Syarikat balak perlu bantu mangsa banjir di Pahang - Anwar



 


Tanggungjawab membantu mangsa banjir di Pahang tidak perlu dilepaskan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja, sebaliknya syarikat syarikat balak yang sedikit sebanyak menjejaskan alam sekitar perlu turut sama menghulur bantuan.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam lawatan beliau melihat pembersihan pasca banjir di Ketari, Pahang, petang semalam.


"Saya datang ke Ketari untuk memberi sedikit keringangan walaupun saya tahu wakil rakyat di sini telah menjalankan tugas, saya bangga.


"Saya jumpa penduduk mereka menyatakan terasa senang dengan kerjasama diperolehi dari wakil wakil di sini. Cuma saya ingin menyatakan walaupun Pahang biasa dengan banjir tetapi kita minta Kerajaan Negeri lebih ke depan membantu. Lebih segera meringankan beban rakyat


"Ada juga kesan dari pembalakan, jadi saya ingin memberitahu selain Kerajaan Negeri syarikat syarikat balak yang meraih keuntungan besar wajib memberi sumbangan bantuan lebih besar, sebab mereka juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku selain kudrat Allah yang terpaksa kita hadapai dengan sabar," katanya.


Mengenai kritikan yang dilakukan netizen dan rakyat ke atas pasukan keselamatan yang menimbulkan perdebatan kononnya mereka lembab menyelamatkan mangsa banjir, Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan, pasukan keselamatan tidak boleh dipersalahkan kerana arahan yang lewat diberikan kepada mereka.


"Tiga hari lalu saya naik trak tentera, saya bangga anak anak muda tentera tungkus lumus mengedar makanan ke kawasan terpencil.


"Masalahnya kepimpinan yang lembab. Tiga hari belum ada arahan jelas, seminggu baru nak suruh menteri balik (bercuti) jalankan tugas. Sebab itu masalah sampai ke tahap ini," katanya.









Anwar menyerahkan bantuan banjir berupa kain, toto dan dapur masak (stove)


Anwar turut mendesak kepimpinan PM Ismail Sabri Yaakob agar melonggarkan kerenah birokrasi dalam bantuan banjir kali ini.


"Saya mendesak kepiminan Ismail untuk mengambil segera langkah yang perlu meringankan beban rakyat.


"Jangan terlalu banyak birokrasi. Mudahkan pengisian borang (bantuan banjir), jangan letak syuarat borang (perlu pengesahan) Pusat Penempatan Sementara (PPS). Orang dah susah, barang barang hanyut, masa ini minta kad pengenalan, pergi balai polis, pergi PPS dan sebagainya," katanya lagi.


UMNO MULA NAK BERLAKON SOH MAIL BAGI BANTUAN I CITRA....LAKONAN INI AKAN BERULANG DARI MASA KE SEMASA..SEBAB NAK JADI JUARA.

 


i-Citra RM10,000: Dengar rintihan rakyat, bukan Tengku Zafrul, Pemuda Umno beritahu PM





Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Perdana Menteri
 Ismail Sabri Yaakob mendengar rintihan rakyat berhubung pengeluaran
 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

PETALING JAYA: Perdana Menteri perlu mendengar rintihan rakyat dan bukannya nasihat Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, pengeluaran KWSP i-Citra RM10,000 itu sangat penting berikutan bantuan yang diberikan belum mencukupi terutama bagi mereka yang mengalami musibah banjir.

“Dengarlah rintihan rakyat, usahlah dengar nasihat Tengku Zafrul.

“Alasan yang diberikan untuk menafikan pengeluaran KWSP sama sahaja dengan alasan waktu kami bersemuka dengan Menteri Kewangan apabila beliau mempertahan pendirian untuk tidak membenarkannya waktu perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 lagi.”

Ujarnya, Pemuda telah cuba sedaya upaya melalui pelbagai cara membawa suara rakyat termasuk bertemu sendiri dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Menteri Kewangan bahkan Perdana Menteri sendiri berhubung pengeluaran i-Citra.

“Harap-haraplah ini bukan keputusan akhir Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dengarlah rintihan rakyat yang mahukan bantuan i-Citra ini, lebih-lebih lagi terlalu ramai yang mahu kembali memulakan kehidupan dan perniagaan akibat terkesan dengan musibah yang melanda,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, FMT melaporkan kerajaan tidak bercadang membenarkan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 sekali lagi walaupun didesak beberapa pemimpin politik selepas rakyat berdepan bencana banjir.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan kerajaan sudah menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat dan individu bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

“Kalau beri alasan nak buka perniagaan baru kerana terjejas banjir, TEKUN sudah tawar RM10,000, pinjaman mudah tanpa faedah dan moratorium tak perlu bayar setahun.

“Bank seperti BSN juga akan beri pinjaman RM10,000 secara pinjaman persendirian untuk beli barangan keperluan asas rumah dengan tanpa faedah dan enam bulan moratorium,” katanya pada sidang media hari ini.

APABILA PEGAWAI YANG BERTUGAS MULA TUNJUK KUASA. RAKYAT JADI MANGSA..TIADA TOLAK ANSUR DAN TIMBANG TARA

 



Seminggu selepas banjir, mangsa masih menanti bantuan





Pemandangan dari udara kawasan terjejas banjir di Kampung Kubu
 Gajah, Sungai Buloh. (Gambar Rohkiah Abdul Aziz)

PETALING JAYA: Kehidupan agak sukar buat Rashdan Iswandi sejak pelaksanaan sekatan penuh. Pertama, majikannya jatuh muflis dan dia hilang pekerjaan. Selepas itu pula dia hilang penglihatan akibat kecederaan lama dan terpaksa menjalani pembedahan.

Sebaik saja lelaki berusia 42 tahun itu pulih daripada pembedahan, rumahnya pula dilanda banjir di Sungai Buloh.

Minggu lalu, rumah yang disewanya sekeluarga di perkarangan sebuah sekolah tahfiz, ditenggelami air setinggi satu meter menyebabkan mereka dan tujuh lagi keluarga lain terkandas di atas bumbung.

Rumah mereka di Kampung Kubu Gajah terletak bersebelahan Sungai Subang di mana tebing sungai itu pecah ketika hujan lebat melanda.

Semua keluarga itu mendakwa bantuan bot penyelamat tidak mengendahkan rayuan pertolongan mereka sepanjang malam pada 18 Dis.

Keadaan di Kampung Kubu Gajah ketika dilanda banjir pada 18 Dis.
 (Gambar Rohkiah Abdul Aziz)

Banjir surut keesokan harinya dan isteri Rashdan, Rohkiah Abdul Aziz mendapati peti sejuk dan barangan lain yang digunakannya di gerai laksanya rosak. Dua kereta yang digunakan keluarga itu turut ditenggelami air berlumpur.

Rohkiah, yang berasal dari Pulau Pinang itu mengusahakan gerai tepi jalan dikenali sebagai Cik Kiah Laksa.

Ketika dihubungi, dia yang menceritakan kejadian itu berkata, mereka terpaksa bergerak jauh ke kem bantuan untuk mendapatkan makanan panas dan keperluan asas.

Namun mereka tidak dilayan. Pegawainya berkata barangan terbabit telah dicatu untuk “kawasan tertentu” saja dan orang luar tidak boleh diberikan bantuan itu.

“Mereka minta kami menunggu bantuan di kawasan kami,” katanya kepada FMT. “Mereka enggan mengubah fikiran biarpun kami menunggu untuk mendapat lebihan makanan atau makanan yang tidak diambil. Jadi kami kembali pulang.

“Malah sehingga sekarang tiada satu pun agensi kerajaan atau wakil rakyat datang membantu. Kami terasa seperti pelarian di sebuah kem,”

Rohkiah berkata tuan rumahnya kemudiannya menyumbangkan telur, beras dan beberapa barang makanan namun dia mendermakan kepada jiran yang hamil dan orang tua “yang lebih memerlukannya”.

Dia mendapat tahu bahawa seseorang perlu melengkapkan prosedur tertentu untuk layak menerima bantuan.

Pertama, seseorang perlu membuat laporan polis. Bagaimanapun, dia perlu mengambil masa lapan jam untuk ke balai polis terletak sejauh 5 kilometer (km) di Sungai Pelong kerana hanya seorang saja pegawai yang bertugas.

“Saya perlu mengisi tiga borang, satu kepada pegawai daerah, satu ke pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan satu lagi kepada pusat zakat.

“Semua borang telah diisi pada 20 Dis dan dihantar ke pejabat penghulu tetapi kini sudah seminggu dan tiada khabar berita daripada mana-mana pihak.”

Dia terpaksa merayu bantuan daripada orang ramai untuk mendapatkan tilam, bantal, dapur, tong gas dan peralatan dapur.

Rohkiah berkata dia dan jirannya kini bingung memikirkan bagaimana untuk membayar sewa RM800 sebulan.

“Kami tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Kami mengharapkan seseorang boleh membantu.”

BEZA PH, PN DAN BN TANGANI BENCANA ALAM

 1. Bencana Pencemaran Udara di Pasir Gudang 13 Mac 2019

Pada 13 Mac 2019 Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memfailkan Usul di Dewan Rakyat supaya diadakan perbahasan di Parlimen tentang bencana Pencemaran udara di Pasir Gudang yang mengancam nyawa rakyat dan menuntut Kerajaan mengisytiharkan Darurat di Pasir Gudang.

Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Datuk Arif Mohd Yusof membenarkan usul itu dibentangkan di Dewan Rakyat dan dibahaskan pada jam 4.00 petang 14hb Mac 2019. Dua orang ahli parlimen Kerajaan dan dua orang ahli parlimen pembangkang membahaskan usul tersebut.

Kemudian Timbalan Menteri Undang-Undang dan parlimen, YB Hanipah Maidin (Sepang) menjawab bagi pihak Kerajaan. Walaupun tuntutan supaya Darurat bencana diisytiharkan di Pasir Gudang ditolak oleh Kerajaan tetapi kerajaan berjanji untuk melakukan segala usaha bagi membantu rakyat di Pasir Gudang seolah-olah Darurat diisytiharkan. Demikianlah jaminan Timbalan Menteri YB Hanipah Maiidin.

Pada petang hari yang sama (14 Mac 2019) ketika Usul Memohon Perisytiharaan Darurat diisytiharkan di Pasir Gudang dibahaskan dalam Parlimen, Timbalan Perdana Menteri YB Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bertanggungjawab terhadap NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) telah bergegas turun ke Pasir Gudang.

Beberapa jam kemudian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga datang ke Pasir Gudang.

Dalam masa yang sama Menteri Alam Sekitar, YB Yeo Bee Yin (Bakri) turun ke Pasir Gudang.

Serentak dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi Kerajaan ke Pasir Gudang, NADMA juga menggerakkan segala unit canggih menghadapi bencana pencemaran udara (seperti unit HAZMAT) dengan pantas dan tangkas bertindak melindungi rakyat di Pasir Gudang.

Nyawa rakyat dapat diselamatkan.

Bergerak ke hadapan.

Pada 5 November 2019 ketika membahaskan Peruntukan Belanjawan tahun 2020 di Parlimen bagi peruntukan Jabatan Perdana Menteri diperingkat Jawatankuasa, ahli parlimen pasir Gudang telah menyentuh isu kawasannya berhubung peranan NADMA.

Beliau menyampaikan bahasannya seperti berikut:

“Tuan Pengerusi, Isu kawasan saya Butiran 09910, Maksud Pembangunan 6 Jabatan Perdana Menteri berkaitan NADMA. Pertama, saya ingin merekodkan dan merakamkan rasa terima kasih dan tahniah atas kecekapan NADMA dalam kes menyelamatkan rakyat terhadap bencana pencemaran udara di Pasir Gudang. Saya sangat berpuas hati dan penduduk Pasir Gudang sangat teruja dengan usaha pihak NADMA dan pasukan-pasukan yang lain”.

Menteri Alam Sekitar (Yeo Bee Yin) pula selangkah ke hadapan bersikap mesra rakyat. Satu majlis terbuka Town Hall perbincangan dengan rakyat tentang bencana pencemaran udara Pasir Gudang diadakan di Bangunan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Menteri Kerajaan PH berani berdepan dengan rakyat.

Apabila berlaku bencana banjir besar di Lembah Klang, maka pada Isnin 20hb. Disember 2021, Ketua Pembangkang YB Anwar Ibrahim dan YB Lim Guan Eng serta lain-lain ahli parlimen pembangkang dan ahli parlimen Kerajaan menuntut kepada Speaker Dewan Rakyat supaya dibahaskan di parlimen tentang bencana banjir besar yang mengancam nyawa dan harta rakyat.

Tetapi Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun, bersikap berbeza dengan Datuk Ariff Mohd Yusof (kini Tan Sri). Azhar dengan sewenang-wenang menolak tuntutan perbahasan isu bencana banjir itu dengan alasan teknikal iaitu tidak ada permohonan usul difailkan kepadanya.

Begitu juga di peringkat kepimpinan Kerajaan. Berbanding dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Alam Sekitar PH segera turun ke zone bahaya pencemaran udara di Pasir Gudang yang lebih 300 kilometer jaraknya dari Putrajaya tetapi sekarang di zaman kerajaan BN & PN, pada hari-hari pertama banjir itu mengancam nyawa rakyat di Lembah Klang, tidak nampak Perdana Menteri, Menteri Tugas-Tugas Khas (yang bertanggungjawab terhadap NADMA) serta Menteri Alam Sekitar yang turun ke kawasan bencana banjir di Lembah Klang yang hanya beberapa kilometer sahaja dari Putrajaya.

Inilah antara perbezaan bagaimana pemimpin Kerajaan PH dan pemimpin Kerajaan BN & PN menangani bencana negara. Rakyat dapat melihat dengan mata sendiri.

NADMA begitu cekap dan tangkas serta amat bertanggungjawab di bawah YB Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa Kerajaan PH tiba-tiba NADMA menjadi agensi yang lembam, kaku dan lesu di bawah kepimpinan Menteri Kerajaan BN dan & PN.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

26 Disember 2021 (Ahad)


MANA NETIZEN TAK KRITIK. LAKONAN PECAH PANGGUNG

 

Filem baru pecah panggung

Judul Filem : Keikhlasan Ku Jangan Diragui Pula

Gerne: Komedi seram

Komen pengkritik: 10/10 ....lakonan mantap untuk menipu rakyat.

Props or lokasi: Orang lain bantu cuci habis lenjun dan kotor pakaian tapi pelakon ini nampak begitu bersih.

Lokasi pula tak sesuai...orang suruh cuci rumah mangsa bukan cuci PPS. Dah memang bersih perlu apa lagi dibersihkan? Jangan buat kerja gila sebab ramai yang separuh gila kat luar sana kehilangan harta benda.


Norman Radzuan




BAPA KELUARGA MALAYSIA


ZUL AZ
 

Bapa yang baik ada hati perut dan amat memahami masalah ahli

 keluarganya. Tapi bapa yang sorang ni, hmmm....korang pikir sendiri

 laa...




GAMBAR-GAMBAR- DSAI ZIARAH BENTONG

 

ZIARAH KE BENTONG

Hantar barang-barang bantuan untuk mangsa-mangsa banjir di Bentong hari ini. Ayuh buat sehabis baik untuk warga yang terkesan!












 

GAMBAR-GAMBAR -AIC MENYAMPAIKAN BANTUAN DI PJ (NWAR IBRAHIM CLUB )

 

Pada hari ini,24 DIS kami di AIC mengagihkan sumbangan berupa sejumlah toto, dapur (stove), susu kotak, kotak makanan serta nasi minyak yang semuanya berpusat di Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat dan beberapa lokasi lain.

Kami berharap usaha serta sumbangan daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan teman-teman ini sedikit sebanyak dapat melegakan mereka yang ditimpa musibah dan ujian banjir.

 












LAWATAN DSAI KE PUSAT PENEMPATAN DI PJ

 

ttY1esterulday9 atr36i30 0c43:el2d0  · 

Dato' Seri Anwar Ibrahim earlier at 3.00pm visited Gurdwara Sahib PJ. Anwar Ibrahim and Maria Chin Abdullah being briefed on the vital role of our command centre in the entire flood relief operations.

 BERTEMU SUKARELAWAN DI GSPJ

Hadir ke Gurdwara Sahib Petaling Jaya tengah hari tadi menyampaikan bantuan serta melihat kerukunan yang utuh antara kaum bersama menyumbang bakti demi warga yang terkesan dengan musibah banjir.

Ini adalah bukti nyata persefahaman antara kaum itu sangat kuat meski cuba ditekan dengan bibit syak wasangka oleh gerombolan pelampau kaum dan agama yang di atas.

Semoga musibah ini memperkukuh nilai solidariti antara kaum, kerukunan serta keprihatinan yang tinggi di kalangan masyarakat.

 





GAMBAR GAMBAR DSAI MELAWAT TAMAN SRI NANDING

 

MELAWAT TAMAN SRI NANDING

Pergi ke Taman Sri Nanding petang tadi hantar bantuan. Semangat sukarelawan pelbagai kaum cukup kuat membantu warga Taman Sri Nanding. Semoga lebih ramai ikut bantu.










 

REFORMIS CIKGU FARIZ MUSA TELAH TIADA



إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ


Saya terkejut sebentar tadi baru menerima berita menyedihkan tentang kepulangan Kerahmatullah, seorang reformis hebat dan juga Penngerusi Jinggga 13, Sdr Fariz Musa awal pagi tadi sekitar jam 12.20 pagi di Hospital HSNZ, K.Terengganu.


Kelmarin, saya mendapat khabar beliau telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan akan ditidurkan kerana dikatakan mengalami Covid19.  Takdir Allah menentukan, Almarhum telah dijemput menemui penciptaNya setelah begitu lama berjuang menuntut keadilan dan menentang kemungkaran.  


Kali terahir saya bertemu dan bersama dengan tokoh hebat ini adalah dalam satu program ceramah anjuran Jingga 13 bersama Gerak98 di Cukai, Terengganu sekitar Mac 2020 yang turut dihadiri oleh Sdr Ezam Mohd Nor.  Kali terakhir saya bercakap dengan beliau adalah sekitar dua bulan lepas melalui telefon bertanya khabar dan bersembang tentang beberapa isu politik semasa.  Saya berseloroh dengan beliau bertanyakan jika beliau berminat untuk bertanding lagi dalam PRU dan saya cadangkan beliau kembali bertanding di Pekan.  Beliau ketawa dan menyatakan, carilah orang lain kerana beliau tidak lagi sihat seperti dulu.


Terlalu banyak jika ingin diceritakan tentang kisah perjuangannya.  Di dalam politik beliau pernah berada di dalam MPP Keadilan Pusat dan memegang jawatan Setiausaha Pengelola Keadilan Pusat.  Pernah bertanding di Parlimen Pekan pada PRU13.  Di dalam NGO Jingga 13, beliau dan rakan-rakanya begitu aktif di dalam hal-hal kebajikan rakyat sehingga penghujung usianya.  


Difahamkan isterinya juga turut dihidapi Covid19 dan kita doakan kebaikan dan kesembuhan buat isterinya.  Semoga Allah cucuri rahmat dan keampunan buat Almarhum Cikgu Fariz Musa.


AL FATIHAH


WFAUZDIN NS



HARAKAHDAILY TAK COVER KE ?

 Kadar dividen ASB


Liyana Marzuki



Tahun 2019- 5.5sen


Dipolitikkan dikatakan kegagalan Kerajaan PH ketika itu. Geng penunggang bangsa dan agama habis jadikan modal. Katanya ini menunjukkan Melayu terancam. 


Tahun 2021, dividen diberi lagi teruk 5sen sahaja, terendah dalam sejarah. Tapi Harakah Daily senyap tak cover. Geng UMNO pun senyap seribu bahasa. 


Nampak sangat laungan Melayu terancam hanya nak rampas kuasa. 


Bila dah rampas kuasa, rupanya dia memerintah lagi teruk pula. 


Tu sebab jangan sekali2 dirampas mandat rakyat. Hilang berkat. 


Kita jelas nampak Kerajaan sejak Sheraton Move jadi caca merba, rakyat yang merana.



OWHH..LAMBAT BAGI TAU

 

Shahbudin Husin


Tuan Ibrahim  kata dia dan empat anak serta seorang cucu telah disahkan positif Covid19 dan kini menjalani kuarantin kendiri sejak beberapa hari lalu.


Tapi kenapa baru hari ini Tuan Ibrahim beritahu dia sedang dikuarantin?


Mengapa tak maklumkan sejak awal dikuarantin lagi?


Gambar Tuan Ibrahim pakai gelang pink takde ke?


Apa pun, didoakan beliau sekeluarga pulih dengan segera….

Fuuhhh!!!! Hidup dengan mengampu.




Ahmad Shahril


PM lambat hulur bantuan hanya persepsi. Orang dah ramai mati, rumah habis tenggelam, NADMA diam diri, menteri enjoy luar negeri, itu semua persepsi? Persepsi tengkorak kamu!


Masa rakyat tengah tersiksa, PM lalu dalam kereta sambil lambai tangan je. ATM pun bergerak sendiri tanpa tunggu arahan. Rakyat yang bergegas berikan bantuan dan selamatkan mangsa. Itu persepsi apa kejadahnya professor oi?


Kita tahu dan kita faham gaji kamu dibayar oleh kerajaan. Tapi jangan bodek begini sampai tahap memperbodohkan rakyat. Takkanlah tak terlihat dek mata kamu penderitaan rakyat?


Sungguh memalukan apabila seorang pakar berkata begini. Suatu penghinaan terhadap rakyat.


 

Raja Gelap 

.


SAYA NAK SELESAIKAN DULU AIR DI KUALA LANGAT DAN ULU SELANGOR-BAGAIMANA NAK SURUTKAN AIR


 

ADIK MANIS PERSOAL JABATAN KERAJAAN TAK TAHU


 

KISAH KELAKU JABATAN AMAL...KONONNYA HEBAT SANGAT TETAPI KELAKU KELAUT

 



Nor Hadi  Mohammad



Semua orang tau bila berlaku bencana Jabatan Amal antara yang terkehadapan untuk menghulurkan bantuan. Aku sendiri pun masih ramai kawan² dalam Jabatan Amal dan tak sedikit doa yang aku kirimkan utk mereka yang terlibat dengan misi banjir kali ini.


Tapi bila kau sarung baju Jabatan Amal, itu bukan 'lesen' untuk merendah-rendahkan orang lain.


Pengalaman hari ni buat kerja cuci rumah mangsa banjir di Bukit Lanchong, ada geng Jabatan Amal bising² jumpa aku minta alih khemah urus setia NGO kami yang tak mengganggu sesiapa pun. Kononnya ada ramai lagi group dia nak keluar masuk. Aku tak faham apa motif dia nak 'tunjuk kuasa' kat situ.


Lepas tu masa Adam Adli SEDANG bagi taklimat pada sukarelawan, ada satu lagi group Jabatan Amal naik Hilux berhenti sebelah, kemudian yang berdiri ramai² kat belakang dok menganjing jerit-jerit "Allahumma Solli 'Ala Muhammad!" berulang-ulang kali depan muka kawan kita, lepas tu gelak². Nak menganjing orang tapi guna nama nabi. Langsung tak reti nak hormat pihak lain yang sama² buat amal kebajikan.


Aku bukan reka cerita, ada beratus mata yang menjadi saksi kejadian.


Orang-orang jenis macam ni memang dia rasa kunci syurga tu dah ada dalam tangan. Padahal masa giliran nak masuk neraka tu nama dia antara yang awal kena panggil.


Apa pun aku tetap puji dan berterima kasih dengan anggota² Jabatan Amal lain yang berakhlak mulia, bekerja keras dan ikhlas bekerja. Cuma segelintir anggota yang berperangai taik merosakkan nama baik Jabatan Amal minta tolong tegur supaya tidak berlaku lagi di masa hadapan.


SKETSA DARAMA PAK LONG MAIL KENA KERONYOK- MESTI TONTON DRAMA PENDEK


 

LIHAT PARA STAF KESIHATAN MENUNJUKKAN BELAKANG APABILA MENTERI LALU DI BELGIUM-INI LAH RAKYAT MALAYSIA KENA BELAJAR


 

RAKYAT KATA MAIL SABRI TAK TURUN..


 

RETIS HENTAM MENTERI KAW KAW-TU BARU CHAMPIANG


 

POLITIK MELAYU BANGGANG-JEBAT DERHAKA


 

Tak puas hati jawapan PM, ADUN PKR teruskan tawaran RM1,000 kesan menteri, timbalan


Penjelasan Ismail Sabri Yaakob tidak memuaskan Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang menegaskan beliau tidak akan menarik balik ganjaran RM1,000 yang ditawarkan sebelum Perdana Menteri membuat kenyataan itu.

PETALING JAYA: Seorang ADUN pembangkang kesal Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak memberikan penjelasan telus mengenai status tiga menteri dan seorang timbalan menteri yang didakwa “hilang” ketika rakyat bergelut dengan banjir.

Justeru, kata ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, tawaran RM1,000 masih terbuka untuk sesiapa yang boleh mengesan Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu, Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin.

Pagi tadi Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa menteri sudah pulang dari bercuti di luar negara selepas diarah berbuat demikian Jumaat lalu, namun tidak menamakan mereka.

Beliau berkata, menteri terbabit sedang menjalani kuarantin Covid-19 dan akan “turun padang” membantu mangsa banjir dalam masa terdekat.

Penjelasan Perdana Menteri itu tidak memuaskan Arafat yang menegaskan beliau tidak akan menarik balik ganjaran RM1,000 yang ditawarkan sebelum Ismail membuat kenyataan itu.

“PM sepatutnya dedah siapa menteri yang sudah balik dan siapa belum. Rakyat ada hak mengetahui,” katanya kepada FMT.

“Tawaran saya masih terbuka, kerana tidak ada mana-mana pihak setakat ini maklum secara jelas mengenai menteri mana yang telah pulang,” kata ADUN PKR itu.

Arafat berkata, beliau ambil maklum ada rakaman video ucapan Faizal berlatarbelakangkan Kuala Lumpur semalam, namun “tidak pasti betul atau sekadar edit.”

Terdahulu, Arafat berkata, beliau menawarkan ganjaran RM1,000 itu kerana empat ahli Jemaah Menteri berkenaan “langsung tidak dilihat” dalam mana-mana misi membantu mangsa banjir teruk yang melanda negara sejak minggu lalu.

“Sampai sekarang tiada maklumat yang jelas…di manakah mereka. Kenapa langsung tiada terlibat dalam misi bantuan banjir,” soal Arafat.

Pentadbiran Ismail dikritik pelbagai pihak kerana dilihat lembab dalam menggerakkan kerja mencari dan menyelamat mangsa banjir di Lembah Klang dan beberapa negeri lain minggu lalu.

Ismail sendiri ditegur oleh Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang menggesa Perdana Menteri lebih aktif dalam mengetuai penyelarasan operasi bantuan banjir.

Jumaat lalu, Ismail mengarahkan semua menteri membatalkan rancangan bercuti di luar negara bagi membantu mangsa banjir di beberapa negeri.

Bagi menteri yang sedang berada di luar negara pula, beliau meminta mereka pulang segera ke tanah air untuk bersama membantu Keluarga Malaysia yang dalam kesusahan.

Beliau turut menjelaskan, menteri yang sudah berada di luar negara pergi sebelum banjir melanda negara minggu lalu.

Rakyat alami krisis, PH Johor tolak PRN

 

Kedudukan terkini DUN Johor ialah 28-27 selepas ADUN Kempas dari Bersatu meninggal dunia. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor menolak pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) pada waktu ini, kerana ia dilihat tidak sensitif memandangkan rakyat sedang mengalami krisis kesihatan Covid-19 dan ekonomi domestik.

Ketua Amanah Aminolhuda Hassan, Ketua PKR Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua DAP negeri Liew Chin Tong dalam kenyataan bersama memaklumkan, PH Johor sebulat suara memberikan komitmen sepenuhnya dalam membela nasib rakyat, berbanding hal politik dan soal perebutan kuasa.

Mereka berkata, segala usaha, tenaga, komitmen dan dana harus disalur untuk membantu rakyat dalam kesusahan, walaupun kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini berada pada angka 28-27 selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Dis.

Semalam, Hasni dilapor berkata kerajaan negeri akan melihat dan memantau keadaan semasa termasuk meneliti keperluan untuk mengadakan PRN, kerana mempunyai kelebihan hanya satu kerusi DUN.

Kerajaan negeri dipimpin Barisan Nasional (BN) dengan 28 kerusi iaitu BN 16 kerusi, Bersatu (11) dan PAS (satu), manakala PH pula 27 kerusi.