda tidak kurang dari 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan itu atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Dalam kes Najib dendanya RM210 juta atau jika gagal bayar 5 tahun penjara.

Rosmah pula kena denda membawa jumlah kesemuanya RM970 juta atau jika gagal bayar 10 tahun bagi tuduhan Pertama, 10 tahun lagi bagi tuduhan ke2 dan lagi 10 tahun untuk tuduhan ke3. Maknanya kalau tak bayar langsung sesen pun, 30 tahun.

Kes Najib, adalah jadi fakta melalui keterangan2 yang dibentang di Mahkamah RM42 juta sudah masuk dalam akaun banknya. Jadi ianya 42 x 5 = 210. Itu simple dan jelas.

Bagi kes Rosmah pula, mungkin apabila Akta SPRM ini digubal, tidak terbayang oleh sesiapa baik pengubalnya atau Ahli Parlimen yang meluluskan Akta itu, akan terkena kepada FLOM.

Dalam kes FLOM ini, tuduhannya ialah beliau meminta suapan dalam bentuk %. Jumlah yang diminta tidak sampai semua kepada FLOM. Ikut keterangan yang sampai dalam beg ialah 6.5 juta.

Malang lah nasib FLOM. Seksyen 16 Akta SPRM itu, bersetuju untuk terima tapi belum terima pun satu kesalahan.

Kalau dalam undang2 jenayah biasa tuduhan dibawah Penal Code, itu baru attempt to commit a crime. Crime itu belum complete. Attempt juga satu kesalahan tetapi tidak lah seberat itu hukumannya.

Attempt to commit suicide is also a crime tapi tidak lah berat mana hukuman nya.

Siapa yang gubal undang2 SPRM ini? Kerajaan Barisan Nasional lah siapa lagi?

Ini lah dikatakan senjata makan tuan dan bini tuan.

Elok lah parlimen pinda semula Akta SPRM ini. Niaya lah attempt to commit a crime pun crime juga.

Nak kata zalim tu tak sampai hati tapi undang2 SPRM ini pelik sikit.

 

JANGAN DIBIARKAN BERKELIARAN SEPERTI NAJIB



Kan dah kata tak lama pun Najib bersendiri dalam penjara tu. Rosmah sedia menemani. So suwit!!! Semoga kekal di dalamnya.

Tapi hukuman belum diputuskan. Harap masuk serta merta walaupun menunggu rayuan. Jangan buat macam Najib dulu.

2 dah selamat. Tinggal 1 lagi masih berkeliaran. Asyik tak sihat je kerja dia. Tapi tak ke mana juga tu. Guane boh?

Raja Gelap

.

 


KES HINA PM LOBAKMAN






KES HINA PM LOBAKMAN

Hari ni Dato Lokman Adam kena tuduh dibawah Akta SKMM. Kesalahan bawah Seksyen 233, kerana buat hantaran jelik untuk hina PM.

Ini berikutan live dia yang tak puas hati sebab PM taknak bubar Parlimen dan taknak tolong DSNR.

Kes ni baru mula hari ni, dia dikenakan 2 tuduhan di bawah seksyen yang sama. Kalau tersabit boleh kena denda max RM50k atau penjara max 1 tahun, atau dua2nya.

Dia tak mengaku salah jua.

Masa Mahkamah nak putuskan wang jaminan, sementara tunggu hari bicara seterusnya, DPP mintak RM30k untuk semua pertuduhan. Lawyer dia mintak RM4k sahaja.

Alasannya ialah sebab dia tiada pekerjaan tetap dan punya 11 orang anak (penekanan: bab takde kerja tetap dan 11 anak ni Description: 🥴)

At the end, Mahkamah tetapkan dia bayar RM16k duit jaminan. Tadi saya tengok dia dah lepas dah, confirm dah bayar lah tu.

Lagi satu, DPP juga mintak Mahkamah pastikan dia tak update kes dia and merepek meraban di sosial media. Kerana itu akan jadi subjudis pula.

****************************************************

Ulasan saya:

1. Seksyen 233, Akta SKMM ni luas. Siapa saja yang buat hantaran jelik, lucah dan sumbang terhadap mana2 orang; dengan tujuan nak sakitkan hati, ugut, aniaya dan ganggu orang tersebut, boleh kena tindakan undang2.

2. Seksyen ni tak terpakai pada PM semata2. Orang marhein macam kita pun boleh report kalau buli kena cyber bully dan sebagainya. Tapi sebab PM dan Kerajaan yang kena, surely kena ambil tindakan segera.

3. Pada saya setakat nak komen dan kritik Kerajaan dan PM, mereka patut terbuka. Kalau fitnah lain la. Tu mereka boleh saman fitnah.

4. Tu sebab saya tak pernah setuju peruntukan ni digunakan oleh PM dan Kerajaan untuk senyapkan pengkritik mereka. Pada saya, seksyen ini seharusnya digunakan untuk orang awam macam kita sahaja.

5. Namun demikian, kita tahu yang seksyen ni dibuat masa zaman PM6 lagi. Zaman tu, bukan politician yang kena. Penganggur, kakitangan Kerajaan dan swasta serta golongan marhein pun diaorg sapu. Mana boleh sentuh langsung pemimpin nan satu.

6. Pada saya, now it’s the time, you reap what you sow. Peruntukan yang sama kena pada geng dia. Kerana hina PM mereka dari parti yang sama.

7. Pada saya ini semua kifarah (karma) jua.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

https://www.bharian.com.my/.../lokman-adam-kena-2...

 

KRONOLOGI KEJATUHAN PH


 

TIKTOK- APABILA ORANG BODO BERCAKAP TANPA MEMBUAT KAJIAN..IANYA JADI FITNAH..SEBAB TU KENA BAYAR SAMAN 10K


 

ORANG PAS KA UMNO TAK TAU-TAPI SOUND SU MB KEDAH YANG BANGANG-


 

TIKTOK- KENAPA UMNO NAK KUASA. SEBAB KUASA DAPAT MENENTUKAN SIAPA YANG SALAH ATAU TIDAK


 

APA YANG RAFIZI CAKAP ADALAH KATA RAKYAT

 




Keengganan PH bekerjasama dengan PN hanyalah pendapat peribadi Rafizi, kata Mahiaddin. Tapi dia siapa nak pandai-pandai kata begitu? Rafizi adalah Timbalan Presiden Keadilan. Rafizi ada dalam mesyuarat Majlis Presiden.

Berita penuh di sini: https://bit.ly/3pQ9y37

Apa yang Rafizi sebutkan adalah suara rakyat. Itu yang rakyat mahukan. Jadi ianya bukan pendapat peribadi Rafizi. Tetapi pendapat peribadi setiap rakyat Malaysia terutamanya penyokong PH dan mereka yang berakal.

Konon Mahiaddin kata PN cuma mahu melihat kestabilan politik dan tidak mahu salah guna kuasa kembali berleluasa. Konon tak mahu lagi melihat dana awam dibelanjakan sesuka hati, kehilangan aset negara dan lain-lain.

Tetapi siapa yang jadi punca politik kita tak stabil? Dia sendiri. Bersama konconya atas perancangan yang dipelopori oleh Mahathir. Kalaulah Langkah Sheraton tidak berlaku, politik kita adalah sangat stabil pada hari ini.

Kenapa berlaku Langkah Sheraton? Kerana sikap tamakkan kuasa dia dan Mahathir. Jadi apa beza Mahiaddin, PPBM dan BN? Sama saja. Kesemuanya gila kuasa dan ketepikan kepentingan rakyat. Janji dapat memerintah.

Selepas Langkah Sheraton, siapa yang kutip parti yang telah dibuang oleh rakyat - UMNO dan PAS? Dia juga! Dialah yang berikan nyawa kepada UMNO di saat UMNO telah nazak. Bila desas desus UMNO mahu jatuhkannya muncul, baru nak sebut kluster mahkamah. Sebelum tu?

Tiba-tiba hari ini dia jadi cakna dengan perasaan rakyat. Konon risau keadaan negara. Masa buat Langkah Sheraton tak fikir semua tu. Lepas khianat, sebab nak kuasa, sanggup tebalkan muka ajak PH kerjasama semula. Hey! Tak ada maruah ke?

Jelas sangat hipokritnya. Tindakan Mahiaddin ini hanyalah usaha membodohkan rakyat. Seolahnya rakyat tak punya akal untuk berfikir. Maka bodohlah siapa yang percaya dan mahu bekerjasama dengan Mahiaddin. Guane boh?

Raja Gelap

 

Apa nasib projek 5G: Kalau kerajaan ikut cara PH tidak sangkut - Fahmi



Nasib projek spektrum 5G Malaysia menggunakan platform Single Wholesale Network (SWN) atau monopoli satu syarikat sebagaimana dicadangkan oleh Kementerian Kewangan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini menjadi tanda tanya.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, cadangan monopoli melalui Digital Nasional Berhad (DNB) itu nampaknya kurang diyakini berdasarkan laporan Reuters semalam bahawa 2 syarikat utama telekomunikasi menarik diri.


"Berdasarkan laporan berita Reuters ini, kelihatan model pemilikan ekuiti yang dicadangkan masih hadapi pelbagai rintangan.


"Saya difahamkan DNB juga lewat dalam rollout menara-menara 5G. Sepatutnya sudah cecah 4,500 tetapi lebih kurang separuh sahaja yang telah sedia. Ini belum mengambil kira pemasangan fiber ke menara-menara tersebut.


"Apakah kesan kelewatan-kelewatan ini, contohnya terhadap kontrak-kontrak yang ditandatangani DNB? Adakah ia akan ada sebarang kesan kepada pemilik ekuiti, atau tidak?" tanyanya.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu seterusnya mahu Menteri Komunikasi dan Multimedia menerangkan apakah langkah selanjutnya yang mahu dilakukan oleh kerajaan


Beliau juga kesal kerana kerajaan enggan melaksanakan polisi pentadbiran Pakatan Harapan dahulu yang mahu memberi terus spektrum 5G kepada operator telekomunikasi sedia ada tanpa ada syarikat lain milik kerajaan yang mengawalnya.


"Kalaulah Kerajaan teruskan pemberian spektrum macam yang dirancang Gobind Singh (Menteri Komunikasi PH), atau macam waktu Saifuddin Abdullah (Menteri PN) dulu, by now kita mungkin dah ada 5G. Tapi apakan daya… tak sempat…


"Kita cuma tak nak budaya Mat Sakau (budaya ambik apa yang sempat) meresap ke dalam isu 5G ini pula," sinis Fahmi.


Terbaharu, DNB selaku pemborong tunggal 5G di Malaysia memberitahu bahawa perbincangan dengan kesemua 6 syarikat 'telco' masih berjalan dan masing-masing diadakan secara berasingan.


Hal itu, berlaku setelah tempoh akhir untuk menandatangani perjanjian bersama telco pada 31 Ogos lalu tidak menjadi kenyataan apabila dua syarikat telco menarik diri pada saat akhir.

 

SEMBANG



 

Yang dia panas ni dah kenapa? Rafizi tak sebut pun nama dia..ke ada dapat jugak sikit-sikit.Sabar yang dapat kluster mahkamah.