EKONOMI AFGHANISTAN BERADA DIAMBANG KEMUSNAHAN.- PENGAJARAN UNTUK NEGARA JUGA


Taliban umum kerajaan Afghanistan yang baru - YouTube


JAMZURI ARDANI


Bank-bank di Afghanistan kini tidak mampu menyediakan wang tunai yang cukup untuk pengeluaran oleh pendeposit. Orang ramai mula beratur di bank-bank di Kabul seawal pukul 3 pagi untuk mengeluarkan wang mereka. Namun mereka hanya dapat mengeluarkan wang tunai dalam jumlah yang sangat terhad.

Di pasar-pasar, orang ramai sudah mula melakukan tukaran barang dalam urusniaga mereka kerana masalah ketiadaan tunai di pasaran. Harga-harga barangan juga melonjak naik.
Dalam pada itu, penduduk Kabul juga dijangka akan terputus terus bekalan air dalam tempuh terdekat akibat musim kemarau dan masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa bandar Kabul untuk membayar gaji para pekerja yang terlibat. Selain masalah air, perkhidmatan lain seperti bekalan elektrik, pembersihan, kesihatan, dan pendidikan juga dijangka akan terkesan.
Kerajaan baru Afghanistan berhadapan dengan masalah kewangan yang serius untuk memastikan perkhidmatan penting terus berjalan seperti biasa. Dengan ketiadaan bantuan kewangan dari negara luar, kerajaan baru Afghanistan dijangka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk mentadbir negara tersebut apatah lagi untuk melaksanakan program pembangunan.
Kemahiran berperang hanya penting untuk merampas kuasa. Setelah mendapat kuasa, Taliban memerlukan kemahiran yang berbeza. Setakat ini kabinet baru Afghanistan masih belum membuat apa-apa kenyataan tentang bagaimana ekonomi negara tersebut akan diurus, sedangkan hari demi hari kehidupan rakyat semakin sukar.


Dakwaan 2 pelajar sekolah maut selepas divaksin, ini penjelasan polis

 


Dakwaan 2 pelajar sekolah maut selepas divaksin, ini penjelasan polis


Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak hari ini menerima dua laporan polis yang dibuat berhubung berita mengenai kematian dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai di sini, kononnya disebabkan suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan itu dibuat pegawai pendidikan (kesihatan) Daerah Ipoh dan pengetua sekolah berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan awal, polis menerima maklumat bahawa seorang pelajar perempuan tingkatan 5 meninggal dunia pada 18 Ogos lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat kencing manis serta COVID-19 dan masih belum menerima suntikan vaksin.

Pelajar kedua pula, katanya seorang lelaki tingkatan 5, meninggal dunia pada 17 September di HRPB kerana masalah jantung berlubang, juga masih belum menerima vaksin COVID-19.

“Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Negeri Perak bermula pada 20 September 2021.

“Namun demikian, kematian kedua-dua pelajar tersebut disahkan sebelum PICK Remaja ini bermula,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan terhadap laporan yang diterima di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Menurutnya, kes juga disiasat di bawah Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak yang bertanggungjawab.

RENOVATE SERI PERDANA BUKAN BERHARGA RM30 JUTA TAPI...38 JOTA KOT....KAYA KAYA NEGARA KITA....UNTUK RAKYAT. "KERAJAAN TAK DA DUIT "


BOB KELANANG


Sebelum ini kita dimaklumkan bahawa kos ubahsuai (renovate) Seri Perdana adalah RM30 juta... kita dah melenting marah bila mana kos itu sampai cecah RM30 juta...
Rupanya...
Kos renovate Seri Perdana bukan berharga RM30 juta tapi ianya adalah bernilai RM38.5 juta... Hahaha... dan ianya diluluskan oleh Kerajaan Perikatan Nasional pada Mac 2021... siapa Perdana Menteri masa tu?? Hahaha... dan siapa Menteri Kanan Keselamatan yang juga berada dalam Kabinet semasa ianya diluluskan...
Hahaha...
Ntah berapa banyak lagi pembaziran ya..

Projek baik pulih Kompleks Seri Perdana lulus 19 Mac


DUA DUA MENTERI NI RAKYAT DAH TAHU-SOQANG MENCANTIKKAN DIRI SEORANG LAGI SEMBANG SUCI: Panas! Pemimpin Umno bidas Rina dan Zailah, gagal selesai isu dera yang semakin meningkat

 Panas! Pemimpin Umno bidas Rina dan Zailah, gagal selesai isu dera yang semakin meningkat


Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said hari ini membidas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ekoran peningkatan kes dera dan mangsa serangan seksual dalam kalangan kanak-kanak terutamanya sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP).

Kata Azalina, satu pendekatan khas seperti mewujudkan mahkamah dan bilik saksi khas perlu diwujudkan bagi menguruskan kes kanak-kanak yang menjadi mangsa dera dan jenayah seksual.

Menurut ahli parlimen Pengerang itu, berlaku kekangan tertentu jika kanak-kanak yang menjadi mangsa dera atau serangan seksual perlu menjadi saksi kerana pada usia tertentu mereka akan berasa malu.

“Itu sebab kita nak mahkamah khas, bilik saksi khas, adanya pendekatan khas. Ini anak-anak yang menjadi mangsa,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 10 Dis lalu, lebih 4,000 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kementerian sama juga mencatatkan lebih 2,000 kes keganasan rumah tangga pada 2020 – tahun yang menyaksikan rakyat terpaksa tinggal di rumah susulan pelaksanaan PKP bagi menangani penularan Covid-19.

Kes keganasan rumah tangga juga menyaksikan peningkatan sejak tahun lalu.

Menurut menteri terbabit, Rina Harun, bagi tempoh Jan dan Ogos tahun ini jumlah kes keganasan rumah tangga adalah 4,905 kes.

Azalina kemudian mempersoalkan bagaimana menteri yang bertanggungjawab dalam isu tersebut dapat menyelesaikan masalah dera di kalangan kanak-kanak.

“Kalau setakat nak jadi menteri, (tapi) ini pun tak boleh selesai, tak payahlah jadi menteri.

“Anak-anak masa depan sebuah negara,” katanya.

Mengibaratkan keadaan kanak-kanak yang didera secara seksual di rumah sama seperti harapkan pagar, pagar makan pagi, Azalina mempersoalkan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan dalam isu itu.

“Saya nak tanya menteri yang bertanggungjawab. Saya tahulah siapa menteri yang bertanggungjawab. Ni pun tak ada (dalam dewan). Ini masalah besar,” katanya.

Kata Azalina lagi kerajaan tidak wajar membincangkan RMK-12 ketika rakyat yang memerlukan bantuan sebaliknya dilupakan.

Tambahnya, apabila kerajaan ditegur ia bukanlah bermakna seseorang ahli parlimen itu marah atau benci sebaliknya mahu menegaskan keutamaan yang diharapkan rakyat.

Sumber | MK

OKTOBERFEST DIPROMOSI SECARA TERBUKA, DI MANA ULAMAK PAS?...KAH..KAH...OKTOBERPAS ....UPPPPPPSSSSS...OKTOBERFEST.JOM MABUK....KAH.....


“Apakah nilai yang kita perlu tanam kepada rakyat? Saya fikir semua agama tidak bersetuju membudayakan minum arak ini, tidak ada agama yang setuju, tidak ada kajian yang mendorong kepada kebaikan. “Nilai ini tidak sesuai dengan budaya tempatan dan tidak sesuai dipromosi besar-besaran hingga menjadikan suatu fenomena bagi negara kita,” kata Timbalan Presiden Pas itu yang sekarang Menteri Alam Sekitar dan Air.



KECOH DEWAN RAKYAT! YB PAS BENGANG UGUT KERAJAAN!- WOIIII...JOM DEMONTRASI PADANG MERBOK...KAH...KAH


Sangat kelakar, selepas kena kecam, cabutan khas nombor ekor dinaikkan oleh Kerajaan, yang mana PAS adalah sebahagian dari Kerajaan itu, barulah PAS sibuk dan bersungguh-sungguh bersuara dan menggelupur. Malah YB PAS Pasir Mas yang terkenal dengan Hikayat Puteri Gunung Ledang, seolah-olah ugut Kerajaan sendiri ketika berbahas di Parlimen.





UMNO DUKACITA....KAH..KAH.....TAK KENAL MAKA TAK CINTA : MASA PH UMNO LAH YANG MEMAINKAN PERANAN KES ADIB....KAH...KAH...WOIIII.....

 



Umno dukacita menteri maklum kes Adib ditutup sementara




Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno berpegang kepada keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 Sept 2019 bahawa kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu.

PETALING JAYA: Umno dukacita apabila seorang menteri memaklumkan bahawa kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup sementara dan hanya akan dibuka semula jika ada bukti baharu, kata Presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, Umno tidak pernah melupakan kes kematian Muhammad Adib dan sentiasa menuntut keadilan ditegakkan.

“Umno berpegang kepada keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 Sept 2019 berhubung inkues kematian anggota bomba tersebut.

“Iaitu kematian Muhammad Adib selepas insiden rusuhan pada 27 Nov 2018 adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu,” katanya dalam kenyataan.

Zahid berkata, Umno sentiasa memerhati rapat perkembangan kes tersebut selepas kerajaan sebelum ini memberi jaminan akan meneruskan siasatan kes itu.

Katanya, Umno percaya pihak berkuasa perlu diberi masa dan ruang untuk melaksanakan siasatan mereka bagi mencari kebenaran, dan menggesa ia diteruskan sehingga kebenaran dapat dirungkai memandangkan ia telah menjadi suatu aspek kepentingan umum.

Terdahulu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin dipetik berkata, kerajaan kini akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib.

“Itu yang saya difahamkan tetapi mungkin mereka (pihak berkenaan) belum mengumumkan (kes berkenaan ditutup) dan melihat bagaimana kita dapat membantu keluarga Adib,” katanya.

Kata Zuraida, kes akan dibuka semula sekiranya ada keterangan, maklumat dan bukti yang boleh digunakan.

BAGAIMANA MENENTUKAN KESALAHAN "HARUS DAN WAJIB MENGAKU BERSALAH". UNTUK DIFAHAMI

 

LIYANA MARZUKI




Sebelum kita diulit cerita kayangan mengenai kompaun dan penyelesaian luar Mahkamah, seolah2 mereka suci lagi disucikan…
Let’s just put things straight:
1. Bila DPP nak buat pertuduhan atas satu kesalahan jenayah, dia ada dua pilihan. Satu, daftar kes di Mahkamah untuk bicara. Kedua, putuskan OKT itu untuk dikenakan kompaun.
2. Kompaun itu suatu bentuk shortcut kepada sabitan dan pengenaan penalti, tanpa perlu bicara.
3. Kes jenayah bukan macam kes sivil. Tiada istilah rundingan penyelesaian luar mahkamah. Apa yang terjadi ialah pihak peguambela menghantar representasi (rayuan) kepada DPP untuk pertimbangkan kes atau nilai kompaunnya.
4. Kuasa kompaun adalah kuasa multak DPP. Bukan boleh nego2 macam beli ayam timbang kati.
5. Kompaun itu secara langsung adalah suatu bentuk rayuan kepada DPP untuk menetapkan atau mengurangkan kadar penalti. Senang cerita, kalau bicara Mahkamah jatuhkan denda. Kalau nak shortcut, DPP jatuhkan kompaun.
6. Kalau taknak pening dan nak mengaku bersalah, bayar kompaun. Kalau rasa tak bersalah, fight la in court. Simple.
7. Jangan lepas dah bayar kompaun, cakap dah kawtim dengan DPP untuk settle kes luar Mahkamah. Seolah2 tak bersalah langsung.
Tu spin level yahudi.
NOTA KAKI: Saya sertakan contoh peruntukan kompaun dalam Akta LHDN. Katanya, kalau nak bayar kompaun, HARUS DAN WAJIB mengaku bersalah.
Moga2 terbuka hati tuan puan untuk menerima kebenaran dan tidak termakan spin geng kayangan.
Amin…

OLIGARKI POLITIK : GOLONGAN INI AKAN MENENTUKAN HALA POLITIK DEMI KEPENTINGAN KELOMPOK PENGUASA DAN GOLONGAN YANG MENGAUT KEUNTUNGAN PERIBADI SUKU SAKAT

 


Waspada dengan ‘oligarki politik’, Ahli Parlimen Amanah beri amaran





Mujahid Yusof Rawa berkata, oligarki politik adalah halangan besar dalam merealisasikan visi Rancangan Malaysia ke-12.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Amanah mengingatkan Dewan Rakyat tentang wujudnya sekumpulan kecil “oligarki politik” yang berusaha menghancurkan negara ini dengan jenama politik mereka.

“Oligarki politik” ini, menurut Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar), adalah halangan besar dalam mewujudkan visi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 kerana mereka mempunyai pengaruh besar dalam menentukan hala tuju politik negara ini.

Mujahid menambah bahawa golongan oligarki ini menghalang usaha mendemokrasikan masyarakat dan memperkenalkan keadilan sosial.

“Mereka merugikan keberhasilan negara kerana mereka melemahkan upaya untuk mendemokrasikan masyarakat dan memperkenalkan keadilan sosial hanya untuk melindungi kepentingan politik mereka.

“Selagi ada kelompok yang menyediakan dirinya untuk dijual beli, golongan oligarki akan terus memastikan kelompok yang menjaga demokrasi dan teras utama terhalang,” kata Mujahid ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Mujahid turut meminta pengukuhan demokrasi dan kedaulatan undang-undang Malaysia untuk mengalahkan kumpulan oligarki ini.

Selain itu, beliau meminta kajian untuk mengukur keberhasilan rancangan pembangunan yang lalu, bermula dengan Rancangan Malaysia ke-6 yang pertama kali menggariskan Wawasan 2020.

Kajian ini, katanya, diperlukan kerana beliau merasakan pelaksanaan rancangan nasional yang lalu gagal mencapai sasaran yang ditetapkan untuk Wawasan 2020.

“Masyarakat yang lebih toleran dan demokratik dibayangkan dalam Wawasan 2020 tetapi jika kita melihat apa yang kita hadapi sekarang ini, rakyat Malaysia terpengaruh oleh retorik bangsa dan agama. Kami masih jauh dari merealisasikan visi. ”

Wawasan 2020, adalah visi nasional yang ditetapkan oleh Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Dr Mahathir Mohamad, dalam Rancangan Malaysia ke-6 pada tahun 1991 agar Malaysia berupaya mencapai status perindustrian pada 2020.

Visi itu merangkumi semua aspek kehidupan, dari kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial hingga pendidikan bertaraf dunia dan kestabilan politik.

Perlukah projek mega di ketika negara dicengkam krisis ekonomi dan rakyat kehilangan punca pendapatan?



Ketua Pembangkang, DS Anwar cadangkan dalam parlimen agar projek mega ditangguhkan dan tumpukan kepada membantu rakyat.
Dalam satu komen, aku terbaca ada komentar yang berpendapat jika projek mega dihentikan, maka banyak peluang pekerjaan akan hilang.
Kalau setakat nak bantu rakyat, selama mana sahaja kerajaan boleh bertahan, tulisan si pemberi komen itu lagi.
Aku sama sekali tidak membantah pendapat ini tetapi wajar juga kita bertanya, jika projek mega diteruskan, yakinkah kita yang rakyat akan dapat faedahnya?
Sejauh mana kita yakin dana negara tidak akan diselewengkan ketika projek mega itu berjalan? Selepas projek mega itu siap, rakyat dapat apa?
Jika aku diberikan peluang mentadbir, apa yang aku akan buat bukanlah projek mega. Sebaliknya projek kecil yang lebih memberi manfaat kepada rakyat.
Contohnya sekarang ini ada krisis ayam. Baik aku berikan bantuan kepada rakyat, terutama mereka yang terjejas akibat COVID ini untuk mulakan perniagaan ayam.
Daripada bisnes anak ayam sampailah ke kilang proses dedak ayam. Supaya dapat tingkatkan bekalan ayam dan turunkan harga pasaran ayam sekaligus cipta peluang pekerjaan.
Ayam ni contoh saja. Ada banyak lagi benda yang kita masih bergantung kepada import. Benda begini yang kita kena mula hasilkan dalam negara.
Berbanding projek mega yang mana kita terpaksa bayar yuran yang mahal kepada perusahaan luar, projek kecil begini memberi lebih peluang kepada rakyat tempatan.
RM400 bilion boleh buat macam-macam projek yang boleh bantu rakyat dapatkan punca rezeki. Kalau projek mega, rakyat cuma dapat gigit jari.
Ya, aku sependapat dengan DS Anwar. Negara tak perlukan projek mega pada masa ini. Dan ya, rakyat memang perlu dibantu pada masa ini.
Dan aku yakin, bantuan yang dimaksudkan oleh DS Anwar bukanlah bantuan tunai tapi bantuan untuk rakyat mulakan hidup baharu seperti dana untuk mulakan perniagaan.
Aku cukup faham PM dan kabinetnya tidak cerdik dan tidak kompeten. Tapi aku harap mereka tidak bodoh sombong, tidak mahu dengar cadangan dari Ketua Pembangkang yang jelas lebih bijak.

Jackie Chan tidak wariskan harta RM 1billion pada anak KITA PATUT WARISKAN HARTA UNTUK 'DIRI SENDIRI'


May be an image of 2 people


Jika ada yg perasan beberapa tahun dahulu saya ada menulis jika kita ada lebihan harta... sebaiknya separuh dari harta itu, kita lakukan investment utk diri kita sendiri sebagai bekalan di akhirat nanti.
Alasan saya mudah, dari pengalaman hidup hampir setengah abad ini..anak2 yg kematian ibu atau bapa, atau keduanya sekali.. mereka bersedih hanya sehari dua.
Kemudian mereka akn kenangkan kita hanyalah sebulan dua. Selepas setahun dua, hanya di hari raya mereka menziarahi kuburan kita... Selainnya mereka sibuk dgn keluarga sendiri. Yg berjawab dgn malaikat kita sorang2.
Telah byk kita dgr cerita tentang adik beradik bergaduh dan putus saudara kerana harta pusaka. Malah dlm pengalaman sendiri juga, ada beberapa keluarga terdekat pun ramai yg begitu.
Tanah kubur masih merah sudah mahu dijual rumah. Masing2 mengaku harta itu ini peninggalan dari bapa utk mereka. Tak cukup puluhan ekar mahu ratusan ekar. Akhirnya bermasam mukalah adik beradik.
Saya selalu pesan dkt anak2 jika mahu kahwin.. cari duit sendiri seperti kedua org tua mereka. Tak cukup duit kami pinjam bank asalkan tak menyusahkan kedua org tua.
Nasihat saya kpd mereka, majlis perkahwinan buat simple saja utk keluarga terdekat. Buat apa hanya utk majlis 2 jam tersebut habis RM30-40 ribu...membazir. Duit yg ada bagus beli rumah. Realistik dgn kemampuan sendiri.
20 tahun dahulu ada kenalan arwah mertua seorang lelaki Cina bergelar jutawan terkenal dtg ke rumah. Kebetulan saya pulang ke Sabah kerana berhari raya.
Dlm perbualan isteri jutawan itu sedih sb suaminya hanya beri cukup duit belanja dan sewa rumah utk anak mereka. Jadi kedua anaknya yg sdg belajar di Amerika kena bekerja secara part time.
Apa kata suaminya ketika itu..." Tan Sri bukan saya kedekut tapi saya mahu anak saya belajar cari duit sendiri. Jika tidak mereka hanya tahu menghabiskan duit sahaja." Ilmu yg berguna utk saya ketika itu.
Saya beritahu isteri apa yg kita ada atau yg dia akan ada... duit itu cukup tabungan membesarkan anak2 dan pendidikan mereka. Selain itu gunakan utk emergency, holiday dan paling penting membeli saham akhirat utk kami.
Ada bertanya kenapa Holiday?... ya bajetkan utk holiday melihat bumi ciptaan Allah ini. Life too short to worry abt anything. Bukan kita yg berikan rezeki anak2 kita nanti tapi Allah.
Maksudnya separuh dari duit yg ada sebaiknya kita gunakan utk bantu sumbangan membina surau, TahfiZ dan sebagainya. Inilah saham dan bekalan kita nanti yg kekal berpanjangan.
Utk saya adalah lebih baik daripada membuat Umrah saban tahun. Pahala buat Umrah hanya ketika kita menunaikannya tapi pahala membina rumah Allah ia kekal selagi Majis itu digunakan. Ini pendirian dan cara saya tiada paksaan sesiapa mengikutinya.
Tahukah anda bahawa Jackie Chan yg mempunyai aset lebih RM 1 billion tidak akn mewariskan sebarang hartanya kpd anak. Malah dia akn mewariskan kpd badan2 amal.
Apatah lagi apabila anaknya, Jaycee Chan ditahan polis kerana dadah membuat Jackie tidak mahu anaknya lebih rosak apabila mengenangkan harta yg akan diwarisi kpdnya nanti.
"Jika saya boleh mencari wang sendiri, Jaycee juga mampu utk mencari wang seperti saya. Jika tidak dia hanya membazirkan wang yg diwariskan kpdnya," ujar Jackie.
Ramai yg terkejut dgn keputusan Jackie. Apapun ramai akhirnya memberi pujian bahawa tindakan Jackie adalah yg
terbaik
utk masa depan anaknya dan wajar dicontohi.
Mark Zuckerberg, CEO Facebook mempunyai anak bernama Priscilla Chan yg lahir pada 2015. Mereka juga membuat pengumuman tidak akn mewariskan harta kekayaan pada Max. Sebaliknya, mereka mendirikan Yayasan Chan Zuckerberg Initiative yg berkomitmen di bidang pendidikan, kesihatan dan sosial di seluruh dunia.
Billionaire Warren Buffett pula berjanji akn menyumbangkan 99% dari seluruh kekayaannya kpd badan amal. Sementara hanya 1% yang diwariskan kpd ketiga anaknya. Buffet selama ini memang dikenali sebagai seorang dermawan di dunia.
Siapa yg tidak kenal Bill Gates org paling kaya di dunia selama 4 tahun berturut turut. Dia memutuskan tidak akn mewariskan seluruh harta kpd anak anaknya.
Sebahagian besar harta Gates juga akn disumbangkan kpd badan amal. Menurut Gates, ketiga anaknya harus belajar bekerja utk mendapatkan apa yg diinginkan mereka.
Hanya anak Menteri2 kita sahaja yg kaya raya. Sebab bangsa kita rumah mesti mcm Istana, kereta mesti pakai Velfire ikut trend, plat kereta mesti 1 digit, majlis perkahwinan mesti bak Puteri Gunung Ledang, Honeymoon mestilah Maldives, Venice or Paris... ini syarat utk menjadi Melayu sejati.

SELEPAS BEBAS DENGAN BAYAR RM1.1 JUTA, LEKEHLAH KALAU AHMAD MASLAN MASIH HADAP JAWATAN TIMBALAN SPEAKER

 

Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan adalah salah seorang pemimpin parti itu yang termasuk dalam kumpulan kluster mahkamah.

Begitu pun, beliau dikira seorang yang hebat kerana ketika masih berdepan kes mahkamah pun, Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri tetap mahu meletakkannya sebagai Timbalan Speaker Parlimen.

Tiada sesiapa yang lain daripada kluster mahkamah dalam UMNO yang ditawar jawatan dalam kerajaan sebaik Ismail Sabri mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Mahiaddin Md Yasin melainkan hanya beliau saja.

Ahmad Maslan satu-satunya yang diberi keistimewaan itu, Najib Razak dan Zahid Hamidi pun tidak dapat menandinginya.

Berikutan pencalonannya mendapat bantahan daripada Bersatu yang enggan menyokongnya kerana masih berdepan kes mahkamah, kerajaan Keluarga Malaysia yang benar-benar mengutamakan keluarga UMNO ini sanggup pula menangguhkan pencalonannya bagi membolehkan pindaan Perlembagaan dilakukan terlebih dahulu.

Pindaan itu ialah bagi menambah jawatan Timbalan Speaker Parlimen daripada dua kepada tiga, salah satu diperuntukkan kepada pembangkang.

Untuk itu, pencalonanya yang sepatutnya dibuat dalam sidang Parlimen sekarang ditunda kepada hujung Oktober depan.

Selepas pindaan itu nanti, Ahmad Maslan daripada blok kerajaan dan Nga Kor King daripada blok pembangkang, yang dicalonkan bagi jawatan itu akan terpilih secara automatik untuk menjadi Timbalan Speaker Parlimen bersama Rashid Hasnon yang sudah sedia menduduki salah satu jawatan tersebut.

Makna kata, pindaan Perlembagaan itu bukan sangat dibuat untuk memberi blok pembangkang jawatan Timbalan Speaker, tetapi lebih untuk memastikan Ahmad Maslan tidak terlepas daripada jawatan yang telah dijanjikan.

Tengok…hebat tak Ahmad Maslan, tak sia-sia CGPA 3.85 yang dimilikinya?

Rasa-rasanya belum ada sesiapa yang ingin diberi jawatan, tetapi sampai kerajaan sanggup meminda Perlembagaan bagi tujuan itu.

Tetapi, bermula hari ini Ahmad Maslan bukan lagi anggota kluster mahkamah berikutan keputusan mahkamah membebaskannya daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan kepada LHDN ketika menerima wang RM2 juta daripada Najib.

Beliau dibebaskan setelah membayar kompaun RM1.1 juta dan bersama itu, pertuduhan memberi kenyataan palsu kepada SPRM terhadapnya turut digugurkan.

Ahmad Maslan kini adalah seorang yang bebas, walaupun dari segi faktanya, dengan sedia membayar denda RM1.1 juta itu bermakna beliau mengakui kesalahannya.

Kalau yakin tidak bersalah, lebih baik untuk berlawan dan menang di mahkamah daripada membayar kompaun yang bukan sedikit yang khabarnya dipinjam daripada kawan-kawannya.

Baiknya hati kawan-kawan dia, siapa agaknya antara kawan-kawannya itu?

Adakah mereka itu pemimpin UMNO juga, kawan sekolah, kawan-kawan peniaga yang dikenalinya sewaktu jadi timbalan menteri sebelum ini atau orang tertentu dalam kluster mahkamah sekarang?

Siapa pun yang menolong beliau membayar kompaunnya itu, yang penting beliau kini sudah boleh “left grup” kumpulan kluster mahkamah dengan jiwa yang tenang.

Cuma, dengan menjadi orang yang bukan lagi terkait kes mahkamah sekarang ini, Ahmad Maslan rasanya tidak sesuai lagi terus menanti jawatan Timbalan Speaker Parlimen yang ingin diberikan Perdana Menteri kepadanya sebelum ini.

Jawatan itu boleh diperolehinya dalam keadaan dirinya masih ada kes mahkamah, malah kerajaan sanggup meminda Perlembagaan untuk memberi jawatan itu kepadanya.

Jadi, dengan sudah dibebaskan oleh mahkamah dan membayar kompaun RM1.1 juta, buat apa lagi menanti jawatan yang sama?

Ahmad Maslan dan bersama dengan UMNO dalam hal ini, mesti menuntut jawatan yang besar daripada Perdana Menteri.

Jawatan yang ternampak paling cocok untuk dirangkulnya, sesuai pula dengan UMNO sudah menunjangi kerajaan ialah Speaker Parlimen itu sendiri.

Jadi Speaker baru ada kelas Mat…lekehlah kalau masih hadap Timbalan Speaker juga.

Kalau masih tunggu lagi jawatan Timbalan Speaker, baik tak payah bayar denda RM1.1 juta, sebab dengan title kluster mahkamah pun nantinya akan dapat juga jawatan yang sama. –

 ShahbudinHusin 29/09/2021.



[[LIVE]] 29.9 2021 Anwar buat tuduhan balas terhadap Yusuf Rawter. MOU w...


[[LIVE]] 29.9 2021 Anwar membuat tuduhan balas terhadap Yuoff rawter. Kenapa tuduhan itu satu konspirasi? Songkap 2 juta. Denda 1.1 juta sebagai "punitive" damages. Apa yang punitivenya? SPRM bukan Suruhanjaya Penggalakan Rasuah. Kos renovasi bangunan bukan RM38 juta, tapi kata kerajaan tak de duit???



RENTASAN 977 | PANAS!!! KERAJAAN ISMAIL SABRI BAKAL ULANGI 'KESILAPAN' L...

MENARIK DALAM RENTASAN 977

1. BEBASKAH BADAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA? 2. ‘KLUSTER MAHKAMAH’ RANCAK DIBEBASKAN SELEPAS UMNO JADI PM 3. APABILA ‘SANG TEWAS’ MENJADI KERAJAAN