Aplikasi pengundian pemilihan parti sedang dibangunkan - Dr Zaliha





Aplikasi ADIL yang bakal digunakan dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2022 dalam peringkat akhir pembangunannya dan bakal diluncurkan dalam masa yang terdekat.

Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Dr Zaliha Mustafa. Katanya, aplikasi tersebut akan memudahkan proses pembuangan undi secara atas talian yang memungkinkan lebih ramai anggota parti mengundi.

"Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) telah menerima pelbagai pertanyaan terhadap aplikasi ini, yang kini boleh dimuat turun dalam Google Play Store dari telefon operasi Android dan sedang menanti kelulusan dari Apple App Store untuk telefon yang menggunakan operasi iOS.

"Aplikasi ini masih dalam tempoh percubaan dan JPP akan mengumumkan secara rasmi bilakah ia benar-benar dapat digunakan sepenuhnya atas dual fungsi terawalnya, iaitu kemaskini data keanggotaan yang sekali gus akan menjadi daftar pemilih, dan bagi anggota menyatakan persetujuan untuk mendaftar sebagai pengundi atas talian.

"Jika tidak anggota secara automatik akan merupakan anggota yang boleh hadir secara fizikal di lokasi-lokasi pengundian yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kelak," katanya.

Oleh itu, kata Dr Zaliha, JPP benar-benar menggalakkan dan menyeru seramai mungkin anggota-anggota parti mendaftarkan diri sebagai Pemilih Atas Talian (PAT) kerana ini akan lebih memudahkan urusan pemilihan khususnya di musim jangkitan pandemik Covid 19

"Namun kemaskini yang dibenarkan dari aplikasi ini adalah terhad hanya kepada beberapa maklumat asas iaitu nombor telefon, alamat email dan juga alamat tempat tinggal.

"Justeru pemilih harus benar-benar pasti untuk meletakkan satu sahaja nombor telefon yang bakal digunakan kelak dalam proses pemilihan atas talian, yang dijangkakan akan dilaksanakan pada pertengahan Mei 2022," katanya lagi.

 

 

Balas dengan melampau, dua kali lima saja, apa beza kita dengan mereka?

 


Ada yang tulis katanya sehari dua ini merupakan hari-hari yang suram buat Islam.

Tulisan mereka dinatijahkan atas isu keputusan mahkamah dalam kes penjagaan anak-anak Puan Loh dan juga terbaru semalam keputusan membatalkan larangan sebuah buku berkaitan gaya hidup “gay”.

Saya sejak lama dulu tidak pernah merasa suram buat Islam. Islam tidak pernah suram dalam apa jua keadaan sekali pun. Islam tetap akan di atas, mulia dan tertinggi sesuai dengan status Islam sebagai agama Allah pencipta seluruh alam ini.

Yang menjadi suram dan merasa suram bukan kerana Islam itu suram tetapi kerana pembawa Islam di muka bumi kita sekarang. Mereka membawa Islam dengan cara dan hala tuju mereka sehingga orang melihat Islam yang berbagai sedangkan Islam hanya satu.

Dalam kes anak-anak Puan Loh, jika pembawa Islam tidak sentap, tidak beremosi, tidak melampau, orang luar Islam akan melihat betapa indahnya dan adilnya serta tenangnya Islam.

Ya. Ada beberapa fakta dan tuduhan yang tidak tepat di pihak sebelah sana tetapi mereka itu bukan Islam.

Jika kita yang membawa Islam menentang mereka juga dengan cara mereka, bila Islam akan dilihat dengan nilai yang berbeza. Mereka tuduh kita begitu, kita pula tuduh mereka begini. Akhirnya sama, dua kali lima. Apa bezanya?

Kita yakin Islam akan dibantu Allah dengan usaha kita. Kita berusaha lalu bertawakkal.

Kita kata mereka pelampau kemudian kita juga membalas mereka dengan melampau. Apa beza kita dengan mereka?

Kita sendiri yang suramkan keadaan.


KUNO BETUL HADI :



 


Balik-balik DAP juga yang salah

Pada 4 Mei 2014, Pemuda MCA bersama sekumpulan mewakili NGO dengan diketuai oleh Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan ketika itu Tan Kok Eng telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan ibu pejabat Pas membantah
rancangan parti itu membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud.

Penulis tidak pasti adakah pada masa itu Presiden Pas menyalahkan DAP atau tidak kerana MCA membantah pembentangan RUU persendirian hudud itu.

Berikutan dengan itu juga, Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh mendakwa undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas adalah undang-undang kuno yang cadangannya perlu ditentang oleh semua Ahli Parlimen. Adakah pada masa itu DAP juga dipersalahkan?

Inilah keajaiban yang berlaku dalam Pas, apabila tidak dapat menghujah dengan rasional dan berfakta akan sesuatu perkara, yang menjadi mangsa tudingan mereka adala ‘ratib salah DAP’ 33x, ‘ratib sebab DAP’ 33x dan ‘ratib ciptaan DAP’ 33x.

Kini mereka bersama kerajaan yang turut disertai oleh MCA dan MIC, maka mungkin mereka sama-sama meratib dalam satu majlis meratib yang sama!

Inilah yang keajaiban Presiden Pas dan mereka yang bersama dengannya. Mangsa terikini Presiden Pas dengan hujah yang amat cetek dan tidak berfakta adalah cubaan untuk meremehkan dan melunyaikan Parti Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA).

Beliau menyatakan seperti mana tohmahan terdahulu terhadap Parti AMANAH Negara di awal penubuhannya, bahawa MUDA adalah ciptaan DAP untuk mengumpan pengundi Melayu. DAP juga yang salah!

Entah apalah minda Presiden Pas yang sangat kabur, cetek dan jauh sekali dari budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang pernah menjadi slogan ciptaan Pas.

Minda senget dan tumpul sebegini bukan akan membangun ummah tetapi akan mengorbankan ribuan jiwa anak-muda yang mahukan perubahan dan bergerak kehadapan di persada politik negara. Mereka harus digalakkan dan diberikan sinergi untuk membina jati-diri sebagai pemimpin masa hadapan. Kepimpinan itu juga tidak semestinya lahir dari Pas.

Balik-balik DAP juga yang salah

Politik matang dan sejahtera harus berlandaskan kepada politik sihat dan keterbukaan. Apalah salah MUDA untuk dikaitkan sebagai lahir dari rahim DAP dalam politik negara.

Mereka harus dibimbing dan diberi peluang langkah pertama untuk masuk gelanggang. Gelanggang itu mestilah yang adil, saksama dan jauh dari budaya hasutan buruk seperti yang diketengahkan oleh minda senget dan tumpul Presiden Pas.

Daripada mana pula lahirnya kesepakatan Pas dalam Perikatan Nasional setelah bersusah-payah memberikan penerangan untuk meyakinkan ahli mengenai kesepakatan dalam Muafakat Nasional bersama Umno! Bercucuran air mata Tan Sri Annuar Musa, SU Agong Umno ketika itu kerana kejayaan mengikat tali pertunangan antara Umno-Pas.

Namun belum lagi sempat menikah, tidak ketahuan mana arah pengantin perempuan dan pengantin lelaki! Adakah kerana kuasa yang dapat membuncitkan poket dengan gaji puluhan ribu, kereta rasmi Vellfire dan kedudukan dalam tahta kekuasaan, maka pertunangan perlu dirungkai.

Mana dia janji-janji menegakkan Islam, membangun bersama Islam, pembentangan RUU Hudud. Adakah kerana kini makan setalam dan tidur sebantal dengan MIC dan MCA, maka kecapilah hidangan yang ada dahulu.

Adakah DAP juga yang salah kerana tidak dapat melancarkan janji-janji manis untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia?

Bersama Perikatan Nasional (PN) yang terdiri dari golongan pengkhianat dan pemecah kesatuan kerajaan yang memenangi pilihanraya, adakah ini juga telah menjadi halal dan suci?

Angkara DAP jugakah perbuatan merungkai pertunangan pertama dengan menerima suntingan mempelai baharu dan terus berijab-kabul. Ini semua angkara DAP!

Begitulah ceteknya pemikiran seorang pemimpin yang ketandusan modal, kecetekan hujah dan kedangkalan idea untuk mematah hujahan dan menilai suasana semasa. Sedangkan politik matang adalah politik bermaklumat dan didokong oleh fakta yang sahih dan berkredibiliti.

Mematah hujah pesaing dan juga menilai perkembangan semasa seharusnya dalam suasana serba bermaklumat dan data-raya nya (big data) hendaklah kukuh, boleh dipertahankan dan berpaksikan kebenaran. Hujah mempersalah dan memandang rendah terhadap kebolehan pesaing kita adalah amalan kolot, cetek, otak senget dan mundur.

Masyarakat Malaysia, marilah kita membuka minda dan menilai kata-kata sumbang pemimpin yang bertopeng jubah dan serban. Mereka hanya mampu menuding jari, hakikatnya mereka miskin akhlak, tumpul idea dan sempit akal serta hujah.

Masyarakat Malaysia, ingatlah pengkhianatan yang telah berlaku. Pengkhianatan terhadap mandat rakyat dan pendustaan kepada anda dalam janji-janji mereka untuk memimpin dengan penuh kejujuran dan membawa negara kearah reformasi total dari sudut tadbir urus, governan baik, kesaksamaan dan disamping mempertahan kedaulatan negara dengan Raja Berpelembagaan.

Mereka pengkhianat amanah rakyat dalam Pilihanraya ke 14, pengkhianat yang tamak kekuasaan dan sanggup
bersekongkol dengan parasit-parasit yang telah merosakkan negara selama lebih 60 tahun.

Akhirnya buat masyarakat Malaysia, para pengkhianat dan mereka-mereka yang menghulur perpaduan demi kuasa kepada parasit khianat mandat rakyat ini akan sebuah hadith Nabi SAW yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim;

Daripada Abdullah Ibn Mas’us R.A dari Nabi S.A.W , baginda bersabda “Untuk setiap orang yang berkhianat akan diberikan sebuah panji pada hari kiamat yang bertuliskan “Inilah pengkhianatan si fulan” .

Mungkin kamu boleh menyembunyikan khianat kamu dengan perlbagai helah dan alasan didunia, tetapi kamu tidak akan boleh lari dari membawa panji yang berlambangkan “Inilah Pengkhianatan Kami YB sekian dan sekian”. Semua itu bukan salah dan kehendak DAP!


Penulis merupakan Felo Akademi Sains Islam Jordan.

Penafian: Penulisan ini merupakan pendapat penulis dan tiada kaitan dengan pendirian akademi

ZUNAR : RASUAH RAKYAT DAN UNDI


 

BERMAIN DENGAN SUMPAH TAK HABIS HABIS- KAMU ITULAH SESUMPAH

 

Pemimpin-pemimpin Melayu/Islam ni tak habis-habis main dengan sumpah.

Najib sebelum ini pun bersumpah laknat tak bersalah kes SRC sedangkan mahkamah dah

 sabitkan dia bersalah.

 



JANGAN MAINKAN ISU AGAMA..KAMU KINI DALAM KERAJAAN WAHAI PAK LEBAI

 

MOHD SHAH RIM


PAS tak perlulah jadi hero kes ini, mahkamah telah buat keputusan, tidak ada sebarang kenyataan ibu, anak dilarang untuk berjumpa dgn mana mana wakil dari JKM atau pengasuhnya semasa di Perlis.

Malah keislaman anak anaknya juga tidak jadi persoalan, dia hanya mahu bertemu dgn anak anaknya saja. Sikap PAS yang suka melakukan provokasi sebenarnya budaya politik PAS yang suka memainkan isu sentimen demi laba politik semata mata.





DIA BEKERJA SEOLAH-OLAH DIA CALON




Itulah Anwar Ibrahim, tokoh yang kita sayangi. Tidak pernah merasa kecewa, kalah menang dia terus mara. Bila jatuh, dia bangkit dan terus lawan. Lawan tetap lawan!!
Di PRN Johor, tidak ubah seperti di mana2 PRN atau PRK sebelum ini. Dia bekerja kuat seolah-olah dia adalah calon. Kadangkala caranya itu menjadikan calon kita malu kerana tidak mampu mengikuti cara beliau berkempen. Kuat sungguh staminanya. Anugerah Allah kepada tokoh rakyat ini.
Kita tidak tahu bilakah masanya dia berehat atau bercuti. Kepada semua calon yang bertanding, seandainya kamu rasa tertekan, penat atau letih, bayangkan sejenak susuk tubuh Presiden kamu ini. Pastinya akan menyuntik semangat kamu.
Dia boleh, kenapa kamu tidak? Lawan tetap lawan!!
WFAUZDIN NS

INGAT MAHKAMAH NI MAK BAPAK DEPA PUNYA KOT....ORANG LAIN LAMBAT SIANG JA NAK HUKUM

 

Isteri bekas ahli politik rayu AG gugur kes dadah



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Adam Asmuni dan isteri Lyiana Roslee berdepan hukuman mati
 mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. (Gambar
 Reuters)

PETALING JAYA: Isteri kepada bekas Ketua Pemuda Bersatu, Adam Asmuni membuat rayuan kepada Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.

Lyiana Roslee dan suaminya didakwa pada Februari 2021 kerana menanam dan menyeludup ganja. Mereka berdepan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan jika disabitkan dengan pertuduhan itu.

Peguam Lyiana, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata representasi secara bertulis telah dibuat kepada Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya.

Difahamkan, Adam tidak diwakili peguam.

“Permohonan bertulis tanpa prejudis, selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, telah dihantar kepada Peguam Negara (dan) beliau boleh memutuskan sama ada mereka (Jabatan Peguam Negara) mahu meneruskan pendakwaan,” kata Rafique kepada FMT.

Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa budi bicara bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding mengenai suatu kesalahan selain daripada prosiding di Mahkamah Syariah.

Sebutan kes itu ditetapkan hari ini di Mahkamah Majistret Ampang.

Menurut laporan Bernama, Adam yang juga ahli perniagaan dan Lyiana dituduh bersama-sama di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menyeludup 1.58 kilogram (kg) ganja dan 7.87 liter dadah sama di sebuah rumah di Duta Residensi, Ampang pada 7.30 petang, 20 Jan 2021 dan tuduhan itu membawa hukuman mati mandatori.

Mereka juga dituduh menanam sembilan pokok dipercayai ganja, pada tarikh, tempat dan waktu sama. Mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 6B(1)(a) akta sama.

Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan terhadap kedua-dua mereka memandangkan kes itu melibatkan hukuman mati yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Walaupun Rafique berkata kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, namun ia masih belum dilakukan selepas setahun berlalu.

“Kami ingin menekankan bahawa setahun telah berlalu sejak Lyiana didakwa namun (kes itu) belum dipindahkan lagi,” katanya.

“Laporan kimia sudah disediakan tetapi persetujuan untuk mendakwa, dan representasi bertulis, masih belum diperoleh.”

HANYA DI MALAYSIA..SESEORANG YANG KALAH MEMFITNAH MASIH DIANGKAT MENJADI PM



SYARIF APDAL

Mungkin Hanya di MALAYSIA. Negara Melayu Agama Rasmi.. Islam.

Pemimpin yang di dapati bersalah di Mahkamah sebab buat FITNAH .. Boleh di lantik jadi Perdana Menteri....

#Sudahlah dia juga, bukan Calun Perdana Menteri dalam undi Rakyat di dalam Pilihantaya umum Rakyat Malaysia...


 

ORANG DUNGU MENYOKONG PENJENAYAH





Kartun lukisan Sdr. Zunar. Betul, tepat dan padat. Persoalannya, kenapa? Kenapa seorang penjenayah seperti Najib masih mendapat tempat di hati rakyat?

Jawapannya mudah. Kerana rakyat susah dan hidup terhimpit. Kerana belanja harian lebih besar daripada pendapatan. Kerana rakyat sudah tidak mampu berbelanja untuk teruskan hidup.

Di saat begini, Najib muncul sebagai wira. Najib cuba memberitahu dunia bahawa dia kisahkan nasib rakyat.

Walaupun hakikatnya rakyat tahu Najib jahat. Rakyat tahu Najib telah didapati bersalah seleweng dana SRC. Tapi rakyat sudah tak peduli itu semua. Rakyat cuma mahu nasib mereka terbela.

Liciknya Najib, dia bersandiwara seolah dia bukan sebahagian daripada kerajaan ini. Walhal yang memimpin kerajaan adalah orang dari partinya.

Kerana walau Isnail Sabri daripada UMNO, tetapi memperlihatkan kegagalan Isnail akan bererti meraung sokongan rakyat baginya untuk kembali sebagai Perdana Menteri.

Jangan salahkan rakyat terpedaya dengan lakonan sandiwara Najib. Pembangkang kena salahkan diri sendiri. Kerana dalam keadaan seperti sekarang ini, yang kamu kisahkan hanya untuk berkuasa.

Percayalah, sekiranya kamu gagal address masalah rakyat, bawalah khemah lebih besar daripada Gunung Jerai dan Gunung Kinabalu pun, kamu takkan berjaya membentuk kerajaan.

Kerana rakyat tak nampak nasib mereka akan terbela jika memilih kamu sebagai pentadbir.

Raja Gelap

 

SEBENTAR TADI! UCAPAN KAK WAN BERADA DI DUN LARKIN JOHOR!

MALU APA BOSSKUR- HA...HAMBIK


 

Pas jangan terus biarkan Hadi jadi Kadu

Pas jangan terus biarkan Hadi jadi Kaduk

 ULASAN




Usah biarkan Hadi jadi kaduk.

SAYA tidak tahu sampai bila parti agama (Pam) akan membiarkan presidennya Abdul Hadi Awang melalut alias "mengapur", tanpa tentu fasal yang gara-garanya bukan menjatuhkan martabatnya sebagai presiden, tetapi secara tidak langsung turut mencalarkan imej parti itu sebagai parti agama. Pam adalah parti kedua tertua selepas Umno seharusnya mempunyai leadership cukup bertamadun.

Kenyataan, pandangan, ulasan dan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi akhir-akhir tidak menggambarkan kemantapan daya akal intelektual beliau sebagai pemimpin. Kemusyidannya sebagai pemimpin kian tumpul dan ada kalanya mengelirukan. 

Ada kalanya lagak dan fiilnya seperti bebudak, nakal dan menghiburkan. Ada sesetengah kenyataan politiknya bersifat menghibur bukan lagi mendidik jauh memberi pencerahan. Pandangan dan kritikannya kosong dan hampa. Ia bukan lagi dijadikan titik renungan tetapi bahan sendaan dan gurauan semasa memancing seluang. 

Ada masanya beliau menjadi seperti tukang lawak jenaka di pentas menghiburkan peminat politik. Juga macam burung tukang yang menukang tetapi rumah tidak menjadi. Orang suka dengan jenaka politiknya dan analogi-analogi politik dibuat olehnya yang mengutip sekalian binatang dan hewan dalam belantaran dan lautan menjadikan beliau lebih sesuai menjadi ahli zoologist. Orang mengikuti ucapannya bukan untuk dijadikan bahan berfikir tetapi bahan lawak. 

Terbaharu ada dua ulasan atau pun keputusan yang beliau buat mencerminkan kemandulan intelektual politik beliau sebagai presiden sebuah parti.

Apa yang berlaku, kenyataan dan tindakan itu mencemarkan martabatnya sebagai presiden. Pertama ialah keputusan memecat ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU). Beliau menjelaskan kemudian pemecatan Khairuddin itu disebabkan masalah disiplin? 




Khairuddin berniat baik.

Tanpa menghurai lanjut apakah kesalahan disiplin itu, tindakan itu menggambarkan kegelojohan (arrogant) diri beliau dan ada elemen diktator dalam tindakan itu. Beliau seakan menggunakan sepenuhnya kedudukan sebagai presiden untuk bertindak ke atas Khairuddin tanpa melihat kepada perlembagaan yang merupakan kitab hidup Pas. Walhal kuasa dan kehebatan jawatan presiden itu diperuntukan oleh perlembagaan. 

Menurut perlembagaan beliau sebagai presiden tidak ada kuasa memecat Setiausaha MSU. Yang berkuasa memecat Setiausaha MSU ialah Mursyidul Am, yakni orang yang juga bertanggungjawab dan berkuasa melantik Setiausaha itu setelah seseorang itu sudah menjadi ahli MSU. 

Jadi apabila Abdul Hadi mengisytiharkan yang Khairuddin sudah dipecat sebagai Setiausaha MSU menunjukkan beliau tidak menghormati kuasa  amanah Mursyidul Am yang ketika ini Hashim Jasin. Dua salah laku serentak Hadi disini, pertama salah menggunakan kedudukannya dan tidak menghormati keberadaan Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am sebagai badan tertinggi dalam Pas.

Sebenarnya isu yang menimpa Khairuddin itu besar. Besar bukan kerana Khairuddin dipecat atas alasan disiplin seperti mana dakwa Hadi, tetapi kerana perlanggaran Perlembagaan Pas. Hadi terang-terang mendahului perlembagaan Pas dan tidak menghormati Mursyidul Am yang mempunyai kuasa melantik Setiausaha. Apakah peranan dan martabat Hashim Jasin selaku Mursyidul Am pada masa ini sudah tidak jadi seagung dahulu lagi? 

Hari ini Khairuddin telah mengumumkan meletak jawatan sebagai Setiausaha MSU mengikut Fasal 8(7) dan Fasal 8(5) Perlembagaan PAS. Alasan diberikan kerana untuk mengelak berlaku krisis perlembagaan dalam Pas kerana menurutnya pemecatan beliau seperti dimumkan Hadi itu sebagai tidak sah.

Memahami kenyataan Khairuddin itu, bahawa perngisytiaran oleh Hadi Awang itu yang beliau telah dipecat, ertinya belum terpecat kerana dibuat tanpa sah. Bermaksud pemecatan itu seperti orang yang mendirikan solat tanpa berwuduk. Kalau pun ghairah hendak solat kena ambil wuduk dulu. 

"Pada mesyuarat itu, saya meletak jawatan secara rasmi bagi menjaga keharmonian parti dan meraikan hasrat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang mahu menghantar orang lain menjadi ahli Majlis Syura,” katanya dalam sebuah laporan dipetik.

Tindakan Khairuddin itu satu tindakan terpuji dan baik untuk menjaga maruah parti dan juga presiden. Ia sebagai satu pengorbanan kepada jemaah. Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mungkin sudah berbincang dengan kumpulan atau rakan-rakan terdekat yang bersimpati dengannya untuk tidak mempertikaikan kenyataan pemecatannya oleh Hadi itu, apa lagi membawa ke mesyuarat sehingga menyebabkan Perlembagaan Pas perlu dibuka untuk tidak mengaibkan Hadi.

Tindakan dan tujuan itu adalah baik, bahawa Khairuddin masih ada rasa hormat, bersikap terbuka dan sayangkan kepada jemaah (parti) Pas dan tidak mudah terikut dengan emosinya. Sikap itu terpuji.

Kalau itulah cara dan tujuannya, bagaimana pun ia bukan satu pengislahan yang betul. Benar Khairuddin tidak mahu menimbulkan kerepotan dalam parti, dan mahu partinya tenang dan harmoni, tetapi kalau nawaitunya berbuat begitu sampai menggadaikan kesucian dan kemuliaan Perlembagaan kerana hendak menjaga kedudukan dan air muka presiden ia bukan satu tindakan yang tepat. Bahkan satu kekhilafan pula.  

Khairuddin boleh bersikap tasamuh dan berbesar hati begitu jika di pihak lain juga sedia berbuat demikian. Tetapi kalau hanya di pihak Khairuddin sahaja memikirkan masa depan parti tetapi tidak yang lain, ia sia-sia. Tidak ada guna kita menimbul jerami kalau orang lain membakarnya.  

Dengan mengambil sikap begitu juga, kesalahan Abdul Hadi lakukan itu tidak tertebus. Ia tidak akan memberi apa-apa kesan dan impak kepada Abdul Hadi khasnya dan kepada parti amnya. Apa dilakukan presiden parti itu akan dijadikan precedent di masa akan datang. Sebaliknya ia lebih malang buat parti kerana perlembagaan atau institusi MSU yang merupakan institusi atau (harakat) tertinggi sudah tidak diindahkan lagi.

Ditegaskan sekali lagi cara kaedah diambil Khairuddin itu terpuji tetapi ia tidak dapat mengislahkan parti berada di landasan sebenar. Sebaliknya juga ia akan mengecewakan mereka yang berprinsip dan mahu melihat parti ditadbirkan mengikut sistematik dan berperlembagaan serta penuh intergriti.  Apa lagi kalau tindakan Abdul Hadi itu didasarkan kepada elemen lain atau pun nasihat para penasihat 20% berkepentingan diri. 

Ada cerita dari kejauhan membuat analisa yang Abdul Hadi kini tidak berkompeten seperti dahulu lagi. Kesannya banyak keputusan dibuatnya bukan lagi secara kolektif tetapi hanya atas nasihat dan pandangan sesetengah orang sahaja. Kalau spekulasi ini benar, ia satu kesilapan dan kemalangan buat Pas dan Hadi sendiri. Ahli dan penyokong Pas perlu berbuat sesuatu. Bukankan ahli Pas selama ini sangat sensitif soal-soal yang boleh merosakan kemurnian parti itu?

Sikap apologetik memaafkan Abdul Hadi kerana atas alasan untuk tidak mengelakkan berlaku krisis perlembagaan bukan satu pendekatan dan kritikan yang konstruktif. Sepatutnya Khairuddin mempertahankan kedudukannya atas niat dan nawaitu untuk mengajar presiden yang mungkin sudah dibaham alzheimer.  

Atau kalau Abdul Hadi bertindak mengikut nasihat orang tertentu, beliau khasnya dan am Pas seluruhnya perlu memberi kesedaran kepada mereka yang mengelilingi Hadi itu. Sebagai sebuah parti, ia tidak wajar terus bertindak diluar batas perlembagaan atau dikawal oleh segelintir pakar yang mengambil kesempatan tertentu. Dalam konteks ini Pas jangan membiarkan Hadi terus menjadi Kaduk. Hendaklah ada perintis dalam Pas untuk menebas Kaduk ditanam dengan herba lain demi kebaikan Pas.  

Pandangan kedua berhubung ucapan Abdul Hadi semasa peluncuran jentera pilihan raya PN di Johor dua hari lepas. Maki hamun beliau kepada DAP, Keadilan dan Muda adalah keterlaluan. Katanya kenapa beliau (Pas) menolak DAP ialah kerana parti itu ekstrimis. Hadi kebelakangan ini sudah "melupai" hadith-hadith dan ayat-ayat Quran membicarakan batas imam dan kufur untuk menempelak Umno, tetapi menjadi lancang berapi dengan DAP dan PKR. 

Dalam ucapan itu yang saya dengar menerusi Tiktok juga beliau ada menyebut PKR sebagai parti penipuan. Kedua-dua kenyataan Hadi itu sangat lavel menjatuhkan maruah DAP dan PKR menyebabkan kedua parti itu boleh samannya di mahkamah. Mungkin mereka yang hadir suka dan seronok dan ketawa sampai mata berair mendengar makian Hadi itu, tetapi dari segi siasah dan intelektualnya ia tidak berbobot langsung. 

Sebagai presiden dan kini berjawatan Duta Khas ke Timur Tengah sudah sampai masa Hadi berbicara dan memberi kupasan dan membuat analisa kepada sesuatu isu secara lebih profesional dan bertaraf negarawan. Yang masyarakat ingin dan ketagih untuk dengar daripada beliau bukan persendaan, hinaan kepada mana-mana pihak, tetapi nasihat dan pesan-pesan berhikmah untuk dijadikan surat wasiat bangsa. [wm.kl. 7:10 pm 22/02/2021] 

 


SANTAI BERSAMA MASYARAKAT BENUT


Dari Kukup saya kemudian terus ke beberapa tempat di Benut untuk bertemu rakyat.

Sempat bertukar dan berkongsi pandangan terkait beberapa perkara melibatkan negeri Johor.

Turut sama dalam pertemuan ini adalah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut iaitu saudara Haniff @ Ghazali Hosman.

#JohorBangkit







PRN JOHOR DAN KESANNYA KEPADA UMNO DALAM PRU15


 Kebimbangan yang turut berkembang di sebalik termenjadinya PRN Johor ialah kemungkinan ia disusuli dengan PRU15 yang dipaksakan ia berlaku.

Bukan saja rakyat biasa bimbang jika PRU diadakan pada waktu ini lantaran wabak Covid19 nampaknya masih lagi belum reda, sebahagian ahli dan penyokong UMNO juga tidaklah benar-benar suka adanya PRU.

Terdapat ahli-ahli UMNO yang merasakan belum masanya untuk diadakan PRU kerana Ismail Sabri Yaakob masih terlalu baru memegang jawatan Perdana Menteri.

Lantaran itu, beliau dirasakan perlu diberi lebih masa untuk melaksanakan tugasnya memulihkan negara pasca Covid19 yang memberi kesan mendalam kepada jutaan rakyat dari segi kehilangan pekerjaan serta pendapatan.

Beberapa program yang diperkenalkan kerajaan seperti Jamin Kerja dan bantuan untuk PKS baru-baru ini misalnya, tentu saja memerlukan sedikit masa untuk menampakkan kesannya kepada rakyat..

Tetapi, jika beliau terus dipaksa untuk membubarkan Parlimen yang kemudian disusuli dengan PRU15 yang terpaksa dilangsungkan, sudah tentu hasil kejayaannya akan hilang entah ke mana.

Yang lagi pelik ialah kerana yang beria-ia mahu Parlimen dibubarkan itu ialah UMNO sendiri, parti yang menguasai kerajaan dan pemimpinnya sendiri sedang menduduki kerusi Perdana Menteri.

Dalam hal ini, apa lagi yang UMNO mahu sebenarnya?

Bukankah dengan telah berjaya mengetuai kerajaan dan memperolehi kembali kerusi Perdana Menteri, ia sudah merupakan kejayaan buat UMNO?

Jika PRU15 dipaksa untuk diadakan lebih awal, apakah benar-benar terjamin UMNO mampu memenanginya atas tiket BN?

Bagaimana jika kalah atau masih terpaksa berkongsi kuasa seperti mana sekarang?

Dengan kemungkinan memaksa PRU15 selepas PRN Johor serta beberapa pimpinan UMNO dilihat berterusan menekan agar Ismail Sabri membubarkan Parlimen, kononnya untuk memperolehi mandat baru daripada rakyat, waima dengan menggunakan hal-hal kecil seperti i-Citra sebagai alasan, yang nyata semua ini hanya menampakkan sikap UMNO yang kemaruk kuasa dan ingin membolot pemerintahan secara sendirian.

Walaupun pembolotan kuasa secara sendirian itu belum pasti mampu diperolehi, namun itulah yang sebenarnya dimahukan oleh UMNO.

Bagaimanakah mahu menghalang hasrat UMNO itu, sekaligus mengelakkan PRU15 diadakan lebih awal?

Ia tidak lain ialah dengan pengundi Johor memastikan UMNO tidak menang dengan cemerlang sebagaimana di Melaka dalam PRN Johor, 12 Mac nanti.

Selain itu, dengan memastikan UMNO tidak menang cemerlang juga dapat menjadikan Ismail Sabri terus kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri.

Jika Ismail Sabri tidak diberi ruang menunjukkan kejayaannya mentadbir negara, UMNO sendiri sebenarnya hilang sebahagian peluang untuk memenangi PRU15 dengan lebih baik. – ShahbudinHusin 22/02/2022.



BERTEMU MASYARAKAT KUKUP

 

Menyantuni masyarakat Kukup petang tadi dan sempat bicara beberapa perkara terkait isu semasa.

Turut bersama saya calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup dan Pekan Nenas.

#JohorBangkit