PANDANGAN PROKSI MAHATHIR HANYA AKAN MENGGUSARKAN PENYOKONG PH. PAS DENGAN MASAALAH KEPERCAYAAN TEENTANG PERANAN MEREKA DALAM KERAJAAN MENJADI RACUN KEPADA PENYATUAN DALAM BN-PN..PAS DILIHAT GAGAL MEMAINKAN PERANAN SEBAGAIMANA YANG MEREKA CAKAP SELAMA INI,

 



PAS akan mendapat untung dalam pilihan raya umum akan datang akibat perpecahan dalam Pakatan Harapan (PH) dan juga Barisan Nasional (BN), kata Daim Zainuddin.

Bekas menteri itu memberitahu The Malaysian Insight, beliau juga menjangka parti dalam PH akan kehilangan sebilangan kerusi.

“Pembangkang tidak akan dapat majoriti kerana DAP akan kehilangan sebilangan kerusi sementara PKR akan kalah lebih lagi.

“Bagi Pejuang, saya rasa sudah habis dan begitu juga Bersatu.

“Dan jika kita tidak hati-hati, PAS akan dapat lebih banyak kerusi,” kata bekas menteri kewangan itu di pejabatnya di Menara Ilham dalam satu wawancara.

Katanya, walaupun PH kehilangan kuasa pada 2020, ia masih tidak berubah.

“Malah sehingga hari ini, mereka masih tidak berubah. Pembangkang masih berpecah-belah. Dan ini akan berterusan hingga 10 tahun jika kita tidak hati-hati.”

Jelasnya, perpecahan dalam PH dan Umno akan hanya mendorong pengundi Melayu ke arah PAS.

PH yang terdiri dari PKR, DAP, Amanah dan Upko gagal mencapai persetujuan bagi membentuk gabungan besar pembangkang seperti dalam kempen pilihan raya 2018.

Di satu pihak lagi, pergeseran berlaku di antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengawal parti itu.

Berbeza dengan parti lain, ideologi Islam dibawa PAS akan menarik orang Melayu kerana apabila berdepan keadaan tidak pasti, golongan pengundi itu lebih terdorong kepada agama, katanya.
 
“Apabila orang Melayu semakin tua, mereka juga mula berfikir tentang Allah dan bagaimana PAS menjadi penyelamat mereka,” kata tokoh Kedah itu.

Ramai pengundi Melayu berusia pula di negeri majoriti Melayu, Kelantan dan Pahang yang menjadi bank undi parti konservatif, dan ia hanya akan menguntungkan PAS, jelasnya lagi.

Beliau mengenali PAS sejak tahun 1960-an sewaktu berkecimpung dalam politik ketika menjadi peguam muda dari Kedah.

Namun beliau melihat parti itu sudah berubah selepas mengecap kuasa apabila menyertai pentadbiran Perikatan Nasional.

“Ini bukan PAS yang saya kenal pada tahun 1960-an. Ini PAS yang mahu kuasa kerana mereka sudah mengecap kuasa.

“Saya masih rapat dengan mereka tetapi saya (tolak usaha mereka ambil alih pentadbiran negara). Sebab itu kita perlukan generasi baharu,” katanya yang kini bersara dari perniagaan.

Mengulas mengenai parti lamanya, Umno, Daim melihat parti itu yakin dapat menang lebih separuh dari 165 kerusi di semenanjung Malaysia.

“Sesetengah penganalisis Umno percaya mereka boleh menang hingga 85 kerusi. Tapi itu bermaksud mereka perlukan Sabah dan Sarawak,” katanya. – 11 Julai, 2022..


MALAYSIA INSIDE


INGATAN BUAT PH : HARAMKAN DIRI BERCAKAP SOAL KHEMAH BESAR, PH MESTI BERHENTI MELAYAN KARENAH PARTI2 CENONIT

 

Rasanya sudah hampir kali yang ke-1000 kita mendengar pemimpin parti di luar PH bercakap dengan nada yang sama tentang khemah besar.

Nadanya tidak lain ialah mereka memang setuju dengan khemah besar tapi tidak setuju jika Anwar Ibrahim jadi ketuanya.

Dengan yang terbaru di mana Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya bercakap lagi mengenainya, ia sebenarnya hanyalah ulangan nada yang sama yang sudah kerap dilontarkan sebelum ini.

Tun Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir dan entah siapa-siapa lagi daripada kelompok yang sama apabila bercakap soal kerjasama politik sesama pembangkang, maka itu sajalah pandangan mereka.

Lagi-lagi tak mahu Anwar dan tak boleh terima kepimpinan Pengerusi PH itu.

Kenapa tak cakap saja yang mereka sebenarnya mahu Tun Mahathir mengetuai khemah besar itu?

Yang bercakap nada begitu, macamlah mereka itu besar, kuat dan gagah melebihi PH yang ada tiga parti – PKR, DAP dan Amanah – di dalamnya.

Bila agaknya kali terakhir mereka menengok cermin?

Kalau diri sendiri pun lebih kecil, hidup segan mati tak mahu, bertanding hilang semua deposit, janganlah cuba buat macam-macam karenah kepada kelompok yang lebih besar.

Soal sama ada PH mahu berkhemah besar dengan parti-parti kecil yang lain atau tidak, yang berhak menentukannya ialah PH itu sendiri, bukannya parti cenonit tersebut.

Bekerjasama atau tidak dengan parti lain untuk berdepan PRU15 akan datang, PH setidak-tidaknya sudah ada “base” yang membolehkannya berdiri sendiri.

Tetapi tentu saja berbeza dengan parti cenonit tersebut, selain “base” mereka sendiri rapuh, hakikatnya merekalah yang lebih memerlukan PH berbanding PH memerlukan mereka.

Jadi, jangan cuba macam-macam dan tolong sedar diri sikit.

Dan dengan kenyataan terbaru hampir kali yang ke-1000 menolak kepimpinan Anwar yang dilontarkan Marzuki kali ini, ada baiknya mulai sekarang pimpinan PH mengharamkan mulut mereka daripada berbicara lagi soal khemah besar.

Lupakan terus khemah besar dan bergeraklah sendiri dengan keyakinan yang sedia ada yang dimiliki PH.

Kalau parti-parti cenonit itu mahu bekerjasama dengan PH, biar mereka datang dengan tanpa syarat dan menerima kepimpinan sedia ada dengan seadanya.

Jangan lagi ada pemimpin PH sendiri yang terhegeh-hegeh bercakap soal khemah besar atau melayan mereka kerana ia hanya tampak membesarkan parti-parti cenonit itu.

Kenapa PH yang sudah sedia besar dan khemah sedia ada yang di dalamnya ada PKR, DAP dan Amanah, tetapi masih berharap mahu bersama parti lain lagi?

Tidak bolehkah ditumpukan saja kepada kekuatan PH sedia dan biarkan saja parti-parti cenonit yang tidak sedar diri dan besar kepala itu jadi seperti luncai yang terjun dengan labunya?

PH adalah khemah selesa yang sedia ada bagi PKR, DAP dan Amanah dan kalau parti-parti cenonit cuba mahu bernaung di bawahnya, mereka harus ingat bahawa adalah di luar adab jika cuba mengalih kerusi dan menentukan di mana tuan khemah harus duduk.

Sebaliknya tuan khemah yang bukan saja berhak menentukan di mana tetamu harus duduk, malah berhak menentukan sama ada mereka boleh masuk atau tidak ke dalam khemah tersebut.

Tambah-tambah dengan kemenangan Rafizi Ramli bersandarkan majoriti besar sebagai Timbalan Presiden PKR, mesej yang jelas dan mudah difahami ialah ahli-ahli PKR menolak khemah besar itu.

Menolak khemah besar bermakna ahli-ahli PKR menolak Tun Mahathir dan part-parti cenonit yang perasan macam bagus tapi tak sedar hakikat diri sendiri tapi masih mahu menumpang kekuatan atas nama PH.Ayuh Malaysia jauh lebih bermakna serta memberi harapan berbanding khemah besar. – ShahbudinHusin 10/07/2022.


FAHMI REZA LAKARKAN KETUA JIHAD BASMI INFLASI.......KAH.....






 

HANG KATA TAK DAK KERJA DAN BOSAN ???- ELOK PE MENELAAH KITAB MANA YANG SESUAI. NAK PUJUK DAN PEKENA ANWAR SEMULA KOT ..

 


Tun M mudah bosan kalau tiada kerja



Astro Awani
Tun M mudah bosan kalau tiada kerja
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah tolak permintaan pihak yang mahu bertemu dengannya termasuk pada hujung minggu.
PUTRAJAYA: Sepanjang 97 tahun hidup, Tun Dr Mahathir Mohamad menghabiskan lebih 80 peratus daripada perjalanan hidupnya dengan bekerja.
Selain profesion terawal beliau sebagai doktor, Dr Mahathir memperuntukkan masa yang berkali ganda lamanya di gelanggang politik.
Dari detik awal menjadi ahli politik sehingga ke hari ini, tiada hari yang Dr Mahathir tidak memikirkan mengenai kerja.
“Saya berasa bosan kalau tidak ada kerja nak buat. Saya nak buat kerja dan banyak masalah yang dikemukakan kepada saya yang perlu saya cari cara mengatasi masalah-masalah itu,” itu jawapan bekas Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali kepada Astro AWANI ketika ditanya mengenai pengorbanan beliau berkhidmat kepada rakyat dan negara.
Eksklusif bersama Tun Dr Mahathir Mohamad
Dalam wawancara eksklusif yang dikendalikan Editor Saharudin Musthafa dan wartawan Faye Kwan sempena ulang tahun kelahiran ke-97 negarawan ulung itu, Dr Mahathir menjelaskan, beliau juga tidak mempunyai sebarang halangan untuk memenuhi permintaan banyak pihak yang mahu bertemu dan meminta buah fikirannya.
Bahkan, jelas veteran politik itu, ada masanya setiap hari beliau akan mengadakan pertemuan dengan orang-orang yang berbeza.
“Kadang-kadang hari Sabtu, Ahad pun mereka datang. Saya tidak pernah tolak. Tapi kadang-kadang masa tidak mengizinkan, permintaan terlalu banyak, jadi saya tak ada masa (untuk berjumpa) sehinggakan saya terpaksa tunda sehingga ada masa lapang,” katanya lagi.
Bekerja, berfikir, mencari jalan menyelesaikan masalah dan membaca kepada Dr Mahathir adalah rutin yang tidak akan berhenti dilakukannnya.
Dalam kesibukan meneruskan kerja-kerja yang belum selesai, Dr Mahathir berkata, beliau masih mempunyai ruang waktu rehat.
Sementelah pada usia hari ini, beliau sangat senang untuk mendapatkan rehat sekiranya diperlukan atau ketika tidak memerlukannya.
“Saya mudah rehat, umpamanya saya boleh tidur dalam kereta, saya boleh tidur dalam kapal terbang dan kalau saya nak tidur di mana-mana (sekalipun), saya tak perlu baring di atas katil., duduk pun boleh pejam mata. Itu (konsep) rehat bagi saya. Tapi di masa yang lain antara waktu lapang yang ada saya ingin buat kerja,” jelasnya.
Rekod perjalanan politik Dr Mahathir menjangkau pemikiran sebilangan besar daripada kita kerana beliau merakamkan sejarah sebagai pemimpin yang dua kali menjadi Perdana Menteri negara.
Kali pertama, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ialah pada 1981 hingga 2003 dan sekali lagi terpilih sebagai peneraju negara pada 2018 hingga 2020.
Ketika menjadi Perdana Menteri kali kedua, Dr Mahathir muncul sebagai pemimpin tertua di dunia pada usia 94 tahun ketika itu.
Semasa mentadbir negara ketika kali pertama menjadi ketua negara, Dr Mahathir telah membangunkan Malaysia sehingga menjadi tumpuan di mata dunia.
Sebagai arkitek pemodenan, banyak projek mega yang diusahakannya termasuk menara berkembar Petronas, Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya serta banyak lagi.
Pun begitu, masih banyak idea dan perancangan serta usaha yang tegas Dr Mahathir, boleh dilakukan di negara ini.
Malaysia, kata beliau, mempunyai banyak sumber serta peluang yang boleh diteroka lagi.
“Saya dapati banyak benda yang kita boleh buat. Negara kita ini negara yang bahagia, mempunyai banyak potensi. Tetapi kalau kita ada banyak potensi pun kalau kita tidak tahu macam mana nak guna potensi itu, negara kita tidak akan maju.
“Macam saya selalu cerita, kalaupun ada bijih emas dalam tanah, kalau kita tidak gali, mengeluarkan bijih itu menjadi emas, kita tak kaya. Negara kita ini macam satu lombong, banyak peluang ada tapi bagi orang yang tidak tahu nak guna peluang itu, dia tinggal begitu sahajalah,” kata Dr Mahathir menyambung perbualan.
Dan selepas merancang dan melaksana segala projek mega serta perubahan dan kemajuan dalam segenap sudut pembangunan negara, bagi beliau, tidak perlu disebut mengenai Legasi Mahathir.
Berkali-kali sudah ditegaskan Dr Mahathir, jangan sesekali mengenang atau memberi penghormatan kepadanya dengan menamakan apa sahaja institusi, jalan atau mana-mana tempat dengan namanya.
“Apabila kamu meninggal dunia, manusia akan mempunyai sisi pandangan yang berbeza mengenai kamu. Pandangan mereka akan berubah mengikut perasaan mereka, sebetulnya saya tidak pernah peduli apa yang orang lain fikirkan.
“Mereka boleh saja berkata saya diktator, mengamalkan rasuah dan sebagainya. Pada saya, saya sangat berpuas hati sekiranya saya telah lakukan sesuatu yang baik pada diri saya,” ujar Dr Mahathir yang pernah muncul sebagai pemimpin Asia yang disegani di seluruh dunia.

LAGI HENTAM BALAK

 







Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia

15 h  · 

Dapat maklumat daripada informer pencinta alam sekitar Kelantan. Disyaki kegiatan pembalakan haram dibelakang Stesen Petron Kampung Laloh, Kuala Krai.

Lokasi 5°18'55.9"N 102°17'03.0"E

Perhatian : Jabatan Perhutanan Kelantan

IPD Kuala Krai & IPK Kelantan

Jabatan Alam Sekitar Kelantan

#seenatureseelife

#HutanPergiMana

#pekamalaysia

 

KKRUK..KRIKK.KRIKK..AGEN CIA DIAM SERIBU BAHASA.




 HUD..HUD KOT..BUKAN HUDUD..WALAUN KATA PERLEMBAGAAN TAK BAGI...DOK MELALAK BERKURUN HUDUD HUDUD MENATANG APA ...???




BUDAK TWEETER PUNYA SEMBANG


 

JANGAN HARAP ISU BALING SELESAI SEGERA. BELIA MASA UNTUK POLITIK






NORMAN RADZUAN


Org Baling jgn mimpi isu banjir akn selesai segera?

BUY TIME UTK MATLAMAT POLITIK

Org Baling berhati hatilah. Masalah pembalakan di Kedah hanya akn selesai 18 tahun lagi. Maknanya ada 17 tahun lagi kena sabar. Yg umur 30 tahun kena tunggu umur 47 thn baru balak dah tak dipotong lagi.

Begitu org Kelantan masalah air hanya akn selesai 40 tahun lagi. Jadi kena tunggu 2062 nanti baru selesai. Yg umur 20 tahun kena tunggu umur 60 tahun. Maksudnya dari bujang hingga ada cucu nanti baru dpt air bersih.

Pelikkan tiada tindakan segera boleh diambil. Paling kurang dedahkan siapa yg benarkan pembalakan tersebut dan siapa kontraktor tersebut. Siapa tauke2 balak yg dpt konsesi balak hingga 17 tahun lagi. Berapa ribu ekar yg dibenarkan….

Ada MB nak dialihkan sungai. Ada Menteri datag tempat mangsa banjir buat content Tik Tok. Mereka ini bila dpt pangkat ada jiwa ‘The Boss’ tak reti buat kerja tapi berangan tinggi.

Ungkapan kena tunggu 18 tahun atau 30 thn mahupun 40 tahun itu sekadar buy time. Mereka tahu masa tu samada dah mati atau sudah tidak lagi menjadi pemimpin. Jadi lepas itu pemimpin2 seterusnya pandai2 la menjawab dgn rakyat.

Kesian org Melayu mudah sgt kena tipu. Bukan sahaja dijanjikan laksanakan hudud tapi dijanjikan dgn pelbagai janji. Yelah kalau tak janji tak menang. Apa susah pembohongan boleh simpan dalam kopiah.

 

PENDATANG

 













PENDATANG

1. Bila sebut mengenai pendatang, ramai yang tersentap. Ada yang kata benda ni sensitif untuk dirungkap.

2. Pada saya, suatu masyarakat itu akan lebih matang dan berjaya, kalau mereka boleh “address the sacrosanct”. Bukan dengan emosi dan retorik semata2. Tetapi dengan sifat kritis dan terbuka.

3. Apa itu “sacrosanct”? Ia ialah perkara2 yang kita sebut “elephant in the room”. Benda yang punya besar gedabak depan mata, tapi tak ramai yang berani sentuh.

4. Hari ni saya nak address “the elephant in the room”. Isu mengenai pendatang.

5. Pada saya senang. Bila menilai suatu isu, kita selalu kena rujuk sejarah. Akan ada suatu di zaman silam, yang kita boleh belajar.

6. Pendatang ni bukan benda baru. Kalau kita tengok Kesultanan Johor dan Riau, punya jajahan besar. Termasuk Pulau Singapura. Tapi sayang, kerana tipu helah British ia terlepas jua.

7. Berbekalkan duit elaun bulanan kepada Sultan dan Temenggong, Singapura digadai selamanya. Ia bukan macam Hong Kong, China gadai hanya 99 tahun.

8. Singapura terlepas dari tangan Sultan “forever” ya. Puncanya, pergaduhan sesama puak dan mengejar kuasa dan wang ringgit. Sampai hilang tanah jajahan.

Boleh baca posting terdahulu mengenainya:

https://www.facebook.com/100045124192657/posts/571537464360388/?d=n

https://www.facebook.com/100045124192657/posts/572732477574220/?d=n

9. Apabila tanah itu bukan milik kita, kita sudah hilang kawalan ke atasnya. It’s up to be grabbed. Makanya, pendatang pun nampak peluang yang ada. Mereka pun berhijrah dari negara asal mereka. Makin lama makin banyak hinggalah jadi penduduk majoriti. Punya autonomi sendiri. Mereka pun pandang tuan tanah dengan enteng sekali.

10. Bila ini berlaku pemimpin kita ajar kita marahkan mereka. Buat mereka jadi seteru selamanya. Apa yang patut kita tahu, pendatang being pendatang. Mereka hanya merebut peluang. Yang patut kita tanya, apa punca pendatang ni berhijrah? Siapa yang mendapat keuntungan darinya?

11. Itu cerita 200 tahun dahulu. Namun nampaknya kita tak pernah belajar. Kita tengok pulak episod seterusnya.

12. Fast forward awal tahun 2000, industri kita meletup. Instead of memberi fokus kepada warga tempatan untuk bekerja, kita buka ruang seluas2nya untuk warga asing masuk ke negara.

13. Ya, mereka membantu ekonomi. Tapi dari sudut pandang lain, banyak yang buruk dari yang baik. Satunya mereka sanggup terima gaji seminima mungkin, asal dapat kerja. Tu sebab kilang kita kalau boleh nak pekerja asing. Senang nak kawtim.

13. Implikasinya, kita tengok gaji minima Malaysia adalah antara yang paling rendah dalam rantau Asia Tenggara. Malah lebih teruk dari Indonesia dan Filipina. Lambakan warga asing inilah punca.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/02/gaji-rendah/

13A. Lepas tu kita salahkan pulak warga tempatan kita malas dan sebagainya. Sebab mereka dah taknak bekerja di industri dan kilang2. Kalau gaji tak boleh nak hidup, takkan la kita nak force juga? Baik diaorg buat grab saja.

14. Keduanya, implikasi kedatangan mereka. Kita tahu dan lihat, ada yang sudah jadi pemastautin di sini dan buat rumah sendiri. Buka bisnes dan sebagainya. Ada yang jenis cerdik, kahwin pulak dengan orang tempatan. Anak mereka dengan cargas dapat status bumpitera. Dengan pelbagai keistimewaan.

15. Rakan senegara kita yang tok nenek mereka datang beratus tahun dulu, sampai la ni kita rujuk mereka “pendatang”. Tapi pendatang yang masuk baru setahun dua, ada yang diangkat sama level dengan kita. Ramai yang sendiri declare Bumiputera hanya kerana seagama. Kadang jem kepala memikirnya.

16. Belum cerita mengenai polisi mengenai Rohingnya. Dulu parti politik mana yang championkan sgt isu ini? Sampai buat himpunan ummah. Panggil mereka saudara kita. Galakkan mereka masuk Malaysia.

17. Sekarang, bila banyak yang buat negara ini, macam mak ayah diaorg yang punya, apa yang parti2 ni buat. Diam seribu bahasa. Disalahkan orang lain pula.

18. Yang paling teruk, buat propaganda untuk kita benci pula pada warga Rohingya. Hari tu punya nak ditatang, lepas tu punya la marah set2 pejuang agama ni dengan mereka.

19. Sound familiar bukan? Bukan ke ini trait propaganda yang sama, apa yang dibuat kepada Singapura. Penjajah dan pendatang yang dijulang dulu, sekarang dibuat seteru utama pula.

20. Apa yang kita belajar dalam ini gambar? Satunya, kita hilang kuasa dan hak bukan kerana orang lain, sendiri bikin jua. Bila bendanya timbul jadi isu, kita senang2 salahkan orang lain. Selagi kita in denial, episod “pendatang” ini akan berterusan. Sejarah ada untuk kita belajar darinya, supaya tak tersemuanya tergadai.

21. Paling utama, sebagai rakyat biasa, we must rise above politics. Jangan cepat termakan propaganda. Baca, baca dan baca. See the bigger picture. Then you can see their true colours.

Selalulah ingat, sebagai pengundi:

Loyalty to country, always!

Loyalty to political parties, never!

Unless they earn it…

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

KAH.KAH..KAH...SUDAH SUDAH LA ATOK-MASA BAGI JADI PM DULU, KHIANAT DEMI ANWAR...NAK HAPUS JURANG KEMISKINAN MACAMANA..???AGENDA PERIBADI LEBIH BESAR DARI AGENDA UNTUK RAKAYT...BEREHAT LAH...

 


Dr M kecewa tiada kuasa untuk melawan jurang kekayaan






Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam temubual di televisyen sempena genap usianya 97 tahun hari ini.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan berhubung ketiadaan kuasa untuk beliau menangani masalah sosial seperti jurang kekayaan antara penduduk di kampung dan bandar.

Mahathir, yang genap usia 97 tahun hari ini, dalam satu temu bual oleh media berkata, beliau mempunyai banyak idea bagaimana untuk menambah baik negara, tetapi melahirkan kekecewaan kerana beliau tidak lagi berkuasa untuk melaksanakan idea tersebut.

“Masih banyak perkara yang saya mahu lakukan dan saya sangat prihatin dengan masalah sosial. Orang yang tinggal di kampung miskin tetapi yang di bandar agak kaya.

“Saya rasa boleh mencari jalan untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk di kampung tetapi untuk itu, saya perlu ada kuasa, jika tidak, saya kecewa,” katanya kepada Astro Awani.

Ditanya mengenai keazamannya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang selepas menyatakan hasrat untuk berundur, Mahathir menjelaskan bahawa, keputusannya dibuat kerana ramai orang tidak tahu mengurus negara.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai potensi dan sumber yang banyak tetapi semua itu tidak penting jika pemimpin tidak tahu cara menggunakannya.

“Saya melihat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk negara ini. Bagaimanapun, ramai orang nampaknya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Mahathir, yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu 24 tahun berkuasa, dalam dua tempoh dari 1980-an dan pada 2018-20.

Bulan lalu, Mahathir berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk mempertahankan kerusi parlimen Langkawinya.

Beliau berkata, Pejuang sedang mengintai beberapa calon untuk bertanding di kerusi itu, tetapi beliau akan terbuka untuk bertanding sekiranya tiada calon yang sesuai.

Dalam temu bual Astro Awani, Mahathir berkata, ahli politik mesti bersedia untuk menghadapi kritikan.

“Jika anda mempunyai hati selembut tisu, mungkin anda perlu lupakan hasrat untuk berpolitik. Seorang ahli politik perlu sentiasa bersedia menjadi mangsa kritikan dan cacian, malah dibenci rakyat,” katanya.